July 20, 2013

0 Pemandu Teksi Boleh Perbaharui Permit Dan Kad Pemandu Di Pos Malaysia - SPAD


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) akan berbincang dengan pengurusan Pos Malaysia bagi membolehkan pemandu teksi memperbaharui permit dan Kad Pemandu di semua pejabat pos di seluruh negara. Pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Albar berkata langkah itu bertujuan mengurangkan beban kos pengangkutan terutama bagi pemandu yang menjalankan perkhidmatan di kawasan pedalaman. Beliau berkata pemandu teksi terpaksa mengeluarkan kos pengangkutan lebih RM50 untuk pergi ke pejabat SPAD bagi memperbaharui permit dan Kad Pemandu.

"Jika Pos Malaysia boleh menyediakan kemudahan pembayaran cukai jalan, saya rasa masalah kesukaran pemandu memperbaharui permit teksi dan Kad Pemandu mampu diselesaikan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan sesi dialog dengan 80 pemandu teksi, yang juga ahli Persatuan Kebajikan dan Pemandu Teksi Daerah Besut, di sini, Khamis lalu. 

Dalam perkembangan lain, Syed Hamid berkata SPAD memberi jaminan bilangan bas untuk membawa penumpang pulang bercuti sempena Hari Raya Aidilifitri bulan depan mencukupi. Katanya SPAD sudah menerima permohonan daripada pengusaha bas terutamanya membabitkan pengusaha bas ekpres yang menyediakan perkhidmatan itu di sebelah Pantai Timur bagi mendapatkan Lesen Perubahan Sementara (LPS).

"Kita hanya akan meluluskan pengeluaran LPS ke atas bas berusia tidak melebihi 10 tahun bagi perjalanan melebihi 300km manakala bas berusia bawah 15 tahun hanya dibenarkan beroperasi bagi perjalanan kurang daripada 300 km," katanya.

16 Hanya Disebabkan Patung Minion, Pekerja Melayu McDonalds Dimaki Kiasu Cina Di Bulan Ramadhan

video

Video di atas CTS mahu kongsi dengan pembaca-pembaca CTS. Lihatlah bagaimana sikap kiasu dan kurang ajar seorang perempuan berbangsa Cina yang sudah bertaraf makcik atau nenek memarahi dan mengherdik seorang pekerja McDonalds berbangsa Melayu hanya kerana ketidakpuasan hatinya mendapat patung minion yang menjadi kegilaan masyarakat Cina Malaysia sejak beberapa hari lepas. Bagi sesiapa yang masih tidak tahu hujung pangkal apakah itu patung minion, ianaya adalah satu watak di dalam filem "Despicable Me 2" seperti gambar di bawah.

Panas hati CTS melihat video di atas. Kalau CTS merupakan pekerja perempuan Melayu berkenaan, sudah pasti sos cili akan kusumbatkan ke dalam mulut kiasu yang lancang itu. Sungguh kurang adab tidak menghormati orang yang sedang berpuasa. 

Cuba lihat dua lagi video yang CTS sertakan di bawah. Video pertama, situasi diambil di Kampar, Perak yang majoriti penduduknya berbangsa Cina. Video kedua pula diambil di MacDonalds di dalam sebuah pasaraya. Lihatlah barisan orang-orang yang beratur untuk mendapatkan patung minion sejak subuh. Cuba lihat kaum mana? Adakah kaum Melayu, kaum India dan Sikh beratur untuk mendapatkan patung minion? Apa istimewanya patung minion kepada masyarakat Cina? Boleh mendatangkan "ong" kah? Bagilah peluang kepada kanak-kanak untuk memiliki patung berkenaan. Masa anda sudah berlalu.

video

video

July 19, 2013

0 SPAD Perlu Kaji Semula Tambang Teksi - @NajibRazak


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sedang mengkaji semula kadar tambang teksi dalam usaha mempertingkatkan taraf hidup pemandu teksi dan menambah baik mutu perkhidmatan teksi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata langkah itu perlu antara lain berikutan peningkatan kos operasi yang perlu ditanggung pemandu teksi.

"Saya difahamkan SPAD ketika ini sedang mengkaji semula kadar tambang teksi, dengan mengambil kira kos operasi (pemandu teksi). Saya berharap agar pemandu teksi tidak lagi mempunyai taraf hidup yang rendah sebaliknya berupaya memiliki kualiti hidup yang lebih baik," katanya di ibu pejabat SPAD di KL Sentral pada majlis penyerahan 500 lesen teksi individu kepada pemandu teksi di sini Khamis. Pada sidang akhbar kemudian, Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar berkata kajian semula kadar tambang itu kini hampir di peringkat akhir dan agensi itu berharap dapat membentangkannya kepada kerajaan menjelang akhir tahun.


"Kami juga akan mendapatkan maklum balas orang ramai berhubung kajian tambang. Kami ingin mewujudkan keseimbangan antara membayar bagi perkhidmatan yang baik dan kebajikan pemandu teksi," kata Syed Hamid dan menambah kali terakhir kajian semula itu dibuat adalah pada tahun 2009. Kadar semasa 'flag-off' bagi teksi bajet di Malaysia adalah RM3, dengan bayaran 10 sen dikenakan pada setiap 100 meter berikutnya.

10 Selamat Pengantin Baru @abby_abadi112 - Melepas Ustaz-Ustaz PAS


Berita yang ditulis oleh tuan punya diri di laman sosial Instagram dan juga Twitter telah mengesahkan bahawa Ustazah PAS, Abby Abadi telah selamat menjadi isteri kepada seseorang. Bukan kembali kepada Norman Hakim dan mana-mana YB PAS seperti yang diwar-warkan sebelum ini. Sebaliknya menjadi isteri kepada seorang anak muda yang kacak berusia 24 tahun.

Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan (35 tahun) sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga bersama pelakon, Norman Hakim pada 2002 tetapi bercerai pada 2008. Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.Kita doakan sahaja rumahtangga beliau akan berkekalan hingga ke akhir hayat dan perkahwinan ini akan turut mengurangkan sikap "meroyan"nya dalam bab-bab politik.

21 Pendidik Yang Memanggil TS @MuhyiddinYassin "Bodoh" Wajar Dikenakan Tindakan


CTS menyifatkan tindakan seorang pendidik yang memanggil Menteri Pelajaran, TS Muhyiddin Yassin sebagai "si bodoh", di dalam ruangan komen portal Sinar Harian, agak keterlaluan. Adalah diharapkan Kementerin Pelajaran dan pihak-pihak yang berkenaan dapat memberi perhatian serius mengenai perkara ini. 

Choo Po Kuan, adalah seorang guru di Sekolah Menengah Teknik Pengkalan Chepa. Beliau merupakan pengundi Wakaf Bharu. Beliau merupakan seorang penjawat awam serta pendidik. Hancurlah anak bangsa jika pendidik yg berkerja dgn kerajaan tetapi mengunakan bahasa "bodoh" untuk menghentam kerajaan. Guru sebeginilah yang mewujudkan kelahiran anak murid sekolah yang kurang ajar. Tindakan yang tegas perlu diambil supaya menjadi pengajaran kepada pendidik-pendidik lain.

July 18, 2013

10 Hanya Di Malaysia - Penangite Pecahkan Pintu McDonalds Hanya Kerana Mainan Despicable Me 2


Hanya di Malaysia. Warga Penang memecahkan pintu McDonalds di Prangin Mall yang terletak bersebelahan dengan Komtar, pagi tadi. Mereka tidak bercadang untuk merompak McDonalds sebaliknya hanya berebutkan Happy Meals yang mengandungi patung plastik watak filem "Despicable Me 2"!!! Patutlah DAP kekal memerintah di Pulau Pinang kalau mentaliti Rakyatnya memecahkan pintu kedai hanya untuk patung plastik! Amat memalukan bagi Rakyat Malaysia bertindak sebegini. Khabarnya patung watak "minion" habis terjual pada pukul 11.00 pagi! Kelakuan mereka ini mengingatkan CTS kepada watak "zombies" dalam filem World War Z. Tak berakal langsung.

July 16, 2013

0 Sistem Tiket Bersepadu Perlu Untuk Semua Pengangkutan Awam - SPAD

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berhasrat melaksanakan sistem integrasi tiket yang menggunakan satu tiket bagi pengangkutan awam darat utama di negara ini. Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata rancangan itu sebahagian daripada program transformasi kerajaan memperbaiki kecekapan pengangkutan awam darat, sekali gus meningkatkan keselesaan pengguna. Katanya, satu sistem bersepadu perlu diperkenalkan bagi membolehkan satu tiket diguna pakai semua sistem, namun ia terlebih dulu perlu mendapatkan kerjasama daripada pengendali pengangkutan awam. 

“SPAD ingin melihat semua pengendali pengangkutan awam beralih dan menaik taraf teknologi tiket mereka kepada sistem integrasi baru dan e-tiket, khususnya bagi perkhidmatan bas bagi memerangi kegiatan ‘ulat tiket’ yang berleluasa. Kami sudah mengadakan perbincangan dengan pemegang saham yang terbabit dan mereka memahami keperluan itu. Kini, mereka sudah memiliki strategi dan sasaran untuk memulakannya,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Sepang.

Beliau sebelum itu melancarkan sistem tiket automatik baru untuk perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit Servis oleh Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Turut hadir, Ketua Pembangunan SPAD, Azmi Abdullah Aziz; Pengerusi Eksekutif Express Rail Link Sdn Bhd, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh dan Ketua Eksekutif ERL, Noormah Mohd Noor.

Sistem baru yang menggunakan teknologi komputer awan itu menggunakan tiket guna semua baru, kad pintar dan kod bar QR bagi menggantikan tiket jalur magnetik sebelum ini. Menerusi pengenalan baru itu, pengguna boleh memilih membeli tiket di kiosk layan diri, secara dalam talian di www.KLIAekspress.com atau menerusi aplikasi mudah alih di telefon pintar.

July 15, 2013

18 Bukannya Susah Untuk Ambil Hati Melayu, Alvin & Vivian Boleh Tiru Cara @tianchua



Bukannya susah untuk mengambil hati Melayu. Pakai baju Melayu, pakai songkok (kalau lebai lagi baik), datang Masjid dan duduk bersila berbuka puasa. Jangan kata makmum, Pak Imampun meleleh air liur melihat ketawadukan dan ketinggian moral seseorang itu. Ini yang terjadi di  Masjid Syaidina Ali Padang Balang, Sentul, dengan kehadiran Ahli Parlimen Batu, YB Tian Chua ke Masjid untuk berbuka puasa.

Kehadiran YB Tian Chua persis panglima Melayu sudah cukup untuk membuatkan seluruh AJK Masjid berpinau biji mata dan menganggap YB Tian Chualah YB yang terbaik yang pernah mereka miliki. Lupa sudah apa yang Tian Chua telah buat dan katakan semasa trajedi Lahad Datu suatu masa dulu. Benarlah apa yang Ayahanda Tun Dr Mahathir pernah kata, Melayu mudah lupa.

Oleh yang demikian, CTS ingin menasihatkan kedua-dua anak Cina yang sedang dilanda kontroversi sekarang kerana menghina Umat Islam, Alvin dan Vivian, bawa-bawalah ikut perangai YB PKR ini. Si Alvin pakai baju Melayu lengkap dan berkupiah dan si Vivian pula pakai selendang Melayu ala ala YB Eli Wong dan berbaju kurung Kedah, mahunya Pak Imam dan AJK Masjid menepung tawar kedatangan mereka untuk berbuka di Masjid. Kalau tidak percaya, buatlah!!!

4 Alvin & Vivian Di SKMM Pagi Ini - Ini Alamat Dan Butiran Peribadi Mereka Bagi Yang Hendak Berkenalan



Kedua-dua artis pelakon lucah di Malaysia ini berada di Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM), Bangunan Sultan Abdul Samad pagi ini. Mereka sepatutnya memberi keterangan di pejabat SKMM pada pukul 10.00 pagi tetapi tiba lebih lewat iaitu kira-kira pukul 10.45 pagi. Pasangan itu tidak memberi sebarang komen kepada media apabila memasuki pejabat tersebut dan dibawa ke bilik siasatan oleh beberapa pegawai. 

Seperti biasalah, SKMM hanya mengambil keterangan, pihak Polis akan melakukan sisatan dan tangkapan tetapi pihak yang lebih penting adalah Jabatan Peguam Negara. Merakalah yang melakukan pendakwaan di Mahkamah. Namun apabila ianya melibatkan Jabatan Peguam Negara, apakah kita yakin kes ini akan dibawa ke mahkamah? SKMM hanya berupaya mengambil kenyataan Alvin dan Vivian selama setengah jam, selepas itu bebas. Segala hukuman diletakkan pula kepada keputusan pihak lain. Itu je?

Mungkin ada di antara kita yang sudah terlupa apa yang berlaku di dalam kes enam individu yang memijak kepala lembu di dalam satu himpunan di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam pada 28 Ogos 2009. Kesemua mereka adalah Melayu Islam. Ada yang dipenjara dan ada yang didenda. Tolak campur kedua-dua kes ini hampir serupa iaitu penghinaan terhadap Agama. Takkan pasangan Cina ini terlepas kot sepertimana kes Namewee? Mungkin Peguam Negara ada jawapannya?

Bagi yang ingin berkenalan dengan pasangan tersebut, bolehlah menghubungi mereka di alamat di bawah:

Alvin Tan 
468-14-18 Kompleks Mutiara 
Jalan Ipoh Batu 3 1/2 
51200 Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur

No telefon: 
6018-182693676 
603-62723870 
012-6780170 

E-mail:
tanjyeyee@gmail.com 
alvintan_88@hotmail.com 
alvin.fezzl (Skype) 

Alamat IC: 
No 6, Jalan Kenanga SD 9/2B, Bandar Seri Damansara, 52200 Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Vivian Lee (Nama Sebenar Lee May Ling)
No IC: 890519015418 
Alamat : No 12, Jalan Lembah 4, Taman Desa Jaya, 81100 Johor Bharu, Johor.

E-mail: alvivi.swingers@gmail.com 

5 Ayat-Ayat Al Quran Diperdagangkan Dengan Berleluasa - Jabatan Agama Tiada Kuasakah?


Dewasa ini, apa sahaja orang akan lakukan untuk mendapat untung. Sebelum ini kita sering mendengar air mineral atau air pembalikan osmosis dijadikan air ubat dengan bacaan 30 juzuk Al Quran. Sekarang semakin menjadi-jadi. Air berkarbonat pula di baca dengan 30 juzuk Al Quran dan dikatakan yang pertama di Malaysia? Fungsi Al Quran makin dicemari. Umat Islam menjual ayat-ayat Al Quran untuk perniagaan. Selepas ini apa pula? Cendol yang dibaca 30 juzuk Al Quran?


Yang ini lagi teruk. Air terhebat. Lebih hebat dari air Zam Zam. Kehebatannya terserlah dengan kandungannya:

a) Cendawan ajaib dan kulat susu harimau (mungkin pemberian orang-orang bunian kot?)
b) Kemenyan Makkah (Bukan kemenyan China, Afrika, Eropah dan benua lainnya. Ini kemenyan kristal. Letak dalam air panas sedut baunya dan hidung tersumbat akan hilang) 
c) Sarang anai-anai yang sudah makan 22 juzuk ayat Al-Quran (8 juzuk lagi CTS tidak pastilah siapa yang makan)
d) Air hujan malam Jumaat pada 10 Muharram (jenuhlah menunggu bertahun-tahun sekiranya tiada hujan pada malam itu)

Kita tidak perlu Agama lain untuk menyesatkan masyarakat islam. Cukuplah orang-orang Islam sendiri yang mensyirikkan Allah.

July 14, 2013

27 Video Pasangan Alvian & Vivian Minta Maaf Isu Bak Kut Teh

video

Setelah mendapat tekanan daripada majoriti Rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan perpaduan kaum, pasangan pelakon video lucah Alvian dan Vivian tampil dengan video mereka meminta maaf kerana mempersendakan Umat Islam yang sedang berpuasa dengan mengucapkan Selamat Berbuka Puasa dengan Bak Kut Teh atau sup tulang rusuk babi! CTS tidak pasti sama ada video ini dibuat kerana mereka berdua sudah insaf atau mereka sudah tidak tahan dengan tekanan daripada pelbagai pihak sama ada daripada masyarakat Islam atau bukan Islam.

Pelbagai pihak tampil dengan puluhan laporan Polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diberitakan memanggil mereka untuk mendapatkan penjelasan esok. Tahniah kepada blogger dan cybertrooper yang peka dan amat sensitif dengan penghinaan daripada puak-puak tertentu yang saban hari cuba menggugat sensitiviti Umat Islam. Malah Mingguan Malaysia hari ini turut memaparkan muka depan berita berkenaan.

Semoga mereka benar-benar insaf dan tidak akan mengulangi perbuatan ini. Pendapat peribadi CTS, sebagai umat Islam, seharusnya kita menunjukkan nilai murni yang diajar oleh Kekasih Allah. Memaafkan orang yang sudah insaf dan sedar akan kesalahan. Semoga Allah memberi keberkatan kepada orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Cuma, jangan pula terjadi seperti kes Namewee, selepas permohonan maaf kerana menghina Umat Islam di hadapan seorang Menteri, beliau telah "dihadiahkan" dengan geran untuk membuat filem bernilai RM1 juta!!!

Ini pula pendapat yang baik dan bernas dilontarkan oleh sahabat saya seorang blogger dan 'orang lama' - "Jangan diperdaya dengan 'maaf' ni. Dua ekor ni gila publisiti dan mempunyai rancangan yang sinis. Mereka dari awal-awal lagi sudah tahu orang Islam akan marah. Tapi mereka buat jugak. Mereka sudah rancang untuk pura-pura "menyesal" dan minta maaf. Di belakang, mereka ketawakan kita...begitu mudah Melayu Islam ni dipersendakan, dan dilepaskan begitu saja atas dasar "insaf". Pihak berkenaan kena ambil tindakan tegas terhadap dua bangsat ni".

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates