January 4, 2014

8 Perlukah Hard Rock Cafe Dibuka Di Putrajaya @TanSriAseh @TengkuAdnanReal @NajibRazak ?



Apa keperluan Hard Rock Cafe dibuka di Putrajaya? Cafe ini bukan sebarang Cafe. Hard Rock Cafe menghidangkan minuman keras, 'live band' dan pusat maksiat muda mudi. Apakah masyarakat Putrajaya yang rata-ratanya terdiri daripada kakitangan-kakitangan awam perlukan pusat hiburan sebegini untuk menenangkan fikiran? Hampir 95% penduduk di Putrajaya adalah Melayu Islam bukan? Mereka ini perlukan pusat maksiat ka? Ahli Parlimen Putrajaya, DS Tengku Adnan Tengku Mansor tidak harus berdiam diri kerana beliau menang di Putrajaya adalah disebabkan undi Melayu Islam.

Amat diharapkan Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat memikirkan kembali keputusannya. Putrajaya yang selama ini menampilkan sebuah bandar yang bercirikan Islam, seperti yang diilhamkan oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed, pasti akan tercalar. Lebih elok dan mendapat sokongan ramai sekiranya Tan Sri Aseh mencadangkan penubuhan Maahad Tahfiz berbanding pusat maksiat di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Apa kata penduduk Putrajaya sendiri?

6 Sekitar Protes Pensil Merah - Apa Lagi PR Mahu?











Bertempat di hadapan bangunan Bar Council sebentar tadi, berlangsung protes aman menzahirkan ketidakpuasan hati juak-juak media mesra PR mengenai layanan Kerajaan Pusat terhadap media. Agenda utama protes ini lebih kepada ketidakpuasan hati PR terhadap pergantungan majalah mingguan The Heat, sebenarnya. Protes ini dinamakan Protes Pensil Merah. Kehadiran pemprotes dan pendemo amat mengecewakan sekali dengan kehadiran sekitar puluhan orang termasuk pemerhati bebas.

Kehadiran yang mengecewakan mungkin disebabkan penunjuk perasaan masih lagi letih membuat demonstrasi TURUN di malam Ambang Tahun Baru. Cuma CTS tertanya-tanya apakah lagi yang tidak kena dengan layanan Kerajaan terhadap pihak media? Fitnah dan berita pembohongan penuh bertaburan di ruang maya. Tiada sekatan media sosial seperti Facebook dan Twitter seperti di negara China. Apa lagi yang juak-juak ini mahu sebenarnya?

3 Tahniah ADUN PKR Mempromosikan BR1M


Tahniah Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar yang mengantung banner yang besar untuk mempromosikan BR1M untuk tahun 2014. Mungkin ada agenda untuk menaikkan nama ADUN berkenaan di mata Rakyat, namun CTS melihatnya sebagai satu khidmat untuk menyampaikan bantuan Kerajaan Pusat terus kepada Rakyat yang belum mengetahui mengenai BR1M. 

Malaysia memerlukan pembangkang yang proaktif dan rasional bukannya pasif dan emosional. Kita harapkan ADUN berkenaan tidak dikenakan tindakan tatatertib kerana mempromosikan produk Kerajaan Pusat. Eloklah kalau PR berfikiran terbuka sebegini. Jangan asyik guling-guling saja.

January 3, 2014

13 Sultan Brunei Laksana Hudud Di Negaranya, Anaknya Pula Adakan Parti Mewah Semperna Tahun Baru Di London

Dunia Islam dikejutkan dengan pengumuman Sultan Brunei untuk melaksanakan hukum hudud di negaranya. Pengumuman berkenaan dibuat oleh Baginda pada 23 Oktober 2013 (Sumber di sini). Tidak sampai 3 bulan pengumuman dibuat, salah seorang anak lelaki Sultan Brunei telah mengadakan parti mewah semperna Tahun Baru di Hotel Dorchester, London. 

Antara artis-artis terkenal yang hadir adalah Jerry Hall, Mariah Carey, Diana Ross, John Travolta dan lain-lain. Daily Mail melaporkan di sini dan di sini. Portal Al Arabiya News pula melaporkan parti yang sama, di sini. Apakah Brunei akan menjadi seperti negara-negara Arab yang mengamalkan hukum Islam namun apabila Pak-Pak Arab ke luar negeri untuk bercuti jubah hilang ke mana dan perempuan dan arak menjadi peneman? Bagaimana Islam akan dihormati sekiranya kelakuan Umat Islam sendiri tidak berubah.





4 Pengusaha Bas Sudah Jadi Samseng Buat Ugutan Dan Naikkan Tambang Tanpa Kebenaran SPAD




Persatuan Pengusaha Bas tanahair sudah mula bermain kasar. Dalam Rakyat tengah mengalami kesempitan mengharungi masalah kenaikan harga barangan, kapitalis Persatuan Pengusaha Bas Sekolah telah mula menangguk di air yang keruh dengan mengugut Kerajaan untuk menghentikan perkhidmatan bas sekolah sekiranya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) tidak meluluskan permintaan mereka untuk menaikkan tambang bas. 

Lebih teruk lagi, laporan Berita Harian hari ini turut memaparkan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah di Melaka dan Sabah sudahpun menaikkan tambang bas mereka tanpa kebenaran pihak berkuasa SPAD. Hebat ugutan pihak kapitalis Persatuan Pengusaha Bas. Menggunakan alasan tidak mampu membayar kompoun yang dikenakan oleh pihak SPAD menunjukkan sikap kebodohan mereka. Apa kena mengena kompoun dengan kenaikan tambang bas? Kompoun dikenakan sekiranya kesalahan dan perlanggaran undang-undang. Kalau tidak mahu dikenakan kompoun, elakkan dari melanggar undang-undang. Jangan jadikan ini sebagai alasan bodoh untuk mengadakan mogok dan mengugut Kerajaan untuk menaikkan tambang bas. 

Persatuan Pengusaha Bas seharusnya lebih bersabar kerana pihak SPAD dalam proses mengkaji tambang yang terbaik untuk dikenakan supaya kedua-dua pihak, pengguna dan pengusaha bas, supaya keputusan menang-menang akan tercapai. Tiada pihak yang akan menanggung kerugian. Sayugia diingatkan punggutan maklum balas untuk membuat kajian mengenai kenaikan tambang bas telah dilakukan oleh pihak SPAD dan kajian berakhir hujung Disember 2013 yang lalu. 

SPAD perlukan masa untuk mengumpul maklumat, membuat kajian dan konklusi sebelum sesuatu cadangan hendak dikemukakan untuk diluluskan oleh Kabinet yang dijangkakan bersidang pada Mac 2014 akan datang. Selepas diluluskan baru boleh dikuatkuasakan. Negara kita ada undang-undang. Melanggar undang-undang dengan menaikkan tambang bas dan membuat ugutan kepada SPAD dan Kerajaan bukan jalan yang baik untuk menyelesaikan masalah.

January 2, 2014

20 Blogger Pembangkang Kayu! Yuran Makan Asrama Dikatakan Yuran Sekolah - Memang Blogger Tak Sekolah!!!



"Screen page" di atas adalah petikan dari blog Omak Kau!!! (baca di sini). Penulisnya cuba memfitnah Kerajaan Malaysia kononnya mengenakan yuran pengajiannya yang tinggi. Sebenarnya, jumlah RM750 seorang bagi kedua-dua pelajar di atas adalah yuran makanan bagi pelajar yang tinggal di asrama. 

Bagi pembaca-pembaca CTS yang tiada pengalaman, cara pengiraannya begini. Bagi pelajar-pelajar yang tinggal di asrama sama ada bagi sekolah kebangsaan ataupun sekolah bantuan Kerajaan, jumlah yuran makanan yang dikenakan ke atas pelajar adalah RM1 atau RM3 sehari bergantung kepada pendapatan ibu bapa. Bagi ibu bapa yang berpendapatan sekeluarga RM4,999 atau kurang, jumlah yuran makanan yang dikenakan ke atas anak mereka adalah RM1 sehari. (RM1 X 250 hari persekolahan = RM250 setahun). 

Manakala bagi ibu bapa yang berpendapatan sekeluarga RM5,000 dan lebih setahun, yuran makanan yang dikenakan ke atas anak mereka adalah RM3 sehari. (RM3 X 250 hari persekolahan = RM750 setahun). Sayugia diingatkan caj makan pelajar yang dikenakan sama ada RM1 atau RM3 sehari adalah untuk 6 kali makan (sarapan pagi, rehat pagi, tengah hari, petang, malam dan makan ringan sebelum tidur) dan menu-menu yang di tetapkan oleh kementerian. 

Ibu bapa hanya bayar RM1 atau RM3 sahaja. Selebihnya adalah tanggungan kerajaan. Janganlah blogger pembangkang berhati sangat busuk dengan memfitnah yuran makanan asrama sebagai yuran pengajian sekolah. Kalau bagi makan anak yang tinggal di asrama RM1 atau RM3 seharipun tak mampu dan nak berkira, lebih baik terjun dari bangunan KLCC dari hidup menyusahkan orang!

19 Chegubard Hantar Juga Anak Ke Sekolah Kerajaan Rupanya


Ingatkan kutuk-kutuk Kerajaan, demo sana demo sini menentang Kerajaan, pastinya ahli politik pembangkang tidak percaya dengan sistem yang dilaksanakan oeh Kerajaan. Nurul Izzah, anak Ketua Pembangkang sendiri pernah berkata bahawa tahap pendidikan negara semakin merudum.

Tup tup Chegubard, anarkis penentang Kerajaan yang sentiasa berada di barisan hadapan sewaktu mana-mana demo yang dianjurkan oleh pembangkang, kelihatan malu-malu anjing menghantar anak beliau ke sekolah Kerajaan. Zalim sungguh Kerajaan Barisan Nasional sehingga memaksa Chegubard menghantar anak beliau ke sekolah Kerajaan.

Tentu Chegubard dan anaknya dizalimi Kerajaan pusat dengan fasiliti pembelajaran sekolah yang sempurna, yuran percuma, bantuan buku teks dan bantuan RM100 untuk pelajar sekolah. Zalim sungguh!

January 1, 2014

0 Harakahdaily Ditangkap Menipu Lagi!



Harakahdaily ditangkap menipu lagi. Harakahdaily menggunakan gambar orang ramai yang hadir untuk mendengar ceramah Ustaz Azhar Idris di Butterworth di malam ambang tahun baru semalam sebagai gambar pendemo-pendemo TURUN di Dataran Merdeka.

Harakahdaily mempunyai wartawan tahap sampah. Melaporkan berita tidak tepat bertaraf sampah! Inilah 'keyboard warriors'. Menulis dan melaporkan berita tanpa perlu berada di lapangan. Jadi tak salah CTS panggil Harakahdaily sebagai Haprakdaily. Memang haprak!

5 Isu Fitnah RM15 Juta Terhadap DBKL - Bila @WardinaSaffiyah Hendak Minta Maaf? Inikah Orang Harapan DS @NajibRazak ?


Wardina Saffiyah di dalam 'Official Facebook Page' beliau pada dua hari lepas telah membuat fitnah terhadap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membelanjakan RM15 juta untuk sambutan perayaan tahun baru. Fitnah beliau itu telah dikongsi oleh 4,186 dan sebanyak 16,227 menyukai fitnah beliau itu.

Hari ini, Datuk Bandar, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib menafikan perbelanjaan untuk sambutan Ambang Tahun Baharu 2014 di Dataran Merdeka malam tadi menelan belanja hingga RM15 juta. Sebenarnya DBKL berbelanja hanya RM348,000, iaitu anggaran RM6 sahaja satu kepala bagi setiap 40,000 ribu pengunjung yang hadir untuk sambutan Tahun Baharu malam tadi. Jumlah RM15 juta yang Wardina Saffiyah perlu tahu adalah untuk perbelanjaan sepanjang tahun 2014 bagi menjayakan Tahun Melawat Malaysia (TMM).

Sekarang terbukti Wardina Saffiyah telah buat fitnah. Inikah mentaliti salah seorang daripada 27 nama yang menganggotai  Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) yang dilancarkan Perdana Menteri tempoh hari? Persoalannya, setelah mengetahui beliau terkhilaf membuat fitnah, adakah beliau akan meminta maaf secara terbuka dengan DBKL?

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates