January 12, 2013

7 Anugerah Calon Remaja Terbaik Di Dalam #KL112

Tertera di bawah adalah beberapa calon yang telah disenarai pendek untuk memenangi Anugerah Remaja Terbaik #Kl112. Hadiah utama adalah berpeluang menjadi "coffee boy" kepada Ketua Umum PGayR, Anwar Ibrahim. Undian berdasarkan sms yang dihantar oleh pembaca ke nombor 55656. Berikut adalah senarai yang tidak menurut turutan.

1. Penyokong puak Syiah


2. Pembawa bendera Israel


3. Pengikut Kumpulan Gay Punk


4. Anak Muda Benci PM Sebab Hantaran Tinggi


5. Muslimah PAS?

17 #KL112 Calon-Calon Isteri Muslimah-Muslimah PAS











2 Anak-Anak Kecil Dan Bayi Menjadi Mangsa Deraan Ibu Bapa #KL112








Denda bagi kesalahan di bawah Seksyen 2(f), Akta Perhimpunan Awam (APA) 2012, denda tdk melebihi RM20 ribu. Kesalahan di bawah Seksyen 2(f), APA 2012 adalah merekrut / membawa kanak-kanak untuk berhimpun.

Bukan ke masa Mat Sabu datang Bukit Aman untuk meminta permit perhimpunan dia sendiri bersetuju dengan akta perhimpunan aman ini. Sekarang apa sudah jadi?

5 Barua-Barua DAP Di #KL112






Siapa kata Melayu tidak boleh menjadi barua DAP?

9 #KL112 Gambar Terkini Di Stadium Merdeka (2.25 P.M.); Mana 1 Juta Beb!!!



1 #KL112 Bomb Hoax


Unit Pencegahan Bom (UPB) mendapat panggilan Bom Palsu (Hoax) di KLCC jam 0810 dan pada jam 0920 UPB telah ambil tindakan dengan meletupkannya. Manakala panggilan bom hoax di Bar Council diterima jam 0830. siasatan UPB mengesahkan objek di syaki bahan letupan tersebut di letakkan di dalam bag dan dipercayai mercun.

6 #KL112 - Keadaan Di Sekitar Kuala Lumpur Masih Aman









Ketika ini CTS berada di Pasar Seni, satu daripada 8 tempat perhimpunan sebelum peserta-peserta Himpunan Selamatkan Shamsidar bergerak ke Stadium Merdeka. CTS akan cuba membuat lintas langsung daripada kebanyakan tempat di sekitar bandaraya. Kelihatan remaja bawah 18 tahun dan kanak-kanak turut menyertai himpunan ini. Ini berlanggaran dengan Akta Perhimpunan Awam 2012.

January 11, 2013

19 #KL112 - Apabila Raja Penipu @anwaribrahim Menipu Rakyat Malaysia Hidup-Hidup Di Facebook


Kalau sudah memang kaki penipu, penipu jugak. Gambar di atas diambil di laman sosial Facebook Raja Kelentong Negara, Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim di dalam posting di atas berkata, "3KL112 Pemandangan dari udara kehadiran rakyat ke ibu kota untuk menuntut keadilan yang ditindas dizalimi oleh kerajaan Barisan Nasional, gambar ini dirakam jam 9 pagi 11/01/2013.....Ini kali la....lawan tetap....lawan!!!"


Anwar Ibrahim pembohong besar! Nampak sangat Perhimpunan Selamatkan Shamsidar tidak mendapat sambutan daripada Rakyat Malaysia. Perhimpunan Selamatkan Shamsidar hanyalah penjenamaan baru setelah BERSIH 3.0 gagal menghimpun jumlah yang Pakatan Pembangkang kehendaki dan penuh dengan kejadia-kejadian yang memalukan Pakatan Pembangkang.

Amat memalukan bagi seorang Ketua Pembangkang untuk menyiarkan gambar "superimpose" yang telah lama berada di laman Google untuk menipu Rakyat Malaysia. Agak jelek Ketua Pembangkang membuat cyberwar dan proganda murahan seperti cybertroopers berbayar beliau semata-mata untuk menaikkan semangat Rakyat Malaysia untuk turun ke Perhimpunan Selamatkan Shamsidar #KL112 di Stadium Merdeka, esok. Pooodah!

2 Cadangan Agar PR Menukar Prinsip Rukunegara Yang Pertama Kepada "Kepercayaan Kepada Allah"

CTS tidak terkejut apabila PAS, parti minoriti dalam Pakatan Pembangkang bersetuju dengan cadangan Joseph Lim Guan Eng supaya perkataan Allah dimasukkan ke dalam bible berbahasa Melayu untuk diedarkan di Semenanjung Malaysia. Jika PAS kononnya sebagai parti Islam sudah setuju, pastinya parti pluralisme Agama, PGayR dan parti rasis DAPig, lagi bersetuju dengan cadangan Joseph Lim Guan Eng.

Jika perkataan Allah sudah digunakan oleh semua agama, maka eloklah cadangan dibuat untuk meminda 5 prinsip Rukunegara. Prinsip Rukunegara yang pertama  iaitu "Kepercayaan Kepada Tuhan" harus ditukar kepada "Kepercayaan Kepada Allah". Ini kerana semua Agama di Malaysia bersetuju untuk menggunakan nama Allah sebagai tuhan mereka.

CTS mengesa agar cadangan tersebut dijadikan manifesto oleh Pakatan Pembangkang di dalam PRU13. Tentu lebih ramai Rakyat yang menyokong dan laluan jalan ke Putrajaya semakin cerah. Kalau PR bersetuju, maka bolehlah diistiharkan di dalam Himpunan Selamatkan Shamsidar yang akan diadakan di Stadium Merdeka, Sabtu ini.

Published with Blogger-droid v2.0.10

January 9, 2013

11 Lagi Billboard Publisiti Murahan Dari YB Ampang & YB Bukit Antarabangsa


Semakin dekat PRU13, semakin banyak billboard didirikan di sekitar Ampang. Terbaru adalah billboard di atas. Sekali lagi CTS ingin bertanya, Siapa yang membayar billboard di atas yang dijangka berharga ribuan ringgit itu atau adakah ianya menggunakan duit Rakyat? Kalau dilihat dari billboard di atas, terdapat lambang "Selangorku" di situ. Apakah peruntukan Kerajaan Negeri digunakan untuk mempromosikan kedua-dua YB di atas iaitu YB Zuraidah Kamaruddin dan YB Azmin Ali.

Hujung bulan Oktober tahun lepas, CTS telah membuat satu posting mengenai kegilaaan YB-YB ini mengejar publisiti dengan mendirikan billboard besar untuk ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, lihat di sini. Apakah budaya gila publisiti ini memang dapat diterima oleh pengundi-pengundi di sekitar Ampang dan Bukit Antarabangsa? Apakah pengundi-pengundi kedua-dua YB ini berdiri teguh di belakang YB mereka mempertahankan pembaziran yang dilakukan?

12 Menjelang #KL112 - Tuntutan Tukarkan Jalur Gemilang Mula Dimainkan Pihak Penganjur


Gambar di atas CTS ambil semsa dalam perjalanan ke tempat kerja pagi tadi berhampiran dengan Bangsar. 3 hari menjelang Himpunan Kebangkitan Rakyat atau juga dikenali sebagai Himpunan Selamatkan Shamsidar #KL112, beberapa tuntutan-tuntutan tidak masuk akal dari pihak penganjur mula jelas kelihatan.

CTS tidak faham kenapalah pihak penganjur begitu sakit hati dengan bendera negara Malaysia, sehingga menuntut agar Jalur Gemilang agar diganti. Gerakan untuk menukar Jalur Gemilang oleh juak-juak Pakatan Pembangkang telah dimulai sejak awal tahun baru 2012. Kini genap setahun tuntutan mereka yang masih belum terlaksana.

Nampak gayanya kali ini tuntutan-tuntutan menghentam SPR supaya mengendalikan pilihanraya dengan adil seperti yang mereka lakukan semasa Himpunan BERSIH, BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0 telah senyap sepi. Ini berikutan lawak antrabangsa yang dilakukan oleh DAP dengan menukarkan keputusan undian Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP baru-baru ini. Bagaimana hendak salahkan SPR lagi sedangkan pilihanraya partipun penuh dengan penipuan dan kesilapan.

Di bawah ini pula gambar-gambar tuntutan mereka untuk menukar Jalur Gemilang yang dihantar oleh sahabat-sahabat CTS sejak malam semalam. Gambar-gambar ini diambil sekitar Institut Jantung Negara, Wangsa Maju dan Jalan Jelatek.



January 8, 2013

1 Bukti Bergambar Kerajaan DAP Pulau Pinang Memertabatkan Bahasa Melayu



Gambar-gambar di atas adalah diambil daripada Kompleks Bukit Gedung atau juga dikenali sebagai Bukit Gedung Food Court. Seperti namanya, ianya terletak di Bukit Gedung, Bayan Baru, Pulau Pinang. Ianya dibina dengan harga RM1.5 juta oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng pada 14 September 2012.

Sayang sekali, kompleks tempat jualan makanan dan minuma ini telah dicacatkan dengan penghinaan terhadap Bahasa Kebangsaan. Rujuk gambar yang pertama. Di mana letaknya Bahasa Kebangsaan. Bahasa Malaysia diletakkan di kedudukan nombor 3, selepas Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil! Masihkah Rakyat Pulau Pinang dibuai mimpi indah bahawa Joseph Lim Guan Eng dan Kerajaan DAPnya akan memertabatkan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan dan Agama Islam sebagai Agama Rasmi sekiranya mereka memerintah Putrajaya kelak?

January 6, 2013

8 Adakah Pengajuran Pameran Kondom Di Dataran Pahlawan, Melaka Bertujuan Memalukan DS @mohd_ali_rustam?




Riuh rendah blogger-blogger dan cybertroopers pembangkang menyiarkan gambar-gambar di atas kononnya Kerjaan Negeri Melaka (yang pasti salah UMNO lagi) telah mengajurkan "fashion show" atau pameran fesyen berunsur kondom di Dataran Pahlawan, Melaka. CTS tidak pasti apakah tujuan mereka mengeluarkan kembali gambar-gambar bagi pameran yang diadakan pada 18-20 Mac 2011.

Sebenarnya pameran ini adalah sebahagian daripada kempen kesedaran AIDS dan HIV. Kempen ini dianjurkan dan dihadiri oleh kebanyakannya bukan Islam. Sila lihat di sini untuk foto-foto yang lain semasa pameran fesyen itu diadakan. Mungkin pihak pembangkang tidak ada isu-isu terkini untuk mengenakan Barisan Nasional dan Ketua Menteri Melaka khasnya sehingga terpaksa mengorek gambar-gambar lama.

6 Timbalan Menteri Populis KPT Menekankan Tidak Perlu Bersungguh Belajar Dengan Berkata, "Bill Gates CGPA Berapa?"


Perbualan di atas berlaku di dalam ruangan media sosial Twitter dalam kira-kira tengah malam semalam. Perbualan direkodkan selepas selesai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah menghadiri forum PRU13: Agenda Mahasiswa anjuran Gerakan Mahasiswa 13 di  Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor malam tadi. Forum ini dianjurkan oleh Mahasiswa Pengikut Tegar Anwar Ibrahim, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Turut hadir Pengerusi Soilidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Safwan Anang serta bekas aktivis pelajar, Ahmad Shukri Razab.

Mungkin kerana marah apabila seorang pemilik Twitter yang bernama Khairul Rizal Osman bertanyakan keputusan yang mereka perolehi iaitu Cummulative Grade Point Average (CGPA), Datuk Saifuddin seperti mempertahankan SMM bertanya kembali, "bill gates berapa cgpa?" Adakah soalan ini wajar ditanya oleh seorang Timbalan Menteri KPT? Menurut Timbalan Menteri KPT lagi, seseorang mahasiswa wajar dibenarkan bertanding di dalam PRU13 yang akan datang disebabkan Bill Gates, seorang tokoh perisian IT yang terkenal di dunia tidak pernah mempunyai CGPA. Dan menurutnya lagi, jikalau mahasiswa tidak dibenarkan bertanding, maka Ahli Parlimen yang melanjutkan pelajaran di peringkat Masters juga harus meletakkan jawatan.

Amat malang bagi Kabinet Malaysia mempunyai Timbalan Menteri yang berpemikiran seperti ini. Buat pengetahuan Timbalan Menteri KPT, Bill Gates bukannya gagal di dalam pelajaran. Sebaliknya beliau telah membuat keputusan untuk tidak meneruskan pengajiannya di Universiti disebabkan kecintaannya kepada apa yang dilakukannya ketika itu iaitu mencipta perisian komputer. CTS merasakan Timbalan Menteri KPT mesti mempunyai anak yang sedang belajar di IPT tempatan atau luar negara. Adakah beliau sebagai seorang bapa akan menasihatkan anak-anaknya supaya tidak perlu belajar bersungguh-sungguh kerana Bill Gatespun tiada CGPA? Dan tindakan beliau membandingkan Bill Gates untuk mempertahankan mahasiswa jalanan SMM yang kerap kali menganjurkan demonstrasi jalanan, rusuhan dan sebagainya amat tidak masuk akal. Siapa mahasewel-mahasewel SMM berbanding Bill Gates?
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates