September 6, 2013

0 SPAD - Tiada Tolak Ansur Dengan Pemandu Lori Yang Tidak Mematuhi Undang-Undang


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak akan bertolak ansur dengan pemandu lori yang melakukan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 termasuk membawa lebihan muatan. Pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Albar berkata suruhanjaya itu memandang berat isu lebihan muatan membabitkan lori kerana ia amat berisiko tinggi dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

“SPAD telah diberi amanah untuk menjalankan pengawalseliaan dan penguatkuasaan undang-undang dan sentiasa menjalankan tanggungjawab tersebut mengikut prosedur dan tatacara yang telah ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Syed Hamid merujuk kepada tindakan 30 buah lori yang mengepung pegawai dan kenderaan SPAD di Gebeng, Pahang pada Rabu lepas yang dipercayai berlaku ekoran rentetan penahanan beberapa buah lori yang melakukan kesalahan membawa lebih muatan, dalam operasi bersepadu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan. Dalam kejadian berkenaan, lapan anggota pasukan penguat kuasa SPAD dikepung sekumpulan pemandu lori ketika mereka menjalankan Ops Hippo di Kawasan Perindustrian Gebeng, dua hari lepas.

Beliau berkata tindakan pemandu lori yang menghalang tugas penjawat awam itu boleh didakwa mengikut Seksyen 234 (b) di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2012 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM200,000 atau kedia-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

8 Zaharin Ex PKR Sebagai Duta Indonesia? Budi Yang Baik Dikenang PM @NajibRazak?

Menteri Luar, DS Anifah Aman mengesahkan bahawa bekas Ahli Parlimen PKR Bayan Baru, DS Zahrain Mohamed Hashim telah dinamakan sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia. Beliau berkata kepada pemberita dalam majlis rumah terbuka Aidilfitri Kementerian Luar di sini semalam:

"Kami telah memutuskan untuk melantik beliau sebagai Duta Besar Malaysia yang baharu ke Indonesia dan kini dalam proses memaklumkan kepada kerajaan Indonesia. Bagaimanapun, tarikh memulakan tugas rasmi belum dimuktamadkan kerana menunggu kelulusan daripada kerajaan Indonesia. Kami tidak pernah melihat latar belakang beliau, latar belakang politik dan fahaman politik. Bagi Wisma Putra, kami cuba meletakkan orang yang terbaik yang ada untuk jawatan (duta) di mana-mana negara tertentu."

Jika mengikut sudut pandang Anipah Aman, daripada 3.3 juta orang ahli UMNO yang berdaftar, tidak ada seorang pun yang terbaik untuk menjadi Duta ke Indonesia. Insan yang terpilih sebagai Duta Indonesia adalah seorang yang pernah memburukan UMNO, menghina Tun Dr Mahathir Mohamed, dan pernah berkata Malaysia sebuah negara zalim di bawah pemerintah BN/UMNO. Realitinya kita kena akui, di dalam politik, musuh tidak akan selamanya bergaduh dan kawan tidak akan selamanya bersahabat.

Mungkin strategi DS Najib Tun Razak meletakkan Zaharin Mohamed Hashim sebagai Duta Indonesia adalah kerana kekerapan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mengunjungi Jakarta dan sering menyogokkan pelbagai cerita yang belum tentu benar tentang Malaysia. Zaharin Mohamed Hashim juga sebagai bekas sekutu rapat Anwar Ibrahim, yang banyak mengetahui tindak-tanduk licik Ketua Pembangkang berkenaan, diharapkan untuk membetulkan persepsi kelompok rakan-rakan Anwar Ibrahim di sana terhadap negara. Kita berharap jangan strategi berkenaan makan tuan, sudah la.

September 5, 2013

10 Siapa Kata Kenaikan Harga Minyak Menaikkan Harga Barangan? Ini Semua Fitnah Kan DS @NajibRazak?

Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Malek Hassan yang mencetuskan kontroversi dengan meminta Rakyat memboikot ayam sebulan yang lepas setelah harga ayam naik dengan tinggi. Permintaan beliau menjadi bahan ketawa apabila Kementerian beliau sendiri menghidangkan hidangan ayam di dalam Rumah Terbuka Kementerian beliau.


Beberapa hari lepas, beliau sekali lagi memberi amaran kepada peniaga-peniaga agar tidak menaikkan harga barangan akibat kenaikan harga minyak dan diesel. Hari ini sahaja beberapa peniaga secara terang-terangan menaikkan harga barangan. Dia ingat peniaga-peniaga ambil perduli dengan amaran beliau? Sendiri mahu ingat la.



September 4, 2013

0 Amaran SPAD Kepada Teksi Dan Bas Berikutan Kenaikan Harga Minyak

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memberi amaran kepada pengusaha teksi dan bas supaya tidak menaikkan harga tambang serta-merta berikutan kenaikan harga petrol dan diesel yang diumumkan oleh Perdana Menteri. Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, sekiranya golongan itu berbuat demikian, bermakna mereka telah melanggar undang-undang dan boleh dikenakan tindakan.

“Saya nak nasihatkan kepada mereka supaya tunggu dulu dan bersabar kerana kita perlu melihat kesan kenaikan itu terhadap pengangkutan awam darat dan mengemukakan cadangan kepada kerajaan,” katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka SPAD di Kuala Lumpur, semalam. Syed Hamid berkata SPAD memahami, kenaikan harga petrol dan diesel sudah pasti akan memberi kesan kepada pengusaha teksi dan bas.

Menurutnya dia sudah menerima surat daripada Presiden Persatuan Pengusaha-Pengusaha Bas yang menyatakan mereka tidak dapat mempertahankan harga tambang sekarang berikutan kenaikan harga petrol dan diesel. Persatuan berkenaan juga meminta SPAD menilai semula kuota diesel yang diberikan kepada pengusaha-pengusaha bas. Syed Hamid berkata berikutan kenaikan harga petrol dan diesel itu juga, SPAD akan mempercepatkan penilaian permohonan kenaikan tambang yang dikemukakan oleh persatuan-persatuan teksi sebelum ini.

“Dulu kita kata akan mengumumkan kajian semula tambang teksi sebelum hujung tahun. Tetapi dengan kenaikan harga petrol dan diesel ini, kita mempunyai alasan kukuh untuk menimbangkan rasional menaikkan tambang teksi sebeberapa segera. “Kenaikan ini memang sudah pasti akan memberi impak kepada industri pengangkutan awam darat. Ini kita tak boleh elakkan. Tetapi pemandu teksi dan bas kena bersabar dan jangan tergesa-gesa menaikkan tambang,” katanya.

Syed Hamid berkata, SPAD juga sedang mengkaji semula harga tambang pengangkutan rel yang membabitkan KTM Berhad dan Prasarana. “Mengenai bas pula, dulu kami berpendapat cadangan mereka untuk menaikkan tambang sebelum ini didapati terlalu tinggi. Tetapi kini dengan kenaikan harga petrol dan diesel, permintaan itu boleh dianggap munasabah,” katanya. 

3 Selepas RON95 Naik 20 Sen, RON 97 Pula Naik 15 Sen Tengah Malam Ini, Tahniah DS @NajibRazak

Keadaan Di Gombak, Petang Tadi
Selepas kenaikan 20 sen RON95 semalam, harga jualan runcit petrol RON97 di seluruh negara naik 15 sen seliter kepada RM2.85 seliter berbanding RM2.70 seliter berkuat kuasa tengah malam ini. Bukankah harga minyak RON97 adalah mengikut harga pasaran minyak dunia? Kenapa harga minyak dunia ketika ini turun (baca di sini dan di sini), harga minyak di Malaysia naik 15 sen seliter?

Ini satu teori ekonomi yang pelik bin ajaib. Adalah diharap sangat punahsihat-punahsihat DS Najib Razak dapat merungkai teori cap 'Pemandu' tersebut dengan segera. TV3 pula jangan lupa menyiarkan temubual dengan Rakyat Malaysia di dalam Buletin Utama, betapa Rakyat Malaysia menyokong kenaikan minyak.

Kenapa selepas sehari baru Kerajaan Barisan Nasional berfikir untuk menaikkan harga RON97? Kenapa tidak dibuat sekali semasa pengumuman kenaikan harga RON95 dan diesel? Gila parah pengurusan persepsi Rakyat dari segi tindakan perlaksanaan polisi asas kerajaan. Kerajaan Barisan Nasional pada ketika ini sedang mengali kubur mereka sendiri.

9 Kalau Beginilah Cara Hidup "Pemandu" @NajibRazak, Habislah Malaysia

Ini adalah seorang daripada punahsihat-punahsihat Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak yang berada di dalam Pemandu. Namanya, Farah Intan Burhanudin. Beliau bertugas sebagai 'Senior Analyst' di Pemandu. Beliau mendapat pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau pernah berkhidmat dengan syarikat guaman, Zaid Ibrahim & Co sebelum berkhidmat di Pemandu.

Cerita kenapa beliau dikenakan denda RM500 oleh Majlis Peguam Malaysia, boleh dibaca di blog Outsyed The Box, di sini. Amat mengejutkan bagi gadis Melayu Islam yang menamatkan pengajian di UIAM ditangkap dengan kesalahan yang sebegitu rupa. Cara hidup beliau boleh dilihat sendiri dari gambar-gambar di bawah yang didedahkan oleh blogger The Benchmark, di sini. Kesimpulannya, Pemandu harus ditutup. Ianya hanya membazirkan wang cukai yang dibayar oleh Rakyat!




September 3, 2013

12 Gambar-Gambar 'Flashmob' #hargaminyaknaik Di Dataran Merdeka Petang Tadi

Nak buat macam mana kalau Kerajaan BN sendiri yang sediakan peluru untuk pembangkang. Kita kan tahu mereka akan sentiasa menyalahkan dan mengambil kesempatan di atas kekhilafan dan kelemahan Kerajaan BN. Keadaan kotaraya Kuala Lumpur yang hujan sejak pukul 4.00 petang tadi gagal menarik kehadiran ramai peserta 'falshmob' yang terdiri dari anak-anak muda. 

Bukan bilangan yang CTS khuatirkan semasa 'flashmob' sebentar tadi, tetapi sokongan riuh rendah dari orang ramai yang yng berkenderaan membunyikan hon, memberikan sokongan ketika peserta-peserta 'flashmob' ini mengangkat 'placard' bertulisan harga minyak naik. Dan pastinya, mereka tidak akan berhenti setakat petang ini.




1 SPAD - Kenaikkan Tambang Kenderaan Awam Akan Dikaji Dan Dipertimbangkan

Berikutan dengan pengumuman kenaikan harga petrol dan diesel yang diumumkan oleh Perdana Menteri semalam, pastinya akan memberi kesan kepada pengangkutan awam terutamanya teksi, bas dan sebagainya. Difahamkan Presiden Persatuan Pengusaha Pengusaha Bas, telah pun membuat permohonan untuk menaikkan tambang berikutan kesan bebanan yang di tangung berikutan dengan kenaikkan kedua bahan api itu.

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar, beliau telah pun bercakap dengan Presiden Persatuan Pengusaha Pengusaha Bas tersebut yang telah pun berhubung dengan beliau melalui surat berhubung kait dengan kenaikkan harga petrol dan diesel tersebut. SPAD sebelum ini telah pun memaklumkan akan membuat perubahan pada tambang teksi dan bas berkuat kuasa pada hujung tahun ini, tetapi dengan pengumuman terbaru ini maka pihak SPAD akan mengkaji semula kedudukan tersebut.

“Tetapi dengan peningkatan ini, ia membuatkan segala-galanya menjadi lebih mendesak untuk kita datang dengan beberapa rasionalisasi tambang. Kita perlu mengambil kira harga baru yang baru diumumkan dan kemudian akan memaklumkan dengan cadangan kami. Sudah pasti ia akan membawa impak ke atas industri pengangkutan awam ini. Kita tak Boleh elakkan. Oleh itu, apa jua kajian yang kita akan lakukan, kita mesti mengambil kira harga yang baru,” beliau berkata demikian sewaktu di temui di Jamuan Sambutan Aidil Fitri SPAD di pejabat Suruhanjaya tersebut di KL Sentral.

Ketika diminta nasihat berhubung dengan ada pemandu teksi telah pun menaikkan harga tambang kenderaan tersebut, beliau berkata “Jika anda berbuat demikian, maka anda sudah melangar undang-undang dan kita boleh mengambil tindakan terhadap anda.” Beliau turut menasihatkan agar kesemua yang terlibat dengan penyediaan perkhidmatan pengangkutan awam supaya bersabar, kerana kita perlu untuk melihat dari segi kesan, kerana SPAD akan keluarkan beberapa cadangan untuk diambil tindakan.

15 Rumah Adik Nik Aziz Nik Mat Terbakar - Ujian Atau Bala?


Kita mengucapkan takziah di atas kemalangan yang berlaku. Apa yang berlaku pasti ada hikmah yang tersendiri. CTS bukannya apa, andai kemalangan di atas berlaku kepada pemimpin atau kaum kerabat BN, pastinya kemalangan tersebut akan dilabel bala oleh peyokong-penyong PR.

Rumah banglo dua tingkat milik adik kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terbakar dalam kejadian di Pulau Melaka petang semalam. Rumah Nik Din Nik Mat itu juga dikatakan terletak berhampiran dengan rumah Nik Aziz. Walau bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Polis sekarang ini sedang menyiasat punca kejadian tersebut.

Itulah mentaliti mereka yang sentiasa melabelkan yang buruk-buruk ke atas pemimpin dan ahli UMNO/BN. Teringat CTS kepada satu doa dalam satu Solat Hajat yang amat terkenal tahun lepas, oleh seorang lagi Saudara Nik Aziz dan Nik Din iaitu Nik Razi Nik Mat, "K.O BN! K.O BN! BN K.O!" Itu dululah. Sekarang mungkin beliau sudah insaf kot?

5 Cakap Ahli Politik Jangan Dipercaya - Najib & Guan Eng Sama Saja


Ini kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng, pada 18 April 2012, setahun sebelum PRU-13. Namun hakikatnya, pada 23 Ogos 2013, Kerajaan DAP Pulau Pinang telah menaikkan surcaj pemuliharaan air (WCS) sebanyak 100 peratus bagi penggunaan domestik bermula 1 September ini.

Menurut Pengurus Besar Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (BPAPP), Ir. Jaseni Maidinsa berkata, WCS itu akan dinaikkan daripada 24 sen kepada 48 sen setiap 1,000 liter untuk penggunaan melebihi 35,000 liter sebulan bagi menggalakkan penggunaan air yang lebih bijak.

DS Najib juga tidak ada kurangnya. Ingatkah lagi sewaktu PRU-12 dulu, beliau sewaktu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, telah berjanji tiada kenaikan minyak selepas PRU-12. Apa terjadi selepas itu? Harga minyak naik mendadak kepada RM2.70 seliter daripada RM1.92.




Cumanya, di dalam PRU-13, DS Najib tidak berjanji harga minyak tidak akan dinaikkan selepas PRU. Jadi kenapa kita hendak marah-marah apabila harga minyak naik RM0.20 semalam? Bukankah kita tahu semua cakap-cakap ahli politik tidak boleh dipercayai. Apabila mereka perlukan undi kita di dalam PRU, mereka janji bulan dan bintang. Selepas PRU, macam sampah kita dibuat mereka. Baik PR atau BN sama saja!

September 2, 2013

7 Nak Jadi Ahli Parlimen Tak Perlu Cerdik kan? Bung ... Bung ...


Ini "posting" di dalam ruangan Twitter, yang dibuat oleh Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar Radin, selepas Boss beliau, Perdana Menteri mengumumkan kenaikan harga minyak atau penurunan subsidi bahanapi berkenaan. Sedih rasanya membaca kenyataan yang dibuat oleh seorang Wakil Rakyat apabila cuba membodek Bossnya. Sejak bila pula berkereta itu satu "kemampuan" YB. Bukankah itu satu "keperluan"? Malah orang kampungpun ber"keperluan" dan ber"kehendak" memiliki kereta untuk urusan seharian. 

Tidak wajar rasanya dikaitkan dengan kereta besar dengan minyak, memandangkan kenaikan harga minyak hari ini adalah minyak jenis RON95. Kesemua Rakyat menggunakannya. Malah orang kampung yang menaiki motorsikal juga perlu mengisi minyak bukan? Lainlah jadi seorang Wakil Rakyat. Minyak beliaupun Kerajaan (baca Rakyat) tanggung. Lagi mahu cakap banyak. Oh ya, sedap juga awek di atas membidas Wakil Rakyat yang berjiwa Rakyat ini.

24 Tahniah Kerajaan DS @NajibRazak! Harga RON95 Dan Diesel Naik 20 Sen!!!

1. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikan diesel dan minyak petrol RON95 naik 20sen seliter mulai tengah malam ini. DS Najib mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya sebentar tadi. Tahniah Rakyat ucapkan.

2. Adakah kenaikan harga minyak ini sebagai hadiah PRU kepada rakyat, khususnya kepada ahli UMNO dan BN yang mengundi parti itu pada pilihan raya umum lalu atau  hadiah sempena hari ini, ulang tahun bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dipecat dari UMNO, 15 tahun lepas?

3. Yang menariknya, dalam sidang media yang sama, DS Najib berkata bagi mengurangkan beban golongan berpendapatan rendah, jumlah BR1M akan dinaikkan. Jumlahnya akan diumum dalam Bajet 2014. Persoalannya, bagi golongan yang dapat BR1M tak apalah. Bagi kami golongan sederhana, yang hidup sekadar cukup makan dan tidak mewah bagaimana? Kami mana ada BR1M.

4. Kenapa DS Najib tidak menaikkan harga RON97, yang sememangnya digunakan oleh orang-orang kaya? Kenapa menaikkan harga minyak RON95 yang digunakan oleh Rakyat Marhaen dan minyak diesel yang kebanyakkannya digunakan oleh golongan peniaga?

5. DS Najib kata kenaikan harga minyak disebabkan Kerajaan hendak rationalisasi subsidi bahan api. Saya kata tak perlu rationalisasi pelbagai. Pecat saja punahsihat-punahsihat yang begitu ramai sekeliling Perdana Menteri yang makan gaji buta dan tidak memahami denyut nadi Rakyat.

6. Mana Pemuda-Pemuda UMNO? Masa rokok naik harga dulu, ada beberapa EXCO Pemuda marah-marah, kononnya hendak jadi hero Rakyat. Kenaikan harga rokok tidak mengakari rakyat, katanya. Ni harga minyak naik harga, tak mahu mengakari rakyat juga ka?

7. Kalau Kerajaan tidak ada duit, buat cara tidak ada duit. Ini berbelanja mewah tidak ingat dunia. Tengok sahaja dalam sebulan ini berpuluh Rumah Terbuka diadakan oleh Menteri, Timbalan Menteri, Kementerian dan sebagainya. Depa pakai duit sendiri ka? Hampeh!!! Ini pakai duit mana lagi kalau bukan dari duit Kerajaan (baca duit Rakyat).

8. Harga minyak dunia turun (baca di sini dan di sini) tetapi minyak di Malaysia naik? Mesti ada penjelasan yang kita boleh terima akal yang perlu dijelaskan oleh punahsihat-punahsihat Perdana Menteri?

9. Harga barangan pengguna pasti akan naik dengan kenaikan harga minyak. Itu hukum ekonomi asas. Selepas ini jangan pula ada Menteri-Menteri yang cuba membodek DS Najib dengan berkata, kita jangan pakai minyak untuk kereta. Kita boikot RON95 dan diesel! Atau ada Menteri lain berkata, mari kita bersama-sama naik basikal ke tempat kerja. Badan sihat otak cergas. Majulah sukan untuk Negara!

10. Mungkin DS Najib Razak belum merasai kuasa Rakyat. Mungkin beliau sudah lupa bagaimana Rakyat menurunkan Perdana Menteri Kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana menaikkan harga minyak dan menyebabkan Rakyat sengsara.

September 1, 2013

11 Foto Eksklusif Gambar Bersanding @abby_abadi112 - Ini cara Islamkah?


Apabila Ostazah Segera PAS ini bercakap di laman sosial Twitter beliau, pong pang pong pang kata Kerajaan tidak mengamalkan dasar Islam lah ... Tolak Islam lah. Apa yang beliau buat di atas Islam sangatkah? Bersanding adab dan budaya Islam kah? Ini sunnah Rasulullah SAW? 

Boleh tahan juga majlis persandingan dengan suami baru diadakan secara gempak dan mewah. Mana sifat tawadduk dan merendah diri yang sering dilaungkan? Tidakkah persandingan yang lazimnya melibatkan perbelanjaan besar, yang sudah pasti berupa pembaziran yang dilarang oleh Allah juga? Bila kena dekat orang cepat melatah, bila dekat diri sendiri? Arbaiyah ... Arbaiyah ...



0 SPAD Umum Penetapan Had Usia Teksi Bagi Lapangan Terbang

Dalam usaha mahu menambah-baikkan perkhidmatan pengangkutan negara, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) pada 22 Ogos 2013, telah mengumumkan bahawa semua teksi bagi seluruh Semenanjung Malaysia kini ada had usia dan tempohnya. Ini sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk memberikan perkhidmatan pengangkutan awam yang terbaik kepada Rakyat. Pengumuman berkenaan dibuat melalui surat edaran pekeliling Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Bil. 7, 2013.

Dengan pengumuman ini kesemua teksi yang beroperasi di lapangan terbang seluruh semenanjung akan dipastikan berada di bawah had usia yang ditetapkan dan SPAD akan mengadakan kawalselia dan pemantauan supaya arahan ini dipatuhi. Syarat khas yang dinyata kan didalam perkara 3.2 ada lah seperti berikut :

 “Had usia kenderaan adalah tidak melebihi sepuluh (10) tahun dari tarikh kenderaan tersebut di buat”

Berkuatkuasa 1 Januari 2015, had usia bagi kenderaan yang dilesenkan di bawah kelas teksi lapangan terbang akan dijadikan sebagai satu syarat khas kepada lesen pengendali teksi lapangan terbang. Sebelum ini tiada syarat had usia bagi kenderaan perhidmatan awam kelas teksi lapangan terbang ditetapkan di dalam syarat lesen pengendali.

Dengan pemberitahuan melalui pekeliling nya SPAD tentu berharap syarikat berkaitan akan bersiap sedia untuk menerima terma baru bagi teksi yang beroperasi di lapangan terbang kerana sebagai “frontier” kepada imej negara teksi sudah tentu mesti didalam keadaan yang baik.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates