July 13, 2013

4 "Ubah" Raksaksa Akhirnya Di Promenade Sungai Pinang - Lambang Ego DAP Pulau Pinang


Maskot DAP berbentuk burung enggang yang digelar "Ubah" akhirnya dilepaskan di Promenade Sungai Pinang pagi tadi. 'Ubah' raksasa terapung ini adalah setinggi 25 kaki dan lebar 36 kaki, dibuat daripada PVC berkualiti tinggi dengan berat kira-kira 250kg, ketebalan badannya 0.35mm manakala ketebalan pelampung yang digunakan ialah 0.7mm. 'Ubah' ini dikatakan bernilai RM60,000, merupakan lambang pembaziran penyokong-penyokong DAP yang mengumpul dana untuk membuat patung pelampung berkenaan agar masyarakat dapat mengetahui bahawa DAP memerintah di Pulau Pinang dan akan kekal memerintah. 

Lebih menambah keegoan mereka, patung Ubah ini akan dipamerkan di sini sehinggalah sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos depan. Bayangkan saja apa mesej yang cuba DAP sampaikan. DAP boleh belanjakan berapa sahaja wang mereka untuk pembaziran. Cuba bayangkan apa yang berlaku sekiranya UMNO yang melakukan ini semua.

Apa yang pasti, kos puluhan ribu ini yang mengambil masa 2 bulan untuk disiapkan hanya untuk ‘kepuasan dan kegembiraan’ penyokong-penyokong tegar DAP, bagi membuktikan betapa mereka begitu dambakan kuasa dan betapa gembiranya mereka kerana dapat menawan dan mengekalkan Pulau Pinang di tangan masyarakat Cina.

July 12, 2013

0 Benarkah ADUN BN DUN Mahkota Seorang Yang Muflis?


Heboh di laman sosial Facebook satu keratan akhbar yang memaparkan Notis Kebangkrapan terhadap seorang ADUN BN di Mahkota dan juga EXCO Johor, iaitu YB Md Jais bin Sarday. Notis Kebangkrapan ini adalah berkaitan saman yang dilakukan oleh Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ke atas beliau. Diharap YB berkenaan atau mana-mana pihak yang berkenaan tampil untuk membuat penjelasan mengenai status YB berkenaan. 

Kita tidak mahu satu lagi PRK terpaksa diadakan dalam masa terdekat. Kita juga tidak mahu isu ini menjadi mainan pembangkang semasa tempoh berkempen untuk PRK Kuala Besut. CTS tidak berniat untuk membuat tuduhan di bulan puasa ini kerana kita perlu mengesahkan dengan Jabatan Insolvensi, namun sekiranya benar, perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana adalah menjadi tanggungjawab majikan yang mempunyai pekerja untuk membayar caruman KWSP.

July 11, 2013

20 Mari Lihat Bagaimana Pelakon Seks Penyokong PR, Alvin & Vivian Menghina Masyarakat Islam


Sungguh biadap dan kurang ajar kedua-dua pelakon seks Rakyat Malaysia yang berketurunan Cina ini menghina bulan puasa dan seterusnya Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelang. Pasangan ini yang diketahui ramai sebagai penyokong tegar PR dengan sengaja memaparkan gambar mereka makan 'bak kut teh' (sup tulang rusuk babi) dengan ucapan, "Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh ... wangi enak dan menyelerakan!). 

Langsung tidak menghormati sensitiviti umat-umat Islam di Malaysia dengan hidangan babi malah posting mereka di laman sosial Facebook juga turut memaparkan seolah-olah bertukar-tukar makanan ini adalah untuk memupuk budaya 1Malaysia. Tanpa segan silu mereka meletakkan tanda Halal JAKIM pada gambar di atas. Begitu kurang ajar cara penyokong-penyokong PR ini menghina Umat Islam. 

Malah CTS tidak akan terkejut sekiranya di dalam komen-komen di bawah kelak akan ada yang menulis, tidak mengapa, mereka adalah bukan Islam. Mereka tidak tahu adab budaya dan hukum hakam orang-orang Islam. PAS masih lagi dalam usaha untuk membimbing orang bukan islam terutama masyarakat Cina!!!

July 10, 2013

11 Lantikan Perempuan Melayu DAP Sebagai Ahli Majlis MPPP - Satu Lagi Tradisi Dinasti Joseph Lim


DAP bermain wayang lagi. Seorang anak gadis muda, Nur Fitriah Abdul Halim dilantik sebagai seorang Ahli Majlis Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). Majlis angkat sumpah berlangsung pagi semalam. Agak janggal bagi gadis Melayu ini yang berdaftar di DAP Cawangan Taman Bukit, Bukit Mertajam ditugaskan sebagai Ahli Majlis MPPP dan bukannya di kawasannya sendiri di Majlis Perbandaran Seberang  Prai (MPSP). 

Adakah beliau anak orang kebanyakan yang diangkat oleh DAP sebagai seorang Ahli Majlis? Tentu sekali tidak!!! Beliau adalah sebahagian daripada kroni Joseph Lim. Beliau adalah anak gadis Dato Abdul Halim bin Hussain, bekas Speaker Kerajaan Pulau Pinang. Khabarnya beliau baru mendaftar sebagai ahli DAP baru seminggu!!! DAP bijak melantik Ahli Majlis MPPP dari seorang gadis berusia 26 tahun yang merupakan seorang pereka grafik. DAP tahu ini kelemahan utama Barisan Nasional yang kelihatan masih gagal menarik perhatian anak muda. 

Walau bagaimanapun CTS mengucapkan tahniah buat UMNO dan Barisan Naasional yang melantik seorang anak muda berusia 37 tahun, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, seorang jurutera dan anak tempatan, sebagai calon N01 DUN Kota Besut untuk PRK yang akan diadakan sedikit masa lagi. Semoga anak muda ini mendapat kemenangan mutlak, Insya Allah.

July 8, 2013

27 Majlis Perbandaran Kajang Mula Mengganas - Bazar-Bazar Ramadhan Dirobohkan


Tahniah CTS ucapkan kepada pegawai-pegawai Majlis Perbandaran Kajang yang begitu berdedikasi dan komited dengan kerjaya mereka. Gambar berkenaan diambil berdekatan dengan Kampung Sungai Ramal Dalam, berhadapan taman permainan Seksyen 8, Bandar Baru Bangi. Kelihatan pegawai-pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Kajang yang komited dan dedikasi bertungkus lumus merobohkan bazar Ramadhan di sini. Tidak pasti apakah faktor bazar Ramadhan tidak dibenarkan di sini. Kalau diikutakan kesesakan lalulintas, Jonker Walk dan Petaling Street boleh pulak?

Baguslah. Robohlah. Ambil tindakan yang keras ke atas mereka ini. Bukankah mereka yang mengundi PR dalam PRU13 yang lepas? Pemimpin-pemimpin BN jangan sibuk-sibuk hendak jadi hero. Anda semua adalah pemimpin "reject" di mata penduduk-penduduk di sini. Hal rumah tangga mereka dan Wakil Rakyat mereka biar mereka selesaikan sendiri untuk tempoh 5 tahun lagi. Tidak ada tempat untuk pengusaha Melayu untuk berniaga. Alangkah bagusnya kalau tindakan yang sama diambil ke atas rumah-rumah urut dan pusat-pusat hiburan tanpa lesen milik kaum mata sepek yang berleluasa di sekitar Kajang diambil tindakan yang serupa?

July 7, 2013

5 Slogan "Kali Inilah" Pasukan Selangor Dalam SUKMA 2013 - Nak Bersukan Atau Berpolitik?




Tahniah Kontijen Selangor kerana telah berjaya menjadi juara dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2013. Dalam semua pihak berpuas hati dengan perjalanan acara sukan pelajar-pelajar yang terbesar di Malaysia ini, kita dihidangkan dengan insiden-insiden negatif seperti  kes seorang atlet bola baling yang mendakwa dirogol sekumpulan atlet lelaki yang kini menjadi kes polis dan juga pengaruh politik yang cuba ditanamkan dalam minda pelajar-pelajar kita. 

Mungkin ada yang mengatakan ini adalah kebetulan. Siapa sahaja boleh menggunakan perkataan "Kali Inilah" yang mirip kepada slogan azimat "Ini Kalilah ... Ubah!" yang menjadi azimat parti DAP di dalam PRU13. CTS juga mungkin bersetuju dengan pendapat tersebut sehinggalah CTS terbaca posting ADUN PKR Batu Tiga, Rodziah Ismail seperti di bawah. Mungkin ada udang di sebalik mee.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates