March 9, 2013

8 Terkini - Kehadiran Hambar Rakyat Terhadap Sambutan 5 Tahun PR Memerintah Selangor Bakal Melambangkan Kejatuhan Di PRU-13















Bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, malam ini Kerajaan Pakatan Haram Selangor mengadakan ceramah perdana semperna 5 tahun DAPig, PGayR dan PAS berkuasa di Selangor. Walaupun dengan kehadiran penceramah utama seperti Ketua Umum PGayR, Anwar Ibrahim, Presiden PGayR, Wan Azizah, Pemilik Parti DAPig, Lim Kit Siang, Menteri Besar dan barisan EXCO dan ADUN Selangor, kehadiran Rakyat Selangor amat hambar!!!

Dataran Kemerdekaan Shah Alam pernah menarik hampir 100,000 Rakyat Selangor untuk mendengar ceramah agama Ustaz Azhar Idrus, gagal untuk mengamit walaupun 10% daripada jumlah itu malam ini. Kehadiran sekitar 2,000 hingga 3,000 orang sahaja. Rakyat Selangor sudah muak dengan Pakatan Haram. Sambutan 5 tahun pun gagal mengamit puluhan ribu orang. Ini petanda awal Pakatan Haram akan bungkus di Selangor di dalam PRU-13. Insya Allah.
Published with Blogger-droid v2.0.10

1 DAP Perak Bergolak!!! Kulasegaran Mula Menyerang Nga-Ngeh Bersaudara Di Twitter




Naib Presiden DAP Pusat, M Kulasegaran, semalam di dalam mesej di laman sosial Twitter beliau mendakwa Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham dan Setiausahanya yang juga sepupunya,  Nga Kor Ming meminggirkan beliau, masyarakat India dan berterusan dengan amalan rasuah. Tindakan Kulasegaran yang dilihat cuba melepaskan kemarahan beliau kepada Nga-Ngeh bersaudara melalui laman sosial Twitter, menunjukkan keadaan yang semakin parah dan masalah berpuak-puak di dalam DAP Perak.

Umum mengetahui di Perak, Kulasegaran membawa satu puak DAP manakala Nga-Ngeh bersaudara pula membawa satu puak yang lain. Ngeh yang merupakan Ahli Parlimen Beruas dan ADUN Sitiawan dan Nga  sebagai Ahli Parlimen Taiping dan dan ADUN Pantai Remis dilihat sealiran dengan Setiausaha Agung DAP Tokong Joseph Lim Guan Eng. 

Di dalam siri mesej di Twitter beliau, Kulasegaran mendakwa dipinggirkan di dalam sessi ceramah perdana yang diadakan pada 8 Mac di dalam kawasan parlimennya. Sebagai Ahli Parlimen Ipoh Barat dan juga "tuan rumah", Kulasegaran tidak dipanggil ke sessi ceramah berkenaan, sebaliknya, sessi ceramah berkenaan dimonopoli oleh Nga-Ngeh bersaudara. 

Sesi ceramah telah diadakan bersempena dengan kemenangan Pakatan Haram yang berjaya megambilalih lima negeri dan menafikan majoriti 2/3 parti pemerintah Barisan Nasional pada PRU-12, lima tahun lalu. Sesi ceramah itu turut dihadiri oleh Pengerusi Biro Undang-Undang DAP Pusat yang juga Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo. Gobind, yang juga anak Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh.

March 8, 2013

1 Sejak Bila Nur Misuari Minat Dengan Kes Liwat Anwar Ibrahim Hingga "Share" Cerita Pengakuan Bapa Saiful Di Fan Page Beliau?


Umum mengetahui betapa eratnya hubungan Ketua Umum PGayR dan pemimpin MNLF (sekali lagi CTS tekankan, jangan keliru dengan MILF), Nur P. Misuari. Mereka sama-sama bersahabat dan masing-masing saling bantu membatu untuk menjatuhkan musuh politik masing-masing. Anwar Ibrahim ingin menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Tun Razak manakala Nur Misuari pula hendak menjatuhkan Presiden Filipina, Benigno Aquino III.

Tiada angin, tiada hujan jauh sama sekali ribut dan taufan, hari ini kita dikejutkan dengan sidang media bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim, yang mengatakan bahawa anaknya telah dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, yang didakwanya termasuk seorang pegawai Perdana Menteri untuk memfitnah Anwar dalam kes Liwat II. Ingat drama ini hanya berakhir apabila Saiful Bukhari mengadakan sidang media menemplak Anwar Ibrahim menggunakan keluarganya. Rupanya ada lagi satu drama rupanya. 

Diam tidak diam, Nur Misuari telah berkongsi (share) cerita "u-turn" paling cantik yang dilakukan oleh Azlan Mohd Lazim di dalam Fan Page beliau di Facebook. Untuk apa cerita ini dikongsi? Untuk sebab apa seorang Rakyat Filipina berminat dengan cerita liwat pemimpin pembangkang di Malaysia? Adakah Anwar Ibrahim telah berkongsi skrip drama ini dengan Nur Misuari terlebih dahulu seperti mana ramai yang mengesyaki bahawa kedua-dua insan ini terlibat di dalam lakon layar pencerobohan Lahad Datu? Hanya masa akan membongkarkannya.

6 Saiful Bukhari Azlan Menjawab Dakwaan Bapanya Bahawa Beliau Dipergunakan Untuk Memfitnah Anwar Ibrahim



Saiful Bukhari Azlan sebentar tadi jam 6.00 petang telah mengedarkan kenyataan media di dalam sidang media di sebuah firma guaman, Zamri Idrus & Co di Solaris Dutamas, bagi menjawab dakwaan bapa kandungnya sendiri bahawa beliau telah dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, yang didakwanya termasuk seorang pegawai perdana menteri untuk memfitnah Anwar dalam kes Liwat II.


Sidang media berkenaan diadakan selepas bapanya, Azlan Mohd Lazim telah mengadakan sidang akhbar yang berlainan bersama pemimpin-pemimpin PGayR di sebelah awal petang. Sidang akhbar yang dibuat oleh bapa Saiful Bukhari ini mengejutkan ramai kerana beliau sebelum ini sentiasa rapat dan susah senang bersama anaknya itu. Sidang akhbar Azlan Mohd Lazim mendapat laporan hangat daripada portal pembangkang termasuk Malaysiakini.  Berikut adalah kenyataan penuh Saiful Bukhari Azlan mengenai dakwaan bapanya itu:


KENYATAAN MEDIA SAIFUL BUKHARI AZLAN
1. Saya berasa amat sedih dan dukacita dengan berita mengenai bapa saya. Saya sedih kerana bapa saya telah menjadi mangsa kerakusan politik makhluk bernama Anwar bin Ibrahim.
2. Demi Allah, Agama Bangsa dan Negara tercinta, Saya ingin tegaskan bahawa saya tidak sama sekali akan berganjak dengan dakwaan saya. Saya akan terus Istiqamah dan berpegang teguh pada dakwaan saya, segala keterangan saya di Mahkamah, juga sumpah laknat yang telah saya lafazkan, sehingga ke akhir hayat.
3. Kepada Anwar bin Ibrahim, bertaubatlah. Telah 5tahun saya bertahan, dan berdiri teguh walaupun sukar. Saya pasti Allah akan balas apa yang saudara lakukan. Sungguh terdesak dan jijik sekali.
4. Saya juga memberi amaran kepada Anwar Ibrahim, walaupun terdesak, jangan membabitkan bapa saya untuk memutarbelitkan keadaan dalam mencapai matlamat beliau.
4. Saya percaya isu ini sengaja ditimbulkan bagi mengalih perhatian isu "pengkhianat negara" yang sedang beliau hadapi.
5. Walau apapun berlaku, saya yakin KEPADA ALLAH SWT..yang benar tetap benar. Kebenaran tidak dapat dihapuskan walau apa sekalipun. 
6. Saya akan terus berdoa agar Allah bukakan hati bapa saya untuk kembali pada jalan Allah, kebenaran, pertahankan anak kandungnya yg menjadi mangsa. 
7. Sebagai seorang anak, kasih sayang dan hormat kepada seorang ayah akan kekal hingga ke akhir hayat.
8. Kepada seluruh rakyat Malaysia, saya menyeru agar tidak terpedaya dengan permainan jijik Anwar Ibrahim ini. 
9. Kedaulatan Negara kini sedang diancam musuh, ditambah pengkhianat musuh dalam selimut membantu, sudah ramai perwira kita yang telah terkorban, marilah sama-sama kita doa dan pertahankan. 

Akan terus Doa, Istiqamah dan Sabar

(MOHD SAIFUL BUKHARI BIN AZLAN)
Ini pula sidang media beliau. Lihatlah ketegasan beliau. Tidak ada seseorang yang boleh begitu istiqamah selama beberapa lama melainkan beliau ingin menegakkan kebenaran.

March 7, 2013

0 Bangsa Suluk Berhimpun Di Sandakan Memberi Sokongan Kepada Kerajaan Malaysia

Bukan semua bangsa Suluk yang jahat. Bukan semua bangsa Suluk yang dahagakan peperangan. Bangsa Suluk yang menceroboh di Malaysia adalah sebahagian kecil daripada pengikut-pengikut Jamalul Kiram III. Perlu diingat Jamalul Kiram III bukan Sultan Sulu yang diikraf majoriti. Terdapat 11 lagi nama yang mendakwa sebagai Sultan Sulu. Susur gaur Jamalul Kiram III amat jauh jika dibandingkan dengan yang lain. Media seharusnya tidak memanggil Ketua Lanun yang buta sebelah matanya ini sebagai Sultan Sulu. 

Jamalul Kiram III mempunyai hubungan yang rapat dengan Nur Misuari, pemimpin MNLF (jangan sekali-kali keliru dengan MILF). Misuari pula mempunyai hubungan akrab dengan Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim. Pakatan Haram langsung tidak mempunyai sebarang bukti Kerajaan Barisan Nasional pernah bertemu dan berurusan dengan Ketua Lanun, Jamalul Kiram III. Namun, kita mempunyai gambar hubungan Anwar Ibrahim dengan Nur Misuari.  

Gambar-gambar di bawah menunjukkan orang-orang Suluk cintakan kedamaian. Petang tadi berlangsungnya perhimpunan aman oleh bangsa Suluk di Sandakan yang mana menentang sekeras-kerasnya serangan pengganas di bawah pimpinan Jamalul Kiram III kerana hanya memburukkan lagi nama bangsa Suluk dimata dunia. Kita hendaklah jangan pukul rata baik buruknya sesuatu bangsa. Contohnya Tun Dr Mahathir Mohammed dan Anwar Ibrahim kedua-duanya mempunyai darah keturunan mamak muslim. Bandingkan kelakuan mereka berdua. Ibarat langit dengan bumi. Jadi, kita tidak boleh mengatakan sesuatu bangsa itu baik atau jahat bukan?


7 Lagi Bukti Kebodohan Kartunis PR Zunar - Anwar Ibrahim Wajib Pecat


Bodoh tidak boleh diajar, pandai tidak boleh diikut. Inilah perumpamaan yang sesuai bagi kartunis tegar PGayR, Zunar. Pada ketika ini Perdana Menteri mempertaruhkan keselamatannya dengan berada di Lahad Datu untuk memberi peransang kepada anggota-anggota keselamatan kita yang bersabung nyawa di sana. Sebaliknya kartunis bebal ini 3 jam lepas meletakkan satu kartun di dalam Fan Page nya yang kemudiannya disiarkan di Malaysiakini, kononnya, PM DS Najib Tun Razak hanya berani ke Gaza sebaliknya penakut untuk ke Lahad Datu. Lihat gambar-gambar PM di Lahad Datu.



Ini adalah fitnah yang amat nyata. Kita dapat lihat sebenarnya siapa yang pondan. DS Najib Tun Razak atau Anwar Ibrahim. DS Najib Tun Razak sudah menjejakkan kaki di Gaza dan Lahad Datu. Ketua Pembangkang pula bagaimana? Hanya tahu berjoget di sekeling Malaysia dengan slogannya, "Sabah Akan Hilang, Sabah Akan Hilang" (Lihat video di bawah). Minta maaflah Pak Syeikh. Sabah tidak akan hilang. Sabah akan bersama-sama dengan Malaysia hingga kiamat!

March 6, 2013

11 Lagi Kartun Kontroversi Zunar Menghina Angkatan Tentera Malaysia

Kecewa dengan sikap media pro-pembangkang Malaysiakini yg masih terus memperlekehkan dan cuba menjatuhkan moral Angkatan Tentera Malaysia dgn penyiaran kartun Zunar yang menjengkelkan. Di saat perajurit negara sedang bersabung nyawa mempertahankan kedaulatan negara dan keselamatan rakyat Sabah di perbatasan, masih ada manusia berhati binatang yg langsung tidak sensitif dan tiada nilai patriotik, malah sanggup memperkotak-katikkan segala usaha murni tersebut. 

Semalam speaker DAP YB Teng keluar status bergambar memperbodohkan ATM yg naik Airasia, hari ini Zunar dan Malaysiakini. Mereka ini patut dinyahkan sahaja dari bumi Malaysia ini. Seperti yang CTS ulas sebelum ini bukan menjadi satu perkara yang aneh apabila anggota tentera menaiki pesawat komersial yang ditempah khas. Kedua, segala peralatan tentera dibawa dengan pesawat khas dan bukannya pesawat Air Asia dan ketiga apa rasionalnya Zunar bertanya mana pesawat F5 Tiger, Sukhoi, Hornet dan MIG-29? Kalau bengap sangat janganlah tunjuk. Pesawat-pesawat yang dinyatakan adalah pesawat perang. Sebuah pesawat hanya muat untuk seorang atau berdua sahaja. Apa sangkut paut dengan pengangkutan anggota tentera ke Lahad Datu?

March 5, 2013

6 Mari Kita Tolong @PDRMsia Mencari Wajah-Wajah Berikut Yang Menghina Dan Memperlekeh Usaha Polis Di Lahad Datu

Berikut adalah wajah-wajah Yang Dikehendaki (Wanted) di laman sosial Facebook kerana mengugut, menghina dan cuba memfitnah Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Kita lihat satu persatu:


1. Lelaki ini mendapat tempat pertama kerana mengugut akan meletupkan Balai Poilis Beaufort!


2. Satu lagi usaha memperlekehkan perjuangan ATM dan PDRM di Sabah. Ini salah seorang kartunis yang satu kumpulan dengan Zunar, pencacai totok Anwar Ibrahim!


3. Mamat ini antara yang terbodoh. Komen di Facebook bagai wira. Setakat berkepit dengan "girlfriend" sedangkan anggota polis dan tentera bertarung nyawa di Sabah, lelaki ini diharuskan diludah!


4. Kalau taksub sangat dengan Anwar Ibrahimpun, tidak patut mengelarkan polis sebagai Anjing-Anjing UMNO.

13 PAS Membuat Persediaan Menghantar Unit Anal PAS Ke Lahad Datu Untuk Berperang!



Maklumat terkini yang CTS perolehi daripada bahagian risikan Majlis Keselamatan Negara (MKN) ialah satu batalion yang terdiri daripada Pemuda-Pemuda PAS dan Unit Anal PAS sedang membuat persedian untuk ke Lahad Datu, Sabah. Kami difahamkan PAS cuba meraih populariti dengan membuat persiapan ketenteraan dan senjata seperti gambar-gambar di atas.

Unit Anal PAS sudah bersedia dan dalam peringkat terakhir untuk diterbangkan ke Lahad Datu. Semangat jihad mereka amat berkobar-kobar seperti yang ditunjukkan dalam demo BERSIH. Tahniah diucapkan kepada  Pemuda-Pemuda PAS. Pemuda UMNO bila lagi untuk mencontohi gerak kerja jihad Pemuda-Pemuda PAS?
Published with Blogger-droid v2.0.10

3 Provokasi Dari Puak "Sultan Sulu" Palsu - Gambar DS Najib Dibakar Di Kedutaan Malaysia di Manila



Bendera dan gambar Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak dibakar dihadapan Kedutaan Malaysia di Manila sebentar tadi. Kedutaan Malaysia di Manila pada masa kini dikawal ketat oleh pihak keselamatan Kerajaan Filipina apabila sekumpulan kecil yang dipercayai penyokong Raja Sulu berkumpul di hadapan Kedutaan Malaysia ekoran tindak balas Kerajaan Malaysia terhadap lanun-lanun 'Sultan Sulu' pagi tadi.

CTS berharap Rakyat Malaysia dapat mengawal emosi kita dan harus diingatkan kita tidak berperang dengan Filipina. Kita hanya mempertahankan kedaulatan negara kita yang telah diceroboh oleh mereka yg mendakwa diri mereka  tentera 'Sultan Sulu'.
Published with Blogger-droid v2.0.10

19 Giliran Latheefa Koya Pula Mempertikaikan Anggota Tentera Naik Air Asia Ke Lahad Datu Untuk Berjuang



Ada sahaja yang tak kena di mata pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dengan wira-wira negara yang ditugaskan untuk mempertahankan negara di Sabah amnya dan Lahad Datu khususnya. Kenapakah pemimpin Pakatan Haram ingin mempertikaikan tentera-tentera kita yang menaiki pesawat komersial untuk bertugas? 

Keadaan ini bukannya ganjil dan ianya tidaklah unik kepada pasukan tentera Malaysia semata-mata. Pihak tentera Amerika Syarikat juga kerap kali menggunakan pesawat komersial untuk menghantar puluhan ribu tenteranya ke Iraq dan Afghanistan. Mungkin pemimpin-pemimpin Pakatan Haram lebih suka tentera-tentera kita menaiki sampan dari Semenanjung untuk bertugas di Sabah?

Persoalannya, kenapakah Air Asia atau penerbangan komersial digunakan untuk menghantar anggota keselamatan kita ke Sabah? Situasi ini digunapakai oleh hampir kesemua negara bila perlu menghantar anggota keselamatan untuk seberapa ramai yang boleh dan secepat mana yang boleh. Penggunaan pesawat "Caribou" pula digunakan untuk membawa peralatan. Isu ini berkaitan dengan "space confinement logistic" dan juga masa yang terhad yang perlu disiapsiaga. 

Pengetahuan sebegini tidak dapat diperolehi melalui portal Keldaiandaily maupun Haprakdaily. Juak-juak Pakatan Haram disarankan banyak membaca journal dan makalah pertahanan. Bukalah laman web pertahanan negara sama ada di dalam atau di luar negara dan carilah topik seperti "deployment of troops or armed forces". Semoga juak-juak Pakatan Haram tidak seperti katak di bawah tempurung.



14 Selepas Tian Chua, Zunar Pula Mempersendakan Konflik Di Sabah Bertujuan Melenggahkan PRU-13


Kekadang CTS merasakan juak-juak Pakatan Haram ini sememangnya otak berada di kepala lutut. Lihatlah kartun yang dilukis oleh Zunar. Amat mudah difahami mesej yang cuba disampaikan oleh beliau. Kartun di atas cuba mengambarkan DS Najib Tun Razak adalah dalang yang cuba untuk mengatur keadaan konflik yang berlaku di Sabah hanya disebabkan oleh satu kajian bebas yang mengatakan bahawa populariti Perdana Menteri sudah menurun.

Kenapalah singkat dan bengap sangat pemikiran kartunis asuhan Pakatan Haram ini. Takkanlah ada polis dan gerilla upahan yang sanggup mengorbankan nyawa mereka semata-mata untuk menunda pilihanraya. Lihatlah kebodohan Pakatan Haram yang sanggup memainkan isu sebegini untuk menjatuhkan Barisan Nasional. 

Pemergian syahid Pejuang-Pejuang Negara terkorban di medan perang dipermainkan sebegitu rupa. Masih ada lagikah warga polis dan tentera, ahli keluarga dan sahabat serta penyokong mereka yang akan mengundi Pakatan Haram dengan penghinaan sebegini rupa. Lihatlah gambar-gambar di bawah. Adakah ini sandiwara atau jenaka satira yang boleh dibuat main oleh Zunar dan Tian Chua?


March 4, 2013

1 Video Wajib Tonton - Tuanku Datu Mudarasulail Kiram Mengiktiraf Sabah Milik Malaysia



Temubual di atas adalah kenyataan Tuanku Datu Mudarasulail Kiram mengenai isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah. Tuanku Datu Mudarasulail Kiram adalah satu di antara 12 kerabat Keturunan Kesultanan Sulu yang mendakwa sebagai waris Sultan Sulu yang sebenar. Katanya, "Sabah itu milik Malaysia."

6 Penasihat Sultan Sulu? Ini Jawapan Balas Lokman Nor Adam


Gambar di atas tersebar di laman-laman sosial. Seboleh-boleh juak-juak Pakatan Haram hendak mengaitkan pencerobohan penganas-penganas "Sultan Sulu"  dengan UMNO. Biasalah, semua salah UMNO. Isteri mereka mengandungpun salah UMNO! Di bawah adalah jawapan tuan punya diri, Lokman Nor Adam yang dihantar melalui BBM.

Penasihat Sultan Sulu

Saya terpanggil untuk menjawab tuduhan bodoh yang dilemparkan oleh puak pembangkang yang mengatakan saya menasihati Sultan Palsu yang menyerang negara kita hari ini. Tohmahan ini ternyata langkah terdesak Anwar Ibrahim yang gelabah kerana pertemuan beliau dengan Nur Misuari dan pertemuan Jeffry Kitingan dengan Raja Muda Sulu  Palsu terbongkar. Izinkan saya menceritakan serba ringkas tentang hubungan Malaysia dengan Kesultanan Sulu yang sebenar, sebelum kita terus dikelirukan oleh pembangkang.

Sabah atau dulunya dikenali sebagai North Borneo merupakan sekeping tanah yang dimiliki oleh Sultan Brunei. Ianya telah dihadiahkan kepada Sultan Sulu yang telah membantu Brunei dalam perperangan. Peringkat awal, North Borneo telah di panjakkan oleh Sultan Sulu kepada Baron Von Overback. Overback kemudiannya telah berkerjasama dengan Alferd Dent untuk menubuhkan North Borneo Company. Malangnya, bila mereka mengenakan cukai kepala, penduduk North Borneo telah bangkit menentang.  Ketika inilah tentera British telah diundang untuk melindungi mereka.

Sekitar tahun 1959, Tun Datu Mustapa telah ke Sulu untuk menyelamatkan Sultan Julaspi Kiram yang ketika itu diancam bunuh oleh kerabatnya sendiri kerana perebutan tahta. Peringkat awal, Sultan Julaspi telah menetap di Sabah, sebelum kerajaan Malaysia memberikan beliau sebuah rumah di Lorong Maaruf Bangsar. Pada tahun 1963, Sultan Julaspilah orang yang bertanggungjawab membuat kenyataan menyokong Sabah menyertai Malaysia dan ianya terbit di muka depan akhbar Malaysia dengan tajuk "Sultan Sulu Restu Sabah Sertai Malaysia".

Ini bererti Sabah secara automatik menjadi sebahagian dari Malaysia, sebuah negara yang berdaulat dan tidak lagi boleh dituntut oleh mana-mana pihak. Malangnya, setika Sultan Julaspi berada di Malaysia, muncul beberapa orang "imposter" Kiram yang menabalkan diri mereka sebagai Sultan Sulu yang baru. Mereka inilah yang dihasut oleh pihak pembangkang untuk menceroboh Sabah.

Saya akui, saya pernah dilantik oleh Sultan Sulu yang sebenar, iaitu Sultan Roodinood, Anak kepada Sultan Julaspi Kiram sebagai Penasihat beliau sekitar tahun 2005 untuk berurusan dengan Kerajaan Malaysia berhubung kebajikan mereka. Saya juga akui pernah mencetak kad nama jawatan tersebut bagi urusan rasmi dengan Kerajaan Malaysia.  Untuk pengesahan pekara ini, anda boleh merujuk kepada Menteri Luar ketika itu, Tan Sri Syed Hamid Albar.

Ketika pertemuan saya dengan Tan Sri Syed Hamid Albar sekitar tahun 2006 menceritakan tentang kesusahan kerabat Sultan Sulu ketika itu, Tan Sri Syed Hamid Albar telah menasihatkan saya untuk menyertai UMNO semula. Inilah antara punca saya menyertai UMNO pada tahun 2007.  Sejak 2006 saya memang tak pernah jumpa Sultan Roodinood Julaspi Kiram dan saya tak pernah dibayar elaun untuk tugas sukarela yang saya buat untuk beliau.  Sepanjang tempoh saya mengenali beliau, beliau tinggal di Manila dan bukan di Sulu tempat Sultan Palsu yang menyerang negara kita.

Apa yang rakyat perlu tahu hari ini ialah, baik Sultan Sebenar atau Sultan Palsu, semuanya tak berduit untuk menghantar beratus orang penceroboh memasuki Sabah, membeli M16, pelancar roket dan beli bot laju dan sebagainya. Bagaimana secara tiba-tiba menjelang pilihanraya dan selepas pertemuan Anwar Ibrahim dengan Nur Misuari serta pertemuan Jefrry Kitingan dengan Raja Muda Sulu Palsu, pihak Kesultanan Sulu Palsu ini mampu membentuk sebuah pasukan tentera sedangkan dulunya mereka beli uniformpun tidak mampu.

Lokman Noor Bin Adam
4hb Mac, 2013

1 Apabila Mantan-Mantan KPN Dan Timbalan KPN Berkumpul Dan Mengutuk Sikap Kurang Ajar @tianchua




Pada hari ini, Yayasan Pengaman Malaysia (YPM) telah menganjurkan satu demonstrasi aman di Tugu Peringatan Negara. Demo tersebut yang diketuai oleh Tan Sri Zaman Khan telah dihadiri oleh kira-kira 100 orang pesara polis yang terdiri dari bekas VAT 69, UTK dan pesara-pesara Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ). 

Demo tersebut diadakan bagi menunjukkan simpati terhadap keluarga pahlawan-pahlawan PDRM yang telah gugur menangani krisis di Sabah. YPM juga berkongsi perasaan sedih bersama mereka dan bersatu sebulat suara menyokong pasukan polis untuk menangani masalah keselamatan negara. 

YPM mendesak semua pihak untuk "close ranks" dan mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan yang dibuat oleh Tian Chua serta lain-lain parti yang telah memperkecilkan pasukan polis terutama yang menyatakan ini semua satu sandiwara yang dimainkan sehingga membawa kepada kematian anggota dan pegawai kita di Sabah. YPM berterima kasih kepada pihak media dan semua yang hadir memberi sokongan.

Kenyataan Media Yayasan Pengaman Malaysia

Al-Fatihah.

Mantan KPN, Mantan Timbalan KPN, Mantan Pengarah-Pengarah PDRM Yayasan Pengaman Malaysia bersama seluruh warga PDRM yang sedang berkhidmat dan telah bersara turut sama bersedih di atas terkorbannya dan tercedera beberapa anggota VAT 69 dan Cawangan Khas dalam gerakan terhadap pencerobohan bersenjata di Lahad Datu Sabah. Ini adalah tindakan aggression dan waging war terhadap negara. Insyaallah kami mempunyai keyakinan penuh terhadap kepimpinan Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Bersenjata Malaysia. 

Bahawa kami yakin PDRM dan angkatan tentera mempunyai keupayaan kepakaran strategi, taktik dan teknik untuk menghadapi cabaran ini. Track record kedua-dua pasukan ini jelas melalui darurat 1948-1960 dan lain-lain peristiwa yang mengancam ketenteraman negara. Terkorban dan cedera dalam mempertahankan kedaulatan negara adalah occupational hazards yang terpaksa dihadapai PDRM dan angkatan tentera. Pegawai dan anggotanya jelas risiko yang terpaksa mereka terima dan akur kepadanya. 

Kami berterima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerajaan dan rakyat yang telah menzahirkan dan memberi sokongan moral dan material doa restu kepada pegawai dan anggota PDRM yang terkorban dan cedera. Ini semua mempunyai erti yang sangat besar kepada keluarga, sanak saudara dan moral anggota yang berkhidmat lebih-lebih lagi yang sedang menjalankan gerakan di Lahad Datu. Hidup mati adalah ketentuan Allah SWT. Yang mati tidak akan kembali. Lagi nyawa tidak boleh digantikan dengan wang ringgit dan segala perhiasan dunia. 

Sungguhpun begitu kami dan seluruh warga PDRM yang telah bersara dan yang masih berkhimat sangat terkilan dan merasa kesal di atas ulasan yang telah dibuat oleh beberapa manusia yang kami sifatkan tidak berhati perut langsung tiada perasaan belas kasihan manusia. Menghina dan memperlekehkan pengorbanan pegawai dan anggota yang terkorban dan cedera.

Penghinaaan pertama:

Kematian dianggap sebagai satu sandiwara. Alangkah rendah hemah manusia ini. Ia sanggup mempermainkan kematian sebagai satu sandiwara. Kematian bukan satu permainan manusia. Setiap yang hidup pasti mati. Ketentuan Allah SWT. Sungguh kami rasa terhina lebih-lebih lagi balu, anak-anak dan saudara mara pegawai dan anggota yang terkorban. Sampai hati manusia ini berkata sedemikian.

Penghinaan kedua:

Di facebook terdapat posting berikut “dua polis anjing UMNO mampus” di post oleh seorang mengenal diri sebagai Jonathan Lin. Terdapat kira-kira 160,000 ribu pesara dan bekas polis dan 140,000 yang masih berkhidmat tidak termasuk PVR. Kira-kira 2 juta suara warga polis ini tidak termasuk saudara mara mereka
dekat dan jauh sahabat kenalan mereka dekat dan jauh dan rakan seperjuangan dalam angkatan bersenjata dan veteran angkatan bersenjata dan lain rakyat jelata silent majoriti yang cintakan keamanan dan pandai berterima kasih kepada PDRM dan pasukan keselamatan di atas segala pengorbanan mereka dahulu dan sekarang akan bersama warga PDRM menolak kumpulan ini.

Barisan pesara PDRM tetap bersama Ketua Polis Negara dan pucuk pimpinan PDRM dan seluruh anggota bersedia menawarkan apa juga bentuk kepakaran, pengalaman dan trade craft yang kami ada hasil perkhidmatan masing-masing lebih 35 tahun dalam PDRM.

1.Tun Mohd Haniff Omar Mantan KPN
Penasihat Yayasan Pengaman Malaysia
2.Tan Sri Abd Rahim Noor Mantan KPN
3.Tan Sri Norian Mai Mantan KPN
Timbalan Pengerusi Yayasan Pengaman Malaysia
4.Tan Sri Mohd Bakri Omar Mantan KPN
5.Tan Sri Musa Hassan Mantan KPN
6.Tan Sri Samshuri Mantan Timb/KPN
Timbalan Pengerusi Yayasan Pengaman Malaysia
7.Tan Sri Mohd Jamil Johari Mantan Timb/KPN
Ahli Lembaga Pemegang Amanah
Yayasan Pengaman Malaysia
8.Tan Sri Mohd Najib Mantan Timb/KPN
Bendahari Yayasan Pengaman Malaysia
9.Tan Sri Husin Ismail Mantan Timb/KPN
Ahli Lembaga Pemegang Amanah
Yayasan Pengaman Malaysia
10.Tan Sri Mohd Zaman Khan Mantan Pengarah JSJ.
11.Tan Sri Yuen Yet Leng Mantan CP Sarawak.
12.Wakil Pesara Vat 69, Sqd 69, PBPM, Pesara Cawangan
Khas, Pesara PPH, Yayasan Pengaman Malaysia & Respa.

3 Pemimpin PR Cuba Spin Berita "Sultan Sulu" Keluar UMNO - Mari Lihat Gambar 12 Orang Yang Mengaku Sultan Sulu!!


Lucu bebenor apabila juak-juak cybertroopers pembangkang cuba memainkan berita lama yang disiarkan oleh portal pembangkang di mana seorang ahli UMNO, Datu Mohammad Akjan Ali Muhammad, dipecat apabila beliau mengistiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu. Tujuan mereka adalah supaya Rakyat Malaysia terpengaruh bahawa Kerajaan Malaysia mempunyai hubungan dengan penceroboh-penceroboh yang masuk dan bertempur dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu dan Semporna. 

Kalau juak-juak cybertroopers dan bloggers pembangkang kita tahulah tahap mana sahaja pemikiran mereka. Yang agak mengelikan hati apabila isu ini disambut pula oleh pimpinan Pakatan Haram seperti Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah di dalam laman sosial Twitternya. Kalau mengikut sejarahnya, tidak kurang dari 12 orang yang menuntut Kesultanan Sulu dan mendakwa diri mereka sebagai Sulltan Sulu. Oleh itu, CTS hendak bertanya, dalam banyak-banyak gambar di bawah yang mendakwa Sultan Sulu, yang mana satu pilihan di hati Pakatan Haram untuk diiktiraf sebagai Sultan Sulu?












 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates