April 5, 2014

7 Gambar-Gambar 'Cherry Blossom' Yang Cantik Di Kedah









Gambar-Gambar di atas bukan pemandangan di Eropah. Juga bukan diambil di Jepun atau Korea. Gambar-gambar bunga-bungaan yang cantik yang dikenali dengan nama 'Cherry Blossom' ini diambil di Kedah. Bukan selalu dapat melihat pemandangan yang cantik dan menyejukkan mata sebegini di Malaysia.

3 Gambar-Gambar Majlis Perkahwinan Anak Perempuan Ustaz Azhar Idrus





Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Perkahwinan Mazuwan dan Madihah, anak perempuan penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus, di Kuala Terengganu, hari ini. Semoga diberkati Allah hendaknya.

8 Tindakan Keterlaluan Pengguna Facebook Menghina DS Rosmah cc. @PDRMsia


Perbuatan biadap dan keterlaluan. Itulah yang dapat disimpulkan apabila seorang pengguna Facebook yang menggunakan akaun Syed Saifullah, melangkaui batas kemanusiaan dengan membuat fitnah, menghina isteri pemimpin nombor satu negara, Datin Seri Rosmah Mansor secara biadap dengan berunsur hasutan jenayah.

Pastinya lelaki ini adalah penyokong tegar PR. Diharap PDRM dan SKMM akan mengambil tindakan tegas terhadap lelaki berkenaan. Sesiapa yang hendak berkenalan dengan lelaki ini boleh menghubungi di talian 013 492 8564.





April 4, 2014

7 Video Pegawai SPAD Dimaki Pemandu Teksi @AduanSPAD

video

Video di mana dua pegawai SPAD yang bertugas dengan berpakaian seragam telah dimaki hamun oleh pemandu-pemandu teksi ketika menjalankan tugas, menjadi 'viral' di media sosial. Kejadian dirakamkan di kawasan Bukit Bintang. Kawasan ini menjadi tempat pemandu-pemandu teksi yang berlagak samseng tidak mahu mengikut peraturan jalanraya seperti menggunakan meter dan tidak meletakkan teksi sesuka hati. Sudah banyak kali operasi dijalankan di sini, namun kelakuan pemandu-pemandu teksi tetap tidak berubah.

Kita menyanjung tinggi tugas penjawat awam yang terpaksa menjalankan tugas dengan berdedikasi dan pada masa yang sama terpaksa berhadapan dengan pelbagai ragam masyarakat. Kadang-kadang masyarakat terlupa bahawa menghalang tugas penjawat awam merupakan satu kesalahan. Lihat sahaja pegawai SPAD tersebut bukanlah berkasar disitu, tetapi orang awam pula yang berlebih-lebih. Cuba cakap elok-elok dan berbincang secara baik. Bukankah itu lebih elok?

April 3, 2014

5 Minta Kerajaan Johor Batalkan "Pool Party" Di The Library, Skudai Sabtu Ini cc. DS @khalednordin


Ini bukan budaya Rakyat Malaysia. Ditambah dengan situasi Rakyat Malaysia yang masih berkabung dengan kehilangan pesawat MH370. Adalah diharapkan Kerajaan Johor di bawah kepimpinan DS Mohamed Khaled Nordin, dapat membatalkan parti yang dinamakan "The Pool Party" ini. Parti ini akan diadakan di The Library @ Skudai, Sabtu ini 05 April. The Library terletak di Giant Supermarket, Taman Nusa Bestari, Skudai. 

Parti ini akan meletakkan 2 kolam renang di dalam The Library. Iklan parti ini menyatakan perempuan yang datang dengan pakaian renang akan mendapat 'champagne' percuma! Lelaki pula dialu-alukan dengan pakaian pantai dan bersandal. Adalah amat tidak bersesuaian apabila Negeri Johor yang bercuti pada Hari Jumaat untuk menghormati hari kebesaran Islam mengadakan parti liar dan arak pada hari Sabtu, hari berikutnya. 

3 Menteri Besar Selangor TS @Khalid_Ibrahim - Menteri Besar Serba Tak Tahu

Hairan sungguh dengan Menteri Besar Selangor yang seorang ini. Serba serbi beliau mendakwa tidak tahu. Dalam bulan Januari 2014, semasa Timbalan Presiden PKR digugurkan dari jawatan Ahli Lembaga Pengarah PKNS, beliau mendakwa berlaku kekeliruan dan kesilapan teknik. Dalam kata lain, beliau tidak terlibat di dalam pemecatan Azmin Ali.

Bulan Februari 2014, TS Khalid Ibrahim juga menafikan penglibatan beliau di dalam pemecatan 30 kakitangan PKNS Holdings, walaupun PKNS Holdings adalah anak syarikat di bawah Kerajaan Negeri. Kita boleh terima lagi.

Apabila masuk bulan Mac 2014, apabila beliau mendakwa beliau tidak terlibat di dalam pembuangan 105 pekerja Hotel Quality Shah Alam dan penutupan hotel tertua di bandar ini, itu sudah lebih. Sebagai Ketua Kerajaan Negeri, kalau semua perkara tak tahu, sama ada TS Khalid Ibrahim menjadi proksi Menteri Besar atau beliau sekadar tunggul kayu di kerusi panas berkenaan.




April 2, 2014

7 Apa Sangkut Paut Karnival Tangani Peningkatan Kos Sara Hidup Dengan Tarian Amoi Cina?


CTS memang kurang arif dari segi penganjuran sesuatu karnival. Al maklumlah, tugas hakiki CTS hanyalah sebagai seorang juruaudit. Namun, ingin juga CTS bertanya kepada penganjur karnival di atas terutamanya KPDNKK, apa kaitan atau sangkut paut di antara tarian persembahan amoi dengan skirt pendek dengan karnival yang dikenali sebagai "Karnival Tangani Peningkatan Kos Sara Hidup"?

Apakah karnival berkenaan mengajar hadirin yang hadir cara-cara untuk menari supaya selepas ini mereka boleh pulang dan menyara diri dengan menari? Atau apakah karnival ini menggalakkan pengunjung yang datang untuk membuka kelas tarian? Kalau hendak ada hiburan dalam karnival sekalipun, agak-agaklah. Tak kena langsung rasanya dengan tema karnival rasanya. Seperti yang CTS katakan di awal posting, CTS bukan arif di dalam hal ini. Jadi, lantak hangpalah.

14 Mari Lihat 'Sumbangan Ikhlas' Terbesar PAS DUN Beserah


Jikalau melihatkan papan tanda di atas, pasti akan tertanya-tanya apakah sumbangan ikhlas seperti tertera. PAS Beserah sumbang jambatan kah? Sumbang rumah seperti di dalam gambar di ataskah? Tidak tuan-tuan. Apa yang disumbangkan dalam gambar di atas hanyalah cat pada besi pengadang jambatan kecil berkenaan. Bukannya sumbangan batang besi berkenaanpun! 

Sudahlah dinamakan sumbangan ikhlas, diletaknya pula cat berwarna hijau, warna parti berkenaan. Ikhlas mai kot mana? Bayangkan kalau sumbangan ikhlas berkenaan adalah seperti lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai yang dirasmikan oleh TPM semalam. Entah besar manalah papan tanda 'sumbangan ikhlas' yang akan mereka naikkan!

April 1, 2014

0 An Open Letter To The Secretary General Of FOMCA Regarding SPAD Article


Dear Datuk Paul,

The statement made by yourself on 31 March 2014 in a local newspaper entitled "SPAD Must Protect Children" as above, is referred.

2. Obviously, Datuk is lack of information regarding duties and responsibilities of SPAD. For you info Datuk, SPAD functions consist mainly of two areas. One, as the policy maker. This main function is to motivate demand in public transport among the masses through the provision of a user-friendly and sustainable public transport ecosystem. This will be driven through a set of well defined and relevant policies and careful planning as well as continuous research.

3. Two, as a law enforcement. The most visible difference is that SPAD will have its own enforcement officers on the ground from today. Their powers to carry out enforcement work are derived from the Land Public Transport Act 2010. The powers SPAD’s enforcement officers, among others, will include inspection of public transport and freight vehicles to ensure that they are road worthy, and have valid licenses and other documents; inspection of drivers, conductors and co-drivers to ensure that they are fit; inspection of travel tickets; and the clamping down on touting and soliciting.

4. SPAD also required to develop and maintain regulations governing the standards and performance of land public transport operators. However, Datuk should not confuse with other job functions by different organisation. For example, setting up and enforcing of technical safety standards of vehicle is under the purview of Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) and also PUSPAKOM.

5. For your info also Datuk, SPAD has come out with few initiatives towards the school bus industry i.e. SPAD School Bus Insurance Scheme and SPAD School Bus Replacement Scheme. I need not want to elaborate further with these two scheme as you can read it by yourself during your free time.

6. Lastly, For more details to avoid any confusion and for you not to make any silly statement in the future, Datuk can always browse through SPAD website, here

Thank you and regards.

0 Transkrip Terakhir #MH370 Didedahkan Kepada Umum

Pemangku Menteri Pengangkutan hari ini mengeluarkan transkrip terakhir komunikasi antara kokpit MH370 dengan pusat kawalan trafik udara. Menurut beliau, tiada indikasi sebarang perbulan yang di luar norma di dalam transkrip berkenaan. Transkrip mengesahkan percakapan akhir antara pesawat MH370 dan pusat kawalan trafik udara adalah "Good night, Malaysia three seven zero".

3 Lapangan Terbang Antrabangsa Pulau Pinang Dinaiki Air Pagi Ini - @MY_Airports Harus Ambil Tindakan Jaga Imej Negara







Hujan lebat pagi ini di Pulau Pinang telah menyebabkan limpahan air memenuhi kedua-dua lorong di Ground Floor, Lapangan Terbang Antrabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di Bayan Lepas. Bukan sahaja berlaku kesukaran untuk menurunkan penumpang malah limpahan air telah memasuki ruangan dalam bangunan lapangan terbang berkenaan.

Malaysia Airport seharusnya mengambil tindakan proaktif untuk mengatasi masalah ini kerana ianya mendatangkan imej yang buruk kepada pelancong luar kerana LTAPP ianya merupakan pintu masuk utama pelancong-pelancong yang datang ke Pulau Pinang.

March 31, 2014

8 Surat Penghargaan Dari Remaja 15 Tahun Dari Paris Kepada DS @HishammuddinH2O #MH370

Tertarik dengan surat yang dihantar oleh seorang remaja 15 tahun dari Paris bernama Victor Lopez yang kagum dengan Malaysia dan mengkagumi usaha yang dibuat oleh DS Hisham. CTS berpendapat usaha yang dimaksudkan oleh remaja berkenaan adalah mengenai usaha untuk mencari pesawat yang hilang, MH 370. Baca apa yang ditulis oleh remaja berkenaan. Rakyat Malaysia sendiripun ada yang tidak mengkagumi negaranya sendiri.


Ini pula jawapan balas dari DS Hisham kepada remaja berkenaan. DS Hisham dengan berbesar hati menyiarkan surat remaja berkenaan di dalam laman sosial Twitter milik beliau.

7 Tulisan 'Mulut Longkang' Puak Pembangkang Di Media Sosial Menghina Rakyat Sarawak


PRK Balingian sudah beberapa hari berlalu. Keputusan Rakyat DUN Balingian telah kita ketahui. Hanya kekurangan 78 undi sahaja, kalau tidak calon PKR akan kehilangan deposit pilihanraya. Begitulah hebatnya sokongan Rakyat DUN Balingian. Disebabkan itulah puak-puak PR masih lagi tidak puas hati. Dua tulisan di atas di media sosial mengambarkan betapa 'mulut longkang'nya penghinaan mereka kepada Rakyat Sarawak. 

Lihatlah betapa keji dan kurang ajarnya penyokong Pakatan Pembangkang ini terhadap rakyat Sarawak ekoran kemenangan bergaya BN dalam menumpaskan PKR di PRK Balingian. Sikap kurang ajar ini sentiasa diwarisi daripada pemimpin Pakatan Pembangkang demi kepentingan politik kotor mereka. Ingatlah Rakyat Sarawak, golongan ini akan kembali untuk menjilat apabila adanya PRK atau PRN kelak.

Penghinaan pakai cawat amat tidak boleh diterima. Pakai cawat waima sekalipun tak adalah sampai kena panjat tangga turun naik flat angkut air macam dekat negeri maju seperti Selangor tu, ye tak? Maju teknologi tinggi sangat sampai air pun kena angkut pakai baldi naik tangga baru boleh mandi. Rakyat Sarawak ada kekurangan air?
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates