November 2, 2013

0 Satira #PRKSgLimau Bah. II - Depa Kata







6 PAS Mula Mengamalkan Kempen "Gutter Politic" Dalam 36 Jam Terakhir #PRKSgLimau




PAS sudah mula desperado dalam kempen 36 jam terakhir sebelum pembuangan undi di PRK N20 Sungai Limau. Tindakan terdesak mereka mengantung kaki patung dengan sebelah darinya dipotong sebagai simbolik kaki Ustaz DS Azizan.

Mereka meletakkan patung-patung ini di beberapa kawasan kubu kuat atau PDM UMNO/BN dengan bertujuan untuk menyebabkan kemarahan Rakyat Sungai Limau yang sayangkan Mantan Menteri Besar dan Wakil Rakyat mereka. 

Tindakan desperado ini adalah yang paling bodoh yang pernah CTS lihat selepas kejadian lakonan pelakon-pelakon PAS yang kononnya ditetak oleh penyokong BN di dalam PRK Bagan Pinang satu waktu dahulu. Penganut-penganut PAS sekarang semakin sesat dan menyesatkan.


November 1, 2013

0 Tahniah SPAD Kerana Mewajibkan CCTV Ke Atas Kenderaan Komersial / Awam Di Tanah Tinggi

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)  telah mengeluarkan pekeliling baru untuk  sistem pengurusan kenderaan komersial dengan mewajibkan pemasangan kamera litar tertutup khusus untuk kawasan tanah tinggi. Sebagai pengguna kita mengalu-alukan keputusan SPAD untuk mewajibkan pemasangan CCTV ke atas kenderaan komersial kerana pemasangan CCTV itu adalah berdasarkan piawaian antarabangsa yang turut diputuskan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Penguatkuasaan CCTV itu perlu untuk merekod pegerakan bas setiap hari dan mengenalpasti pergerakan pemandu. Ini untuk memperketatkan lagi sistem pengurusan kenderan awam dan komersial, dengan mengenakan satu piawaian antarabangsa yang dikeluarkan oleh PBB dalam kaedah ianya mengguna pakai yang lebih ketat. Pengunaan CCTV dapat merekodkan pergerakan bas-bas itu setiap hari. Dengan cara berkenaan pemandu akan ada satu senarai semak untuk dia memenuhi senarai semak sebelum pemanduan. 

Kita mencadangkan agar CCTV diwajibkan dipasang di 'dashboard' untuk melihat tingkah laku pemandu itu, sama ada pemandu itu fokus atau tidak dalam pemanduannya. Ia juga dapat melihat pemandu yang sering melakukan kesalahan lalu lintas seperti menggunakan telefon bimbit tanpa alat 'hand-free'. Langkah SPAD ini tidak bertujuan untuk mencari salah pemandu, sebaliknya sebagai langkah proaktif untuk melindungi keselamatan penumpang kenderaan komersial. Tahniah SPAD di atas initiatif ini.

October 31, 2013

0 Kebakaran Flat Rakyat Kampung Kerinchi - Orang Kuat BN & PR Wilayah Persekutuan Turun Padang, Syabas!








Enam buah unit rumah di tingkat 16, Flat Rakyat Kampung Kerinchi di sini musnah di dalam satu kebakaran petang tadi. Tiada sebarang kehilangan jiwa dilaporkan setakat ini. Penduduk yang rumah mereka terlibat dalam kebakaran telah dipindahkan ke Dewan Komuniti Lembah Pantai manakala penduduk di tingkat-tingkat yang lain akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas Pasukan Bomba dan Penyelamat selesai memadamkan sisa kebakaran. 

Lensa kamera sempat merakamkan kelibat orang kuat Wilayah Persekutuan baik dari parti BN maupun PR. Kelihatan Menteri Wilayah Persekutuan, DS Tengku Adnan Tengku Mansor, Dato Raja Nong Chik dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, berada di tempat kejadian. Syabas buat mereka.

10 Wahai MPKj, Kedai Cina Haram Jual Kereta Terpakai Di Jalan Cheras, Kajang Tak Mau Roboh ka?

Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) bertindak seperti singa garang apabila merobohkan gerai-gerai peniaga Melayu semalam. Hari ini, CTS sertakan gambar-gambar kedai kereta terpakai milik peniaga kaum Cina. Adakah binaan kedai menjual kereta terpakai di sepanjang Batu 13, Jalan Cheras, Kajang ini mendapat kelulusan dari MPKj? 

Sekiranya diluluskan, kenapakah tapak kedai tersebut dan binaannya boleh sehingga mencecah gigi jalan, yang boleh mengundang kepada kemalangan? Sekiranya tidak diluluskan, kenapa tiada tindakan yang diambil untuk merobohkan binaan haram ini? Siapakah pemilik kedai-kedai Cina ini sehinggakan MPKj bertukar dari singa garang menjadi kucing manja? 

Kenapakah prosedur yang sama tidak dikenakan sepertimana tindakan meroboh dikenakan kepada gerai-gerai peniaga Melayu yang terletak di tempat yang sama dirobohkan semalam? Ini hanya satu contoh. Banyak lagi kedai-kedai haram didirikan sepanjang Jalan Semenyih, Jalan Reko dan Sungai Chua. Mana MPKj? Hellooooo!!!!

(Kredit dan terima kasih sahabat Facebook, Semenyih Baru di atas perkongsian maklumat)





3 Satira #PRKSgLimau - Depa Kata










0 Video Orang Awam Mengenai Kemalangan Trailer Di SKVE Semalam cc. @aduanSPAD

video

Video orang awam yang dikongsi oleh sahabat laman social Facebook berkenaan kemalangan yang berlaku petang semalam. Ianya berkaitan kemalangan sebuah trailer di lebuhraya SKVE menghala ke Hospital Serdang. Video amatur ini memaparkan berkaitan pemandu lori yang memandu laju sehingga menyebabkan ianya terbabas ke seberang jalan yang bertentangan. Tidak dapat dipastikan samada pemandu berkenaan hilang kawalan, kepenatan atau tertidur. Diharap rakaman ini dapat dijadikan bukti kepada pihak SPAD untuk tindakan selanjutnya.

October 30, 2013

4 PRK Kuala Besut PAS Rasuah Minyak Percuma, #PRKSgLimau Pula PAS Rasuah Minyak Hitam Percuma Pula


PAS sekali lagi akan menginfakkan zakat dan hibah (bukan rasuah ikut kata Ularmak mereka) kepada penduduk-penduduk di Sungai Limau, Yan, Kedah dengan memberi minyak hitam percuma kepada penunggang-penunggang motorsikal. Dalam pada itu juga, PAS juga akan mengadakan kenduri kesyukuran (bukan rasuah juga ye) yang dinamakan Hi-Tea Perdana. Semua zakat, hibah dan kenduri ini akan diadakan pada Jumaat ini, 01 November 2013 dari pukul 3.00-6.00 petang.

Masih ingatkah lagi di PRK Kuala Besut di mana PAS telah memberikan minyak secara percuma kepada penunggang motosikal terhad dari pukul 12.00 tengah hari hingga 3.00 petang pada 23 Julai 2013? Apakah pengundi-pengundi DUN Kuala Besut dapat dibeli dengan rasuah minyak tersebut? Apakah PAS menang di Kuala Besut dengan rasuah tersebut? Apakah "deja vu" yang sama akan berulang di Sungai Limau? Rakyat Kedah boleh dibeli dengan minyak hitamkah? 


7 Negeri Berkebajikan Ala Selangor - Gerai Melayu Taman Mesra, Kajang Diroboh




Tahniah Kerajaan Selangor terutama Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Ahli-Ahli yang Berhormat yang bertindak merobohkan gerai peniaga-peniaga Melayu di Taman Mesra, Kajang. Mungkin ini istilah Negeri Berkebajikan ala Selangor, menganiaya Rakyat dengan memusnahkan tempat mencari rezeki peniaga-peniaga Melayu. Gerai-gerai di sini memang terkenal dengan nasi lemak dan nasi kerabu di sebelah pagi manakala kuih muih banyak dijual di sebelah petang. 

Tidak ada jalan lainkah yang boleh diambil oleh MPKj selain dari merobohkan gerai-gerai berkenaan? MPKj hanya berani menunjuk jaguh terhadap peniaga-peniaga Melayu. Sedangkan peniaga Cina dibiar bebas tanpa tindakan. Contohnya seperti sebuah kedai buah di simpang di Taman Sepakat Indah yang bertahan berpuluh tahun. Ada tindakan diambil? Dua hari sebelum Hari Raya Puasa, gerai "food court" milik peniaga-peniaga Melayu di Sg Serai, Hulu Langat, dirobohkan. Hari ini di Kajang pula. Sampai bila peniaga-peniaga Melayu akan ditindas di Selangor?

11 Haji Hadi, Mahfuz & Azam Turun Ke Bendang Berkain Pelikat? Macam Hang Kebun Daa ... #PRKSgLimau






CTS amat bersetuju jika ada orang mengatakan kempen pilihanraya adalah medan untuk parti politik berdrama dan bersandiwara. Lihatlah bagaimana Presiden PAS, Haji Hadi, Mahfuz Omar dan calon PAS, Azam Samad berpakaian ketika program PAS turun ke bendang bersama penduduk DUN Sungai Limau.

CTS membesar di kawasan sawah padi di kawasan Utara. Bendang dan lecak lumpur sudah lama menjadi mainan. Belum pernah rasanya CTS melihat orang-orang Kedah turun ke bendang berkain pelikat ala-ala samping.

Perkara melucukan yang kedua adalah ini acara menabur benih padi atau memberi makan ikan di dalam bendang? Mana ada orang menabur benih padi dengan air dalam batas ban yang setinggi paha? Hangpa buat lawak ka apa?

Sejak bila pula petani-petani di Kedah kelihatan seperti Hang Cangkul dan Hang Kebun seperti yang dipergayakan oleh Haji Hadi, Mahfuz Omar dan Azam Samad? Ramai betul pemimpin-pemimpin PAS bertaraf pelakon badut. Alahai ...

October 29, 2013

6 Pasangan Yang Ideal - Suami ADUN PKR, Isteri Ketua Wanita Bahagian UMNO

Siapa kata berpolitik kena bermusuhan. Siapa kata perbezaan politik harus menyebabkan suami isteri bercerai berai dan anak dan bapa tidak bertegur sapa. Lihatlah pasangan di sebelah. Si isteri adalah Ketua Wanita UMNO Bahagian Kota Marudu.

Redonah Bahanda telah berjaya menewaskan penyandang sejak 30 tahun lalu, Tina Majawan di dalam permilihan Wanita UMNO baru-baru ini. Ironinya, suami kepada Redonah Bahanda adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matuggong, YB Jailani Hamdan yang mewakili parti PKR. Hebat bukan?

2 Ramai Jentera PAS Berkempen #PRKSgLimau Hingga Ke Danok!



Patutkah beria-ria sangat Timbalan Presiden PAS, Al Fadil Tuan Guru Haji Mat Sabu mengeluarkan 'fatwa' baru di dalam ceramah beliau di Sedaka, Sungai Limau, semalam. Mungkin untuk menghalalkan ceramah dan kempen mereka hingga ke Danok kot?
Hangpa nak urut kaki ke, nak urut badan ke atau nak urut kepala ka, hangpa buanglah baju ada lambang parti tu. Hangpa tak malu ka? Patutlah isteri Stopa Ali sampai ikut suami beliau untuk berkempen. Dia tak percaya dekat laki dialah tu.

0 Kelibat Stopa Ali Kelihatan Untuk Berkempen Di #PRKSgLimau



Lensa kamera berjaya merakamkan kelibat orang kuat PAS, Datuk Mustafa Ali di Holiday Villa, Alor Setar. Kelihatan beliau sedang bersarapan degan isterinya yang sah di hotel berkenaan.

Mungkin Datuk Mustafa berulang alik ke Sungai Limau dari sini untuk berkempen PRK. Kenapa masam dan 'kelat' bebenor wajah isteri beliau? Jarang bebenor ahli politik membawa isteri untuk tujuan berkempen.

Apa isteri Datuk Mustafa tidak percayakan beliaukah? Al maklumlah Danok tak sampai sejam perjalanan dari Alor Setar. Atau si isteri takut roti canai lebar bertebaran merata-rata dalam bilik hotel kot?

October 28, 2013

1 Terdesak Sungguh PAS Hendak Memenangi #PRKSgLimau Sehingga Terpaksa Buat Gambar 'Superimpose'



Gambar pertama adalah gambar yang sebenar diambil pada 25 Mei 2011 di Pejabat Menteri Besar, Wisma Darulaman. Pertemuan Timbalan Pengarang Berita, Sinar Harian, Muhamad Mat Yakim dan Ketua Biro Sinar Harian Utara, Mohd Idros Mohd Ali dengan TS Azizan Razak.
 
Gambar kedua pula adalah gambar yang diedit bertindin (superimpose) mengambarkan Mohad Azam Abdul Samad (berkopiah) bersama Mohd Idros di Pejabat Menteri Besar. Gambar 'superimpose' ini digunakan untuk menunjukkan betapa rapatnya Calon PAS DUN Sungai Limau dengan Mantan Menteri Besar di dalam kempen PRK mereka. Tahniah kepada Sinar Harian kerana pendedahan di bawah:

 
Kenapa PAS sanggup menipu demi politik keprtian yang sempit, mempergunakan Agama sebagai landasan untuk menipu. Menipu adalah amalan harian PAS dan PR untuk memenangi hati Rakyat terutama dalam DUN Sungai Limau. Penipuan berkenaan sudahpun disahkan oleh Pengarah Operasi PAS PRK Sungai Limau, kepada Malaysiakini, di sini. Seperti kata Karpal Singh (yang diubahsuai), "PAS harus bertaubat!"
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates