March 22, 2013

0 Gambar Rakyat Penang Menentang Projek Mega @cmlimguaneng Yang tidak Mungkin Disiarkan Di Buletin Mutiara






Gambar-gambar di atas tidak mungkin disiarkan di Buletin Mutiara, lidah rasmi Kerajaan DAPig Penang yang menggunakan wang Rakyat. Juga tidak mungkin akan disiarkan di akhbar rasmi DAP Pusat iaitu Roket.  Petang tadi Rakyat Pulau Pinang bangkit berhimpun secara aman di Komtar, Pulau Pinang untuk membantah projek mega yang mahu dilaksanakan oleh Kerajaan DAPig Pulau Pinang. Ketua Menterinya, Joseph Lim Guan Eng baru-baru ini mengumumkan pembinaan terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion bagi menghubungkan Persiaran Gurney di pulau dengan Bagan Ajam di tanah besar.

Projek mega yang diumum kerajaan negeri pimpinan DAP itu melibatkan pembinaan empat lebuh raya utama termasuk terowong bawah dasar laut berkenaan. Pembinaan projek itu diserah kepada Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd iaitu syarikat tujuan khas yang dibentuk daripada lima syarikat - Zenith Construction Sdn Bhd, China Railway Construction (dua syarikat ini memegang keseluruhan 70 peratus ekuiti), Beijing Urban Construction Group (BUCG), Sri Tinggi Sdn Bhd dan Juteras Sdn Bhd yang masing-masing memiliki 10 peratus.

Joseph Lim Guan Eng dilihat seolah-olah begitu terdesak mengumumkan projek itu sedangkan Jambatan Kedua Pulau Pinang masih belum beroperasi dan kesan lalu lintas belum dapat dinilai lagi. Rakyat Pulau Pinang yang berhimpun juga mempersoalkan tindakan Lim menyerahkan tanah tebus guna seluas 44.51 hektar di Tanjung Pinang sebagai bayaran kepada pemaju projek berkenaan kerana nilai tanah semakin meningkat dan mendakwa transaksi seumpama itu hanya memanfaatkan pemaju.

March 20, 2013

7 Kenapa Wan Azizah Ambil Pelajar-Pelajar Kemas Untuk Kempen Pilihanraya PR? Kenapa Bukan Pelajar-Pelajar PASTI?



Garu kepala CTS yang tidak gatal apabila melihat salah satu poster dan banner Pakatan Haram apabila mengambil dua pelajar-pelajar Tadika Kemas sebagai model untuk kempen mereka. Lihat kedua-dua pelajar di sebelah kanan Wan Azizah yang memakai pakaian seragam Tadika Kemas. Apakah poster ini terlepas pandang atau Wan Azizah mengiktiraf Tadika Kemas yang diperjuangkan oleh Kerajaan Barisan Nasional selama ini? Kenapa tidak diambil model-model kanak-kanak daripada pelajar-pelajar Taska PASTI yang dipelopori oleh rakan sekutu mereka dari parti PAS? 

Umum mengetahui beberapa kali Kerajaan Pakatan Haram di Selangor, Pulau Pinang dan Perak (zaman pemerintahan Nizar The Puppet) cuba untuk mengusir pelajar-pelajar Kemas setelah mereka berjaya membentuk Kerajaan selepas 2008. Tidak percaya? Rakyat tidak pernah lupa. Lihat kejadian-kejadian berkenaan dilaporkan di sini, di sini dan di sini. Apakah poster di atas untuk menebus dosa atau poster di atas lebih kepada sandiwara dan wayang yang kerapkali dimainkan oleh Pakatan Haram?

March 19, 2013

0 Bukti Bergambar Kempen Untuk Pengundi Hantu PAS




Lokasi gambar-gambar ini diambil adalah di kampung Pengkalan Nangka, Pengkalan Chepa, Kelantan. Dalam PAS sibuk-sibuk menuduh UMNO dan Barisan Nasional mempunyai pengundi hantu, PAS pula sibuk menjalankan kempen dengan memasang bendera-bendera parti di sekeliling tanah perkuburan orang Islam di Kampung Pengkalan Nagka. Apakah yang cuba disampaikan oleh PAS? Apakah mereka akan terkubur selepas PRU-13? Terima kasih sekali lagi Tukar Tenuk di atas kiriman gambar.

8 Lihat Video Anwar Ibrahim Kalut Bila Ditanya Sama Ada Beliau Biseksual Atau Homoseksual


Terpanas di pasaran! Inilah "standard" jawapan yang selalu digunakan oleh juak-juak PGayR apabila diajukan soalan yang amat mudah. Manakan tidak, lihatlah wawancara dengan wartawan BFM 89.9 seperti di atas. Wartawan itu bertanyakan soalan mudah sebanyak 4 kali. Hanya perlu menjawab "YES" atau "NO". Apa yang susahnya untuk menjawab soalan begitu? Allah Maha Besar di dalam menunjukkan kebenaran di atas dunia lagi.

Wartawan itu bertanya Anwar Ibrahim, "Are you a homosexual or biseksual? Nampak sangat Raja Goyang kelam kabut dan dalam kekalutan untuk menjawab soalan tersebut. Jawapan orang nak dengar adalah "Yes" atau "No", tapi di jawabnya UMNO koruplah , UMNO rasuahlah. Nampak sangat Raja Goyang spin 360 darjah. Apa yang Anwar Ibrahim takutkan, penyokong beliau tetap setia menyokong beliau walaupun beliau gay. Lihat contoh kenyataan di bawah:

March 18, 2013

17 Nik Aziz Bersila Makan Laksa Pun Haprakdaily Jadikan Berita, Meh Lihat Tok Pa Bersila Melawat Orang Sakit!


Akibat bodek kuat dan terlampau taksub dengan pemimpin PAS, Mursyidul Am PAS duduk bersila makan laksapun dijadikan berita utama oleh Haprakdaily, lihat di sini. Apa hebatnya duduk makan bersila? Macamlah kita semua tidak pernah duduk makan bersila. Macamlah semua pemimpin UMNO tidak pernah duduk bersila. Untuk apakah majlis makan laksa ini diadakan? Tidak lain dan tidak bukan adalah bagi memungut derma untuk PAS Cawangan Pohon Kandis, dalam Dun Chempaka. Ooo majlis kutip derma ... makan laksa ...

Cuba lihat pula gambar-gambar di bawah. Ini adalah juga gambar seorang Menteri Kanan Kerajaan Barisan Nasional. Beliau duduk bersila bukan kerana hendak makan laksa. Beliau duduk di dalam majlis bukan untuk mengutip derma untuk tujuan PRU-13. Beliau duduk bersila tanpa kekok dan malu semata-mata untuk melawat Rakyat Kelantan yang sakit, ditimpa bala bencana dan keuzuran. Kenapa gambar-gambar ini tidak disiarkan di Haprakdaily? Bukankah gambar-gambar ini lebih baik dari gambar seorang tua makan laksa duduk bersila?





0 Nik Aziz Hipokrit - Adakan Hiburan Lelaki Perempuan Di Kelantan Walaupun Bertentangan Dengan Enakmen Negeri

Inilah sikap hiprokrit Menteri Besar Kelantan. Inilah sikap hipokrit Kerajaan PAS Kelantan. Apabila hiburan dilaksanakan oleh pihak lain walaupun mengikut syariaat di Kelantan semuanya haram. Bila juak-juak depa buat semuanya Halalal Toyyiba. Untuk makluman, berdasarkan Pekeliling Am Negeri, Bilangan 4 Tahun 2003, Garis Panduan Kawalan Hiburan 2003 [Pekeliling Am Negeri Kelantan no. SUK.D.200(01)600/1/Jld.III/(45)], para 3.2, telah mewartakan bahawa orang perempuan (cukup umur) atau lelaki menyerupai wanita, dilarang sama sekali untuk membuat apa-apa persembahan di khalayak ramai. 

Garis panduan ini telah menjadi makluman umum dan sememangnya menjadi penghalang kepada penggiat teater untuk mementaskan persembahan yang melibatkan pelakon wanita. Namun pada 15 Mac 2013 yang lalu, sempena Malam Penghargaan Karyawan Negeri Kelantan yang telah di adakan di hotel Grand River View, Kota Bharu, telah berlangsung pementasan teater yang melibatkan beberapa pelakon wanita. Antara pelakon wanita yang terbabit adalah Abby Abadi dan Aishah. 

Teater ini merupakan karya Dinsman dan berunsurkan Islam. Walaupun semua pelakonnya menutup aurat dan jalan cerita berkaitan sejarah Rasullullah SAW, tetapi amat mendukacitakan kerana ianya turut dihadiri oleh Nik Aziz Nik Mat sebagai Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan. Bukankah ini secara tidak langsung melanggar Garis Panduan Kawalan Hiburan di atas? Lihatlah gambar-gambar di bawah sebagai bukti. Terima kasih pengirim e-mail "Tukar Tenuk" di atas kiriman gambar-gambar.












March 17, 2013

7 Nik Aziz Komen "Anwar Ini Budak Cerdik" Dalam Kes Video "Aksi Si Raja Goyang"



Lihat video Sidang Media semperna Perasmian Expo Kelantan 2013 di Shah Alam, yang dilakukan oleh Kelantan TV bersama Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat. Selain dari mengulas kenyataan daripada Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak mengenai 7 dosa besar yang dilakukan oleh Kerajaan Kelantan, Mursyidul Am PAS tersebut turut mengulas mengenai kes terbaru Anwar Ibrahim. 

Lihat di saat yang ke 00:48, apabila ditanya tentang video Anwar Ibrahim yang terbaru mengenai "Aksi Si Raja Goyang", Nik Aziz dengan selamba mengatakan bahawa "Anwar Ini Budak Cerdik". Apa yang tersirat di sebalik perkataan Nik Aziz bahawa Anwar Ini Budak Cerdik? Dua kali beliau mengulangi Anwar Ini Budak Cerdik? Cerdik apa sebenarnya? Cerdik menipu? Cerdik bagi dan mencipta alasan? Atau cerdik menafikan setiap perkara berbangkit?
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates