October 12, 2013

8 Sudah Tidak Ada Tempat Lain CIMB Nak Iklan Selain Malaysiakini DS @NajibRazak ?


Ini balasan yang diberikan oleh CIMB setelah pelbagai insentif diberikan oleh Kerajaan Barisan Nasional kepada Bank berkenaan. CIMB bukanlah sebuah Bank yang biasa. Peneraju Bank berkenaan adalah DS Nazir bin Tun Abdul Razak, adik kepada Perdana Menteri Malaysia. Apa yang CIMB mahu buktikan dengan meletakkan iklan Kuala Lumpur Golf & Country Club, Malaysia dimana CIMB sebagai penaja utama, di laman portal Malaysiakini, laman pembangkang yang selama ini sentiasa memburukkan Kerajaan?

Dalam UMNO hari ini sedang mempersiapkan diri untuk pemilihan pucuk pimpinan sayap Pemuda, Wanita dan Puterinya, CIMB telah menghadiahkan hadiah yang cukup bermakna buat ahli-ahli UMNO dan Barisan Nasional. Berapa bayaran yang dibayar untuk pengiklanan ini? Mengapakah iklan ini hanya terdapat di Malaysiakini versi English yang berbayar dan bukannya versi Melayu yang percuma? Takut orang Melayu marah?

October 11, 2013

0 Kualiti Teksi Meningkat Dengan Pelancaran Teksi 1 Malaysia (TEKS1M)


Pagi tadi berlangsungnya pelancaran yang perkhidmatan Teksi 1Malaysia (TEKS1M) yang menggunakan Proton Exora yang dilakukan Ketua Pegawai Eksekutif, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd. Nur Ismail Mohamed Kamal di Terminal Bersepadu Selatan. Pelancaran ini menandakan permulaan migrasi teksi kelas Bajet, Eksekutif dan Premier kepada TEKS1M. Ia juga menandakan kualiti perkhidmatan teksi di kawasan bandar di negara ini bakal disatukan,

TEKS1M akan beroperasi di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru dan merupakan inisiatif Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di bawah Program Pelancaran Perdana. Program berkenaan turut mendapat kerjasama SPAD, Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M), Proton dan Bank Simpanan Nasional.

Di bawah Program Pelancaran Perdana, 1,000 pemandu teksi menikmati geran YR1M bernilai RM5,000 yang digunakan sebagai wang pendahuluan untuk membeli Proton Exora yang digunakan sebagai TEKS1M.

Mohd. Nur Ismail dalam sidang media berkata, TEKS1M yang merupakan pengenalan kelas perkhidmatan baru dan merupakan agenda transformasi industri teksi itu masih mengenakan tambang yang dikenakan oleh teksi bajet.



October 10, 2013

1 Gambar-Gambar MASWINGS Terbabas di Kudat, Sabah, Jam 2.50 Petang Tadi








Sekurang-kurang tiga orang cedera apabila sebuah pesawat ringan jenis 'Twin Otter' milik MASWINGS tergelincir dari landasan dan merempuh sebuah rumah semasa mendarat di Lapangan Terbang Kudat di bahagian Utara Sabah. Kejadian berlaku lebih kurang pada 2.50 petang, hari ini. 

Difahamkan juruterbang dan dua yang lain dalam keadaan parah manakala penumpang lain hanya mengalami kecederaan kecil. Terdapat 16 penumpang di dalam kapal terbang itu termasuk juruterbang. Semua penumpang telah dikejarkan ke Hospital Kudat untuk rawatan segera.
Status Update
By MASwings
[MEDIA STATEMENT: 7.00pm] MH3002 Incident at Kudat, Sabah
Malaysia Airlines regretfully confirms that there has been one fatality following the MASwings' Twin Otter, DHC6 9M-MDM MH3002 crash incident. The total number of injuries is five. The total number of passengers and crew on-board were 16 persons. The crash happened in the vicinity of Kudat Airport at 2.50pm on 10th October 2013.
Malaysia Airlines’ Group Chief Executive Officer/MASwings Chairman, Ahmad Jauhari Yahya is on his way to Kota Kinabalu for a press conference to address the incident at 10.00pm today, 10 October 2013 at the Ming Garden Hotel, Kota Kinabalu. This is the first incident involving MASwings at Kudat. Updates on the injured passengers will be confirmed in the upcoming statement.
The cause of the incident is still under investigation. Focus of the airline is on the well-being of the passengers, crew and other affected parties. Malaysia Airlines together with MASwings will also continue to monitor the situation at the crash site and update on the situation.
Families of passengers who were on-board may call +603- 78841234 for further enquiries. The media hotline is +603- 87871276. The contact number in Kota Kinabalu, Sabah is +088-515320

3 Kurang Ajar! Pesta 'Mambo Jambo' Di Kelab Malam Zouk Semperna Hari Raya Haji


Agak keterlaluan dan biadap Kelab Malam Zouk menganjurkan pesta tarian bertema "Mambo Jumbo" semperna Hari Raya Haji. Nasib baik ianya diadakan di Zouk Singapura dan bukannya di Malaysia. Umat Islam di Singapura tidak mempunyai suara apabila Islam dihina di sana.

Di Malaysia, kita masih bernasib baik masyarakat Islam masih mempunyai sensitiviti terhadap Agama Islam. Nak buat pesta mabuk tungging terbalik di kelab malam Singapura, buatlah. Kenapa hendak mengadakan promosi pengiklanan dengan menghina Agama Islam?

27 Kenapa Akhramsyah Perlu Mengusung Tun Dr Mahathir Untuk Kempen Ketua Pemuda?


Yang menawarkan diri untuk bertanding kamu. Yang hendak bertanding Ketua Pemuda UMNO kamu. Kenapa perlu kamu mengusung Tokoh Negarawan Negara, Tun Dr Mahathir Mohamed untuk menarik sokongan perwakilan? Apakah diri kamu tidak mempunyai kredibiliti untuk memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO dengan pengaruh kamu sendiri. Datuk Mukhriz sendiri dulupun tidak pernah mengusung Bapanya sendiri ketika beliau bertanding menentang Khairy Jamaluddin untuk jawatan yang sama satu ketika dulu. Datuk Mukhriz bertanding atas kapasiti beliau sendiri.

Di sidang media atau "live tele conference" bersama Saudara Akhramsyah Sanusi, beliau dilihat semakin agresif dalam menyatakan perjuangan beliau demi Pemuda UMNO. Satu sahaja pertanyaan CTS buat calon Ketua Pemuda UMNO ini. Di manakah Akhramsyah ketika Pemuda-Pemuda UMNO bertungkus lumus berusaha memenangkan calon-calon Barisan Nasional di dalam Pilihanraya Umum Ke 13? Kenapa baru sekarang baru nampak muka? CTS juga ingin bertanya kepada Pemuda-Pemuda UMNO seluruh Malaysia, kenalkah anda dengan nama Akhramsyah sebelum beliau menawarkan diri untuk bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO?

Adakah Akhramsyah calon proksi? Atau Akhramsyah calon bermusim? Menang kalah tidak ada bezanya. Hanya timbul masa pemilihan. Kalau kalah akan muncul 3 atau 4 tahun selepas itu. Lihat sahaja apa kata Akhramsyah, dipetik dari Malaysiakini, di sini:
Jika Khairy mengekalkan jawatannya, Akhramsyah berkata beliau mungkin merenggangkan dirinya dari sayap tersebut kerana beliau mempunyai falsafah politik yang sama sekali berbeza daripada kepimpinan pergerakan itu.
Hanya akan berkhidmat dengan Pemuda kalau anda menang sahaja Akhramsyah? Anak bapak ... 

5 Video Temubual Taukeh Kedai Mengapa Restoran Caj Sarapan VVIP RM6,000


Gara-gara mengenakan bayaran RM6,000 kepada kumpulan VVIP untuk sarapan pada 6 Oktober lepas, sebuah restoran di Pengkalan Chepa, di sini, telah diserbu penguatkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK). Rombongan yang dilaporkan akhbar Sinar Harian seramai 50 orang itu, termasuk mereka yang datang dari luar Kelantan untuk menghadiri satu majlis rasmi di bandar ini.

Berikut adalah penjelasan oleh pemilik Restoran Selera Daun Pisang mengenai dakwaan yang digembar-gemburkan dan serbuan KPDNKK ke atas kedainya setelah dilaporkan mengenakan caj RM6,000 kepada sekumpulan VVIP yang bersarapan di kedainya itu. Tonton dan nilaikan sendiri. Kalau mengikut ceritanya seramai 400 orang yang datang makan secara percuma di kedainya pada pagi itu dan ada juga yang 'tapau' membawa pulang. RM6,000 jumlah caj yang dikenakan jika dibahagikan dengan 400 orang, harga lebih kurang RM15 seorang. Tidaklah terlalu mahal untuk hidangan sarapan pagi.

video

October 9, 2013

0 SPAD - Operasi Hippo Berjaya Membanteras Kegiatan Lori Lebih Muatan

Pagi tadi, Pengurus Besar Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Maj Jen (B) Dato Che Hasni Che Ahmad mengetuai satu operasi khas yang diberi nama "Operasi Hippo" untuk membanteras kegiatan lori lebih muatan. Kawasan tumpuan ialah Puchong dan sekitarnya. Operasi ini turut disertai oleh pihak PDRM dan melibatkan seramai 98 anggota. 


PDRM dianggotai oleh lima pegawai dan 30 anggota manakala SPAD dianggotai tujuh pegawai dan 56 anggota. Operasi ini telah mengenalpasti sebanyak 22 kes, di mana 17 kes didapati membawa muatan yang melebihi daripada apa yang dibenarkan dan 5 kes lagi akan diberi notis di bawah Seksyen 234, kerana meninggalkan lori. 

Kita menyanjung tinggi usaha yang dilakukan oleh pihak SPAD dan PDRM kerana implikasi daripada lori yang membawa had muatan berlebihan ini ialah, selain memberi masalah kepada pengguna jalanraya lain, lori terlebih muatan juga selalu mengakibatkan kemalangan jalan raya, selain merosakkan jalan. Banyak jalan terutama di kawasan Puchong yang rosak kerana tindakan pengusaha lori yang tidak bertanggungjawab membawa lebih muatan.

Tinjauan kami mendapati kebanyakan lori yang ditahan membawa pasir dan batu. Mereka datang dari kawasan-kawasan lombong sekitar Puchong. Selain memeriksa mereka membawa lebih muatan, didapati tayar-tayar lori ada yang botak, merekah, malah tayar simpnan pun sudah tidak boleh pakai sebab sudah pecah dan keluar besi. Kita berharap operasi ini akan berterusan dilakukan oleh pihak SPAD dan PDRM bagi memberi kesedaran kepada pemandu-pemandu lori dan lebih utama menjaga keselamatan pengguna jalanraya yang lain.


 







8 Menteri Ayam Kembali Bersuara, Nampak Sangat Tidak Bijak Menteri PM @NajibRazak


"Menteri Ayam" buat kenyataaan kurang bijak lagi. Sebelum ini apabila harga ayam naik, apa katanya? 
"Pengguna perlu guna kuasa untuk ajar pihak tidak bertanggungjawab, kalau tengok harga naik jangan beli ayam tapi beli daging pula." - Sumber Sinar Harian, di sini.
Ayam naik, jangan beli ayam. Daging naik jangan beli daging. Ikan naik jangan beli ikan. Itu yang CTS faham lah. Bila harga tepung dan gula naik pula, apa kata Menteri ini?
Keputusan kerajaan menaikkan harga tepung dan gula adalah demi menjaga kestabilan ekonomi negara di samping menjaga kesejahteraan hidup rakyat.
Bijaknya jawapan Menteri DS Najib untuk menjawab kenaikan harga barang. Kalau harga gula naik, logiklah kalau dia kata untuk mengurangkan pesakit diabetes bagai. Harga tepung naik apa sangkut paut dengan kesejahteraan hidup Rakyat?! Boleh tak Menteri ini dilarang dari mengadakan sidang media, kerana jawapan-jawapan beliau tidak membantu imej dan reputasi DS Najib Razak sebagai Perdana Menteri. Adeeeh!!! 

October 8, 2013

7 Kenyataan Paling Bodoh Dari Naib Ketua AMK


Arakian, tersebutlah alkisah bahawa Naib Ketua AMK telah berkata, "Pembatalan lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Malaysia memberi tamparan hebat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Ini membuktikan bantahan TPPA oleh seluruh Rakyat mempu memberikan kesan yang positif terhadap kedaulatan negara."

Pengajaran yang boleh kita pelajari daripada kenyataan di atas adalah, kita hendaklah menyemak terlebih dahulu kesahihan berita sebelum mempercayainya. CTS mengandaikan semua orang tahu kenapa Barack Obama tidak dapat datang ke Malaysia melainkan Mamat PR yang seorang ni. Kalau tidak tahu juga, baca di bawah.

9 Kurangkan Petugas Tabung Haji Satu Cadangan Yang Baik; Lagi Baik Kalau Hapuskan Kuota Menteri @azeezputera


CTS menyambut baik saranan Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang bercadang mahu mengurangkan jumlah kakitangan Tabung Haji untuk dihantar bertugas di sana bagi menambah bilangan kuota jemaah Haji. Agak menarik juga satu lagi cadangan beliau untuk melantik rakyat Malaysia yang bermastautin di Mekah bagi menggantikan kakitangan yang dihantar ke tanah suci bermula tahun depan.

Sebagai penambahbaikan, CTS ingin mencadangkan kepada Datuk Azeez agar mengurangkan atau menghapuskan terus kuota yang diberikan kepada sebahagian Menteri-Menteri saban tahun. Ini kerana adalah tidak adil kuota Rakyat untuk menunaikan Haji terutama buat kali pertama diberikan kepada pengiring-pengiring Menteri.

Kita faham kalau Menteri ingin membawa ahli keluarga mereka menunaikan Haji, tapi apakah perlu kuota ini diberikan kepada Menteri yang sama saban tahun? CTS juga mendapat tahu ada juga pengiring-pegiring Menteri yang dapat mengikuti segolongan Menteri setiap tahun memandangkan hubungan rapat mereka dengan Menteri berkenaan. Adilkah dengan kuota sebegini?

October 7, 2013

2 Terima Kasih @malaysiakini Kerana Memberi Publisiti Percuma Kepada DS @Zahid_Hamidi





Hebat Malaysiakini. Hari ini sahaja 4 artikel dikeluarkan untuk 'membelasah' Menteri di Kementerian Dalam Negeri, DS Zahid Hamidi. Entah apa meroyannya akhbar yang berkiblatkan pembangkang ini sehinggakan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan DS Zahid. CTS amat berterima ksih banyak kepada Malaysiakini kerana sudi untuk mempromosikan DS Zahid terutama menjelang perebutan 3 tempat Naib Presiden untuk PAU 2013 yang akan datang. 

Percuma sahaja DS Zahid dapat promosi. Tidak perlu sibuk untuk berkempen bagai. Percayalah, lagi kuat Malaysiakini 'membelasah' DS Zahid, semakin kuat sokongan akar umbi parti UMNO kepada beliau. DS Zahid amat bijak untuk memerangkap Malaysiakini untuk bermain di dalam percaturan politik beliau. Terima kasih Malaysiakini. Anda memudahkan kerja penyokong-penyokong DS Zahid seperti CTS.

October 6, 2013

0 Projek MRT - SPAD Akan Merealisasikan Impian Perdana Menteri


My Rapid Transit (MRT)  juga dikenali sebagai Aliran Transit Massa yang dijangka pembinaanya di Malaysia akan  bermula pada tahun 2012 dan siap sepenuhnya menjelang akhir tahun 2016.  Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Abdul Razak, telah mengumumkan projek MRT bertujuan untuk membangunkan kemudahan infrastruktur sistem pengangkutan di negara ini supaya  kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur dapat dikurangkan dan memastikan kemudahan rakyat serta keselesaan pengguna untuk berhubung dari satu tempat ke satu tempat.

Kos pembinaan projek ini menelan belanja hampir RM36.6 billion dan merupakan antara projek mega yang paling tinggi pernah dilaksanakan di Malaysia. Pembinaan  Sistem Pengangkutan Pantas di Kuala Lumpur ini meliputi perjalanan sepanjang 150 kilometer dengan rangkaian rel pertama dari Sungai Buloh ke Kajang, meliputi kira-kira 60 kilometer dengan 35 stesen yang akan melalui pusat bandar raya Kuala Lumpur.

Perdana Menteri telah menggunakan istilah ‘Greater KL’ sewaktu mengumumkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) pada 21 September 2010, yang akan memacu Malaysia menjadi ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020. Cadangan  pembinaan projek MRT yang dijangka siap pada 2016 sebahagian besarnya adalah bertujuan menangani masalah pengangkutan awam yang membebankan kehidupan pengguna yang mendiami kawasan ‘Greater Kuala Lumpur’. Greater KL  ini meliputi kawasan seluas 279,327 hektar  iaitu bermula dari  Kuala Lumpur, Putrajaya, Ampang Jaya, Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam, Kajang, Klang, Sepang dan Selayang.

Projek ini selaras dengan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) untuk ‘Greater KL’ bagi meningkatkan rangkaian pengangkutan awam bandar raya ini. Usaha memperbaiki sistem pengangkutan awam merupakan salah satu daripada enam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA), yang diberi keutamaan di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP). Apabila siap sepenuhnya, MRT dijangka dapat  menawar khidmat sehingga dua juta perjalanan penumpang sehari berbanding hanya 480,000 penumpang yang menggunakan LRT buat masa ini. Selain dapat mengurangkan kesesakan bandaraya Kuala Lumpur pada masa akan datang, apabila siap projek MRT ini, pendapatan negara juga dijangka meningkat sehingga RM12 billion setahun menjelang tahun 2020.

Projek yang dirancang ini akan mempunyai tiga rangkaian secara keseluruhannya dan merupakan merupakan projek serampang dua mata. Pertamanya adalah untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan perkhidmatan awam, mengurangkan kesesakan di Kuala Lumpur serta meningkatkan dan memajukan hartanah sepanjang laluan MRT. Dengan ini, kemajuan sistem pengangkutan awam negara akan dapat berjalan dengan lancar dan meliputi pembangunan kawasan sekitarnya. Selain itu, MRT Malaysia juga akan melalui bandar-bandar yang mempunyai penduduk yang padat seperti Kota Damansara, Taman Tun Dr Ismail, Balakong dan Cheras. Model pembinaan MRT ini mengikut contoh model sistem MRT daripada Hong Kong yang diiktiraf sebagai yang terbaik di dunia.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sentiasa memantau perkembangan projek transit aliran massa MyRapid Transit (MRT) bagi memastikan projek sistem pengangkutan awam negara berjalan lancar mengikut jadual. Untuk memastikan projek mega itu tidak tertangguh, SPAD telah menempatkan anggotanya dalam dua jawatankuasa pelaksanaan MRT yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara. Sehingga kini, projek berkenaan berjalan lancar mengikut jadual yang ditetapkan dan boleh disiapkan sepenuhnya pada 2016. SPAD adalah penyelia yang diberikan kuasa dan mereka juga mempunyai pegawai sebagai exco dan anggota pasukan teknikal dalam jawatankuasa pelaksanaan. MRT adalah satu projek yang sangat penting bagi SPAD dalam merealisaikan impian dan harapan Perdana Menteri.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates