February 23, 2013

1 Datum Jelatek - Usaha Terancang PKNS & Kerajaan PR Selangoe Menjual Tanah Melayu Kepada Cina Singapore






Pagi tadi berlansungnya himpunan aman penduduk-penduduk di sekitar Keramat di Lorong Enggang 1 iaitu bersebelahan dengan Tapak Projek Datum Jelatek, untuk membantah Himpunan Projek Kondominium mewah yang bakal dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Haram Selangor melalui anak syarikatnya PKNS. Himpunan ini menghimpunkan majoriti Melayu tak Kira ideologi, PAS, PKR dan UMNO hadir bersatu mempertahankan Kampung Melayu Keramat dari "dijajah" Oleh Singapura! 

Mereka hadir untuk mendesak Kerajaan Negeri Selangor dan PKNS terutamanya MB Khalid Ibrahim, YB Azmin Ali dan Pengurus Besar PKNS Untuk mendengar rintihan mereka. Antara desakan penduduk-penduduk di situ adalah merakyatkan ekonomi Selangor Bukan Singapura, membatalkan projek ini, mengantikan dengan perumahan mampu milik dan mengekalkan tempat ini sebagai penempatan kekal Melayu. 

Projek Datum jelatek menjadi kontroversi apabila penduduk-penduduk flat PKNS Jelatek yang rata-ratanya terdiri dari bangsa Melayu yang miskin "dihalau" secara terancang oleh PKNS untuk membina projek mewah berkenaan. Bayangkan bagaimana penduduk-penduduk berkenaan untuk terus tinggal di kawasan warisan Melayu apabila mereka hanya diberi pampasan sebanyak RM280,000. Kondominium super mewah 45 tingkat Datum Jelatik yang ditawarkan dari RM956,000 hingga rm 11.6 juta sebuah adalah harga yang langsung tidak munasabah untuk dibeli oleh orang Melayu, Cina atau India yang berpendapatan kecil atau sederhana.

Hanya jutawan dan mereka yang berpendapatan minimum RM20,000 sebulan saja yang mampu untuk membeli kondominium itu. Rakyat juga mempertikaikan penjualan secara "en block" 2 blok kondominium mewah Datum Jelatik kepada warga asing Singapura. Rakyat Selangor lebih memerlukan rumah di Kg Datuk Keramat ini berbanding rakyat Singapura. Nampaknya kini MB melaksanakan visi kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan.

6 Forum Air Selangor Sudah Bertukar Menjadi Forum Kerusi?



Gambar-gambar di atas adalah diambil daripada "Forum Air Untuk Rakyat" yang diadakan oleh Kerajaan Pakatan Haram Selangor. Forum ini diadakan malam tadi di Dewan MPPJ, Petaling Jaya. Ini forum air atau forum kerusi? Lebih banyak kerusi daripada penonton. Kerusi pulak berwarnakan warna biru Barisan Nasional.

CTS juga kadang-kadang kesian dengan keadaan ceramah dan forum yang mereka adakan. Suasana suram dan tiada orang sudah menjadi "trademark". Penceramah pula seolah-olah kehilangan bahan untuk berceramah. Asyik-asyik salah Kerajaan. Asyik-asyik salah orang lain sedangkan mereka adalah merupakan Kerajaan bagi 4 buah negeri! 

Mungkin selepas ini ada juak-juak Pakatan Haram akan memberi komen dan spin balik bahawa majlis ini baru bermula dan selepas ini berpusu-pusu penonton akan masuk membanjiri dewan berkenaan sehingga melimpah ke luar dewan. Suka hati hangpa lah! Tidak pun mereka akan kata CTS "superimpose" gambar di atas. Mana mungkin ceramah dan forum Pakatan Haram tiada orang!

February 22, 2013

1 YB @khalidsamad Pasti Sakit Jantung Dengan Sambutan Rakyat Shah Alam Kepada Ceramah YB Datuk @zulkiflinordin



















Datuk Dr Hassan Ali tidak dapat datang ke Seksyen 9, Shah Alam kerana keuzuran. Namun kehadiran anak didik Datuk Dr Hassan Ali, mantan Ketua Pemuda PAS Shah Alam yang juga ahli PAS seumur hidup, Ustaz Norman Toha cukup bertenaga memberi ceramah mengantikan Datuk Dr Hassan Ali. Ribuan warga Shah Alam menjadi sepi dan khusyuk apabila YB Datuk Zulkifli Nordin mengambil alih pentas ceramah.

Tanpa treler mewah, tanpa gula-gula, tanpa sebarang promosi, namun ianya tidak kehadiran warga Shah Alam ke tempat ceramah. Sayugia diingatkan warga Seksyen 9, Shah Alam, yang dikenali sebagai warga elit, yang dikenali amat susah untuk hadir ke ceramah-ceramah politik. Malam ini CTS sebak. Sebak dengan komitmen yang ditunjukkan oleh warga Shah Alam dan juga sebak dengan ceramah penuh keinsafan daripada Datuk Zulkifli Nordin. Semoga iltizam Rakyat Shah Alam ini akan diterjemahkan kepada undi kepada Barisan Nasional.
Published with Blogger-droid v2.0.10

4 Anwar PM Ke 7 - Masuk Bakul Angkat Sendiri Pak Syeikh Oii!


Ini Huguon Siou Malaysia sudah banyak tidak betul dengan otaknya. Kegilaan untuk menjadi Perdana Menteri begitu ketara. Agak-agaklah menyuruh juak-juak budak pembancuh kopi suruhannya untuk mencetak placard memuji dirinya sendiri dan mengangkat beliau menjadi Perdana Menteri Ke 7. Konon-kononnya ini memberi persepsi bahawa beliau sudah bersedia diangkat menjadi Perdana Menteri oleh Rakyat Malaysia. Ini orang pun ada. Sendiri bikin placard, sendiri suruh penyokong pegang di ceramah sendiri, sendiri ambil gambar untuk syok sendiri, ini kes masuk bakul angkat sendiri lor. Ini orang kalau selepas PRU13 kalah teruk, CTS tidak terkejut kalau beliau dimasukkan ke Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan. Gila meroyan sangat dah ni!

1 "Kopi Pra Campuran 5 In 1" Najib Razak? Kempen Apakah Ini?


CTS amat setuju bahawa kempen dan promosi amat perlu. Namun setiap kempen dan promosi terutama untuk Perdana Menteri DS Najib Tun Razak perlu ada limit dan batasannya. Jangan kempen yang dijalankan akan merendahkan dan memalukan imej DS Najib Tun Razak sebagai seorang Perdana Menteri Malaysia. Siapa punya idea bodoh ini meletakkan gambar, "trademark" I Love PM dan lambang parti di atas kopi pra campuran 5 dalam 1? 

"Jabatan Publisiti" Perdana Menteri ini nampak seperti desperado dengan tindakan  yang agak melucukan dan kelihatan amat bodoh ini. Saya yakin majoriti penyokong Kerajaan sekalipun tidak bersetuju dengan promosi sebegini. Barisan Nasional tidak perlu mencontohi mentaliti murahan pembangkang dengan mengadakan promosi murahan. Rekod perkhidmatan DS Najib Tun Razak "speak for itself"! Bila terdesak dan tidak menggunakan otak inilah jadinya

7 Dulu Nik Aziz Kata Perokok Adalah Haiwan, Sekarang Dia Kata Pulak Penerima BR1M Adalah Ayam Dan Lembu


Sekembalinya Menteri Besar Kelatan Nik Aziz Nik Mat daripada umrah, Nik Aziz menghina penerima BR1M dengan berkata pemberian wang ringgit sangat mendapat sambutan kerana sama dengan ayam dan lembu yang akan datang sekiranyanya manusia memberikan haiwan tersebut makanan yang digemari. Kata beliau dengan merujuk kepada penerima BR1M,


‎"Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami. "

Analoginya mudah:

Penerima BR1M = Orang kurang pendapatan.
Penerima BR1M = Haiwan ayam dan lembu (ikut kata Nik Aziz)
# Orang kurang pendapatan = Haiwan ayam dan lembu

Wow, macam tu sekali perumpamaanNik Aziz terhadap golongan berpendapatan di bawah RM3,000 yang menerima BR1M!


Nik Aziz pernah mengemparkan negara dengan cakap-cakap lepas beliau. Sebelum ini Nik Aziz pernah menganggap perokok sebagai haiwan. Untuk orang UMNO dan Barisan Nasional mungkin tidak kisah dengan cakap-cakap beliau ini. Bagi orang PAS pula, mereka kena mengambil berat isu ini. CTS tidak pasti berapa ramai orang PAS bertaraf "haiwan" kerana merokok dan berapa ramai pulak yang jadi "ayam dan lembu" kerana mengambil BR1M daripada Kerajaan Barisan Nasional.

Seperti kata Nik Aziz sendiri, "Celako, Celako, Celako!"

February 21, 2013

19 Debat Zulkifli Nordin - Noh Omar Di Padang Jawa Gagal!!

CTS masih ingat pada tahun 2008, untuk mendapatkan penonton-penonton hadir ke ceramah Barisan Nasional ketika itu amatlah susah. Kalau boleh dapatkan angka mencecah 1,000 orang sudah dikatakan amat bertuah. Namun, angin perubahan berlaku dengan kuat di Selangor, khususnya di Shah Alam. Bertempat di Padang Jawa,  Shah Alam di bawah DUN Batu Tiga, dua hari lepas, tidak kurang daripada 2,500 orang hadir mendengar ceramah yang diberi nama "Debat Rakyat Zul Nordin vs Noh Omar". 

Tanpa publisiti meluas, tanpa membawa masuk penonton-penonton dari luar, Rakyat Shah Alam berpusu-pusu keluar memberikan sokongan. Dengan gelombang kali ini, tidak mustahil Parlimen Shah Alam akan dirampas lagi. Sudah menjadi "open secret" bahawa YB Zulkifli Nordin adalah tokoh yang paling layak untuk menjadi Wakil Rakyat di Shah Alam bagi mengantikan YB Khalid Samad. Pergeseran dan perebutan jawatan dan siapa menjadi calon di dalam Pakatan Haram di Selangor banyak membantu memudahkan proses pertukaran Kerajaan di Selangor di dalam PRU13. Ini kalilah!





February 20, 2013

14 Ratusan Ribu Membanjiri Himpunan "We Love Tok Guru" Di Dataran Stadium Muhammad Ke IV

Tarikh: 20 Februari 2013.
Masa: 12.00 tengahari.
Tempat: Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke IV
Program: Himpunan We Love Tok Guru

Patutlah CTS tunggu dari tengah hari hingga ke petang, tidak ada satupun blog pembangkang yang menerima elaun RM3,000 sebulan dan akhbar portal nombor satu di dunia, Harakahdaily yang berani mengeluarkan dan mengemaskinikan gambar-gambar sambutan kepulangan Menteri Besar Kelantan dari umrah. Mana tidaknya, takkanlah mereka hendak memalukan Nik Aziz Nik Mat dengan gambar-gambar seperti di bawah? Yang datang adalah ratusan orang. Nak spin ambil gambar dari sudut manapun nampak sedikit. Kebanyakan yang hadir terdiri dari kaum muslimat. Banyak ini sajakah yang sayang Tok Guru?




10 Apa Cerita Banner DAPig Sambut Kepulangan @nikabdulaziz Dari Umrah?




Ini antara gelagat penyokong-penyokong PAS menyambut kepulangan Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, daripada Mekah untuk menunaikan umrah, pagi tadi. Nampak gayanya tarbiyah Tok Guru supaya menyokong DAPig ternyata memberi kesan mendalam kepada penyokong-penyokongnya sehinggakan beliau balik dari umrah pun disambut dengan Roket dan bukannya Bulan. Sungguh taksub dan hadap sekali juak-juak PAS ini dengan DAPig ye? Oh ya, kalau tidak ada Roket bagaimana mahu ke Bulan ya Tok Guru?

Tengah hari tadi pula berlangsung perhimpunan Kami Sayang Tok Guru di Stadium Sultan Muhammad Ke IV. Harakahdaily maupun laman sosial Facebook Menteri Besar Kelantan langsung tidak meletakkan gambar-gambar sambutan Rakyat Kelantan yang diberikan kepada Tok Guru. Mungkin sambutan Rakyat Kelantan amat mengecewakan kot sehingga Harakahdaily tidak sanggup memuat turunkan gambar-gambar di stadium. Namun seorang pembaca CTS ada mengirimkan sekeping gambar dari stadium seperti di bawah. Hanya ini sahajakah Rakyat Kelantan yang berhimpun untuk Menteri Besar mereka?

3 Eksklusif - Fitnah Gambar "Sabah Invade" Terbongkar!!!


Gambar di atas disebarkan oleh cybertrooper Pakatan Haram untuk menimbulkan suasana ketakutan penduduk tempatan di Negeri Sabah. Mereka turut mempersoalkan kesiapsiagaan pasukan keselamatan kita khususnya kapal selam milik negara. Ini sahajalah tahap "cywar" yang boleh dimainkan oleh blogger-blogger Zuraida "Mak Lampir" yang berharga RM3,000 sebulan. Lihat gambar lama yang asal di bawah yang diambil dari laman web MNLF iaitu www.mnlfnet.com.


15 Gambar Keluarga Penyokong Pakatan Haram Paling Haprak Di Malaysia



Kita boleh berbeza ideologi politik. Kita boleh berbeza parti dan menjadi mana-mana ahli politik serta menyertai mana-mana NGO yang sah berdaftar di Malaysia. Itu diperuntukkan oleh Perlembagaan. Kita boleh menukar Kerajaan sekiranya majoriti Rakyat mahukan sedemikian. Malah di Amerika Syarikat, parti Demokrat dan Republikan bersilih ganti menerajui Kerajaan semenjak sekian lama. Namun apakah kita mendengar setiap kali Kerajaan bertukar, nama negara turut berubah dan bendera negara turut berubah. Tidak pernah kan?

Tindakan taksub penyokong-penyokong Pakatan Haram di dalam gambar di atas amat keterlaluan dan harus dipandang serius oleh pihak yang berkenaan terutama Kementerian Dalam Negeri. Tindakan menghina Jalur Gemilang dengan mempromosikan bendera baru sekiranya Pakatan Haram memerintah amat tidak boleh diterima akal. Malah lambang gengaman tangan seperti yang ditunjukan di dalam gambar di atas adalah sebahagian revolusi komunis untuk menjatuhkan Kerajaan secara kekerasan. Apakah ini saki baki keluarga yang masih tinggal di Malaysia yang berfahaman komunis?

February 19, 2013

3 Ahli Parlimen Puchong Sendiri Mengaku Banjir Di Puchong Semalam Akibat Masalah Saliran - Juak PR Nak Spin Lagi?


Semalam, apabila CTS membuat posting bahawa banjir di Puchong adalah berpunca daripada masalah saliran, banyak juak-juak Pakatan Haram yang memberi komen membela Kerajaan Negeri dengan bagi alasan projek pembinaan MRT lah, pembinaan jalan 10 lorong lah, jalan di kiri kanan tidak sama tinggi lah. Alasan macam budak tadika. 

Hari ini pertemuan di antara beberapa pihak seperti Ahli Parlimen Seputeh Teressa Kok, Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, Yang Di Pertua MPSJ dan kakitangannya serta wakil dari LITRAK dan IOI Mall itu sendiri merumuskan bahawa masalah banjir semalam adalah disebabkan oleh masalah saliran. Baca sendiri komen MP Puchong di laman sosial Twitter:



Sudah terantuk baru tergadah. Kenapa sebelum ini masalah saliran dipandang ringan walaupun beberapa projek di sekitar rancak berjalan? Kenapa tunggu bala turun baru hendak dicari jalan penyelesaian? Bukankah projek saliran harus diutamakan sebelum mana-mana projek hendak dilluluskan?

10 Wow!!! Blogger Pakatan Dibayar RM3,000 Seorang Untuk Projek Sabotaj Media


Pakcik Kaya! Pakcik Kaya! Dahsyat betul bloggers di bawah Pakatan Haram ni. Untuk projek sabotaj media yang mereka namakan kumpulan mereka sebagai "Sabotaged Media Trooper", setiap blogger Pakatan Haram menerima RM3,000 seorang! Ini mungkin tidak termasuk dengan gaji dan elaun mereka sebagai bloggers pembangkang yang diterima setiap bulan selama ini. Mungkin kumpulan ini juga yang bersungguh-sungguh menceroboh sistem e-akhbar dan e-press Jabatan Penerangan Malaysia semalam. Namun mereka terlupa pelanduk memang mudah melupakan jerat tetapi jerat tidak pernah melupakan pelanduk. 

Dengan sistem canggih yang dimiliki oleh SKMM, berapa lama mereka boleh terlepas? Tunggu pendedahan seterusnya di mana kami akan membongkar peranan yang dimainkan oleh YB Zuraida Zakaria, Faris Musa dan Zakaria Abdul Hamid. Banyak sungguh ye dana yang Pakatan Haram miliki? Sampai boleh upah bloggers dan cybertroopers. Yang bangsatnya, guna dana Kerajaan Negeri Selangor melalui PKOM untuk membuat fitnah dan sabotaj sistem e-kerajaan. Ini baru elaun khas yang diberikan kepada bloggers utama. Kita tidak tahu berapa ramai cybertroopers yang diupah oleh Pakatan Haram untuk beroperasi di laman sosial Facebook, Twitter dan Youtube.

4 Tahniah Yassin Kerana Jadi Duta PGayR - Adakah Terubat Rindu Anwar Ibrahim Kepada Saiful?




Tahniah Muhammad Yassin Sulaiman, bekas ahli kumpulan nasyid Brothers yang kini bergelar Duta PGayR. CTS tidak terperanjat dengan perlantikan tersebut memandangkan Yassin mempunyai ciri-ciri tokoh yang dimahukan oleh Ketua Umum, Anwar Ibrahim iaitu putih kulitnya, lembut-lembut orangnya dan wajah serta perwatakan ada ciri-ciri Saiful Bukhari Azlan. Terubat sedikit rindu dendam Anwar Ibrahim kepada Saiful, bekas pembancuh kopi beliau.

AMGay, cabang Pemuda PGayR hari ni juga turut melancarkan video klip lagu ‘Reformasi’ di ibu pejabat PGayR, nyanyian artis berkenaan yang menjadi lagu rasmi kempen AMGay di seluruh negara. Menurut Timbalan Ketua Penerangan AMGay, Rozan Azen Mat Rasip, Yassin telah secara rasminya dilantik sebagai Duta terbaru PGayR bagi mempromosikan parti tersebut kepada anak muda. Ya lah kan, takkan muka-muka seperti Chegu Bard dan Shamsul Kemetot hendak dijadikan duta pulak. Tengok mukapun tak berselera. Jadi maskot oklah kot!

February 18, 2013

23 IOI Mall Boleh Banjir!!! Apa MB @Khalid_Ibrahim Buat Di Selangor?









Apa sudah jadi dengan negeri Selangor. IOI Mall boleh banjir petang tadi. IOI Mall terletak di Puchong. Orang-orang Cina mempercayai Puchong adalah tempat di mana terletaknya hati naga (heart of the dragon). Sebab itu hartanah di Puchong memang amat disukai oleh Masyarakat Cina. Harganya melambung tinggi. Amat memalukan bagi bandar seperti Puchong akan banjir. Banjir yang sama pernah menyerang Klang beberapa kali dalam tahun lalu. Banjir yang sama juga pernah melanda Kajang tahun lalu. Semua orang tahu, punca banjir-banjir kilat adalah kerana saliran longkang, parit dan sungai tidak diselengara dengan baik oleh pentadbiran DAPig, PGayR dan PAS. 

Menurut Hamidzun Khairuddin, Presiden GAPS dalam kenyataan beliau sebentar tadi, walaupun kerajaan pusat memberikan bantuan sebanyak lebih dari RM350 juta setahun dari peruntukan MARRIS kepada kerajaan Selangor setiap tahun, namun kerana kelekaan Menteri Besar bermain politik setiap hari menjadi nya lena dalam buaian politiking yang tak berkesudahan. Peruntukan yang sepatutnya dibelanjakan untuk baiki jalan, selenggara parit, longkang dan sungai dibazirkan kepada projek MES yang menguntungkan kroni politik PGayR, DAPig dan PAS sahaja.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates