May 10, 2014

12 Usaha MP PKR Lembah Pantai Untuk Memburukkan @MY_Airports KLIA2 Gagal!


Agak senang untuk mencari salah orang dan menunding jari terhadap sesuatu. Cuma kekadang kita terlupa, satu jari kita menunding ke depan, 3 jari lagi menghala ke diri sendiri. Tindakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Nurul Izzah yang mempertikaikan tunjuk arah yang terdapat di KLIA2 nyata mengundang kontroversi. Beliau mempertikaikan kenapa hanya penunjuk arah hanya menggunakan kertas untuk kos pembinaan KLIA2 yang berjumlah RM5 billion. Baca jawapan Malaysian Airports seperti di bawah:


Mungkin YB Nurul Izzah belum menjejakkan kaki ke KLIA2? Mungkin beliau hanya bergantung kepada foto yang dikirim oleh macai-macai beliau untuk membuat fitnah? Kita tidak pasti. Cuma CTS nasihatkan YB Nurul Izzah datanglah sendiri melawat KLIA2, yang merupakan sebuah lapangan terbang di dalam pusat membeli belah, serba lengkap dengan segala kemudahan terkini dan canggih. Kalau setakat tanda arah seperti didakwa, terdapat banyak tanda arah seperti gambar di atas yang sempurna di merata-rata tempat di dalam lapangan terbang berkenaan.

0 Penggunaan GPS - Kempen Yang Agresif Harus Dilakukan Oleh SPAD Terhadap Syarikat Bas

Pendedahan terbaru SPAD di dalam auditnya mendedahkan 52 syarikat bas ekspres masih beroperasi tanpa GPS atau sebarang alat pemantauan had kelajuan. Sesetengah syarikat pula hanya membuat pemantauan pada waktu pejabat sahaja, walaupun kebanyakan bas syarikat tersebut beroperasi pada waktu malam. Ada pula hanya mempunyai sistem asas sahaja, dan sistem berkenaan tidak mampu menyimpan data atau menghasilkan laporan kelajuan kenderaan bagi tujuan pengauditan serta pemantauan.

Lebih mengejutkan hanya 27 daripada 112 syarikat sedang memantau had kelajuan bas melalui GPS dari bilik kawalan secara menyeluruh dan berterusan selam 24 jam, 22 syarikat melakukan pemantauan melalui bilik kawalan tetapi tidak secara berterusan dan 63 syarikat tiada bilik kawalan pemantauan GPS. Oleh itu, SPAD bakal menggantung 600 permit bas daripada 107 syarikat yang masih belum memasang GPS sepenuhnya berkuatkuasa 7 Jun ini.

Setakat ini hanya beberapa syarikat bas seperti Rapid Bus Sdn Bhd telah berbuat demikian bagi memantau kelajuan pemandu mereka di jalan raya. Satu kempen perlaksanaan GPS secara agresif harus dilakukan oleh pihak SPAD terhadap syarikat-syarikat bas, memandangkan sistem GPS ini akan dihubungkan kepada pusat kawalan supaya tindakan terhadap pemandu yang melanggar undang-undang lalu lintas boleh dipantau dan tindakan susulan boleh diambil. Pertemuan dengan pengusaha syarikat bas awam untuk membincangkan cadangan pemasangan GPS harus dilakukan dengan lebih kerap dan tujuan dan kebaikan pengunaannya harus disebar luas agar syarikat-syarikat bas dapat menerima pengunaan sistem ini tanpa bantahan.

Sistem GPS bukan sesuatu yang asing di negara luar. Sebagai contoh, negara China menggunakan satu sistem pemantauan terhadap pemandu pengangkutan awam mereka bagi memastikan pemandu tidak memandu melebihi kelajuan yang ditetapkan. Sekiranya seorang pemandu keretapi didapati memandu melebihi had laju, pusat kawalan akan dimaklumkan dan langkah segera akan diambil bagi mengurangkan kelajuan keretapi tersebut.

13 @RafiziRamli Perli DS Rosmah Naik Helikopter Ikut Lawatan Rasmi DS @NajibRazak - Takkan Nak Naik Teksi?


Tidak pasti apa masalah Ketua Strategik PKR, Rafizi Ramli, mempertikaikan tindakan isteri Perdana Menteri mengiringi suaminya untuk lawatan rasmi di Perak dengan menaiki helikopter. Apakah beliau mahukan Perdana Menteri menggunakan perkhidmatan helikopter berkenaan yang dikhaskan dan diperuntukkan di bawah undang-undang, sebaliknya mengesa isteri Perdana Menteri untuk menaiki teksi untuk menyertai Perdana Menteri di majlis yang sama?

Salahkah isteri seorang Perdana Menteri mengiringi suamuinya untuk mengadakan lawatan rasmi ke perkampungan orang-orang asli / asal di Hutan Hujan Belum - Temenggor, Gerik, Perak. Dengan kedudukan muka bumi dan jarak perjalanan, perkhidmatan helikopter adalah salah satu mod pengangkutan yang paling cepat dan effisyen. Apakah Anwar Ibrahim tidak pernah bermewah dengan mod pengangkutan di dalam perjalanannya. Lupakah kita beliau pernah menaiki jet mewah untuk berkempen di Sabah dan Sarawak?

Rafizi Ramli mempertikaikan siapakah yang membayar perkhidmatan helikopter ini? Sudah tentu beliau maksudkan duit Rakyat bukan? Kenapakah beliau tidak pernah mempertikaikan duit Rakyat yang sama turut digunakan untuk membayar gaji Anwar Ibrahim sekeluarga agar keluarga ini dapat meneruskan kelangsungan di dalam politik. Siapa yang bayar gaji MP Permatang Pauh? ADUN Kajang dan MP Lembah Pantai serta elaun-elaun anak beranak ini?




May 9, 2014

9 Lesen Arak Diluluskan Di DUN EXCO Agama Islam Selangor? Takebeer!!!


Agak menarik membaca notis permohonan lesen minuman memabukkan yang diiklankan seperti di atas di dalam akhbar tempatan. Kalau ianya untuk kawasan Klang atau Kajang yang majoritinya kaum Cina dan India, tidaklah begitu mengejutkan. Apa yang pelik adalah Exco Agama Islam Selangor, YB Sallehin Mukhyi merupakan Adun Sabak yang berada dalam Daerah Sabak Bernam, kawasan majoriti penduduknya berbangsa Melayu beragama Islam.

Apakah lesen penjualan minuman keras ini mendapat restu daripada EXCO berkenaan atau EXCO berkenaan dicucuk hidung mendengar kata daripada ADUN DAP Sekinchan, Ng Sue Lim. Tahniah masyarakat majoriti Melayu Islam di Sabak Bernam. Anda kita kita perlu pergi jauh ke bandar untuk membeli minuman keras. Pemerintah anda amat prihatin dengan kehendak masyarakat setempat. Takebeer!!!

May 8, 2014

0 iM4U Mencipta 'Malaysia Book of Records' Untuk Rekod Penanaman Pokok Paya Bakau Terbanyak Di Malaysia

Mungkin ramai yang tidak sedar atau tidak peduli tentang kepentingan pokok bakau yang biasa kita lihat di kawasan-kawasan pantai berlumpur di negara kita. Malah mungkin ramai juga yang tidak pernah faham tentang kepentingan hutan bakau yang telah menyelamatkan banyak kawasan daripada dihakis laut atau menahan badai besar seperti tsunami selain kepentingannya dari sudut ekologi.

Pembalakan bakau secara haram mahupun berlesen telah banyak mendatangkan masalah kepada sistem ekologi di negara ini. Pada masa yang sama, sikap tidak peduli mahupun prihatin dengan kewujudan hutan bakau, pastinya akan mendatangkan kesan yang amat buruk kepada masalah alam sekitar pada masa hadapan.

10 tahun lalu, tsunami telah membadai di melanda Acheh dan perairan barat Sumatera. Tsunami itu memberikan impak kepada Pulau Pinang, Perlis dan Kedah. Lebih kurang 45 orang rakyat Malaysia maut ketika tempias bencana itu melanda negara ini. 

Kesedaran tentang keperluan pemuliharaan dan pemeliharaan hutan bakau seringkali diperkatakan. Justeru, IM4U dengan kerjasama Institut Rimbawan Malaysia (IRIM) menyahut keperluan berkenaan dengan menjayakan Program Penanaman Pokok Bakau Terbesar di Hutan Simpan Pulau Dayang Bunting, Langkawi pada 27 April lalu. 

Program ini dianjurkan bersempena Perhimpunan Program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) di mana mantan Perdana Menteri Malaysia, Ybhg Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku penaung SSEAYP berucap di Perhimpunan Umum Antarabangsa SSEAYP (SIGA) Malaysia 2014. Program penanaman pokok bakau ini adalah inisiatif IRIM dalam mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan masalah hakisan pantai. 


Sebanyak 20,200 pokok bakau telah berjaya ditanam yang terdiri daripada dua jenis pokok bakau iaitu bakau minyak (rhizophoraapiculata) dan bakau kurap (rhizophoramucronata). Program ini juga telah mencatatkan rekod di dalam Malaysia Book of Records sebagai penanaman pokok bakau terbanyak di Malaysia. Catatan rekod ini telah mengalahkan rekod yang dicatatkan di Perlis pada tahun 2011 dengan penanaman sebanyak 11,111 pokok bakau. 

iM4U bersama-sama IRIM serta beberapa badan kerajaan dan swasta yang terdiri daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, Jabatan Hutan Sarawak, Jabatan Perhutanan Sabah dengan kerjasama PULAPOL Langkawi, Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Pengairan dan Saliran Langkawi, Majlis Perbandaran Langkawi, Jabatan Kerja Raya, Rakan Alam Sekitar (RAS) dengan disokong oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) selain Media Prima, turut berganding bahu dalam memastikan program ini berjalan lancar. 

Seramai 300 orang sukarelawan telah disenaraikan oleh iM4U yang terdiri daripada belia tempatan dan Persatuan Alumni Antarabangsa SSEAYP. Turut hadir sebagai sukarelawan adalah wakil-wakil daripada Persidangan Kedutaan ASEAN, Poland dan Jepun, PULAPOL Langkawi serta wakil dari badan-badan kerajaan serta masyarakat setempat seramai 1,500 peserta. 


Antara yang turut hadir memeriahkan program ini adalah bekas Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi; Timbalan Menteri Kementerian Sumber Ali dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. James Dawos Mamit; Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung, Dato’ Nik Mohd. Shah bin Nik Mustafa; Ketua Pegawai Eksekutif Oleon NV, Moussa Naciri; Presiden SSEAYP, Encik Suhairi Karim; dan Pengarah Perhubungan Kerajaan iM4u, Encik Abdul Kahar Abdullah. 


Usaha berterusan penanaman pokok bakau seharusnya dipergiatkan. Kesedaran tentang kepentingan pokok bakau perlu diketengahkan agar kegiatan seperti penebangan pokok bakau secara haram dapat dielakkan. iM4U sentiasa menyokong inisiatif kerja sukarelawan alam semulajadi seperti ini di kalangan belia. Jika anda mahu membuat perubahan kepadakomuniti, iM4U menyediakan peluang dengan memberikan Dana Sukarelawan1Malaysia (Dre1M Fund).


Permohonan dapat dilakukan dengan menghantar kertas kerja anda di laman web iM4U (www.im4u.my) atau anda boleh KLIK terus pada logo iM4U dalam blog ini. Marilah bersama kita bangkitkan semangat sukarelawan antara kita agar dapat menjadikan Malaysia untuk terus maju pada masa hadapan.


May 7, 2014

11 Minta Jasa Baik DS @NajibRazak Gugurkan Menteri 'Half Past Six' Joseph Entulu Dari Kabinet

Kemaskini 08/05/2014:

Ini kenyataan daripada Perdana Menteri, DS Najib Tun Abdul Razak, mengenai kenyataan yang dibuat oleh Menteri 'Half Past Six', Joseph Entulu Belaun berkenaan ruang kaum dalam borang rasmi Kerajaan, hari ini:


Posting Asal:


Hari ini, seorang lagi Menteri Kabinet 'half past six' DS Najib Razak buat tahi di dalam pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional. Menteri Jabatan Perdana Menteri, Joseph Entulu Belaun, secara membabi buta mengeluarkan kenyataan bahawa Kabinet hari ini memutuskan untuk membuang ruang kaum yang ada di dalam borang rasmi Kerajaan. Ramai Rakyat terutama orang-orang bumiputera amat marah dengan kenyataan ini. Malah Pengarang Kanan Akhbar Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan turut menemplak kenyataan Joseph ini.

Hasil pertanyaan kami kepada dua orang Menteri menerusi ruang Whatsapp, YB Khairy Jamaluddin dan YB Abdul Rahman Dahalan, mengesahkan tiada kertas kabinet dan memo kabinet yang dibuat tentang hal penguguran ruang kaum di dalam borang Kerajaan. Joseph Entulu hanya membangkitkan semasa hal-hal lain di dalam mesyuarat kabinet. Kabinet secara majoritinya tidak bersetuju untuk membuang ruang kaum di dalam semua borang Kerajaan. Pengecualian hanya diberikan kepada 'non-relevant forms' sahaja.

Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak harus bertegas dalam hal ini kerana ini secara langsung telah mengugat kepercayaan Rakyat terutama kaum bumiputera kepada pentadbiran DS Najib. Tindakan Joseph Entulu yang membelakangkan kabinet harus dipandang serius dan tindakan sewajarnya seperti menggugurkan beliau dari kabinet harus dilakukan oleh Perdana Menteri. Jangan biarkan anak cucu kita kencing di atas kubur kita bila kita sudah tiada nanti.


18 Apa Cerita Rakyat Selangor Demo Depan Bangunan SUK Kerajaan Negeri Selangor TS @Khalid_Ibrahim ?


Apa cerita demo di hadapan pintu utama Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor sebentar tadi Tan Sri? Dengar kata peneroka-peneroka Sungai Panjang berkumpul sebab katanya tanah kebun mereka yang diusahakan sejak tahun 1948 akan dirampas. Betulkah? Kata mereka kalau Tan Sri nak beri hakmilik tanah tersebut, dengan satu tandatangan sudah selesai. Tapi depa kata Tan Sri buat diam saja, sedangkan kampung tu majoriti penyokong-penyokong tegar dan kawasan hitam parti PAS? Betulkah kata mereka tanah berkenaan akan diserah kepada Kerajaan Selangor melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan Perbadanan Menteri Besar (MBI)?

Kata mereka lagi, kalau tanah berkenaan diambil, maknanya pekerja-pekerja Bangladesh dan Indonesia sahaja yang akan mengerjakan tanah tersebut? Kata mereka lagi, golongan peneroka yang menaman tanaman padi, sawit dan koko di kawasan Tanah Parit 14/15, Simpang 5, Sungai Ranjang langsung tidak menggangu status Hutan Simpan dan pengairan padi di kawasan berdekatan. Saya tak mahu komen lebih-lebih Tan Sri. Depa jugak yang pilih Kerajaan PR bawah Tan Sri. Sendiri cari penyakit kan Tan Sri?




4 Sultan Kerajaan Empayar Langkasuka Nusantara Minta DS @NajibRazak Letak Jawatan PM


Bermacam-macam gila isem yang ada pada masyarakat Malaysia. Ada yang gila hendak menjadi Menteri Besar, ada yang gila hendak menjadi Perdana Menteri, ada yang gila hendak menjadi Sultan Melaka. Yang terbaru, lagi gila ada yang sudah mengaku Sultan Kerajaan Empayar Langkasuka Nusantara, yang gila isem mengarahkan Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Tun Abdul Razak untuk meletakkan jawatan. 

Atas kuasa apa yang ada padanya atau daerah persenteran apa yang ditakluki oleh jajahan takluknya, yang melayakkan Sultan berkenaan mengarahkan DS Najib untuk meletakkan jawatan. Tak payah susah-susah macam PR yang buat demo jalanan untuk menjatuhkan Kerajaan. Cukup hanya sepucuk surat mengarahkan Perdana Menteri meletakkan jawatan dan peralihan Kerajaan. Memang gila isem. Teringat kata-kata Allahyarham Ahmad Nisfu dalam filem Seniman Bujang Lapuk (1961), "Bukan setan, syaitan ... Sultan Aminul Rasyid"

0 Melaka Meminta Pengendali Bas Sekolah Patuhi Peraturan Keselamatan Ditetapkan Oleh SPAD


Semua syarikat pengendali bas sekolah di negeri ini diminta mematuhi segala peraturan keselamatan yang ditetapkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi mengelak berlakunya kejadian tidak diingini melibatkan keselamatan pelajar sekolah. Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Datuk Md. Yunos Husin berkata, syarikat perlu lebih peka dengan mementingkan keselamatan pengguna termasuk memastikan bas sekolah yang digunakan sentiasa berada dalam keadaan selamat. 

Datuk Md. Yunos berkata demikian semasa mengadakan pemeriksaan terhadap bas-bas sekolah di hadapan Sekolah Tinggi Perempuan Melaka, semalam. Turut hadir sama Ketua SPAD negeri, Anuar Abdullah dan Pegawai Pendidikan Daerah Melaka Te­ngah, Abdul Halim Abd. Malek. Menurutnya, pemeriksaan kerap perlu dilakukan oleh syarikat pengendali bas sekolah terutamanya dalam aspek keselamatan termasuk penggunaan cermin tingkap yang tidak pecah, permit dan lesen masih hidup serta alat pemadam api yang masih berfungsi. “

Selain itu, pemandu bas sekolah juga perlu dipastikan sentiasa berada dalam keadaan bersedia dan sihat sebelum dibenarkan mengendalikan bas berkenaan. Tambah beliau, pemeriksaan terhadap bas sekolah akan terus dilaksanakan secara berkala dan mungkin akan diadakan sebulan sekali selepas ini.

May 6, 2014

6 Belum Pulih Gempa Bumi Semalam, Hatyai Dibom Sebentar Tadi (9 Gambar)

Beberapa letupan berlaku di Hatyai, Thailand, kira-kira pukul 1.30 petang tadi melibatkan beberapa tempat.  Lokasi yang terbabit dalam kejadian bom itu termasuk flat balai polis berhadapan balai polis Hatyai, stesen kereta api Hatyai, berdekatan gedung membeli belah Robinson dan kedai serbaneka 24 jam, 7-Eleven di Ponpichai Road. 



May 5, 2014

5 Gambar-Gambar Gempa Bumi Di Thailand Petang Tadi

Gempa bumi berukuran sederhana telah melanda Thailand pada pukul 07:08pm sebentar tadi. Tempat kejadian adalah berpusat di 138km timur laut Chiang Mai, Thailand dan 1,436km barat laut Padang Besar, Perlis. Tiada ancaman tsunami dilaporkan setakat ini.



6 Begitu Banyak Penipuan Dan Salahlaku Pemilihan PKR, Mana #BERSIH Dan @Ambiga_S ? Tak Mahu Buat Demo Jalanan Ka?


Kenyataan di atas dilahirkan oleh seorang peguam, ahli Majlis Peguam dan juga merupakan bekas calon PKR Sabah bagi PRK P185 Batu Sapi, Ansari Abdullah. Saban hari sejak hari pencalonan, kita dihidangkan dengan keluhan dan rungutan daripada pemimpin dan ahli parti PKR mengenai penipuan, salah laku dan ketidakadilan yang berlaku dalam Pemilihan PKR kali ini. Mana Jawatankuasa BERSIH yang selama ini melaung-laungkan pemilihan bersih dan telus. Mana Ambiga Sreenevasan yang tidak putus-putus menghentam Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang kononnya tidak adil dan tidak bersih. 

Berikut pula adalah video kekecohan yang berlaku di Cabang Nibong Tebal Pulau Pinang semalam. Pemilihan Cabang berkenaan telahpun diistiharkan tidak sah dan terbatal. Punca kekecohan ini dikatakan berlaku disebabkan YB Mansor Othman, Ahli Parlimen Nibong Tebal yang bertanding jawatan Ketua Cabang telah membawa ramai pengundi luar.

Keadaan ini menyebabkan para penyokong dan team YB Ustaz Maktar, selaku penyandang jawatan tersebut tidak berpuas hati kerana ia amat meragukan disebabkan ramai muka yang tidak dikenali datang mengundi. YB Mansorlah yang dikatakan punca keadaan menjadi kusut dan serabut sehingga dikatakan ada wanita yang cuba menyerang dan menjerkahnya sehinggalah Mansor agak menggelabah dan sampai terduduk. Inilah demokrasi ala PKR:

video

Tidak cukup lagi? Di bawah pula adalah sebahagian daripada aduan-aduan yang dibuat oleh orang kuat PKR sendiri, Chegubard, mengenai ketidakadilan dan penipuan di dalam pemilihan PKR:





Kenapa Ambiga dan sekutunya di dalam BERSIH tidak mengadakan protes dan demonstrasi jalanan mendesak agar pilihanraya yang bersih dan adil dijalankan di dalam parti PKR? Tunggu apa lagi? Pemilihan PKR kali ini lebih teruk daripada pemilihan DAP dan PAS yang berlangsung tidak lama dulu. Hanya satu kenyataan 'lembut' dilontarkan kepada pemilik parti PKR, Anwar Ibrahim seperti di bawah:


Apa hak mereka untuk mengadakan demonstrasi jalanan terhadap SPR kalau Ambiga dan BERSIH tidak dapat berlaku adil mengadakan perkara dan tindakan yang sama terhadap parti politik kroni mereka. Parti-parti pembangkang sudah hilang kredibiliti mereka. Macai-macai mereka tidak mampu lagi bersuara untuk menyokong ketidakadilan dan pembohongan ini. Inikah contoh demokrasi di dalam parti yang bercita-cita untuk memerintah Malaysia?

May 4, 2014

43 Tandas Berkubah Yang Menyerupai Masjid Di Pusat Peranginan Di Desaru

Sekali pandang nampak seperti Masjid atau setidak-tidaknya surau tempat Umat Islam beribadat. Dengan rekaan kubah dan bentuk binaan seperti tempat Ibadat orang-orang Islam ini sebenarnya sebuah tandas! Binaan yang amat biadap dan kurang ajar ini terletak di Malaysia, lebih khusus lagi terletak di negeri Johor. Tandas biadap ini berada di dalam pusat peranginan Lotus Desaru Beach Resort, Desaru, Johor.

Mengapakah pihak berkuasa tempatan tidak prihatin sewaktu pembinaannya atau adakah pemilik pusat peranginan membina tandas ini tanpa mendapat kelulusan ohak majlis tempatan. Pihak berkuasa tempatan dan negeri wajib mengambil tindakan tegas terhadap pemilik resort untuk merobohkan bentuk binaan yang nenyerupai Masjid ini. Kita tidak mahu usaha halus pihk-pihak tertentu hendak menghina Islam berleluasa.


Kemaskini 3.10 PM:

Maklumat yang diterima daripada sahabat yang tinggal di Desaru, kubah-kubah tandas berkenaan telah diturunkan dan kerja-kerja cat telah dilakukan untuk mengelakkan tempat berkenaan menyerupai sebuah Masjid.



Kemaskini 05/05/2014:

Berita tandas berkubah yang menyerupai Masjid telah mendapat tempat di dalam akhbar tempatan hari ini. Terima kasih semua pihak yang menjadikan isu ini 'viral' semalam dan menyebabkan pihak pemilik resort mengambil tindakan yang cepat dan pantas untuk membetulkan keadaan.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates