March 29, 2013

5 Qiamullai Perdana Bersama Oostad Badrul Amin Di Kuala Krai - Jemput Adik-Adik Dan Kakak-Kakak


Percaya sungguh orang Kelantan terutama Rakyat Bandar Kuala Krai dengan Oostad PGayR Badrul Amin yang telah ditangkap khalwat dengan isteri orang dengan memberi alasan memberi kaunseling pada jam 4.00 pagi. Hari ini Oostad Badrul Amin telah dijemput untuk memberi Forum Perdana dan lebih mengejutkan Qiamulail Perdana turut akan diadakan pada jam 4.00 pagi! 

Kita mengharapkan Qiamulail berkenaan hanya akan berakhir di masjid berkenaan sahaja dan tidak melarat sehingga ke bilik-bilik hotel untuk sessi kaunseling ya Oostad? Bahaya adik-adik dan kakak-kakak di Daerah Kuala Krai malam ini. Diharap para suami akan memastikan si isteri berada di rumah sepanjang malam ini ya.

March 28, 2013

9 Gambar-Gambar Menarik Pakcik Tua Berbangsa Cina Mengelilingi Penang Dengan Kapcai Menentang DAPig





Gambar-gambar di atas diambil oleh seorang sahabat di sekitar Bagan (Butterworth), Pulau Pinang. Gambar-gambar ini wajar mendapat tempat di dalam blog CTS. Ianya memperlihatkan kegigihan seorang Pakcik Tua berbangsa Cina mengelilingi Pulau Pinang dengan motosikal "kapchai"nya secara berseorangan sambil berkempen untuk DS Najib Tun Razak serta menyeru Rakyat menolak Kerajaan DAPig Pulau Pinang.

Bukan menjadi satu perkara yang pelik di Pulau Pinang pada masa sekarang bila mana Rakyat Malaysia berbangsa Cina bangun untuk menolak Kerajaan Rejim DAPig di Pulau Pinang. Pakcik ini juga turut terlibat dengan perhimpunan-perhimpunan awam yang membantah Kerajaan Joseph Lim Guan Eng seperti gambar-gambar di bawah:




0 Tragedi Memali "Revisited" - Video Menyingkap Sejarah Yang Belum Pernah Disiarkan

Video eksklusif yang belum pernah tersiar. Video yang tersimpan di dalam Akta Kerahsiaan Negara selama ini, kini disiarkan. Menyingkap kembali sejarah Memali bagi memberi pencerahan kepada generasi muda hari ini tentang hal sebenar yang diputarbelit oleh pembangkang bagi memburukkan pihak Polis / Kerajaan. Semperna Hari Polis Yang Ke 206, UMB secara eksklusif akan menyiarkan video Insiden Memali secara bersiri. Saksikan Bahagian I (Intro) Tragedi Memali yang juga boleh ditonton di Youtube, di sini. Video penuh akan menyusul sedikit masa lagi.


Saksikalah di dalam video ini di mana wanita dan kanak-kanak dijadikan sebagai perisai bahagian hadapan. Ini bertentangan dengan prinsip Islam sendiri di mana pemimpin terutama kaum lelaki wajib berada di barisan hadapan sesuatu peperangan. Jelas di dalam video ini pihak Polis bertindak dengan tenang untuk menyuraikan orang kampung yang bertindak agresif. Rakaman oleh pihak Polis di dalam Madrasah Ibrahim Libya juga memperlihatkan pengaruh PAS, Syiah di Iran serta Muammar Ghaddafi dari Libya. Amanat Haji Hadi menjadi sumber rujukan perjuangan mereka.

Saksikan juga temubual dengan bapa Ibrahim Libya. Bapanya tidak sedih dengan apa yang berlaku kerana mereka semua tidak mengikut nasihatnya untuk mengelak kebinasaan yg berlaku. Ibrahim Libya dipengaruhi oleh anasir asing, ahli PAS dari Alor Setar (Mat Hassan) yang menggalakkan mereka menentang Kerajaan berdasarkan Amanat Haji Hadi. Bapa Ibrahim Libya tidak mengaku anak jika Ibrahim tidak menyerah diri.

Ini merupakan situasi sebenar yang berlaku, bukan versi rekayasa oleh PAS kerana kandungan 'Kertas Putih' telah dibentang dan disahkan di Parlimen dengan kehadiran wakil PAS dan pemimpin pembangkang sendiri. Kertas Putih Memali boleh dibaca dan diperolehi di sini.

3 13 Kejutan Anwar Ibrahim & Pakatan Haram Menjelang PRU13













March 27, 2013

5 Ribuan Menyambut Lawatan Lim Kit Siang Ke Pasar Pagi Segamat


Media Roketkini dan cybertrropers DAPig sudah mula memainkan isu bahawa masyarakat Segamat memberikan sambutan yang amat menggalakkan kepada YB Lim Kit Siang dan YB M Kula ketika mereka berdua mengadakan lawatang ke pasar pagi di daerah berkenaan. CTS memudahkan mereka untuk melakukan kiraan dengan menyiarkan gambar di atas. Lihat dari wajah "uncle" yang bersalaman dengan Kit Siang, kita sudah tahu apa yang tersirat di hatinya. Welcome to contest in Johor, Uncle Lim Kit Siang.

0 Pandai Buat Fitnah, Kenapa "No Role" Izzah Gagal Menjawab Surat Kementerian Wilayah Persekutuan Selepas 5 Bulan?!




Ceritanya mudah, Menteri Wilayah Persekutuan, Dato’ Raja Nong Chik telah melaksanakan Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP1M), cetusan idea Perdana Menteri, di mana persatuan penduduk perumahan kos rendah dan sederhana rendah swasta dibantu untuk menyelenggara kawasan perumahan mereka. Tabung ini yang pada asalnya cuma untuk Wilayah Persekutuan mendapat sambutan hangat dan berjaya memulihkan banyak kawasan perumahan yang usang sehingga akhirnya diperluaskan ke seluruh Malaysia.

"No Role" Izzah, anak kepada Ketua Umum PGayR, yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai seperti biasa, bila melihat kejayaan TP1M ini terus membuak-buak perasaan hasad dengkinya. Maka dia pun mencanangkan di sana sini kononnya pemberian kontrak bagi kerja penyelenggaraan dibuat secara tidak telus. "No Role" Izzah menabur fitnah kononnya kos penyelenggaraan di bawah Tabung ni terlalu mahal dan kononnya Kerajaan Pakatan Haram Selangor dapat melaksanakan kerja penyelenggaraan dengan harga yang lebih murah.

Bila ada penduduk-penduduk yang mendengar fitnah Nurul ni, mereka terus mengadu kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB). Kementerian berkenaan bertindak dengan mengeluarkan surat bertarikh 11 October 2012 untuk meminta penjelasan daripada Ahli Parlimen Lembah Pantai untuk tohmahan berkenaan. Berikut adalah sebahagian daripada isi kandungan surat berkenaan:
2. Adalah dimaklumkan Kementerian ini telah menerima aduan dari penduduk berkenaan yang menyatakan YB telah mengeluarkan kenyataan bahawa kos projek yang dijalankan oleh Kerajaan Persekutuan untuk mengecat semula bangunan kediaman adalah terlalu tinggi yang mana YB juga mendakwa bahawa Kerajaan Negeri Selangor hanya memerlukan RM1 juta sahaja untuk mengecat bayak blok bangunan sedangkan di bawah program TP1M untuk mengecat satu blok sahaja sudah mencecah RM733,000.
3. Kementerian ini merasa dukacita dengan dakwaan yang sedemikian kerana program-program murni yang dicetuskan oleh Kementerian ini adalah untuk kesejahteraan rakyat dan dilaksanakan dengan mengambilkira 'value for money'. YB telah menjadikan ia isu tanpa bukti atau fakta yang jelas dan sememangnya untuk mengelirukan pemikiran rakyat.
4. Justeru, Kementerian ini memohon kerjasama YB supaya tampil mengemukakan bukti dakwaan berkenaan dengan mengemukakan kepada Kementerian ini butiran terperinci projek berkenaan yang dilaksanakan di Negeri Selangor yang meliputi senarai kuantiti, spesifikasi kerja, skop kerja, kadar harga dan juga kos sebenar yang terlibat sebagaimana dakwaan YB. Butiran ini adalah perlu bagi Kementerian menyemak, menilai dan membuat perbandingan secara komprehensif.
5. Untuk makluman YB juga, sebagaimana surat Kementerian ini kepada YB bertarikh 23 Mac 2012, pihak kami telah menjelaskan bahawa prosedur perolehan kepada setiap kerja yang dilaksanakan di bawah Program Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia diproses secara sebut harga atau tender terbuka dan mematuhi pekeliling/peraturan semasa yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan Malaysia.
6. Akhir sekali, Kementerian ini sekali lagi memohon kerjasama YB mengemukakan dokumen sebagaimana di para 4 di atas untuk tindakan.
Prinsip Kementerian dan Dato Raja Nong Chik adalah mudah. Kerjaan Barisan Nasional mesti berusaha sehabis baik untuk rakyat. Kalau pembangkang mempunyai idea atau cara yang baik, tidak salah kita nak belajar dari mereka demi kesejahteraan Rakyat. Dalam kes ni, bila "No Role" Izzah kata Selangor boleh melaksanakan kerja berkenaan dengan lebih murah, maka Kementerian ingin tahu bagaimana caranya supaya boleh dipraktikkan dalam projek-projek TP1M pada masa depan.

Sepatutnya "No Role" Izzah tidak segan silu untuk berkongsi maklumat seperti mana tohmahan beliau demi Rakyat. Namun malangnya sampai sekarang "No Role" Izzah gagal untuk membalas surat di atas. Surat berkenaan dihantar pada 11 Oktober 2012. Hari ini sudah 27 Mac 2013. Hampir 5 bulan!!! Apalah susahnya untuk menjawab surat Kementerian sehingga 5 bulan masih belum siap?

March 26, 2013

29 Gambar Nik Aziz Depan Rumah - Ini Rumah Atau Tokong



Ini rumah orang Islam ke atau rumah bukan Islam? Apa motif meletakkan gambar Nik Aziz sebesar berhala di hadapan rumah? Kepercayaan penganut sesetengah Agama adalah meletakkan gambar tertentu untuk menghalau hantu? Gambar Nik Aziz hendak menghalau hantu apa? Begitu taksub gila pengikut-pengikut PAS sehingga sanggup mendewa-dewakan Mursyidul Am ini sebegini rupa. Iman dan akidah tak tahulah bagaimana sehingga sanggup mendewakan manusia biasa sebegini rupa.

0 @RafiziRamli Meroyan Lagi - PM @NajibRazak Dikatakan Merapu Letak Syarat Untuk Permit Teksi Individu


Apabila Perdana Menteri DS Najib Tun Razak menghadiahkan 1,000 lesen teksi individu buat permulaan kepada pemandu-pemandu teksi, PGayR menjadi panas buntut. PGayR melalui Pengarah Strategik yang haru-biru, Rafizi Ramli telah memfitnah Kerajaan BN dan SPAD dengan mengatakan bahawa 1,000 penerima lesen teksi individu akan menerima geran bernilai RM5,000 tiap seorang bagi pembelian Proton Exora, dan mereka "wajib" membeli kenderaan jenis MPV itu untuk digunakan sebagai teksi. Baca Keldaiandaily, di sini.

Sebenarnya Kerajaan dan SPAD tidak pernah mewajibkan peraturan berkenaan seperti didakwa si lembut ini. Perkara pokoknya bukan wajib, sebaliknya pemandu-pemandu teksi yang diberi lesen individu digalakkan untuk membeli MPV berkenaan dengan insentif pembiayaan selama 7 tahun dan kadar keuntungan Bank sebanyak 2%. Ini ditambah dengan pemberian geran sebanyak RM5,000.

Tujuan syarat pembelian Exora seperti yang diumumkan oleh DS Najib adalah faktor keselesaan kerana  SPAD telah menerima banyak respon terutama pelancong luar negara yang mengadu teksi di Malaysia terlalu kecil memandangkan kapasiti bagasi yang mereka bawa dan ruang tempat duduk yang sempit jika dilihat pada saiz badan serta jumlah penumpang. Lebih parah bila ada tangki NGV. Adakalanya sampai tak muat nak masukkan bag. Ia juga bagi meningkatkan kualiti standad teksi bajet yang selama ini begitu sinonim dengan kereta saiz kompak Iswara, Saga dan wira.

Tuduhan Rafizi Ramli bahawa pemberian lesen itu menjelaskan betapa usaha kerajaan yang sekadar mengumpan golongan pemandu teksi dan tidak serius menjadikan program itu sebagai dasar tetap kerajaan adalah tidak tepat dan berbaur dengki. Kerajaan komited untuk membantu pemandu-pemandu teksi. Pemberian lesen teksi individu juga bukan kali pertama. DS Noh Omar di laman sosial Facebooknya mengatakan beliau sendiri pernah memberi 3,000 permit teksi individu kepada pemandu semasa mengetuai Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD).

9 Jemputan Pecah Tanah Stadium Bukit Merbau Oleh Husam Musa!!! Laaa Ingat Stadium Sudah Siap


Pada 6 Mac 2012, CTS ada mengeluarkan satu artikel (lihat di sini) mempertikaikan bilakah Stadium dan Kompleks Sukan di Bukit Merbau, Pasir Putih, Kelantan hendak disiapkan. Ini berikutan Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat pada 18 Mei 2011, telah mengumumkan  projek pembangunan Bandar Baru Bukit Merbau yang akan menempatkan sebuah Kompleks Sukan, termasuk sebuah stadium yang mempunyai 40,000 kapasiti tempat duduk. Kompleks yang berharga sekitar RM159 juta ini akan dibina di atas tanah seluas 123 ekar milik kerajaan Negeri di Bukit Merbau, Pasir Puteh, Kelantan.

Kini selepas dua tahun dari tarikh pengumuman berkenaan yang dilakukan pada Sidang DUN Kelantan, EXCO Kanan Kelantan, Husam Musa sekali lagi melakukan magika apabila beliau memanggil dan menjemput seleuruh Rakyat Kelantan untuk hadir ke "majlis pecah tanah" Stadium dan Kompleks Sukan berkenaan pada 18 Jamadil Awal 1434H, 30 Mac 2013, masa 9.30 pagi - 1.00 petang. Lihat jemputan beliau di blognya di sini.

Mari kita lihat tarikh betapa effisyennya Kerajaan Kelantan melaksanakan projek untuk Rakyat:

18 Mei 2011 - Sidang Media oleh Menteri Besar Kelantan mengumumkan projek berkenaan.
Oktober 2011 - Dibentangkan di Sidang DUN. Dijangka projek bermula Mac 2012.
30 Mac 2013 - Majlis pecah tanah!!!!

Kita tidak tahu bilakah projek berkenaan akan siap sekiranya PAS terus memerintah. Selepas projek pecah tanah, mungkin Husam Musa akan panggil pula untuk perasmian perletakaan batu asas, tahun depan. Inilah PAS. Sentiasa menggula-gulakan Rakyat Kelantan dengan perasmian pecah tanah dan perletakan batu asas. Projek-projeknya tidak pernah siap!!!

March 25, 2013

9 Inikah Cara Badrol Amin Mengucapkan Selamat Hari Polis Yang Ke 206 - Dengan Memanggil Anjing!!!



Hari ini genaplah 206 tahun Sambutan Hari Polis diadakan. Sambutan ini diadakan meriah di seluruh negara bagi mengenang jasa-jasa anggota Polis Di Raja Malaysia (PDRM) yang menjaga keselamatan dan keamanan Negara. Dalam Rakyat menyambut kehadiran Hari Polis tahun ini dengan hiba dan sedih mengenangkan ada Wira-Wira Negara yang terkorban di dalam tragedi Lahad Datu, masih ada insan yang tidak mempunyai kepala otak dengan mempersendakan anggota PDRM. 

Tidak cukup dengan penghinaan dan cercaan daripada Tian Chua dan Nurul Izzah, dua hari lepas pula, Oostad PGayR yang terkenal dengan memukul isteri dan membuat kaunseling dengan isteri orang pada jam 3.00 pagi di bilik hotel telah memanggil anggota PDRM sebagai ANJING di dalam laman Twitter beliau. Kami difahamkan Oostad Badrul Amin ini mempunyai anak saudara berpangkat ASP di dalam PDRM. Apa perasaan anak saudara beliau dan anggota PDRM yang lain apabila mereka dipanggil dengan panggilan yang sehina-hinanya. 

Selamat Hari Polis Ke 206 buat semua anggota PDRM dan Al Fatihah buat Tok Wan CTS Sarjan Abdul Rahman bin Jaafar. Semoga Allah membalas jasa-jasa kalian dan menempatkan di syurga bersama para syuhada. Amin.

9 Nik Aziz Sembuhkan Wira #LahadDatu Dengan Bacaan Doa


Taksub betul "admin" Facebook Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat yang juga merupakan Setiausaha Politik beliau. Sehinggakan lawatan Nik Aziz ke kediaman Wira Lahad Datu Negara yang tercedera mendapat modal politik mereka. Lebih memilukan hati apabila diberitakan Menteri Besar berkenaan menggunakan ayat-ayat penyembuh untuk menyembuhkan kecederaan Wira Negara. 

Nampak gayanya Kerajaan Pusat kena mempertimbangkan untuk menghantar Nik Aziz ke Lahad Datu untuk memastikan sebarang anggota keselamatan kita yang tercedera boleh dibantu dengan ayat-ayat penyembuh Nik Aziz. Tambahan lagi, rasanya tidak perlulah lagi Nik Aziz mengadakan rawatan untuk menukar bateri jantungnya secara berkala di Hospital Kerajaan, memandangkan waima ayat-ayat penyembuhnya dapat menyembuhkan orang lain, pasti juga berkesan untuk dirinya juga. Bukankah begitu?

March 24, 2013

1 Lagi Hadiah Janji Ditepati Oleh PM @NajibRazak - Pemberian Lesen Teksi Individu


Hari ini DS Najib Tun Razak sekali lagi melakarkan sejarah sebagai Perdana Menteri Malaysia dengan memberikan lesen teksi individu kepada 1,000 orang pemandu teksi, buat permulaan. DS Najib juga telah mengumumkan  bahawa Yayasan 1MDB akan memberikan geran RM5,000 kepada setiap penerima lesen individu. Ini bermakna teksi baru pemilik lesen individu berjenama Exora yang berharga RM64,000, pemandu-pemandu teksi hanya perlu membayar RM59,000. Pinjaman boleh diperolehi dari BSN dan bayar an balik dalam masa 7 tahun. Teksi-teksi Exora baru yang dimiliki oleh pemilik individu ini juga dibenarkan untuk masuk ke lapangan terbang KLIA 1 dan II.

Menurut Pengerusi SPAD, Tan Sri Abdul Hamid Albar, pemberian 1,000 lesen ini bukan bermakna SPAD ada mengeluarkan lesen baharu. Ia sebenarnya lesen daripada syarikat-syarikat yang sedia asa. Sebagai langkah "Corporate Social Responsibility (CSR)", mereka pulangkan balik lesen ini kepada SPAD. Lesen itulah yang diberi balik kepada 1,000 individu ini. Ini penting memandangkan SPAD mengeluarkan lesen berdasarkan permintaan dan bukannya bekalan. Kalau bekalan terlalu banyak, maka agak sukar untuk pemandu teksi mencari makan.

Pakatan Haram di dalam Manifesto Bukan Janji telah berikrar untuk merampas semua lesen daripada syarikat-syarikat yang sedia ada dan memberikan kepada individu. Sedangkan Kerjaan Barisan Nasional sentiasa mempertingkatkan sistem yang sedia ada agar industri teksi tidak akan terlungkup dan pendapatan pemandu teksi dapat dipertingkatkan. Sebelum ini Kerajaan sudah bagi RM3,000 sebagai rebat bagi tuan punya teksi lama yang hendak menukar kereta baharu. Ini belum termasuk dengan insentif TR1M. Sekarang  Kerajaan prihatin dengan memberikan geran RM5,000. Harga Exora RM64,000 dan pemandu teksi cuma membeli dengan harga RM59,000, pembiayaan selama tujuh tahun dengan kadar keuntungan sebanyak 2 peratus.









 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates