October 19, 2012

3 Billboard Di Kota Baru "Tutup Aurat", The Red Warriors Main Final Piala Malaysia Esok Malam Tutup Aurat Tak?




Alhamdulillah, sejuk mata memandang rata-rata billboard yang dipasang di Kota Bharu, Kelantan. Di sini CTS ingin mengucapkan syabas kepada Kerajaan Negeri Kelantan. CTS juga ingin merakamkan tahniah buat Negeri Kelahiran CTS di Kedah yang turut melakukan perkara yang sama walaupun ditentang oleh DAP dan Gerakan. Bab Agama dan bab hukum Islam, InsyaAllah kita sokong.

Esok malam pasukan bola sepak "The Red Warriors" Kelantan akan menetang pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di perlawanan akhir piala Malaysia. CTS tidak berhasrat untuk mengulas tentang perlawanan esok, walaupun pilihan CTS adalah pasukan ATM. Cumanya, dalam keazaman Kerajaan Negeri Kelantan untuk melaksanakan gambar-gambar yang "molek" dan menutup aurat di billboard seluruh Kelantan, kenapa Kerajaan Negeri terutama Menteri Besar Kelantan, berdiam diri apabila pasukan negerinya sendiri tidak menutup aurat di tengah padang? 

Apakah aurat hanya dititikberatkan di kalangan muslimah sahaja. Apakah pemain-pemain lelaki Islam pasukan Kelantan di tengah padang dibiar bebas mendeahkan aurat terutama paha yang pejal? Apakah aurat lelaki tidak membangkitkan nafsu wanita maupun golongan Anwarinas? Bagaimana yang bukan Islam hendak memandang tinggi kepada hukum Islam, sedangkan kita sendiri lebih bersifat retorik dan kosmetik dalam segi hukum hakam Agama? Kalau hukum menutup aurat bagi lelaki di antara pusat dan lutut itu wajib, kenapakah Menteri Besar Kelantan tidak menegur dan mewajibkan pakaian menutup aurat dengan pasukannya sendiri. Jadikan pasukan The Red Warriors sebagai contoh pasukan pertama yang menutup aurat.

4 Panas!!! Video Kurang Ajar Samseng DAP Taman Kaya, Ipoh Tersebar



Bagi juak-juak PAS yang beragama Islam yang begitu lahapkan untuk bersahabat dan tidur sebantal dengan DAP, wajib untuk menonton video-video di atas. Inilah mentaliti pemimpin dan pengikut DAP di Perak, salah satu negeri yang begitu tegar dengan pengaruh komunis satu waktu dahulu. 

Video-video di atas telah dimuatnaik ke laman Youtube oleh mediaperak.com, yang memaparkan corak kelakuan samseng yang ditunjukkan oleh pemimpin samseng DAP terhadap wartawan. Apakah corak konfrantasi secara samseng sedemikian masih kita perlukan sebagai bekalan menuju negara maju? Atau mungkin suku kaum keturunan komunis masih kuat bertapak di sini. 

Tidak mustahil perbuatan samseng sebegini akan berlanjutan da tersebar, sekiranya sesuatu tidak dilakukan oleh Rakyat Malaysia untuk tidak memberi mandat untuk memerintah kepada pemimpin-pemimpin samseng DAP komunis ini.

October 18, 2012

3 Ringkasan Kejayaan Pentadbiran Negeri-Negeri Pakatan Rakyat Berdasarkan Laporan Audit Negara 2011




0 Laporan Audit Negara 2011 - Apa Cerita Projek PTSK, Lembah Sireh Di Kelantan?



Laporan Ketua Audit Negara 2011, bagi negeri Kelantan, ada mendedahkan realiti sebenar bahawa projek Pembangunan dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) di Lembah Sireh itu hakikatnya penuh dengan pelbagai kelemahan meragukan malah masih terlampau banyak projek pembangunan yang dijanjikan tidak dilaksanakan. Sehingga bulan November 2011, Laporan Audit juga mendedahkan Kerajaan PAS Kelantan telahpun menyerah hak milik tanah seluas 716.8 ekar secara pajakan 99 tahun yang bernilai RM318.29 juta kepada syarikat swasta tersebut tanpa melalui prosedur yang betul. Menurut Laporan Audit, kebenaran proses pindah milik tanah itu telah dibuat melalui satu mesyuarat Jawatankuasa Pemandu PTSK 1/2002 yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar ketika itu.

Pada 8 Julai 2003, Kerajaan PAS Kelantan secara rasminya telah memeterai perjanjian dengan syarikat Liziz Standaco Sdn. Bhd. melibatkan jumlah pelaburan mencecah RM2 bilion bagi melaksanakan projek PTSK di Lembah Sireh, Kota Bharu. Melalui perjanjian yang dimeterai ini juga, Kerajaan PAS Kelantan perlu menyerahkan kira-kira 1,000 ekar tanah kepada pihak syarikat dan sebagai syarat serta balasannya, Liziz Standaco Sdn Bhd perlu memberi sumbangan dalam bentuk kewangan dan pembangunan fizikal yang bernilai lebih RM350.00 juta. Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat dan Timbalannya adalah antara pemimpin negeri yang menghadiri majlis pemeteraian perjanjian projek tersebut.

Hampir 10 tahun sudahpun berlalu, timbul persoalan sama ada benar tidak wujud unsur pembaziran, rasuah ataupun penyelewengan disebalik kelulusan projek ini? 10 tahun berlalu, tapi sebahagian besar projek masih tak terlaksana namun tanah sudah berpindah milik. Apa cerita? Selain itu, sehingga kini juga beberapa projek pembangunan fizikal yang sepatutnya dilaksanakan oleh Liziz Standaco seperti sengaja tidak dilakukan konon atas alasan kenaikan kos bahan mentah dan sebagainya, sedangkan tanah seluas 716.8 ekar sudah menjadi hak milik syarikat swasta tersebut.

Projek pembinaan masjid yang bernilai bernilai RM20 juta, Jambatan Palekbang (RM150 juta) dan stadium tertutup wanita bernilai RM25 juta yang sepatutnya sudah siap dibina hingga kini bayang pun tidak kelihatan, sedangkan ia adalah antara syarat penting yang perlu dipatuhi selepas Kerajaan PAS Kelantan menyerahkan tanah seluas 716.8 ekar itu. Hatta, syarat sumbangan kewangan RM15 juta oleh syarikat itu untuk Tabung Skim Perumahan Kos Rendah yang sepatutnya telah selesai dibayar pada Mac 2006, hingga kini cuma RM3 juta sahaja yang baru diperolehi.

Laporan Audit sudahpun dibentangkan, Kerajaan PAS Kelantan segera merangka jawapan konkrit bagi menjawab persoalan disebalik segala kelemahan yang berlaku ini. Kita tidak mahu penyelewengan dan unsur salah guna kuasa berterusan di Kelantan dari satu generasi ke satu generasi tanpa ada sebarang tindakan yang diambil.

October 17, 2012

3 Bukti Kezaliman Pakatan Haram Selangor - Inikah Negeri Berkebajikan?


Tarikh akhir pembayaran bagi Cukai Taksiran bagi separuh tahun pertama 30 Jun 2012, adalah pada 31 Ogos 2012. Cukai taksiran yang dikenakan ke atas CTS adalah sebanyak RM136.80 bagi separuh tahun pertama 2012. Selepas tarikh 31 Ogos 2012, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menghantar Borang E dan mengenakan denda sebanyak RM20.

Apa yang menyebabkan CTS mengamuk dan naik angin adalah apabila semalam, CTS telah menerima surat MBSA bertarikh 01 September 2012, yang bertajuk "Pemberitahuan Waran Tahanan". Dalam erti kata mudah, MBSA hendak memberitahu dengan hutang CTS sebanyak RM156.80, mereka akan mengenakan tahanan kepada seluruh harta benda yang berada di dalam rumah CTS. Sebelum CTS mengeluarkan perkataan Kepala Bapak kepada Datuk Bandar,MP Shah Alam dan Menteri Besar, CTS ingin bertanya 2 soalan:

1. Waima semua Bank di Malaysia sekalipun hanya akan mengambil tindakan undang-undang selepas akaun berkenaan tertunggak 6 bulan atau lebih dan diklasifikan sebagai "Non- Performing Loan". MBSA dengan selamba menghantar notis waran tahanan selepas akaun tertunggak sebulan selepas 31 Ogos 2012. Memang kepala bapak!

2. Apa sudah jadi dengan janji-janji Pakatan Haram Selangor yang berjanji sebelum PRU 12 untuk memberikan diskaun sebanyak 20% ke atas Cukai Taksiran di dalam manifesto mereka? Kalau diikutkan, sudah berapa ribu MBSA berhutang dengan Rakyat Selangor sejak Pakatan Haram Jadah memerintah.

Dengan kezaliman demi kezaliman yang Kerajaan Selangor lakukan selama mereka memerintah hampir 5 tahun, CTS dapat rasakan kali ini Rakyat Selangor akan mengajar Pakatan Haram di dalam PRU 13. InsyaAllah, ini kalilah!!!
Published with Blogger-droid v2.0.9

October 16, 2012

4 Laporan Ketua Audit Negara 2011 - Tiada Penyelewengan Di Dalam Negeri Pentadbiran PR




Ladang Rakyat yang terbentang di atas tanah seluas 81,095 ekar meliputi Jajahan Gua Musang, Kuala Krai, Jeli dan Tanah Merah sememangnya tidak pernah sunyi dari desas desus wujudnya penyelewengan berikutan pengendaliannya yang lebih menguntungkan orang luar Kelantan berbanding hanya segelintir penduduk tempatan sahaja yang mendapat manfaatnya. Mengikut perancangan asalnya, konon tujuan Ladang Rakyat dibangunkan adalah untuk menandingi rancangan perladangan yang telah berjaya dilaksanakan oleh FELDA, namun disebaliknya hakikat yang tersirat ialah lebih fokus kepada untuk merodok sebanyak mungkin tanah hutan supaya dapat dinikmati hasil balaknya.

Kini, para peneroka dan penduduk tempatan yang pernah teruja dan tertipu dengan janji palsu Kerajaan PAS Kelantan, pastinya sedang menyala amarah dalam hati mereka selepas membaca Laporan Audit 2011 yang baru sahaja dibentangkan semalam. Kemarahan mereka ada asasnya kerana selain tanah yang sekian lama diterokai telah dirampas dan permohonan mereka untuk memiliki tanah tersebut telah dinafikan, mereka juga dinafikan hak menerima dividen bulanan RM200.00 manakala janji diberi peluang bekerja di ladang tersebut juga gagal ditunaikan oleh pihak terbabit. 

Malah Orang Asli di beberapa kawasan berdekatan yang tanah adat mereka turut menjadi mangsa kerakusan syarikat swasta yang bersekongkol dengan kerajaan negeri juga sudah beberapa kali mengadakan tunjuk perasaan dan protes aman membantah perlaksanaan Ladang Rakyat tersebut. Umpan dan pengharapan yang ditabur oleh kerajaan negeri konon melalui Ladang Rakyat akan mampu membantu meningkat taraf hidup 4,767 orang peserta hakikatnya tidak lebih sekadar janji politik semata-mata. Sehingga kini hanya seramai 282 rakyat tempatan sahaja yang mendapat manfaatnya, itupun kebanyakannya terdiri daripada mereka yang memiliki hubungan rapat dengan pemimpin PAS tempatan dan negeri.

0 Jom Mabuk-Mabuk Bersama Carlsberg Di Selangor

Tahniah Kerajaan Pakatan Haram Negeri Selangor kerana sejak memerintah Selangor, aktiviti rumah urut dan promosi arak telah dijalankan secara terbuka dan tanpa berselindung.

Terbaru, Movida Kitchen, Bar and Club Lounge di Sunway Giza, Kota Damansara telah menganjurkan pesta minum arak pada Hari Jumaat, 19 Oktober 2012 dengan sebotol Carlsberg bernilai RM1.00. Lebih murah dari air mineral!

Acara mabuk-mabuk turut diserikan dengan VJ atau DJ yang cantik jelita dan seksi iaitu DJ Vikki. Hebat Pakatan Haram Selangor. Mereka menyalak BN tidak tutup kilang Carlsberg di Batu 3, tetapi mereka sendiri mengalakkan pesta arak. Takebeer!!!

Published with Blogger-droid v2.0.9

October 15, 2012

4 Gambar ADUN-ADUN P"Gay"R Bukan Islam Mula Mendengar Ceramah Di Masjid


Beberapa bloggers dan cybertroopers Pakatan Haram mula memainkan gambar di atas bagi menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin P"Gay"R Perak mula mendekati Islam. Kelihatan Ahli Parlimen Gopeng, YB Dr Lee Boon Chai, ADUN Simpang Pulai, YB Chan Ming Kai dan ADUN Teja, YB Chang Lih Kang bersama jemaah masjid selepas solat Fardhu Maghrib penuh teliti mendengar ceramah agama.

Bagi bersangka baik, CTS yakin YB-YB berkenaan telah suci daripada hadas besar untuk duduk di dalam rumah Allah SWT. Kita berharap YB-YB DAP berkenaan hadir mendengar ceramah untuk mendekati Islam dan bukannya dengan niat tipu daya untuk mengambil hati orang-orang Islam di kawasan berkenaan. Maklumlah, PRU13 sudah dekat. Wakil-Wakil Rakyat Pakatan Haram terutama DAP akan berbuat apa sahaja untuk "membeli" undi orang-orang Islam. Tak gitu?

Bukannya apa. CTS tidak pernah lupa YB Chan Ming Kai yang pernah menimbulkan kontroversi bertakbir sempena Aidil Fitri di sebuah rumah milik orang Melayu pada 2009, hari ini sekali lagi menunjukkan sikap di luar tabi'i dengan menyerbu naik ke podium Speaker DUN Perak dan menghentak meja Speaker, Dato' R. Ganesan yang sedang mengendalikan persidangan.

4 Bukti Bergambar - Bentuk Kubah Di Atas Tempat Sembahyang Orang Cina ... Hanya Di Kelantan

CTS tak tau apa nak komen. Mungkin ini satu cara orang-orang Cina di Kelantan hendak mengambil hati orang-orang PAS. Mungkin orang-orang PAS akan berhujah bahawa tiada nas Al Quran dan hadis Rasulullah SAW yang mengatakan bentuk kubah tidak boleh digunakan oleh orang-orang bukan Islam. Namun, bukankah kubah telah lazim digunakan sebagai simbol orang Islam termasuk satu binaaan yang lazim bagi sesebuah Masjid, iaitu Rumah Allah. Mengapa dipersenda?

Published with Blogger-droid v2.0.9

October 14, 2012

3 Baru Sepenggal Menjadi Wakil Rakyat, YB Puchong Sudah Menempah Porche 911 Turbo


Gambar di atas adalah gambar kereta Porche 911 Turbo Tiptronic Coupe, yang bakal menjadi hak milik YB Puchong. Tidak sampai sepenggal menjadi Wakil Rakyat di Selangor YB Puchong sudah menempah sebuah kereta "sport" mewah. Hebat Wakil Rakyat DAP dan Pakatan Haram. CTS tidak mengatakan YB Puchong tidak mampu membeli kereta mewah sedemikian. Dengan gaji dan elaun Wakil Rakyat Selangor berjumlah RM17 ribu lebih ditambah dengan tugasan dan perniagaan beliau di dalam syarikat guaman bapanya, beliau jauh lebih dari mampu untuk memilikinya.

Kereta berkenaan baru selesai dibuat "booking" dengan harga sebanyak RM400,000. Semua urusan tanda tangan "booking" pembelian telah selesai minggu lepas. Dikhabarkan pengeluaran kereta "recond" tahun 2006 berwarna hitam berkenaan hanya menantikan pinjaman bank diluluskan. Nanti bolehlah YB Puchong membawa kereta berkenaan untuk melawat kawasan. YB-YB Pakatan Haram yang lain tidak berminatkah dengan kereta Porche. Bolehlah menurut jejak langkah YB Puchong dan YB Gombak.

6 Panas! Gambar Ustaz-Ustaz PAS Berdoa Bersama Bishop!!! Takebeer!


Apa motif sebenar ustaz-ustaz PAS ini berdoa dengan seorang Paderi Kristian? Gambar di atas jelas menunjukkan beberapa delegasi PAS sedang berdoa bersama Bishop Sebastian. Inikah yang dikatakan oleh Ustaz Nasharudin Mat Isa semasa Forum Islam tempoh hari? Inikah fahaman baru yang dianuti juak-juak PAS? Pluralis, liberalis atau demokrat? CTS tidak sempat khatam sirah Rasulullah SAW, cuma ingin bertanya, pernahkah Rasulullah SAW berdoa bersama-sama Paderi Kristian?

3 Blogger PAS Dan @hdaily09 Kantoi (Sekali Lagi!!!) Memfitnah Kerajaan Pahang Isu Gambar Kaabah Dipersenda


Blogger Pakatan Haram, Wargamarhaen, yang memuatkan artikel "Biadab! Kaabah dihina di Megamall Kuantan" dan dipetik dan disiarkan oleh Haprakdaily didapati telah melakukan fitnah dengan menyiarkan berita palsu mengenai Kerajaan Negeri Pahang. Blogger berkenaan menulis, "Mohon pihak bertanggungjawab batalkan event kurang ajar dan menghina agama Islam serta merta! Kenapa permit untuk event ini diluluskan kerajaan Pahang?"

CTS telahpun mendapat kepastian daripada Setiausaha Politik Menteri Besar Pahang, Dato Shamsuddin Nawawi, bahawa promosi dan kain rentang seperti yang dilaporkan oleh Blogger Pakatan Haram dan Haprakdaily diletakkan di Megamall Kuantan sebenarnya berlainan daripada apa yang disiarkan. Hasil maklumat daripada rakan-rakan di Facebook, gambar berkenaan adalah bukan asli (photoshop) dan diubahsuai. Cuba lihat dua gambar yang disediakan di bawah. Yang mana palsu dan yang mana yang asli?



CTS memohon agar Umat Islam bersatu menentang kelakuan biadap dan kurang ajar pihak penaja, Berjaya Megamall. CTS tidak kira sama ada ianya gambar pertama atau gambar kedua dan sama ada dilakukan di premis Megamall Kuantan mahupun mana-mana Megamall di tempat lain, perkara sebegini harus diberhentikan dan pihak Berjaya Megamall harus memohon maaf kepada Umat Islam di negara ini kerana kurang sensitiviti Agama. Untuk masa hadapan, bagi mengelakkan kontroversi, tidak perlulah diletakkan gambar Kaabah sebagai bahan pameran.

3 Barisan Nasional Wajib Risau - Ratusan Ribu Sertai Konsert BERSIH

Sepertimana perhimpunan BERSIH, BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0, Konsert BERSIH yang diadakan sejak petang semalam mengundang ratusan ribu orang membanjiri Stadium Kelana Jaya. Walaupun dihidangkan dengan artis-artis yang tidak dikenali, ratusan ribu penyokong BERSIH tetap setia dari petang ke malam untuk memberi sokongan moral kepada idola mereka A Samad Said dan pasangannya Ambiga S. Stadium Kelana Jaya hampir roboh kerana ramainya penyokong-penyokong yang hadir. Tak percaya? Lihat gambar-gambar di bawah:






 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates