February 2, 2013

11 Puluhan Ribu Kaum Wanita Hadir Di Program "Himpunan Kebangkitan Wanita"Di Permatang Pauh Semalam


Semasa mula-mula CTS melihat banner di atas, CTS sudah membayangkan puluhan ribu jika tidak ratusan ribu akan hadir di Permatang Pauh bagi menyertai Himpunan Kebangkitan Wanita di Tapak Ekspo, Seberang Jaya, Pulau Pinang. Dengan kehadiran tokoh-tokoh wanita terkenal dari pihak Pakatan Rakyat, sudah pasti ianya pasti menarik kaum-kaum ibu dan remaja untuk hadir ke pentas ceramah. Ini ditambah dengan promosi besar-besaran yang dilakukan sama ada kepada penduduk setempat maupun di media-media sosial.

Malangnya, sangkaan CTS meleset. Kaum-kaum wanita di kawasan Utara tanahair, terutama di Permatang Pauh langsung tidak mengendahkan perhimpunan ini. Mungkin mereka tahu tidak ada apa yang bangkit di dalam Pakatan Haram kecuali "anu" Anwar Ibrahim. Kedatangan amat mengecewakan. Kehadiran tolak campur darab bahagi termasuk kehadiran lelaki disitu adalah seramai 200-250 orang. Tidak hairanlah baru-baru ini Anwar Ibrahim kelihatan kecewa dan mengumumkan kemungkinan beliau tidak bertanding lagi di Permatang Pauh.

February 1, 2013

20 Anwar Ibrahim Derma USD700,000 Untuk Bina Masjid Di Gaza? Mana Dia Dapat Duit!!!


Terkejut beruk CTS apabila mengetahui bahawa Anwar Ibrahim, Ketua Umum PGayR merangkap bekas banduan dan juga bekas Timbalan Perdana Menteri Barisan Nasional mampu memberi sumbangan kepada Hamas di Palestin untuk membina sebuah masjid yang bernilai jutaan ringgit Malaysia. Adik Kakak Ibu Abang nilainya adalah USD700,000. Kalau ikut tukaran matawang hari ini, ianya bersamaan dengan RM2,174,899. Wow!!! Berlawan betul Ketua Umum PGayR ye. Kerajaan Malaysia derma surau, dia nak lebih lagi, dia derma Masjid!! Kerajaan Malaysia guna duit Kerajaan dan Rakyat, dia guna duit sumber mana?

CTS hendak bertanya jugalah dengan Anwar Ibrahim, dari sumber mana beliau memperolehi wang sebanyak itu untuk membuat amal jariah. Daripada kutipan tabung milo di pentas-pentas ceramahkah? Dari kutipan majlis makan malam amal yang selalu diadakan kah? Jika wang tersebut datangnya daripada tabung yang diwujudkan seperti di atas, maka beliau hendaklah menunjukkan akaun yang beraudit dan penyata bank mengenainya. Jika tidak SPRM dan LHDN janganlah segan silu dan malu-malu kucing untuk menyiasat dari mana datangnaya dana sebanyak USD700,000 ini. Takkan nak tunggu laporan rasmi baru nak dibuat siasatan?

3 Hati Tertambat Melihat Bakal Menteri Besar Kelantan Naik Teksi Ke Pasir Mas


Tersentuh hati dan berkenan sungguh melihat satu posting di laman sosial Facebook milik bakal Menteri Besar Kelantan, yang kini menjawat sebagai Menteri MITI. Tiada protokol, begitu merendah diri dan tidak sombong. Atas sikap berkenaanlah, beliau tidak segan silu menaiki teksi untuk ke program menemui Rakyat di Pasir Mas. Beliau tidak perlu memberi alasan ketidakuzuran dan sakit tulang belakang seperti Menteri Besar sekarang sehingga terpaksa naik kereta mewah setiap masa. Mercedes mewah atau kenderaan pacuan 4 roda.

CTS bekerja di salah sebuah agensi MITI. Jadi CTS tahu, kelakuan beliau di atas bukan dibuat-buat. Sepanjang CTS mengenalinya di dunia korporat dan bukan sebagai bloggers, beliau merupakan seorang yang tegas, berdisiplin dan menepati masa dan janji. Disebalik ketegasan beliau, beliau seorang yang suka mempertimbangkan pendapat semua orang, tidak sombong dan mudah didekati. Rakyat Kelantan tidak mahukah Menteri Besar seperti ini?


11 Afdlin Shauki Gergaji Dua Mata? BN Makan, PGayR Pun Makan?





Ini antara gambar-gambar yang sempat diambil di Sidang Media Anwar Ibrahim dan Wan Azizah bersama "Wakil Pimpinan Hamas, di Pejabat Parti PGayR di Tropikana pagi tadi. Kelihatan kelibat Afdlin Shauki di pentas bersama-sama dengan Anwar Ibrahim. Kalau CTS tidak salah, Pengarah, Pelakon dan Pelawak ini pernah bersama-sama dengan UMNO dan Barisan Nasional di dalam beberapa projek parti. Malah Afdlin Shauki ke Gaza tempoh hari atas tiket Kelab Putera UMNO.

Sekarang kelihatan seperti Afdlin Shauki tidak cukup makan dengan UMNO dan BN sehingga terpaksa mengemis dan terhegeh-hegeh pula dengan PGayR. Mungkin Afdlin Shauki hadir sebagai non-partisan atas nama "Palestine Brotherhood" dan wakil NGO Aqsa Syarif. CTS masih tidak dapat terima. Adalah lebih baik perjumpaan dengan "Wakil Pimpinan Hamas" berkenaan dilakukan oleh Afdlin Shauki di hotel kediaman mereka atau mana-mana tempat terbuka. Kenapa mesti di Pejabat Parti PGayR, kenapa di dalam sidang akhbar parti berkenaan? Apa perlunya memberi kredit kepada Anwar Ibrahim. Duit bapanyakah?

Adakah golongan artis seperti ini UMNO dan BN menaruh harap? Inilah dikatakan membuat duit sebanyak mungkin dari parti. Gergaji dua mata? Atas boleh makan, bawah boleh makan. Lagi gambar menarik kemesraan Afdlin Shauki-Anwar Ibrahim dari lensa Minaq Jinggo, di sini.

January 31, 2013

6 Wan Azizah Tak Jadi Jumpa Pimpinan Hamas Hari Ini, Esok Beliau & Anugerah Tuhan Adakan Sidang Akhbar

CTS baru mendapat e-mail di bawah daripada rakan wartawan sebentar tadi. Nampak gayanya perjumpaan Presiden PGayR dengan pimpinan Hamas termasuk yang telah meninggal dunia syahid sejak 2004, yang diwar-warkan dalam Keldaiandaily, telah ditunda sehingga esok pagi. Di dalam e-mail tersebut tidak dinyatakan secara khusus "Wakil Pimpinan Hamas" yang akan hadir dalam sidang akhbar esok jam 10.00 pagi. Mungkin pembantu pejabat. Mungkin kerani di pejabat Perdana Menteri Hamas. Yang pasti bukan China Doll!

Apapun tindakan Anwar Ibrahim kelam kabut memanggil wakil Hamas agak melucukan dan kebudak-budakan. Nampak sangat beliau terdesak selepas Perdana Menteri DS Najib Tun Abdul Razak melawat Gaza tempoh hari. Tanpa mahu ketinggalan, terpaksalah memanggil "Wakil Pimpinan Gaza". Hendak melawat Gaza takut, harap "anu" saja besar! Lain kali gunalah strategi berbeza. Kalau DS Najib melawat Gaza, Anwar Ibrahim melawatlah tempat lain, Syiria ka ... Rohingya ka ... Pulau Ketam ke ...

----- Forwarded Message -----
From: Komunikasi KEADILAN
To: 
Sent: Thursday, January 31, 2013 8:03 PM
Subject: SIDANG MEDIA : Pertemuan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bersama wakil Pimpinan Hamas

Salam dan selamat sejahtera,

Harap maklum, bahawa satu sidang media oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum dan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Keadilan akan mengadakan pertemuan dengan Wakil Pimpinan Hamas, yang akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 1 Feb 2013, Jumaat

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Dewan Keadilan, Ibu Pejabat Parti KEADILAN


Saudara dijemput hadir, harap maklum

Terima Kasih

Dihantarkan kepada anda melalui / Delivered to you by:

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

Tel: +603 7885 0530
Fax: +603 7885 0531
E-mail: komunikasi@keadilanrakyat.org
Web: www.keadilanrakyat.org
           www.demirakyat.my

7 Foto Haji Hadi Jampi Air Minum Ustaz Taib Azzamuddin


Jangan salah sangka. CTS tak katakan khurafat atau salah mendoakan seseorang dengan menggunakan air sebagai medium perantaraan. Cumanya kita kena ingat setiap penyakit datangnya daripada Allah dan Allah juga yang menyembuhkan segala penyakit. Gambar ini diambil ketika Presiden PAS, DS Haji Hadi Awang melawat Bekas Imam Masjid Negara, Ustaz Taib Azzamuddin di hospital. Tidak salahnya minum air doa dan tidak ada salahnya juga makan ubat-ubatan yang disediakan hospital dalam usaha untuk menyembuhkan penyakit.

Cumanya jangan percaya bahawa air berkenaan yang menyembuhkan penyakit atau doa orang tertentu yang menyebabkan penyakit itu sembuh. Ini khurafat namanya. Sekadar peringatan untuk diri sendiri. Jangan ada pula yang beratur depan rumah Haji Hadi Awang untuk minta air mandi yang sudah dijampi agar tolak bala dan berpeluang jadi calon PRU13 sudahlah!

4 Menjelang PRU-13 - Pakatan Haram Mula Masuk Bakul Angkat Sendiri


Menjelang PRU-13 yang akan tiba sebulan dua lagi, Pakatan Haram mula memainkan sentimen masuk bakul angkat sendiri. Ianya bertujuan untuk memastikan bahawa juak-juak Pakatan Haram mempunyai keyakinan untuk terus berjuang semasa kempen pilihanraya. Ianya juga bertujuan supaya satu demonstrasi besar-besaran dapat diadakan selepas kekalahan mereka di dalam PRU-13. Beban kekalahan pasti diletakkan ke atas bahu SPR yang sekali lagi akan dilabelkan sebagai tidak adil dan telus.

Sendiri punya surat khabar, sendiri suka-suka mengangkat pemimpin mereka. Agak menjengkelkan apabila Suara Keldaian membuat berita populariti Ketua Umum PGayR, Anwar Ibrahim naik! Apa yang naik sebenarnya? "Anu"nyakah? Begitu juga dengan cubaan Haprakdaily untuk mengangkat Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu sebagai Bapa Kemerdekaan Baru!!! CTS tekankan di sini. Tolong jangan ketawa. LOL!


Hebat! Memang hebar perang psaikologi Pakatan Haram. Menteri Besar Selangor juga diwar-warkan mendapat kepercayaan sehingga 65% daripada Rakyat Selangor! Selepas ini apa pula spin yang akan mereka lakukan? Mungkin Laporan Roketkini akan memaparkan Zuraidah MP Ampang sebagai wanita yang tercantik di Malaysia? Siapa tahu.

January 30, 2013

0 Cerita Husam Musa Temui Minyak Di Kelantan Bermula Tahun 1992 Lagi! Mari Baca



Cerita mengenai penemuan minyak di Kelantan telah dimulakan oleh Husam Musa sejak tahun 1992 lagi. Jadi bukanlah satu perkara yang aneh apabila baru-baru ini Husam Musa telah mengumumkan bahawa minyak telah ditemui pula di dataran Kota Bharu! Kemungkinan besar di bawah rumah Menteri Besar. Tidakpun di Stesen Minyak keluarga Nik Aziz Nik Mat di Pulau Melaka.

Tajuk Harakah "Minyak Ditemui Di Pantai Kelantan" bertarikh 28 Ogos 1992 ini adalah tulisan Husam Musa sendiri. Katanya minyak ditemui di pantai Kelantan tetapi Blok PM 3 berada 103 km di tengah laut. Kawasan itu adalah kawasan yang terlibat dengan tuntutan bertindih Vietnam. Hasil daripada perundingan Kerajaan Malaysia dan Vietnam maka wujudlah persefahaman pertukaran suratcara antara dua negara dan kawasan itu dinamakan CAA (Commercial Arangement Area). Jadi apa "locus standi" Kelantan untuk tuntut minyak yang didapati disini? Minyak bukan sahaja ditemui di luar perairan Kelantan malah ia juga di luar Wilayah Malaysia dan berada di Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia. Husam ... Husam ...

17 Gempar!!! Wan Azizah Akan Mengadakan Pertemuan Dengan Dr Abdul Aziz Rantissi Yang Mati Syahid Tahun 2004 Khamis Ini!


Lawak apakah yang cuba dibuat oleh Suara Keldaian? Suara Keldaian melaporkan bahawa Presiden PGayR akan mengadakan pertemuan dengan dua pemimpin Hamas di pejabatnya Khamis ini. Dan pemimpin yang dimaksudkan adalah Ahli Kabinet Hamas, Walid Amudi  dan salah seorang Pengasas Hamas, Dr Aziz Rantisi!!!

Tidakkah Wan Azizah dan Suara Keldaian tahu bahawa Dr Abdul Al Aziz Rantissi telah syahid dan meninggal dunia pada 17 April 2004 kerana dibunuh oleh tentera Israel. Baca kisah hidupnya di sini. Mana mungkin orang yang sudah mati boleh datang ke pejabat Wan Azizah Khamis ini. Atau apakah Wan Azizah juga Anugerah Tuhan seperti Anwar Ibrahim?

7 Kebodohan Blogger Pakatan Haram Mengedit Gambar Gereja Terserlah!


Blogger Pakatan Haram mengatakan Bloggers dan cybertroopers mesra Kerajaan membuat fitnah dengan mengedit gambar kursus kahwin untuk dijadikan gambar gereja. Siapa yang mengedit gambar sebenarnya? Baca blog Blogger Pakatan Haram kaki spin di sini. Terdapat beberapa kelemahan di dalam proses pengeditan gambar yang dilakukan oleh Blogger Pakatan Haram berkenaan. Beliau masih tidak menjawab beberapa persoalan berikut kalau benarpun itu gambar kursus kahwin.

1. Gambar dengan sengaja dikaburkan.
2. Penceramah kursus kahwin selalunya Ustaz yang bersongkok atau berlebai.
3. Selalunya mereka yang hadir ke kursus kahwin walaupun tidak bertudung akan menutup kepalanya. Lihat gadis berkulit gelap di hadapan.
4. Terdapat bayang apabila salib dibuang.
5. Gambar asal menunjukkan lambang matahari di atas pintu, yang mana ini telah di "crop" dan dibuang.
6. Di tempat kursus kahwin manakah adanya piano? Cuba jawab!

Buat pengetahuan semua, gambar ini asalnya diperolehi daripada seorang Ustaz yang buat masa ini tidak mahu mendedahkan diri kepada seorang blogger. Ada pendapat mengatakan kejadian berlaku di Ipoh, Perak. Cuba bandingkan gambar yang kami siarkan berbanding gambar Blogger Pakatan Haram yang disiarkan di blognya. Gambar siapa yang lebih jelas? Pixel gambar siapa yang lebih tinggi? Kenapa tidak siarkan "gambar kursus kahwin" yang  lebih jelas? Kenapa kabur?


January 29, 2013

2 Surat Skandal Seks ADUN DAP Aulong Tersebar Luas Di Taiping


Berdasarkan salinan surat di atas, ADUN DAP Aulong, YB Yew Tian Hoe atau lebih dikenali sebagai YB Capik dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan pembantu peribadinya sehingga dikatakan pembantu peribadinya yang hanya dinamakan sebagai Puan Lilian telah menjadi perempuan simpanannya.

Surat seperti di atas telah diedarkan secara meluas kepada penduduk-penduduk di Taiping secara pos terutama kepada kaum Cina. Setakat rencana ini ditulis, tiada laporan polis dibuat dan YB Yew masih lagi belum mengakui atau menafikan kebenaran surat berkenaan. Jangan selepas ini UMNO pula dipersalahkan seperti biasa sebagai pihak yang mengedarkan surat berkenaan.

4 Apa Sudah Jadi Tian Chua? Gagal Menarik Sokongan Di Parlimen Batu



Semalam berlangsung ceramah PGayR di Ampat Tin di dalam Parlimen Batu. Penceramahnya terdiri daripada Ahli Parlimen Batu sendiri, Tian Chua dan Ketua Strategik PGayR, Rafizi Ramli. Janji mula ceramah jam 8.30 malam. 10.30 malam baru nampak kedua-dua muka. Yang datang hadir adalah dalam 100-150 orang. Itupun kebanyakannya orang luar. Tahniah BN Parlimen Batu. Nampak gayanya ada harapan BN ambil alih ini Parlimen. Ini kalilah!

0 PGayR Terangganu Bergolak Lagi? Program Anwar Ibrahim Terpaksa Dibatalkan


Sumber dalaman PGayR membisikkan kepada CTS bahawa PGayR Terengganu bergolak lagi? Pergolakan terlalu kuat sehinggakan program Ketua Umum PGayR, Anwar Ibrahim di Terengganu 02 Februari 2013 terpaksa dibatalkan. Atau apakah pembatalan ini atas desakan Ketua Umum sendiri yang menjangkakan program ini tidak akan mendapat sambutan? Tiga Program yang telah diatur terpaksa dibatalkan iaitu:

1) 5.00-7.00 petang - "Meet Anwar" di Grand Continental Hotel 
2) 9.00-10.00 malam - Ceramah di Seberang Pintasan, Dungun 
3) 11.00-12.00 malam - Ceramah Perdana di Kampong Baru, Kerteh, Kemaman.

Terangganu sememangnya kubu kuat Barisan Nasional. Kalau ada parti pembangkang yang boleh bertapak sekalipun hanyalah PAS. PGayR dan DAP jangan haraplah. Dengan kepimpinan Menteri Besar, DS Ahmad Said yang "down to earth" dan amat rapat dengan Rakyat, kirim salamlah kalau PGayR cuba meluaskan empayarnya di situ.

January 28, 2013

19 Foto Yang Wajib Umat Islam Ambil Berat


Inikah sebabnya Joseph Lim Guan Eng berusaha bersungguh-sungguh untuk memasukkan nama Allah ke dalam Bible berbahasa Melayu? Inikah golongan sasaran Bible berbahasa Melayu berkenaan ingin diberikan? Yang kita paling takuti kini sudah berlaku. DAPig berjaya menipu bangsa kita dengan pertolongan syaitan PAS dan PGayR. Nauzubillahiminzalik. Inilah bukti kejayaan DAPig! Wahai umat Islam di Malaysia, bukalah mata. Selamatkan Akidah Umat Islam di Malaysia!

7 Lagi Cerita Pasal Kek - Kali Ini Foto Paderi Dapat Kek "Yang Mulia Bishop" Dari Nik Aziz




Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat memang suka kek. Dapat kek. Potong kek. Beri kek. Serba serbi kek. Semalam potong kek. Hari ini semperna  menerima kunjungan Father Sebastian Michael Uskop, Roman Katholik bagi negeri Pulau Pinang, Perak, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu di hotel tempat penginapannya, Nik Aziz telah menghadiahkan kepada Father berkenaan kek! Lihat atas kek berkenaan, apa yang ditulis? Kpd: Yang Mulia Bishop, Dpd : Tn Guru Dato Nik Aziz, Mursyidul Am Pas. Sejak bila Father dianugerahkan "Yang Mulia"? Bukankah Yang Mulia digunakan untuk kerabat Diraja?

6 Menjelang PRU-13 - Sudahkah Barisan Nasional Bersedia?



Tidak sampai 60 hari lagi, InsyaAllah Parlimen akan dibubarkan. Tidak dapat tidak, negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Haram tidak mempunyai pilihan lain kecuali turut membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing. CTS ingin mengingatkan diri CTS dan juga rakan-rakan seperjuangan yang lain, kita hanya mempunyai sedikit masa untuk membantu Kerajaan yang kita sayangi, Kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk mengharungi Pilihanraya yang dikatakan terhebat sejak merdeka.

Bersandarkan kepada tren keputusan pilihanraya kecil yang lepas kita yakin transformasi yang dibuat oleh BN bersama Perdana Menteri DS Najib Tun Razak telah membuahkan hasil. Pelbagai inisiatif yang dilaksaksanakan. DS Najib bekerja amat kuat semenjak mengambil alih tampuk kepimpinan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi. Kesannya, sebanyak 5 pilihanraya kecil yang terakhir berturut-turut telah dimenangi oleh calon BN. DS Najib merupakan satu produk dan ikon terbaik untuk diketengahkan di dalam kita hendak "menjual" nama BN kepada Rakyat.

Kita lupakan PRU-12 yang menyaksikan undi protes rakyat terhadap BN kerana kita yakin sejarah PRU-11 akan berulang kembali. Majoriti masyarakat Melayu sudah kembali. Begitu juga dengan masyarakat India. Usaha perlu dipertingkatkan untuk memenangi undi masyarakat Cina. Sama-samalah kita berusaha, rapatkan barisan, jauhkan persengketaan sesama sendiri dan teruskan berjuang membantu DS Najib dan kepimpinan BN untuk mendapatkan kembali majoriti 2/3. Insya Allah, BN mampu kuburkan PR pada PRU-13 nanti!!!

2 Benarkah Ustaz Azizan Menghalang Imigresen Dari Mengambil Tindakan Ke Atas ADUN Bakar Arang?

Ini berita panas yang CTS terima daripada rakan CTS yang bertugas di Bukit Aman. Pada 24 Januari 2012, jam 1800, di atas maklumat orang ramai satu serbuan mercun telah dibuat oleh pihak Jabatan Immigresen Malaysia, Cawangan Sungai Petani di premis YB Tan Wei Shu, ADUN Bakar Arang beralamat di 51D, Jalan Aman, Taman Aman, Sungai Petani. Bekas ADUN PGayR ini pernah mengemparkan situasi politik tanahair apabila mengumumkan untuk keluar parti dan menjadi ADUN Bebas menjelang PRK Parlimen Hulu Selangor.

Serbuan tersebut telah menemui hampir RM5 ribu nilai mercun pelbagai jenis. YB Tan diberitakan telah menghubungi Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Razak dan MB Kedah berkenaan telah mengarahkan agar Jabatan Immigresen tidak mengambil tindakan kerana menganggap perkara itu sebagai kecil sahaja. Tidak dapat dipastikan kenapa MB Kedah mempertahankan ADUN Bakar Arang memandangkan YB Tan tidak lagi berada di dalam Pakatan Pembangkang.

Apakah yang ditakrifkan oleh Ustaz Azizan sebagai kes kecil? Apakah kecil disebabkan amaun jumlah rampasan atau kecil disebabkan perkara itu berlaku kepada ADUN yang pernah bernaung di bawah Pakatan Haram? Apakah Ustaz Azizan tidak menyalahgunakan kuasanya sebagai Menteri Besar Kedah dengan menghalang penjawat awam dari melaksanakan tugas mereka. CTS menyeru agar kes ini dilaporkan kepada SPRM untuk tindakan selanjutnya.

January 27, 2013

14 Panas & Eksklusif!!! Gambar Nik Aziz Potong Birthday Cake Di Rumah Karpal Singh



Happy birthday Pok Nik. Happy birthday Pok Nik. Happy birthday to you. Happy birthday to you. Sambutan Maulidul Rasul Pok Nik tak benarkan. Alasan terikut-ikut dengan budaya Kristian. Potong Kek memang budaya Islam kan Pok Nik? Suka hati hangpalah juak-juak PAS!

Juak-juak Pakatan Haram hari ini gembira apabila Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS sudi untuk bertandang rumah Karpal Singh dan memotong kek hari jadi. Salah seorang daripadanya adalah penulis blog dan politik terkenal, Mohd Sayuti Omar (MSO)  yang menulis di laman sosial Twitter seperti di bawah:


Nik Aziz Nik Mat memang suka potong kek hari jadi. Tahun lepas juga CTS pernah menyiarkan satu posting di mana beliau memotong kek hari jadi di pejabat beliau. Rujuk dan baca di sini. Lihat wajah kegirangan Mursyidul Am PAS ini seperti di bawah ketika memotong kek!

10 Panas Terkini! @rafiziramli Minta Maaf Secara Terbuka Dengan DS @Zahid_Hamidi

Terkini 7:45 p.m.:

Si bedul Rafizi Ramli di dalam Twitternya menuduh UMNO telah "hack" akaun Facebooknya. Suka hati kau lah Rafizi. Kena "hack" ke kena "jackass"? Kau ingat senang orang nak "hack" akaun Facebook? Setahu saya, kalau kena "hack" akaun Facebook, ianya mengambil masa untuk "recover" dan untuk mendapat balik katalaluan akaun berkenaan tetapi si bedul ini boleh dapat balik dengan cepat macam kilat. Agaknya Ketua Umum PGayR mengamuk sakan selepas tersiarnya permohonan maaf itu kot? Apapun bagus! Hadapi saman itu di mahkamah!


Posting Asal:

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Baru beberapa minit yang lalu Rafizi Ramli telah secara terbuka di dalam laman Facebooknya telah meminta maaf kepada Menteri Pertahanan, DS Zahid Ahmad Hamidi dan seluruh anggota tentera dan menarik kembali tuduhan-tuduhan liar yang dibuatnya sebelum ini. Sidang media di Pejabat PGayR akan dibuat esok, 2.30 petang. Sebelum ini, Pengarah Strategi PGayR ini begitu angkuh sewaktu mula-mula DS Zahid memfailkan saman ke atasnya. Katanya di laman sosial Twitter:


Sekarang apa sudah jadi? Kenapa tidak berani menghadapi saman DS Zahid di mahkamah? Takut tewas dan dihukum sehinggakan tidak dapat bertanding di dalam PRU13? Teringat CTS satu adengan di dalam filem P Ramlee, Nujum Pak Belalang, "Kita beroleh kemenangan yang pertama!" Nampak gayanya fitnah ala Deepak akan menghantuinya seumur hidup!

1 Berita Bergambar Dari Harian Metro - Sejak Bila Najib Razak Bercinta Dengan Rozita Che Wan?


Hampir tersedak ketika membaca Harian Metro hari ini. Sejak bilalah pula Najib Razak bercinta dengan Rozita Che Wan ni? Lari tidak cukup tanah Rozita Che Wan dikejar Datin Seri kalau perkara ini benar. Mungkin Editor dan pereka letak grafik Harian Metro adalah seorang peminat DS Najib Tun Razak kot? Haish!! Macam- macam.

2 Gempar!! Apa MAIPP Dan DPP Penang Buat Bila SUARAM & Aliran Anjur "Holy Book Reading" Pagi Ini?

Apa hendak jadi dengan Agama Islam di Malaysia. Dunia sudah akhir zaman. Agama Islam mula diperkotak-katik dan disamaratakan dengan Agama lain. Semperna Hari Thaipusam yang disamput oleh penganut-penganut Agama Hindu hari ini, lain pula jadinya di Pulau Pinang atau Penang (Maaf CTS tidak meminta kebenaran Ketua Menteri, Joseph Lim Guan Eng,  untuk menggunakan nama ini).

Bertempat di Dataran Pidato, Padang Kota Lama/Speakers' Square, Esplanade, Penang, kira-kira jam 12.00 tengahari hingga sekarang, sebuah kumpulan bebas yang amat dikenali mempunyai hubungan yang rapat dengan SUARAM dan ALIRAN telah menganjurkan sessi "Holly Book Reading" di mana penganut-penganut Agama Kristian, Hindu, Buddha dan Islam dijemput membawa kitab masing-masing.

Ketua kumpulan ini yang dikenali sebagai Kevin, 016-5515429, memberitahu kononnya tujuan sessi berkenaan adalah untuk memahami Agama di antara satu sama lain. Semua ini adalah satu pembohongan. Semua ini adalah merupakan agenda tersembunyi puak-puak Yahudi yang cuba menyamakan Agama Islam dengan Agama-Agama lain. Mereka mahu hina dan memusnahkan Islam.

CTS mahu tahu mana perginya Dewan Pemuda PAS (DPP) Pulau Pinang? Mana Abdul Malik bin Abul Kassim, EXCO Agama Negeri Pulau Pinang? Mana Yang Dipertua, Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP)? Kenapa membisu dengan perkara ini? Takut dimarah oleh Tokong Joseph?






 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates