May 25, 2013

16 Pesta "Ritual Candlelight Vigil" Mewarnai #Blackout505 Di Dataran Amcorp Mall Malam Ini - Tahniah Umat Islam Di Sana





Keadaan terkini di Dataran Amcorp Mall, Petaling Jaya sudah seperti padang pemujan. Bayangkan ribuan yang hadir bergelap sambil melmbai-lambaikan lilin di tangan. Sudah tertulis di dalam kitab-kitab lama bahawa pemujaan api adalah daripada pengikut kaum Majusi. Tahniahlah buat umat-umat Islam yang hadir di sana yang turut serta di dalam upacara berkenaan. Bab tergelincir akidah atau tidak, masing-masing sudah besar panjang dan boleh berfikir sendiri.

Cumanya, masing-masing yang datang ke sini hari ini kena bermuhasabah, apakah kebaikan dan faedah yang diperolehi. Di kelibat ramai ini tidak kelihatan pula Ustaz Popular PAS yang sering mengkritik semua orang termasuk Mufti dengan perkataan "bodoh". Nak tahu juga apa "fatwa" beliau dan Tok-Tok Guru beliau mengenai majlis di atas. Yang CTS tahu, upacara berhimpun di suatu tempat dengan membakar lilin sebagai tanda protes adalah menyerupai amalan agama orang bukan Islam.

Hukum Islam jelas melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah SAW dalam Mausu’ah al-Sunnah, al-Kutub al-Sittah Sahih Muslim: Kitab Al-Aqdiyyah, Hadis ke-18, m.s. 1343 yang bermaksud:
"Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. telah bersabda: Barangsiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia adalah tertolak." (Riwayat Muslim)
Marilah kita doakan yg terbaik utk mereka, untuk  kita, kita teruskan dengan berpegang kepada Hadis Rasulullah SAW ini yg bermaksud:
"Aku berwasiat kepada kamu supaya bertaqwa kepada Allah SWT dan dengar serta taat sekalipun yang dilantik pemimpin ke atas kamu hanyalah seorang hamba. Maka sesungguhnya, sesiapa yang masih hidup dari kalangan kamu, nescaya ia akan melihat berlakunya ikhtilaf (krisis, konflik dan fitnah) yang begitu berleluasa, maka wajiblah ke atas kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan Sunnah Khulafa' Ar Rasyidin yang mendapat petunjuk dari Allah SWT dan hendaklah genggam sunnah itu seerat-eratnya dengan geraham kamu. Waspadalah akan perkara yang direka cipta maka sesungguhnya setiap perkara baru yang direka cipta (dalam urusan agama kamu) adalah sesat." (Hadis Hassanun Sohih Riwayat Abu Dawud dan At Turmuzi)

27 Gambar-Gambar Terkini Himpunan #BlackOut505 Di Padang Amcorp Mall, Petaling Jaya







Jam sudahpun menunjukkan 6.45 petang. Namun kehadiran peserta-peserta #SuaraRakyat505 atau #Blackout505 bagi CTS masih tidak mencapai sasaran yang diharapkan memandangkan ianya diadakan di Lembah Kelang atau lebih tepat lagi Dataran Amcorp Mall, Petaling Jaya. Jumlah kehadiran setakat ini dianggarkan kurang dari 10,000 orang. Tidak pastilah keadaan pada sebelah malam. Mungkin faktor cuti umum Hari Wesak dan Cuti Sekolah serta beberapa acara besar yang lain seperti Himpunan Hari Belia di Putrajaya dan Pesta Buku Selangor di SACC, Shah Alam menyebabkan kurangnya orang di sini.  

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali antara pemimpin Pakatan Rakyat yang paling awal muncul di Dataran Petaling Jaya. Antara tokoh penyokong pembangkang yang telah berucap adalah Safwan Anang, Imam Hoslan yang pernah dipenjarakan kerana membaling selipar kepada Hakim dan beberapa orang lagi. Ratu kontroversi laman sosial Twitter negara, Abby Abadi antara yang kelihatan hadir awal di sini.

May 23, 2013

32 Video @tianchua Ditangkap @PDRMsia - Macam Budak Kecil, Nasib Baik Tak Gigit Telinga


Apa lagi nak kata kalau sebegini lembut tindakan anggota Polis ketika menangkap Ahli Parlimen Batu, YB Tian Chua yang akan didakwa atas Akta Hasutan, pagi tadi. Seperti biasa, YB Batu ini telah melakukan drama dengan tidak memberikan kerjasama sehingga memaksa anggota Polis untuk mengangkat beliau untuk masuk ke dalam kenderaan.

Nasib baik ada video di atas. Susah sikitlah juak-juak cybertroopers "Red Bean Army" DAP untuk memfitnah Polis DiRaja Malaysia adalah ganas. Nasib baiklah "mood" YB ini agak baik pagi ini. Kalau tidak pasti ada telinga Pegawai Polis yang akan digigitnya.

20 @tianchua Dan @harisibrahim Ditahan Polis Atas Akta Hasutan - Tahniah DS @Zahid_Hamidi & @PDRMsia

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan aktivis politik, Haris Ibrahim telah ditahan polis untuk membantu siasatan dibawah Akta Hasutan berkenaan dengan Perhimpunan 505 yang dianjurkan oleh parti pembangkang yang lalu.

Beliau ditahan di Terminal Tambang Murah (LCCT) di Sepang lebih kurang jam 12.50 tengah hari tadi sementara Haris Ibrahim pula ditahan polis di Segambut ketika baru hendak menjamu makan tengah hari. Penangkapan tersebut didedahkan melalui akaun Twitter Tian Chua dan Parti Sosialis Malaysia.


10 Cepat! Cepat! Siapa Hendak Masuk Syurga Angkat Tangan - @khalidismath Ada Kunci!!!


Mari! Mari! Beli satu percuma satu. Begitulah agaknya begitu mudah tawaran syurga dibuat puak-puak Syiah sesat di Malaysia seperti Khalid Mohd Ismath. Ramai pulak sekarang pemegang kunci syurga. CTS ingat hanya Mursyidul Am PAS mempunyai kunci syurga. Dengan sokong mahasiswa tidak habis belajar, Adam Adli untuk merusuh di jalanan akan masuk syurga. Tidak payah buat ibadah, tidak payah meninggalkan yang dilarang. Hanya dengan memaki hamun Polis, berdemonstrasi di jalanan, pakai baju hitam, pegang lilin "candlelight vigil" boleh masuk syurga Al Jannah Al Firdaus.

May 22, 2013

15 Harga Minyak RON97 Turun RM0.20 Kepada RM2.70 - Juak-Juak #Blackout505 Tidak Mahu Protes Jalanan?


Geng-geng Cybertroopers DAP a.k.a "Red Bean Army" dok kempen Kerajaan sedang mencuba untuk menaikkan harga barangan selepas PRU-13. Tup-tup harga barangan tak naik, harga minyak pula yang turun. Bukan harga minyak senyonyong, minyak dagu dan minyak urut yang turun seperti yang dijanjikan oleh pemimpin-pemimpin PR. Sebaliknya harga minyak RON97 yang sebelum ini berharga RM2.90 telah turun 20 sen menjadi harga sekarang ialah RM2.70. Ini berkuatkuasa malam tadi!!! Terima kasihlah Kerajaan BN, walaupun CTS cuma mampu pakai minyak murah RON95 yang banyak disubsidi oleh Kerajaan BN juga. 

CTS rasa penurunan harga minyak ini tidak terdapatpun di dalam Manifesto BN. Manifesto bukan janji puak-puak sebelah sana CTS tidak pastilah. Yang pasti 3 negeri yang dikuasai mereka tidak turunpun harga minyak hingga ke hari ini. Mungkin malam ini juak-juak "Black Out 505" akan mula berhimpun di jalanan untuk membantah penurunan harga minyak. Jangan tanya sebab apa. Mereka ini semua mereka nak bangkang. Semua perkara mereka hendak berhimpun di jalanraya. Janji boleh pakai hitam dan pegang lilin. Merekakan tidak secerdik dan sepandai kita. Ya tak?

16 Mari Lihat Foto Melayu Moden - Bertudung Sambil Pegang Lilin Upacara Vigil Adam Adli


Kalau dilihatkan foto kedua-dua wanita berkenaan, amat molek dipandang mata. Bertudung dan menutup aurat amat boleh dibanggakan bagi seorang Muslim yang mengamalkan cara hidup Islam. Namun yang tidak elok dan berdosa besar adalah meniru upacara orang-orang Kristian dengan membawa lilin untuk upacara vigil. Lagi buruk dipandang mata adalah meletakkan gambar seorang yang bukan muhrim di dada. CTS tidak rasa kedua-dua orang ini Kakak dan Ibu kepada pengikut PKR yang direman polis di Balai Polis Jinjang, Adam Adli. Baliklah nenek, cucu di rumah kelaparan tu.

Cuba pula lihat gambar di bawah. Gadis Melayu Islam berpurdah sudah seperti menurun nombor ekor. Ini sudah seperti amalan syiah sudah. Macam kumpulan black metal penyambah syaitan pun ada. Sikap dan pemikiran taksub serta sesat seperti ini boleh membawa kepada permasalahan kronik masyarakat. Terlalu taksub dan merasakan hanya merekalah yang memperjuangkan Islam dan demokrasi sampai terbabas seperti ini. Jauh terpesong dari perjuangan asal, "Sesat di hujung jana, baliklah ke pangkal jalan. Jangan tersungkur di pintu syurga." Oh Melayu Islam ku.

Terkini: Ada e-mail yang meminta agar CTS tidak menggunakan perkataan "berdosa besar"  seperti di dalam posting di atas. Vigil bukan pandangan peribadi CTS. Ini telah difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan (link fatwa di sini) seperti berikut:

Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil
Keputusan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara agama bukan Islam. Umat Islam dilarang menyertai aktiviti Candlelight Vigil kerana ia mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan agama bukan Islam yang akan menjejaskan akidah umat Islam.


May 20, 2013

19 Benarkah CEO Air Asia X Berpakaian Seperti Perempuan? Minta @azranosmanrani Tolong Jawab





CTS ingin mendapat kepastian daripada Tuan Punya Diri yang di"tag" di Twitter. Benarkah ini gambar CEO Air Asia X, Azran Osman-Rani berpakaian seperti wanita ini hangat tersebar di twitter dan di Facebook? Patutlah beliau sudah lupa yang dirinya itu Melayu Islam. Kalau gambar ini palsu dan fitnah, tolong jawab di Twitter dan CTS akan kemaskinikan posting ini agar ianya tidak terus berleluasa. Kalau betul la gambar ini, memang dah sinonim dengan juak-juak Pakatan Pembangkang.

Tak tahulah pulak CTS kalau ini caranya Air Asia ingin membuat promosi kepada golongan LGBT? Atau mungkin beliau tidak mengetahui hukum seorang lelaki berpakaian atau menyerupai seorang perempuan. Apapun hilang selera den malam ini haih!!! Semoga Allah selamatkan Malaysia dari bencana yang telah berlaku kepada kaum Nabi Luth.

6 Apakah Motif Karpal Singh Mencadangan Perlembagaan Dipinda Untuk Menghapuskan Dewan Negara?

Pengerusi DAP, Karpal Singh sekali lagi mengundang kontroversi apabila dua hari lepas mencadangkan supaya Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda bagi memasuhkan Dewan Negara. Cadangan Karpal Singh kononnya Dewan Negara tidak perlu, dan perbelanjaannya tidak perlu ditanggung oleh rakyat. Beliau juga turut menegaskan bahawa  Parlimen yang merupakan dewan perundangan yang tunggal, seperti juga kedudukannya di Singapura, merupakan yang paling sesuai demi kepentingan awam.

Pertama, kita tidak perlu melatah dengan cadangan daripada Pengerusi DAP ini kerana untuk memansuhkan Dewan Negara, kuasa dua pertiga undi Parlimen diperlukan. Kedua, Dewan Negara signifikan kerana ia adalah sebahagian daripada komponen Parlimen. Tanpa Dewan Negara, maka tidak lengkaplah komponen Parlimen kerana Perkara 44 Perlembagaan Persekutuan menyatakan komponen Parlimen hendaklah terdiri daripada Yang di Pertuan Agong dan dua Majlis Parlimen yang dikenali sebagai Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Ini sesuai dengan Parlimen Malaysia yang mengamalkan sistem dua Dewan (bicameral), bukannya dewan tunggal (unicameral). Selagi peruntukan Perkara 44 Perlembagaan kita tidak dipinda, maka tentunya Dewan Rakyat sahaja tidak memadai kerana komponen parlimennya yang tidak mencukupi.

Ketiga, Dewan Negara penting kerana peranannya untuk menyemak undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dan juga bagi membincangkan perkara-perkara yang menjadi kepentingan umum. Dewan Negara penting kerana ia mempunyai kuasa untuk menangguh sesuatu rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat sebelum dikemukakan untuk mendapat perkenan Yang di Pertuan Agong. Contohnya, Dewan Negara boleh menangguh Rang Undang-Undang Kewangan selama 30 hari dan rang undang-undang lain selama setahun. Tempoh penangguhan ini penting untuk membolehkan rang undang-undang yang tidak menepati kepentingan umum diteliti dan dibincangkan semula.

Bagi menjaga kepentingan inilah, maka Perkara 47(a) Perlembagaan Persekutuan menetapkan orang yang layak menjadi ahli Dewan Negara hendaklah berumur tidak kurang dari 30 tahun. Ini kerana orang yang telah berumur lebih dari 30 tahun sebagai telah cukup matang untuk menilai penggubalan rang undang-undang terbaik untuk negara. Selain itu, bagi menjaga tahap kematangan ini, Perkara 45(2) Perlembagaan menetapkan ahli-ahli yang dilantik oleh Agong hendaklah orang yang pada pendapat Baginda telah memberikan perkhidmatan awam yang cemerlang atau yang telah mencapai keunggulan dalam profesionnya atau yang mewakili ras minoriti atau berkebolehan mewakili kepentingan orang asli.

Jika begitu pentingnya peranan Dewan Negara, mengapa Karpal Singh mencadangkan supaya Dewan Negara dimansuhkan? Adakah cukup cadangan Karpal Singh ini hanya berlandaskan kepada faktor-faktor seperti peranan Dewan Negara dengan ahli yang dilantik hanya sebagai "rubber stamp" kepada Dewan Rakyat, beliau tidak puas hati senator yang dilantik sebagai menteri yang beliau anggap sebagai pelantikan melalui pintu belakang dan meningkatkan perbelanjaan wang negara? CTS bimbang cadangan ini hanya merupakan satu usaha DAP untuk mengurangkan kuasa Yang Di Pertuan Agong dan sebagai langkah awal menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Republik? CTS harap andaian ini adalah salah dan tidak berasas.

May 19, 2013

6 Undi Popular - Betulkah Pakatan Haram Menguasai Kesemua Negeri?


Tertarik dengan statistik yang dikeluarkan oleh Sinar Harian mengenai undi popular yang dibahagikan mengikut negeri. Apakah Pakatan Haram masih boleh berbangga dengan peratusan undi popular mereka secara keseluruhan? Apa yang penting sekali ialah memenangi undi popular untuk setiap kerusi DUN atau Parlimen bagi membolehkan mana-mana parti membentuk Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. 

Tidak sebagaimana yang dilaung-laungkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Haram yang memborong secara keseluruhan undi popular kebangsaan, iaitu merangkumi keseluruhan 13 negeri. Amat menarik apabila analisis Sinar Harian menunjukkan bahawa Barisan Nasional telah memenangi undi popular di kebanyakan negeri kecuali Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kelantan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kelantan pula menyaksikan undi mereka telah berpecah. Rakyat Kelantan mengundi PAS untuk kerusi negeri tetapi jelas lebih memberi undi kepada BN bagi kerusi Parlimen.

14 Pengarah BTN BerOpSIM Di Padang Golf - Patutlah BN Menang Besar Di Dalam PRU-13 @NajibRazak


Ini gambar Pengarah Biro Tata Negara (BTN), Datuk Raja Ariff di dalam laman sosial Facebooknya dengan "caption" "OpSIM Di Tok Jembal". Sekalung tahniah kepada Datuk dan BTN. Bukannya apa, perlu diakui bahawa kemenangan besar BN dengan 133 kerusi Parlimen adalah kerana sumbangan besar BTN di dalam PRU-13 yang lepas. Antara yang paling berjaya adalah Operasi Sembang 1Malaysia (OpSIM). 

Lihatlah contoh OpSIM KP BTN ini. Ini betul-betul dia turun padang berjumpa dengan pengundi kerana di padang golf Tok Jembal ini ada lebih kurang 505 org pengundi. Dulu bukan main Ketua Pengarah BTN ini kutuk pemimpin UMNO yang main golf. Rupa-rupanya main golf termasuk di dalam aturcara OpSIM. 

Pegawai-pegawai BTN buat OpSIM di rumah orang-orang kampung atau di padang golf? Oh  ... maknanya turun padang itu bermakna padang golf ye? Berapa agaknya duit Kerajaan yang diperuntukan untuk OpSIM KP BTN ini? CTS tidak ada masalah peribadi dengan Ketua Pengarah BTN. Apa yang salah CTS terpaksa tegur. Agak-agaknya PM main golf tak ketika kempen baru-baru ni?
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates