April 12, 2014

17 Gambar-Gambar DS @NajibRazak Di IJN Melawat Datuk Dr Harun Din


Tidak perlu ulasan yang panjang. Biar sahaja gambar-gambar berbicara. Mesti ada orang yang sakit hati melihat gambar-gambar di bawah. Gambar-gambar DS Najib Tun Razak melawat Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Harun Din di Institut Jantung Negara, jam 1.30 petang tadi.




April 11, 2014

11 Himpunan Reformasi 2.0 Seremban Tarik Puluhan Ribu Penyokong - Sayangnya @anwaribrahim Tidak Sihat


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim memaklumkan di dalam laman sosial beliau semalam bahawa beliau kurang sihat untuk menghadiri  program Himpunan Reformasi 2.0 yang dijadualkan di Dataran Kg Tok Dagang, Ampangan, Seremban semalam. Sayang seribu kali sayang, kalau beliau datang pasti beliau dapat bertemu dengan puluhan penyokong beliau di sana. Gambar-gambar di bawah menjadi bukti.





2 DS @Zahid_Hamidi Adakan Sidang Media Bagi Menjawab Isu Pemegang Passport British Overseas Resident (BOR)


Alhamdulillah, Menteri Dalam Negeri, DS Zahid Hamidi, jam 3.30 petang tadi telah mengadakan sidang media bagi memberi penjelasan berkaitan isu yang panas di media sosial iaitu isu kaum Cina pemegang passport British Overseas Residents (BOR) yang ingin kembali ke Malaysia. CTS ada juga menyentuhnya pagi tadi, di sini. Kenyataan beliau boleh dibaca di bawah atau di laman blog beliau, di sini. Mari kita baca kenyataan berikut:




CTS menerima dengan hati terbuka segala penjelasan dari DS Zahid Hamidi. Tiada niat untuk memburukkan beliau. Teguran yang dibuat adalah kerana masih sayangkan beliau dan tidak mahu beliau tersungkur di arena politik disebabkan faktor sayangkan undi kaum Cina. Namun, kita berharap DS Zahid istiqamah di dalam tindakan beliau dalam isu ini. 

Kita tidak mahu lagi beliau 'flip flop' seperti mana isu sebelum ini iaitu dakwaan 3 pemimpin pembangkang yang menjadi dalang tragedi Lahad Datu yang sehingga sekarang tidak didakwa dan juga isu Timbalan Presiden PAS yang didakwa penganut Syiah, juga tidak didakwa. Selamat maju jaya Datuk Seri.

22 Kalau DS @Zahid_Hamidi Nak Menangispun, Janganlah Buat 1,000 Cina Yang Mengkhianati Malaysia

Gambar-gambar di bawah menggambarkan Menteri Dalam Negeri Datuk, Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak dapat menahan kesedihan melihat Lina (bukan nama sebenar) berpelukan bersama bersama ibu dan abangnya semasa rancangan Wanita Hari Ini (WHI) terbitan TV3 pada segmen 'Mesej Dari Penjara' di Sri Pentas, semalam.

CTS tidak berapa pasti berapa banyak Menteri lagi akan sayu dan pilu di kaca televisyen setelah Pemangku Menteri Pemangku Menteri Pengangkutan, DS Hishammuddin Tun Hussein, mendapat simpati masyarakat umum apabila beliau bersedih dengan keluarga pesawat hilang MH370 di media arus perdana. Air mata menjadi tiket menawan hati Rakyat sekarang.

Cumanya, CTS mengharapkan DS Zahid Hamidi tidak akan sedih, pilu dan kasihan dengan dakwaan di media sosial mengenai status 1,000 orang keturunan Cina yang tiada kerakyatan yang menetap di United Kingdom yang ingin pulang ke Malaysia. Mereka ini menjadi hilang kerakyatan Malaysia apabila mereka mengoyak, membakar dan membuang passport Malaysia apabila mereka berhijrah di United Kingdom dengan harapan Kerajaan Britain akan menerima mereka sebagai warganegara.

Jika dakwaan berkenaan betul, CTS membantah keras tindakan DS Zahid Hamidi dan Kementerian Dalam Negeri yang berlapang dada menguruskan pengkianat-pengkianat negara ini untuk kembali ke Malaysia. Kenapakah DS Zahid Hamidi tunduk kepada desakan dan permintaan Ahli Parlimen DAP Tanjung, Ng Wei Aik, yang berusaha keras mahu membawa Cina-Cina pengkianat negara ini ke Malaysia? Apa lagi yang DS Zahid Hamidi harapkan daripada pengkianat-pengkianat sebegini dapat lakukan untuk negara?

CTS berpendapat jikalau DS Zahid Hamidi meluluskan permintaan DAP ini bermakna masa depan beliau mungkin akan terkubur. Beliau akan dicap sebagai pengkhianat bangsa dan negara kerana dianggap bersekongkong dengan 1,000 pengkhianat Cina yang disokong oleh DAP dan PR. Ahli2-ahli UMNO akan kembali menuduh DS Zahid Hamidi sebagai talibarut Anwar Ibrahim dan musang berbulu ayam di dalam kabinet dan UMNO.

Bacalah pautan-pautan di bawah, kronologi cerita 1,000 orang pengkianat ini:

1. Sumber rakyat cina Malaysia koyakkan passport sendiri, baca di sini.
2. Sumber Zahid Hamidi lulus permintaan DAP, baca di sini.
3. Sumber Zahid Hamidi setuju bawa pulang 1,000 cina, baca di sini.

April 10, 2014

0 Ops Hippo Lori Lebih Muatan - Anda Juga Boleh Menjadi Hero Seperti Pegawai SPAD dan PDRM


Petang tadi pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengadakan Ops Hippo, satu operasi untuk menahan lori yang membawa lebih muatan. Operasi ini diadakan bersama dengan pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM). Lokasi operasi telah diadakan di Jalan Bukit Jalil ke Bukit Puchong. Terdapat 24 kes melibatkan pihak SPAD, 16 kes lebihan muatan, 1 kes gagal mengemukakan lesen pengendali dan 7 lain-lain kesalahan. Manakala pihak PDRM telah mengeluarkan 8 saman atas kesalahan tiada pelekat had laju. Tiada sebarang kes yang tidak diingini berlaku.

Pihak SPAD dan PDRM mengalu-alukan sebarang maklumat daripada orang ramai supaya aktiviti lori membawa lebih muatan ini dapat dikurang atau dihapuskan. Hantarkan sms aduan and melalui sms ke nombor 15888, aduan di laman sosial Twitter di @aduanSPAD atau e-mailkan sahaja ke alamat aduan@spad.gov.my. Anda boleh menjadi hero seperti mereka.





2 PAS Berdondang Sayang Di Melaka - Wal Harammu Wal Halalku


Sejak bila Lajnah Kebudayaan Dan Kesenian PAS bersifat terbuka dengan muzik yang bercampur gaul di antara lelaki dan perempuan? Yang dulu menjadi haram kepada mereka kini sudah bertukar menjadi haram. Ibarat pepatah, Wal harammu Wal Halalku, haram bagimu tetapi halal bagiku. Bukan setakat berdondang sayang, malah mereka turut mewar-warkan di dalam lidah rasmi PAS, Harahdaily, di sini.

Eloklah PAS hendak menganjurkan acara kesenian dengan menterjemahkan konsep kebudayaan dan kesenian dengan nafas agama. Mungkin selepas ini PAS akan lebih terbuka dengan irama lain seperti sentimental, pop, jazz maupun dangdut. Cumanya, kita berharap tindakan berdondang sayang ini bukanlah bermotifkan politik untuk mengambil hati orang-orang Melaka untuk mendekati PAS. Syabas kerana PAS mula mengotakan slogan mereka iaitu 'PAS For All'. Takbiiir!

April 9, 2014

9 Gambar-Gambar Ahli-Ahli Parlimen Badut Bawa Anak Kecil Ke Parlimen Tagih Simpati DS @NajibRazak



Rakyat mengundi mereka dengan harapan mereka akan menolong Rakyat menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan membawa suara Rakyat ke Parlimen. Sebaliknya, Ahli-Ahli Parlimen Cina DAP ini membawa masalah peribadi mereka sendiri ke Parlimen, untuk meminta Kerajaan menyelesaikannya. Tindakan beberapa MP Cina DAP yang membawa anak-anak kecil mereka untuk mengadakan Sidang Media di Parlimen sebentar tadi amat memualkan. 

Semalam mereka menjadikan Parlimen seperti sarkas dengan membawa 'placard' dan poster untuk membantah GST. Hari ini badut-badut ini membawa pula anak-anak kecil supaya Kerajaan mendengar rintihan mereka untuk menyediakan pusat asuhan kanak-kanak di Parlimen untuk keselesaan mereka. Inilah yang CTS sifatkan sebagai pandai main dan pandai buat anak, tapi bab nak menjaga anak minta belas ehsan Kerajaan. Orang lain di luar sana ada juga anak kecil dan bekerja lah bodoh.

Adakah mereka buat sidang akhbar minta Kerajaan jaga anak-anak mereka? Kalau anak sendiri tak boleh nak jaga, bagaimana MP-MP badut ini hendak menjaga Rakyat? Lebih baik suruh Kerajaan buat sekali bilik peribadi untuk membolehkan mereka lebih banyak buat anak!

5 Untuk Apa Air Asia Ingin Mengadakan Pertemuan Dengan Ahli Parlimen PR Di Parlimen DS @tonyfernandes ?


Agak pelik membaca status Ahli Parlimen Jelutong, Ooi Chuan Aun atau lebih dikenali dengan YB Jeff Ooi, di laman sosial Facebook. MP Jelutong berkenaan mendakwa Air Asia telah membuat permintaan untuk berjumpa dengan dengan Ahli-Ahli Parlimen PR di Pejabat Ketua Pembangkang di Tingkat 14, pukul 1.00 petang tadi. Persoalan yang timbul adalah apakah motif Air Asia hendak berjumpa hanya dengan MP-MP Pembangkang? Apakah Air Asia hendak menjadikan isu perpindahan mereka dari LCCT ke KLIA2 sebagai modal politik untuk menghentam Kerajaan?

Bukankah Jawatankuasa Parlimen untuk PAC (Public Account Committee) bersedia untuk berjumpa dengan Air Asia pada 28 April ini untuk mendengar keluhan mereka? Baca The Malaysian Insiders, di sini. Untuk apakah perjumpaan dengan MP-MP pembangkang diadakan? Air Asia sering mendakwa bahawa dua bulan yang diperuntukkan oleh Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) tidak cukup untuk menjalankan operasi ORAT (Operational Readiness & Airport Transfer) atau kesediaan operasi dan permindahan lapangan terbang. Secara jujur, perancangan yang lebih baik dari Air Asia boleh membantu. 

Jika Air Asia tidak sibuk menyalahkan MAHB akibat kelewatan mereka dan mengurangkan kerenah birokrasi dan berpolitik, CTS yakin mereka lebih dari bersedia untuk berpindah. Tidak perlulah menggunakan pembangkang untuk menghentam balik Kerajaan yang selama ini banyak membantu perkembangan dan kemajuan Air Asia, kalau betul itulah tujuan Air Asia hendak berjumpa dengan pembangkang hari ini. Tak begitu DS Tony Fernandes?

April 8, 2014

1 Kenyataan Media DBKL Mengenai Parti Bogel Di The Pool, Jalan Ampang

Tahniah kepada semua pihak yang amat sensitif dengan isu penganjuran parti lucah ini. Sekalung tahniah kepada Menteri Wilayah Persekutuan, DS Tengku Adnan Tengku Mansor, yang mengarahkan pihak DBKL untuk mengambil apa sahaja langkah untuk membatalkan parti tersebut. Tahniah juga buat DBKL yang bertindak tegas sebagai pihak penguatkuasa.

Walau bagaimanapun, adalah diharapkan DBKL dapat mengenakan hukuman yang lebih keras ke atas pemilik pusat hiburan The Pool, selaras di bawah Akta Hiburan 1992 (Akta Hiburan WPKL 1992) yang membenarkan Datuk Bandar menarik balik lesen perniagaan. Berikut adalah kenyataan media penuh dari DBKL.
KENYATAAN MEDIA
(Untuk siaran serta-merta)
KENYATAAN MEDIA MENGENAI AKTIVITI ‘TOPLESS FRIDAY BEACH PARTY' DI THE POOL, JALAN AMPANG
Berdasarkan siasatan yang dijalankan disahkan aktiviti di atas akan dianjurkan oleh Tetuan Nihonkan Sdn. Bhd di ‘The Pool', 347, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 11 April 2014 (Jumaat). Semakan jabatan juga mendapati tidak ada sebarang permohonan untuk menjalankan aktiviti sebagaimana di atas dibuat kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Walau bagaimanapun, sekiranya permohonan lesen dibuat ianya tidak akan diluluskan memandangkan ianya tidak selaras dengan garis panduan pelesenan. Penganjur juga didapati telah pun mempamerkan iklan tanpa kelulusan lesen daripada  DBKL.
DBKL akan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada penganjur dan mereka diberikan tempoh selama 7 hari untuk mengemukakan representasi bertulis mengapa kelulusan lesen premis dan Lesen Hiburan serta lain-lain lesen mereka tidak boleh dibatalkan ekoran kesalahan di atas.
Di samping itu juga, DBKL akan mengarahkan agar premis di atas ditutup selama 7 hari mulai malam ini (8 April 2014) bagi memastikan mereka sentiasa mematuhi syarat yang ditetapkan oleh DBKL.
Disediakan oleh :
Unit Media
Jabatan Perancangan Korporat
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
8 April 2014

0 Isu Pengibaran Bendera Israel Di Raintree Beach Resort, Tuaran Selesai



Beberapa hari lepas heboh mengenai pengibaran bendera Israel di sebuah pusat peranginan di Tuaran, Raintree Beach Resort. Maklumat yang diperolehi daripada Ketua Polis Tuaran, menyatakan pihak resort memberitahu bahawa mereka tidak menyedari pemasangan bendera tersebut. Pihak resort memaklumkan sebuah syarikat perfileman daripada China yang telah membuat pengambaran 'The World Stewardess Contest' di hadapan resort sejak seminggu yang lalu. 

Filem berkenaan menceritakan perihal pramugari dari seluruh dunia mengadakan pertandingan di resort tersebut. Bendera tersebut kemungkinan mewakili negara pramugari yg bertanding. Wakil pihak resort, Encik Roslani Abdullah telah membuat laporan polis terhadap pengibaran bendera tersebut di Balai Polis Tuaran, petang semalam. Pihak Pergerakan Pemuda UMNO Tuaran telah pergi ke resort itu petang semalam untuk memastikan bendera Israel tersebut diturunkan dengan segera. Mereka juga memaklumkan bendera tersebut telah diturunkan.

19 DBKL, JAWI & JAKIM Wajib Batalkan Parti "Topless Friday Beach Party" Di The Pool, Jalan Ampang


Semakin hari semakin banyak parti liar yang diadakan di negara kita. Terbaru bertempat di Pool, Jalan Ampang pada 11 April ini, satu lagi parti liar akan dianjurkan. Satu lagi parti yang melalaikan anak anak muda Malaysia bertemakan bikini dan minuman keras hendak dianjurkan. DBKL, JAWI dan JAKIM harus bertindak mengharamkan atau menarik balik lesen penganjuran parti ini. Parti sebegini tidak sepatutnya diadakan di negara kita walau atas apa alasan sekalipun.

Tahun Melawat Malaysia 2014 bukan tahun membuat parti-parti liar yang tidak mendatangkan faedah. Pelancong luar datang ke Malaysia hendak menikmati pantai kita yang cantik, hendak berhibur dengan tarian kebudayaan dan keindahan Malaysia, makanan kita yang pelbagai yang enak-enak dan bukannya parti buih, parti telanjang dan sebagainya.

Kemaskini 11:48 a.m.:

Penyerahan memorandum membantah Topless Beach Party di Kelab Malam The Pool.

Tarikh : 8/4/2014
Masa : 4.00 p.m.
Lokasi : Pejabat DBKL, Jalan Raja Laut.

Pimpinan :
1. Yb Ustaz Nasrudin Hassan.
2. Yb Ustaz Nik Abduh Nik Aziz
3. Yb Dato Dr.Khairudin Aman Razali At Takiri
4. Ustazah Nuridah Salleh

Semua dijemput hadir turut serta membantah.

Terkini 1:46 PM:


Ini pula kenyataan Setiausaha Politik DS Tengku Adnan di Facebook beliau:

April 7, 2014

6 Kalau Setakat Jadi Ahli Parlimen Bawa Poster Dan Placard? Rendah Sungguh Taraf Pembangkang

Kita perlukan pembangkang yang kuat di Parlimen untuk mengimbangi kuasa Kerajaan. Kita tidak perlukan wakil Rakyat di Parlimen yang berkelakuan seperti budak-budak, membawa poster dan placard untuk membuat provokasi murahan.

Kenapa tidak boleh nembentangkan isu GST secara tertib dan teratur kalau tidak bersetuju sangat sekalipun. Kenapa mesti berkelakuan seperti budak-budak? Kenapa kita perlukan mereka kalau kita sendiri boleh kalau setakat hendak memegang poster dan placard dan menjerit seperti kera kena belacan. Inikah kualiti pembangkang di Malaysia?

Selapas dua hari berdebat dengan pihak kerajaan berjaya mengetengahkan kebaikan GST, Kerajaan menang dengan undi berbelah bagi 118 menyokong dan 81 menentang. Kebanyakkan Pembangkang berhujah dengan memberi hujah 'half truth' dan ini amat memualkan.

Sebelum mengundi, pihak pembangkang telah mengeluarkan sepanduk utk menunjukkan tanda tak setuju. Ini bukan demonstrasi jalanan. Dewan Rakyat adalah tempat membahas, mengubal dan memutuskan undang-undang negara untuk kebaikan Rakyat. Perangai seperti budak-budak sebegini jelas menunjukkan pembangkang tidak bertamadun.




Cuma nak tanya 82 pembangkang yang mengundi 'Tidak' kepada GST hari ini lupakah dengan kata-kata Ketua Pembangkang seperti di bawah?

1 Prof Izzi Ali Yang Terkenal Dengan 'Selamat Beramal' Perlu Tampil Menafikan Dakwaan Meraba Nurul Syuhada



Semalam Harian Metro mengeluarkan berita mengenai kelakuan tidak senonoh seorang pensyarah IPT Awam. Namun, baru hari ini kecoh media sosial apabila tersebarnya satu salinan Laporan Polis yang dibuat oleh pelajar wanita di UiTM Arau, Perlis itu yang mendakwa dirinya diraba oleh pensyarah yang juga seorang pakar motivasi terkenal.

Nurul Shuhada binti Shahadan, dalam laporannya mendakwa pensyarah Matematiknya, Prof Izzi Hj. Ali telah melakukan perbuatan tidak senonoh itu di dalam pejabatnya. Baca laporan penuh di bawah:
Pada 28/3/2014 jam lebih kurang 2.30 petang saya telah pergi ke pejabat Prof Izzi (MD Izuddin Bin Hj Ali) komplek Star No F204 dalam UiTM Arau Perlis untuk mengulangkaji pelajaran matematik. Semasa didalam pejabatnya, terdapat saya dan (2) rakan saya nama: Nur Erina Fazlin dan Nur Syafina.
Kemudian Prof Izzi telah datang kearah saya dan duduk bersila disebelah saya. Selepas itu, saya telah bertanyakan kepada prof izzi berkenaan dengan subjeknya. Tiba-tiba Prof Izzi telah meraba saya bermula dibahagian kaki sehingga kebahagian dada saya tanpa kerelaan saya. dalam masa yang sama juga prof izzi telah meramas buah dada saya dengan beberapa kali.
Dalam kejadian ini saya berasa takut untuk menghalang prof izzi melakukan perkara yang tidak senonoh terhadap saya kerana saya bimbang kertas peperiksaan akan saya ambil pada hari Ahad 30/03/2014 gagal.
Sebelum ini Prof Izzi pernah berkelakuan seperti itu di dalam kelasnya semasa sesi pembelajaran berlangsung. Hampir setiap kali saya menghadiri kelasnya Prof Izzi berkelakuan tidak senonoh seperti mengambil kesempatan terhadap saya dengan menggeselkan kakinya ke kaki saya.
Saya juga dapat tahu perkara ini telah berlaku kepada kawan-kawan saya yang lain. Perkara ini telah dimaklumkan kepada pihak atas UiTM Arau Perlis. Tujuan saya buat repot adalah kerana tidak puas hati dengan tindakan prof Izzi memandangkan kejadian ini menjatuhkan maruah saya dan bimbang takut terjadi apa-apa ke atas diri saya dikemudian hari. Datang balai buat laporan.
Sekiranya dakwaan Nurul Shuhada itu benar, kejadian ini pasti amat memalukan buat seorang pakar motivasi dan siasatan perlu dijalankan segera. Namun, sekiranya ini hanya fitnah semata-mata, Prof Izzi juga perlu tampil menjawab dakwaan itu untuk membersihkan namanya.


April 6, 2014

46 Pemilik Akaun Facebook Menghina Rosmah Akhirnya Ditangkap - Tahniah @PDRMsia


Tahniah pihak PDRM yang bertindak cepat membuat tangkapan kepada pemilik akaun Facebook yang menghina isteri Perdana Menteri beberapa hari lalu. Berikut adalah laporan PDRM berkenaan perkara di atas:

Tangkapan terhadap pemilik akaun facebook yang menunjukkan gambar cebisan daging dan terdapat wajah Datin Seri Rosmah Mansor - Seri Iskandar report 591/2014@ 0554.

Pada 6 April 2014 lebih kurang jam 0010 sepasukan pegawai dan anggota yang diketuai oleh Insp Mohd Hanis bin Abd Wahab - Pegawai JSJ IPD Sentul, Kuala Lumpur bersama sepasukan D9 IPK Perak dan IPD Perak Tengah, Perak telah membuat serbuan dan tangkapan di alamat no. 29, Jalan U18, Bandar Universiti, Seri Iskandar, Perak berkaitan Sentul report no 5181/2014.

Ringkasan kejadian

Bertindak atas maklumat Sentul Report 5181/2014 pada 6 April 2014 pengadu bersama sepasukan pegawai dan anggota dari JSJ IPD Sentul, sepasukan D9 IPK Perak dan sepasukan JSJ IPD Perak Tengah telah pergi di alamat no. 29, Bandar Universiti, Seri Iskandar, Perak. Apabila sampai di alamat tersebut pengadu telah mengetuk pintu dan dibuka oleh 1 (P) Melayu. Seterusnya pengadu memperkenalkan diri pegawai kanan polis dengan menunjukkan kad kuasa polis dan minta butir pengenalan diri diberi ialah Laila bt Arden KPT no 620512-10-5664 alamat no. 29 Jalan Bandar U18, Seri Iskandar, Perak. Pengadu bersama saksi polis telah menyatakan tujuan kedatangan adalah untuk mencari 1 (L) melayu yang dikenali dengan nama 'Syed Saifullah'. Kemudian (P) melayu tersebut telah memberitahu (L) melayu yang dicari adalah anaknya dan saspek telah keluar makan bersama suaminya dalam beberapa minit yang lalu. Pengadu kemudiannya telah menyuruh (P) melayu tersebut menelefon anaknya. 

Dalam 20 minit kemudian telah datang (3) lelaki melayu ke rumah tersebut dan pengadu telah kenalkan diri sekali lagi sebagai pegawai kanan polis dengan menunjukkan kad kuasa polis lalu bertanyakan siapakah 'Syed Saifullah' dan (1) L melayu telah mengaku dirinya adalah lelaki tersebut. Seterusnya pengadu bersama saksi polis telah membuat pemeriksaan badan ke atas saspek dan telah menjumpai sebuah h/phone jenama Sony Xperia warna hitam/putih no tel 013-4928564 dari poket sebelah kanan. Pengadu telah membuat pemeriksaan di bilik tidur utama dan dua yang terletak di tingkat satu. Tangkapan dan rampasan adalah seperti berikut:

Saspek:
Nama: Syed Ahmad Saifullah bin Hashim
No. KPT : 890620-10-5311
Jantina : Lelaki
Warganegara : Malaysia
Tarikh lahir : 20 Jun 1989
Keturunan : Melayu
Taraf perkahwinan : Bujang
Alamat : No. 29 Jalan Bandar U 18, Seri Iskandar, Perak.

Butir-butir rampasan:
1.sebuah h/phone jenama sony x peria
2.moniter komputer jenama acer warna hitam
3.cpu jenama power logic warna hitam
4.key board jenama power logic warna hitam
5.tetikus jenama power logic warna hitam
6. Broadband jenama p1 warna putih/hijau
7.thumb drive tp-link warna putih/hitam
8.broadnand jenama celcom 
9.kamera komputer tanpa jenama warna ungu/jernih
10.set speker jenama vinnfier warna hitam
11.4 kabel komputer warna hitan
12.penyambung soket warna putih
13.multicard reader janama sbhc support warna kuning/putih
14.thumb drive jenama kongston warna hitam
15.mesin cetak jenama canon warna hitam
16. Kabel internet warna putih,

Ulasan

Saspek ditangkap bersangkut sentul report 5181/14 diklasifikasi di bawah Seksyen 233 (1) CMA (Jenayah Siber) dan 505 (b) KK. Kes disiasat oleh ASP Hamka bin Mohammad. Setakat ini OKT  berada di Lokap Berpusat Jinjang dan hari ini akan diambil reman.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates