July 6, 2013

37 Tahniah Pengundi Islam Di Selangor - DAP Akhirnya Haramkan Pasar Ramadhan


CTS mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat pengundi Selangor terutama pengundi DAP Parlimen Kajang. DAP mengotakan janji mereka untuk menutup Bazar Ramadhan seperti yang disuarakan oleh YB Tony Pua tempoh hari. Lebih ironinya, amaran keras dalam bentuk banner diadakan berserta jumlah denda yang bakal dikenakan. Ini tidak termasuk tindakan sitaan kerana orang-orang Melayu Islam ingin mencari rezeki dengan berniaga.

Di Melaka, baru Ketua Menteri berdehem hendak menutup Jonker Walk, masyarakat Cina tanpa mengira fahaman politik berdiri teguh membantah. Akhirnya, keputusan "flip flop" berlaku sehingga menyebabkan keputusan bertukar dan akhirnya dibatalkan terus. Masyarakat Melayu Islam pula bagaimana? Siap diberi amaran dan tindakan keras kerana hendak mencari rezeki di bulan Ramadhan. Permohonan tapak Bazar Ramadhan ditolak tetapi permohonan projek ladang BABI RM100 juta boleh lulus pulak!!! Tahniah Oh Selangorku. Senyum saja, tak perlu kata apa-apa.

7 Inilah Video MHI Di Mana @tv3malaysia Difitnah Tuduh Dr Morsi Diktator - Anda Nilaikan Sendiri


Cybertroopers pembangkang beberapa hari lepas cuba mengelirukan Rakyat Malaysia mengenai kenyataan Ally Iskandar di rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) TV3. Mereka menuduh Ally Iskandar, MHI dan TV3 melabel Dr. Morsi sebagai diktator sedangkan Ally cuma menyatakan hasil temubual beberapa Rakyat Mesir untuk mengetahui sebab mereka menentang. 

Cybertroopers pembangkang cuma memuatnaik video kenyataan Ally di bahagian beliau menyebut diktator sahaja, dan bukannya video dari awal seperti di atas. Tindakan tersebut jelas berniat jahat untuk menimbulkan salahfaham pada kenyataan Ally Iskandar dan cuba memburukkan nama baik TV3. 

Buletin Utama TV3 juga terbukti tidak pernah menggelar Dr. Morsi sebagai diktator. CTS mohon agar pastikan kesahihan sesuatu cerita  atau berita terlebih dahulu sebelum menyebarkannya takut menjadi bahan fitnah.

July 5, 2013

5 Ustaz Don Tampil Menafikan Fitnah Beliau Ke Atas TV3 - Akaun Facebook Palsu Diwujudkan Atas Nama Beliau


Posting laman sosial Facebook di atas menjadi bualan hangat apabila ramai yang mempertikaikan Ustaz Don Daniyal, seorang penceramah bebas terkenal yang dikatakan memfitnah TV3 kerana mengelarkan Dr Morsy sebagai diktator. Sedangkan tidak ada satupun rancangan di TV3 yang mengelarkan Dr Morsy sedemikian. Ini hanyalah fitnah yang dilakukan oleh cybertroopers pembangkang untuk memburukkan nama TV3.

Ustaz Don Daniyal hari ini tampil di dalam laman sosial rasmi sebenar beliau menafikan beliau membuat kenyataan sedemikian. Kenyataan beliau berbunyi seperti di bawah:


CTS berharap orang ramai berhati-hati ketika membaca status pemimpin-pemimpin serta pendakwah bebas di laman sosial dan pastikan akaun tersebut adalah sahih dan rasmi. Bagi mengelakkan kekeliruan yang berpanjangan, CTS sertakan "print shot" laman sosial yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama Ustaz Don Daniyal seperti di bawah. Akaun Facebook ini mempunyai pengikut lebih daripada 55 ribu orang yang menggunakan akaun Facebook "Ustaz Don Daniyal (Original)".




July 3, 2013

1 Jawapan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Mengenai Pekeliling "Like" Di Facebook Beliau cc. TS Dr @AliHamsa55

Rentetan tersebar luas pekeliling yang menggunakan nama Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia supaya posting-posting di Facebook beliau di "Like", Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dengan pantas menjawab persoalan berkenaan isu berkenaan di laman sosial Facebook beliau. Nampak gayanya isu tersebut adalah kes cubaan orang-orang bawahan membodek beliau. Nampak gayanya budaya bodek masih berleluasa di sektor-sektor awam. Hentikanlah.

July 2, 2013

9 Arahan Like Laman Facebook Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia? Apa Ertinya Semua Ini TS Dr @AliHamsa55 ?


CTS ingat hanya golongan artis dan selebriti sahaja yang perlukan sanjungan dan pujian di alam maya terutama di laman-laman sosial. Nampak gayanya dunia "glamour" laman sosial sudah berjangkit kepada kakitangan Kerajaan. Lawak apakah yang cuba dilakukan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia cuba lakukan dengan mengeluarkan arahan rasmi, pastinya dilakukan oleh pembodek-pembodek bawahan beliau seperti di atas?

Kenapakah sebuah Jabatan Kerajaan mengeluarkan arahan kepada kakitangannya untuk "Like" laman sosial Facebook Ketua Pengarahnya sendiri? Apa yang cuba dibuktikan? Bahawasanya Ketua Pengarah mempunyai ramai peminat dan posting-postingnya disukai oleh Rakyat? Terdapat beberapa perkara pokok yang perlu dijawab di sini. Pertama, apakah Facebook berkenaan akan dikendalikan oleh Ketua Pengarah itu sendiri? Kedua, apakah Facebook berkenaan akan menjurus membantu Rakyat berkomunikasi dengan Ketua Pengarah Kesihatan tanpa birokrasi atau ianya hanya sekadar album gambar Ketua Pengarah melawat ke sini dan ke situ? 

Tidak perlu adanya satu arahan dalam bentuk memo atau surat rasmi untuk memaksa sesiapa sahaja untuk "Like" posting kita. Kalau perkara yang kita bincangkan atau beritahu di laman Facebook bermanafaat, pastinya pembaca kita akan "Like" posting berkenaan tanpa dipaksa. Atau adakah KPI untuk Ketua-Ketua Pengarah yang mempunyai "Like" atau "Follower" di laman sosial yang ditetapkan oleh Ketua Setiausaha Negara sehingga mereka terpaksa melakukan ini semua? Minta maaf banyak-banyak. CTS tak dapat hadam kesemua sampah ini!!!

July 1, 2013

6 Apa Dah Jadi Ustaz? Ceramah Azhar Idrus Sudah Tidak Mendapat Sambutan!!!




Gambar-gambar ini diambil daripada laman sosial Facebook Ustaz Azhar Idris. Agak kelakar gambar ini diambil di bahagian depan pentas sahaja. Kenapa tidak ambil di belakang? Sebab tiada orang? Jelas kelihatan padang yang kosong di sebelah belakang. Forum Perdana malam ini diadakan di Dataran PJ, Petaling Jaya. CTS tidak berkesempatan untuk hadir kerana terpaksa berada di Republik Penang selama seminggu atas urusan rasmi. Agaknya oang-orang Selangor sudah tiak berminat atau muak dengan Ustaz ke? 

CTS pernah berkesempatan menghadiri majlis beliau di Dataran Shah Alam, setahun dulu. Puluhan ribu orang yang hadir. Hari ini, hari cuti umumpun gagal untuk menarik orang ramai hadir. Agaknya penganjur agak bercita-cita besar untuk mengadakan majlis ini di padang. Kan sudah memakan diri. Lain kali buat sajalah di masjid. Kerajaan PR Selangor pasti benarkan. Bukan macam Presiden Republik Penang yang menghalang Ustaz Kazim Elias untuk mengadakan Forum Perdana di Republik beliau.

June 30, 2013

15 Ini Jawapan Ustaz Kazim Elias Apabila Kerajaan @cmlimguaneng Halang Forum Perdana Beliau Di Pulau Pinang


CTS kesian dengan nasib seorang penceramah bebas, Ustaz Muhammad Kazim Elias Al-Hafiz, yang sedih apabila Forum Perdana yang sepatutnya dihadirinya pada 5 Julai ini, di satu lokasi di Pulau Pinang dibatalkan dengan alasan yang tidak munasabah. Beliau berkata, pembatalan forum berkenaan pada saat-saat akhir oleh pihak penganjur itu didakwa atas arahan seoarng EXCO Kerajaan Negeri dengan alasan bimbang ceramah itu akan menganggu gugat Kerajaan Negeri. 

Menurut Ustaz Kazim, perkara berkenaan hanya diketahui oleh beliau apabila dihubungi oleh pihak penganjur, pagi semalam. Kita nampak tidak yang pelik mengenai isu ini. Kerajaan DAP Pulau Pinang sudah mula menunjukkan belangnya terhadap oran-orang Melayu Islam. Belum reda isu Kerjaan Negeri Pulau Pinang merobohkan gerai orang-orang Melayu di negeri berkenaan, sekarang pula ceramah dan forum agama yang tidak menjilat dan Kerajaan DAP akan dihalang. Apa nak buat, ini kehendak pengundi-pengundi Pulau Pinang itu sendiri.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates