September 21, 2012

9 Gambar Anwar Ibrahim Dan Kroni Di Dalam Jet Peribadi - Inilah Pemimpin Berjiwa Rakyat






Gambar-gambar Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bersama dengan kroni-kroninya di dalam jet peribadi tersebar luas di internet. Gambar-gambar berkenaan diambil sewaktu penjelajahan belisu ke Sabah dan Sarawak menjelang 16 September yang lepas. Anwar Ibrahim berjaya membuktikan bahawa beliau pemimpin berjiwa Rakyat.

Bayangkan kalau Menteri-Menteri Barisan Nasional berada di dalam gambar di atas. Beberapa bloggers terkenal pembamgkang bingkas bangun menjawab isu ini. Antaranya adalah Mohd Sayuti Omar. Kata beliau di dalam blognya, apa salahnya Anwar Ibrahim menjelajah Sabah dan Sarawak dengan jet peribadi memandangkan perjalanan dengan Air Asia dan MAS amat meletihkan.

CTS dan rakan-rakan bloggers pro-Kerajaan tidak mengatakan naik jet peribadi itu salah. Cumanya dengan gebang Anwar Ibrahim di dalam ceramah-ceramah beliau membayangkan beliau pemimpin berjiwa Rakyat nampak lebih kepada cakap tidak serupa bikin. Belum menjadi Perdana Menteri sudah bernafsu besar menaiki jet peribadi untuk berceramah. Bayangkan kalau jawatan Perdana Menteri berada di dalam tangannya. Nauzubillah himinzalik.
Published with Blogger-droid v2.0.9

0 DS Noh Omar Sahkan MB Selangor @Khalid_Ibrahim Bohong - UNISEL Ada Sijil Menduduki!


Menteri Besar Selangor, TS Abdul Khalid Ibraim awal bulan ini mengesahkan bahawa Universiti Selangor (UNISEL) mengambil keputusan untuk tidak menyelesaikan hutang yang didakwa bernilai hampir RM15 juta dengan Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) iaitu pihak yang membina dan menyelenggara asrama kampus induk universiti berkenaan di Bestari Jaya berikutan bangunan tersebut tidak mempunyai sijil layak menduduki (CF). Menteri Besar Selangor, turut mengakui bahawa keseluruhan bangunan pusat pengajian tinggi itu juga tidak memiliki CF.

Selain itu Abdul Khalid berkata perjanjian antara Unisel dan JNSB yang ditandatangani pada 2003 dan 2004 selama 30 tahun itu dilihat berat sebelah serta merugikan universiti milik kerajaan negeri berkenaan. Hari ini, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, DS Noh Omar telah mengeluarkan bukti bahawa UNISEL sememangnya telah mendapat Sijil Layak Menduduki semenjak 03 September 2007. Sekarang, mana Menteri Besar Selangor ini hendak letak muka apabila cuba membohongi Rakyat Selangor? Sijil Perakuan Kelayakan Menduduki dari Majlis Daerah Kuala Selangor di lampirkan di bawah dan video temuramah dengan DS Noh Omar boleh diikuti di blognya, di sini.

3 Undangan Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri Malam Ni? Biar Betul Beb!



CTS ada menerima undangan Jamuan Hari Raya seperti di bawah. Tak tahulah sampai bila Aidil Fitri akan berakhir. Hari ini sudah masuk 6 Zulkaedah. Hendak buat makan-makan atau jamuan buatlah. Tiada siapa yang larang. Jangan gunakan nama Aidil Fitri kerana Syawal sudah seminggu berlalu. Nanti apa kata kaum lain, orang Islam puasa sebulan, takkan raya sepanjang tahun? Haish!
Majlis Hari Raya Aidilfitri Puteri Umno Bahagian Pandan
Salam dato/datin/tuan /puan/cik yang dihormati,dengan segala hormatnya dijemput hadir ke Majlis Hari Raya Aidilfitri Puteri Umno Bahagian Pandan
Tarikh : 21hb september 2012
Time : 8.30 malam
Alamat : no 17, jalan pandan ria 6, taman taman pandan ria 2, pandan cahaya.
Jemputlah hadir bersama keluarga dan sahabat untuk memeriahkan majlis hari raya Puteri Pandan.
Zahida Zarik Khan
Published with Blogger-droid v2.0.9

0 Gambar-Gambar Terkini Dari Kampung Baru - Bantahan Penghinaan Terhadap Rasulullah SAW #respect




















Published with Blogger-droid v2.0.9

September 20, 2012

2 Panas!!! Belum Reda Isu Ngeh Khor Ham Hina Islam, Sepupunya Nga Kor Ming Tulis Al Fatihah Untuk Ucap Takziah



DAP sememangnya suka mempersendakan Islam. Ini mungkin disebabkan kuda-kuda tunggangan mereka di dalam PAS sentiasa memberi muka dan mengeluarkan fatwa baru untuk menghalalkan tindakan biadap ini. Sebelum ini YB Beruas Ngeh Koh Ham mempersendakan sensitiviti Umat Islam. Hari ini pula, sepupunya yang juga Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis, menulis Al Fatihah untuk mengucapkan takziah ke atas keluarga seorang mangsa yang ditembak perompak di Perak. Kenyataan biadap beliau ini ditulis di laman sosial Twitter yang turut di"link"kan ke laman sosial Facebook beliau.

Sesedap mulut sahaja beliau menulis atau mengucapkan Al Fatihah. Tahukah beliau membaca Umul Kitab itu? Apakah tujuan sebenar beliau adalah untuk mengambil hati orang-orang PAS seperti mana beliau membaca potongan ayat Al Quran di dalam ceramah beliau, juga di hadapan Tok-Tok Janggut PAS. Atau adakah beliau bertujuan untuk menghina dan memainkan sensitiviti perkauman? CTS agak marah kenapa sejak akhir-akhir ini wakil-wakil Rakyat terutama bukan Islam terutama dari DAPig dan P"Gay"R begitu lantang dan terbuka menghina Islam? Sampai bilakan Umat Islam harus bersabar?

0 Sidang Akhbar Bantahan "Innocence Of Muslim" - Sejarah Tercipta UMNO Dan PAS Bersolidariti



Pagi tadi berlangsungnya sidang akhbar yang dipengerusikan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin di tingkat 28, PWTC. Tujuan sidang akhbar ini diadakan adalah untuk mengumumkan bahawa Pemuda UMNO Malaysia bersama beberapa gabungan NGO yang lain akan mengadakan demonstrasi aman bagi membantah isu penayangan filem "Innocence of Muslim" dan karikatur yang menghina Rasulullah SAW. Antara isi penting sidang media adalah:

1) Pemuda UMNO dan gabungan NGO akan berhimpun secara aman di Masjid Kampung Baru esok selepas solat Jumaat.

2) Himpunan aman membantah filem dan kartun menghina Islam. Mengecam tindak balas ekstrim dan nyatakan hormat kepada semua Agama (respect for all religions).

3) Menjemput semua Muslim dan bukan Muslim untuk hadir ke himpunan esok atas semangat menghormati setiap kepercayaan (respect all faiths).

4) Khairy Jamaluddin telah berbincang panjang lebar dengan Ketua Pemuda PAS, Nasaruddin Al Tantawi semalam. Pemuda UMNO bersolidariti dengan Pemuda PAS yang akan berhimpun di kedutaan Amerika Syarikat esok. Namun setelah Nasaruddin Tantawi dan Khairy berbincang mengenai soal keselamatan dan kelancaran majlis, mereka bersetuju untuk membuat perhimpunan di lokasi lain.

5) Tetapi Khairy berharap Pemuda PAS akan dapat bersama Pemuda UMNO pada minggu depan pada majlis Malam Mencintai Rasul demi agama dan ummah.

Published with Blogger-droid v2.0.9

September 19, 2012

24 Panas!! Pemuda Bangsat Yang Ganggu Ceramah DS Najib Di U.K. Kini Pijak Gambar Perdana Menteri Pula


Masih ingatkah lagi dengan anak muda berbangsa Cina yang telah membuat kecoh semasa DS Najib membuat ucapan di London, United Kingdom pada 15 Mei 2012. Kali ini anak muda bernama Shaun Tan Zhi Ming buat hal lagi. Beliau telah mengambil gambar beliau memijak potret DS Najib dan menyatakan sebab-sebab beliau lakukan sedemikian. Perlakuan beliau ini dilakukan secara terbuka di laman sosial Facebook. 

Berikut adalah kata-kata biadap beliau yang disiarkan di laman Facebook beliau, "Shaun Tan":

My name is Shaun Tan Zhi Ming.
The picture at my feet is that of Prime Minister Najib Razak.
Read my reasons for doing this here:
http://www.ukeconline.com/CEKU/putting-my-foot-down/

Di bawah CTS sertakan imej foto bagi kandungan link yang beliau letakkan. Foto imej ini penting sekiranya beliau membuang (delete) posting berkenaan kelak.




Diharap Kerajaan bertindak tegas dengan warganegara Malaysia yang tidak mengenang budi sebegini. Kalau beliau menerima sebarang biasiswa atau pinjaman dari Kerajaan, biasiswa atau pinjaman berkenaan harus ditamatkan serta merta! Kalau anak muda ini berasakan megah dengan tinggal di negara orang dan boleh menghina pemimpin negara sendiri, beliau seharusnya lebih "gentleman" dengan mengugurkan kerakyatan Malaysia dan menjadi Rakyat mana-mana negara yang beliau sukai. And two kind words of advice from me Shaun Tan Zhi Ming, Fuck You!

6 Husam Musa Nak Bina Bullet Train - Dengar Tak Rakyat Kelantan?



Kalau di dalam P"Gay"R kita ada Rafizi Ramli. Di dalam DAP kita ada Tony Pua. Di dalam parti PAS tidak kurang bakal calonnya iaitu Husam Musa. Calon untuk apa? Apa lagi kalau bukan calon untuk kategori Angan-Angan Mat Jenin. Semasa heboh PRU13 akan diadakan pada bulan Jun atau Julai 2012, Kerajaan PAS Kelantan yang dikepalai oleh Husam Musa telah mengadakan upacara pecah tanah kononnya untuk membina Lebuhraya Rakyat yang menghubungkan Kota Bharu-Kuala Krai. Reda seketika isu tersebut. Rakyat Kelantan sudah lupakan batu asas yang hanya tinggal batu asas.

Apabila timbul ura-ura PRU13 akan diadakan pada bulan November dan Disember 2012, Husam Musa mengemukakan janji baru lagi iaitu keretapi laju atau lebih dikenali dengan "bullet train"! CTS doakan agar DS Najib Razak terbuka hatinya untuk mengadakan PRU13 pada hujung tahun ini. CTS bimbang sekiranya tidak, Husam Musa mungkin akan mengeluarkan satu lagi idea baru untuk Rakyat Kelantan. Mungkin beliau berjanji akan membina stesen kapal angkasa lepas yang pertama di Malaysia yang akan dibina oleh Husam Musa di Kota Bharu! 

Hebat Husam Musa, CTS tabik spring dengan Husam Musa. Bayangkan "bullet train" daripada Kota Bharu ke Kuala Lumpur hanya mengambil masa satu jam! Selepas ini Tidak perlulah CTS beli budu di Pasar Keramat. Lebih baik CTS beli terus dari Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu. Di sebelah petang pergi berehat di Pantai Cahaya Bulan dan balik ke Kuala Lumpur pada hari yang sama! Atau apakah projek "bullet train" ini hanyalah  indah khabar dari rupa seperti gegar gempita projek Takaful Kifalah Warga Emas, projek Jihad Ternak Kambing Jamnapari, projek Depu dan Dinar Emas Kelantan? Apapun janjilah apa sahaja. Rakyat Kelantan pasti akan terima bulat-bulat!

Published with Blogger-droid v2.0.9

September 18, 2012

3 Laporan Polis Dibuat Ke Atas Pengerusi DAP Perak Kerana Menghina Umat Islam


Satu laporan polis telah dibuat oleh Pergerakan Belia 4B terhadap Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham kerana menghina Umat Islam. Ini berikutan kenyataan beliau di laman sosial Twitter yang mempersoalkan tindakan Umat Islam menentang dan membantah filem kontroversi "Innocence Of Muslim" sebagai membuang terlalu banyak masa dan tenaga. Kenyataan Ngeh Koo Ham di dalam mempersendakan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin untuk mengadakan demonstrasi aman sebagai mencurah minyak ke api, di kala Umat Islam seluruh dunia sedang marah dan berang dengan penayangan filem yang menghina Rasulullah SAW di Youtube.

Sebagai seorang yang bukan beragama Islam Ngeh Koo Ham, yang juga Ahli Parlimen Beruas, Perak, tidak sewajarnya masuk campur di dalam urusan Umat Islam. Umat Islam tidak pernah mempertikaikan peganagan katholik yang dianutinya. Diharap beliau tidak mencampuri urusan Agama lain. Dari kenyataan beliau jelas kita sudah boleh nampak pendirian yang dipegang oleh wakil-wakil Rakyat DAP ini terhadap Umat Islam. Kenapakah Ngeh Koo Ham tidak mengatakan atau membuat kenyataan yang sama kepada Ambiga S dan kuncu-kuncunya, bahawa tindakan peserta-peserta BERSIH melakukan demonstrasi jalanan haram sebagai membuang masa dan tenaga?

September 17, 2012

14 Serangan Ke Atas Netbook 1Malaysia - Apa Agenda Tersurat Sinar Harian?


Terkejut beruk CTS membaca laporan khas Sinar Harian yang bertajuk "Kontroversi Netbook 1Malaysia". Dengan laporan muka hadapan ditambah dengan 5 mukasurat berikutnya, kontroversi ini kalau ikut logik akal CTS boleh menghancurkan negara! Bila dibelek-belek laporan yang disediakan, berita yang kononnya memecahkan panggung ini hanya sekadar "cut and paste" daripada fitnah-fitnah yang pernah dibuat di blog-blog pembangkang sebelum ini. Kalau adapun yang baru, hanyalah temubual dengan seorang dua "mangsa"yang kononnya netbook anak beliau mengalami masalah.


Setiap barangan elektrik pasti ada kebarangkalian rosaknya. Sudahkah Sinar Harian membuat analisa berapa banyak netbook 1Malaysia yang telah rosak keseluruhannya berbanding beratus ribu yang diberikan secara percuma kepada seluruh Rakyat terutama di kalangan pelajar.  Sinar Harian seharusnya mengambil kira kebarangkalian kesilapan teknikal produk sebelum memaparkan di muka hadapan. Apakah dengan kes terpecil beberapa buak netbook per puluhan ribu unit yang dikeluarkan wajar di letakkan di muka hadapan surat khabar dan di eksploitasikan semaksimumnya? Namapun barangan percuma. Kalau hendak yang berkualiti dan berkapasiti tinggi tidak ada siapa yang menghalang untuk mana-mana pelajar membelinya.

Apakah jaminan netbook 1Malaysia yang diberitakan dipasang di China dan di Taiwan ini tidak berkualiti? Samsung Galaxy Tab 7.0 kepunyaan CTS telah rosak selepas seminggu dibeli. Apabila dihantar ke pusat servis, CTS mendapat gantian secara percuma. Apakah Sinar Harian tidak mahu melakukan liputan terhadap isu ini? Sinar Harian sejak akhir-akhir ini bijak memanupulasikan pasaran. Sinar Harian seperti lalang yang mengikut arah agar perniagaan mereka sentiasa hidup. Jadi tidak hairanlah suara mereka tidak ubah seperti Suara Keldaian dan Haprakdaily. Mungkin Sinar Harian ketandusan isu untuk memburuk-burukan Kerajaan sehingga isu "basi" ini hendak disensasikan.

4 Usaha Terdesak Cybertroopers Pakatan Haram Burukkan DS Najib Di Pekan



Pihak pembangkang tidak kenal penat dan lelah untuk mencari kelemahan dan kekurangan Perdana Menteri DS Najib. Strategi jahat yang cuba mereka gunakan terkini adalah untuk menunjukkan bahawa Rakyat memboikot atau tidak menghadiri majlis yang disertai oleh Perdana Menteri. Apatah lagi, adalah merupakan satu bonus sekiranya majlis berkenaan di adakan di kubu kuat DS Najib iaitu di Pekan Pahang.

Terbaru, juak-juak cybertroppers pembangkang sedang cuba memainkan isu ini. Di laman sosisl Facebook dan Twitter, satu gambar kononnya sambutan terhadap DS di Pekan 2 hari lalu telah diubahsuai (superimpose) oleh sebuah akhbar terkemuka, kononnya untuk menunjukkan sambutan hangat diberikan kepada Perdana Menteri. "Screenshot" berkenaan yang kononnya diambil dari halaman utama New Straits Times (NST)  telah menunjukkan beberapa elemen kelemahan gambar berkenaan yang kononnya telah diubahsuai untuk menunjukkan khayalak yang ramai.

CTS telah menyemak kembali "link" yang dinyatakan, tiada gambar seperti yang didakwa. Sebaliknya "screenshot" seperti di bawah diperolehi. CTS tidak pasti pihak mana yang berbohong. Selalunya pihak pembangkang yang membuat ubahsuai atau "superimpose" untuk membuat fitnah. CTS tidak nampak keperluan NST untuk membuat gambar "superimpose" kerana kehadiran penyokong-penyokong DS Najib di setiap majlis yang beliau hadiri memang menakjubkan. Lihat "screenshot" untuk berita dan artikel berkenaan yang CTS ambil dari NST Online:


Dalam sejarah CTS membuat liputan terhadap puluhan program DS Najib semenjak menjadi Perdana Menteri, puluhan ribu dan ada kala mencecah sehingga ratusan ribu hadirin dan Rakyat jelata yang menghadiri program Perdana Menter setiap kali program-program berkenaan diadakan. CTS juga telah mengambil beberapa gambar dari akhbar online dan blog pro-kerajaan bagi membuktikan program berkenaan memang mendapat sambutan. Atau mungkin cybertroopers pembangkang akan kata gambar-gambar di bawah juga diubahsuai? Bagi pembaca CTS yang menghadiri program berkenaan 2 hari lepas di Pekan, Pahang, tolong berikan input anda di ruangan komen.




Published with Blogger-droid v2.0.9

4 Sham Kamikaze Pun Kecewa Dengan Gelagat Penyokong dan Pemimpin PAS


Sham Kamikaze antara golongan artis yang "berhijrah" mendekati Islam. Sham Kamikaze tidak seperti artis-artis lain yang berubah menjadi Oostaz dan Oostazah Segera seperti Abby Abadi, Leman Raja Lawak dan Hairie Othman. CTS amat mengkagumi akhlak dan kelakuan beliau walaupun beliau secara terang-terangan menyokong parti PAS. Beliau tidak pernah sesuka hati mengeluarkan sebarang bentuk fatwa yang menyesatkan umat Islam. Namun, luahan beliau pada awal bulan ini perlu dijadikan iktibar oleh semua pihak. 

PAS bukanlah maksum dan pemimpin-pemimpin serta penyokong-penyokongnya bukanlah suci dari membuat dosa. Apabila seseorang yang baru "berjamaah" dengan parti PAS boleh melihat semua kebobrokan parti berkenaan, apakah penyokong-penyokong lain yang telah lama berada di dalam parti berkenaan sekadar memekakkan telinga dan membisu melihat kepincangan di dalam parti itu? PAS sanggup melakukan apa sahaja demi undi ke Putrajaya, contohnya seperti keratan Haprakdaily di bawah. Pemimpin-pemimpin PAS adalah seperti haiwan berlidah bercabang. PAS boelh menukar fatwa mereka sesuka hati. Hari ini cakap lain, esok cakap lain.

Kalau mengikut kata-kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad, "PAS jaga Melayu jika UMNO kalah di dalam PRU13." Sejak bila PAS memperjuangkan assobiyah perkauman. Sejak bila PAS memperjuangkan Melayu? Demi undi ke Putrajaya? Bukankah PAS menentang keras sebarang bentuk sokongan kepada assobiyah? Dengan 60 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen yang akan dipertanding (dengan ehsan DAP) oleh PAS (belum tentu semua kerusi yang bertanding akan menang), apakah jaminan PAS akan membela orang-orang Melayu Islam?

1 Berakhir Sudah 16 September, Hanya 4 Kuda Tua Berjaya Dibeli Anwar Ibrahim


Jam di dinding menunjukkan 12.02 minit tengah malam. Bermakna berakhirlah sudah sekali lagi 16 September. Setakat berakhirnya detik 16 September, kejayaan besar yang diperolehi Anwar Ibrahim iaialah berjaya membawa masuk 4 kuda tua yang kebanyakan hampir nazak dan sudah tidak berguna ke dalam Pakatan Haram.

Hari ini, bekas Timbalan Menteri persekutuan, Yahya Lampong menyertai P"Gay"R, kononnya untuk meneruskan perjuangannya dalam arena politik. Dalam bahasa mudahnya, beliau sudah tidak laku di dalam UMNO dan beliau bukan "winnable candidate". Beliau sekarang ingin mencuba nasib di dalam P"Gay"R pula. Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Umum P"Gay"R, Anwar Ibrahim pada majlis sambutan Hari Malaysia anjuran pakatan pembangkang di Dalit, dekat Tuaran malam tadi.

Yahya, yang merupakan antara bekas pemimpin veteran parti USNO yang sudah dibubarkan sebelum menyertai Umno, hadir sama pada majlis itu. Turut hadir ialah bekas anggota Majlis Tertinggi Umno Lajim Ukin dan bekas timbalan presiden UPKO Wilfred Bumburing. Pada sebelah pagi hari sebelumnya, Anwar Ibrahim mengumumkan penyertaan tokoh korporat yang sudah suam-suam kuku Ibrahim Menudin ke dalam P"Gay"R di Labuan.

CTS juga hairan ini sahajakah tokoh-tokoh yang mampu dibawa masuk ke dalam Pakatan Haram. Kalau setakat 4 kuda tua daripada Sabah, tidak ada apa yang hendak kita khuatir atau resah. Lainlah kalau Anwar Ibrahim berjaya memujuk tokoh-tokoh hebat di dalam UMNO Sabah seperti DS Shafie Afdal, DS Musa Aman atau MP Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan, barulah keringat jantan mengalir! Buat juak-juak Pakatan Haram, diharap anda bersabar menunggu sekali lagi 16 September tahun depan ye. CTS akhiri posting ini dengan kalimah azimat yang dituturkan oleh Anwar Ibrahim, pada malam 16 September, 4 tahun lepas - WE HAVE THE NUMBERS!
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates