October 3, 2013

16 Ahli Parlimen Sibuk Bahas "Prevention of Crime Act (PCA)" Di Parlimen @HishammuddinH2O Sibuk Kempen PAU Di Terangganu



Semalam sebanyak 177 Ahli Parlimen hadir untuk membahaskan undang-undang Prevention of Crime Act (PCA) dibacakan buat kali pertama oleh Menteri di Kementerian Dalam Negeri (KDN), DS Ahmad Zahid Hamidi. Antara yang turut hadir adalah Perdana Menteri dan juga Timbalan Perdana Menteri. Seramai 113 Ahli Parlimen BN hadir di Parlimen semalam. 

Ada juga yang tidak hadir untuk membahaskan dan meluluskan akta penting ini. Antaranya adalah Mantan Menteri KDN yang juga Menteri Pertahanan, merangkap Pemangku Menteri Kementerian Pengangkutan, merangkap juga sepupu Perdana Menteri, DS Hishammuddin Tun Hussein. Berdasarkan Twitter beliau, beliau begitu sibuk untuk berkempen mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO di dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang akan datang. 

Sewaktu kebanyakan Ahli Parlimen berada di dalam Parlimen sehingga pukul 1.00 pagi, DS Hisham berada di Terangganu untuk berkempen PAU! Apakah kepentingan peribadi mengatasi kepentingan Rakyat? Mana semangat setiakawan DS Hisham mempertahankan rakan sejawatnya, DS Zahid di Parlimen semalam? Orang sebeginikah yang layak kita undi untuk Naib Presiden UMNO? Lihat betapa gembiranya beliau memaparkan gambar-gambar beliau bersama ahli UMNO di Terangganu.




0 Parlimen Gamat Apabila Datuk @azeezputera "Speaking Tamil" Dalam Dewan

video

Jarang-jarang kita melihat satu perbahasan di parlimen yang melibatkan ahli-ahli Yang Berhormat berkomunikasi dalam Bahasa Tamil. "Dengan izin ... Thamby ... Anneh" yang dibahaskan oleh Ahli Parlimen Baling, Datuk Azeez Rahim dan Ahli Parlimen PKR Kapar,G. Manivannan boleh meredakan ketegangan di dalam dewan yang mulia. Bosan juga kalau saban hari kita dihidangkan dengan sidang Dewan yang penuh dengan amarah dan maki hamun. Kitakan masyarakat yang bertamadun.

UMNO sebuah parti yang hebat. Mempunyai pemimpin-pemimpin dan wakil Rakyat dalam pelbagai bentuk, rupa dan gaya. Kesemuanya saling melengkapi di antara satu dengan yang lain. Yang kurang ditambah, yang lebih berkongsi. Sayang Ketua Pembangkang tiada di dalam Dewan. Mungkin lebih gamat sekiranya beliau turut berkomunikasi dalam Bahasa Tamil. CTS tabik Datuk Azeez.

October 2, 2013

0 Tahukah Anda Anak-Anak Kita Pelajar-Pelajar Sekolah Dilindungi Oleh Skim Insuran Murid Sekolah (SIMS) SPAD?

Mungkin kita bimbangkan keselamatan anak-anak kita ke sekolah saban hari yang menaiki bas-bas sekolah. Mungkin juga ramai yang risaukan tentang keadaan yang tidak diduga berlaku semasa perjalanan anak-anak kita iaitu pelajar-pelajar berulang alik ke sekolah. Apa akan terjadi sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada mereka? Bagi yang berkemampuan, pastinya perlindungan insuran atau Takaful menjadi pilihan. Bagaimana bagi keluarga yang kurang berkemampuan?

Selaras dengan pengumuman YAB Perdana Menteri pada sesi pembentangan Bajet 2013, kerajaan menerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), sebagai agensi pelaksana dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), telah mengumumkan skim perlindungan insurans murid-murid sekolah telah berkuatkuasa mulai 02 Januari 2013 dan akan berterusan sehingga 31 Disember 2014.

Kerajaan amat mengambil berat akan keselamatan pelajar-pelajar sekolah yang menaiki bas ke sekolah. Justeru itu, skim insurans ini adalah suatu langkah untuk mentransformasikan industri bas sekolah, yang mana ianya disediakan bagi membantu murid-murid dan keluarga murid bagi menghadapi keadaan yang tidak diduga.

Skim perlindungan insurans ini melibatkan murid-murid sekolah yang bersekolah di sekolah-sekolah berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia DAN menaiki / menggunakan bas-bas sekolah yang berlesen dengan SPAD di seluruh Semenanjung dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) bagi Sabah, Labuan dan Sarawak.

Secara ringkas, skim berkenaan adalah seperti di bawah. Maklumat lanjut mengenai proses tuntutan, borang dan dokumen tuntutan serta maklumat lain boleh disemak di laman web SPAD, di sini.

October 1, 2013

8 Laporan Ketua Audit Negara 2012 - Sampai Bila Ketirisan Wang Rakyat Oleh Agensi Kerajaan Akan Berakhir?

Setiap tahun, tanpa ada kegagalan, Jabatan Audit Negara akan mengeluarkan laporan audit tahunan yang memaparkan sikap kebodohan, kecuaian dan kerakusan pembayaran yang dibuat oleh agensi-agensi Kerajaan dan Kementerian yang berkaitan. Setiap tahun, Laporan Ketua Audit Negara akan mengejutkan semua pihak, namun setiap tahun juga perkara bodoh yang hampir sama pasti akan terus dan terus berlaku. 

Laporan audit berkenaan ibarat seperti musim tengkujuh. Satu musim yang pastinya akan datang dan pergi. Tiada penambah baikan yang boleh dibuat melainkan kematian, kemusnahan harta benda, ketirisan dan kehilangan wang pembayar cukai. Ini semua disebabkan penyalahgunaan wang Rakyat oleh kakitangan agensi dan Kementerian. Mereka ini tidak dikenakan tindakan tatatertib jauh sekali dihadapkan ke mahkamah dan didakwa. 

CTS belum lagi berkesempatan melihat laporan penuh laporan audit berkenaan. Namun, beberapa penemuan-penemuan (findings) di bawah cukup membuka mata betapa mudahnya kakitangan Kerajaan dan agensi Kerajaan menggunakan wang Rakyat sewenang-wenangnya. Diharap pembangkang tidak senang hati dengan penemuan-penemuan ini dan menunding jari menyalahkan Kerajaan. Ini kerana majoriti kakitangan-kakitangan Kerajaan dan agensi berkaitan yang menjadi pencuri dan perompak ini berkemungkinan besar adalah pengundi dan penyokong PR di dalam PRU13 yang lepas.

Belanja RM320 Ribu Untuk Facebook Dan Twitter Kementerian Kesihatan:

Laporan Ketua Audit Negara mempersoalkan bayaran sebanyak RM320,000 oleh Kementerian Kesihatan kepada dua syarikat untuk dua kempen dalam talian menerusi Facebook dan Twitter. Perbelanjaan itu yang dibuat sewaktu kementerian itu diterajui DS Liow Tiong Lai sebahagiannya adalah bayaran sebanyak RM199,068 kepada Eficaz Media Sdn Bhd untuk laman Facebook kempen 'Tak Nak Merokok'. Laman Facebook kedua dan akaun Twitter yang dibangunkan Astonish View Sdn Bhd untuk 'Kempen Intervensi Penyakit Tidak Berjangkit' pula menelan belanja RM120,500.

Projek MERS 999:

Jawatankuasa pemantauan yang ditubuhkan bagi memantau Projek Malaysian Emergency Response Services (MERS) 999 gagal mentadbir kontrak kerajaan sehingga menyebabkan berlaku pembayaran tidak wajar sebanyak RM13.54 juta. Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini menyatakan Jawatankuasa Pemantauan Dan Penilaian Projek (JPPP) mengesahkan pembayaran RM1.62 juta berbanding kos dalam 'Bill of Quantity' berjumlah RM1.08 juta, yang mengakibatkan terlebih bayar sebanyak RM0.54 juta. Selain itu, terdapat pembayaran tidak wajar bagi 'Mobilisation Fees Capital Expenditure (CAPEX)' Fasa 2 berjumlah RM13 juta, yang dibayar tanpa pengesahan jawatankuasa.

Ketidakcekapan JKR:

Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendedahkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM4.89 juta akibat kegagalan Jabatan Kerja Raya (JKR) membuat tuntutan daripada pihak bank/syarikat insurans terhadap tiga projek yang dimansuhkan. Laporan itu menyatakan ia tidak sepatutnya berlaku sekiranya JKR sentiasa membuat pemantauan terhadap bayaran pendahuluan dan mengambil tindakan segera.

Laporan itu menyebut baki wang pendahuluan yang gagal dituntut balik ialah bagi projek menaik taraf laluan persekutuan 50, Batu Pahat-Ayer Hitam, Kluang, Johor oleh kontraktor Pintasan Jaya Sdn Bhd bernilai RM3.41 juta. Dua lagi projek ialah projek pembinaan asrama dan dewan makan di Sekolah Menengah Seri Nering, Besut, Terengganu oleh kontraktor IT Industries Sdn Bhd bernilai RM780,000 dan projek pembinaan perpustakaan dan kompleks asrama UiTM Perlis oleh kontraktor YMY Resources Sdn Bhd bernilai RM700,000.

55 Koleksi Lukisan Khazanah Bernilai RM3.05 juta!:

Laporan Ketua Audit Negara 2012 juga menegur Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) kerana aset lukisannya bernilai RM3.05 juta tidak dipamer dan disimpan dengan teratur. Menurut laporan berkenaan, sebanyak 55 lukisan bernilai RM3.05 milik Khazanah, antaranya dibeli sejak 2005 tidak dipamer dan tidak disimpan dengan teratur. Laporan itu menyebut berdasarkan semakan senarai KNB Artwork setakat 15 Feb lepas dan Asset Inventory Listing setakat 31 Disember 2012, mendapati Khazanah mempunyai 93 lukisan bernilai RM6.40 juta.

K-POP!!!:


5 Apakebendanya Antivirus Berlandaskan Syariah?


Semakin melampau-lampau pengusaha-pengusaha tempatan menggunakan nama Islam untuk melariskan produk mereka di pasaran. Selain daripada pelbagai produk biasa yang memanipulasikan nama Islam seperti air biasa yang berjampi dan sebagainya, sekarang kita sudah ada pula Antivirus yang berlandaskan Syariah!!! Pelik bunyinya. Kalau setakat perniagaan yang berasakan syariah, kita boleh terima. Ini perisian berasaskan syariah. Apakebendanya tu Bang?

CTS tidak tahulah pulak produk-produk antivirus yang selama ini ada di pasaran seperti AVG, Avira, AVAST, McAfee, Norton, Kaspersky dan sebagainya selama ini tidak mematuhi syarak atau "syariah compliance". Apa ciri utama Antivirus yang dikeluarkan oleh anak tempatan ini yang mendakwa "berlandaskan syariah"? Perlu akadkah? Hanya melibatkan laman-laman yang disahkan patuh kepada syariahkah atau bagaimana? Ada dapat pengesahan dan kelulusan sijil halal JAKIM kah? CTS tanya bukannya apa, CTS tidak mahu masuk neraka sebab tidak menggunakan perisian antivirus yang diluluskan syariah! Bodoh bertingkat-tingkat!
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates