January 16, 2013

2 YB Janice Lee Sekadar YB Tong Sampah?

Seingat CTS sewaktu pemerintahan BN di Selangor, belum pernah rasanya CTS melihat tong sampah yang mempunyai nama Yang Berhormat. Banyak benda dan perkara yang disumbangkan oleh BN sejak dahulu namun tidaklah sehingga sebegini rupa. Nama YB di kampit beras pernahlah nampak

Terdesak sangatkah YB Janice Lee sehungga terpaksa meletakkan namanya di tong sampah? Apakah tidak ada perkara besar yang lain yang disumbangkan oleh YB berkenaan kepada penduduk setempat sehingga terpaksa meletakkan nama di tong sampah? Iskh iskh iskh!

Published with Blogger-droid v2.0.10

0 @anwaribrahim Tarik Balik Saman Ke Atas @khairykj? Mana Telur Ketua Umum?

Hujan tidak, guruh dan petir pun tidak, tiba-tiba pagi ini, Ketua Pembangkang merangkap Ketua Umum PGayR, Anwar Ibrahim tarik balik saman malu RM100 juta yang difailkan beliau terhadap Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin pada September 2007.

Maka berhempas pulaslah bloggers dan cybertroopers pembangkang untuk mempertahankan tindakan Boss mereka itu. AMGay Selangor pula dalam mempertahankan Boss mereka mengemukakan anologi bahawa Khairy Jamaluddin telah menarik balik kenyataan fitnah beliau terhadap Anwar Ibrahim.


Bagi CTS, segala persoalan kenapa dan mengapa Anwar Ibrahim menarik balik saman beliau terkandung di dalam jawapan di laman sosial Twitter Khairy Jamaluddin seperti di bawah. Sekarang baru kita tahu, Anwar Ibrahim sebenarnya "tiada telur walapun bertelur besar".


25 Kenyataan @patrickteoh Menghina Islam Di Facebook Amat Kurang Ajar


Beliau seorang pelakon. Beliau juga seorang pelawak. Beliau seorang aktivis yang terkenal menyebelahi Pakatan Pembangkang. Beliau adalah Patrick Teoh. Kenyataan beliau di laman Facebook semalam mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan Umat Islam apabila beliau secara terang-terangan menghina Agama Islam dan Al Quran.

Ini gara-gara ketidakpuasan hati beliau terhadap Kerajaan PAS Kedah yang "flip flop" dalam isu mengeluarkan garispanduan 1 Malaysia Chinese New Year Celebration 2013. Beliau boleh mengkritik kepimpinan PAS dalam isu ini tetapi beliau tidak ada hak untuk menghina Islam dan Al Quran. Tindakan beliau amat kurang ajar!!!

Updated 11.10 a.m.:

Merujuk kepada laman sosial Facebook beliau pagi ini, beliau sudahpun membuang komen menghina Islam dan Al Quran tersebut dan ini adalah kenyataan terbaru beliau:


January 15, 2013

8 Flip Flop Flip Flop Isu Kalimah Allah Dalam Bible Melayu


Kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat:

Flip!

08 Januari 2013:


Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bersetuju orang bukan Islam termasuk pemimpin mereka dibenarkan menggunakan kalimah Allah walaupun perkataan itu merupakan hak eksklusif bagi orang Islam. Katanya, langkah itu sebagai memberi ruang kepada orang bukan Islam mengenali ajaran agama Islam sebenarnya.

Sumber - Berita Harian.

Flop!!

15 Januari 2013


Beliau berkata, ini kerana kalimah Allah hanya merujuk kepada tuhan yang satu dan kalimah tersebut tidak tepat sama sekali untuk digunakan oleh agama yang mempunyai tuhan lebih daripada satu. Katanya, justeru itu, bagi mana-mana pihak yang mahu menggunakan kalimah tersebut harus yakin bahawa Allah hanya satu. "Bila agama lain yang tiada tuhan yang satu tiba-tiba hendak guna Allah tidak betul, kerana apa letak Allah. Allah diguna oleh Allah sendiri sebagai tuhan yang satu, yang maha kuasa."


Kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohammed Sabu:

Flip!

04 Januari 2013

PAS kekal dengan pendirian yang dikeluarkan oleh presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam sebagai rujukan kepada tuhan, kata Mohamad Sabu. Timbalan Presiden PAS itu berkata, polemik penggunaan kalimah Allah hanya timbul di Semenanjung Malaysia akan tetapi tidak pernah menjadi masalah dikalangan penganut Islam dan Kristian di Timur Tengah dan Malaysia Timur. “Presiden PAS (Abdul Hadi Awang) pernah keluarkan kenyataan pada tahun 2010 untuk tidak melarang penganut agama selain Islam untuk menggunakan kalimah Allah."



Flop!!

15 Januari 2013


"Pendirian saya macam pendirian Majlis Syura (Ulama Pas)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Markas Pilihan raya Muslimat Pas Kota Bharu di sini malam tadi. Beliau mengulas keputusan mesyuarat Majlis Syura Pas, Ahad lepas, yang memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.

Sumber - Utusan Malaysia.

Hehehe ... anda nilaikan sendiri.



13 Pakar Matematik Kangkung Anggar 700,000 Sertai #KL112? Al Jazeera Pun Hanya Lapor 45,000!


Terkejut membaca portal Keldaiandaily, di sini yang memetik seorang kononnya pakar matematik, Prof Dr Shahrir Md Zain menganggar lebih 700,000 orang menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka, hari Sabtu yang lalu. Universiti manalah Prof Dr ini belajar? Kalau taksub sangat dengan Pakatan Pembangkang sekalipun, bagilah angka yang logik sedikit.

Sedangkan media antarabangsa Al Jazeera, baca di sini, hanya melaporkan "At least 45,000 people" atau sekurang-kurangnya 45,000 orang sahaja yang hadir di Himpunan Selamatkan Shamsidar #KL112. Campur tolak kurang lebih kalau mengikut perkiraan tidak mungkin melebihi 50,000 orang.

Laporan antarabangsa Al Jazeera selari dengan berita yang dilaporkan oleh media-media arus perdana dan juga laporan daripada PDRM. Al Jazeera berpengalaman melaporkan berita-berita demonstrasi besar seperti di Mesir, Tunisia dan beberapa negara yang lain bersetuju dengan perangkaan angka yang dilaporkan oleh media arus perdana tempatan. 

Apalah hendak diambil berat perangkaan yang dibuat oleh Haprakdaily, Keldaiandaily dan juga Prof Kangkung di atas. Nampak gayanya selepas ini pasti ada tuduhan bahawa BN dan UMNO telah membeli Al Jazeera. Pastinya juak-juak Pakatan Pembangkang akan mengatakan Al Jazeera penipu.

January 14, 2013

5 Panas!!! Laporan Polis Dibuat Oleh Leman Raja Lawak, Ikon PAS Mengenai Kes Hutangnya

Baca laporan polis yang dibuat oleh Leman Raja Lawak, ikon PAS seperti di bawah. CTS tidak berniat untuk menulis mengenai hutangnya dengan seorang wanita bernama Ryna. Cumanya, agak menjengkelkan kalau masalah peribadi sendiri tidak dapat diselesaikan tetapi sibuk mengutuk Kerajaan di atas pentas-pentas ceramah PAS. Muhasabah diri dulu dan kenali kekurangan diri sebelum mengutuk orang. Lagi satu, diharap Leman Raja Lawak tidak mengatakan bahawa UMNO punca dirinya bermasalah!

2 Kenapa Haji Hadi Tidak Jelaskan Amanat Sesatnya Di #KL112?



Himpunan Selamatkan Shamsidar #KL112 Sabtu lepas menjadi bukti bahawa Haji Hadi Awang, Presiden PAS, sama sekali tidak akan menarik kembali amanat songsang yang pernah dikeluarkan oleh beliau pada tahun 1981. Haji Hadi yang pernah meminta slot selama 1 jam di TV3 atau TV1 itu tidak mengambil peluang langsung walau seminit untuk menjelaskan tentang amanat songsang sepertimana yang beliau nyatakan sebelum ini di pentas #KL112 di Dataran Merdeka.

Jika Haji Hadi menggunakan kebijaksanaannya, pasti beliau boleh dan telah menjelaskan tentang amanat songsang tersebut kerana beliau mendapat liputan yang lebih luas daripada TV3 mahupun TV1 pada ketika itu. Berikut adalah media-media gergasi selain media-media tempatan yang juga turut hadir untuk membuat liputan pada hari kejadian:

1. Channel News Asia
2. Al-Jazeera
3. Wall Street Journal
4. Edmonton Journal
5. Oman Daily

Penjelasan Haji Hadi berkaitan amanat songsang ini bukan sahaja akan disebarkan diseluruh Malaysia malah ia juga pasti akan tersebar diseluruh dunia. Namun, di mana kebijaksanaan beliau dalam mengambil peluang itu? Apakah beliau jujur untuk memberi penjelasan atau sekadar bermain wayang? Benarkah Haji Hadi ingin menjelaskan hal amanat songsang seperti yang beliau nayatakan sebelum ini? Atau apakah ia adalah helah yang dipelajari daripada Anwar Ibrahim untuk mengalihkan isu amanat sonsangnya yang kian memakan diri di hujung usia tuanya?

Anda nilaikan sendiri.

3 Golongan LGBT Juga Turut Mewarnai #KL112

Ini adalah salah seorang pelakon yang pernah mengejutkan persada berita para bloggers apabila beliau menyertai golongan-golongan Mahasewel untuk tidur di Dataran Merdeka suatu masa, tidak lama dahulu. Namanya Mislina Salleh yang pada ketika itu berkepala botak. Semalam beliau hadir ke Himpunan Selamatkan Shamsidar #Kl112. 

Beliau dan rakan-rakannya tidak segan silu membawa imej LGBT untuk turut sama mendesak Kerajaan Malaysia memberikan hak kesamarataan kepada golongan mereka. CTS nasihatkan tunggulah Abang Non (panggilan manja cybertroopers kepada Anwar Ibrahim) menjadi Perdana Menteri. Pada ketika itu hangpa semua pasti akan mendapat tempat yang istimewa.


9 Gara-Gara Mahu Mencukupkan 100K Di #KL112, Pencacai Sanggup "Superimpose" Orang Atas Bumbung Stadium Merdeka!!!


Lihat gambar yang di"superimpose" oleh juak-juak Pakatan Haram. Gara-gara hendak cukupkan jumlah 100,000 orang di Himpunan Selamatkan Shamsidar #KL112 di Stadium Merdeka seperti yang diwar-warkan oleh pemimpin mereka, orang ramai terpaksa diletakkan di atas bumbung Stadium Merdeka. Lihat bulatan hitam dalam gambar. Mereka tahu Stadium Merdeka hanya boleh menempatkan 45,000 kurang lebih termasuk di atas padang. Jadi mana selebihnya untuk menipu Rakyat malaysia? Atas bumbunglah!

MasyaAllah. Mereka ingat Rakyat Malaysia begitu bodoh seperti mereka. Jangankan bumbung. Tempat duduk penonton semasa CTS berada di sana pada perhimpunan berkenaan juga agak usang dan CTS rasakan tidak selamat. Ini pula digambarkan monyet-monyet berada di atas bumbung. Kalau hendak berbohong sekalipun, berpada-padalah!

January 13, 2013

7 Bukti Bergambar Persatuan Tarian Singa Selangor Dan Wilayah Persekutuan Menaja BERSIH Dan #KL112




Gambar-gambar disertakan membuktikan penggabungan Persatuan-Persatuan Tarian Singa Selangor dan Wilayah Persekutuan telah menjadi dalang kepada Himpunan BERSIH dan Himpunan Selamatkan Shamsidar #KL112 yang diadakan semalam. Gambar yang diambil pagi tadi menunjukkan baju kuning BERSIH yang telah dibersih digantung di bangunan persatuan berkenaan.

Sebelum ini ada mendengar desas desus bahawa persatuan-persatuan berkenaan akan melindungi peserta-peserta #KL112 sekiranya apa-apa berlaku petang semalam. Walaupun maklumat PDRM memberitahu hanya 8% sahaja yang hadir di perhimpunan #KL112 semalam, sekarang MCA perlu tahu siapa gunting dalam lipatan di dalam masyarakat Cina.

4 Unit Anal PAS - Lebih Polis Dari Polis Itu Sendiri Di #KL112

Lensa kamera sempat merakamkan beberapa gambar unit keselamatan di dalam Parti PAS yang bertindak sebagai barisan hadapan di dalam mana-mana acara ceramah maupun acara besar, tidak terkecuali Himpunan Selamatkan Shamsidar #Kl112. Lihatlah gelagat mereka yang lebih polis dari polis itu sendiri. Mak Bapak suruh belajar tinggi-tinggi masuk PDRM tak mahu. Sibuk nak jadi macai Cina DAPig!

1. Bertindak sebagai pengawal keselamatan Cina-Cina DAPig



2. Bertindak sebagai polis traffik? Apa kuasa mereka menahan kenderaan lalu lalang?


3. Unit Anal PAS ini ada nafsu jugak dengan Abby Albody, ikon artis PAS



5. Budak Bawah Umur Pun Jadi Ahli Unit Anal PAS?

5 Adam Adli Dan Mahasewel Pelopor Idealime Komunis Di #Kl112

Budaya apakah yang cuba diwujudkan oleh aktivis Pakatan Haram, Adam Adli dan segelintir mahasiswa yang cuba mewujudkan kembali budaya komunis di Malaysia. Ucapan dan cara pemakainan mereka di Himpunan Selamatkan Shamsidar #Kl112 jelas mengambarkan idealisme mereka yang bertentangan dengan prinsip Rukunegara dan perlembagaan sebagai Negara Demokrasi Berpelembagaan.

Apakah Kerajaan terutamanya Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan berpeluk tubuh membiarkan budaya ini tersebar? Suaktu waktu dahulu, pastinya golongan ini akan dipanggil untuk disoalsiasat. Kalau tidak bernasib baik ISA Kemunting lah jawabnya.






 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates