November 23, 2013

1 Pemimpin DAP Menyambut Girang Kemenangan Mat Sabu Dengan Ucapan-Ucapan Tahniah Di Twitter



Mah! Abang Mat menang sepenggal lagi. Bulu Mah lekat di kerongkong. Tahniah kepada Abang Mat Sabu yang diistiharkan menang jawatan Timbalan Presiden PAS. Maka seperti dijangka, bersorak gembira pemimpin-pemimpin DAP di atas kemenangan beliau. Ucapan tahniah ini pasti tidak akan kunjung tiba sekiranya Nik Mohd Amar menang jawatan berkenaan.

Tahniah juga buat 11 kumpulan 'Erdogan' di dalam Jawatankuasa PAS Pusat daripada 18 yang menang. Mereka terdiri daripada Mazlan Aliman, DS Mohd Nizar Jamaluddin, Datuk Amirudin Hamzah, Dr Mohd Hatta Ramli, Datuk Dr Mujahid Yusof, Dr Dzulkefly Ahmad, Mohamed Hanipa Maidin, Datuk Kamarudin Jaffar, Khalid Samad, Dr Syed Azman dan Dr Siti Mariah Mahmud.

DAP tersenyum lebar. Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim tersenyum puas.

0 Betulkah SPRM Melindungi Ahli Politik Rasuah Atau @rafiziramli Buta Sejarah?


Umum mengetahui pemimpin-pemimpin Pakatan Pembangkang bercakap menggunakan kepala lutut dan tidak berfikir sebelum membuat kenyataan. Apabila tindakan menipu mereka ditelanjangkan di khayalak umum, penafian akan dilakukan dengan muka selamba dan bloggers dan cybertroopers UMNO menjadi tempat untuk meletakkan beban kebebalan mereka. Contoh paling mudah adalah penafian isu 40,000 Bangla yang didakwa Anwar Ibrahim telah menyebabkan kemenangan BN dalam PRU-13.

Seperti tuannya, Rafizi Ramli tidak terkecuali. Beberapa hari lepas, Rafizi Ramli telah mengeluarkan kenyataan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melindungi ahli politik yang rasuah. Rafizi Ramli mungkin bermulut lancang seperti Anwar Ibrahim atau beliau mungkin lupa dengan sejarah. Tidak mengapa. Mari kita ingatkan beliau kembali.

Antara  ahli politik yang telah disiasat oleh SPRM dan dituduh di mahkamah adalah Dato’ Mohamad Norza Zakaria (ahli UMNO dan berjawatan Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan), Mohd Yahya Bin Mat Sahri (ahli PKR dan Pegawai Tugas-tugas Khas Menteri Besar Selangor) dan Wong Chuan How (ahli DAP dan Pembantu Khas ADUN) dan Hasbie Satar (bekas Setiausaha Politik, Menteri Kewangan)

Manakala ahli politik yang telah dituduh dan disabitkan di mahkamah pula adalah Dato’ Suhaili Abdul Rahman (Ahli Parlimen Labuan), Abdul Rahman Bakri (Ahli Parlimen Sabak Bernam), Mohd Khir Toyo (mantan Menteri Besar Selangor) dan Yap Soo Sun (ADUN Teratai). Statistik tahun-tahun sebelum ini juga membuktikan bahawa SPRM (dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah) sentiasa memandang serius dan menjalankan siasatan tanpa mengira pangkat dan kedudukan.

Antara ahli politik yang  pernah disabitkan bersalah di mahkamah atas pertuduhan rasuah, antaranya Mustafa Salim Bin Salim (ADUN Lenggeng), Datuk Azman Mahalan (EXCO Perak) dan  Tan Sri Kasitah Gadam (Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi dan Dato’ Waad Bin Mansor (EXCO Negeri Sembilan). Sejarah juga membuktikan bahawa tiga Menteri Besar Selangor juga pernah disiasat dan didakwa oleh Suruhanjaya ini, bermula dengan Datuk Harun Hj Idris , Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib dan Dr Mohd Khir Toyo.

Ahli Politik seperti Pakatan Pembangkang seharusnya tampil memberi maklumat kepada SPRM sekiranya memiliki maklumat rasuah beserta dokumen yang menyokong dakwaan tersebut. Mereka juga boleh mengemukakan sebarang pertanyaan melalui wakil parti masing-masing yang dilantik sebagai ahli dalam Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR). Mungkin Rafizi Ramli terlupa bahawa Pada 28 Oktober lalu, 3 wakil parti pembangkang telah dilantik Yang di-Pertuan Agong menganggotai Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, SPRM di Istana Negara. Mereka adalah:

1. Dr. Tan Seng Giaw (DAP) - Kepong
2. Datuk Fauzi Abd Rahman (PKR) - Indera Mahkota
3. Datuk Takiyuddin Hassan (PAS) - Kota Baru

Lihat apa kata Dr. Tan Seng Giaw dalam sidang media bersama SPRM di sini:

video

Mereka dilantik mengikut Seksyen 14(2) Akta SPRM bagi tempoh 25 Mei 2013 hingga 24 Mei 2016. Pelantikan selaras dengan peruntukan Seksyen 14 (2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. Antara fungsi jawatankuasa itu ialah menasihati Perdana Menteri mengenai rasuah di Malaysia, memeriksa laporan tahunan SPRM serta mendapatkan penjelasan dan penerangan mengenai laporan tahunan SPRM dan ulasan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah. Apakah Rafizi Ramli turut mahu mengatakan ketiga-tiga mereka berkenaan turut melindungi ahli politik rasuah?

November 22, 2013

1 Pepsi Minta Maaf Di Atas Iklan Melampau Yang Menghina Bintang Portugal Ronaldo


Pepsi telah mendapat kritikan hebat daripada peminat-peminat bolasepak seluruh dunia apabila iklan terbarunya dua hari lepas menghina bintang Portugal dan juga kelab Real Madrid, Cristiano Ronaldo, dengan mengambarkan patung Ronaldo dicucuk dengan puluhan jarum ala upacara hitam "voodoo". 

Terdapat juga satu lagi iklan di mana patung Ronaldo diikat di rail keretapi dan iklan Pepsi berbunyi, "We are going to pass over Portugal". Syarikat Pepsi telah membuat permohonan maaf kepada Ronaldo di dalam laman Fanpage Facebook Pepsi Co. seperti di bawah dan menarik kembali iklan berkenaan.



November 20, 2013

8 Raja Spin Negara @anwaribrahim Buat U-Turn Isu 40,000 Bangla

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim pada sidang media di perkarangan Parlimen pagi tadi, berkata dakwaan bahawa 40,000 pengundi hantu dari Bangladesh turun mengundi dalam pilihan raya lalu mula ditimbulkan oleh penulis blog pro-Umno dan bukannya oleh pemimpin Pakatan Rakyat. Beliau telah membuat semakan dan mendapati pemimpin PR tidak pernah membuat kenyataan seperti itu. Anwar Ibrahim sememangnya bijak memanipulasikan kenyataan dan bermain dengan kata-kata. 

Mungkin boleh kita lampirkan bukti-bukti di bawah untuk mengingatkan beliau kembali bagaimana terdesaknya beliau mendakwa BN menggunakan 40,000 pengundi hantu untuk menang di dalam PRU-13. Kemana menghilang jumlah 40,000 pengundi hantu berkenaan? Mungkin disembunyikan oleh hantu-hantu Villa Nabila? Anwar, Anwar, siapa tidak kenal dengan Raja Spin Negara ini kan? Lihat video klip di bawah. Secara terang-terangan Anwar Ibrahim menyebut 'Banglasia' di dalam ceramah 'Blackout' beliau. Apa lagi beliau mahu spin?

video

Ini lagi satu video ceramah Anwar Ibrahim mengenai 'Bangla'. Lagi beliau magu nafi?

video

Ini pula video sidang media Anwar Ibrahim yang menuduh BN membawa pengundi hantu dari Sabah dan Sarawak dengan pesawat khas:

video





November 19, 2013

0 Gantung Lesen Genting Highlands Transport Sdn Bhd - Tahniah SPAD Kerana Bertindak Tegas

Masih ingatkah lagi dengan kemalangan ngeri yang meragut 37 nyawa pada 21 Ogos 2013? Semalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) telah bertindak untuk mengantung lesen pengendali bas berkenan iaitu Genting Highlands Transport Sdn Bhd setelah meneliti laporan audit yang dilakukan oleh pasukan SPAD. 

Kita sebagai pengguna berdiri teguh di belakang suruhanjaya berkenaan yang tidak berkompromi dengan isu keselamatan penumpang-penumpang bas. Diharap pengantungan lesen ini menjadi ikhtibar kepada syarikat-syarikat pengangkutan bas lain agar memastikan aspek keselamatan  kenderaan sentiasa berada di tahap terbaik. Di bawah adalah Kenyataan Akhbar dari pihak SPAD.


26 Oooo ... Begini Rupanya Pengarah Unit 'Task Force' PAS?



Idak le teman tahu dalam PAS ada Unit Task Force. Kalau diikutkan imej Pengarahnya boleh tahan. Badan tegap,  jalan depang dada dan pakai gelang besi tebal. Oh ya! Ustaz-ustaz PAS benarkan kah pemakaian gelang besi untuk lelaki? Mungkin untuk tujuan kesihatan kot?

Agak-agaknya apa tugas Pengarah Unit 'Task Force' PAS ini ye? Kalau diikutkan imej yang brutal ini, nampak seperti kaki pukul atau tukang tarik kereta sahaja. Atau mungkin ketua kepada segala pengawal-pengawal keselamatan di dalam Unit Anal PAS? CTS mohon pencerahan.
Published with Blogger-droid v2.0.10

November 18, 2013

26 Apa Rasionalnya Kereta 12 Tahun Ke Atas Diharamkan Di Jalanraya? cc. @HishammuddinH2O


Apa rasionalnya tindakan Kerajaan mahu menghadkan umur kereta yang boleh berada di jalan raya tidak melebihi 12 tahun? Kerajaan ingat rakyat semua macam Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri yang boleh tukar kereta setahun sekali? Bayangkan tempoh pembiayaan yang selalunya dipohon oleh Rakyat Marhaen yang miskin adalah dalam tempoh 5 ke 9 tahun. Sekiranya Kerajaan menghadkan usia 12 tahun sahaja kereta boleh berada di jalanraya, sehabis 9 tahun tempoh pinjaman, Rakyat boleh berehat selama 3 tahun sebelum terpaksa memohon pinjaman semula untuk membeli kereta baru. 

Bagi golongan muda pastinya tidak mengalami masalah hendak membuat pinjaman. Bagi yang sudah mencapai usia persaraan, bagaimana golongan ini mahu mendpatkan pinjaman bagi membeli kereta baru? Sudahlah harga kereta di Malaysia dikatakan yang kedua mahalnya di dunia! Kini mereka dibeban pula dengan usia tertentu bagi kenderaan yang mereka miliki. Keadaannya lebih parah bagi pembeli dari keluarga berpendapatan rendah. Kebanyakan mereka hanya mampu membeli kereta terpakai yang sudah pun berusia.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata bahawa kerajaan akan menimbangkan untuk melaksanakan had jangka hayat kenderaan berikutan saranan oleh Ketua Pengarah Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) bahawa kereta berusia 12 tahun ke atas adalah tidak selamat. Beliau berkata keputusan itu "perlu dibuat segera demi keselamatan rakyat". Terkejutkah CTS dengan kenyataan tersebut? Tidak!!! Ini kerana Timbalan Menteri yang sama pernah mengemparkan negara apabila mendefinasikan "Golongan Pertengahan" sebagai:
"Golongan pertengahan yang saya maksudkan merujuk kepada orang Melayu yang boleh miliki kereta Mercedes-Benz, ada rumah banglo, mempunyai harta yang kata orang antara RM2 juta hingga RM3 juta." (Sumber: Utusan Malaysia)

1 Buruk Bebenor Makcik-Makcik Menari Giyomi Dengan Memakai Baju BN

video

Tidak dapat dipastikan apa yang ada di dalam akal fikiran Makcik-Makcik di atas ketika melakukan aksi tarian popular Jepun, Giyomi. Hendak ditegur dan dikutuk berlebihan, rasanya usia makcik-makcik di atas ada yang sebaya dengan Mak CTS sendiri. Video ini mungkin untuk suka-suka, namun tindakan memuatnaik video berkenaan ke alam maya mengundang kontroversi 1Malaysia. Tambahan lagi dengan baju biru parti Barisan Nasional yang dipakai oleh Makcik-Makcik berkenaan. 

Tindakan mereka menari sesama kaum hawa tidak salah. Tindakan merakam dan memuatnaik ke internet sahaja bagi CTS tidak wajar. Mungkin di lain kali, perkara sebegini tidak perlulah dirakam kerana dikuatiri pihak-pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan di internet dan menjadi 'viral' sehingga menjatuhkan maruah diri sendiri.

5 Tun Dr Mahathir Pasti Menangis Punyai Anak Sebegini


Dalam setandan pisang, tidak mungkin kesemua buahnya baik dan berkualiti, pastinya ada buah yang buruk dan busuk. Begitulah juga dalam keluarga Ayahanda Tun Dr Mahathir. Entah di mana silapnya, anak perempuan yang seorang ini tidak langsung mewarisi sifat-sifat murni keluarganya. Datin Paduka Marina Tun Dr Mahathir adalah salah seorang daripada Ahli Lembaga Pengarah Sisters In Islam (SIS), yang juga penyokong kuat gerakan COMANGO. 

COMANGO adalah Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia yang menuntut hak kebebasan orientasi seks, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), hak kebebasan murtad bagi orang Islam dan hak kesamarataan agama di negara ini. Lihatlah gambar di atas, ajaran sesat apakah yang diamalkan oleh mereka? Mungkin satu baiah dalam upacara vigil yang tidak CTS ketahui. Wallahualam.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates