April 6, 2013

2 Usaha Terancang PAS Meng'songlap' Duit Tabung #OpsDaulat


Lihat perbezaan Tabung Wira Lahad Datu yang diwujudkan oleh dua pihak berlainan seperti di atas. Satu akaun diwujudkan oleh parti PAS yang mana apabila wang berkenaan hendak didepositkan ke Mesin Deposit Tunai, nama akaun yang keluar bukanlah 'Tabung Perajurit Lahad Datu' seperti yang diiklankan, sebaliknya tertera nama 'Parti Islam Se Malaysia'! 

Akaun 'Tabung Wira Lahad Datu' adalah akaun yang benar-benar telus. Nama tabung seperti diiklankan adalah sama dengan nama tabung yang dibuka di bank. Berbanding dengan kutipan yang dijalankan oleh pihak Media Prima yang mewujudkan satu akaun khas atas nama 'Tabung Wira Lahad Datu', PAS tidak mengarahkan pihak bank untuk mewujudkan satu akaun khas atau akaun asing dari akaun induk parti berkenaan. 

Persoalan kepada pimpinan PAS, jika ada wang sumbangan yang disalurkan melalui tabung derma Lahad  Datu untuk perajurit Negara, bagaimana Bendahari PAS hendak mengenal pasti wang itu adalah wang sumbangan untuk Tabung Lahad Datu dengan Tabung PAS semasa? Sehingga hari ini PAS tidak pernah mengumumkan jumlah hasil kutipan wang tabung berkenaan, berbanding dengan pihak Media Prima yang mengumumkan kutipan Tabung Wira Lahad Datu kini hampir berjumlah RM4 Juta.

April 5, 2013

6 Kenapakah Calon Muda Berpotensi Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Digugurkan PGayR Dari PRU-13? #SavePenang

Penyandang kerusi Parlimen Balik Pulau, Mohd Yusmadi Yusoff mengesahkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan kerusi tersebut pagi tadi melalui laman sosial Twitternya. Malah beliau juga dikhabarkan tidak dicalonkan di dalam mana-mana DUN di Pulau Pinang di dalam PRU-13.


CTS juga difahamkan calon muda berpotensi ini tidak termasuk di dalam senarai calon akhir PGayR yang di luluskan oleh pimpinan parti. Di dalam PRU-13, Yusmadi telah menewaskan Ahli Majlis tertinggi UMNO, Datuk Dr Noraessah Mohammad dengan kelebihan undi sebanyak 708 undi. Seorang calon "payung terjun" yang juga merupakan ahli korporat dari Teluk Kumbar, Mohammad Bakhtiar Wan Chik diberitakan menjadi pilihan Ketua Umum PGayR. 

Nampak gayanya kepimpinan yang bersih dan tidak banyak masalah seperti Yusmadi, yang juga merupakan seorang peguam tidak mendapat tempat di dalam PGayR. Mungkin beliau adalah mangsa kerakusan caturan politik pihak-pihak tertentu di dalam PGayR. Barisan Nasional, perkuatkan jenteramu di kawasan majoriti Melayu ini. InsyaAllah, Parlimen Balik Pulau akan diambil kembali!

10 Lagi Sinetron Murahan Dari Kelantan - Nasi Bungkus Untuk Mesyuarat EXCO!


Sebelum ini Haprakdaily memaparkan berita sampah di mana gambar Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat duduk bersila makan laksa di dalam majlis kutipan derma tabung milo. Semalam, portal yang sama turut memaparkan satu lagi berita drama sinetron murahan. Baca laporan Haprakdaily, di sini

Kelihatan di gambar, Nik Abdul Aziz Nik Mat, menikmati nasi bungkus untuk sarapan pagi bersama anggota-anggota EXCO kerajaan negeri yang lain. Kononnya, mesyuarat mingguan EXCO Kerajaan Negeri hanya berbekalkan 'nasi bungkus' sebagai langkah berjimat cermat menggunakan wang Kerajaan Negeri. 

Eloklah kalau Kerajaan Negeri hendak berjimat. Namun, CTS tengok nasi bungkus yang dibekalkan itu punyalah besar lauknya. Lauk ayam pulak tu. Ingat nasi lemak biasa yang RM1.00 satu tu. Air pulak air mineral berjenama "Citrus" tu. Awatnya tidak minum saja air paip yang telah dimasak? Lagi jimat! 

Nampak di sebelah kanan ada cawan yang akan diisi dengan air panas. Air apa agaknya yang akan dihidang. Pastinya air kopi, teh, Milo atau Nescafe. Takkan dihidang air panas kosong pulak kan. Cukup-cukuplah Rakyat dihidang drama sinetron murahan dari Kelantan. Rakyat muak dah wei. Bo la wei!

April 4, 2013

10 Pasangan Kontroversi Alvin & Vivian Akhirnya Mohon Maaf Kerana Menghina Bendera BN @KhairyKJ


Pasangan kontroversi di Malaysia, 10 minit yang lepas telah memohon maaf kepada penyokong-penyokong Barisan Nasional (BN) kerana memuatnaik gambar lucah yang disifatkan mereka boleh mempersenda dan menghina bendera BN. Gambar ini mendapat kritikan daripada ramai bloggers dan Facebookers malah CTS sendiri antara yang terawal mendedahkan perkara berkenaan. 

Hari ini juga, Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin dilaporkan oleh Utusan Malaysia, akan membuat laporan polis terhadap seorang wanita yang dikatakan telah mengambil gambar dirinya dalam keadaan tidak sopan dan hanya dilindungi oleh bendera BN. CTS berharap isu ini dapat diselesaikan dengan baik, dengan syarat, mereka melakukan semua itu kerana naif dan tidak didorong dan dipergunakan oleh pihak tertentu untuk memburukkan dan cuba menjatuhkan BN.

3 Sejak Bila PAS Percaya Hantu Syaitan Untuk Menang PRU-13 Ni? #Vote4BN



Astaghafirullahaladzim.

Berbeza sungguh cara berpolitik PAS jika dibandingkan sewaktu Allahyarham Ustaz Fazil Nor ketika beliau masih hidup. Sebelum ini Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat pernah berfatwa bahawa parti berkenaan boleh bekerjasama dan menerima bantuan waima dari Syaitan sekalipun.

PAS kini telah jauh tersasar dari Islam. Fitnah dan adu domba sudah menjadi santapan makanan utama. PAS kini sudah mula percayakan perkara-perkara tahyul. Lihatlah saja kepada gambar di atas. PAS kini sedang mula menyeru hantu Altantuya untuk memperolehi kemenangan di dalam PRU-13. Karut marut PAS sudah tidak boleh diubati lagi. Beginikah politik cara Islam? 


18 Apa Masalah Vivian Bergambar Bogel Di Facebook Dengan Bendera BN? Hendak Burukkan Parti?



Masih ingatkah lagi dengan pasangan warganegara Malaysia, Alvin dan Vivian, yang berbogel dan melakukan hubungan seks serta tanpa segan silu telah memuatnaik 'kisah cinta' mereka yang terlarang itu ke dalam laman sosial Facebook dan Youtube untuk tontonan umum.

Semalam, Vivian sekali lagi melakukan kontroversi dengan bergambar bogel dengan merentangkan bendera Barisan Nasional pada tubuh bogelnya dengan "caption" "Remember to vote for BN! 记得投国阵哦! Ingat, undilah BN!". 

Jika tindakannya ini bertujuan untuk mempromosikan parti, CTS rasa tindakan beliau salah. Ini lebih kepada satu usaha untuk mensabotaj Barisan Nasional. Tidak dapat dipastikan saam ada tindakan perempuan 'jalang' ini didalangi oleh Pakatan Haram yang mutakhir ini sering dikaitkan dengan gambar dan video lucah pemimpin-pemimpinnya.

April 3, 2013

8 Parlimen Bubar Baru Kerajaan Selangor Nak Tunai Janji? Tak Cukup Pulak Tu! @DrSitiMariah #ManifestoBukanJanji


Apabila Parlimen dibubarkan hari ini, ramai pula ADUN-ADUN Pakatan Haram Selangor yang cuba mengiklankan bahawa mereka telah sedaya upaya untuk menunaikan "manifesto bukan janji" Kerajaan Selangor. Salah seorang daripadanya adalah Dr Siti Mariah. Setelah 5 tahun memerintah, baru teringat "manifesto bukan janji" iaitu memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra sekolah. 

Kenapa di dalam baucer di bawah nilainya hanya RM35? Bukankah manifesto kata amaunnya adalah RM50 sebulan bagi seorang pelajar pra sekolah? Berapa orang pelajar tadika di seluruh Selangor yang mendapat baucer sebegini? Kenapakah selepas 5 tahun memerintah, baru hari ini baru teringat hendak memberikan baucer? Adakah ini sekadar melepaskan batuk di tangga?

8 PM @Najib Razak Baru Umum Bubar Parlimen, Billboard 1Malaysia Mula Diturunkan Oleh MBSA #SaveSelangor




Baru sahaja Perdana Menteri DS Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Parlimen pagi tadi untuk memberi laluan kepada PRU-13, juak-juak Pakatan Haram di Selangor sudahpun menjadi cemas.  Billboard yang mempunyai wajah Perdana Menteri dan 1Malaysia habis ditanggalkan dan diturunkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Gambar-gambar ini diambil di bulatan Kota Kemuning. 

Kita sedia maklum jawapan standard yang bakal diberikan oleh MBSA - tiada lesen dan kebenaran tidak diberi. Kalau itu alasan mereka, CTS hendak tanya, kenapa pula billboard sebesar gergasi dibenarkan dipasang di seluruh Selangor dengan gambar-gambar ahli politik (yang tidak ada kena mengena dengan Selangorpun ada) berserta logo "Selangorku" dan "Demi Rakyat"? Ini boleh pula?

3 Parlimen Bubar! - Video Pembubaran Parlimen Dan Gambar-Gambar PM @NajibRazak Di Istana Negara

Terkini: Alhamdulillah Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak telah membubarkan Parlimen bagi sessi ke 12 sebentar tadi. Tahniah Dato Seri. InsyaAllah, majoriti Rakyat Malaysia akan bersama Barisan Nasional di dalam PRU-13 akan datang.


Ini video pengumuman pembubaran Parlimen kali ke 12:

video


Posting Asal 11.00 a.m.:





Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan bahawa Perdana Menteri akan membuat kenyataan secara langsung di TV Malaysia pada pukul 11.30 pagi ini. Apakah pembubaran Parlimen akan berlaku pada hari ini sebagaimana yang ditunggu oleh semua Rakyat Malaysia?

7 @nikabdulaziz Memfitnah di Dalam Twitter Bahawa Utusan Malaysia Menyiarkan Keputusan Nombor Ekor


Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, hari ini telah memfitnah Utusan Malaysia menyiarkan keputusan nombor ekor. Walaupun kenyataan beliau itu dilakukan oleh "admin" yang dipercayai diuruskan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar, fitnah sebegini seharusnya tidak dilakukan. Walaupun beliau menuduh Utusan Malaysia melakukan fitnah, secara sedar atau tidaak beliau turut melakukan perbuatan terkutuk itu.

CTS minta penyokong Poknik BUKTIKAN ADA KEPUTUSAN NOMBOR EKOR dalam akhbar Utusan Malaysia. Kalau ada, satu undi untuk Pakatan Haram dari CTS dalam PRU-13 akan datang ... atau memang nak bawa dosa memfitnah sampai mati? Rasanya sudah berpuluh tahun Utusan Malaysia tidak ada menyiarkan keputusan nombor ekor. Kesihan puak-puak depa ni. Konon perjuangkan Islam tapi setiap hari asyik kerja memfitnah sahaja.

April 2, 2013

1 DAPig Ketandusan Calon? Bekas Orang UMNOpun Jadi Calon DAPig Raub


Kalau anda pemimpin-pemimpin Barisan Nasional dan anda telah diketepikan kerana kegagalan untuk berkhidmat atau faktor umur yang menghampiri senja, anda boleh memilih untuk bertanding di bawah parti PGayR. Tidak percaya boleh tanya Chua Jui Meng atau Fauzi Abdul Rahman. Nampak gayanya calon payung terjun dari bekas-bekas pemimpin UMNO dan Barisan Nasional telah mula menular ke dalam DAPig. DAPig semalam mengumumkan pencalonan Mohd Ariff Sabri Aziz untuk mewakili parti bagi Parlimen Raub yang kini disandang oleh Menteri Pelancongan Dr Ng Yen Yen bagi pihak Barisan Nasional.

Ariff Sabri atau lebih dikenali dengan nama bloggernya Sakmongkol AK47 yang telah menyertai DAP sejak lebih setahun lalu. Turut menyertai DAP bersama beliau pada awal 2012 adalah Aspan Alias, juga seorang blogger dan pemerhati politik yang asalnya dari UMNO. DAPig sekiranya ingin berubah sejajar dengan slogan UBAH harus berani mengenengahkan barisan pelapis muda seperti yang mereka lakukan pada 2008, dan bukannya mengikut trend parti rakan-rakan mereka di dalam PAS dan PGayR yang mengutip sampah-sampah yang terbuang di dalam UMNO untuk diketengahkan sebagai calon. Ini bukan hendak berubah tapi lebih kepada hendak rebah.

0 Gagal Memburukkan Kerajaan Melalui Teksi, Pakatan Haram Mula Menyerang Pengusaha Bas

Menjelang pembubaran Parlimen yang dijangka pada bulan ini, Pakatan Haram telah menggiatkan usaha untuk memburukkan agensi-agensi Kerajaan seperti FELDA, Tabung Haji, LTAT mahupun syarikat yang memberikan perkhidmatan seperti Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).  Terbaru, Pakatan Haram melalui Ahli Parlimen Selayang, William Jee Keen, mendakwa bahawa sebanyak 130 pengusaha bas swasta berhadapan dengan kerugian besar berikutan polisi yang digunakan Kerajaan dan SPAD. Sumber Sinar Harian di sini.

Menurut beliau, pihak mereka telah menerima aduan daripada Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Semenanjung Malaysia (PMBOA) yang mengadu kononnya polisi yang digunakan kerajaan dan SPAD selama hari ini banyak merugikan operator swasta, yang mana hampir setiap tahun ada syarikat yang bankrap. Mereka mendakwa masalah ini boleh melibatkan 6,000 orang pekerja bakal kehilangan pekerjaan mereka termasuk mereka yang terlibat dalam tugas-tugas menyelenggara. Mereka juga mendakwa polisi sedia ada menyebabkan berlaku pertindihan tugas, penetapan laluan bas yang tidak konsisten sehingga merugikan pengusaha bas swasta dan dalam masa yang sama memberi tumpuan kepada syarikat syarikat GLC seperti Prasarana-Rapid dan MARA sahaja.

Kerajaan amat komited untuk membantu pengusaha-pengusaha bas swasta malah DS Najib Tun Razak pada 19 Disember 2011, telah mengumumkan bahawa Kerajaan telah meluluskan dana berjumlah RM400 juta bagi membantu syarikat bas henti-henti yang sedang menghadapi masalah kewangan di dalam meneruskan operasi mereka. Dana yang diluluskan itu akan diurus oleh SPAD, yang telah mengagihkan sejumlah RM100 juta pada suku pertama 2012. Setakat April 2012 sahaja 9 syarikat bas berhenti-henti telah menerima dana sokongan sementara berjumlah hampir RM4.5 daripada SPAD bagi menyelesaikan masalah kerugian yang ditanggung pengusaha bas berkenaan.

Syarikat yang telah mendapat dana bantuan itu ialah Syarikat Kenderaan Klang Banting Berhad, Wawasan Sutera, De'alfa City dan Seranas dari Selangor; KR Travel and Tours Sdn Bhd dan Syarikat Rembau Tampin Sdn Bhd (Negeri Sembilan); Jalan Langgar Transport Company Berhad dan Kuala Kedah Transport Company Sdn Bhd (Kedah); dan Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan. Malah syarikat bas di negeri Selangor di bawah pemerintahan Pakatan Haram, Cityliner yang menjalankan perkhidmatan bas henti-henti antara Tanjung Karang dan Kuala Selangor kini dapat disambung semula setelah dihentikan dua tahun lalu akibat kerugian.

April 1, 2013

9 Lagi Gambar Seks Ahli Majlis PGayR Dan Naib Pengerusi Wanita PGayR Penang Tersebar




Satu demi satu kita dihidangkan dengan video dan gambar seks Ahli Majlis PGayR. Belum sempat reda isu Ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani dan juga Ketua Penerangan PGayR Merbok, Saharuddin Hamid, yang ditangkap melancap di hadapan komputer yang sedang "online" (Maaf CTS tidak siarkan posting dan video berkenaan kerana geli geleman dan memualkan), tersebar pula gambar bogel di antara Ahli Majlis PGayR, Tan Seng Kiat bersama pasangannya, Naib Pengerusi Wanita PGayR Penang yang dikenali dengan Karolin. Sumber asal CTS perolehi daripada Anak Seberang.

Tahniah ahli-ahli PGayR. Pemimpin-pemimpin anda tidak sunyi daripada adengan-adengan seks. Kalau betullah hubungan terlarang tu berlaku di antara dua individu berkenaan, ia memang sangat memalukan dan juga mengesahkan bahawa parti pembangkang PGayR ini memang ada masalah moral yang sangat kronik. Nampak gayanya Assmin Ali, Raja Ice Cream Negara mempunyai rakan yang suka melakukan seks di bilik mandi! Ingat PgayR Ingat Seks Bebas!

7 Gambar Biadap Dan Keanak-Anakan @teressakok - Inikah Gaya Seorang YB Selangor?


Inilah wajah sebenar seorang EXCO Kanan DAPig Selangor, Teressa Kok. Anda boleh memilih untuk tidak menyokong parti pemerintah. Anda juga boleh memilih untuk tidak menyokong konsep 1Malaysia. Namun tindakan sebegini CTS rasakan biadap dan keterlaluan serta keanak-anakan dan tidak sesuai dipamerkan oleh seorang Yang Berhormat, Ahli Parlimen dan EXCO Kerajaan Negeri. 

Teressa Kok boleh memilih untuk berdiri tegak atau langsung tidak hadir ke majlis tersebut. Yang bergambar dengannya bukan calang-calang orang. Inilah pengundi-pengundi yang berdaftar di Seputeh, walauun mereka mengambil pendirian untuk menyokong Barisan Nasional. Tindakan EXCO Kanan ini juga turut mendapat kritikan daripada "fanpage" penyokong DAPig sendiri iaitu UBAH UBAH UBAH yang mana mereka menulis antara lain seperti terjemahan di bawah: 
大家看看雪兰莪州行政议员郭素沁有多么幼稚!即使你多不认同一个大马的理念,有必要比出这种手势来侮辱其他政党的理念吗?你可以不认同,但请学会尊重,你这样做和思想还不成熟的青少年有什么差别呢?
Sila lihat betapa naif EXCO Selangor, Guo Su Qin! Anda tidak perlu menunjukkan apa-apa tanda sebagai idea untuk satu penghinaan kepada parti-parti politik yang lain, walaupun anda tidak bersetuju dengan konsep Satu Malaysia, bukan? Anda mungkin tidak bersetuju, tetapi sila belajar daripada perkara berkenaan. Dengan melakukan ini bukankah seolah -olah anda berfikir seperti remaja yang tidak matang? 

March 31, 2013

3 Program Rapat Mesra Kinabalu Mengundang Ratusan Ribu Rakyat - PKNS Sesak Semalam #BN4Selangor



Tidak dapat dipastikan mengapa Kerajaan Pakatan Haram Selangor mengadakan Majlis "Rapat Mesra Kinabalu" di Kompleks PKNS, jam 3.00 petang semalam. Walaupun majlis berkenaan dihadiri oleh Menteri Besar Selangor sendiri, kehadiran Rakyat terutama sasaran masyarakat Sabah yang bermastautin di Lembah Kelang amat mengecewakan. 

Kehadiran Lajim Ukin dari Sabah juga tidak mampu menarik kehadiran Rakyat. Melihat kepada momentum yang ditunjukkan oleh Rakyat Selangor, tidak mustahil Shah Alam khasnya dan Selangor khasnya mampu dirampas kembali daripada Pakatan Haram. Slogan "Ini Kalilah" yang diutarakan untuk Pakatan Haram merampas Sabah nampak seperti tiada impak. Mungkin Masyarakat Sabah tidak mahu menjadi seperti Rakyat Selangor yang tertipu selama 5 tahun di bawah pemerintahan Pakatan Haram Selangor. 

Mungkin ini juga sebabnya Presiden PGayR, Wan Azizah diwar-warkan akan bertanding di salah satu DUN di Selangor. Perancangan besar Anwar Ibrahim adalah untuk meletak isterinya sebagai bakal Menteri Besar Selangor yang baru disebabkan pengaruh dan cengkaman Khalid Ibrahim di Selangor semakin lemah dan longgar.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates