November 3, 2012

4 Gempar Terbaru - Nurul Izzah Sokong Murtad?


Terkedu sebentar membaca berita Malaysiakini edisi berbayar dalam Bahasa English. Apa sudah jadi dengan anak Ketua Umum PGayR ini. Laporan Malaysiakini yang ditulis oleh Nigel Aw, antara lain memetik Nurul Izzah berkata, "People should not be compelled to adopt a particular religion and this should also apply to Malays". Nurul Izzah seharusnya sedar setiap perkataan yang dituturkan olehnya. Hampir 100% bangsa Melayu di Malaysia beragama Islam. Adakah beliau sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai menyokong Umat Islam di negara ini untuk murtad? Baca laporan penuh Malaysiakini, di sini.

Apakah idealisme bapanya yang bersikap pluralisme di dalam beragama telah meresap ke dalam diri Wakil Rakyat ini. Nurul Izzah harus menjawab persoalan ini. Sekiranya benar beliau menyokong Umat Islam murtad, lebih baik beliau tanggalkan tudungnya tersebut. Tidak perlu bersikap bermuka-muka. Lagi satu yang peliknya, apakah agenda Malaysiakini hanya menyiarkan berita ini di ruangan berbayar berbahasa English dan tidak ruangan percuma di dalam Bahasa Malaysia. Apakah yang cuba disembunyikan daripada Umat Islam yang hanya membaca di ruangan Bahasa Malaysia?

3 Sah! Tahniah Farid Kamil & Diana Danille ... Tapi Kenapa Bernikah Berkot?



Tahniah Farid Kamil yang sudah sah bergelar suami kepada Diana Danielle jam 9.12 pagi tadi. Mas kahwin RM10,000 tunai. Hantaran dari pihak lelaki sebanyak 5 dulang dan dibalas oleh pihak perempuan sebanyak 7 dulang bersama-sama RM20,000 nilai emas. Semoga perkahwinan mereka kenal hingga ke akhir hayat. Amin.

CTS tidak pandai sangat fasal fesyen. Cumanya agak pelik bagi seseorang Melayu beragama Islam memakai baju kot ketika majlis akad nikah. Selalunyalah orang memakai sepasang baju Melayu atau jubah. Lainlah ketika majlis resepsi atau majlis persandingan. Siapalah pereka fesyen lelaki agaknya? Berpakaian lengkap berkot serba putih tetapi bersongkok hitam. Lebih tidak kena dengan mengayakan capal! Microphone di tangan mungkin mengantikan keris kot? Kesian Farid Kamil.

Lebih elok sekiranya dikenakan baju Melayu Cekak Musang untuk dikenakan dengan tema. Pakaian pihak perempuan ayu dan menarik. Comel dan ayu Diana mengayakan tudung. Semoga beliau terus istiqamah dengan bertudung. Konsep pelamin yang berunsurkan tema "garden wedding"  agak sederhana dan boleh diubahsuai untuk kelihatan lebih menarik. Apa-apapun, Selamat Pengantin Baru buat mereka berdua.

November 2, 2012

11 Alahai ... Makcik Tua Pun Nah Bantah Dan Demo Anti AES?


Kadang-kadang lucu juga melihat golongan Pak Turut yang menjadi burung kakak tua. Orang bantah, dia bantah. Orang demo, dia demo. Tengok sajalah makcik-makcik tua di atas. Yang macam S Jibeng pun ada. Tahukah mereka apa yang mereka proteskan itu? Sebelum membuat protes ke atas AES, CTS ingin bertanya, makcik-makcik di atas ada lesen memandu? Kalau ada lesen memandu, berapa kelajuan kereta yang makcik-makcik pandu? 200 km/j?, 300km/j? 

Apalah susah sangat hendak mengikut undang-undang. Kalau mengikut had laju yang ditetapkan, kenapa pula AES nak saman? Golongan anti AES ini adalah golongan bebal dan ego yang suka melanggar undang-undang. Kenapa hendak disalahkan kepada penguatkuasaan undang-undang (AES)? Salahkan sahaja undang-undang had laju yang sedia ada. Pakat-pakat pergi Parlimen, ajak YB-YB dari Kerajaan dan Pakatan Haram agar menghapuskan semua had laju yang sedia ada. Kenapa berkerut dahi. Hapuskan saja undang-undang had laju yang sedia ada. Itukan lebih baik dari membantah penguatkuasaan undang-undang (AES). Kalau benarlah kita hendak mengamalkan hukum rimba.

6 "Melayu Wajib Undi PAS" - Fatwa Baru Puak Sesat Dah Keluar Dah!!!


Ini adalah gambar banner/sepanduk di simpang 4 Binjai, Kubang Kerian menghala ke Kota Jembal. "Melayu Wajib Sokong PAS"? Ambil fatwa daripada mana pulak dah puak-puak yang sesat ini. Kalau ikut pemahaman CTS sewaktu mengaji sekolah pondok dahulu, hukum wajib kalau dibuat dapat pahala, kalau tak buat berdosa! Perkara hukum ini jangan dibuat main kerana ia berkaitan dengan Mukhallaf itu sendiri sebab kalau seseorang itu mengaji usul fekah berkenaan bab hukum taklifi diterangkan dalamnya hukum  wajib ialah kaedah tuntutan syarak ke atas mukallaf supaya melakukan sesuatu perbuatan dengan tuntutan pasti (jazmun). 

Sekiranya tidak dilaksanakan, dia akan berdosa. Jika dilaksanakan mendapat pahala. Contohnya solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan lain-lain. Lagi satu, sejak bila puak-puak ini mementingkan Melayu? Bukankah Mursyidul Am PAS sendiri menolak bangsa Melayu, kerana beliau berketurunan Pattani? Kenapa pula baru sekarang hendak sibuk pasal orang Melayu? Pasal undi? Pergilah mengemis kepada undi kaum Cina DAP yang seringkali didodoi-dodoikan itu.

November 1, 2012

1 Apa Mujahid Buat Di Gereja? Berdakwah Kepada Paderi Kristian Atau Pluralisme Agama?


CTS pernah menyiarkan gambar di atas di dalam posting tidak berapa lama dahulu. Gambar di mana beberapa orang Ustaz sedang berdoa bersama-sama dengan Paderi Kristian. Cumanya CTS tidak mendedahkan siapakah pemimpin PAS berkenaan. Ramai yang tidak perasan bahawa salah seorang daripada ustaz-ustaz berkenaan adalah Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusuf Rawa (duduk di sebelah paderi). Sekarang CTS siarkan pula gambar kedua dan ketiga, lokasi di gereja yang sama (Gambar di bawah). Ah sudah! Ustaz Mujahid main-main potong kek pula. Meraikan "Happy Birthday" siapa tu Ustaz?

CTS tak kisahlah sama ada wakil PAS berkenaan hendak berdakwah ke, berbincang ke, berdialog ke, cumanya apa yang terkilan di hati ini, apabila orang-orang Melayu sesama Islam mengajak bermuzakarah dan duduk berbincang bersama-sama untuk kemajuan masyarakat dan perpaduan Umat Islam, banyak pula songgeh mereka. Apabila untuk orang bukan Islam, sanggup bersusah payah hingga ke gereja untuk mengambil hati. Inikah yang dinamakan pemimpin Islam?



October 30, 2012

5 Sesuka Hati Mak Bapak PAS Pasang Billboard Manifesto PRU13 Di Johor

Dua billboard atau lebih kepada papan tanda manifesto PAS sudah dipasang di Johor. Sebagaimana manifesto-manifesto yang didendangkan tetapi tidak ditunai pada PRU12 yang lalu, perangai buruk yang sama diulang kembali. Kali ini di Johor, kononnya Rakyat Johor mula berubah hati dan akan memilih PAS.

Kalau agak-agak hendak berbohong kepada Rakyat sekalipun, berpakatlah betul-betul. Buat penipuan secara terancang. Ini tidak. Manifesto di dua tempat di negeri yang samapun mempunyai manifesto yang berlainan. Kalau lain negeri tu masuk akal jugalah. Apapun, manifesto Hudud dan Negara Islam tiada lagi dalam kamus PAS. Al maklumlah Negara Berkebajikan. Hehehe.

Published with Blogger-droid v2.0.9

3 Boleh Pula Lori Kontena DAP Yang Diubahsuai Mendapat Kelulusan SPAD, JPJ Dan PUSPAKOM?

CTS tidak pasti sama ada di Malaysia terdapat dua undang-undang jalanraya. Yang pertama adalah untuk orang awam dan yang kedua untuk parti-parti politik. Bagaimana sebuah lori kontena milik DAP yang telah diubahsuai sebegitu rupa boleh mendapat kelulusan daripada SPAD, JPJ dan PUSPAKOM?

Apakah lori kontena berkenaan beroperasi secara haram di jalanraya? Bayangkan kalau kita memiliki kenderaan yang sama, bolehkah kita mendapat kelulusan dari pihak-pihak terbabit? Apakah lori kontena berkenaan telah melepasi tahap keselematan yang ketat yang sering diamalkan oleh PUSPAKOM? Apakah pengguna lebuh raya akan merasa selamat dengan kehadiran lori kontena berkenaan ke semerata tempat awam apabila DAP berceramah kemudian hari?

Kita tidak mahu pembangkang sewenang-wenangnya menyalahguna dan melanggar undang-undang kerana Kerajaan yang ada sekarang tidak kuat dan takut melaksanakan undang-undang demi keselamatan orang awam.

Published with Blogger-droid v2.0.9

October 29, 2012

3 Dr Badrul Amin Ajar MB Khalid Gagap Main Lilin Vigil Pulak Dah!

Entah ajaran mana juak-juak P"Gay"R bawa pun tak tahulah. Si Dr Badrul "Kaunseling Bini Orang Pukul 3.00 Pagi" Amin sudah mula mengembangkan ajaran vigil memegang lilin. Setahu CTS, ajaran agama majusi penyembah tuhan api sudah lama tidak dipraktikkan oleh pengikut-pengikut Agama Api.

Yang Menteri Besar yang merangkap EXCO Agama Selangor serta pak-pak lebai dok usung lilin vigil ni apasal. Kalau begini tingkah laku seorang EXCO Agama negeri, apa lagi yang boleh diharapkan untuk menjaga kesucian Agama Islam terutama di Selangor. Tok-tok guru dan ulama-ulama dalam PAS tak tegur ke? Sesat sudah puak-puak ni.

Published with Blogger-droid v2.0.9

4 Perjuangan Kumpulan "Royalti" Yang Patut Kita Sokong!!!


Ini baru betul. Ini baru perjuangan Rakyat Kelantan yang wajib disokong! Ini baru perjuangan kumpulan "Royalti" atau "R" yang sebenar. Sudah 22 tahun Kerajaan PAS Kelantan sudah "merompak"  dan mengambil hasil bumi Kelantan dan menidakkan hak Rakyat Kelantan. Bantuan yang dihulurkan selama ini sekadar ala kadar. Pembangunan tiada. Hanya mengharapkan Kerajaan Pusat. Pengangguran berleluasa. Rakyat Kelantan berhijrah ke negeri-negeri luar untuk mencari pekerjaan. 

Royalti minyak hanyalah sekadar untuk menutup kebangkitan Rakyat Kelantan yang sudah sedar dari lena yang panjang.  Rakyat Kelantan wajib bertanya kepada Kerajaan PAS Kelantan, ke manakah hasil balak, pasir, bijih besi dan emas digunakan! Rakyat Kelantan tahu PAS Kelantan mampu membina banyak bangunan-bangunan parti yang canggih manggih yang megah di seluruh Kelantan. Rakyat Kelantan pula dapat apa? Air bersih pun tak dak!!!

5 Gila Publisiti YB Billboard - Billboard Aidil Fitri Dari Azmin dan Zuraidah Masih Terpampang



Hari ini 29 October 2012. Hari Raya Aidil Adha telah meninggalkan kita sudah 3 hari. Aidil Fitri telah lama berlalu. Namun billboard dari YB Azmin "Jamban" Ali dan YB Zuraidah "Mak Lampir" Kamaruddin masih memaparkan Salam Aidil Fitri? Bergambar mengalahkan suami isteri. Bagi penduduk Ampang, cuba-cubalah lihat di depan Ampang Point. Tak sakitkah mata memandang? Buat pengetahuan semua, billboard ini bukan billboard yang dipasang sejak Hari Raya Aidil Fitri dan tidak diturunkan oleh MPAJ. Billboard ini adalah billboard yang baru dipasang sebelum Hari Raya Aidil Adha yang lepas.

Gila publisiti ke kedua-dua YB kesayangan Rakyat Ampang sampai tak habis-habis beraya? Persoalannya, kenapa Hari Raya Aidil Fitri yang tercatat di billborad dan bukannya Aidil Adha? Berapakah pula kos dan harga billboard berkenaan? Siapa yang sponsor agaknya billboard yang berharga ribuan ringgit itu atau adakah ianya menggunakan duit Rakyat? YB Billboard Azmin dan Zuraidah memang sibuk dengan ceramah. Pengundi-pengundi Ampang kalau rindukan mereka berdua boleh lihat wajah mereka di depan Ampang Point ye!

Published with Blogger-droid v2.0.9

4 Rakyat Selangor Mesti Menghalang MB Khalid Gagap Dari "Refinance" Bangunan PKNS Untuk Biaya Dana Pilihanraya

MB Khalid Gagap cuba memperbodohkan Rakyat Selangor sekali lagi. Beliau cuba bermain dengan "creative accounting" dengan cuba memanupulasikan agenda tersembunyi dalam isu penjualan aset-aset PKNS yang sedang hangat diperkatakan oleh Rakyat Selangor ketika ini. MB Khalid Gagap bukan sahaja tidak memberi penjelasan mengenai cabaran DSNoh Omar baru-baru ini tetapi cuba mengelirukan rakyat dengan pelbagai istilah korporat yang direka cipta untuk menutup isu cadangan penjualan bangunan milik PKNS yang sedang di peringkat akhir perjanjian jual beli. Draft perjanjian jual beli yang belum ditandatagani ada di tangan kami dan akan didedahkan sedikit masa lagi. Beberapa buah bangunan milik PKNS yang bernilai RM321 juta kini di dalam proses untuk dijual ("refinance") kepada anak syarikat milik Kerjaan Negeri.

Kalau benar tujuan "pemindahan" atau penstrukturan semula adalah untuk penyusunan semula aset-aset PKNS, kenapa perlu ada transaksi kewangan berlaku? Kenapa perlu ada perjanjian korporat dibuat dan dibayar kepada PKNS? Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Pakatan Haram Selangor semakin terdesak dan memerlukan wang untuk kegiatan politik mereka serta dana PRU13sehingga terpaksa mengarahkan PKNS menjual bangunan milik mereka. Rakyat Selangor mengetahui bangunan dan premis ini semua adalah simbol kejayaan PKNS dalam konteks untuk membantu usahawan dan peniaga melayu di selangor. PKNS telah dicadangkan penubuhannya oleh Dato Haron Idris yang ketika itu menjadi Menteri Besar Selangor bertujuan untuk mempertingkatkan ekonomi peniaga Melayu di Selangor.

Apabila Kerajaan Pakatan Haram memerintah, mereka telah menimbulkan kontroversi tentang penjualan aset PKNS ini dengan sewenang-wenangnya menggunakan istilah urustadbir korporat yang mengelirukan. Sudah pasti yang akan menanggung kerugian daripada tindakan ini adalah peniaga dan Rakyat Selangor sendiri. Kesan mendalam yang akan dialami hasil daripada penjualan ini akan melibatkan peniaga di Kompleks PKNS dan Wisma Yakin yang 80% daripadanya adalah peniaga melayu. Kenaikan sewa yang tinggi pasti akan berlaku dan ini secara tidak langsung akan "menghalau" peniaga-peniaga Melayu yang sudah bertahun berniaga di situ. Inikah dia yang disebut sebagai sebuah kerajaan yang perihatin dan janji sebuah Negeri Berkebajikan?
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates