August 10, 2013

12 Cina Tapau Hidangan Hari Terbuka Raya - Tak Tahu Adab Atau Tak Tahu Malu?


Dalam sejarah Rumah Terbuka Aidil Fitri, belum pernah terjadi orang-orang yang datang beraya di Rumah Terbuka Aidil Fitri, membawa bekas makanan yang kosong untuk membawa balik makanan yang disediakan. Kalau iye pun nak "tapau", biarlah tuan rumah yang masukkan dalam bekas makanan. Bagaimanapun, hidangan di rumah terbuka bukan untuk ditapau. Makan di situ cukup la. Kenapa perlu sampai hendak bawa balik? Hadap sangat ke? 

Ini perbuatan tidak beradap dan biadap dan boleh diklasifikasikan sebagai mencuri. Takkanlah disebabkan puak-puak ini sibuk dengan dakwat kekal untuk mengelakkan undi dua kali di dalam PRU13 yang lepas, hingga memaksa dakwat kekal turut dikenakan ke atas mereka untuk mengelak mereka dari "mencuri" makanan? Sebelum ambil makanan, celup jari dalam dakwat kekal, duduk makan dan kemudian balik!!! Sosial etika masyarakat Malaysia kini sudah menjadi semakin nazak dan pupus.

August 9, 2013

14 DAP Anjur Rumah Terbuka Ditaja Carlberg? Biar Gambar Sahaja Berkata-Kata


Orang buat majlis berbuka puasa, DAP juga buat majlis berbuka puasa. Umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan, Wakil Rakyat DAP juga berpuasa. Macam mana puasa tak tahulah. Baru dua hari Syawal menjelang, DAP sudah kelam kabut buat Rumah Terbuka. Mengalahkan orang-orang Islam. Tak mengapalah kalau hendak meraikan umat-umat Islam. 

Pendapat CTS, agak-agaklah kalau hendak mengadakan Rumah Terbuka Aidil Fitri, takkanlah sehingga dibuat di tempat di mana banner minuman keras digantung secara terbuka dan besar pulak tu. Carlsberg sponsor ka? Gambar di atas diambil bersebelahan Disco Voxx, Jalan Putra, Alor Setar. Kenapakah Rumah Terbuka Aidil Fitri diadakan di sebelah disco. Sudah habiskah dewan serbaguna atau hotel di bandar Alor Setar untuk diadakan majlis berkenaan.

Alang-alang rumah terbuka berlatarbelakangkan iklan Carlsberg, eloklah dihidangkan sekali minuman berkenaan kepada tetamu yang datang. Alang-alang jamuan Rumah Terbuka Aidil Fitri diadakan di sebelah disco, alangkah elok diadakan di dalam disco. Jangan risau, juak-juak PAS akan mengeluarkan puluhan fatwa-fatwa untuk mengharuskan majlis berkenaan. Bolehlah nanti Pak-Pak Lebai PAS menjerit meraikannya, Takebeer!!!


August 7, 2013

0 SPAD - Perkongsian Pintar Keretapi Laju KL-Singapura Di Seminar RBA


"Kami sedang berusaha dengan keras ke arah merealisasikan keretapi laju (bullet train) membabitkan laluan perjalanan KL-Singapura menjadi kenyataan dan beroperasi menjelang tahun 2020," demikian dinyatakan oleh CEO Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd Nur Ismail. Sebagai satu projek yang menjadi perhatian umum yang menelan belanja berbillion ringgit ia nya sudah pasti diberi tumpuan oleh pihak SPAD.

Mohd Nur Ismail yang bakal menjadi salah seorang speaker di forum Rail Buniness Asia (RBA) 2013 yang membincangkan dan mengemukakan isu perkhidmatan dan effisiensi 'High Speed Rail' di mana persidangan ini juga turut membicangkan fesibiliti sistem keretapi laju di Asia.

Acara tersebut yang akan di adakan pada 10-12 haribulan September 2013 ini di Kuala Lumpur Convention Centre, di mana  SPAD akan mengendalikan bersama Construction Industry Development Board Malaysia (CIDB) dengan dibantu oleh Malaysian Industry-Government Group for High Technplogy (MIGHT).

Kerajaan Malaysia yang begitu komited dengan pembangunan dan perkembangan infrastruktur pengangkutan awam  mengenal pasti keperluan kritikal industri 'railway' dengan keperluan kakitangan yang  berkemahiran teknikal dan releven berkenaan industri ini.

Satu memorandum persefahaman (MOU) antara Thales, yakni satu badan global yang begitu dikenali di dalam bidang transportasi darat telah dimeterai bersama MIGHT kearah mempromosikan tenaga kerja berkaitan pembinaan industri rel ini.

Selain pembabitan  badan seperti SPAD, CIDB dan MIGHT Convention Rail Business Asia 2013, turut sama mengambil bahagian adalah pelbagai agensi kerajaan yang lain seperti Kementerian Pengangkutan (MOT), MRT of Thailand, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Rapid KL, MRT, Syarikat Pengendali Keretapi Laju Taiwan (THSRC), Vietnam Railway dan banyak lagi pemain industri berkenaan rel laju.

August 6, 2013

17 Kurang Ajar!!! Video Cina DAP Maki @PDRMsia Dan BN Dalam Operasi Cegah Maksiat Di Damasara Utama

video

Untuk orang-orang Melayu yang mengundi DAP di Damansara Utama di dalam PRU-13 yang lepas, ini ada video terbaik buat kamu. Video di mana Pegawai-Pegawai Polis Melayu ditengking dan diherdik oleh Cina Kiasu DAP di dalam operasi cegah maksiat. Ini berlaku di sebuah kelab malam cina di kawasan Selangor, dalam DUN Damansara Utama di mana Wakil Rakyatnya adalah ahli DAP, YB Yeo Bee Yin.

Antara kata-kata kesat dan lucah yang dilemparkan kepada Anggota-Anggota Polis adalah:

1.Who the fuck you all?
2.License used ... all fucking to job.
3.Confirmed BN kalah.
4.You buat macam ni aa.. confirmed BN kalah.
5.Langsi some more?
6.Saya tak da hal la!
7.Pukimak.

Sekali lagi tahniah orang-orang Melayu Damasara Utama.

August 5, 2013

9 Betulkah Penculik Wan Aisyah Adalah Bapanya Sendiri? #prayforaisyah


Update 12:30PM:

Ada cerita di sebalik cerita di sebalik kehilangan Wan Aisyah. Bukan bapa, tapi bakal bapa tiri rupanya. Hmm ... dunia, dunia. Baca kisah sinetron ini di MStar, di sini.

Update 1:30PM:




Alhamdulillah. Wan Aisyah sudah dijumpai. Keluarga lelaki berkenaan telah menghantar Wan Aisyah ke Balai Polis Sungai Nibong.

Posting Asal:

Sejak semalam pelayar-pelayar laman sosial Facebook begitu aktif mengemaskini berita seorang budak perempuan bernama Wan Aisyah bt Wan Exzan, 3, yang dilaporkan diculik di Jusco Rawang, Selangor pada 03/08/2013, oleh seorang lelaki. CTS difahamkan lelaki tersebut adalah kenalan rapat atau saudara terdekat kepada kanak-kanak tersebut. Kita faham keprihatinan masyarakat kita. Ini mungkin masalah keluarga. Jangan kita buat lelaki tersebut seperti seorang penjenayah sebelum pihak Polis mengesahkan cerita yang sebenarnya.

Secara logiknya, bagaimana maklumat tepat lelaki berkenaan boleh diperolehi dengan cepat seperti kereta apa, warna apa, nombor plet apa serta nombor kad pengenalan lelaki berkenaaan. Lagipun, cuba lihat gambar di atas. Kita boleh lihat betapa erat si anak memeluk lelaki berkenan dengan botol susu di mulut. Agak pelik tapi tidak mustahil bagi kanak-kanak rapat dengan orang yang tidak dikenalinya.

Tidak mungkin "penculik" berkenaan merupakan seorang yang tidak dikenali oleh Si Ibu yang bernama Arbaiyah Md Zin yang merupakan seorang Cikgu Matematik. Mungkin juga lelaki berkenaan merupakan saudara terdekat dengan keluarga atau kenalan rapat dengan si Ibu. Walau bagaimanapun, sama-samalah kita doakan yang terbaik buat Aisyah. Semoga beliau kembali ke pangkuan Ibunya menjelang Aidil Fitri.

August 4, 2013

6 Cybertroopers PR Sedang Serang DS @NajibRazak, Mana Penerima Pingat PKN Untuk Pertahankan Beliau?


Ini adalah serangan terbaru yang dilakukan oleh cybertroopers PR. Artikel terbaru salah seorang daripada cybertroopers PR telah sejam berada di internet. Mana penerima-penerima Pingat Kedaulatan Negara untuk mempertahankan DS Najib? 

Mana artikel dari dua wartawan Malaysiakini yang turut menerima pingat berkenaan untuk membersihkan nama DS Najib. Jangan hanya sewaktu penerimaan pingat terhegeh-hegeh datang ke Seri Perdana. Masa DS Najib diserang oleh cybertroopers PR, khidmat dan kudrat bloggers dan cybertroopers mesra BN yang dipertanggungjawabkan. Ada akal ke? 

Kalau setakat gagal pertahankan DS Najib dan gagal menjawab isu-isu yang dikeluarkan oleh cybertroopers PR, buat malu sahaja gelaran Pingat Kedaulatan Negara tersemat di nama anda. Perdana Menteri sendiri pun gagal dipertahankan.

29 Lagi Keluarga Islam Mengucapkan Hari Raya Di Facebook Bersama Anjing


Tidak dapat dipastikan apa masalah Umat Islam di Malaysia. Hukum hakam Agama tolak ketepi. Gambar di atas diambil di sebuah laman sosial Facebook, di sini. Kelakuan keluarga ini tidaklah seteruk lakonan "tomboy" yang melakonkan adengan di pagi Aidil Fitri berlatar belakangkan takbir Raya. Keluarga ini hanya bergambar sekeluarga dengan seekor anjing dan seekor kucing yang dinamakan "Al Kalb The Halal Dog" dan "Julie The Cat". 

Namun agak sedih apabila melihat seorang Makcik (kanan sekali) bertudung labuh dan seorang nenek yang memakai skaf di atas kerusi yang boleh terlibat dengan perkara sebegini. Di mana salahnya, di mana silapnya orang-orang Islam sekarang? Apakah tidak cukup syiar Islam yang tersebar di bumi Malaysia sehinggakan Umat Islam menjadi jahil mukarrab?
Sabda nabi: "Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar" (Muttafaq 'alaih). Daripada Ibn Umar r.a.meriwayatkan bahawa malaikat Jibril as berjanji akan datang menemui Rasulullah s.a.w. Setelah sekian lama menanti, Jibril as tidak juga muncul. Lalu Rasulullah saw pun keluar, dan baginda menemui Jibril di luar. Rasulullah s.a.w. mengadu akan kelewatan tibanya. Jibril menjelaskan dengan berkata: "Sesungguhnya kami tidak memasuki rumah yang ada anjing dan gambar" (Hadis riwayat al-Bukhari). Abu Hurairah r.a mengatakan bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: "Malaikat tidak akan menemani kelompok manusia yang di tengah-tengah mereka terdapat anjing". (Hadis Riwayat Muslim)

15 Kenapa Nazri Aziz Tiba-Tiba Berubah Pendirian Terhadap Namewee?! Apakah Kerana PAU Yang Bakal Tiba?

Ini kenyataan yang dibuat oleh DS Nazri Aziz pada 2 Januari 2011. Ketika itu beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Merdeka Review telah memetik wawancara bersama Nazri Aziz ini disiarkan dalam Sin Chew Daily.  Antara isu yang diulas termasuklah isu buku teks sejarah, politik UMNO, kuota bumiputera dan tidak ketinggalan penyanyi tempatan yang mencungkil kontroversi - Namewee. Baca rujukan Merdeka Review, di sini.


Semalam, 03 Ogos 2013, DS Mohamed Nazri Aziz yang kini menjawat jawatan sebagai Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, telah mengeluarkan kenyataan yang jauh berbeza daripada apa yang diucapkan olehnya pada tahun 2011. Kenapa beliau telah membuat "U-Turn" sebanyak 360 darjah sehinggakan mengelar Namewee sebagai "budak yang tidak tahu sejarah, budak yang bodoh, berhingus dan tidak faham tentang sejarah negara kita"? Rujuk Utusan Malaysia, di sini.


Kenapa DS Mohamed Nazri Aziz tiba-tiba sudah tidak suka, sayang dan kasih kepada Namewee yang selama ini dipertahankannya? Apakah pemimpin-pemimpin UMNO sedang bermain sandiwara memandangkan Perhimpunan Agung UMNO 2013 yang bakal menjelang tiba? Hati orang-orang Melayu UMNO harus dijaga. Kalau tidak undi perwakilan melepas beb!!!
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates