September 29, 2012

3 Dana Makan Malam Perdana PR - Adakah Ini Drama Untuk Menghalalkan "Money Laundering"?


Semalam bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam, berlangsungnya Majlis Makan Malam Perdana Bersama Pimpinan Pakatan Haram. Di dalam majlis makan malam tersebut juga berlangsungnya acara bidaan kononnya untuk mengutip dana bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13). Antara yang mendapat bidaan yang tertinggi pada malam tersebut adalah tongkat Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat dan juga surat cinta Anwar Ibrahim kepada Wan Azizizah.

Surat cinta Anwar Ibrahim kepada isterinya Wan Azizah mendapat bidaan paling tinggi apabila dibeli dengan harga RM50,000. Surat cinta itu kononnya  adalah surat 'cinta' yang ditulis Anwar Ibrahim semasa beliau berada dalam penjara Sungai Buloh. Surat itu dibida dengan harga pembukaan RM50,000 dan dibeli oleh ahli Parlimen Beaufort, Lajim Ukin.

CTS ragu-ragu dengan lakonan bersahaja Pakatan Haram ini. Agak-agaklah kalau hendak berbohong kepada Rakyat. Siapa yang hendak beli surat 'cinta' Anwar Ibrahim kepada Wan Azizah. Tambahan pula, yang membeli itu adalah Lajim Ukin! Lainlah kalau surat cinta Anwar Ibrahim kepada Sukma Dermawan, Azizan, Shamsidar Tahrin  atau Saiful Bukhari Azlan. CTSpun sanggup menghabiskan duit untuk membelinya.

Bagi CTS drama yang dimainkan pada malam tadi tidak lebih kepada satu cara proses "membersihkan duit" atau dalam bahasa perbankannya adalah "money laundering". Dana yang Pakatan Haram perolehi daripada banyak sumber daripada luar negara perlu di"bersih"kan. Satu cara terbaik adalah mengadakan majlis lelongan benda-benda merapu dan juga mengadakan jualan meja makan seperti yang selalu diadakan oleh sekutu mereka DAP. Akhirnya, dana haram yang Pakatan Haram perolehi berjaya dibersihkan. Apabila Rakyat bertanya, dari mana Pakatan Haram boleh bermewah dengan mengadakan 'Road Tour' dengan jet peribadi dan sebagainya. Jawapan mereka pastilah melalui cara di atas. Bijakkan proses "money laundering" Pakatan Haram?

September 28, 2012

0 Baca Ringkasan #Bajet2012 Yang Disediakan Kementerian Kewangan Di Sini














September 27, 2012

6 Bajet Bayangan PR 2013 Dalam Bahasa Inggeris? Inikah Caranya Pakatan Haram Memertabatkan Bahasa Kebangsaan?


Tahniah kepada Pakatan Haram di atas keberanian membentangkan Belanjawan Bayangan 2013 Pakatan Rakyat dalam bahasa ibunda mereka,iaitu Bahasa Inggeris! Tak sia-sia Pakatan Haram selama ini  berdemo menentang Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) kan? Tidak sia-sia Kerajaan Pakatan Haram Selangor menganugerahkan Sasterawan Tamu kepada Pak A. Samad Said semalam. Link kepada Belanjawan Bayangan 2013 boleh diperolehi di sini.

Nampak gayanya Pakatan Haram bukan sahaja akan mengugurkan Jalur Gemilang apabila mereka memerintah kelak, malah mereka akan turut menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kebangsaan. Mungkin mereka akan menjadikan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan mungkin juga Bahasa Mandarin/Kantonis sebagai Bahasa Kebangsaan seperti mana Singapura yang mempunyai beberapa Bahasa Kebangsaan.

Pakatan Haram sekarang sedang cuba "mengoda" Rakyat di Sabah dan Sarawak. Mungkin Bajet Bayangan mereka patut turut diletakkan di dalam Bahasa Iban, Bahasa Kadazan, Bahasa Murut dan sebagainya. Ini baru CTS sentuh mengenai bahasa yang digunakan di dalam Bajet Bayangan. Belum lagi disentuh janji bulan dan bintang yang digula-gulakan kepada Rakyat Malaysia. Mesti diingat, ini adalah Bajet Bayangan. Dalam bahasa mudah tidak perlu usaha dan ikhtiar untuk melaksanakannya. Cukuplah sekadar berjanji. Pasti ada yang termakan umpan. Oh my Pakatan! Pada Bajet Bayangan 2012 juga Pakatan Haram turut menggunakan Bahasa Inggeris seperti di bawah.









September 26, 2012

1 Menjelang Bajet 2013 - Mohon Pada PM @NajibRazak Agar Golongan ‘Middle Income’ Juga Jangan Dilupakan!

Berikut adalah tulisan rakan baik CTS di laman sosial Facebook dan juga di blognya, Belantan. Kami pernah duduk berbual di sebuah kedai mamak di Petaling Jaya dan berbincang mengenai perkara ini, minggu lepas. Membaca tulisan blogger yang dikenali sebagai Ore Oyabun ini turut mengambarkan apa yang terpendam di sudut hati CTS. Bacalah isi hati beliau, juga isi hati CTS dan mungkin juga isi hati ratusan ribu golongan marhaen lain  yang dikenali sebagai golongan "middle income":
Menjelang bajet 2013 - Mohon pada PM agar golongan ‘middle income’ juga jangan dilupakan!
Alhamdulillah janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada satu acara di Sabak Bernam, Selangor, tidak lama dahulu untuk memberi pembelaan kepada segenap lapisan masyarakat termasuk kelompok berpendapatan sederhana atau middle income group yang diakui beliau kadang-kala terlepas pandang, cukup menggembirakan.
Walaupun program membela rakyat ini memang sudah dijalankan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama, kelompok yang selalunya diberi tumpuan ialah golongan miskin atau bawah dan golongan perniagaan atau korporat yang biasanya kumpulan berpendapatan tinggi, selain kakitangan kerajaan.
Seperti yang diakui sendiri oleh Perdana Menteri, kelompok pertengahan iaitu yang berpendapatan sederhana ini kadang-kala terlepas pandang. Mungkin tidak terlebih rasanya mengatakan kelompok ini yang tidak layak menerima bantuan kebajikan atau segala macam kemudahan untuk golongan berpendapatan rendah tetapi tidak pula terlalu kaya sehingga mampu menikmati segala insentif pelepasan cukai yang dinikmati masyarakat perniagaan, tersepit dan terhimpit di tengah-tengah.
Mereka ini yang rata-ratanya kakitangan swasta bergaji RM3,000 ke atas tetapi tidak mencecah RM10,000 menjadi kumpulan yang dilupakan. Mereka ini tidak layak menerima BR1M RM500, tidak layak membeli rumah kos rendah atau sederhana rendah tetapi tidak mampu membeli rumah kos sederhana yang harganya kini tidak kurang RM200,000.
Malangnya, mereka ini ialah kelompok pembayar cukai. Rata-ratanya menjadi penyumbang setia pendapatan cukai kerajaan melalui potongan cukai berjadual (PCB) setiap bulan. Setelah ditolak PCB, potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Socso dan Perkeso, hutang kereta serta rumah, baki gaji mereka yang tinggal tidak sebanyak mana. 
Kenaikan harga barang sejak beberapa tahun kebelakangan ini turut menyumbang kepada kesempitan hidup mereka. Memandangkan kelompok ini kebanyakannya sudah berkeluarga, perbelanjaan dapur, duit sekolah dan susu anak, yuran tuisyen, tambang bas juga perlu diambil kira. Itu belum ditambah duit minyak dan tol ke tempat kerja. 
Nilai wang untuk mereka berbelanja semakin menyusut. Jika dulu dengan RM100, mereka boleh membeli-belah barangan dapur sehingga penuh satu troli, kini mungkin hanya dapat menjinjing beg plastik sebelah tangan sahaja.
Justeru janji Perdana Menteri untuk membela nasib mereka memang cukup lunak di telinga kelompok ini mendengarnya. Walaupun belum cukup melegakan, sedikit-sebanyak ia memberi harapan kepada golongan berpendapatan sederhana ini untuk mengimpikan insentif-insentif yang bakal menyusul mereka tidak lama lagi.
Sebenarnya banyak cara kerajaan boleh membantu golongan ini. Selain mengawal harga barang keperluan agar tidak dinaikkan oleh peniaga sesuka hati sehingga membebankan mereka, kerajaan boleh menimbang meningkatkan kadar pelepasan cukai pendapatan individu untuk golongan ini. 
Bagi menghargai pembayar cukai yang setia, kerajaan boleh memberikan baucer minyak dan barangan, yang pastinya akan dapat digunakan mereka sekali gus membantu merancakkan ekonomi negara. Sebenarnya banyak cara yang boleh difikirkan kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan sederhana ini.
Mungkin pihak yang bertanggungjawab menyampaikan keluhan kelompok ini kepada Perdana Menteri mampu memikirkan sekali apa caranya untuk menunaikan janji tersebut. Apa-apapun terima kasih diucapkan kepada pihak yang bertanggungjawab yang membawa perkara ini ke pengetahuan Perdana Menteri. Ini adalah kerana mereka benar-benar bekerja, benar-benar mendengar keluhan rakyat marhaen yang terlepas pandang ini dan menyampaikan apa yang benar ke telinga Perdana Menteri.
Mudah-mudahan pada bajet 2013 ini memberi sedikit harapan baru kepada mereka. Sudah sekian lama kelompok ini mengeluh dan menaruh harapan, akhirnya keluhan itu didengari juga! Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 yang disebut-sebut sebagai ibu pilihan raya dan adanya pihak yang berani bercakap benar amat dihargai!
Kita semua percaya Perdana Menteri sendiri tidak mahu mendengar khabar yang muluk-muluk. Hakikat sebenar walaupun pahit perlu disampaikan agar yang kelabu tidak dikatakan putih sehingga membawa kealpaan seperti yang berlaku pada pilihan raya umum lalu. Wallahuallam.
Coretan Marhaen

1 Azalina Ajak Salahuddin Berdebat Isu Pengerang - Salahuddin Ada Telur Tak?



Berbagai helah diberikan oleh YB Salahuddin Ayob apabila dicabar berdebat oleh MP Pengerang, DS Azalina Othman. Azalina dalam sidang media di Parlimen semalam mencabar Salahuddin untuk berdebat berhubung isu pembangunan projek Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang (PIPC). Cabaran berdebat timbul ekoran dakwaan pemimpin PAS itu bahawa nilai pampasan terhadap pengambilan tanah penduduk kampung di Pengerang hanya RM2.80, sedangkan harga sebenar ialah RM8 sekaki persegi. Salahuddin sebelum itu mengadakan sidang akhbar bersama sebuah NGO di lobi Parlimen mengenai isu tanah itu sebelum Azalina membidasnya di satu sidang akhbar lain.

Azalina membidas bahawa dakwaan Salahuddin dibuat secara rambang dan rumusan secara menyeluruh. Harga pampasan tanah RM2.80 adalah untuk kawasan tanah yang jauh dari jalan utama, sedangkan Kerajaan menilai bukan setakat tanah, tapi turut menilai bangunan, termasuk tanaman di atas tanah itu Setakat ini jumlah tertinggi yang diberikan ialah RM8 sekaki persegi bergantung kepada tempat. Fasa pertama untuk pemindahan penduduk di 10 kampung tradisi di Pengerang telah menyaksikan 179 borang H diserah tanpa sebarang bantahan. Daripada jumlah itu, 70 menerima tanpa bantahan, dan 109 menerima dengan syarat. Tiada yang menolak, seperti dakwaan Salahuddin.


CTS cadangkan Salahuddin terima sahaja cabaran debat Azalina tersebut bagi memperjelaskan fitnahnya. Azalina hanya ajak berdebat bukan ajak lawan taekwondo. Salahuddin Ayob kononnya cuma mahu berdebat dengan MB Datuk Abdul Ghani Othman sahaja. Apapun, yang hendak disentuh ialah tempat Azalina. Pengerang tu kawasan Parlimen Azalina. Kena le sambut cabarannya, kalau berani. Lagipun Salahuddin siapa saja di Johor ini untuk berdebat dengan MB Johor? Sedarlah diri sikit. Awak bukannya wakil rakyat kat mana-mana kawasanpun di Johor ni. Dah cukup baik Azalina sudi untuk berdebat.

Published with Blogger-droid v2.0.9

September 25, 2012

3 Himpunan Suaram Di Dataran Merdeka Malam Ini Suram


Perhimpunan ‘"Scorpene Never Dies"’ anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang dirancang di Dataran Merdeka sebentar tadi nyata tidak mendapat sambutan. Kehadiran orang ramai dan penyokong Suaram nyata tidak memberansangkan, iaitu kurang dari 100 orang. Kelibat pemberita dan bloggers kelihatan lebih ramai dari penyokong. Isu fitnah Scorpene yang terlalu lama dimainkan oleh Suaram dengan dikepalai oleh Tok Dalang Pakatan Haram nyata tidak berjaya mengamit kehadiran penyokong seperti mana perhimpunan BERSIH. Orang ramai ternyata bosan dengan skrip fitnah Pakatan Haram yang langsung tidak mempunyai asas yang kukuh.

Suaram kini menjadi semakin cemas dan mengelupur apabila pertubuhan haram ini mula disiasat oleh beberapa pihak seperti BNM dan ROS kerana pertubuhan haram itu menerima dana daripada Open Society Institute (OSI), pertubuhan yang diasaskan penyangak mata wang, George Soros serta National Endownment For Democracy (NED), milik seorang lagi tokoh Yahudi, Carl Gershman. Pembangkang malam ini tidak dapat tidur lena. Sudahlah Suaram semakin suam-suam, ditambah pula dengan kekalahan demi kekalahan Pro Mahasiswa kepada golongan Mahasiswa penyokong Kerajaan, Pengerak Pro Aspirasi. Suara pembangkang semakin ditolak. Pakatan Haram semakin menanti detik untuk ditalkinkan! Lihatlah muka-muka di belakang Suaram:

14 Biadap!!! Lagi Penghinaan Ke Atas Allah Dan Rasulullah SAW! @PDRMsia Tolong Siasat!


Apabila undang-undang sedia ada dipinda menjadi "lembut"dan terlalu mengambil hati untuk kepentingan undi semasa pilihanraya, apabila penguatkuasaan menjadi longgar, apabila penghakiman asyik kalah disebabkan Pendakwaraya lembik dan apabila Menteri Amaran lebih mengutamakan "Public Relation" dan bergaya seperti artis dengan peminat, maka inilah jadinya. Penghinaan demi penghinaan terhadap Allah dan Nabi Muhammad SAW dibuat secara terbuka, terang-terangan tanpa sebarang perasaan takut kepada undang-undang.

Gambar di atas sudah tersebar luas di laman sosial Facebook. Diharap pihak Polis Di Raja Malaysia dan SKMM hendaklah menyiasat secara terperinci dan membawa anak muda di atas ke muka pengadilan. Sampai bila Umat Islam ingin dicerca. Apakah perlu menunggu sehingga berlaku pertumpahan darah barulah tindakan drastik akan diambil?

Berdasarkan maklumat di Facebook beliau, anak muda ini bernama Gopinath Jayaratnam. Bekerja sebagai juruteknik makmal di Tip Top Meat Sdn Bhd. Berasal dan tinggal di Klang. Pernah belajar dalam jurusan Industrial Biotechnology di Universiti Industri Selangor.

September 24, 2012

0 Private Jet - How Lavish Pakatan Rakyat Is!



Not enough with fancy bus, Pakatan Rakyat is now showing their private jet to 'get sloser' to rakyat. If back then PR would often argue that BN leaders like to live lavishly and waste, and showed that PR leaders are more humble and saves cost. But today, everything changes and this clearly shows that PR leaders are a lot more lavish than BN leaders. BN leaders would be given budget with facilities provided by the government, and they would not use their own personal fund. Even the Prime Minister could not go that length.

Actually, the lavish style of living among PR leaders, especially Anwar Ibrahim is no longer a secret. Looking at his visits at foreign countries, it is not wrong for us to say that he might be be even richer than the a Leader of a Country. Tian Cua was previously confirmed that the jet was rented. We were made known that the rented was from a company from America which was used by Anwar ro visit Sabah, Sarawak and Labuan. Alongside him include Tian Chua, Zuraidah "Mak Lampir" and a few other PR leaders. However, as Ketua Umum P"Gay"R declared today, it is just a "gift of ride" from an old businessman's friend.

It seems like Anwar really want to live the life on how he think he should live. Obviously, his visit to those three states were that important to him that the cost to get there do not really matter to him. With their lavishness, Anwar and PR's charge on DS Rosmah's spendings which is said to be lavish, is no longer relevant. Now, PR no longer gas the credibility to create issue on the price of handbag nor the ring which belongs to the Prime Minister's wife.

If this kind of lifestyle keeps going on, if PR is given the mandate, this country might not be able to cover the cost of their living expenses which is probably as much as the biggest ruler in the world. How could they live their lavish life if they are to fulfil their promises such as getting rid of tolls, PTPTN, fuel royalties and others. Obviously, that would have been solved through recovering the cost by putting taxes to consumers a.k.a. Rakyat. That would then make the rich gets richer and those who suffer would be Rakyat.

September 23, 2012

2 Juak-Juak DAP Dan Anwarinas Pasti Bebulu Melihat Foto Ini




Tahniah buat ahli UMNO dan PAS di Pulau Pinang bergabung dalam protes bersama membantah filem jahat anti-Islam keluaran Amerika "The Innocence of Muslims". Perbezaan politik dilupakan buat seketika ketika Islam dihina. Pemuda-pemuda Islam ini berjaya membuktikan bahawa Islam boleh beratu. Malah sejarah telah membuktikan bahawa Islam menjadi semakin kuat apabila semakin ditindas.

Umat Islam di seluruh dunia sedang dicabar oleh kafir-kafir yang tak habis-habis menyerang Islam dan negara Islam baik secara fizikal maupun secara mental. Situasi yang sukar ini mungkin ada "silver lining" atau hikmahnya jika ia mengarahkan kepada penyatuan ummah. CTS sentiasa mendoakan seluruh umat Islam di Malaysia ini bersatu. Jika tidak dapat kesemuanya, cukuplah penyatuan PAS dan UMNO sebagai tunjang parti politik Islam. Adakah impian CTS ini keterlaluan? Namun, CTS yakin dan percaya, pasti ada yang sakit hati dan sakit mata melihat foto ini.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates