June 15, 2013

7 Gambar-Gambar #FlashmobSogo505 Berjaya Menarik 50,000 Orang Pendemo

Kehadiran pengunjung asing dan tempatan untuk bersiar-siar di Jalan Tuanku Abdul Rahman diambil kesempatan oleh kumpulan "Flash Mob 505" untuk memberitahu atau mewar-warkan perhimpunan yang bakal mereka adakan minggu depan di padang Merbok, Kuala Lumpur. Sambutan tidak seperti yang diharapkan. Tolak campur adalah seramai 50 orang.

Yang lain merupakan pengunjung-pengunjung Pasaraya Sogo dan pelancong-pelancong yang mahu tahu apakah yang sedang berlaku. Tidak ramai nama-nama besar pemimpin PR yang datang. Hanya kelihatan Nora Reformis dan Safwan Anang di situ. Dalam kejadian berkenaan 15 orang (14 lelaki dan seorang wanita) ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi, termesuk seorang budak berumur 10 tahun yang ditahan bersama ibunya.













Sila rujuk blog rakan blogger, Aku Peduli Apa, untuk gambar-gambar yang lain.


11 Takziah Kepada Dato @nikabdulaziz Kerana Menantu Kemalangan Terlanggar Lembu, CTS Ulang ... Lembu!!!


Takziah CTS ucapkan buat keluarga Mursyidul Am PAS, Dato Nik Aziz Nik Mat di atas kemalangan yang menimpa menantunya yang dalam perjalanan ke Krabi, Thailand dengan motorsikal berkuasa tinggi kerana berlanggar atau terlanggar lembu!!! Lembu juga makhluk Allah. Jadi, tidak perlulah kita mengaibkan seseorang kononnya lembu tinggal dalam kondo lah, Menteri lembulah dan sebagainya. 

Bukan apa, kalau tidak kena musibah kepada kita, suatu hari pasti kena kepada ahli keluarga kita seperti anak atau menantu. Tak gitu? Lagi satu CTS ingat ahli keluarga pemimpin PAS zuhud-zuhud belaka. Ada juga ye yang memiliki dan mempunyai hobi mengembara dengan motor besar? Jangan pula juak PAS spin di sini kata itu sunnah Rasulullah SAW. Sunnah Baginda adalah menunggang kuda seperti yang dilakukan oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed.

0 Kenaikan Harga Tambang Bas - PMBOA Yang Tamak, SPAD Dan Kerajaan Yang Jadi Mangsa @SPADchannel

Isu kenaikan harga tambang bas-bas di musim perayaan bukan perkara baru. Malah isu ini telah diutarakan oleh Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) sejak 2012 lagi. Lihat laporan The Edge Malaysia di sini.  Di katakan kerajaan melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebuah agensi di bawahnya sedang mempertimbangkan kenaikan tambang bas sempena musim perayaan ini seperti diminta syarikat pengusaha bas ekspres di negara ini.

Kenaikkan tambang ini bukanlah kehendak dan polisi kerajaan tetapi ianya adalah permohonan yang di utarakan oleh PMBOA yang membuat permohonan terhadap kerajaan agar membenarkan kenaikan tambang sebanyak 30% menjelang Aidil Fitri bagi mengelakkan mereka kerugian. Ini berikutan dakwaan bahawa kebanyakan pengusaha perkhidmatan bas menghadapi masalah aliran tunai dengan kenaikkan harga diesel, alat ganti, service dan bateri, begitu juga dengan bayaran bagi pemeriksaan Puspakom. Selain itu pengusaha perkhidmatan bas juga dikatakan menghadapi saingan sengit daripada “kereta sapu” dan bas persiaran yang menjalankan perkhidmatan bas ekspres.

Kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar pada 13 Jun yang lalu, tidak sepatutnya menjadi isu. Kenyataannya bertepatan dengan matlamat penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, diantaranya ialah, untuk memastikan bahawa sistem pengangkutan awam darat adalah selamat, boleh diharap, responsif, mudah diakses, terancang, bersepadu, mampu dibayar and lestari bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan kualiti hidup.

Disamping menjaga kepentingan perniagaan syarikat pengendali pengangkutan awam, SPAD juga perlu menjaga dan melihat kepentingan orang awam agar setiap keputusan yang dibuat lebih seimbang dan memenangkan kedua pihak ia ini penguna dan pengendali. Pengguna juga Rakyat, pengusaha dan pemandu serta pekerja bas juga adalah Rakyat. Oleh itu, tidak wajar mereka yang sering mengunakan perkhidmatan bas, mula menyalahkan kerajaan terutamanya SPAD kerana membenarkan kenaikkan harga tersebut. Lagipun kenyataan Pengerusi SPAD adalah untuk mengkaji cadangan kenaikan itu dan bukannya sudah ada satu keputusan yang konkrit.

Persoalannya Pengguna harus bangun menyatakan bantahan mereka. Kemarahan ini perlu ditujukan kepada Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia sendiri kerana mereka yang memohon. Pengguna  boleh membantah dengan mengahntar surat bantahan, berhimpun di hadapan pejabat persatuan tersebut dan sebagainya. Pihak pembangkang kita sedia maklum apa sahaja ruang untuk menjahanamkan Kerajaan atau pun agensi dibawahnya, adalah menjadi kegemaran mereka tetapi yang hairan ada penyokong kerajaan pun tidak dapat melihat isu ini secara jelas, ternyata mereka ini juga terikut ikut dengan mainan pihak pembangkang.

June 14, 2013

10 Mari Belajar Bahasa Malaysia Dengan Ketua Menteri Pulau Pinang @cmlimguaneng - Buat Pembetulan Pun Salah Lagi!!!

Ini posting yang dilakukan di dalam laman sosial Twitter Ketua Menteri Pulau Pinang semalam.


Berlaku penyalahgunaan perkataan dalam bahasa apabila Ketua Menteri berkenaan mengunakan ayat berikut, "Menara Ibupejabat UMNO Penang yang "luntur" sekarang akibat ribut kencang". Baiklah, kita berbaik sangka. Mungkin ini terjadi berkemungkinan beliau telah tersalah taip. Ini pembetulan yang beliau lakukan hari ini di dalam akaun Twitternya yang sama.


Buat salah sekali boleh diterima lagi. Ini buat pembetulan pun salah. Apa kejadah perkataan "luntur" di dalam ayat berkenaan ditukar atau dibuat pembetulan kepada "lentur"? Dia tahukah apa maksud perkataan "lentur"? Mari kita semak Kamus Dewan Bahasa Pustaka, di sini.

Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, "lentur" bermaksud - 1. tidak mudah patah 2. bengkok atau kelok 3. bengkok pada benda yang melengkung. Jadi maksud yang manakan Joseph Lim Guan Eng gunakan apabila beliau menulis Menara Ibupejabat UMNO yang "lentur"?

Bangunan boleh "lentur" ka Apek? Lain kali kalau bengap Bahasa, bertanya. Jangan tunjuk pandai. Apek oh Apek! Sehinggakan DS Shabery Cheek pun membuat sindiran yang tajam kepada Joseph Lim di dalam laman sosial Facebook beliau:

6 Apa Hala Tuju @KhalidSamad Selepas PRU13? "Jelas, Jatuhkan BN!" Katanya - Ish! Iskh! Iskh!


Menarik untuk CTS kongsi posting Ahli Parlimen Shah Alam dalam laman sosial Twitter malam tadi. Pertama, PRU13 sudah lebih sebulan lebih berlalu. Rakyat Selangor masih dihidangkan dengan sessi ceramah politik yang tidak sudah-sudah. Ramai juga yang datang. Nampak banyak Pakcik-Pakcik dan Makcik-Makcik. Adakah Rakyat Selangor ketagihan candu ceramah politik? Cukup-cukuplah Pakcik-Pakcik dan Makcik-Makcik. Orang putih kata, "Get a life, will you".

Kedua cuba perhati tengok apa yang YB Khalid Samad tulis. Hala tuju selepas PRU13? Apa jawapannya? "Jelas, Jatuhkan BN!" Meroyan apakah si YB Khalid Samad ini? CTS ingatkan hala tuju selepas PRU13 adalah hendak memberikan perkhidmatan terbaik kepada Rakyat ka ... Nak tunaikan semua manifesto yang dijanjikan ka ... Hendak membawa masuk pelabur asing ka ... Rupanya masih meroyan untuk menjatuhkan BN? Khalid Oh Khalid.

June 13, 2013

11 Video Kesan Ribut Taufan Di Jalan Macalister, Penang Petang Tadi

video

Video kejadian ribut taufan yang dikongsi oleh rakan-rakan Facebook yang memaparkan kesan ribut taufan yang agak jarang berlaku. Video ini diambil di Jalan Macalister berdekatan dengan Bangunan UMNO Pulau Pinang. Kejadian ribut taufan yang kuat berlaku pada jam 6.00 hingga 7.00 petang tadi. Macam-macam kejadian terjadi di Penang kebelakangan ni. Dengan jambatan runtuh la, bencana alam seperti ombak besar la dan petang ini pula ribut taufan. Hanya Allah S.W.T sahaja yang mengetahuinya. Sesungguhnya Allah Maha Besar. Diberitakan seorang pemandu lori pikap cedera parah manakala tujuh kenderaan yang lainnya rosak teruk apabila sebuah antena komunikasi yang terletak diatas bangunan UMNO tumbang dalam kejadian itu.

Walaubagaimanapun, agak terkilan kerana sebahagian "Red Bean Army" DAP memainkan sentimen politik murahan dengan komen-komen di Facebook masih menyalahkan UMNO. Kononnya bala disebabkan oleh Bangunan UMNO. Dengar sahaja video di atas. Cina Bukit mana asyik menjerit UMNO ... UMNO ... Sakit betul jiwa Cina-Cina DAP ini. Apa-apapun kita tunggu kenyataan daripada Ketua Menteri Pulau Pinang sama ada beliau juga akan menyalahkan UMNO. Apapun Ketua Menteri Pulau Pinang itu bengap dalam perkataan Bahasa Malaysia ketika mengulas kejadian berkenaan. Bukan "luntur" lah apek, "runtuh"!!!





142 Perbezaan Di Antara Ustaz Azhar Idrus Dan Ustaz Mohd Kazim Elias




Tidak susah untuk menilai perilaku dan hati budi seorang Ustaz. Yang mana satu yang boleh jadi ikutan, idola dan contoh tauladan. Tak tahulah CTS mungkin juga Ustaz Azhar Idrus turut memiliki atau membuka Sekolah Pondok atau Sekolah Tahfiz miliknya. Bukan apa, selalu kita melihat Ustaz Kazim Elias amat rajin untuk mencari dana untuk membangunkan Sekolah Tahfiz miliknya, yang beliau bina dan beliau uruskan iaitu Pusat Pendidikan Al-Barakah. 

Tidak sempat Ustaz Kazim Elias untuk bermewah-mewah dengan harta dunia yang sementara. Baru-baru ini, Ustaz Kazim Elias telah menambah aset sekolah Al-Barakah dengan pembelian sebuah bas baru untuk kegunaan pelajar-pelajar sekolah berkenaan. Tak mengapalah Ustaz Kazim, pengorbanan anda ini akan mendapat rahmat dari Allah SWT. Biarlah tiada motor dan kereta mewah serta isteri muda jelita.


June 12, 2013

14 Apabila Lim Guan Eng Puji Nazir Razak Anti Melayu, Apa Maknanya?

Siapakah orang pertama yang muncul membuat kenyataan akhbar memberi sokongan moral apabila CEO Kumpulan CIMB yang juga adik kepada Perdana Menteri Malaysia, DS Nazir Razak, dikritik hebat kerana mempertahankan CEO Air Asia X yang anti Melayu, Azran Osman-Rani. Tidak lain dan tidak bukan adalah Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng. Memetik kata-katanya di dalam Malaysiakini,
"Kami tidak menyebelahi sesiapa. Kami hanya mahu beritahu apa yang benar. Kami ingin memuji Nazir kerana bercakap benar. Kami harap abangnya boleh seberani Nazir. Kami harap lebih ramai rakyat Malaysia seperti Nazir. Tetapi malangnya, jumlahnya tidak banyak."
Teringat kata-kata seorang blogger pembangkang di dalam blog beliau baru-baru ini,
apabila musuh menyerang kamu
itu petanda yang baik
ertinya ada perbezaan hakiki
antara kamu dengan musuh
apabila musuh tidak menyerang kamu
itu pentanda tidak sihat
ertinya sama ada kamu tidak relevan
atau kamu telah bersama musuh
CTS setuju 100% dengan kenyataan beliau. Tidak susah untuk membaca agenda Lim Guan Eng apabila beliau mempertahankan Nazir Razak. Kalau boleh Lim Guan Eng mahukan lebih ramai orang-orang Melayu seperti Nazir Razak dan Azran Osman-Rani. Melayu yang lupa asal usul keturunan, Melayu yang layu, Melayu yang lupa jati diri dan Melayu yang anti bangsanya sendiri.

Namun Lim Guan Eng terkhilaf apabila beliau mengatakan Abang Nazir tidak seberani adiknya itu. Dalam sejarah keenam-enam Perdana Menteri, belum pernah kaum Lim Guan Eng diangkat tarafnya seperti sekarang. Apa yang kaum Lim Guan Eng tidak perolehi. Berdengus sahaja pasti mereka akan dapat. Apa lagi Lim Guan Eng mahu?

June 11, 2013

9 Satu Garapan Menarik Dari Tuan Ibrahim Tuan Man - Anwar Ibrahim Dan Sekutunya Mesti Baca


CTS tak pasti apa yang cuba disampaikan oleh Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang ini. Mungkin juga satu sindiran secara halus kepada rakan-rakan sekutunya di dalam PR yang sehingga hari ini masih enggan mahu menerima kekalahan mereka di dalam PRU13 yang lepas. Apapun seperti orang putih kata, kenyataan beliau ini lebih kepada "something for us to ponder" atau sesuatu yang kita boleh fikirkan bersama. CTS pulak kata, "enough said!!!"

0 SPAD Akan Saman Bloggers Dan Portal Yang Menyebarkan Fitnah @SPADchannel @aduanSPAD

Lanjutan daripada pendedahan berita fitnah yang dilakukan oleh Harakahdaily dan Pahangdaily Online yang disiarkan di dalam posting pagi tadi (lihat di sini), pihak kami telah mendapatkan temubual eksklusif dengan Pengurus Besar Penguatkuasaan dan Latihan SPAD, Mejar Jen (B) Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad. Menurut beliau, laporan yang disiarkan oleh kedua-dua portal pembangkang dan turut disiarkan oleh beberapa blog Mesra Kerajaan adalah fitnah dan berniat jahat ke atas SPAD. 

Satu laporan polis akan dibuat ke atas bloggers dan portal berkenaan dan SPAD sedang menimbang untuk menyaman pihak-pihak yang berkenaan. Berikut adalah transkrip perbualan di antara pihak kami dan Mejar Jen (B) Dato Che Hasni:
"Firstly it is not true. I dah selidik dan tidak ada kejadian pegawai SPAD kena tampar. Kalau ada pegawai kita kena tampar ketika menjalankan tugas, pertama sekali kita akan melaporkannya kepada Polis. Sudah tentu orang yang menampar itu dah kena tangkap dengan Polis. 
Yang kedua, apabila kita buat pemeriksaan atau operasi, semua pegawai kena pakai uniform atau vest kuning bersinar yang ada tulis perkataan SPAD. Kita tak pernah pakai macam orang awam untuk buat operasi (kecuali operasi undercover).
Ketiga, SPAD tak pernah buat operasi secara solo. Kita mesti ada polis dan agensi-agensi lain seperti AADK, JPJ, DBKL dan pihak berkuasa tempatan yang lain. Dua fitnah – tajuk (hari-hari makan rasuah) dan cerita pasal kena penampar tu, kita akan buat laporan polis esok. 
Kita dah confirm dengan Head of Zone (di Kuantan) bahawa tidak ada kejadian seumpama itu berlaku. Masa operasi di Pahang hari itu, I was there. Kalau berlaku, mesti pegawai-pegawai sudah lapor kepada saya. Sebab kalau mereka tak lapor, saya akan kenakan hukuman pada mereka. 
Benda ini memang fitnah. Sebab apa? Sebab kita buat operasi dengan tegas, dia orang tak sukalah. Tak mahu saman malu ke sebab dituduh rasuah? Saya akan bincang dulu apa action lain kita nak ambil. Yang itu saya kena discuss dengan officers and management dulu."

32 Apabila Nazir Razak Memuji Kepetahan Azran CEO Air Asia X Mengutuk Melayu, Apa Lagi Melayu Mahu? @NajibRazak


Sedikitpun CTS tidak terkejut apabila adik kepada Perdana Menteri Malaysia yang juga CEO CIMB Group, DS Nazir Razak di dalam satu majlis melancarkan prospektus Air Asia, semalam, menyifatkan bahawa pandangan dan kritikan CEO Air Asia X, Azran Osman-Rani ke atas PERKASA dan Utusan Malaysia  melambangkan mercu tanda seorang pemimpin yang hebat!!! Kata beliau di dalam laporan berita The Edge Malaysia, yang bertajuk "CIMB's Nazir Praises Azran For Criticising Utusan, Perkasa", berkata, 
"Azran – some people think he is a little bit outspoken – but what would you expect if you have someone who is guided by a chairman like Tan Sri Rafidah Aziz. It is this trait, speaking his mind (that) makes him a great leader from my perspective – and has done a great job running this company." - Source: The Edge Malaysia.
Kalau pandangan sinis dan kritikan hinaan terhadap Melayu dianggap oleh golongan bangsawan seperti Nazir Razak sebagai mercu tanda seorang pemimpin yang hebat, CTS tidak dapat komen lagi. Mungkin selepas ini Melayu Marhaen seperti CTS perlu mencorakkan masa depan sendiri tanpa boleh bergantung kepada pemimpin-pemimpin Melayu yang lupa diri. Apa lagi yang Melayu mahu? I rest my case.

3 Apa Motif SPAD Diserang Dengan Berita Fitnah Oleh Portal Pembangkang? @SPADchannel @aduanSPAD



CTS membaca dengan penuh minat laporan Harakahdaily, yang memetik laporan daripada Pahangdaily Online, kedua-duanya portal dan lidah pembangkang mengenai berita "Panas: Pegawai SPAD Ditampar Semasa Buat Operasi". Blogger-blogger Mesra Kerajaan seperti AAKJ, Medan Tempur Kedah dan Anak Seberang turut memeriahkan keadaan dengan artikel mereka yang "copy & paste" daripada sumber portal pembangkang.

Bagai ada satu momentum oleh pihak-pihak pembangkang untuk menyalahkan Kerajaan terutama melalui badan-badan berkanun dan Suruhanjaya-Suruhanjaya di Malaysia. Mereka telah hampir berjaya menyerang Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR). Sekarang sasaran ditujukan pula ke atas Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD). Selepas ini mungkin pula Suruhanjaya-Suruhanjaya yang lain. Berita panas sebegini perlukan pengesahan kebenarannya terlebih dahulu. Pertama, gambar yang digunakan di dalam artikel di atas bukanlah gambar original kejadian berkenaan. Gambar berkenaan seperti di atas telah digunakan sebelum ini di dalam artikel yang lain. Mungkin gambar "recycle" ini digunakan semula untuk memburukkan pihak SPAD. 

Kedua, berdasarkan modus operandi dan "Standard Operating Procedures (SOP)" yang dijalankan oleh pihak SPAD, pegawai-pegawai operasi SPAD tidak dibenarkan sama sekali untuk menjalankan operasi secara solo. Setiap oerasi yang dijalankan oleh Unit Penguatkuasaan SPAD dibuat yang membabitkan pemandu-pemandu teksi, bas, lori dan sebagainya dilakukan bersama secara bersepadu dengan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Ketiga, Kalau benar sekalipun kejadian sebegini berlaku di mana pegawai SPAD didakwa dan menahan serta merampas kunci kenderaan, kenapa perkara sebegini tidak diadukan kepada pihak Polis atau aduan dibuat kepada SPAD sendiri. Ini disebabkan Pegawai SPAD tidak diberikan kuasa untuk menahan (kebiasaan kuasa ihak Polis digunakan untuk menahan kenderaan). Biasanya dalam operasi bersepadu, pegawai-pegawai SPAD akan menyemak sekiranya ada berlakunya kesalahan di bawah Akta SPAD seperti tiada permit kenderaan, muatan terlebih dan sebagainya. AADK pula bertindak menyemak air kencing, JPJ berkaitan dengan lesen dan "Road Tax" manakala pihak Polis pula mengawasi dan memantau keadaan. Sekiranya ada kesalahan dilakukan, barulah pihak Polis mengambil alih membawa pihak berkenaan ke balai untuk siasatan dan tindakan lanjut. Ini sememangnya "standard procedures" yang diamalkan selama ini.

Keempat, tajuk berita "Hari-Hari Makan Rasuah" adalah bersifat fitnah dan SPAD boleh bertindak menyaman bloggers dan portal yang berkenaan. Dalam artikel yang berkenaan, tiada langsung ditulis mengenai rasuah yang dilakukan. Siapa yang bagi rasuah? Ada kes berkenaan dibicarakan di mahkamah atau dibuat aduan kepada pihak SPRM? Artikel berkenaan hanya menyebut pemandu itu berkata ... Jadi, penulis berkenaan hanya memetik kenyataan daripada pemandu berkenaan sahaja? Pegawai SPAD yang kononnya kena tampar, ada ditemubual? Penulisan yang langsung tidak mengikut "ethics of journalism". Sepatutnya sebagai orang yang berada di tempat kejadian, temubual hendaklah dibuat ke atas kesemua saksi. Barulah berita itu ada pemberatnya. Tak gitu?

June 10, 2013

3 Sejadah Gambar Babi!!! Satu Cubaan Menghina Ke Atas Umat Islam


Kebetulan atau satu perancangan rapi untuk menghina Umat Islam? Gambar di atas adalah corak menyerupai muka babi di atas sehelai sejadah. Corak seakan babi di sejadah ini mula dikesan oleh rakan kita dan mula disebarkan melalui media sosial untuk paparan umum agar sama-sama  dapat berwaspada terhadap produk ini. Persoalannya telah berapa lama paparan babi ini telah dikeluarkan dan dah berapa lama umat Islam kita sujud dan mencium babi di tikar sembahyang? 

Sangat halus mainan dan agenda puak-puak yang tidaak bertanggungjawab sehingga dalam tidak sedar, bukan sahaja mereka masuk dalam kehidupan Umat Islam melalui media elektronik dan media konvensional, malah mereka juga berjaya menembusi doktrinisasi mereka sewaktu kita Umat Islam sedang mengadap Allah SWT. Oleh itu, jika ini adalah satu agenda yang disengajakan, kita sangat berharap agar pihak berkuasa terutama JAKIM dan Jabatan-Jabatan Agama agar lebih berwaspada dengan helah mubaligh-mubaligh untuk menyesatkan dan menghina Umat Islam di negara ini.

2 Benz Ali, Lagi Satu Akaun Manusia Biadap Ke Atas YDP Agong Di Laman Sosial cc. @PDRMsia @skm_malaysia @shaberyc



Mohon pihak yang berwajib untuk mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas pemilik laman sosial Facebook "Benz Ali" kerana makin lama kita nampak kebiadapan kepada DYMM SPB YDP Agong, Sultan Abdul Halim Muazzam Shah, makin berleluasa. Tindakan yang lebih tegas perlu diambil dengan mendakwa mereka ini ke mahkamah. CTS tidak akan berhenti selagi setiap seekor daripada manusia-manusia yag tidak menghormati Perlembagaan Malaysia tidak dihadapkan ke muka pengadilan. 

Tindakan menghina Institusi Di Raja yang saban hari didedahkan ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menghapuskan institusi berkenaan dan menjadikan Malaysia sebagai Negera Republik. Daripada "header" laman Facebook pemilik akaun di atas, sudah jelas mengambarkan inilah salah seorang pengikut Pakatan Haram. Kita tidak perlu hairan kerana inilah yang diperjuangkan oleh pengikut-pengikut dan pemimpin-pemimpin Pakatan Haram. Mungkin sudah sampai masanya mesej kita berikan, sesiapa yang tidak mahu mengikut Perlembagaan Malaysia perlu keluar dari negara ini saja.

9 Banner DAP Johor Menyokong Tindakan Biadap Cikgu Rasis, Poh Kim Thye



Gambar-gambar ini telah diambil oleh seorang rakan di Johor pagi tadi, satunya di hadapan Kedai MARA Gelang Patah, Johor. Banner yang lebih kurang sama turut kelihatan di hadapan padang bola MPJBT Johor. Adakah ini perbuatan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menaikkan sentimen perkauman ataupun adakah ini sebenarnya hasrat DAP Johor yang rasis menyokong tindakan seorang guru Cina yang rasis?

Melayu tengok sajakah?

Atau Melayu masih lena diulit mimpi?

Orang Johor yang begitu fanatik dengan sukan bolasepak sejak akhir-akhir ini diam sajakah?

June 9, 2013

14 Eugene Teh? Siapa Cina Bukit Yang Buat Pandai Dalam PEMANDU Ni DS @NajibRazak ?


Inilah wajah Eugene Teh. Beliau adalah seorang Pengarah di PEMANDU, Jabatan Perdana Menteri, kononnya menguruskan transformasi di dalam pasukan Polis Di Raja Malaysiadi bawah Program GTP. Beliau mula berkhidmat semenjak 2010. Apakah beliau sudah berjaya di dalam misinya atau adakah beliau hanya menghabiskan duit Rakyat. Kini sudah 2013, apakah kadar jenayah di Malaysia sudah berkurang atau tiada langsung?

Eugene Teh juga adalah Pengerusi United Against Crime yang diterajui oleh PEMANDU produk Idris Jala Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Pagi semalam bertempat di KLCC telah berlangsung 'Program Cegah Jenayah' yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak. Mengikut aturcara majlis, sebelum majlis perasmian, Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijadualkan menyampaikan kata kata aluan. 

Namun, pada saat saat akhir, diberitakan Eugene Teh telah menggunakan kuasanya selaku Pengerusi pihak penganjuran tidak membenarkan Zahid berucap. Kenapa? Adakah tindakan tidak professional Eugene ini ada unsur sabotaj seperti beliau tidak senang dengan kemuculan Zahid yang semakin dilihat 'garang dan tegas' semenjak mengambil alih KDN?

Lihat banner di bawah, kalau Cina Bukit, Cina Bukit juga. Bahasa Malaysiapun dirojakkan. Kalau hendak English, tulis kesemuanya dalam English. Kalau Bahasa Malaysia, keseluruhannya Bahasa Malaysia. Ini tidak, "Hari United Against Crime"?




 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates