November 24, 2012

8 MB Selangor Pakai Baju Melayu Lengkap Pergi Hari Terbuka PKNS


Kesian CTS tengok Menteri Besar Selangor pagi ini. Siapalah yang menjadi Pembantu Peribadi (PA) untuk bahagian protokol dan pemakaian majlis. Adakah sesuai memakai baju Melayu lengkap bersampin untuk menghadiri majlis Hari Keluarga PKNS. Sudah berpuluh-puluh Hari Keluarga CTS telah sertai. Selalunya pemakaian hari keluarga bersifat santai. Ini siap dengan "rayban" hitam. Sudah seperti Oppa Gangnam Style bila MB Selangor baling dart pakai "rayban" hitam. Psy pun boleh tabik kalau macam ni. Woot! Woot Woot!

Hendak dikatakan beliau ada majlis di surau atau masjid semperna 10 Muharram, rasanya tidak. Ini kerana beberapa jam selepas itu, boleh pula beliau bertukar pakaian kepada batik di majlis perjumpaan dengan Jawatankuasa Bertindak Pembeli Blok E PJS 1 untuk menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh penduduk tempatan.

November 23, 2012

0 Gambar-Gambar Maya Karin Di Dalam Promosi Lagenda Budak Setan 2

Maaf buat pembaca CTS disebabkan posting kali ini tidak melibatkan politik. Dalam perjalanan ke Masjid Assyakirin, KLCC untuk bersembahyang Jumaat, kebetulan telah bertemu dengan heroin Lagenda Budak Setan 2, Maya Karin di Pavillion. Beliau sedang ditemuramah oleh wartawan mengenai filem terbarunya itu. Sayangnya tiada kamera dan tab di tangan. Hanya menggunakan telefon bimbit untuk mengambil gambar. Cantik kan dia?










3 Kedai Gunting Rambut Di Kelantan Ditekan, Rumah Urut Di Selangor Berleluasa





Kadang-kadang CTS naik bingung dengan pentadbiran Pakatan Haram di negeri-negeri yang diperintah oleh mereka. Tiada keseragaman! Di satu segi, seorang pekedai gunting rambut (hair saloon) telah dikenakan 11 saman sejak beliau memulakan operasi di KB Mall, Kota Bharu semenjak 2010. Setiap saman berjumlah antara RM200 - RM350. Kesalahan pekedai gunting rambut berkenaan adalah mengunting rambut lelaki oleh tukang gunting rambut wanita.

Dari satu segi pula, di Selangor dan di Pulau Pinang, aktiviti rumah urut berleluasa. Bukan setakat urut kaki, hendak urut apa benda sekalipun tidak menjadi masalah. Tiada pula peraturan di mana seorang tukang urut wanita tidak boleh mengurut pelanggan lelaki. Tiada sebarang tindakan apatah lagi saman yang dikenakan oleh pihak Majlis Daerah atau Perbandaran ke arah aktiviti-aktiviti ini.

Walaupun rumah urut di Selangor sekadar menutup aktiviti-aktiviti gelap seperti persundalan, namun aktiviti rumah urut di Selangor menjadi mercu tanda aktiviti perlancongan di Selangor. CTS tidak boleh bayangkan bagaimana mereka memerintah Kerajaan Persekutuan sekiranya menang PRU13 kelak, nauzubillah himinzalik. Nik Aziz kata haram! Anwar Ibrahim kata halal toyyibba!

November 22, 2012

9 Terkini!!! 1 Juta Hadir Jelajah Merdeka Rakyat Di Shah Alam - Habislah BN!








Sekarang 9.15 malam, CTS berada di Seksyen 24, Shah Alam mendengar Jelajah Merdeka Rakyat. Kehadiran lebih kurang 1 juta, termasuk orang bunian dan makhluk halus. Pada ketika ini, pakar pembohong negara, Chegubard sedang berucap. Cerita AES, Tun Dr Mahathir tunduk kepada George Soros, UMNO menindas Palestin, Altantunya dan Scorpene dan beberapa pembohongan lain sedang menjadi skrip pembohongannya. 

Kebanyakan ADUN-ADUN Selangor hadir untuk memberi ceramah. Tidak ramai pemberita dan bloggers yang datang membuat liputan. Mungkin sudah jemu kot dengan banyak sangat ceramah politik. Kalau dengan jumlah kehadiran jutaan orang masyarakat Shah Alam seperti gambar di atas datang mendengar ceramah kosong Menteri Besar, EXCO, ADUN dan Ketua Umum PGayR, hehehe ini kalilah! CTS yakin!

Published with Blogger-droid v2.0.9

2 MB Selangor Gila Beri Sokongan Kempen Jalan Kaki 300km Himpunan Hijau dari Kuantan ke Parlimen


Kumpulan Hijau buat kerja gila lagi. Kali ini dengan sokongan Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim. Kempen perarakan berjalan kaki yang disertai beberapa puluh orang peserta itu kini dalam perjalanan dari Kuantan ke Dataran Merdeka dengan anggaran jarak perjalanan sejauh 300 km sempena bantahan terhadap kilang pemprosesan bahan nadir bumi (rare earth) Lynas Advanced Material Plant (LAMP). 

Jangkaan awalnya mereka akan sampai di Dataran Merdeka pada 25 November 2012. Sesudah itu keesokan harinya mereka mahu berkonvoi untuk berhimpun pula di Bangunan Parlimen bagi menyampaikan bantahan terhadap Lynas. Mengikut laporan terkini pula, perancangan berarak ke Bangunan Parlimen telah dibatalkan sebaliknya diganti pula dengan rancangan ala anti PTPTN yakni dengan berkhemah di Dataran Merdeka.

Bagi CTS tindakan NGO Hijau Anti Lynas yang pro Pakatan Haram ini dikira satu penghinaan terhadap Mahkamah (contempt of court), apabila melancarkan kempen berjalan kaki sejauh 300 km sebagai bantahan terhadap keputusan Mahkamah, yang memberi kebenaran ke atas Lynas untuk beroperasi. Sayangnya, Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh, pejuang utama anti-Lynas, tidak turut sama berjalan kaki sejauh 300 km dari Kuantan ke Kuala Lumpur. Kalau tidak pastinya kita akan melihat YB Fuziah Salleh "slim" seperti Anzalna ataupun Neelofa!

20 Sekali Ustaz Azhar Idrus Menipu Susah Dah Nak Percaya Selepas Ini


CTS mengikuti dengan penuh minat komentar yang dibuat oleh rakan-rakan blogger mengenai satu gambar Ustaz Azhar Idrus makan di KFC yang rata-rata blogger mengatakannya sebagai makan di McD. Antaranya, rakan blogger Keris Putera di sini. Bagi menjernihkan keadaan CTS sertakan plan bangunan di sebelah gambar Ustaz Azhar bagi membuktikan di mana Ustaz Azhar berada di dalam gambar berkenaan. 

Ustaz Azhar Idrus tidak makan di McD sebaliknya di sebelah kedai McD iaitu di KFC. Tempatnya bukan di Johor, seperti yang didakwa oleh Ustaz Azhar Idrus sebaliknya di Mahkota Parade di Melaka. Kedudukannya tidak dapat dipertikaikan lagi iaitu berhadapan kedai 'Poh Kong' dan 'Famosa Time'. Betul ke Ustaz? Johor atau Melaka? hehehe. Ustaz Azhar mungkin bercakap benar mengenai perkara lain, tapi lokasi tempat berkenaan susah untuk kelentong orang yang mahir dengan Bandar Melaka ini Ustaz. Kesimpulannya, bohong tetap bohong Ustaz dan berbohong berdosa kan?

November 21, 2012

2 Isu Kapal Dagang Israel Berlabuh Di Pelabuhan Malaysia - Baca Tweet Dr Asri @realDrMAZA Dan Datuk @MukhrizMahathir



Ada sebab dan musabab mengapa kapal dagang Israel dibenarkan berlabuh di pelabuhan Malaysia. Kesemuanya adalah untuk membantu penduduk-penduduk di Palestin mendapatkan bantuan. Jawapan ringkas daripada Menteri MITI, Datuk Mukhriz Mahathir cukup bagi menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Dr Mohd Asri. Cukup-cukuplah juak-juak Pakatan Haram menabur fitnah selama ini dengan menuduh Kerajaan Malaysia bersekongkol berdagang dengan negara Israel. Penjelasan lanjut Datuk Mukhriz:


Di bawah ada tawaran jihad bagi sesiapa yang ingin mengikuti perjalanan pihak Aman Malaysia untuk hadir ke bumi Palestin. Kita jangan hanya pandai bercakap dan mengkritik. Inilah masanya Ustaz dan Ustazah segera PAS boleh membuktikan bagaimana mereka prihatin dengan Islam dan kemanusiaan sejagat. Bukan sekadar memaki hamun di pentas ceramah.


Kalau tidak mampu sangat, apalah kiranya kita dapat meluangkan masa untuk hadir ke PWTC esok bermula 5.30 petang untuk bersama-sama Rakyat Malaysia membantu meringankan beban Rakyat Palestin dengan menderma seikhlas mungkin. Ada ceramah, ada bacaan Yasin dan solat hajat. RM10 mungkin sekadar pelepas makanan tengah hari bagi kebanyakan dari kita. Jumlah itu kalau disumbangkan oleh setiap Rakyat Malaysia memberi banyak manafaat kepada penduduk-penduduk Palestin. Jazakallahukhaira buat penderma-penderma yang budiman.


November 20, 2012

7 Haji Hadi Awang Bersembahyang Jenazah Di Kubur? Apa Masalahnya?


Minta maaf kali ini CTS terpaksa menegur tingkah laku rakan-rakan seperjuangan yang mempermainkan gambar Presiden PAS, DS Haji Hadi Awang bersembahyang di kubur berimamkan dua orang makmum. Kita boleh berpolitik 24 jam, namun sekiranya ianya melibatkan hukum-hakam Agama, jangan sesekali kita permainkannya. Kelihatan di dalam gambar di atas DS Haji Hadi sedang bersembahyang di hadapan kubur yang masih baru ditanam, bukan kubur yang telah lama ditinggalkan. Bolehkah solat jenazah di kubur jika kita tidak sempat bersolat jenazah di rumah mayat atau di masjid? Jawapannya ada di dalam dua hadis yang CTS kemukakan di bawah:

“Dari Abdullah Ibnu Abbas Rhu. ia menceritakan : Rasulullah SAW sampai di kuburan yang masih basah (baru), lalu baginda solat dan mereka para sahabat membentuk saf dibelakangnya. Lalu baginda bertakbir 4 kali”. 

(Hadis sahih riwayat imam Muslim rh. (no. 954), imam Bukhari rh. imam Abu Daud rh. imam Tarmidzi rh. imam Nasaie rh. dan imam Ibnu Majah rh.)

“Dari Abu Hurairah Rhu. dia menceritakan : Ada seorang perempuan hitam yang suka menyapu masjid, lalu Rasulullah SAW merasa akan kehilangannya. Lalu baginda menanyakannya, kemudian mereka (para sahabat) menjawab : Dia sudah meninggal dunia. Kemudian baginda bersabda : Kenapa kamu tidak memberitahu aku. Abu Hurairah berkata : Seolah-olah para sahabat mengangap kecil urusannya. Kemudian baginda bersabda : Tunjukkanlah kuburannya kepada aku. Lalu mereka pun menunjukkannya. Kemudian baginda solat (janazah) lalu bersabda : Sesungguhnya kuburan ini penuh kegelapan bagi penghuninya, dan sesunguhnya Allah meneranginya bagi mereka dengan solat aku untuk mereka”.

(Hadis sahih riwayat imam Muslim rh. (no. 956), imam Bukhari rh. imam Abu Daud rh. dan imam Ibnu Majah rh.) Ada sebahagian riwayat menyebut pemuda hitam. Wallahualam.

3 Mari Lihat Profil Facebook Penyokong Lynas Paling Tak tahu Malu - Lim Aik Keong!


Nama penyokong Lynas di atas adalah Lim Aik Keong. Selain daripada penyokong kuat Lynas, CTS menjangkakan beliau adalah penyokong kuat YB Assmin Ali. Sebab? Mana ada orang yang buta perut dan tak tahu malu bergambar bogel di dalam tandas!!! Nasib baik beliau hanya bertelanjang bulat dan tidak melakukan aktiviti makan ice cream. 

Mungkin DAP boleh mempertimbangkan Lim Aik Keong sebagai calon DAP di dalam PRU13. Mana tahu menang. Rakyat Malaysia ni "unpredictable" sikit. Bekas penjaga stor berkelulusan SRP dan "cameraman"  pun boleh jadi Wakil Rakyat. Kenapa orang yang bergambar bogel di dalam jamban tidak boleh diangkat jadi Wakil Rakyat?


November 19, 2012

14 Nik Aziz Dakwa UMNO Parti Murtad! Alahai ...


Terdesak bebenor Mursyidul Am PAS apabila mengelarkan UMNO Parti Murtad!!! Nampak gayanya kalau semua bersetuju dengan pendapat si tua nyanyuk ini, maka terpaksalah CTS dan jutaan ahli UMNO yang lain mengucap kembali dua kalimah shahadah, ye tak? Saya juga tidak setuju dengan justifikasi yg digunakan menghalalkan doa jahanam untuk UMNO atas alasan UMNO murtad dan tolak Islam. Kenyataan Nik Aziz sebagai Mursyidul Am PAS amat merbahaya kerana boleh menjerumus ahli tegarnya kembali mengumandangkan kafir-mengkafir sesama Islam. 

Persoalannya benarkah UMNO tolak Islam dengan pelbagai program dilaksanakan utk memperkasakan Islam selama ini? Kalau ada yg belum terlaksana seperti Hudud, jangan mudah menghukum murtad atau kafir. Malah prinsip Syarak dalam konteks perlaksanaan Islam jelas: ما لا يدرك كله لا يدرك كله  yang bermaksud, "kalau tidak mampu laksanakan semua perkara, jangan tinggal semua perkara".

Tindakan Mursyidul Am PAS ini kelihatan amat terdesak untuk mempertahankan tindakan sembahyang hajat dan doa bala ke atas UMNO yang dilakukan oleh adiknya sendiri semalam. Mungkin Nik Aziz terlupa sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, Akan muncul dalam umat ini suatu kaum yang melampaui batas kewajaran dalam berthaharah dan berdoa. (Hadith Riwayat Ahmad dan Abu Dawud).

Beliau sepatutnya mengkaji Perlembagaan UMNO sebelum bercakap sebegitu atau masuk dulu UMNO (opps! lupa ... beliau pernah masuk UMNO). Malah dalam perlembagaan UMNO Fasal 3.3 jelas menegaskan bahawa antara asas perjuangan UMNO ialah "Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, Agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan beragama". Bila sebut sahaja perkataan "Islam" maka rujukannya adalah Al-Quran & Al-Sunnah dan bukannya bukan ideologi DAP ataupun bapa pluralisme Agama, Anwar Ibrahim!

November 18, 2012

3 Muktamar PAS Ke 58 - Belon & Banner Gergasi Yang Menyindir Kepimpinan PAS

Lokasi - Simpang Empat Pauh / JPJ Panji
Tarikh - 15 - 17 November 2012




Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, doa yang dialunkan pada Himpunan Kebangkitan Rakyat kelmarin tidak perlu diselitkan dengan doa untuk umat Islam yang menjadi mangsa keganasan di bumi anbia. Katanya lagi, boleh juga menganggap doa pada malam tersebut merangkumi rakyat di rantau itu kerana "dalam doa itu sudah diumum untuk menangkan mereka yang dizalimi jadi ... termasuklah Palestin." CTS ingin bertanya kepada pembaca, adakah doa untuk Palestin seperti yang didoakan oleh Adik Nik Aziz semalam? Pandai pulak Haji Hadi nak spin ye? Gantung kaki dekat belon di atas baru tahu!
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates