December 21, 2013

0 SPAD Cadang Bas Awam Dipasang GPS

Kita mengalu-alukan saranan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk menggalakkan semua bas awam dilengkapkan dengan Sistem Pengesanan Global (GPS) bagi mengelakkan kenderaan itu dipandu laju.
     
Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata selepas melawat Terminal Sentral Kuantan, setakat ini hanya beberapa syarikat bas seperti Rapid Bus Sdn Bhd telah berbuat demikian bagi memantau kelajuan pemandu mereka di jalan raya.

Malaysia sewajarnya mencontohi negara China yang menggunakan satu sistem pemantauan terhadap pemandu pengangkutan awam mereka bagi memastikan pemandu tidak memandu melebihi kelajuan yang ditetapkan. Di negara berkenaan, sekiranya seorang pemandu keretapi didapati memandu melebihi had laju, pusat kawalan akan dimaklumkan dan langkah segera akan diambil bagi mengurangkan kelajuan keretapi tersebut.

SPAD sewajarnya lebih kerap mengadakan pertemuan dengan pengusaha syarikat bas awam untuk membincangkan cadangan pemasangan GPS. Mungkin pihak SPAD juga boleh mencadangkan kepada Kerajaan untuk memberikan diskaun tertentu terhadap pengusaha syarikat bas awam yang komited hendak melaksanakan sistem berkenaan.

December 20, 2013

0 MB Johor Saran Wujudkan Intergrasi Antara PBT & SPAD

Menteri Besar Johor, DS Mohamed Khaled Nordin menyarankan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor supaya menubuhkan unit pengangkutan awam bermula tahun hadapan bagi melibatkan diri dalam usaha meningkatkan pengangkutan awam yang lebih berkesan.

Penubuhan unit ini dilihat perlu bagi perkembangan pengangkutan awam selari dengan kepesatan pembangunan dan pembukaan bandar-bandar baharu di negeri ini di masa-masa akan datang.

MB Johor menyeru supaya PBT memainkan peranan dalam merangka dan membuat cadangan kepada pihak berkuasa kerajaan seperti Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Ia merupakan satu intergrasi penting bagi memastikan keseimbangan dalam menyediakan keperluan rakyat dengan pengangkutan awam yang disediakan.

Kita mengalu-alukan langkah dan cadangan daripada MB Johor berkenaan. Kerjasama di antara PBT dan SPAD ini, bukan sahaja dapat menyediakan sistem pengangkutan awam yang lebih baik kepada rakyat malah pada masa sama dapat mengurangkan kos sara hidup mereka. Cadangan MB Johor ini dilihat bersesuaian untuk diterapkan ke dalam setiap PBT di seluruh negara kerana ia dapat membantu SPAD dalam memperolehi maklum balas dan langkah penyelesaian lebih jitu. Sekiranya setiap PBT merangka, merancang dan melaksanakannya daripada sekarang, tidak ada masalah besar dari segi pengangkutan awam tidak dapat diselesaikan.

December 19, 2013

1 Makmal Kaji Sara Hidup Pula Hendak Ditubuhkan? Cukup-Cukuplah Bayar ConSultan @khairykj


Asal ada masalah tubuh makmal. Asal tubuh makmal panggil ConSultan. Asal panggil ConSultan berjuta-juta hingga berbillion duit Rakyat Marhaen dihabiskan. Sudah-sudahlah dengan idea merepek yang hendak menghabiskan duit negara, sedangkan taraf hidup Rakyat Marhaen tidak pernah berubah. 

Apa guna ada Menteri dan Timbalan Menteri kalau sekadar hendak mengeluarkan kenyataan yang bodoh? Terbaru, kita tidak pasti apa tujuan Menteri Muda Kementerian Belia dan Sukan mengeluarkan kenyataan supaya sebuah makmal ditubuhkan di bawah PEMANDU untuk mengkaji kos sara hidup Rakyat. Tidak cukupkah PEMANDU di bawah pengurusan DS Idris Jala menghabiskan duit Rakyat selama ini tanpa ada satu keputusan bijak yang dikeluarkan. 

Taraf hidup semakin tinggi. Harga barangan semakin naik. Sekarang YB Khairy Jamaluddin menyarankan kita menyara PEMANDU dengan bayaran berjuta-juta hingga berbillion-billion dengan duit Rakyat untuk mengkaji taraf hidup Rakyat? Pergi mampuslah YB! Rakyat Marhaen di Malaysia melaratlah!!!

2 Video-Video Amatur Rakaman Puting Beliung Di Johor Bharu Pada 18/12/2013




Perbagai kejadian fenomena cuaca aneh berlaku di beberapa tempat di seluruh dunia. Salji telah turun di Kaherah setelah beratus tahun kali terakhir kejadian berkenaan berlaku. Terbaru petang semalam, warga Johor Bharu dikejutkan dengan kejadian puting beliung atau "hurricane" yng berlaku berhampiran dengan Danga Bay. CTS meminjam gambar-gambar dan video-video amatur yang diperolehi di laman sosial untuk dikongsi bersama untuk sama-sama kita fikir mengenai fenomena kejadian cuaca yang aneh ini.

video

video

December 17, 2013

0 SPAD Jamin Tambang Bas Sekolah Tidak Membebankan

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memberi jaminan, kadar caj tambang bas sekolah yang baru akan diumumkan sebelum sesi persekolahan 2014 bermula, tidak akan membebankan pengguna. Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata pihaknya masih mengkaji kadar yang sesuai, walaupun berdepan desakan Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia yang mahu kenaikan 40 peratus mulai Januari ini.

Kita berharap SPAD dapat mengambil pendapat daripada keseluruhan Rakyat sama ada pengusaha bas maupun pihak ibu bapa. Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia seharusnya prihatin dengan desakan mereka. Malah ketika ini, banyak syarikat bas tidak mengikut kadar caj sebenar ditetapkan SPAD, sebaliknya menaikkan kadar hingga menyusahkan ibu bapa pula. 

Pengusaha-pengusaha bas seharusnya mengambilkira pelbagai insentif dan bantuan diberikan Kerajaan kepada pengusaha bas sekolah, termasuk peruntukkan subsidi diesel 570 liter sebulan, rebat RM10,000 bagi skim penukaran bas sekolah baru serta pinjaman dengan kadar faedah dua peratus. 

Kita membantah keras dengan kenaikan tambang 40 peratus kerana jumlah itu terlalu tinggi dan tidak wajar berbanding beban yang akan dialami pihak ibu bapa yang menanggung anak bersekolah menaiki pengangkutan terbabit. Ini ditambah bagi ibu bapa yang mempunyai ramai anak yang bersekolah. SPAD juga seharusnya mengenakan tindakan keras dan tegas dan sewajarnya jika mereka masih berdegil untuk menaikkan tambang tanpa kelulusan badan itu, sekiranya ianya diumunkan sebelum sessi persekolahan dimulakan pada tahun depan.

December 16, 2013

3 Gambar MB Terengganu Goyang Kaki Lihat Mangsa Banjir Cuci Peralatan Sekolah


Suka sangat CTS melihat gambar di atas. Gambar Menteri Besar Terengganu, DS Ahmad Said serta isteri membantu membasuh kerusi pelajar-pelajar sekolah yang terlibat di dalam banjir tempoh hari. CTS tidak mahu memuji berlebihan. Mungkin ada yang berkata ini hanya lakonan. Mungkin juga sifat ikhlas dari kedua suami isteri berkenaan. Ikhlas atau tidak itu urusan beliau dengan Allah tetapi jika itulah jiwa beliau.

Beliau tidak dapat sembunyikan naluri dan perasaan beliau. Bahasa badan tidak akan menipu kita tetapi lidah sentiasa menipu kita. Namun gambar ini 1,000 kali lebih baik daripada gambar sekumpulan pemuda UMNO yang dua tiga orang memegang penyapu dan menyapu di tempat yang sama, ketika Misi Bantuan Banjir di Kuantan. Hipokrit tahap gaban!


1 Guan Eng Akan Selesaikan Masalah Banjir Pahang Dalam Satu Penggal? Banjir Di Penang Apa Cer?


Dengan nada bongkak, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata PR mampu menyelesaikan masalah banjir di Pahang dalam tempoh sepenggal sahaja!!! Nada bongkak beliau tersebut nyata bersyarat. Syarat kedua pula adalah sekiranya mereka berjaya memerintah di Pahang dan menguasai Putrajaya. Setakat cakap kosong siapapun boleh. Siapa sahaja boleh membuat pemasaran dan janji-janji kosong, sedangkan servis selepas jualan (after sales service) hancur!

Sekarang baru semua tahu yang Lim Guan Eng bukan sahaja berjaya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, malah betul-betul sebagai Tokong kerana mampu menahan hujan supaya tidak berlaku banjir. Ironisnya Tokong ini bukan sahaja gagal mengatasi masalah dalaman DAP, malah dalam 2013 sahaja sudah beberapa kali Pulau Pinang dilanda banjir. Gambar-gambar di bawah sebagai bukti. Apa kata Tokong?









December 15, 2013

25 Pelik Tapi Benar - YB DAP Cukur Jambul Anak Melayu Islam


Kejadian seorang ADUN DAP menyertai upacara cukur jambul anak Melayu Islam amat menarik perhatian CTS. Pastinya kita tidak pernah mendengar perkara sebegini 10 tahun yang lepas. Orang Melayu Islam sekarang sudah maju, sudah liberal dan sudah ada 'lifestyle'. Tahniah buat keluarga Melayu Islam berkenaan yang menyanjung tinggi ADUN DAP Kinrara, Ng Sze Han. 

Sepatutnya makcik berkenaan turut mengundang EXCO Selangor, Elizabeth Wong datang cukur jambul bayi berkenaan. Mana tahu kelakuan bayi berkenaan mungkin akan mengikut budi pekerti Eli Wong. Berkemungkinan juga YB Ng Sze Han terlupa hendak meletakkan catatan di dalam Twitter beliau bahawa beliau juga turut 'belah mulut' bayi berkenaan dan menyertai majlis berzanji.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates