August 3, 2013

0 SPAD Luluskan Lesen Perubahan Sementara Sempena Aidil Fitri

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah meluluskan 437 Lesen Perubahan Sementara (LPS) kepada pengendali-pengendali bas ekspres tambahan sempena perayaan Hari Raya Adilfitri. Perkara ini di maklumkan oleh Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar selepas membuat lawatan ke Pudu Sentral. 

Beliau berkata, SPAD yakin kelulusan kepada 437 syarikat pengendali bas itu yang membabitkan tambahan hampir 700 bas dapat mengatasi masalah kekurangan bas pada musim perayaan. Syed Hamid juga memaklumkan, bahawa penguatkuasaan SPAD telah melipatkan gandakan operasi mereka bagi menangani kegiatan ulat tiket bermula 1 Ogos dan akan diteruskan sehingga 18 Ogos 24 jam sehari.

“Sepanjang tempoh itu SPAD akan mengadakan operasi bersepadu bersama Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Selain memantau kegiatan ulat tiket, SPAD juga akan memeriksa keadaan fizikal bas bagi memastikan ia dalam keadaan baik dan selamat dipandu, seperti lampur, viper, tayar serta pemandunya bebas dari pengaruh dadah”.

Syed Hamid juga berpesan kepada semua yang mengunakan kenderaan Bas untuk pulan Berhari Raya supaya menaiki bas yang berlesen kerana mereka dilindungi insurans. Beliau juga memohon maaf kepada penguna kenderaan bas sekiranya mereka rasa terganggu dengan operasi yang di jalankan. “Kami buat ini untuk memastikan mereka selamat dan menaiki bas yang baik. Aktiviti operasi seperti ini bukan dibuat bermusim tetapi juga dari semasa ke semasa cuma ia dipertingkatkan menjelang hari perayaan. Saya harap orangramai tidak salah tafsir tindakan SPAD menggandakan operasi,” katanya.

Syed Hamid juga berkata SPAD tidak akan berkompromi dengan pengendali bas ekspres yang menggunakan ulat sebagai ejen mereka. Ini kerana dalam operasi yang dilakukan, SPAD mendapati ramai di kalangan ulat tiket itu bekerja untuk ejen kaunter. “Sasaran kita bukanlah untuk menangkap ulat tapi untuk menentukan pengangkutan awam darat lebih efisien, teratur, lancar dan selamat,” katanya.

4 Cara @cmlimguaneng Sambut Hari Raya Aidil Fitri - Gantung Lampu Berbentuk "Love"


Ini permandangan terkini di Jalan Gurney, Pulau Pinang. Ini cara terbaru Ketua Menteri Republik Pulau Pinang menghormati Umat Islam di sana menyambut Hari Raya Aidil Fitri beberapa hari lagi. Tiada hiasan berbentuk ketupat, tiada hiasan buluh lemang dan tiada hiasan pelita 7 likur. Yang ada hanyalah lampu berbentuk hati yang menghiasi sepanjang jalan. 

Joseph Lim Guan Eng hendak meraikan Hari Raya Aidil Fitri atau hendak sambut Hari Valentine?  Adakah Joseph Lim seorang yang buta budaya dan adab resam atau beliau sengaja untuk merendahkan perayaan Umat Islam. Nasib baik Joseph Lim gantung lampu berbentuk hati, kalau dia gantung lampu tanglung, lagi haru biru.

10 Mesti Tonton - Video Peniaga DAP Haram Di Selangor Mahu Memukul Penguatkuasa Melayu MPSJ


Entahlah. Sudah penat melihat semua ini. Nak buat macam mana. Orang-orang Melayu juga yang memilih ADUN dan Ahli Parlimen DAP untuk mewakili mereka sehinggakan kaum ini naik tocang dan bertindak seperti Raja. Apabila gerai-gerai Melayu di Pulau Pinang diroboh, puak-puak ini mempertahankan dengan alasan tiada lesen. Apabila kena kepada batang hidung kaum sendiri di Selangor, kenapa melenting? 

Kejadian khabarnya berlaku di Puchong Indah, di sebuah pasar pagi Kaum Cina. Belumpun DAP memerintah Malaysia, kaum ini sudah mula melawan pihak penguatkuasa. Bayangkan kalau Malaysia diperintah oleh DAP. Dengan bukti video yang ada, pihak penguatkuasa MPSJ perlu membuat aduan Polis untuk membawa samseng-samseng ini ke muka pengadilan.

2 Operasi SPAD Membenteras Kegiatan Ulat Tiket Menjelang Cuti Raya Aidl Fitri @SPADchannel @aduanSPAD


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) semalam telah menjalankan operasi bagi membenteras kegiatan Ulat Tiket sempena sambutan Perayaan Aidil Fitri di mana warga kota telah mula meninggalkan ibu kota bagi meraikan hari `Raya Aidul Fitri bersama keluarga di kampung. Operasi telah dijalankan di sekitar hentian Pudu Central Kuala Lumpur dan dijalankan dalam dua fasa, sessi pagi dari jam 10 pagi hingga12 tengah hari dan sessi kedua pada jam 8.30 malam hingga 11.00 malam.

Dalam kedua dua operasi tersebut SPAD telah berjaya menahan 24 ‘Ekor’ 'ulat tiket' dan 10 daripada mereka adalah positif dadah dan seorang memiliki dadah dan diserahkan kepada pihak Polis yang turut sama menjalan operasi bersepadu ini untuk tindakan lanjut. Selain Polis Di Raja malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kementerian Kesihatan, Agensi Dadah Kebangsaan juga telah turut serta di dalam operasi malam tadi.

Menurut Ketua Bahagian Penguatkuasaan (SPAD) Mej. Jen. (B) Dato’ Paduka Che Hasni Che Ahmad berkata, “bahawa operasi ini akan di teruskan dari hari kehari didalam tempoh sambutan hari perayaan terutamanya di hari sambutan Aidil Fitri kerana tidak mahu ada penguna kenderaan awam saperti bas ini tertipu dengan ‘ulat tiket’ tersebut”. Menurut Che Hasni ‘ulat tiket’ ini akan di dakwa dibawah Sec 205 Akta Pengangkutan Awam Darat, sekiranya disabitkan kesalahan boleh di denda sahingga 50 ribu ringgit atau pun 5 tahun penjara atau pun kedua duanya sekali.

Menurut Dato Che Hasni, beliau kesal dengan kegiatan ‘ulat tiket’ ini kerana, kawasan Pudu Central ini telah pun dimaju dan di modenkan tetapi telah dicemari dengan kegiatan ‘ulat tiket’ yang bergerak secara tidak bertamadun, tidak selari dengan impian DS Najib Tun Razak yang mahu melihat Pudu Central ini menjadi sebuah hentian yang moden dan selesa kepada penguna. Che Hasni juga menasihatkan kepada semua penguna bas ekpres agar membeli tiket melalui kaunter jualan tiket dan bukan melalui ‘Ulat Tiket’, bersama kita membenters kegiatan ulat tiket.

17 Pingat Kedaulatan Negara Untuk Wartawan Malaysiakini! Tahniahlah PM @NajibRazak


Tahniah kepada wartawan-wartawan dan pemberita serta pengamal media yang menerima pingat pahlawan ini. Khabarnya ada sahabat blogger yang turut menerima anugerah Pingat Kedaulatan Negara ini. Namun, ada suara-suara sahabat yang lain yang tidak berpuas hati, memandangkan rakan blogger ini tidakpun berada di "ground zero", sebaliknya hanya melengkapkan percutian di Sabah semata-mata.

Namun bukan ini persoalan yang CTS ingin ketengahkan. Sebaliknya CTS agak kecewa apabila mendapat tahu wartawan Malaysiakini antara penerima anugerah yang agak tinggi darjatnya ini. Dua wartawan Malaysiakini tersebut adalah Nigel Aw dan Lee Long Hui. Sebelum ini anugerah yang sama telah diberikan kepada pejuang-pejuang negara seperti anggota Polis dan Tentera yang berkhidmat di Ops Lahad Datu. CTS dapat merasakan degupan daripada akar umbi, sia-sia sahaja menjadi "tentera media" yang menyokong kerajaan DS Najib selama ini, kalau ini penghinaan yang kami terima.

Penganugerahan kepada wartawan Malaysiakini ibarat pisau tajam yang ditusuk di belakang pengamal media yang menyokong kerajaan DS Najib. Malangnya punahsihat-punahsihat DS Najib terlupa bahawa Malaysiakini adalah wadah penyebar dakyah palsu dan menjadi batu api dalam isu Lahad Datu. Malam ini mereka diraikan dan diberikan pingat. CTS sudah putus harapan pada DS Najib. Patutlah berat kaki untuk hadir ke majlis ini walaupun undangan telah lama diterima.

August 2, 2013

1 Rileks Sebentar - Tokoh Politik Malaysia & Kembar Seiras Mereka Di Kalangan Pelakon / Penyanyi







29 Apa Rasionalnya Tukar Kereta Rasmi Kerajaan Malaysia Kepada Honda Accord @NajibRazak


Tiada lagi kereta Proton sebagai kereta rasmi Kerajaan Malaysia? Kerajaan Malaysia telah mengumumkan secara rasmi melalui pekeliling yang dikeluarkan sendiri melalui Ketua Setiausaha Perbendaharaan Negara Malaysia bertarikh 29 Julai 2013, bahawa kereta Nasional, Proton Inspira (dahulunya Proton Perdana) yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia telah ditukar kepada model Honda Accord 2.4L dan Honda Accord 2.0L.

Bukankah Proton Inspira yang ada sekarang masih baru? Kenapa masih hendak ditukar kepada kereta Honda Accord? Agaknya berapa ribu unit yang hendak ditukar? Kalau ditolak campur Gred Pegawai JUSA A, B dan C termasuk pegawai turus ditambah dengan Menteri-Menteri yang ada, jumlahnya mungkin mencecah 18,000 pegawai daripada 1.4 juta Penjawat Awam Persekutuan. Katakan seunit Honda Accord berkenaan harganya RM80,000 (harga kepada Kerajaan setelah ditolak duti eksais dan duti import semua), kiraan mudah adalah seperti berikut:

18,000 pegawai x RM80,000 = RM1.440 billion.

Saya ulang RM1.44 billion!!! RM1.44 billion Kerajaan baziran duit Rakyat Malaysia buat apa? Kerajaan Malaysia sekarang banyak duit sangatkah? Habis 18,000 kereta Proton Inspira yang sedia ada nak buat apa? Jual besi buruk? Dulu masa DS Nizar Jamaluddin, manta Menteri Besar Perak menukar kereta Proton kepada Toyota Camry, berkokok-kokok pemimpin-pemimpin BN kata tak patriotik la, tiada semangat kebangsaan la, tidak membeli barangan buatan Malaysia la, membazir la. Sekarang apa sudah jadi?

5 Video Namewee Mengamuk Pasal "The New Village" - Menteri UMNO Kena Tambah Lagi Geran Untuk Beliau Buat Filem


Namewee mengamuk lagi. Kali ini beliau mempertikaikan Kerajaan Malaysia terutama yang melibatkan pihak-pihak yang memberi kelulusan dan penayangan filem, sebagai tidak adil dengan kaum Cina yang membuat dan mengeluarkan filem. Cuma berbeza dengan video-videonya sebelum ini, video kali ini hanya tidak dibuat dalam bentuk lagu sebaliknya membebel seperti Ah So tua. Sekarang Namewee sudahpun bersuara. Anak angkat kesayangan seorang Menteri botak UMNO ini pastinya akan dihadiahkan lagi dengan geran untuk membuat filem bernilai jutaan ringgit. 

Jangan pula ada yang marah-marah dengan video Namewee ini. Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Tun Razak adalah seorang penyokong kuat Namewee. Beliau mengelarkan Namewee sebagai penyokong kuat 1Malaysia, unik, tidak konvensional di dalam idea dan pemikiran. Kalau tidak percaya itu komen Perdana Menteri, baca The Malaysian Insiders, di sini. Jadi kalau Perdana Menteri sendiri menjadi "back-up" kuat Cina ini, siapalah kita untuk mengkritik Namewee bukan?

August 1, 2013

7 Malaysia Dihina Rakyat Singapura - Apa Tindakan Kita @NajibRazak @anifah_aman


Poster "Welcome to Malaysia where Death Is Cheap and staying alive costly" telah disebarkan dengan meluas di laman-laman sosial Facebook. Gambar ini dirakam di Giant Supermarket, Ang Mo Kio Avenue 1 semalam kira-kira pukul 10.00 malam.


Ini pula adalah akhbar The New Paper pada 31 Julai 2013. PR pastinya amat berpuashati dengan laporan negara abang besar DAP ini. ‘Selamat datang ke Malaysia di mana kematian adalah murah dan untuk kekal hidup sangat mahal’ yang turut menyatakan bahawa untuk mengupah seorang pembunuh hanya memerlukan $2,000 (RM5,000).

Kerajaan Malaysia melalui Wisma Putra seharusnya membuat bantahan kepada Kedutaan Singapura di atas kebiadaban poster/suratkhabar berkenaan menghina Malaysia. Cukup-cukuplah dengan sikap kiasu Rakyat Singapura. Kalau rasa keselamatan Malaysia tidak terjamin, jangan masuk ke sini setiap hujung minggu. Tinggallah dengan selamat di negara sekangkang kera itu.

12 Gas Memasak Petronas Naik Di Antara RM2.20 Hingga RM2.40


Siapa kata kenaikan gaji minumum pekerja kepada RM900 tidak memberi kesan kepada keadaan ekonomi keseluruhan terutama kenaikan harga barangan? Para peniaga dan pemborong menjadikan alasan ini untuk menaikkan harga barangan. Walaupun harga gas Petronas merupakan harga kawalan oleh pihak Kerajaan, para peniaga dan pemborong menjadikan kos pengangkutan dan upah penghantaran sebagai alasan untuk menaikkan harga jualan. Berkuatkuasa 30 Julai 2013, gas Petronas telah dinaikkan di antara RM2.20 hingga RM2.40. 

Rakyat marhaen mengeluh. Diesel hilang entah ke mana sehingga berlaku susutan di stesyen-stesyen minyak, gas memasak sudah mula naik harga, hendak pakai dapur elektrik, Tenaga Nasional Berhad menunggu masa sahaja untuk menaikka tariff elektrik. Jadi sama-samalah kita kembali ke zaman datuk dan nenek kita menggunakan dapur arang dan kayu api. Jangan ditanya soalan kenaikan gas memasak kepada Pak Menteri. Nanti disuruhnya kita mencari alternatif lain. Boikot gas memasak, katanya.

July 31, 2013

5 Gila!!! Tomboy Malaysia Dengan Anjingnya, Wanita Mesir Pula Berbogel Bantah Syariat Islam

Alia al-Mahdi, rakyat Mesir yang pernah menggemparkan negara itu dengan gambar bogelnya, kini sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia berbogel untuk membantah draf perlembagaan baru di Mesir. Dengan alasan berbogel untuk perubahan, gambar tersebut disiarkan dalam laman web aktivis FEMEN di Stockholm. Sambil memegang bendera Mesir, dia menulis perkataan `syariah bukan perlembagaan’ pada badannya.


Menurut wanita yang tidak bermaruah itu, dia memilih untuk melakukan perbuatan berkenaan bagi memberitahu kepada pemerintah Mesir, bahawa badan manusia milik awam. Alia meninggalkan Mesir pada bulan Mac lalu bagi menghadiri satu persidangan di Sweden mengenai keadaan wanita di negara Arab selepas kebangkitan rakyat, tahun lalu.

Selepas itu, dia tidak lagi kembali ke tanah airnya, sebaliknya mengemukakan permohonan suaka di Sweden. Dia berdepan hukuman penjara di Mesir susulan tindakannya bergambar bogel sebelum ini. Sementara keluarganya di Kaherah pula, ditinggalkannya dalam keadaan memalukan dengan mereka terpaksa berdepan dengan kecaman daripada masyarakat setempat akibat tindakan tidak bermoralnya itu. Malah, jiran tetangga pula tidak lagi bertegur sapa dengan keluarganya, semuanya gara-gara Alia yang hilang pedoman itu.


2 Mari Bantu @PDRMsia Mengesan Saspek Utama Kes Bunuh Pengasas Arab Malaysian Bank


Siasatan kes pembunuhan pengasas Arab Malaysian Bank yang berlaku pada 29 Julai 2013 di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur sedang giat dijalankan bagi mengesan saspek utama pembunuhan. Hasil siasatan dan penelitian kamera litar tertutup(CCTV) di lokasi kejadian, Polis Kuala Lumpur percaya imej lelaki yang dirakam dan dikenali sebagai ‘Sei Ngan Chai’(sebutan kantonis) atau Jian adalah saspek utama kejadian.

Sehubungan itu, Polis Kuala Lumpur ingin meminta orang ramai yang mengenali dan mempunyai sebarang maklumat mengenai saspek berkenaan menghubungi Bahagian Siasatan Khas (D9) IPK KL di talian 03-21460685 atau Hotline Polis KL (Rakan Cop) di talian 03-21159999 atau SMS Polis KL(Rakan Cop) ke 32728 atau mana-mana balai polis berhampiran.

July 30, 2013

15 Lagi Penghinaan Terhadap Islam - Berhari Raya Dengan 3 Ekor Anjing!! Biadap Dan Kurang Ajar!!! @PDRMsia @shaberyc

Terkini 10.50 p.m.: 

"Saya tiada niat hina Islam". Baca penjelasan wanita (wanita?) Melayu Islam itu yang ditemubual eksklusif oleh Mynewshub, di sini.


Posting Asal:

Lepas seekor, seekor mempermainkan kesucian Agama Islam. Belum sempat reda kes Alvin dan Vivian menghina Agama Islam dengan memuatnaik poster berbuka puasa dengan 'Bah Kut Teh', seekor lagi pula telah buat hal. Anak muda yang menamakan dirinya sebagai Chetz, telah memuatnaikkan video sambutan Hari Raya Aidil Fitri dengan 3 ekor anjing! 

Dengan berlatarbelakang suara takbir menyeru kepada yang Esa, digambarkan anak muda ini bersiap-siap membuat persiapan di pagi Raya dengan menghidangkan kuih raya kepada 3 ekor anjing beliau. Sungguh biadap dan kurang ajar!!!

Imam An-Nawawi menyebut di dalam Al-Minhaj: "Yang disebut najis itu adalah setiap cecair yang memabukkan, anjing, babi dan apa-apa yang lahir daripada keduanya." (Mughni Al-Muhtaj, Khatib Syarbini:1/110). Kata Al-Qardhawi, hukum membela anjing sebagai binatang kesayangan (hobi) adalah haram, yakni diharamkan oleh Rasulullah SAW. 

Dalilnya: Daripada Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath. (Riwayat Bukhari dan Muslim dan semua ahli hadis yang lain). Inilah juga pendapat majoriti mazhab Syafie, Hanbali, Maliki dan Zahiri (al-Majmuu', IX/234).

Daripada Abdullah bin Umar, dia berkata: "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa memelihara anjing selain anjing untuk berburu atau anjing menjaga binatang ternak, maka pahalanya akan berkurang dua qirath setiap harinya." (Riwayat Bukhari no. 5059 dan Muslim, no: 2940). 

Apakah anak muda ini berniat untuk menghina Islam dengan meletakkan latar belakang Takbir Raya ketika belaiu digambarkan sedang berhari raya dengan anjing? Apakah anak muda ini sememangnya berniat untuk menghina Islam atau sekadar beliau tidak peka dengan hukum hakam Agama Islam?

Mengapa ini terjadi? Siapakah yang harus dipersalahkan? Adakah disebabkan polisi Kerajaan yang terlalu mahu menjaga hati orang Cina menyebabkan mereka semakin hilang hormat pada prinsip Rukun Negara yang perlu dipegang oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan Agama?

July 28, 2013

15 Bila DS @NajibRazak Nak Buat Iklan Hari Raya Aidil Fitri Macam Beliau Buat Iklan Gong Xi Fa Chai Tempoh Hari?


CTS masih tertunggu-tunggu bila Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Tun Razak dan barisan penasihat-penasihat beliau ingin mengadakan iklan untuk seluruh Umat Islam semperna Hari Raya Aidil Fitri yang bakal kunjung tiba. Bukan apa, CTS masih ingat lagi bagaimana Perdana Menteri dalam usaha untuk menarik sokongan masyarakat Cina di dalam PRU13 yang lepas, telah berlakon di dalam iklan 2013 Gong Xi Fa Chai. 

Perdana Menteri siap memakai pakaian tradisional Cina dan menggunakan nama Cina, Ah Jib Gor. Siap dengan pukul gendang lagi dalam tarian naga. Hebat!!! Kami umat Islam juga mahukan iklan khusus untuk kami. Ada adengan PM kacau dodol ke, ada adengan PM balut ketupat ke atau ada adengan PM main meriam buluh ke. Takkan Perdana Menteri malu untuk berlakon iklan untuk perayaan sendiri kot? Kita kan 1Malaysia.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates