December 31, 2014

45 Alhamdulilah, Pilot Helikopter @PDRMsia Dan Krew Selamat Dalam Insiden Helikopter Terhempas, 4 Cedera


Anggota penyelamat misi banjir di Pantai Timur bersabung nyawa untuk memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur. Dalam kejadian di kawasan perumahan Kursial, Tanah Merah, Kelantan, sebuah helikopter Ecureuil Unit Udara Polis telah terhempas. 

Helikopter berkenaan dalam misi untuk menghantar makanan kepada mangsa banjir di Kampung Rambai Lama Gobek, Tanah Merah, Kelantan. Kejadian berlaku kira-kira jam 6.15 petang tadi. Helikopter berkenaan terhempas di kawasan perumahan menyebabkan 3 orang pegawai PDRM dan seorang awam cedera. Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk rawatan.




Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengesahkan kejadian tersebut di laman sosial Twitter beliau seperti di bawah:

December 30, 2014

84 Apa Tok Mat @ahmadmaslan Buat Dalam Selimut Ni?



Biarlah KETUM Anwar Ibrahim tak balik. Biarlah KETUM berseronok bercanda dengan keluarganya di United Kingdom. Kita fikir baik sahajalah. Mungkin di United Kingdom banjir besar menyebabkan lapangan terbang tidak berfungsi dan KETUM tak dapat balik. KETUM tak dapat balik, YB-YB BN banyak yang bersama dengan mangsa-mangsa banjir. Yang Berhormat seoarang ni memang CTS pandang tinggi. CTS kenal beliau sudah lama, beliau saja yang tak kenal CTS.

Walaupun beliau tidak berkampung lebih dua minggu seperti Tok Pa, Datuk Azeez Rahim, DS Sahahidan Kassim, DS Shabeery Chik dan beberapa Yang berhormat lain di Pantai Timur, Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan yang lebih mesra dengan panggilan Tok Mat melapangkan masa sekembalinya beliau dari Jerman atas urusan rasmi Kerajaan. Sebagai orang kampung, To Mat tidak kekok untuk bermalam di pusat pemindahan banjir SK Kg Sireh, Kota Bharu. Inilah Yang Berhormat yang kita mahu.

12 Macai PR! KETUM @anwaribrahim Bagi Arahan Dan Berdoa Dari Cathays Park, United Kingdom Tu!!!


Wahai penduduk-penduduk negeri Pasir Berdengung. Raja kamu KETUM Anwar Ibrahim sudah bersuara. Hebat sungguh Ketua Pembangkang seorang ini. Siap boleh bagi arahan dari luar negeri lagi. Lebih tepat tempatnya bernama Cathays Park di United Kingdom. Pastinya macai-macai PR berbangga dan sujud syukur apabila mendapat berita dari KETUM dari Negeri Atas Angin. Selepas ini pastinya mereka akan berhujah di media sosial Ketua kami adalah seorang yang prihatin dan dekat dengan Rakyat, Rakyat sentiasa di hati beliau. Punyalah bghal macai-macai KETUM sehingga sejumlah 10,043 setakat posting ini ditulis memberikan "like". Suka hati macailah.

December 29, 2014

32 Kenyataan SPAD Mengenai Usaha Untuk Menyambung Semula Perkhidmatan Pengangkutan Awam Laluan Pantai Timur


23 Ini Cara Adik Menteri Besar Selangor, Azwan Ali Memberi Bantuan Kepada Mangsa Banjir




Tidak cukup dengan kedatangan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali ke Kelantan untuk menghulurkan sumbangan, Alhamdulillah, adik MB Selangor, Azwan Ali hari ini muncul dengan tujuan yang beliau sendiri mengetahuinya. Orang datang menghulurkan bantuan dan menolong apa yang perlu, Azwan Ali pula muncul untuk sekadar bergambar dan ber'selfie'. Dunia ... Dunia ... 

Namun seburuk-buruk adik MB Selangor ini bergambar, sekurang-kurangnya beliau turun jugak menjenguk dan menghiburkan mangsa-mangsa banjir di SK Sayong, Kuala Kangsar, Perak. Tidak seperti Mamat di bawah ini suami isteri yang masih lagi leka dengan percutian keluarga. Inilah cara mereka menghargai penyokong-penyokong tegar mereka.

1 Tahniah DS @liowtionglai Dan MCA Yang Membantu Mangsa Banjir Di Pantai Timur


Ramai yang menemplak MCA, sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) sebelum ini, kononnya mereka gagal mendapatkan kepercayaan Rakyat terutama dari masyarakat Cina sehinggakan BN gagal mendapat majoriti yang diinginkan di dalam Pilihanraya Umum ke 13 yang lepas. Dalam negara menghadapi kegawatan terutama di musim banjir sekarang, MCA tampil gagah membantu segenap lapisan masyrakat yang menjadi mangsa banjir. 

Hari ini, MCA telah mengadakan sidang media di Wisma MCA untuk mengumumkan pemberian dana RM5 juta kepada mangsa banjir Pantai Timur. MCA juga telah menerima sumbangan dana dan pelbagai bentuk barangan bernilai hampir RM1 juta untuk membantu mangsa banjir di sana. Sumbangan itu diterima daripada 22 organisasi dan individu yang termasuk bekalan makanan, air mineral dan ubat-ubatan. 

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beliau terharu dengan sokongan rakyat Malaysia itu. DS Liow memohon lebih banyak sumbangan lebih-lebih lagi menjelang minggu depan apabila banjir mulai surut. Beliau menjangkakan lebih banyak bantuan diperlukan khasnya apabila mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing. Menteri Pengangkutan itu berkata petugas MCA akan menghantar bantuan, antara lain melalui jalan darat ke pusat-pusat penempatan sementara mangsa banjir. 

Bantuan ke kawasan yang terputus hubungan akan dihantar menggunakan helikopter. Dalam pada itu, DS Liow berkata MCA juga menubuhkan Pusat Operasi Pemulihan Banjir Pantai Timur yang beroperasi 24 jam bagi menyelaras bantuan dan perkhidmatan kepada mangsa banjir. Sembilan pusat operasi juga dibuka iaitu lima di Kelantan, dan masing-masing dua di Terengganu dan Pahang.




7 Fitnah Dan Penipuan Yang Disebarkan Mengenai Banjir Pantai Timur @PDRMsia @SKMM_MCMC

Tidak dapat dipastikan apa kepentingan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan berita-berita fitnah dan penipuan di media-media sosial. Mungkin untuk mewujudkan huru hara. Mungkin sebagai serangan untuk menyalahkan kerajaan. Hanya mereka yang tahu. Cuba kita senaraikan kes-kes penipuan banjir yang tersebar melalui laman sosial Whatsapps, Facebook, Twitter dan lain-lain. Yang dapat diingat adalah seperti berikut:

1. Surat tarik diri sukarelawan penyediaan makan minum.
2. Bantuan dari NGO/persendirian yang ditahan sebab hendak menampal 'sticker' BN.
3. Surat dari anggota tentera yang kebuluran kerana bantuan tidak sampai.
4. Sekolah Manik Urai yang runtuh
5. Puisi ibu Darwish 'tidurlah sayang'.
6. Sewa helikopter tentera RM4,500.
7. Gambar budak mati akibat bumbung runtuh (hakikat sebenar adalah di Indonesia).
8. Keluarga 10 orang mati akibat terperangkap dalam rumah.
9. Kelantan terputus terus hubungan jalanraya.
10. Empangan Thailand yg melepaskan air.
11. Bantuan hanya sampai kepada penyokong BN sahaja.

Berikut pula adalah 'screen shot' pembohongan-pembohongan yang telah berjaya didedahkan oleh pengguna media sosial yang prihatin:













December 28, 2014

34 Mat Sabu Pula Propa Kononnya Bantu Mangsa Banjir


Apa kena dengan pemimpin pembangkang hari ini. Kalau hendak berlakonpun buatlah bagi logik sikit. Jangan sampai buat propa sampai orang nak termuntah. Yang Mat Sabu, Timbalan Presdien PAS bergambar dalam air ni buat apa? Tak ada kerja lainkah? Tak nampak mangsa banjir di kiri dan kanan yang perlu diselamatkan. Orang berdiri air sampai ke paras paha. Mat Sabu air sampai ke paras dada kenapa? Mat Sabu sedang menungging hendak buang air kah? Lihat gambar di bawah, budak berbaju merah tu tingginya separas perut buncit Mat Sabu saja. Dalam air tak tenggelam pun? Teruk sungguh hangpa buat propa.

16 Uncle @limkitsiang To The Rescue - Bawa 2 Troli Untuk Mangsa Banjir Di Kelantan


Sukarelawan-sukarelawan BN yang bertugas di Kelantan boleh bersiap sedia untuk berkemas pulang. Lim Kit Siang sudah sampai di Kelantan. Uncle sudah turun kasi khidmat negara. Lim Kit Siang sudah sampai ke Kota Bhara menghantar bantuan DAP Pulau Pinang kepada DAP Kelantan yang sebanyak dua troli sahaja. Propa betul Uncle ini.


Uncle datang Kota Bharu pun Husam Musa dan Mat Sabu saja yang sambut. Mana Menteri Besar Kelantan? Atau mereka masih marah MB Kelantan bersama dengan DS Najib semalam? Lebih propa lagi, Lim Kit Siang turut bermain air. Orang pakai baju hujan atau 'rain coat' sewaktu hari hujan. Lim Kit Siang pakai baju hujan ketika meredah banjir. Ini uncle mau kasi gimik sikit.

Lihat gambar di bawah. Di belakang beliau adalah KY Chow, Pengerusi DAP Pulau Pinang dan EXCO Kerajaan Negeri. Lu punya anak mana Uncle? Tidak mahu balik dari percutian beliau di London-Paris ka? PM Najib adalah idola pemimpin pembangkang. Macam superstar. PM pakai pink main golf. Lim Kit Siang pakai 'pink rain coat'. Ho Ho Ho!




December 27, 2014

50 Hebat @cmlimguaneng Pergi Bercuti Ke Paris Naik Eurostar Kelas Perniagaan




Hebat solidariti di antara pemimpin-pemimpin PR. Ketua Menteri Pulau Pinang masih tidak mahu memendekkan percutian beliau di Paris. Katanya beliau ke sana dengan menaiki keretapi Eurostar dalam Kelas Perniagaan. Hebat lakonan Tokong Lim. Dalam negeri berpura-pura naik Air Asia kelas ekonomi. Nak tunjuk zuhud kepada macai-macai.

Anwar Ibrahim pula sibuk dengan percutian keluarga di New Zealand. Macai-macai PR hanya tahu mengkritik Perdana Menteri yang bercuti. Langsung tidak menyentuh rakan sekutu pemimpin PR yang turut bercuti mewah. Tinggallah Azmin Ali di Kelantan. Itupun buat lawak bodoh. Bagi cek bantuan RM1 juta kepada Kerajaan Kelantanpun kena diletakkan di dalam 'frame' dan diletak riben. Sungguh tidak ikhlas.


0 BN Bagus - Wee Ka Siong Pantas Berkhidmat Untuk Rakyat


Banjir bukan sahaja berlaku di Pantai Timur malah beberapa lagi negeri di Semenanjung seperti Perak dan Johor. Ini termasuklah beberapa kampung yang terlibat di Air Hitam. Setakat hari ini sebanyak 26 keluarga dengan jumlah keseluruhan 81 orang berlindung di SK Kota Dalam, Air Hitam. Manakala 11 keluarga lagi dengan jumlah keseluruhan 41 orang pula berlindung di SMK Suria Perdana.

Ahli Parlimen MCA/BN Air Hitam yang juga Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong adalah di antara Wakil Rakyat yang prihatin dan mesra Rakyat. Datuk Wee sewaktu ditemui di pusat pemindahan banjir mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat untuk membuka dua pusat pemindahan banjir 2 di SK Kota Dalam dan SMK Suria Perdana di Air Hitam. Mangsa banjir di Air Hitam telah dipastikan bukan sahaja bekalan makanan dan tempat perlindungan disediakan malah perkhidmatan perubatan juga turut dipastikan. 

Datuk Wee juga berkata untuk Pantai Timur, beliau juga memastikan bantuan telah digerakkan ke Kelantan dan Terengganu terutama Gua Musang, di mana beliau dan Presiden MCA membuat lawatan sehari sebelum itu. Sebanyak sebanyak 12 tan bekalan dengan 2 lori telah pun dihantar ke Gua Musang dari Cameron Highlands. Bekalan adalah berbentuk makanan untuk dimasak, makanan kering dan air minuman yang sangat diperlukan.

3 buah lagi lori dengan bekalan sebanyak 9 tan dari Ibu Pejabat MCA akan terus ke Kuala Krai, satu lagi kawasan yang teruk dilanda banjir. Bekalan akan terus dihantar ke kawasan Tanah Merah, Kemangan dan Machang yang telah terputus hubungan. Untuk Terengganu, satu treler bekalan keperluan mangsa banjir pula telah diletakkan di Kuala Terengganu. Manakala Dato Paduka Chew Mei Fun pula akan menguruskan penghantaran barangan melalui helikopter ke kawasan-kawasan yang sukar untuk dihubungi.

Datuk Wee berpesan kepada penyumbang-penyumbang bekalan bantuan agar mempercepatkan penghantaran dan terus dihantar ke pusat pengumpulan supaya setiap penghantar dapat dihantar segera dan lebih tersusun. Datuk Wee juga mengucapkan terima kasih kepada semua NGO yang turut membantu memberi sumbangan.




 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates