August 24, 2013

0 SPAD - Isu Profil Pemandu Serta Pengunaan Warga Asing Sebagai Pemandu

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, SPAD sedang membangunkan Sistem Maklumat Pemandu yang mengandungi data peribadi serta maklumat pemandu supaya membolehkan pengendali bas dan pengguna mendapatkan maklumat serta butiran lengkap peribadi pemandu supaya dapat mengelakkan dari mengajikan pemandu  yang mempunyai rekod jenayah serta mereka yang sudah disenaraihitamkan.

Menurutnya, sistem itu diwujudkan atas dasar perkongsian maklumat bertujuan mengelak pengendali pengangkutan awam, termasuk bas dan teksi mengambil pemandu yang mempunyai rekod buruk.

“Di mana sistem maklumat pemandu itu akan bergantung kepada maklumat yang diberikan kepada kami jadi kami harap akan berkerjasama dengan Polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), jadi kita akan dapat membuat peperiksaan menyeluruh,” katanya di satu temubual.

Amalan syarikat bergantung kepada maklumat yang dikemukakan oleh pemandu itu sendiri tidak lama lagi akan tentu sekali tidak akan digunapakai lagi. Syed Hamid berkata, usaha membangunkan sistem berkenaan dimulakan awal tahun lalu kerana, maklumat mengenai pemandu yang mempunyai rekod jenayah dan disenaraihitamkan hanya dimiliki oleh JPJ dan Polis.

Namun seperti perkara lain kajian mendalam serta penilitian akan dilakukan kerana ia berkaitan dengan hal ehwal perundangan. “Banyak isu perundangan seperti pencabulan ruang peribadi, kerahsiaan maklumat dan kita sedang menyelesaikan perkara itu dahulu sebelum ia boleh dilaksanakan,” jelasnya lagi. Bagaimanapun Pengerusi SPAD ini menjangkakan sistem ini mungkin beroperasi pada tahun depan. 

Didalam perkembangan lain Tan Sri Syed Hamid berpendapat negara belum lagi memerlukan tenaga warga asing sebagai mengisi kekosongan serta kekurangan tenaga pekerja sebagai pemandu kenderaan awam di negara ini.

"Kita terlalu bergantung kepada warga asing pada setiap hal" ujar nya. "Sudah hampir ada 2 juta pekerja asing didalam negara kita dan tentu sekali kita tidak memerlukan mereka untuk pekerjaan sebagai pemandu ini," tambah nya lagi.

"Biarlah kita isi kekosongan jawatan ini dengan rakyat tempatan, dan saya berharap penggendali serta operator syarikat kenderaan tahu cara untuk memikat rakyat tempatan mengisi kekosongan yang ada dengan insentif yang lebih baik."

Dengan kenyataan itu boleh lah rakyat menarik nafas lega kerana merasa amat rimas dengan kebanjiran warga asing untuk setiap sektor dan biar lah sektor pemanduan ini terhad dan ekslusif kepada rakyat tempatan sahaja.

August 23, 2013

1 Gambar-Gambar @HishammuddinH2O & @syedhamidalbar Melawat Mangsa Tragedi Genting Highlands @SPADchannel

Menteri Pengangkutan Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar mengadakan sidang akhbar dan melawat mangsa mangsa kemalangan bas Genting Highland di Hospital Besar Kuala Lumpur.










August 22, 2013

5 Kenapa PM @NajibRazak Terpaksa Tulis Bahasa Cina Di Twitter? Ambil Hati Mereka Lagi Dato Seri?


CTS tidak faham kenapa Perdana Menteri Malaysia harus berbahasa Cina sama ada loghat Mandarin atau Kantonis atau Hokkein? Apakah Rakyat Malaysia terutama berketurunan Cina tidak faham Bahasa Malaysia atau Bahasa English? Ini siapa yang tulis sebenarnya. Perdana Menteri sendiri atau Punahsihat beliau? Bahasa Jiwa Bangsa, Dato Seri, tak gitu? Berikut adalah balasan pengikut-pengikutnya di Twitter:



1 Kenyataan Akhbar Pengerusi SPAD Mengenai Kemalangan Bas di KM 3.5 Genting Highland


KENYATAAN YBHG TAN SRI DATO’ SERI SYED HAMID ALBAR

PENGERUSI SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT

Kenyataan Akhbar
Kemalangan Bas Ulang-Alik di KM 3.5 Jalan Genting Highland.

21 Ogos 2013- SPAD ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban di dalam kemalangan yang menimpa penumpang bas ulang-alik ke Genting Highland yang terhumban ke dalam gaung di Kilometer 3.5 Jalan Genting-Karak.

SPAD memandang serius tragedi kemalangan dan menyokong cadangan YAB Timbalan Perdana Menteri untuk menubuhkan jawatankuasa penyiasatan khas untuk menyiasat secara terperinci punca kemalangan bas di Jalan Genting Klang. 

SPAD akan bekerjasama dengan semua agensi - agensi yang berkaitan bagi mengenal pasti punca kemalangan dan langkah – langkah pencegahan supaya tragedi sedemikian dapat dielakkan di masa hadapan. 

Selain daripada itu, SPAD juga akan memberi tumpuan yang lebih khusus kepada audit keselamatan terhadap pengendali bas henti-henti dan ekspres.

Tindakan susulan dan tegas akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab dibawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 sekiranya terdapat bukti pelanggaran akta tersebut.

2 Keputusan Rayuan Penggunaan Kalimah Allah Di Dalam Bible Bahasa Melayu - Mana Pemimpin UMNO & PAS?


Kemaskini 3.50 p.m.:


Barisan "Hero" Pembela Kalimah Allah Hari Ini



Alhamdulillah. Permohonan gereja Roman Katholik untuk ketepikan rayuan KDN dan Majlis Agama ditolak Mahkamah Rayuan. Rayuan untuk membatalkan penggunaan Kalimah Allah dalam Bible akan akan diteruskan pada 10 September 2013.

Kemaskini 3.45 p.m.:



Debaran menantikan keputusan berhubung penggunaan kalimah Allah. Doa dibacakan sementara menantikan keputusan dibuat oleh Mahkamah Rayuan.

Kemaskini 12.50 p.m.: 

Mahkamah berhenti rehat dan akan bersambung semula jam 3.00 petang.

Posting Asal:

Sekarang sedang berlangsungnya rayuan penggunaan Kalimah Allah dalam Bible Bahasa Melayu di Istana Kehakiman, Putrajaya. Permohonan didengar oleh 3 orang hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh DS Abu Samah Nordin. Dua lagi hakim adalah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Rohana Yusof. Mahkamah telah memulakan prosiding sejak jam 9.42 pagi. 

Hari ini 3 hakim berkenaan akan mendengar rayuan Murphy Pakiam, Ketua Bishop Roman Katholik, untuk ketepikan rayuan Kerajaan Malaysia berhubung penggunaan kalimah Allah dalam Bible Bahasa Melayu. Turut hadir dalam kamar adalah pengarang akhbar mingguan The Herald, Father Lawrence Matthew.

Terdapat 9 perayu (appellants) iaitu Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kerajaan Malaysia, Majlis Agama Islam & Adat Melayu Terangganu, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Melaka, Majlis Agama Islam Kedah, Majlis Agama Islam Johor dan Malaysian Chinese Muslim Association.








3 "1Malaysia - Endless Possibilities" Tiru "1Israel - Endless Possibilities"? Con Sultans @NajibRazak Buat Gila Lagi


Pendedahan yang dibuat oleh Bloggers ikon CTS, Jebat Must Die dan OutSyed The Box harus dipandang serius dan perlu dikongsi. Belumpun reda isu kegagalan slogan "1Malaysia" yang diperkenalkan oleh Con Sultan dan punahsihat DS Najib, Kerajaan hari ini telah mengeluarkan motto dan slogan terbaru, "Endless Possibilities". 

Slogan "Endless Possibilities" tidak mengantikan konsep "1Malaysia" sebaliknya ianya dibaca bersama dan seiringan (to complement) dan menjadikan slogan Negara Malaysia sekarang "1Malaysia-Endless Possibilities". Baca kenyataan DS Najib di sini.

Kita tidak kisah kalau berpuluh slogan baru diperkenalkan oleh Kerajaan namun kenapa mesti slogan "Endless Possibilities" diciplak oleh Con Sultan dan Punahsihat PM Najib Tun Razak daripada motto dan slogan negara Israel? Lihat bukti di bawah:




Berapa banyak wang Rakyat Malaysia yang dikeluarkan bagi membolehkan Con Sultan dibayar dengan hanya menciplak motto dan slogan Negara Israel? Con Sultan dan Punahsihat di sekeliling Najib banyak merosakkan nama baik Perdana Menteri. 

CTS tidak faham bagaimana DS Najib tidak berupaya melihat Con Sultan dan punahsihat yang beliau miliki sekarang merupakan satu liabiliti yang bakal menjatuhkan beliau.

Isu terbaru ini mempercepatkan Kerajaan berubah tangan di dalam PRU-14. Seperti kata blogger Jebat Must Die, "What are the possibilities Barisan Nasional to lose the next general election? Endless!"

P/S: DS Farid Ridzuan, salah seorang punahsihat PM, turut mempromosikan video "Endless Possibilities" seperti di atas, di dalam laman sosial Twitternya.

August 21, 2013

5 Gambar-Gambar Tragedi Kemalangan Bas Di Genting Highland Jatuh Gaung Hari Ini (15 Gambar)

Sehingga kini 37 maut (24 lelaki dan 13 wanita) apabila sebuah bas ekspres terjatuh ke gaung di km 3.5 Jalan Genting Highlands-Karak menghala Ibu Negara pada pukul 2.45 petang tadi. 16 yang cedera (11 lelaki dan 5 perempuan) dihantar ke Hospital Selayang, Hospital Sungai Buluh dan Hospital Bentong. Bas berkenaan membawa 49 orang penumpang. Berikut adalah gambar-gambar kemalangan di Genting Highlands yang dikongsi dalam media sosial Twitter.















3 Satira Pagi - Geng 04 Mula Cari Pasal, Punasihat-Punasihat PM Mungkin Guna Kaedah Ini Untuk Kekang Jenayah


Berikutan ahli-ahli, keluarga dan penyokong Kongsi Gelap Geng 04 yang terbunuh dua hari lepas telah membuat laporan polis dan mengugut turun dan berkhemah di depan pejabat PM mulai hari ini, punahsihat-punahsihat PM yang yang selama ini begitu komited dalam menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO), mungkin akan menghantar pekeliling kepada anggota Polis untuk melaksanakan kaedah baru dalam mengekang jenayah di Malaysia. Pekeliling yang dikeluarkan oleh punahsihat-punahsihat PM mungkin berbunyi seperti berikut:
Salam Yang Berbahgia Tan Sri/Dato/Tuan/Puan,
Sila sampaikan arahan dan tindakan ini kepada semua pegawai dan anggota bawahan anda. Sekiranya ada sebarang serbuan ke atas penjenayah-penjenayah, pegawai dan anggota terlibat perlu menggunakan kata-kata yg sesuai, antara contohnya adalah seperti berikut:
Polis : Assalamualaikum dan selamat sejahtera Salam 1Malaysia kepada suspek penjenayah yang bukan beragama Islam. Siapa di dalam, kami semua polis di luar rumah kamu. Kami datang nak tangkap tuan-tuan semua sebab menggunakan senjata.
Penjenayah : (guna pistol) ... beng! beng! beng!
Polis : Jangan la camtu ... nanti kene peluru sakit tau. Serah la diri dengan cara baik. Kami datang ni pun cara baik. Siap bagi salam lagi.
Penjenayah : (guna pistol lagi) ... beng! beng! beng!
Polis : Ye la ye la ... tanak serah diri sudah. Kami balik dulu ya. Kami takleh tembak sebab nanti jadi isu politik. Jaga diri ya semua. Sebelum tu kami nak pesan, jangan wat jenayah lagi tau. Kami tak suka. Salam 1Malaysia. Kbaiiiiiii ...
Untuk makluman kepada semua petugas di lapangan, pastikan arahan ini dipatuhi TANPA GAGAL. Tindakan tatatertib akan dikenakan kepada anggota yang ingkar. Ini demi kebaikan semua pihak dan rakyat Malaysia secara amnya. Sila sampaikan arahan ini. Sekian, terima kasih.



 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates