February 9, 2013

9 Gempar!!! Aktivis R Menyebat Patung Datuk Mustapha Mohamed Di HKR Pasir Pekan


Kejadian ini berlaku di dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan di Pasir Pekan, Kelantan petang tadi. CTS ada membuat posting mengenai kehadiran yang tidak sampai 100 orang sebelum ini. Berlaku satu kejadian yang amat mengaibkan apabila satu patung replika ber"muka"kan Menteri MITI, Datuk Mustapha Mohamed disebat oleh Aktivis R yang diketuai oleh Jeming Hassan, yang bertindak seperti Sang Algojo.

Anak muda Kelantan di bawah Aktivis R kini telah hilang pertimbangan akal dan iman dengan membuat patung Datuk Mustapa Mohamed dan menyebatnya atas dasar royalti. Ini bukan cara Islam. Anak muda Pas kalau tak kembali kejalan Islam mereka akan sesat untuk selamanya. Sedari dahulu, anak muda Kelantan memang terkenal dan tersohor dengan budi dan adab sopan. Semenjak dua menjak ini lain macam pulak jadinya. Kurang ajar dan biadap menjadi makanan harian. Inikah hasil didikan Serambi Mekah?

Lihat video pendek kurang ajar dan biadap ini:

6 Puluhan Ribu Hadir Perhimpunan Rakyat Di Pasir Pekan - Kubu Kuat PAS Kelantan



Ini gambar terkini Himpunan Kebangkitan RakyatAnjuran PAS di Dataran Pasir Pekan petang tadi. Puluhan ribu yang hadir kebanyakan roh sahaja yang mana kebanyakan jasadnya ditinggalkan di rumah. Seperti di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Padang Selising, Dataran Pasir Pekan turut memberikan sambutan "hangat" seperti dalam gambar di atas.

DUN Pasir Pekan merupakan kawasan kubu kuat PAS. Di dalam PRU-12, calon PAS menang dengan kelebihan 9,000 undi. Mungkin Rakyat Kelantan sudah muak dengan himpunan yang dianjurkan oleh PAS Kelantan ini. Gebang saja lebih, habuk pun tiada. Nampak gayanya Rakyat Kelantan tidak lagi bangkit menentang UMNO sebaliknya bangun menentang Kerajaan PAS Kelantan. Ke guano?

0 Gambar Joseph Lim Guan Eng & Ramasamy Dibakar Rakyat Batu Kawan



Perkara: Bantahan Aman Ketidakpuasan Hati Penduduk Ladang Batu Kawan.

Tarikh: 09 FEB 2013 jam 1145-1210.

Tempat : Di hadapan Restoran Hai Siang Seafood, Jalan Besar, Simpang Empat, Batu Kawan, Pulau Pinang.

Kedatangan:
Bantahan telah diketuai oleh M.V.Mathiyalagan A/L Veeriah - Pengerusi IPF Bahagian Nibong Tebal. Seramai 40 orang terdiri daripada penduduk Ladang Batu Kawan, Ladang Kalidonia dan Simpang Ampat telah turut serta dalam bantahan ini. Di antara yang turut hadir ialah:

i) S. Linggam - Ketua MIC Cawangan Batu Kawan.
ii) A. David - AJK IPF Cawangan Batu Kawan.

Bantahan ini adalah untuk meluahkan perasaan tidak puashati terhadap pengambilan tanah perkuburan India Ladang Batu Kawan sebanyak 4 ekar yang akan diberi kepada "HINDU ENDOWMENT BOARD" Pulau Pinang. Menurut mereka, Prof Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II tidak mmpunyai kuasa untuk campur tangan di dalam hal pentadbiran kuil. PR juga, mengikut mereka tiada kuasa mengambil tanah perkuburan masyarakat India.

February 8, 2013

26 Suka Bebenor Janice Lee Dengan Masjid - Beri Limau Pun Dalam Masjid





Hari ini ADUN DAP Teratai, Janice Lee kelihatan mengedarkan limau-limau mandarin di sebuah masjid di dalam DUNnya. Tidak salah buat seorang wakil Rakyat ingin bermesra dengan pengundi-pengundinya dengan mengedarkan limau mandarin semperna Tahun Baru Cina. Kenapa hanya sebiji buah limau? Mungkin harga setiap seorang kariah masjid berkenaan hanyalah sekadar sebiji buah limau. Apakah sebiji buah limau sudah cukup untuk membeli undi buat DAP? Pak-pak lebai dan Tok Siak Masjid tidak perlulah berlebihan membodek Wakil Rakyat DAP hanya untuk sebiji buah limau. Agakagaknya Pak lebai ni syok kot dengan Janice Lee berbaju cheongsam?

February 7, 2013

2 Bukti "Screen Shoot" Puak DAP Komunis Mengutuk Kerajaan Malaysia Di Mata Dunia Kerana Takutkan Psy Hadir Di Penang

Juak-juak cybertroopers DAPig berjuang 24 jam sehari sejak beberapa hari lepas menyerang laman sosial Facebook artis Korea Psy Gangnam Style iaitu "Official Psy" dan juga "Psy Gangnam Style". Ini dilakukan semata-mata kerana terlalu takutkan kehadiran Psy di Malaysia akan mengubah momentum Kerajaan Pakatan Haram untuk kekal memerintah terutama di Penang. 

CTS tidak pasti apa kaitan kedatangan Psy dengan rasa takutnya mereka iaini juak-juak Pakatan Haram kehilangan kuasa. Kalau selama ini berkhidmat dengan Rakyat dan tidak menipu Rakyat terutama di 4 negeri yang mereka perintah, kenapa takut kehilangan kuasa, hanya dengan kedatangan Psy? Kenapakah begitu kemaruk juak-juak Pakatan Haram ini hendak menghalang kedatangan Psy untuk membuat persembahan di Penang?

Psy datang ke Penang hanyalah jemputan Gerakan Penang dan dibiayai oleh sebuah syarikat korporat di Penang untuk persembahan semperna Tahun Baru China? Apa kena mengena dengan politik? Adakah kedatangan Psy ke Penang boleh menentukan hidup mati Pakatan Haram terutama DAPig? Bacalah kenyataan-kenyataan cybertroopers pembangkang seperti yang di "screen shoot" yang ada di antaranya agak melampau dan mengutuk negara dan Kerajaan Malaysia.











3 Nik Aziz Nik Mat Kata Psy Perlu Tutup Aurat Untuk Buat Persembahan Di Penang



Menurut laporan akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily, semalam Nik Aziz menggesa Psy menutup aurat apabila diberitahu media bahawa BN telah menjemput selebriti itu membuat persembahan di majlis sambutan Tahun Baru Cina anjurannya pada 11 Februari. Sama ada Nik Aziz Nik Mat tidak mengetahui bahawa Psy seorang lelaki dan bukannya seorang wanita atau beliau takut spesis-spesis "dua alam" seperti Anwar Ibrahim tergoda dengan kekacakan Psy, CTS tidak pastilah. 

Yang pasti Psy hanya perlu memakai seluar panjang untuk mematuhi permintaan Nik Aziz memandangkan aurat lelaki hanyalah di antara pusat dan lutut. Mungkin juga nasihat Mursyidul Am PAS ini kepada Psy lahir setelah melihat persembahan "tidak senonoh"  dan separuh bogel yang dianjurkan di Kulim Kedah semperna perayaan Tahun Baru Cina. Barangkali dia mengambil pengajaran dengan penganjuran tarian gedik-gedik separuh bogel di Kedah, tetapi malu-malu untuk menegur kepimpinan DAPig dan PGayR Kedah. Atau mungkin juga nasihat itu diberikan kepada Anwar Ibrahim yang kebelakangan ini asik masyuk menari Tamil di atas pentas ceramah.


2 Video Mazlan Aliman Dihalau Peneroka Felda Sungai Tengi


Orang Felda Sungai Tengi menolak kehadiran Mazlan Aliman, Presiden ANAK untuk memecah belahkan masyarakat FELDA. Rakyat Sabak Bernam, Selangor menolak lidah penyambung bicara Pakatan Haram. Mazlan Aliman tidak diterima di tanahairnya sendiri di Johor. Bagaimana beliau boleh merasakan Rakyat Selangor akan menerima kehadirannya di Felda bertuah ini. 

Felda Sungai Tengi terletak di Sungai Tengi, Sabak Bernam, Selangor. Ia bersebelahan dengan sempadan negeri Perak. Felda ini telah wujud lebih 30 tahun.  Masa kewujudan Felda ini, Mazlan Aliman masih mentah. Oleh itu, janganlah cuba menunjuk pandai dengan orang-rang lama yang telah lama bergelumang dengan susah senang sebagai peneroka. Saksikan video penolakan peneroka Felda Singai Tengi ke atas kehadiran Mazlan Aliman. Panas beb!

February 6, 2013

2 Surat Sokongan Dari Pertubuhan Gereja Sabah - Patutlah Anwar Ibrahim Bersungguh Pertahankan Nama Allah Dalam Bible


Fahamlah kita sekarang kenapa Anwar Ibrahim beria-ria sekali mempertahankan kalimah Allah digunakan di dalam Bible Melayu. Fahamlah kita kenapa beliau berdiam diri apabila berlaku pertelingkahan di antara pemimpin-pemimpin DAPig dengan ahli-ahli Majlis Syura Ulama PAS. Fahamlah kita kenapa Anwar Ibrahim digelar sebagai "chameleon" dan opportunis oleh Barat, yang akan melakukan apa sahaja untuk memastikan beliau berjaya mencapai cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri. Seperti kata Pastor Silvester di dalam surat di atas, "Sesungguhnya Tuhan Yesus merahmati Datuk Seri dan keluarga."

Buat rakan-rakan CTS yang beragama Kristian, CTS dan orang-orang Islam di Malaysia bukan anti agama lain terutama Agama Kristian. Kami Umat Islam di Malaysia tidak pernah membenci orang-orang Kristian mahupun penganut agama lain. Kami amat mementingkan keharmonian dan kami semua amat mengasihi semua bangsa dan menghormati semua Agama di dalam negara ini. Cuma satu saja kami pinta, tolonglah jangan minta perkara yang bukan-bukan. Jangan meminta sesuatu yang mencabar kami sebagai seorang Muslim.

Fikirlah sendiri kenapa Pastor Silvester menyebut Tuhan Yesus dan bukan Tuhan Allah. Surat ini bukan baru malah telah dikeluarkan oleh Pastor berkenaan pada 2008. Kenapa isu Allah dalam Bible Melayu baru ditimbulkan oleh Joseph Lim Guan Eng? Apakah agenda jahatnya? Janganlah kita sebagai Rakyat Malaysia menjadi mainan bola ahli-ahli politikus yang tamak dan gila kuasa. Mereka ini akan datang dan pergi. Yang tinggal hanyalah Rakyat Malaysia yang hidup rukun damai dan hormat menghormati antara satu sama lain sejak berpuluh tahun yang lalu.

2 Malaysia-China Kuantan Industrial Park Dibuka Di Gebeng Bukti Lynas Tidak Merbahaya


Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP) yang dirasmikan oleh Perdana Menteri semalam di Gebeng, Kuantan telah membuktikan satu perkara - Kilang Lynas tidak merbahaya! Tidak ada satu perkataan yang mengambarkan kerisauan daripada pelabur-pelabur dari China tentang Lynas. Lynas selamat dan bukan seperti yang digembar-gemburkan oleh Wong Tak dan Kumpulan Hijau yang adalah dalam beberapa ekor. Taman perindustrian ini dijangka akan beroperasi sepenuhnya dalam masa dua tahun dan telah berjaya menarik komitmen pelaburan bernilai RM10.5 billion, dan menjana peluang pekerjaan sebanyak 8,500 buat Rakyat Pahang dan Kuantan khasnya.

Sekarang apa komen juak-juak Pakatan Haram? Masih lagi mahu menyokong perjuangan bebal Wong Tak dan Kumpulan Hijau semata-mata sebab politik mahu menjatuhkan Kerajaan BN? Wong Tak yang tiada otak ini adalah Cina Bukit DAPig yang berlindung di sebalik Kumpulan Hijau. Cina Bukit DAPig ini beberapa hari lepas mengugut akan membakar Kilang Lynas sekiranya Kerajaan tidak menutup Kilang Lynas selepas PRU-13. Bukankah itu satu ancaman dan ugutan? Apakah ancaman itu akan dibiarkan begitu sahaja? Mana Menteri Amaran? Masih "play safe" di dalam membuat sebarang keputusan?

Berbalik kepada perasmian MCKIP. MCKIP dibangunkan dalam kawasan perindustrian Gebeng yang telah wujud buat sekian lama. Kawasan ini bertambah maju dari setahun ke setahun. Kawasan ini amat berdekatan dengan Kilang Lynas. Sekiranya Kilang Lynas amat membahaya seperti didakwa Kumpulan Hijau, apakah Wong Tak yang tiada otak fikir pelabur-pelabur daripada China sebodoh dirinya untuk melabur jutaan ringgit semata-mata untuk terdedah kepada risiko radiasi? Bengong dan baghal betul Cina-Cina DAPig ini.

3 BN Kena Bekerja Keras Untuk Kemenangan DS @NajibRazak - Azwan Ali Akan Bertanding Di Pekan!!



Azwan Ali, Adik kepada Azmin Ali dan juga merupakan saudara kepada Umi Hafilda Ali beberapa hari lepas menyampaikan hasrat untuk bertanding di Pekan, Pahang. Parlimen ini disandang oleh Perdana  Menteri, DS Najib Tun Razak. Mungkin beliau gagal untuk meyakinkan Abangnya yang juga merupakan Timbalan Presiden PGayR untuk bertanding di atas tiket parti berkenaan, beliau telah mengumumkan akan bertanding sebagai calon bebas.

Kedudukan sekarang agak bahaya bagi kedudukan DS Najib Tun Razak, jika Azwan Ali berhasrat untuk bertanding di Pekan. Majoriti undi bakal merosot. Mana tidaknya, banyak undi akan menjadi rosak. Ramai pengundi bakal termuntah di atas kertas undi. Rosak juga. Pengundi memangkah di atas gambar, bukan di dalam kotak yang sepatutnya, kerana terlalu geram. Rosak juga. Pengundi meremuk-remukkan kertas undi dan buang ke lantai. Kira rosak jugalah kan?

February 5, 2013

2 Selepas "Bertam Night 2012" Kedah Tak Mahu Kalah Dengan Tarian Separuh Bogel Di Kulim!


Tahniah Kerajaan PAS Negeri Kedah yang tidak kurang hebat di dalam penganjuran Majlis Negara Berkebajikan. Selepas PGayR mengemparkan negara tahun lepas dengan tarian menjolok mata di dalam majlis Makan Malam PGayR "Bertam Night 2012" yang dihadiri oleh kesemua juak-juak Pakatan Haram DAPig dan PAS, majlis di Kulim, Kedah juga tidak kurang hebatnya.

Persembahan di atas adalah satu acara Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh PGayR, Sabtu lepas. Persembahan selama 3 jam oleh penari-penari separuh bogel (tiger show) yang memakai bra yang disajikan untuk santapan rakan sekutunya dari PAS dan DAPig. Persembahan ini pasti membuatkan terbeliak mata-mata pak lebai PAS apabila melihat tarian yang amat menggairahkan itu alamak apa semua ni sungguh memalukan.

Wanita-wanita Cina muda ini kebanyakannya mendedahkan bahagian belakang dan perut mereka. Bahagian paha dan betis yang mongel memang semestinya menjadi santapan mata. Majlis ini diatur oleh EXCO Kerajaan Negeri PAS dan ADUN PGayR Kulim, YB Lim Soo Nee. Daripada slogan Membangun Bersama Islam sudah bertukar kepada Negara Berkebajikan. Memang berkebajikan sungguh! Inilah contoh teladan parti yang ditunjangi oleh Anugerah Tuhan dan isterinya Tokoh Saiyidinita Khadijah.


6 Apa Kejadahnya Majlis Peguam Buat Forum LGBT?


Majlis Peguam pernah mengemparkan negara kerana menganjurkan Seksualiti Merdeka 2011 dengan menjadi penaja dan penaung kepada kumpulan seks bebas yang dianggotai oleh golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender atau singkatannya LGBT. Sekali lagi Majlis Peguam mempersendakan Ugama Islam sebagai Agama Rasmi Negara dengan menganjurkan forum Siri Pemikiran Kritis - What Place For LGBT Individuals In Our Society. Forum anjuran Majlis Peguam ini akan diadakan pada Hari Sabtu, 23 Februari 2013.

Forum ini bertujuan bagi memperjuangkan kesamarataan dan menetang diskriminasi ke atas golongan-golongan LGBT. Dalam perkataan yang mudah, kumpulan Seksualiti Merdeka 2011 mahukan golongan-golongan gay (lelaki+lelaki), lesbian (perempuan+perempuan), transgender (pondan atau bapuk), biseksual (golongan dua alam, lelaki dan perempuan sapu lebih kurang seperti AnuWar Ibrahim) dan sebagainya bebas melakukan hubungan terkutuk mereka secara halal dan terbuka di Malaysia. Nauzubillah himinzalik!

Kenapa pihak Majlis Peguam begitu lantang membela nasib LGBT di negara ini? Apa motif mereka mengadakan forum berkenaan? Apakah kebanyakan peguam-peguam di negara ini mengamalkan cara hidup yang sonsang dan terjebak di dalam golongan LGBT? Mana suara peguam-peguam Melayu Islam sehingga membiarkan Majlis Peguam dikuasai oleh golongan-golongan songsang? Siapa yang menaja forum berkenaan? PAS ka, PGayR ka atau DAPig?

February 4, 2013

3 Gambar Terkini Sambutan Rakyat Kelantan Terhadap Kunjungan Nik Aziz Ke Pasir Mas


Ini gambaran terkini bertempat Di Padang Selising, Pasir Putih, Kelantan. Gambaran yang diberikan oleh juak-juak pembangkang di laman sosial Facebook adalah lebih 10,000 Rakyat Kelantan yang hadir pada ceramah Pasca Kebangkitan Rakyat. Bagi CTS yang gagal dalam bab kira mengira ini biarlah gambar sahaja yang berbicara. Kalau beginilah sambutan Rakyat Kelantan khasnya di Pasir Mas terhadap kunjungan Menteri Besar mereka malam ini, CTS cuma kata ini kalilah!

7 Apasal Nizar Jamaluddin Meroyan Dengan Kehadiran Psy?


CTS tidak menulis mengenai kehadiran Psy yang digembar-gemburkan di laman sosial Twitter sejak semalam kerana bagi CTS ianya bukan satu isu yang serius. CTS mungkin bersetuju dengan pembaziran seperti yang didakwa dan CTS juga mungkin bersetuju dengan dakwaan hiburan melampau, tetapi biarlah kita berlaku adil dalam memberikan kenyataan dan biarlah "ketidaksetujuan" atau "agree to disagree" itu dibuat dengan asas, pertimbangan yang jujur dan relevan. Jangan biarkan tindakan serta percakapan mendahului akal dan fikir, apatah lagi jika kenyataan itu lahir dari seorang mulut pemimpin. Biarlah kita ikhlas di dalam menangani perbezaan, pastikan perbezaan itu benar-benar berlaku kerana Rakyat, bukan kerana perkiraan politik sempit.

Berhubung kehadiran Psy Gangnam yang akan hadir ke BN Chinese New Yew Open House, apakah Kerajaan benar-benar menggunakan dana awam, duit pembayar cukai atau mana-mana hasil mahsul negara? Jawapan adalah seballiknya. Selebriti Korea itu ternyata mendapat tajaan penuh konglomerat mega (Mega Ultimate) Penang sendiri. Sejak bila kita ada hak untuk menghalang sesiapa sahaja membuat persembahan di negara ini. Ini bukan kali pertama artis antarabangsa pernah membuat persembahan di negara kita. Bukankah sebelum ini Elton John, Justin Beiber, Jennifer Lopez Micheal Learn To Rock dan sebagainya pernah datang membuat persembahan di negara kita. Kenapa kita tak pertikaikan kehadiran mereka? Kenapa kita tidak pertikaikan harga bayaran artis yang dibawa masuk dan keuntungan yang dibuat oleh penganjur? Kenapa mesti mempertikaikan Psy?

Kita mengatakan bahawa program ini boleh meruntuhkan akhlak, rosakkan sahsiah anak-anak muda Melayu Islam. Kita jangan lupa Malaysia adalah terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa. Salahkah masyarakat Cina ingin menikmati hiburan yang tidak keterlaluan semperna Tahun Baru mereka? Bagaimana pula dengan program tarian jalanan anak muda Penang I-Dance yang secara terang-terang melibatkan anak muda Melayu Islam? Bagaimana pula dengan K-Pop Dance anjuran kerajaan Pulau Pinang di malam tahun baru 2013? Bagaimana pula dengan konsert MTV World Stage di I-City, Shah Alam bagi mempromosikan bandaraya Shah Alam sedangkan ia jelas bertentangan dengan enakmen Kawalan Hiburan Selangor itu sendiri? Ada perkara yg boleh kita politikkan, dan ada perkara yg memang tidak boleh dipolitikkan, kerana dibimbangi ia nya akan terpalit kepada diri sendiri. Tak gitu YB Nizar?

6 Pakatan Haram Marah Kata BN Politikkan Pendidikan, Apa Yang Berlaku Di UNISEL Hari Ini Boleh Pulak?



Kelihatan di dalam gambar di atas Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim merasmikan  Konvensyen Antarabangsa Pendidikan: Dasar Pendidikan Malaysia di UNISEL Kampus Shah Alam. CTS tidak ada masalah dengan perkara itu. Namun kenapa Presiden PAS, DS Hadi Awang dijemput menyampaikan ucaptama? Atas kapasiti apa beliau dijemput memberikan ucaptama?

Adakah disebabkan kepakaran beliau di dalam sesuatu bidang? Kepakaran apa? Kalau dijemput di atas kapasiti politik, kenapa Presiden PGayR yang merupakan seorang Doktor dipinggirkan? Ketua Umum PGayR memang tak layaklah sebab hanya lulus Kelas Tiga (Ijazah Am) Pengajian Bahasa. Juak-juak Pakatan Haram ni kalau Kerajaan buat semua salah. Kalsu mereka buat, Halalul Toyyibba!
Published with Blogger-droid v2.0.10

February 3, 2013

7 Ustaz Azizan Razak Bakal Dipecat Berikutan Politik Muafakat Rasmikan Program IM4U "Beautiful Malaysia"




Sejuk mata memandang apabila menonton Buletin Utama TV3 malam tadi yang memperlihatkan Menteri Besar Kedah, DS Azizan Abdul Razak berlapang dada dengan mengamalkan politik muafakat dan mengenepikan ideologi politik apabila bersama-sama dengan DS Dr Chor Chee Heung, Ahli Parlimen Alor Setar dan Dato Ahmad Bashah, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah untuk merasmikan program peringkat nasional "Beautiful Malaysia".

Hayat politik DS Ustaz Azizan di dalam PAS pastinya bagai telor di hujung tanduk apabila tindakan beliau hari ini pastinya mengundang kemarahan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat. Ini berikutan beberapa hari lepas Ahli Majlis Syura PAS dipecat apabila turut mengamalkan politik muafakat apabila mengiringi DS Najib Tun Razak ke Gaza. Apatah lagi Ustaz Azizan berbesar hati untuk memakai baju IM4U, satu projek Kerajaan BN untuk belia dan anak muda Malaysia.

Kita nasihatkan Datuk Nik Aziz Nik Mat agar bersikap terbuka di dalam hal ini. Apa salahnya jika Ustaz Azizan turut serta di dalam projek Nasional Kerajaan BN. Nik Aziz Nik Mat pun pernah beberapa kali turun padang mengiringi DS Najib Tun Razak. Malah Nik Aziz Nik Mat turut memakai baju lambang 1Malaysia, projek nasional Kerajaan BN. Kenapa beliau tidak "memecat" dirinya sendiri? Gambar-gambar di bawah sebagai buktinya.


6 Nurul Izzah Meroyan Banner-Banner Hari Wilayah Beliau Diturunkan DBKL




Gambar-gambar di atas CTS ambil dari laman sosial Twitter Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah yang mengeluh dan tak puas hati setelah banner-banner ucapan selamat Hari Wilayah darinya hilang. Banner-banner ini diletakkan di Kerinchi dan di Jalan Pantai Baru.

Mungkin Nurul Izzah terlupa beliau tinggal di Malaysia, khasnya ibukota Kuala Lumpur yang mempunyai undang-undang yang dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Sekiranya undang-undang tidak dipatuhi, pastinya tindakan akan diambil. Begitu juga dengan banner-banner di atas. CTS yakin benar ianya tidak mendapat permit atau kebenaran untuk dipasang.

Salahkah DBKL untuk menanggalkannya? Tak payah cakaplah. Kalau di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Haram, pantang ada salah sikit yang dilakukan oleh Rakyat, pasti akan ditutup, disita atau diangkut oleh Majlis Perbandaran. Tak gitu? Kalau tak percaya, cuba baca laporan NST Online, di sini. Tokong Joseph Lim Guan Eng lagi kurang ajar menurunkan banner Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak, mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina di Penang. Kurang ajar? Tidak? Omputih kata "what goes a round comes around".
Published with Blogger-droid v2.0.10
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates