June 29, 2013

0 SPAD Gesa Pengusaha Bas Ekspres Jual Tiket Secara Online

Semalam tadi Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid  Albar telah melakukan lawatan mengejut di Stesen Bas Putra berhampiran PWTC. Tujuannya ialah meninjau penjualan tiket bas ekspres untuk hari raya nanti. TS Syed Hamid menyarankan agar semua pengusaha bas ekspres digesa menggunakan sistem penjualan tiket secara online. Beliau berkata ia bertujuan membanteras gejala ulat tiket lebih-lebih lagi ketika musim perayaan.

TS Syed Hamid berkata cara tersebut bukan sahaja memudahkan pengusaha bas ekspres malah mengelak pengguna daripada menjadi mangsa sindiket terbabit. Jelas beliau kebanyakan masalah berpunca daripada syarikat bas ekspres yang tidak mempunyai kaunter jualan. Ia menyebabkan pengusaha bas menggunakan ulat sebagai orang tengah. Tegasnya perkara berkenaan perlu diambil serius memandangkan isu ulat tiket dikesan semakin menjadi-jadi terutamanya di Pudu Sentral.

Malah katanya anggota penguat kuasa SPAD pernah cuba diancam ketika bertugas. Orang ramai kini boleh mula membeli tiket bas ekspres sempena hari raya. Caj tambahan sebanyak 10 peratus dikenakan. Tiket berkenaan adalah untuk perjalanan bermula 8 Julai hingga 8 September 2013.




June 28, 2013

12 Ahli Parlimen Kulai, @TeoNieChing Cuba Menghasut Masyarakat Cina Dan India Isu Perkauman, Rasisnya!!!


Ahli Parlimen Pulai dari DAP, Teo Nie Ching, di dalam laman sosial Facebooknya semalam, cuba membangkitkan isu perkauman apabila beliau dengan sengaja telah cuba membandingkan pecahan sekolah yang baru dibina dalam RMK8, RMK9 dan RMK10 di antara Sekolah Kebangsaan berbanding SJK Tamil dan SJK China. Teo Nie Ching membuat soalan provokasi bertulis "Tell me, why Indian and Chinese community should not be angry?"

Begitu bangsatnya pemimpin DAP ini sehingga membandingkan pembinaan jumlah sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah vernakular (SJKT/SJKC) oleh kerajaan semata-mata untuk menimbulkan sentimen perkauman. Apakah Sekolah Kebangsaan yang ada sekarang hanya terhad untuk pelajar Melayu sahaja? Adakah apa-apa yang menghalang pelajar-pelajar India dan Cina dari menuntut di Sekolah Kebangsaan? Bukankah Sekolah Kebangsaan untuk semua kaum, Melayu, India, Cina, Iban, Kadazan, Murut, Sikh dan sebagainya?

Kita boleh lihat rata-rata komen ditinggalkan di posting beliau (baca di sini) membuktikan betapa rasisnya kaum Cina sehingga mempersoalkan hak orang Melayu. Bukankah selama ini DAP mewar-warkan sebagai parti semua kaum. Kenapakah memperjuangkan sekolah "vernacular"? Kepada Teo Nie Ching, jangan mainkan sentimen begini kerana ada kalangan orang Cina di luar sana mendapat pendidikan melalui Sekolah Kebangsaan dan berkawan baik dengan anak-anak Melayu. 

3 Azalina Cabar Shahrizat Untuk Jawatan Ketua Wanita UMNO - Demokrasi Akhirnya Wujud Dalam UMNO


Persaingan utama dalam sayap Wanita UMNO akan menyaksikan DS Shahrizat Abdul Jalil dan DS Azalina Othman Said akan berjuang dalam menerajui kepimpinan Wanita UMNO. Shahrizat mengesahkan bahawa beliau berhasrat untuk mempertahankan jawatan Ketua Wanita yang dimenangi beliau pada tahun 2009 selepas menewaskan TS Rafidah Aziz, manakala Azalina pula diberitakan di dalam akhbar-akhbar tempatan telah membuat keputusan dan berminat untuk bertanding bagi jawatan berkenaan.

Bagi CTS, pertandingan ini amat menarik kerana ahli-ahli UMNO "tiada telur" untuk membolehkan jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan Ketua Pemuda UMNO dipertandingkan. Biar Wanita UMNO membuktikan bahawa demokrasi sememangnya wujud dalam UMNO. Menang kalah Azalina tidak akan rugi apa-apa kerana dia bukan ada jawatanpun dalam Majlis Tertinggi mahupun kabinet, hanya ahli Parlimen biasa saja. Sebaliknya, sekiranya menang, jawatan Menteri sudah dalam tangan buat beliau.

Azalina sememangnya bercita-cita tinggi hendak menjadi Menteri balik. Ialah kalau ada duit banyak sekalipun tetapi tiada kuasa, tak ada maknanya. Kalau dulu disanjung ke mana-mana, sekarang orang buat tak tahu saja. Baguslah. Lawanlah Azalina. Lagipun dia layak lawan kalau dia ahli wanita. (Kita tidak lupa bagaimana Rafidah ada mempertikaikan keahlian Azalina suatu masa dulu). Apa  hendak takut dengan pertandingan terbuka? 

Kak Jatpun rasanya boleh terima pertandingan ini kerana kalau Kak Jat menangpun, Kak Jat tidak boleh mewakili wanita di peringkat Menteri. Melainkan kalau beliau boleh buat "comeback" yang menyakinkan. Lawanlah. Janji jangan ada perpecahan dalam sayap Wanita ini. Kalau Kak Rafidah hendak masuk dalam persaingan ini, lagi baik. Lagi "boom"!! Azalina kata, "I have decided." Jadi tunggu apa lagi. Baik Azalina mahupun Kak Jat, mereka tidak mengenali CTS dan CTS tidak menyebelahi mana-mana pihak, jadi bergasaklah korang.

June 27, 2013

0 Yang DiPertuan Agong Mengiktiraf Kerja Keras Tingkat Mutu Pengangkutan Awam Oleh SPAD

Kesungguhan dan komitmen Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sekali lagi menerima pengiktirafan apabila terkini, suruhanjaya yang dipengerusikan oleh Tan Sri Syed Hamid Albar itu telah menerima pujian daripada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Tuanku Abdul Halim.

Di Dalam titahnya pada mesyuarat pertama Penggal ke-13 Dewan Rakyat, Tuanku Abdul Halim berpendapat bahawa kewujudan pelbagai projek pembangunan dan inisiatif baru berhubung sistem pengangkutan awam darat negara sejak kebelakangan ini adalah manifestasi kepada kesungguhan kerajaan terutamanya SPAD di dalam melaksanakan tanggungjawabnya memberikan keselesaan kepada rakyat Malaysia.

Kerajaan ujar Baginda, sememangnya komited dalam menjadikan sistem pengangkutan awam lebih efisien untuk keselesaan rakyat yang secara tidak langsung dapat memberi sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi negara. Dengan melaksanakan pelbagai pembaharuan dan inisiatif, antaranya seperti pembinaan Aliran Transit Massa (MRT), ekonomi negara ujar Baginda berpotensi untuk menjadi semakin berkembang.

Untuk rekod, MRT yang terdiri daripada dua fasa dijangka siap dibina sekitar penghujung 2016 di mana apabila siap kelak, ia bakal menjadi medium pengangkutan utama sejumlah 1.2 juta pengguna di sekitar Lembah Klang. Tahniah diucapkan kepada seluruh team SPAD!! Diharapkan kecemerlangan ini tidak terhenti setakat di sini sahaja sebaliknya akan terus menuju ke arah kecemerlangan dan pencapaian yang lebih membanggakan di masa hadapan.

June 26, 2013

8 @anwaribrahim Sifatkan Kematian ADUN Kuala Besut Satu Berita Gembira Buat PR?!!!


Bukannya hendak bersedih atau berkabung. Jauh sekali hendak mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham ADUN Kuala Besut, Dr Abdul Rahman Mokhtar, yang meninggal dunia pagi tadi. Sebaliknya Ketua Umum PKR menyifatkan kematian Dr Abdul Rahman sebagai berita gembira buat PR.

Ini berikutan kedudukan 32 kerusi DUN sekarang selepas Dr Abdul Rahman meninggal dunia adalah BN 16, PAS 14 dan PKR 1. Sekiranya PRK diadakan dan ditakdirkan PAS menang, maka kedudukan kerusi DUN adalah BN 16, PAS 15, PKR 1. Dengan kedudukan BN 16 dan PR 16, apakah sidang DUN akan tergantung atau apakah bakal wujudnya Kerajaan Perpaduan buat pertama kalinya di Terangganu?

Berbalik kepada kenyataan Anwar Ibrahim di atas, tiada apa yang perlu kita hairankan. Anwar Ibrahim hanya fikirkan kuasa 24 jam. Jadi tidak hairanlah apa yang diucapkan oleh anak saudara beliau di dalam laman sosial Facebook seperti di bawah:

June 25, 2013

7 Gambar-Gambar ADUN Tanjung Sepat Nyaris Maut Apabila Jeti Nelayan Runtuh Ketika Lawatan

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Sepat, Mohd Haslin Hassan nyaris maut apabila jeti Tanjung Sepat roboh ketika beliau sedang melawat kawasan itu, petang tadi. Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu Mohd Haslin mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Banting untuk mendapat rawatan lanjut. Selain Mohd Haslin, Pengerusi JKKK Tanjong Sepat, Tai Hoo Chong turut mengalami kecederaan tulang belakang dan seorang nelayan patah kaki. Nasib baik tiada apa-apa kan. Kalau tidak sudah pasti PRK paling singkat dalam sejarah selepas PRU.





2 Kenyataan Media Dari Yayasan Pengaman Malaysia Mengutuk Kekerasan Juak-Juak #PdgMerbok622 Di Parlimen

CTS panjangkan Kenyataan Media daripada Yayasan Pengaman Malaysia (YPM) yang mengutuk kekerasan ke atas anggota-anggota Polis yang mengawal keamanan di Parlimen semalam.

7 RM160,000 UMNO Tanah Merah Belanjakan Untuk Tiket Bola? Berbaloikah Atau Rakyat Kelantan Tiada Yang Miskin?


CTS terpanggil untuk memberi komen mengenai kesediaan UMNO Tanah Merah untuk menaja tiket bola percuma ke perlawanan Akhir Piala FA sebanyak 4,000 keping untuk ahli Persatuan Anak-Anak Tanah Merah Di Perantauan (PERTAMA) dan Persatuan Mahasiswa Tanah Merah (PERMATA). Harga tiket bola untuk Final Piala FA adalah RM40. Jadi UMNO Tanah Merah telah membelanjakan RM160,000 untuk satu perlawanan. Kita faham betapa emosinya dan berharganya Kelantan melangkah ke perlawanan akhir. Err ... bukankah mereka pernah ke perlawanan akhir Piala FA sebelum ini?

Dengan 4,000 tiket ini kita boleh mengembirakan 4,000 penonton Kelantan. Kalau sayalah, saya lebih suka wang sebanyak RM160,000 ini digunakan untuk kegiatan atau peruntukan yang lebih berfaedah. Contohnya, saya boleh membina rumah kos murah yang berharga RM40,000 setiap satu. Dengan peruntukan berkenaan, saya boleh mengembirakan 4 keluarga yang miskin untuk memiliki rumah sendiri. Rumah yang dimiliki oleh keluarga ini akan berkekalan hingga ke anak cucu dan tidak untuk kegembiraan hanya satu malam. Atau mungkinkah Rakyat di Tanah Merah semuanya sudah kaya raya dan tiada keluarga miskin yang perlu dibantu? Itu tak pastilah saya.

June 24, 2013

10 Inilah Realiti Ahli Politik Yang Sebenar - Orang Bawahan Janganlah Lebih Sudu Dari Kuah @NajibRazak @anwaribrahim






Kadang-kadang CTS rasa nak maki sahaja ahli-ahli politik baik dari pihak Kerajaan mahupun pihak Pembangkang. Penyokong-penyokong di luar Parlimen bermatian tidur di Padang Merbok dalam keadaan jerebu, baring di tengah jalan dan bertempur dengan pihak Polis, ahli-ahli Politik boleh duduk semeja minum dan bergelak ketawa. Lihat bukti gambar di bawah yang diambil di Parlimen pagi tadi. 

Oleh itu ahli-ahli parti peringkat bawahan janganlah berlebih-lebih pula. Jangan seperti kata orang-orang tua, lebih sudu dari kuah. Kalau dengar Najib Razak dan Anwar Ibrahim berucap, macam akan bertumbuk apabila berjumpa. Tengok mereka apabila bersama. Di saat orang-orang di bawah bergaduh tak bertegur siapa, boikot kenduri kendara, maki hamun sesama sendiri, pemimpin-pemimpin di atas bertepuk tampar dan makan minum sekali. Padan muka hangpa!!!

1 Aksi Ganas Geng Demo #PdgMerbok622 Menyebabkan Anggota Polis Cedera Di Muka



Inilah hasil didikan Anwar Ibrahim & Co. Membelasah anggota Polis yang bertugas menjaga keamanan dan keselamatan Ahli-Ahli Parlimen yang mengangkat sumpah pagi ini termasuk 89 orang daripadanya adalah dari Pakatan Pembangkang. Jangan haraplah gambar sebegini akan mendapat tempat di Malaysiakini, Harakahdaily, Suara Keadilan, Roket dan portal-portal yang sewaktu dengannya. 

Kalau ini berlaku kepada monyet-monyet yang berkumpul dan merempuh benteng yang dibuat oleh pihak Polis di kawasan Parlimen, pasti gegak gempita juak-juak pembangkang akan bising. Monyet-monyet ini tidak ada hati perutkah? CTS merakan takziah dan berdukacita di atas kemalangan yang melanda Tuan Aswad. Terima kasih kerana menjaga keamanan melindungi kami, majoriti Rakyat Malaysia. Terima kasih rakan Zul Rawi dari MyKMU di atas gambar-gambar ini.

7 Tragis!!! YB Zuraida Kamaruddin Tidur Dalam Dewan Pada Hari Pertama Parlimen Bersidang @ybz99


Tahniahlah pengundi-pengundi Ampang yang telah melaksanakan kewajipan mengundi Ahli Parlimen mereka, YB Zuraida Kamaruddin yang tidur pada hari pertama Parlimen bersidang!!! Ini siaran langsung YB! "Live" ditayangkan di TV1. Kebanyakan Rakyat Malaysia sedang menonton hari bersejarah ini. Dia pula boleh sedap-sedap tidur!

Amat memalukan Rakyat Selangor kerana baru selang beberapa hari Menteri Besar Selangor tidur sewaktu Sidang Media selepas Sidang DUN Selangor, YB PR kedua dari Ampang ini pula mengikut jejak langkahnya. Kalau Menteri Besar Selangor memberi alasan mengantuk akibat makan ubat darah tinggi, apa pula alasan YB Ampang. Terlebih makan jamu Mak Dara?

1 Live!!! Gambar-Gambar Terkini Sekitar Parlimen - Juak-Juak #PdgMerbok622 Akan Buat Kacau Di Majlis Angkat Sumpah MP

11.30 a.m. - Sebahagian 200 peserta Black 505 ditahan apabila cuba rempuh kawalan polis dihadapan bangunan Parlimen pagi ini. Diberitakan 13 ditahan pihak Polis termasuk Chegubard, Safwan Anang dan Adam Adli.






7.15 a.m. Keadaan berhampiran jalan menuju ke Parlimen masih lagi dalam keadaan terkawal. Hanya kelihatan pegawai-pegawai Polis yang bertugas. Dijangkakan juak-juak Demo Haram di Padang Merbok akan tiba bila-bila masa untuk membuat kacau serta menganggu sidang Dewan serta majlis angkat sumpah Ahi-Ahli Parlimen.


Terdahulu dalam pukul 4.40 pagi tadi, sekumpulan pegawai-pegawai DBKL telah datang untuk merampas khemah-khemah peserta Demo Haram di Padang Merbok yang berada di situ sejak hari Sabtu lepas. Di dalam kejadian tersebut, Ahli Parlimen Batu turut kelihatan bermalam sehingga ke pagi tadi. Kumpulan ini dijangka akan bergerak ke Parlimen pagi ini.





June 23, 2013

8 Gambar-Gambar Menarik Corat-Coret Kehidupan Di #PdgMerbok622

1. Uncle India Tengah "High"



2. Auntie Rasis DAP


3. Pasangan Mencari Syahid Husam Musa Di Padang Merbok


4. Ibu Mithali 2013


5. Antara Peserta Jihad Paling Menonjol


6. Tolonglah Aku, Aku Mahu Jadi Perdana Menteri!

4 Pemimpin PR Bersenang Lenang Di Hotel De Palma, Macai-Macai Bersusah Payah Di Padang Merbok #PdgMerbok622





Inilah konsep antara dua darjat yang diamalkan PR. Sedang pemimpin-pemimpin PR bersenang lenang dalam keadaan selesa berkonvensyen di Hotel De Palma, Ampang, segerombolan macai dikerahkan untuk tinggal di dalam jerebu di Padang Merbok. Konvensyen Kepimpinan PR yang diadakan sehari di De Palma Ampang, Selangor melibatkan kesemua kehadiran ahli Dewan Negara, Dewan Rakyat, Dewan Undangan Negeri.

7 Mari Kita Tinjau Keadaan "Peserta-Peserta Perkhemahan" #PdgMerbok622 Pagi Ini

Terkini 11.00 a.m. - Pegawai-pegawai Penguatkuasa DBKL telah memberi notis kepada pemilik-pemilik khemah di Padang Merbok untuk mengosongkan Padang Merbok dalam masa 2 jam. Tindakan akan diambil selepas itu.




Posting Asal:



Tertera gambar di atas, khemah-khemah yang didirikan selepas demo haram yang dilakukan semalam. Berdasarkan kenyataan pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), terdapat 8 khemah / kiost dan 80 khemah "peserta-peserta perkhemahan" yang didirikan. Kelihatan seorang perserta sedang mengangkut makanan pagi untuk peserta-peserta yang lain. Tidak kelihatan pemimpin-pemimpin pembangkang yang turut tidur di sini. Mereka nyenyak di bawah penghawa dingin serta tilam yang tebal, meninggalkan juak-juak ini tidak terurus di padang. Tak apalah, janji mereka sponsor makanan dan elaun kan?
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates