June 22, 2013

9 4.00 p.m. Gambar-Gambar Terkini Demo Haram Di Padang Merbok #PdgMerbok622

Bagaimana pendapat tuan-tuan dengan gambar di bawah. Ada sampai kehadiran 40 juta? Esok Harakahdaily, Keadilandaily, Malaysiakini dan portal yang sewaktu dengannya mesti akan tulis berjuta-juta. Anda bilang sendirilah lebih kurang kehadiran pada pukul 4.00 petang. Dikhabarkan peserta-peserta ini akan tinggal di sini sehingga hari Isnan. 

Tujuan mereka adalah untuk menganggu sidang Parlimen pada Hari Isnin ini. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sudahpun menutup tandas-tandas awam disekitar. Agaknya-agaknya di mana juak-juak PR ini hendak mandi, beristinjak dan mengambil wuduk?







2 Terkini #PdgMerbok622 - Orang-Orang Asal Digunakan Untuk Berdemo






Siapa yang membawa Orang-Orang Asal ini ke KL? Berapa bayaran yang dibayar kepada mereka? Terdesak sangat mereka?
Published with Blogger-droid v2.0.10

9 2.00 p.m. Gambar-Gambar Terkini Demo Haram #PdgMerbok622












Sekiranya kumpulan pendemo tidak bertambah, ini adalah himpunan jalanan paling gagal di Malaysia.
Published with Blogger-droid v2.0.10

13 Gambar-Gambar Terkini Sekitar KL Demo Haram #Black505 #PdgMerbok622







Masa: 12.00 PM
Suasana: Masih dingin.

Published with Blogger-droid v2.0.10

June 21, 2013

17 @buletintv3 Tidak Wajar Menuduh MB Selangor @Khalid_Ibrahim Tidur!!! Beliau Hanya Bermeditasi




Siapa kata Menteri Besar Selangor tidur ketika sidang media seperti yang disiarkan oleh Buletin TV3. Ini semua fitnah UMNO dan TV3. Tan Sr Khalid hanya kepenatan dan bermeditasi selepas makan ubat darah tingginya. Jangan disabotaj Menteri Besar Selangor yang disayangi Rakyat ini. Anda peduli apa, dia tidurpun Rakyat Selangor suka apa. Tidak percaya beliau bermeditasi, lihat video di bawah. Siap mengigau lagi!!!

June 20, 2013

6 Lihat Video Ketua Menteri Penang @cmlimguang Salahkan UMNO Sebab Gagal Buka Jalan Macalister - Bodoh Punya KM!!!


Ini kenyataan paling baghal dari Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng. Ketua Menteri Pulau Pinang, dalam video di atas, kononnya berasa kesal kerana tidak dapat buka semula Jalan Macalister yang telah disiapkan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) kerana kerja-kerja dijalankan di Menara UMNO yang mungkin membahayakan orang ramai. Dari awal sehingga akhir video berkenaan, beliau asyik menyalahkan UMNO. UMNO buat kacau. UMNO susahkan Rakyat. UMNO tidak bertanggungjawab. UMNO tak siap.

Buat pengetahuan Ketua Menteri yang baghal ini, Bangunan Menara UMNO di Jalan Macalister adalah bangunan milik JKP Sdn Bhd. Manakala UMNO Pulau Pinang hanyalah penyewa di bangunan berkenaan. Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang juga penyewa di bangunan tersebut. Bagaimana pula penyewa boleh disalahkan sekiranya kerja-kerja pembaikan masih belum dilaksanakan? Apakah penyewa iaitu UMNO bertanggungjawab untuk membetulkan sebarang kerosakan yang berlaku di bangunan yang bukan miliknya? Kenapa UMNO pula yang disalahkan?

Siapa Pengerusi UMNO Pulau Pinang? Takkan tak mau saman ini Ketua Menteri kot?

June 19, 2013

7 Himpunan #BlackOut505 Di Padang Merbok, Kenapa Perlukan 7 Tempat Berkumpul Untuk Berarak? Nak Huru-Harakan KL?


Malaysiakini, di sini, sudahpun mengeluarkan 7 tempat untuk juak-juak berbaju Hitam untuk berarak ke tempat Himpunan #BlackOut505. Tempat-tempat berkenaan adalah di Brickfields, Masjid Negara, Jalan Pudu, Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, Sogo, Universiti Malaya dan Pekeliling. Soalnya, kalau sudah niat untuk "berhimpun secara aman" di Padang Merbok, kenapa perlu PR dan pemimpin NGO perlu berkumpul di 7 tempat di Kuala Lumpur pada Sabtu sebelum bergerak ke Padang Merbok untuk acara perhimpunan "#Blackout505"?

Kenapa perlu berkumpul sejauh Universiti Malaya dan Brickfields kalau setakat hendak berkumpul di Padang Merbok? Terus pergi dan berkumpul di sana sahaja tidak bolehkah? Orang bodoh pun tahu niat juak-juak PR dan baju Hitam ini untuk mencetuskan perarakan haram di jalanan, menghuru-harakan bandar Kuala Lumpur, bagi jalan Bandaraya semua "jam", menyusahkan orang ramai dan paling penting mewujudkan pertelingkahan dengan Pihak Polis dan pihak berkuasa. 

Lebih penting bagi mereka adalah supaya berita pada hari itu akan keluar seperti berikut, "Polis Zalim!", "Himpunan Rakyat Di Halang!", "10 juta Baju Hitam Membanjiri Kuala Lumpur" dan sebagainya. Nampak tak betapa bangsatnya perancangan mereka?

June 18, 2013

8 EXCO Penang Akan Dapat Mercedes E Baru Ganti Proton Perdana!!! Tahniah @cmlimguaneng


Baru tidak sampai sebulan memerintah Pulau Pinang buat penggal kedua, DAP Pulau Pinang sudah mula mengadaptasi slogan kebanggaan mereka, "Competency, Accountability, Transparency (CAT)" atau Cekap, Akauntabiliti dan Telus. Terbaru, semua EXCO Kerajaan Pulau Pinang akan mendapat kenderaan baru Mercedes E Series mengantikan Proton Perdana. Tahniah CTS ucapkan kepada Joseph Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang kerana berjaya meng"CAT"kan EXCO-EXCOnya.

1 Tiada Kenaikan Tambang Bas Raya Nanti, Hanya Surcaj Dikenakan @SPADchannel

Tiada kenaikan tambang seperti yang dimomokkaan di media-media sosial dan blog. SPAD hanya bersetuju supaya pengendali / operator mengenakan caj tambahan (surcaj) 10% bagi musim perayaan yang bakal menjelang nanti. Kelulusan mengenakan caj tambahan (surcaj) ini berkuatkuasa  bagi semua perjalanan  mulai 8 Julai sehingga 8 September 2013 untuk semua bas ekspres dan bas tambahan. 

Mengenai desakan PMBOA untuk menaikkan harga sehingga 30%, SPAD hanya akan membuat keputusan setelah mengambil kira kepentingan rakyat dan reaksi persatuan-persatuan pengguna serta kos operasi yang terpaksa ditanggung oleh pengendali / operator bas ekspres. Keputusan mengenai kenaikan harga tiket ini akan diumumkan sebelum hujung tahun ini. Baca kenyataan akhbar SPAD seperti di bawah:


7 Kalau Terkorban Semasa Himpunan #BlackOut505, Syahid Fi Sabilillah Fatwa @hajihusammusa - Apa Kata @nikabdulaziz?

Mungkin kerana terlalu terdesak untuk mengumpulkan orang Sabtu ini atau sememangnya mulut agak ringan mengeluarkan fatwa songsang, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa semalam telah mengeluarkan fatwa baru untuk fanatik-fanatik Agama PAS. Dipetik dari lidah rasmi parti PAS,  Harakahdaily di sini, Husam Musa diberitakan berkata,
"Keputusan untuk menyertai himpunan ini bukan keputusan Husam Musa, bukan keputusan Haji Mohamad Sabu tetapi keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat untuk menyokong Blackout505. Andaikata kita terkorban, atau satu daripada kita terkorban, insya Allah ia adalah syahid fi sabillah. Niat kita adalah penipuan pilihan raya mesti dihentikan dan sesiapa terlibat dengan penipuan ini mesti menerima tanggungjawabnya sekarang dalam sistem politik negara ini. Kita boleh redha dengan kekalahan kita tetapi kita tidak diizinkan untuk redha dengan penipuan dan maksiat. Ini dua perkara yang berbeza. Kita boleh terima hakikat takdir yang telah ditentukan tetapi kalau penipuan demi penipuan, tiap-tiap kali pilihan raya Umno menang hanya dengan penipuan, wajib kita orang Islam tegak berdiri menentangnya.  Kalau kita berdiam diri kerana telah menang menguasai kerajaan (negeri), kita pengkhianat kepada perjuangan."
Katanya Himpunan Sabtu ini adalah Perhimpunan Aman? Perhimpunan Aman sehingga ada yang terkorban? Sudah ada niatkah pemimpin-pemimpin PR untuk menetang secara kekerasan dengan pihak berkuasa? Soalan kedua yang kita patut tanya kepada Husam Musa, sudah terbuktikah penipuan-penipuan UMNO sehinggakan BN menang PRU13 yang lepas? Sudahkah PAS atau PR menang mana-mana petisyen-petisyen PRU13? Dan soalan bonus, apa sangat petisyen yang dikemukakan? Dakwat kekal? Mana perginya dakwaan 40,000 warga Bangla keluar mengundi? Mana kawasan yang "blackout" Husam Musa?

Sekarang sudah ada kunci syurga terbaru, ehsan dari Husam Musa. Datang ke himpunan yang menyusahkan orang ramai, kalau sakit jantung atau dilanggar lori balak, difatwakan Syahid Fi Sabilillah. Semua orang tahu, ganjaran bagi orang yang Syahid Fi Sabilillah adalah syurga. Hebat betul juak-juak PAS ni senang sangat masuk syurga kan? Bela kambing jamnapari boleh masuk syurga tak Husam Musa? Akhir kata, kalau terkorban Sabtu ini, jangan bimbang kenderaan ke syurga ada disediakan seperti di bawah:

June 17, 2013

15 Betul Ke Menteri KBS YB @khairykj Ambil Wartawan Malaysiakini Jadi Setiausaha Akhbar Beliau?

Kalau tidak ada angin, masakan pokok bergoyang. Lainlah kalau ada beruk dan kera di atas pokok berkenaan. Terkejut jugalah mendengar khabar-khabar angin yang mengatakan bahawa Menteri Kementerian Belia Dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin akan mengambil seorang wartawan berbangsa Cina dari Malaysiakini sebagai Setiausaha Akhbar beliau. 

Kita tahulah bloggers dan wartawan UMNO tidak ada yang pandai-pandai. Tidak ada yang bersekolah tinggi sehingga ke Oxford atau Havard University. Namun tidak ada lagikah calon wartawan daripada portal atau media pro Kerajaan yang boleh diangkat untuk menjadi Setiausaha Akhbar seorang Menteri?

Bukankah mereka inilah yang berjuang tidak tidur malam bagi memastikan perang saraf di media sosial dimenangi oleh Kerajaan? Jangan kata kami kalah dalam peperangan siber. Kalau tidak masakan UMNO boleh menambah kerusi Parlimen sehingga 88 kerusi di dalam PRU-13. Bukankah ini hasil sumber maklumat wartawan, bloggers dan tentera maya barisan pro Kerajaan? Kenapakah apabila tiba waktu untuk mengenang jasa, seorang wartawan Cina dari Malaysiakini diangkat dengan satu jawatan yang tinggi di dalam Kementerian?

Apa jasa dan "credential" wartawan berkenaan sedangkan umum mengetahui Malaysiakini telah banyak memberi imej yang buruk kepada Kerajaan dan sentiasa menyokong pembangkang. CTS berharap YB Khairy akan tampil dengan penafian. Pertanyaan CTS di laman sosial Twitter masih belum dijawab oleh beliau seperti mengesahkan khabar angin berkenaan. Sekiranya benar, CTS adalah orang yang paling hampa kerana fikirkan bahawa beliau sudah berubah.


June 16, 2013

8 Bila Cina Penang Meninggal, Banyak Bantuan DAP Berikan, Bila Melayu Meninggal Di Penang, Ada Beri Bantuan @cmlimguaneng?


CTS baru sempat membaca suratkhabar hari ini. Antara yang menarik di dalam akhbar The Star hari ini adalah isu di atas. Ianya berkisar kepada kematian seorang pekerja Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Wong Tze Chow yang terbunuh dihempap pokok ketika kejadian ribut taufan, Khamis lepas. Pelbagai bantuan diberikan. ADUN DAP berikanlah, syarikat Bekalan Air berikanlah dan pelbagai lagi. Bukan niat CTS untuk mempolitikkan kematian seseorang. Namun agak terkilan apabila bencana berlaku ke atas puak-puak mereka, begitu cepat bantuan disalurkan. Apabila bencana berlaku kepada kaum lain, apakah layanan yang sama diberikan? 

Apa yang kerajaan Lim Guan Eng buat apabila mangsa yang maut dalam kejadian runtuhan  penyambungan tanjakan susur keluar ke Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan? Apakah sebarang bantuan diberikan oleh mana-mana ADUN DAP Pulau Pinang ke atas keluarga Allahyaryam Tajuddin Zainal Abidin yang terkorban di dalam kejadian yang berlaku di negeri yang diperintah DAP? Apakah Lim Guan Eng ada melawat mangsa dan keluarga mereka di Rumah Mayat, Hospital Pulau Pinang pada hari kejadian? Anda nilaikan sendiri.

7 Bangunan Baru CIMB DI KL Sentral Ada Gambar Salib? Apa Sudah Jadi?


Mungkin ramai yang tidak perasan bahawa Bangunan CIMB yang baru di KL Sentral mempunyai lambang salib yang jelas. Sebelum ada pihak yang mengatakan bahawa gambar ini telah dieedit, lihatlah gambar asli di Flickr, di sini. Baiklah, CTS tidak mahu berprasangka buruk. Ada sesiapa yang belajar kejuruteraan di sini yang beloh menerangkan kenapa bangunan tersebut perlu direkacita sebegitu rupa? Masalah struktur bangunankah?

Kalau disebabkan struktur bangunan, kenapa mesti bangunan ini sahaja? Sepatutnya sebagai sebuah Negara Islam dan CIMB jga bukan Bank Kristian perbanyakkan senibina Islam. Segala projek pembangunan mesti berteraskan senibin Islam. Tiada senibina tersembunyi dan juga erti yang bercanggah dengan aspirasi sebuah negara. Itu sekadar cadagan.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates