April 27, 2013

3 @hajihusammusa Nak Jadi MP Putarajaya, Anak Saudara 5 Hari Terlantar Di Hospital Putrajaya Pun Tak Melawat!!!



Cita-cita tinggi, hendak menjadi Ahli Parlimen Putrajaya. Untuk menjadi Ahli Parlimen sekarang ini Rakyat kena diutamakan. Rakyat sakit demam kenalah melawat. Sedih rasanya melihat anak saudara Datuk Haji Husam Musa, Norhidayah Razak, yang sudah 5 hari terlantar di Hospital Putrajaya.

Mana pergi bapa saudaranya? Takkan sibuk berkempen 24 jam? Takkan tak ada waktu untuk melawat anak saudara yang sakit di depan mata. Satu hari mengiringi Nik Aziz Nik Mat semalam di Putrajaya boleh pulak? Mungkin tak ada "political value" kot? Nak kata berkempen di Putrajaya begitu sibuk, boleh pula calon BN Putrajaya, Ku Nan, datang melawat?

Oleh itu, Rakyat Kelantan di DUN Salor di mana Husam Musa turut bertanding sebagai calon ADUN faham-faham sajalah. Tidak dipandangnya anda semua. Sejak pencalonan, berapa kali beliau balik melawat bakal-bakal pengundinya di DUN Salor? Mungkin beliau terlalu yakin menang di situ sehingga tidak diperdulikan Rakyat DUN Salor. Apa yang dihairankan, anak saudara sendiri tidak diperdulikan, apatah lagi yang tiada kaitan darah dan saudara.

April 26, 2013

8 Apa Cerita Bendera PGayR Dikibarkan Di IKBN Bachok, Kelantan? #TolakPR



Lagi parasit bertapak di dalam institut pengajian tinggi awam yang dibiayai oleh Kerajaan. Parasit terbaru dijumpai di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Bachok, Kelantan. Parasit yang makan gaji dengan Kerajaan dan bergelar warden didapati mengantung bendera PGayR di dalam institut. Tiada bendera Malaysia atau bendera Kelantan digantung, sebaliknya hanya bendera bermat satu digantung di tiang. 

Gambar-gambar ini telah di"post"kan oleh pelajar-pelajar berkenaan di Facebook sehingga menyebabkan kemarahan warden berkenaan. Pelajar-pelajar berkenaan telah menerima sistem pesanan ringkas SMS yang berbunyi, "u better delete, u r facing a big trouble". Mungkin selepas selesai PRU-13 kelak, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) boleh mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas warden berkenaan. Ini kerana sebagai Institusi Pengajian Awam, perbuatan mengibarkan bendera parti adalah tidak beretika dan pihak Kementerian perlu mengambil tindakan.

5 Inilah Contoh Calon-Calon Pilihanraya Yang Kita Mahu - Tahniah Calon PAS & BN DUN Kubu Gajah


Sebak CTS melihat gambar ini. Ini contoh kempen pilihanraya bersih yang kita mahu. Bukan dengan ceramah memaki hamun, membuat fitnah dan meletupkan bom! Ini patut dijadikan contoh. Buat semua calon PRU13. Tengoklah dengan mata dengan fikiran terbuka. Kedua-dua calon berlainan parti ini naik satu motor untuk berkempen. Salahkah? Perlukah kita semua bermusuhan semata-mata untuk PRU?

"Sporting" Calon PAS DUN Kubu Gajah, Ustaz Mohd Nazri Din bersama calon UMNO Kubu Gajah, Hasbullah Alias bersama-sama menaiki motor dalam kempen PRU-13. Tahniah sekali lagi buat Pak Lang Hasbullah dan Ustaz Nazri. Anda menjadi contoh kepada kepala-kepala dekat atas tu.

4 Muslimah PAS Terangganu Mula Bagi BR1M Untuk Cita-Cita Ke Putrajaya? #TolakPAS


Apabila Kerajaan membantu Rakyat dengan memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada golongan yang kurang berpendapatan, juak-juak PAS kata beli undilah, rasuahlah, Firaunlah! Khabar dari Terangganu memberitahu CTS, agen-agen Muslimah PAS di Terangganu sedang mula menabur duit kepada golongan sasaran pengundi atas pagar yang telah dikenalpasti. Kerja-kerja ini dikesan dilakukan di dalam DUN Ladang, Parlimen Kuala Terangganu. 

Dalam keadaan terdesak pemimpin-pemimpin PAS menjaja tin milo untuk menagih derma Rakyat, muslimah-muslimah PAS ini mampu memberikan rasuah di antara RM100 - RM500! Bukankah ini menjadi kesalahan Undang-Undang Malaysia, Akta 5, Akta Kesalahan ilihanraya 1954, Bahagian III, Perbuatan-Perbuatan Rasuah?

April 25, 2013

8 Mesranya Vivian Bergambar Bersama Nurul Izzah - Patutlah!!! #TolakPR


Mesranya wanita ini dengan Nurul Izzah. Siapakah wanita ini? Inilah Vivian yang terkenal dengan peranan memuatnaikkan "hubungan cinta" terlarang ke internet bersama pasangannya Alvin. CTS awal bulan ini pernah membuat posting bagaimana Vivian melakukan kontroversi dengan bergambar bogel dengan merentangkan bendera Barisan Nasional pada tubuh bogelnya dengan "caption" "Remember to vote for BN! 记得投国阵哦! Ingat, undilah BN!". Lihat posting itu di sini. Ramai yang tidak percaya apabila CTS mengatakan bahawa perempuan ini cuba mensabotaj Barisan Nasional. Nah! Sekarang CTS kemukakan satu lagi gambar di atas. Nilaikan sendiri.

3 @RafiziRamli Kena Saman AES Berlambak!!! Kenapa Cybertroopers Pakatan Haram Tak Bising? #TolakPR



Sejak semalam, cybertroopers dan bloggers Pakatan Haram telah memainkan isu DS Rosmah Mansor mempunyai 2 saman AES dan masih belum berbayar. "Si Lembut"  Rafizi Ramli juga memulakan kontroversi ini semalam dengan mengulas bahawa DS Rosmah Mansor ada mempunyai dua saman AES yang tertunggak. Kenyataan beliau disiarkan oleh Haprakdaily, di sini.

Semalam hari deme. Hari ini hari teman. Lihat apa yang teman kemukakan ini. Siapa pemilik 9 saman AES di atas? Siap dengan gambar ala-ala "gayboy" lembut lagi. Inilah Rafizi Ramli. Ketua Strategik PGayR merangkap calon PGayR untuk Parlimen Pandan. Juak-juak Pakatan Haram, jangan malu, jangan segan, komenlah. Mana lebih banyak. 2 atau 9? Komenlah!!!

2 Panas!!! Gambar Adik Mazlan Aliman Menyokong Penuh Calon BN! #TolakPR


Mazlan bin Aliman, Pengerusi ANAK pasti panas dengan gambar di atas. Bagaimana saudara kandungnya sendiri boleh memberi sokongan yang tidk berbelah bagi bagi calon Barisan Nasional? Sedangkan beliau setiap hari tanpa segan silu menabur fitnah ke atas FELDA dan memburuk-burukkan Kerajaan Barisan Nasional?

Gambar di atas adalah gambar Hj Abd Rahim bin Aliman, peneroka FELDA Redong (adik kpd Mazlan bin Aliman) yang menyokong Anuar Manap sebagai calon parlimen P141 Sekijang. Hj Rahim kesal dengan tindakan Mazlan Aliman memburuk-burukkan FELDA. Bawa-bawalah bertaubat Mazlan Aliman.

3 Amat Meloyakan Apabila @anwaribrahim Minta sedekah Dekat Penyokong BN! Lain Kalilah!!! #TolakPR


Ada perkhabaran sampai ke pengetahuan CTS daripada rakan-rakan dan sanak saudara bahawa Anwar Ibrahim sedang meminta sedekah dari Rakyat. Ingat CTS terkecuali memandangkan CTS adalah penyokong tegar Barisan Nasional. Alih-alih malam tadi dapat e-mail daripada Ketua Umum PGayR ini meminta derma dari CTS. Tidak cukup dengan itu disusuli pula dengan kedatangan surat fotokopi (Hina sungguh! Hantar surat tandatangan original lah!!!) membebel mengenai manifesto bukan janji dan rayuan undi untuk Pakatan Haram. 

Gila apa minta derma dari Rakyat sebanyak RM222. Kalau tidak ada duit jangan bertandinglah. Kalau duit dari dana Yahudi tak cukup, jangan berkempen secara keterlaluan lah! Lebih baik duit sebanyak RM222 ini CTS berikan kepada anak-anak yatim dan orang miskin. Sekurang-kurangnya dapat pahala. Dua perkataan sahaja CTS dapat berikan kepada Anwar Ibrahim - Lain Kalilah!!!

April 24, 2013

11 Demi Undi Nurul Izzah Memasak Pula Di Restoren Jual Arak #TolakPR




Demi meraih undi untuk mengekalkan sokongan penduduk Lembah Pantai, calon PGayR Nurul Izzah sekarang menjadi chef pula. Artis-artis lain sekarang sibuk memasak di Master Chef Celebrity, Si Anak Anwar Ibrahim pula sibuk memasak di restoren "non-halal". Nak halal macam mana kalau di belakang tempat memasak penuh dengan botol-botol wain. 

Takkan Nurul Izzah masak masak lemak cili padi pulak? Sekurang-kurangnya kaki katak? Kalau beliau boleh berhujah kesamarataan Agama dalam gereja, apa sangat kalau goreng daging lembu pendek kan? Taukeh kedai mengelarkannya "political-chef". Eloklah tu. Carilah kerjaya baru. Sekurang-kurangnya tidak terduduk apabila pengundi-pengundi  Parlimen Lembah Pantai menolaknya di dalam PRU-13!

2 Apa @mbnizar Meroyan Bergambar Di Pondok Panas BN? #TolakBadutDAP


Ingatkan orang tidak betul mana terlepas sehingga berada di pondok panas BN ini. Teliti punya telitu rupanya bekas Ahli Parlimen dan Mantan Menteri Besar DAP Perak, Si Nizar Jamaluddin! Apa yang meroyannya duduk bergambar di sini. Mengikut kata Aruah Bapa, kalau seseorang buang tabiat sebegini, bilang sahaja 40 hari, iaitu hari-hari terakhirnya. Mana tahu, tak sempat berjumpa lagi.

Apapun untuk catatan rekod, petugas-petugas pondok panas BN semuanya telah melarikan diri bagi mengelakkan dari mendengar lawak-lawak bodoh dari seorang badut (bergurau saja). Buat pengetahuan Nizar, lain kali kalau hendak datang pondok panas parti lawan, jadi "gentlemen" lah. Datang sewaktu orang ada. Jangan jadi dayus datang sewaktu tiada orang. Lihat foto Tok Pa di bawah. "Cool" dan selamba sahaja melawat pondok panas PAS. Ye lah, bukan hendak bergaduh pun.

1 Gambar-Gambar Calon BN Seputeh Membantu Mangsa Kemalangan Jalanraya #Vote4BN




Kejadian berlaku lebih kurang pukul 12.00 tengah hari tadi, hari ini. Terdapat satu kemalangan di antara kereta dan sebuah motorsikal di kawasan seri Petaling. Kebetulan calon Barisan Nasional P122 Seputeh, Puan Nicole Wong sedang berada berhampiran tempat kejadian. Beliau lantas meninggalkan tempat kempen beliau dan bergegas memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa. 

Kalau kita hendak mengharapkan calon yang lagi seorang, Teressa Kok, hampeh!! 5 tahun menjaga kawasan Seputeh, batang hidung pun tidak nampak di Parlimen beliau. Yang dia tahu asyik berkokok sahaja. Pengundi-pengundi Parlimen Seputeh, buatlah pilhan yang wajar. Pilihlah Puan Nicole Wong, prihatin dan juga comel! hehehe.

6 Mari Lihat Video Karpal Singh Tersembam Di Atas Pentas Di Pulau Pinang #TolakPR

video


Satu lagi insiden di Pulau Pinang. malam tadi sewaktu Pengerusi DAPig, Karpal Singh, hendak dibawa naik ke atas pentas ceramah DAPig, Karpal Singh telah jatuh tersembam mencium lantai pentas apabila kerusi roda yang cuba diangkat oleh pengikut-pengukt balacinya terlepas lalu terhumban ke hadapan pentas sehingga menyebabkan Karpal Singh jatuh tersungkur. 

Itulah pasal. Orang suruh bila sudah jadi OKU dan tua menapous, duduklah di rumah dan jaga cucu. Ini tidak. Sibuk hendak berpolitik. Kalau diri sendiri tidak boleh hendak diuruskan, bagaimana hendak memberi khidmat kepada masyarakat yang mengundinya? Tolak Karpal Singh. Tolak DAPig!!!

7 Kenyataan Media SPR Menjawab Fitnah Pembangkang - Isu 1 Nama 3 IC



Ini fitnah terbaru cybertroopers Pakatan Haram terhadap SPR yang disebarkan di laman-laman sosial. Tak perlu banyak cerita. Baca sahaja kenyataan media rasmi dari SPR yang menjawab tohmahan berkenaan. Buat juak-juak Pakatan Haram, "Next issue please!!!"
KENYATAAN MEDIA

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ingin merujuk kepada penyebaran maklumat melalui laman sosial kononnya ada seorang pengundi bernama Ab Rapar bin Awang yang memiliki  tiga nombor kad pengenalan (MyKad) yang berbeza.   Menurut laman sosial itu, oleh kerana individu ini mempunyai tiga nombor kad pengenalan yang berbeza, maka individu ini akan dapat mengundi di tiga tempat yang berbeza. Laman sosial itu juga telah memaparkan paparan semakan Maklumat Pengundian individu itu yang menunjukkan bahawa individu itu adalah seorang pengundi berdaftar dan akan  mengundi di tiga Pusat Mengundi yang berbeza, iaitu di Sek. Keb. Balok, Sek. Keb. Bukit Setongkol dan  Sek. Keb. LKTP Bukit Kuantan. Kesemua Pusat Mengundi itu adalah di Pahang.
2.       Untuk makluman semua, pengenalan diri kepada pengundi atau identifier yang digunakan untuk merekod senarai pengundi di dalam Daftar Pemilih ialah nombor kad pengenalan dan bukannya nama. Ini kerana SPR menyedari bahawa, jika menggnakan nama sebagai identifier pengundi dalam Daftar Pemilih akan menyebabkan kekeliruan kerana memang  ada nama-nama pengundi yang ejaannya sama tetapi mempunyai nombor kad pengenalan yang berbeza. Sebagai contoh, bagi ejaan nama Ismail bin Ibrahim terdapat 1,507 nama dalam Daftar Pemilih, Fatimah binti Abdullah (1,401 nama), Fatimah binti Ismail (1,377 nama), Fatimah binti Ahmad (1,377 nama) Ismail bin Ahmad (1,368 nama), Azizah binti Ahmad (1,039 nama). 
3.       Berdasarkan nama-nama ini, semakan SPR mendapati nombor kad pengenalan 12 angka mereka adalah berbeza dan gambar pada kad pengenalan mereka juga  berbeza yang menunjukkan bahawa mereka adalah individu yang berbeza, hanya ejaan nama sahaja yang sama. Oleh itu,  jika ada ada pihak-pihak yang mendakwa nama yang sama ini adalah merujuk kepada  individu yang sama, maka dakwaan itu TIDAK BENAR. Ini kerana adalah mustahil bagi seorang individu bernama Ismail bin Ibrahim ini memiliki 1,507 kad pengenalan kerana nombor kad pengenalan atas nama itu adalah berbeza-beza. Begitu juga jika ada yang mendakwa bahawa individu ini boleh mengundi  lebih daripada sekali juga adalah TIDAK BENAR.
4.       Bagi kes Ab Rapar bin Awang, semakan SPR mendapati hanya ada tiga nama yang ejaan nama yang sama dalam Daftar Pemilih SPR. Walau bagaimanapun, ketiga-tiga nama itu mempunyai nombor kad pengenalan yang berbeza, gambar dan cap jari  mereka juga berbeza.  Begitu juga dalam kes  Jarmiah binti Abu Talib, pengundi adik beradik yang mempunyai nama yang sama  yang pernah dilaporkan oleh media sebelum ini. Dua  adik beradik yang tinggal di satu alamat itu  mempunyai dua tarikh lahir yang berbeza, nombor kad pengenalan lama yang berbeza, cap jari yang berbeza dan nombor kad pengenalan 12 angka  yang berbeza. Oleh itu, SPR menyeru kepada mana-mana pihak yang menjumpai perkara-perkara yang  mencurigakan dalam Daftar Pemilih supaya  menghubungi SPR di Call Centre 03-8885 6565 supaya SPR dapat membuat semakan dan memberikan penjelasan.
5.       SPR juga ingin memaklumkan bahawa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini, Dakwat kekal akan digunakan dan setiap pengundi  wajib dicalit  pada jari telunjuk sebelah kirinya dengan dakwat itu. Jika ada pengundi yang enggan jarinya dicalit, maka kertas undi tidak akan diberikan. Tujuan  penggunaan Dakwat Kekal ini adalah untuk mencegah cubaan mana-mana individu yang hendak mengundi lebih daripada sekali.  Dakwat Kekal yang digunakan bagi Pengundian Awal adalah berbeza warnanya dengan Pengundian Biasa. Oleh itu, SPR menegaskan bahawa untuk PRU Ke-13, tidak akan ada mana-mana individu yang boleh mengundi lebih daripada sekali kerana Dakwat Kekal akan digunakan. Bagi pengundi-pengundi yang telah mengundi, nama mereka akan dipotong dalam buku Daftar Pemilih yang digunakan oleh Kerani SPR semasa proses pengundian.
Sekian dan terima kasih
.........................t.t.............................
(DATUK KAMARUDDIN MOHAMED BARIA)
Setiausaha
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
23 April 2013

2 Kempen Tahap Komunis - Bilik Gerakan Nibong Tebal Dibom Malam Tadi #TolakDAP



Bilik gerakan BN Nibong Tebal, Pulau Pinang dibom semasa Pengerusi Gerakan Negeri menyampaikan ceramah pada jam 10:10 malam, 23/4/13. Majlis yang dihadiri 3,000 orang itu menjadi kecoh apabila orang ramai bertempiaran lari selepas terkejut mendengar satu letupan kuat pada jarak kira-kira 10 meter dari bahagian belakang pentas ucapan.

Seorang petugas keselamatan cedera di kaki kanan akibat terkena bahan letupan ketika majlis ceramah perdana anjuran BN dan mangsa berusia 30-an itu dikejar ke Hospital Sungai Bakap untuk rawatan lanjut dan keadaannya dilapor stabil.

Nampak gayanya komunis Penang sudah mula main kasar apabila menyedari kekalahan bakal mengundang di dalam PRU-13. Selepas ini pasti juak-juak cybertrooper pembangkang akan kata orang BN sendiri yang meletupkan tapak ceramah berkenaan.

April 23, 2013

10 Fitnah Kononnya Anggota Polis Telah Mendapat Kertas Undi Sebelum 30 April Mula Disebarkan Cybertroopers PR



Facebookers dan bloggers Pakatan Haram telah mula memainkan isu untuk memfitnah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Kononnya, salah seorang anggota polis mendakwa telah diarahkan untuk mengundi hari ini meskipun difahamkan tarikh pengundian awal sepatutnya ialah pada 30 April 2013 (lima hari sebelum tarikh undi awam).

Anggota polis ini, kononnya, turut mendedahkan bukti kertas undi yang tertera nama dan lambang parti calon yang bertanding di kawasannya. Kalau dilihat dari nama yang tertera di atas, anggota polis ini kononya mengundi di Parlimen Setiawangsa, di mana calon PGayR di parlimen tersebut adalah Ibrahim Yaacob manakala calon BN pula adalah Ahmad Fauzi Zahari.

Fitnah ke atas SPR ini dibuat dengan cukup baik. Namun ada beberapa keraguan yang perlu dijawab oleh juak-juak cybertroopers Pakatan Haram sebelum ianya dapat diterima oleh Rakyat Malaysia yang bijaksana:

1. Kenapa ianya disiarkan di laman sosial Facebook dan blog-blog pembangkang dan bukannya merujuk kes ini kepada SPR dan laporan dibuat di balai polis.

2. Kenapakah peguam-peguam Pakatan Haram berdiam diri setakat ini. Bukankah ahli-ahli politik Pakatan Haram seperti Rafizi Ramli, S Surendran, Lateefa Koya dan lain-lain amat gemarkan pendedahan kononnya mengemparkan ini?

3. Beberapa panggilan yang dibuat ke atas rakan-rakan CTS yang bekerja sebagai anggota polis menafikan mereka telah menerima kertas undi. Mereka senada berkata undian untuk anggota polis hanya akan dilakukan pada 30hb April.

4. Nama calon yang dicetak atas kertas undi sepatutnyanya sama seperti dalam MyKad atau kad pengenalan. Dan setahu CTS, dalam MyKad dan kad pengenalan tiada nama gelaran seperti Ustaz, Dato', Tan Sri dan sebagainya. Kalau hendak mengedit gambar tu buatlah secara sempurna. Ini letak Dato' pulak!

5. Nama keluarga (nama Cina) dan Nama bapa (Muslim) juga akan ditulis sama. Tiada nama tunggal seperti "AHMAD" akan ditulis.

6. Bagi polis, kertas undi tidak boleh di bawa keluar dari tempat mengundi. Melainkan jika polis tersebut tidak memasukkan kertas undi ke dalam sampul undi, dan ke dalam kotak undi. Namun hal itu sedikit sukar untuk dilakukan. Jika kertas undi tak boleh di bawa keluar, bagaimana gambar kertas undi boleh di ambil?

7. CTS yakin, dalam Malaysia, bukan seorang saja petugas SPR dan Polis. Justeru, sepatutnya ada lebih ramai lagi dari mereka yang sudah pun mengundi pos, jika benar ianya telah berlaku.

Akhirnya, CTS kata lain kalilah kalau hendak menipu Rakyat Malaysia. Provokasi murahan hanya kepada mereka yang tak berilmu. Maaf, rakyat Malaysia terutamanya pengundi-pengundi Barisan Nasional semuanya pandai-pandai belaka.

5 Agak-Agaklah Kalau Hendak Berkempen Wahai Calon PAS Parlimen Besut - Hingga Ke Klinik Kesihatan?


Inilah calon PAS P033 Parlimen Besut, Riduan Mohamad Nor. Ada 1001 tempat yang boleh dikempen. Rasanya tidak perlulah tempat berkempen termasuk hospital dan klinik kesihatan. Biarlah orang-orang yang sakit merasa selesa datang ke klinik kesihatan untuk mendapatkan rawatan. Kalau hendak berkempen kepada jururawat sekalipun, tunggulah sehingga mereka habis kerja sebagai penjawat awam. Kita berkempen untuk menyatakan hasrat untuk membantu dan menyelesaikan masalah Rakyat. Bukan menganggu dan menambah beban Rakyat. Tak gitu Ustaz?

0 Dokumen Taklimat Sulit & E-Mail Marina Chin Beli Global Witness Didedahkan


Berikut adalah dokumen dan transkrip e-mel yang membuktikan bahawa Global Witness telah dibeli untuk menganggu-gugat keadaan sosio politik di Sarawak serta taklimat Scorpene yang mendedahkan isu ini dicipta untuk dijadikan peluru sempena kempen PRU-13. Dokumen-dokumen di bawah membuktikan bahawa segala tuduhan korupsi terhadap pemimpin BN adalah skandal ciptaan pembangkang.





13 Belum Jadi Perdana Menteri @AnwarIbrahim Sudah Bongkak Mahu Penjarakan Pengurusan Tertinggi @tv3malaysia


Terkejut membaca laporan Berita Harian dan akhbar-akbar utama semalam, Ketua Umum PGayR Anwar Ibrahim mengancam untuk memenjarakan pengurusan tertinggi Sistem Televisyen (M) Bhd seandainya stesen TV3 itu terus memfitnah kerajaan Pakatan Haram apabila gabungan parti berkenaan membentuk kerajaan persekutuan.

Waduh! Apa sudah jadi. Boss TV3 sudah kena ugut dengan Anwar Ibrahim. Kalau dia menang PRU-13 kali ini, kalau dia jadi Perdana Menteri, Pengurusan Tertinggi TV3 akan dipenjarakan? Maka, mengeletarlah semua ahli-ahli korporat di Malaysia ini mendengar ugutan beliau. Bayangkan, kalau satu hari satu ugutan, hendak tunggu sampai hari mengundi, 14 orang lagi akan diugut. 

Siapa pula selepas ini? Ketua Polis Negara, Ketua Setiausaha Negara, Syed Mokhtar Al Buhary, Ketua SPR, Panglima Angkatan Tentera, Gabenor Bank Negara, Ketua Pengarah Penjara, Ananda Krisnan, Boss Genting Berhad, Utusan Malaysia, NSTP, Berita Harian??? Penuh penjara dibuatnya dengan kerenah si Anwar Ibrahim ini. Nampak gaya kena bina banyak lagi penjara kalau begini. Pembangunan penjara. Marilah kita pakat ramai-ramai cakap dekat dia, Sorrylah! Lain kalilah!!!!

April 22, 2013

2 Stalin, Komunis, Penjual Pil Kuda Jadi Calon Pakatan - Kata DS Haji Abdul Hadi Awang

Juak-juak Pakatan Haram tidak percaya, lihat video di bawah:

video

Video kurang jelas? Baca pula transkrip ucapan DS Haji Hadi Awang. Tidak perlu kata apa-apa. Hanya senyum di bibir.

PAS bertindak meletakkan calon di beberapa tempat kerana mahu menyelamatkan Pakatan Rakyat. Kita tidak mahu kerajaan kita jatuh seperti di Perak. Memerintah sekejap. PAS mempunyai jentera yang paling ramai di seluruh negara. PAS tidak menentang calon kawan-kawan dalam pilihan raya tetapi kalau ada calon yang kita khuatir, calon yang tangkap muat, yang boleh menyebabkan pelbagai kemungkinan boleh berlaku, maka PAS mesti bertindak.
Ini berlaku pertindihan. Di Johor berlaku pertindihan kerana sebabnya kita tunggu rakan kita mari tak mari masuk calon. Sikit lagi tak mari, kita standby, takut dia tak mari, UMNO menang tak bertanding. Hak jual calon ini berlaku. Bila PAS masuk baru dia masuk, itu ceritanya. Ada calon-calon yang kita khuatir, tak perlu kita sebut, tukang edar pil kuda. Nak jadi calon macam mana? Orang PAS tak boleh kerja calon macam ini. Terang-terang saya sebut. Orang Keadilan pun tak terima.
Mahu jadi calon, dengar cerita jual pil kuda. Ada calon yang menjulang gambar Stalin, macam mana orang PAS nak sokong. Orang PAS kerjasama dengan PKR dan DAP – tak kerjasama dengan parti Stalin, parti Lenin, Karl Marx. Gambar Karl Marx duduk dalam markas, nak suruh orang PAS kerja, macam mana nak suruh orang PAS kerja? Komunis di haram di Malaysia. Itu yang jadi bertindih itu. PAS nak selamatkan PR – tak nak jadi macam Perak. PAS tetap bersama PR.
PAS bertindak untuk memelihara keteguhan bukan sahaja masa pilihan raya tetapi setelah kita diberi kemenangan oleh Allah SWT supaya syaitan-syaitan tak boleh masuk dalam PR. Itu penjelasan saya.

13 Gambar Kempen @n_izzah Di Lembah Pantai Yang Amat Menyayat Hati #Vote4BN


Kalau CTS cerita tanpa menyertakan bukti bergambar, mungkin tiada siapa yang percaya. Namun lihatlah kebenaran di atas. Ini adalah gambar kempen Nurul Izzah dinasti Anwar Ibrahim. Lihat muka wanita yang bertudung merah yang duduk di kiri dan wanita bertudung biru yang duduk di kanan. Seorang mencebikkan bibir dan seorang lagi buat tak hairan sahaja. Nampak gayanya dinasti Anwar Ibrahim akan berakhir di Lembah Pantai. 

Nampak sangat pengundi di Lembah Pantai sudah muak dan bosan dengan perangai Nurul Izzah yang berat tulang dan hanya mencari populariti. Sedangkan orang yang bertungkus lumus bekerja untuk Parlimen Lembah Pantai adalah Raja Nong Chik. Bye-bye Nurul Izzah. Selamat bertanding semula di PRU-14!

11 Apa Masalahnya Dengan Ketua Srikandi PGayR Mempertikaikan TS Syed Mokhtar Al Bukhary?

video

Apa masalahnya dengan Ketua Srikandi PGayR ini yang meroyan di dalam ceramahnya? Siapa beliau hendak mempertikaikan tokoh jutawan Melayu, TS Syed Mokhtar Al Bukhari? Kenapa hasad dengki sangat pemimpin-pemimpin PGayR, dengan tokoh Melayu yang berjaya dan menjadi jutawan. Kenapa tidak mempertikaikan jutawan-jutawan dari bangsa lain seperti Anandha Krishnan, Robert Kuok, Teh Hong Piow, Quek Leng Chan, Vincent Tan dan sebagainya. Kenapa hanya jutawan Melayu yang diserang oleh pemimpin-pemimpin PGayR?

Adakah Ketua Srikandi PGayR, Siti Aisyah Shaik Ismail, kenal secara peribadi siapa TS Syed Mokhtar Al Bukhari? Sedih CTS apabila Tan Sri terus diserang dalam permainan politik pembangkang, tidak kira dari Cina Chauvinist mahupun dari bangsa Melayu sendiri. Adakah mereka tidak sedar jika Tan Sri tidak ambil syarikat-syarikat berkenaan, maka ianya pasti akan direbut juga oleh orang lain juga terutama bangsa asing.

Kesedian Tan Sri mengambil alih semua syarikat-syarikat yang berkepentingan itu adalah sangat sesuai dan kena pada tempatnya. Cuba renungkan sejenak syarikat apa yang Tan Sri ambil alih - beras, gula, pos, pelabuhan, makanan dan lain-lain. Selain untuk kepentingan awam Tan Sri juga memikirkan akan nasib anak bangsa yang berkerja di semua syarikat-syarikat tersebut. Fikir dahulu sebelum membuat tuduhan.

1 Ahli BN Parlimen Kota Raja - Sila Ambil Perhatian Isu Penting Ini


Ini peringatan ikhlas dari CTS. Billboard ini dipasang di bulatan Megawati Seksyen 20, di dalam Parlimen Shah Alam. Dato S Mugeresan bertanding di Parlimen Kota Raja. Diharap sangat billboard ini dapat diubah dan dipasang di persimpangan Kilang Proton Seksyen 26 atau berdekatan dengan kilang F&N. CTS berharap pejuang-pejuang BN Parlimen Kota Raja dapat melakukan pembetulan di atas secepat yang mungkin. Jangan menjadi bahan ketawa Rakyat.

11 Hipokrik & Munafik - Dulu PAS Hina Mat Taib, Sekarang Terhegeh-hegeh Ajak Masuk PAS

Terkini 11.30 a.m.:

Sidang Media Khas di Pejabat Agung PAS sekarang ini mengenai kemasukan Mat Taib ke dalam PAS. Syurga Pok Nik lah ganjarannya. Tahniah Tan Sri. Orang BN kata hendak pecat tak sampai hati, nasib baik ada orang tolong kutip.




Posting Asal:


Ini gambar Pesuruhjaya PAS Selangor Abdul Rani Othman dan bekas Menteri Besar Selangor, TS Muhammad Haji Muhammad Taib atau lebih dikenali sebagai Mat Taib atau Mat Tyson. Laman sosial Facebook PAS Kota Raja telah mula mewar-warkan bahawa Mat Taib akan masuk PAS malam ini. Dalam Facebook berkenaan semalam menulis, "Biar gambar ini berbicara. Saksikan malam esok kejutan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam bersama Abg Mat Sabu, Khalid Samad & pimpinan PR"

Kita sudah tidak kisah Mat Taib hendak masuk PAS. Itu pilihan beliau di dalam negara yang demokratik. Kebanyakan ahli UMNO sudah tahu kenapa Mat Taib hendak masuk PAS. Mat Taib amat kecewa dengan kepimpinan UMNO yang gagal mencalonkan menantunya untuk satu tempat di ADUN. Khabarnya, beliau mahu menantunya itu menjadi Menteri Besar satu hari nanti. Kita faham dengan PAS yang suka mengambil orang-orang tua, orang-orang terbuang dan menapous untuk diangkat menjadi pemimpin dan ikon parti mereka.

Satu lagi yang membuat CTS tersenyum adalah kebanyakan ahli-ahli baru yang tua dan menapous ini dahulunya dikutuk, dihina dan dikeji. In Sha Allah, selepas masuk PAS, dosa-dosa Mat Taib akan bersih suci ibarat bayi yang baru dilahirkan. Tiada lagi kedengaran kutukan-kutukan PAS sebelum ini terhadap Mat Taib seperti melarikan dan menculik Puteri Sultan, MB yang tidak tahu berbahasa Inggeris, merompak wang Rakyat Selangor dan melarikan diri ke Australia dan sebagainya. Itulah PAS. Hipokrik dan munafik.


0 Keganasan Unit Anal PAS Terhadap Chegubard - Apakah @AnwarIbrahim Akan Berdiam Diri?


Masih dengan berita penamaan calon dua hari lepas yang memperlihatkan PAS dan PGayR bertanding menetang satu sama lain di beberapa tempat. Salah satu yang menjadi tempat kontroversi adalah di N21 Sungai Acheh. Kejadian yang berlaku di Dewan Jawi, Nibong Tebal, tidak mungkin dapat menutup pekung yang busuk tali ikatan di antara PAS dan PGayR. 

Umum mengetahui  CheGuBard telah diamanahkan mewakili PGayR untuk DUN N21 Sungai Acheh walaupun timbul pertindihan. Telah diputuskan oleh Majlis Presiden yang diwakili oleh Wan Azizah, Haji Hadi dan Lim Kit Siang dalam perbincangan terakhir bahawa PGayR dipilih mewakili Pakatan Haram di Sungai Acheh. Mustafa Ali juga telah bagi jaminan 1 lawan 1 susulan daripada perbincangan tersebut. CheGuBard adalah satu-satunya calon yang direstui oleh Pakatan Haram untuk N21 Sungai Acheh. 

Walau bagaimanapun Pemuda PAS Pulau Pinang tetap melanggar arahan pusat untuk turut bertanding. Diberitakan oleh blogger-blogger Pakatan Haram sendiri, pada pagi yang berkenaan, CheGuBard dengan sengaja dihalang masuk oleh rantaian Unit Anal PAS dan pemuda PAS. Beliau juga cuba dipukul dan anak isterinya ditolak oleh pemuda PAS di depan pusat penamaan dalam usaha tekanan dan halangan untuk CheGuBard hantar borang pencalonan. 

Ramai saksi yang melihat kejadian ini. Mungkin kalau ia dilakukan oleh UMNO, maka gegak gempitalah berita ini disiarkan di Haprakdaily dan Suara Keldaian. Nampak gayanya PAS semakin kemaruk dengan kuasa. Keganasan menjadi sebahagian dari darah daging. Sesama sendiri inikan ingin bergaduh, apatah lagi dengan pihak lawan mereka, Barisan Nasional. Apakah PGayR akan tunduk membisu tanpa sebarang tindakan susulan? Atau apakah mereka seperti Ketua Umum yang ulama di siang hari dan menjadi pondan di malam hari?

April 21, 2013

8 Gambar Roket Tumbang Yang Tidak Mungkin Disiarkan Di Ubah.TV, DAP TV dan Portal Roket



Tekini dan sensasi. Berita yang tidak mungkin disiarkan di mana-mana portal pembangkang terutamanya portal dan TV DAP. Sebuah roket dipercayai terhempas akibat tidak berjaya berlepas untuk misi ke bulan. Kejadian berlaku di Kluang, Johor.

Mengikut Jabatan Kaji Cuaca, ini mungkin berlaku disebabkan roket ini mengalami ejakulasi pra matang disebabkan pemandu roket ini, Lim Kit Siang, yang diberitakan akan memandu masyarakat Cina di Gelang Patah untuk menjadi rasis telah terlalu tua dan telah menapous. Ini mungkin penanda dan menjadi batu nisan pemandu berkenaan di bumi Johor, bumi keramat.

Punca roket ini terhempas masih dalam siasatan, oleh kerana kotak hitam masih tidak dijumpai. Siasatan awal Central Executive Committee (CEC), DAP Pusat, dengan menggunakan perisian Microsoft Excel, mendapati ini semua salah UMNO! Walau apapun terjadi, ini semua salah UMNO!!!

2 Ciri-Ciri Seorang Wakil Rakyat Yang Terbaik - @Khalid_Ibrahim Gotong Royong Pakai Baju Batik!



Inilah yang dikatakan seorang calon Wakil Rakyat yang terbaik. Sanggup turun padang sewaktu tempoh berkempen untuk projek gotong royong bersama-sama dengan Rakyat. Apa susahnya, pegang "scoop" atau cangkul, buat muka kepenatan sedikit, ambil gambar dan letakkan di dalam laman sosial Facebook! 

Kelihatan juga di gambar bekas EXCO Kanan Selangor, Ronnie Liu turut bersama-sama dengan beliau. Entah apa yang dijanjikan kepada Ronnie Liu yang menyebabkan Ronnie Liu sentiasa mengikuti bontot TS Khalid Ibrahim, walaupun beliau digugurkan dari jadi calon PRU-13? Jawatan  Senator atau kontrak rumah urut di Selangor?

Mana pegawai khas yang menguruskan etika berpakaian Mantan Menteri Besar ini? CTS sebelum ini pernah membuat posting bagaimana TS Khalid Ibrahim pernah berpakaian lengkap berbaju Melayu bersamping sewaktu menghadiri Majlis Sukaneka Kakitangan PKNS! Mana ada orang pergi gotong royong membersihkan kawasan pakai baju batik lengan panjang Khalid Ibrahim oooi! Failed!!!

7 Tun Dr Mahathir Berada Di Pasir Mas Semalam? Kalau Tidak Pembelit Dan Pembohong Bukanlah @hdaily09


Kalau bukan pembelit dan penyebar fitnah bukan Haprakdaily namanya. Ini berita fitnah yang disiarkan oleh Haprakdaiy semalam yang sempat di "print captured". Pertamanya, berita fitnah bahawa calon BN bagi Barisan Nasional, Johan Che Pa tidak muncul ke pusat penamaan calon. Umum yang hadir di pusat penamaan calon Pasir Mas tahu bahawa Johan Che Pa hadir di majlis berkenaan. Cumanya beliau tidak menyerahkan borang pencalonan atas sebab-sebab tertentu.

Berita fitnah kedua adalah kononnya kehadiran Tun Dr Mahathir ke Pasir Mas untuk memberi sokongan kepada calon Bebas, Dato Ibrahim Ali. CTS ada mengeluarkan satu posting semalam yang memaparkan Tun Dr Mahathir dan isteri berada di Kedah bagi memberi sokongan moral pada anak bongsu beliau yg dicalonkan di DUN 04 Ayer Hitam, Datuk Mukhriz. Bila pulak beliau ada di Kelantan?  Seperti biasa "link" berita ini semalam sudahpun dipadam apabila semakan dibuat hari ini. Sememangnya Harakah ini tepat dari sumber, sumber yang menipu! Lihat satu lagi bukti Tun Dr Mahathir berada di Kedah semalam:

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates