February 22, 2014

0 'Human Factor' Antara Punca Kemalangan Bas Di Genting Highland - Kenyataan Media SPAD


Punca utama kemalangan pada kejadian kemalangan Bas Henti-henti di KM 3.5 Jalan Genting Highland pada 20 Ogos 2013 adalah kecuaian pemandu dan kelajuan yang tinggi. 'Human Factor' adalah salah satu aspek penting yang perlu diberi perhatian oleh pengusaha atau operator. Itu adalah rumusan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di dalam Kenyataan Media mereka yang dikeluarkan semalam. Dalam masa yang sama, laporan siasatan yang dilakukan oleh panel yang dilantik oleh Kementerian Pengangkutan turut dikeluarkan secara rasmi oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, dua hari lepas. Laporan The Star, di sini.

SPAD telah meneliti dan mengambil maklum hasil laporan audit kejadian kemalangan berkenaan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan. Segala syor dan cadangan yang dikemukakan akan diberi perhatian sama ada yang melibatkan proses atau prosedur. Sehubungan ini, S.P.A.D telah mengambil langkah pencegahan drastik. Antaranya ialah Pekeliling mengenai pelaksanaan kod amalan industri (S.P.A.D ICOP Keselamatan) yang diwartakan pada 20 Ogos 2013 menyeru semua operator memberi penekanan khusus kepada segala aspek keselamatan, penyelenggaraan dan mengawal selia pemandu. 

Selain itu, Pekeliling mengenai keselamatan untuk pengendali bas bagi operasi di kawasan tanah tinggi yang telah diwartakan pada 9 September 2013 memberi penekanan khusus kepada pengurusan pemandu, pematuhan U.N.E.C.E Rule 66 / ADR (super structure), Rule 80 pemasangan tali pinggang keledar bagi semua kerusi didalam bas, pemasangan GPS dan pemasangan sistem keselamatan brek seperti 'engine retarder' diwajibkan. 

Semua pengendali bas ekspress dan henti-henti diwajibkan untuk mematuhi segala perkara yang termaktub dalam perkeliling tersebut yang mana turut dijadikan syarat pelesenan. Ini merupakan langkah kawalan tambahan dan telah dijadikan syarat pelesenan yang telah dikuatkuasakan oleh SPAD dengan matlamat menangani kelemahan-kelemahan aspek keselamatan operasi di kalangan pengendali yang boleh mengurangkan risiko kemalangan.

Pada masa yang sama, SPAD telah menjalankan siasatan dalaman ke atas syarikat bas yang terlibat dengan kes kemalangan ini. Setelah meneliti secara terperinci segala aspek keselamatan dan pengurusan penyelenggaraan syarikat tersebut, SPAD telah menggantung lesen pengendali Genting Highlands Transport Sdn Bhd pada 25 November 2013. 

SPAD sentiasa mengemaskinikan segala proses dan prosedur berkaitan Surat Tawaran Kelulusan (STK) yang dikeluarkan berdasarkan maklumat syarikat atau individu, dan Permit Kenderaan yang mana hanya akan dikeluarkan setelah mendapat kelulusan daripada Bahagian Kejuruteraan JPJ dari segi spesifikasi teknikal kenderaan dan surat kelulusan pemeriksaan PUSPAKOM. Spesifikasi teknikal ini merujuk kepada aspek kerangka kenderaan perdangangan/bas, jumlah penumpang berdiri dan duduk, kesesuaian kenderaan tersebut dilaluan yang diluluskan dan lain-lain perkara yang telah ditetapkan oleh pihak JPJ.

Berikut adalah Kenyataan Media penuh daripada SPAD:


February 21, 2014

2 Video MB Selangor TS @Khalid_Ibrahim Kata Musim Tengkujuh Bulan April ... Ini Mesti Lawak April Fool!


Kalau setakat baca apa yang ditulis oleh wartawan di akhbar pastinya CTS akan kata ini semua tersalah lapor. Namun ini semua betul-betul berlaku. Ini bukan cubaan. Ini betul-betul. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim memberitahu pemberita bahawa Kerajaan Negeri Selangor tidak perlu panik dengan kekurangan air dalam masa dua tiga bulan lagi disebabkan musim tengkujuh akan tiba dalam bulan April!!! 

Ini pertama kali dalam sejarah hidup CTS baru tahu bahawa musim tengkujuh adalah dalam bulan April. Mungkin ilmu CTS kurang. Mungkin perubahan cuaca dunia mengubah musim tengkujuh jatuh dalam bulan April. Wallahulam. Kesian jugak dengan Menteri Besar Selangor. Cakappun macam berulang-ulang. Patutlah Anwar Ibrahim beria-ria ingin mengambilalih jawatan Menteri Besar daripada tangan beliau.

0 Lawan Tetap Lawan - Chew Mei Fun, Naib Presiden MCA Dipilih Sebagai Calon BN #PRKajang


Mei Fun pernah melepaskan jawatan sebagai Ketua Wanita MCA, Pengerusi Wanita MCA Selangor, Pengerusi Skuad Bantuan Bencana (CRSM) parti, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta sebagai Senator kerana menunaikan janji apabila DS Chua Soi Lek menang Presiden MCA. Menurut Mei Fun, beliau hanya melepaskan jawatan dalam parti dan bukannya meninggalkan MCA.

"Peletakan jawatan saya bertujuan mempertahankan hak dan maruah golongan wanita. Saya bukannya keluar parti kerana saya masih yakin terhadap matlamat parti. Saya akan terus berkhidmat kepada parti tanpa mengorbankan prinsip saya."

Hari ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun akan mewakili BN. Pengumuman dibuat dalam sidang media khas di PWTC petang tadi. TS Muhyiddin berkata Chew, yang berasal dari Selangor, menjadi pilihan kerana beliau seorang yang berwibawa, mempunyai pengalaman luas serta sudah biasa berurusan dengan kerajaan persekutuan.

0 Datuk Terpalit Pelbagai Kontroversi Dan Kes Mahkamah Minta Pengerusi SPAD Letak Jawatan - Akal Ada Ka?


Dua hari lepas, Pengasas syarikat Teksi Premium Big Blue yang beroperasi di pusat beli-belah KLCC, Datuk Shamsubahrin Ismail telah mengadakan sidang media, mendesak Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar meletakkan jawatan, kononnya ekoran kegagalan beliau melaksanakan transformasi sistem pengangkutan awam tersebut. Dengan tuduhan melulu dan tanpa asas yang kukuh, Datuk yang sentiasa terpalit dengan kontroversi dan sering didakwa di mahkamah ini mempertikaikan kredibiliti SPAD serta kakitangannya. 


Mungkin beliau terlupa, terkhilaf atau lupa memberikan fakta bahawa Kerajaan Malaysia pada 30/05/2013, melalui SPAD, telah dianugerahkan dengan Anugerah Asia Pasific Political Commitment Award oleh International Association for Public Transport (UITP), bertempat di UITP World Congress 2013 di Geneva. Anugerah berprestij ini hasil dari pengiktirafan kepada kerja keras pihak SPAD untuk merancang dan melaksanakan satu lanskap pengangkutan awam yang effisyen melalui Government Transformation Programme (GTP) dan Economic Transformation Programme (ETP), seperti MRT, perkhidmatan bas GO-KL, perkhidmatan 2-Tier KLIA Taxi System, Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) dan juga Interim Stage Bus Support Fund (ISBSF).

Siapakah Datuk Shamsubaharin ini dan apakah motif beliau mendesak Pengerusi SPAD untuk meletakkan jawatan? Adakah beliau berminat dengan jawatan kerusi panas berkenaan? Apakah dengan 'curriculum vitae' beliau yang penuh dengan dakwaan kes mahkamah dan sentiasa terpalit dengan kontroversi yang tidak sepatutnya, melayakkan beliau untuk bercakap mengenai perkhidmatan awam dan seterusnya mendesak orang lain untuk meletakkan jawatan? Mari kita lihat kontroversi-kontroversi Datuk Shamsubahrin ini terutama ketika menjawat jawatan sebagai Penasihat Korporat kepada National Feedlot Corporation (NFCorp):

November 20, 2011 - Shamsubahrin didakwa menipu Pengarah National Feedlot Corporation (NFCorp), Mohamad Salleh Ismail, dengan tidak amanah berjanji untuk memberikan perkhidmatan konsultansi yang mana beliau gagal untuk melaksanakannya.

November 24, 2011 - Shamsubahrin dilantik sebagai penasihat korporat kepada National Feedlot Corporation (NFCorp).

25 November - 6 December, 2011 - Shamsubahrin dibayar cek berjumlah RM1.755 juta secara beransur-ansur oleh Pengarah National Feedlot Corporation (NFCorp), Mohamad Salleh Ismail.

December 30, 2011 - Shamsubahrin telah didakwa dengan 2 pertuduhan menipu Pengarah National Feedlot Corporation (NFCorp), Mohamad Salleh Ismail sejumlah RM1.755 juta untuk "perkhidmatan rundingan dan konsultansi".

January 27, 2012 - Ketika beliau berada di Hospital Klang mendapat rawatan arteri tersumbat dan kencing manis, Shamsubahrin telah didakwa dengan dua pertuduhan:
1. Menipu pemandu teksi sejumlah RM90,000 untuk melabur di dalam syarikat yang tidak wujud dan;
2. Menipu seorang wanita sebanyak RM13,0000 untuk perkhidmatan pembantu rumah.

Orang sebeginikah yang layak untuk mendesak orang lain meletakkan jawatan? Agak-agaklah.

February 20, 2014

0 Gambar-Gambar Istimewa Tun Dr Mahathir & Shah Rukh Khan Di The Mines, Seri Kembangan



Inilah gambar-gambar menarik yang tersebar luas di media sosial hari ini. Gambar-gambar Negarawan Tun Dr Mahathir dan pelakon Hindustan yang terkenal, Shah Rukh Khan, diabadikan di kediaman Tun di The Mines, Seri Kembangan. Shah Rukh Khan dalam lawatan promosi konsertnya di Malaysia, tidak melepaskan peluang untuk melawat tokoh yang amat dihormatinya. Orang luar lebih menghargai Tun daripada Rakyat Malaysia sendiri. Orang luar lebih tahu nilai Tun dari orang kita sendiri. 

Tun dah buat semua yg terbaik untuk Malaysia. Kalau adapun yg khilaf, beliau masih bernama manusia. CTS bangga bukan kerana kita taksub kepada beliau tetapi bangga kerana beliau antara satu-satunya anak Malaysia, anak Kedah yang berjaya membawa nama Malaysia ke mata dunia. Semoga Allah memanjangkan usia Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah dan melimpahkan taufik dan hidayah buat keluarga ini.

1 Lagi Gambar-Gambar Sosial Dan Mewah Pemilik Pusat Tahfiz Amal Disebarkan

Bukan niat untuk membuka pekung orang. Cuma orang ini selayaknya diperlakukan sedemikian setelah apa yang beliau lakukan terhadap kanak-kanak yatim dan miskin yang belajar di Pusat Amal Tahfiz. Semalam, Pusat Amal Tahfiz berkenaan telah diarahkan tutup oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEIK), baca di sini.

Lihatlah sendiri gambar-gambar SM Amin atau nama sebenarnya Azhar Wahab, yang hidup mewah dengan melakukan penghambaan kanak-kanak menjual produknya di stesen-stesen minyak, kedai-kedai makan, R&R dan lain-lain tempat tumpuan umum. Diharap masyarakat dapat mengawasi tindakan individu ini agar beliau tidak kembali dengan penyamaran yang lain.








4 Punya Gila Hendak Berkuasa ... PRK Di Kajang, Kempen Sehingga Di Kota Bharu


Tidak dapat dipastikan kenapakah Ceramah Umum bertajuk "Kajang For Putrajaya" diadakan di Kota Bharu. Gambar ini diambil berhampiran Pasar Siti Khadijah. Agak pelik bin ajaib apabila kempen Pilihanraya Kecil DUN Kajang diadakan beratus kilometer dari tempatnya. Diadakan pula oleh PAS dan bukan PKR, parti yang meletakkan calon untuk bertanding. 

Apa signifikannya ceramah umum berkenaan diadakan di Kota Bharu. Ramai sangatkah Rakyat Kajang yang bermastautin di Kota Bharu sebagai pengundi luar? Apakah ini petanda PAS Kelantan memberi sokongan kepada calon PKR yang bertanding di Kajang atau sekadar menangguk di air yang keruh untuk dijadikan sebagai modal politik?

0 Alhamdulillah ... Pusat Tahfiz Amal Akhirnya Ditutup


Alhamdulillah, akhirnya Pusat Tahfiz Amal di KM 17, Jalan Yan, Kuala Kedah, Kedah, yang selama ini menganiaya kanak-kanak di bawah jagaannya untuk menjadi peminta sedekah dan mengutip derma. Tambah menyakitkan hati, apabila beberapa laman web termasuk Facebook mendedahkan beberapa keping gambar individu yang didakwa sebagai pengetuanya yang dikenali sebagai Azhar Wahab, sedang berhibur dan hidup mewah hasil kutipan derma yang dilakukan para pelajar.

Notis penutupan seperti di atas telah ditandatangani Pengarah Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Kedah (JHEIK), Datuk Noh Dahya yang dikeluarkan mengikut Seksyen 12(1) Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Negeri Kedah Tahun 1988. Notis berkuatkuasa serta-merta itu dikeluarkan JAIK sebagai susulan kepada notis bertarikh 1 Januari 2007, selepas JHEIK mendapati pusat berkenaan masih menjalankan operasi sebagai sekolah Islam tanpa pendaftaran. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebelum ini mengesahkan pusat tahfiz tersebut bernaung di bawah ajaran Azhar Wahab atau ajaran Al-Mansur yang difatwakan sesat.









February 19, 2014

2 Kenyataan Media - SPAD Memandang Berat Kes Pegawainya Dipukul

Berikutan kejadian seorang Pegawai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang cedera di muka selepas diserang seorang 'ulat tiket' dalam kejadian di Pudu Sentral, dua hari lepas, SPAD hari ini mengeluarkan Kenyataan Media dengan melahirkan rasa amat kesal dan memandang serius kejadian tersebut. Pihak SPAD telah memulakan siasatan ke atas pengusaha dan individu terbabit atas kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas sehingga membawa kecederaan.  Selain itu, SPAD berharap pihak PDRM juga akan mengambil tindakan yang sewajarnya keatas individu terbabit,  sekiranya didapati bersalah.

Dalam kejadian pada 15/02/2014, mangsa yang berusia 26 tahun bersama rakan setugasnya memeriksa sebuah bas ekspres selepas mendapat aduan daripada seorang penumpang yang memaklumkan dia ditinggalkan bas itu selain ditengking seorang lelaki yang juga 'ulat tiket'. Ketika berada dalam bas itu, mangsa bertanyakan tiket milik penumpang berkenaan dan sebagai tindak balas, lelaki yang juga 'ulat tiket' itu terus memaki hamun pelanggan berkenaan dan bagi mengelak gangguan ke atas penumpang lain, mangsa membawa mereka turun dari bas untuk berbincang.

Lelaki 'ulat tiket berkenaan' yang tidak berpuas hati beredar dan kembali dengan membawa kayu beruti sepanjang satu meter sebelum menghayunnya ke arah Pegawai SPAD berkenaan. Mangsa berjaya mengelak namun lelaki terbabit bertindak lebih ganas apabila menumbuk muka mangsa sebanyak tiga kali sebelum seorang Pegawai SPAD yang lain berada di lokasi kejadian menahan lelaki berkenaan. Berita terperinci dapat dibaca di myMetro, di sini.

Sehubungan itu, SPAD ingin menyarankan agar semua pengendali menghormati undang-undang yang telah ditetapkan bagi mengelak tindakan dari mana-mana agensi penguatkuasaan. SPAD akan terus melipat gandakan usaha penguatkuasaan bagi menjaga kepentingan rakyat dan hak pengguna yang menggunakan pengangkutan awam darat.


11 Ayam Mati Dan Cat Merah - Adakah Ini Cara @teresakok Mengalihkan Perhatian Rakyat Daripada Isu Video Teresa?



Sejam yang lepas, Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok, telah memuatnaik gambar ayam mati dan cat merah yang disimbah di tangga pejabat pusat khidmatnya.  Dua keping kertas yang mempunyai gambar foto Teresa Kok turut dijumpai berhampiran. Sungguh bijak mainan politik pihak yang merencanakan semua ini. 

Dalam pada masa pihak Polis sedang dalam peringkat akhir menyiapkan laporan tentang video kontroversinya dan kemarahan Rakyat yang meluap-luap, tiba-tiba isu ini timbul. Apakah ini satu perencanaan bijak untuk mengaluhkan perhatian Rakyat terhadap video kontroversi Teresa Kok atau adakah ini cara untuk mewujudkan rasa simpati kepada Ahli Parlimen DAP ini. Jalan cerita mengalahkan cerita Hindustan. Namun, saya tak rasa Rakyat Malaysia sebodoh itu.

February 17, 2014

9 YB Nurul Izzah Sebarkan Berita Palsu Pesawat Air Asia Terhempas


Ahli politik terutama Yang Berhormat mempunyai pengikut-pengikut yang ramai di laman sosial. Tindakan mereka menyebarkan berita fitnah dan tidak benar terutama tanpa membuat pengesahan dengan pihak terbabit terlebih dahulu amat dikesali.

YB Nurul Izzah sejam yang lepas telah membuat 'retweet' di laman sosial Twitternya bahawa pesawat Air Asia AK5110 dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur telah terhempas di lapangan terbang KLIA, Putrajaya. Tindakan beliau mengundang keresahan di kalangan pengikut laman sosial beliau dan ramai telah membuat pengesahan dengan pihak Air Asia dan KLIA tentang kebenaran cerita tersebut. 

Nasi sudah menjadi bubur. Ramai pengikut-pengikutnya yang kesal tindakan YB berkenaan menyebarkan berita tidak benar walaupun beliau kemudiannya telah meminta maaf. Kita berharap tindakan YB ini tidak menjadi ikutan Wakil Rakyat yang lain. Jika YB Nurul Izzah hanya membuat 'retweet' ke atas posting Dr Syed Azman, siapa pula Dr Syed Azman yang menulis berita fitnah ini? Lihat biodata beliau di bawah:

February 16, 2014

6 Gambar-Gambar Datuk @azeezputera Dengan Unit Amal Malaysia Membantu Mangsa Banjir

Sejuk mata memandang melihat gambar-gambar Pengerusi Kelab Putera UMNO yang juga Ahli Parlimen Baling, Datuk Azeez Abdul Rahim berganding bahu bersama-sama Unit Amal Malaysia dari PAS dalam misi membantu mangsa banjir.

Ini merupakan hari kedua misi bantuan kemanusiaan kepada mangsa banjir Sabah, oleh Biro Kebajikan UMNO / BN Malaysia. Inilah yang kita mahukan. Rakyat Melayu Islam boleh berganding bahu bekerjasama di waktu susah dan senang walaupun berlainan parti. Tahniah Datuk Azeez dan Unit Amal Malaysia.

6 Gambar-Gambar @anwaribrahim Bagi Tazkirah Di Gereja Holy Family, #kajang (8 Gambar)

Tazkirah di Masjid sudah. Tazkirah di Gereja sudah. Aga-agaknya bila calon PKR untuk DUN Kajang ingin membuat tazkirah di Kuil dan Tokong? Bukankah kaum India dan China juga ada hak untuk mendengar nasihat dan kata-kata pedoman Anwar Ibrahom mengenai tolenrasi beragama? Father Harisson telah memperkenalkan Anwar Ibrahim sebagai 'Brother Anwar'. Sayang di awal perjuangannya beliau adalah Presiden ABIM. Di akhir usianya, beliau menghabiskan masa berucap di gereja dan menyokong perjuangan gereja. Semoga Allah memberi hidayah kepadanya sebelum ajal menjelang tiba.



 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates