September 1, 2012

25 Eksklusif - Penjelasan Anak Muda Yang Mengibarkan Bendera Kontroversi Di Dataran Merdeka


CTS ada menulis mengenai perkara tersebut semalam. Untuk berlaku adil kepada empunya diri yang mendakwa mereka telah mengibarkan bendera "Sang Saka Malaya" pada malam Kemerdekaan Ke 55 di Dataran Merdeka, kita baca penjelasan mereka mengenai perkara tersebut. CTS boleh menerima alasan yang diberikan, atas kapasiti tidak menghina Jalur Gemilang. Cuma masa dan ketika tidak kena dengan tindakan mereka tersebut. Tambahan lagi, dengan sokongan kuat yang diberikan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang, menyebabkan CTS berasa sedikit ragu-ragu tindakan mereka ini tidak didalangi parti politik pembangkang. Baca ulasan mereka seperti berikut
Saya dan saudara Zairi Shafai adalah individu yang bertanggungjawab membuat dan mengibarkan bendera Sang Saka Malaya di malam sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka.
Kami tidak mewakili mana-mana parti politik dari kerajaan mahupun pembangkang. Kami mewakili golongan Anak Muda yang ingin menonjolkan kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan oleh pihak yang bertanggungjawab.
Jauh sekali, ia tidak bermotif untuk menukar Jalur Gemilang kepada Sang Saka Malaya, kerana Sang Saka Malaya yang ditukarkan kepada Jalur Gemilang hari ini. Saya fikir penulisan ini bukanlah untuk mencari publisiti diri dan rakan-rakan tetapi penulisan ini adalah bertujuan memberi pencerahan umum kepada masyarakat akan tujuan asal kami mengibarkan panji keramat itu.
Mungkin ramai yang tidak tahu akan kewujudan kesatuan terawal yang terlibat dalam menentang penjajah. Kesatuan Melayu Malaya (KMM) yang ditubuhkan pada 1938 adalah gerakan terawal menentang British. Di sinilah bibit-bibit penentangan penjajah berlaku. Ditunjangi oleh Ibrahim Yaakob bertujuan untuk melindungi Hak-Hak orang Melayu dan menentang penjajah British.
Pada tahun 1945, wujud pula Parti kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti ini merupakan parti politik Melayu yang pertama tertubuh di Tanah Melayu ketika itu. Matlamat utama penubuhan PKMM ialah untuk menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris.
Parti ini dipelopori oleh Mokhtaruddin Lasso, Ahmad Boestamam dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy. PKMM mempunyai dua sayap iatu Angkatan Pemuda Insaf (API) yang di ketuai oleh Ahmad Boestamam dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang diketuai oleh Shamsiah Fakeh.
Bagaimanapun beberapa bulan kemudian apabila Kesatuan Melayu Muda (KMM) bergabung dengan PKMM, Dr Burhanuddin Helmi telah mengambil alih pucuk pimpinan sebagai presidennya yang kedua. Dalam bulan Disember 1947, PKMM bertukar lagi pucuk pimpinan dan kali ini disandang oleh Ishak Haji Muhammad sebagai presidennya yang ketiga. Dengan pertukaran pucuk-pucuk pimpinan itu PKMM tidak lagi condong kepada komunisme sebaliknya bersifat nasionalisme.
Dr Burhanuddin membawa PKMM ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu satu gagasan Kesatuan Malaya-Indonesia yang merupakan salah satu perjuangan utama PKMM. Pada dasarnya perjuangan PKMM adalah didorong oleh keazaman untuk mendapatkan kemerdekaan penuh dari Britain. PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.
Apabila Umno ditubuhkan, PKMM telah menyertainya bersama badan-badan Melayu yang lain, tetapi selepas itu telah keluar darinya apabila tidak setuju dengan pemasukan simbol keris dalam bendera Umno dan tidak puas hati dengan sistem satu badan (tidak mengira saiz) satu undi dalamnya.
Akhirnya, badan-badan yang berhaluan kiri (menentang Inggeris) meninggalkan Umno dan Umno tinggal berhaluan kanan, yang lebih mesra Inggeris. PKMM juga berusaha menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) iaitu gabungan parti-parti politik radikal Melayu dan kemudian bergabung pula dengan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA) yang bertujuan menentang kandungan Perjanjian Persekutuan 1948 bagi penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.
Perjuangan PKMM dilabel oleh Inggeris sebagai berbau komunis dan dengan itu beberapa orang pemimpinnya telah ditangkap serta dipenjarakan. Akhirnya pada 18 Jun 1948, PKMM (dan beberapa parti anti-penjajah lain) telah diharamkan dan darurat diisytiharkan oleh pihak berkuasa British dengan persetujuan Yang Dipertua Umno, Datuk Onn Jaafar.
Sang Saka Malaya adalah panji perjuangan mereka dalam menuntut kemerdekaan ditanah Melayu. Panji ini juga pernah berkibar megah digunung semanggol, Perak yang menjadi kubu Hizbul Muslimin yang diketuai oleh Ustaz Abu Bakar Baqir yang diasaskan pada 17 Mac 1948.
Oleh yang demikian, saya bersama saudara Zairi merasakan bendera ini layak dikibar pada malam kemerdekaan selain dari Jalur Gemilang. Penuh dengan pelbagai cerita pahit maung perjuangan di sebalik Sang Saka Malaya ini.
 (Sumber: http://singaselatan.blogspot.com/)

3 Ahh! Puak P"Gay"R, Jangan Kata Bas Dilempar Cat, Kucing Mati Lintas Jalanpun Salah UMNO!





Bas Merdeka Rakyat Pakatan Haram disimbah cat merah di Kelantan. Seperti biasa belum apa-apa lagi sudah tuduh UMNO. Mereka lupa bukan UMNO saja tak suka mereka, ramai lagi yang tak suka mereka termasuk Rakyat Kelantan yang di atas pagar. Macam mana UMNO saja yang dituduh? Kalau bas UMNO yang disimbah cat merah, mereka akan kata ini tanda rakyat sudah hilang sabar dengan UMNO. Bila bas mereka yang kena, macam biasalah, semuanya salah UMNO! 

Kadang-kadang CTS terfikir, taktik ini sama dengan taktik semasa budak hingusan Adam Adli datang ke Kelantan, bila sambutan hanya 300 orang sahaja, terus ada orang yang melempar cat. Mungkin juga ada masalah dengan Anwar Ibrahim? Setiap kali Anwar Ibrahim datang ke Kelantan ada saja yang berlaku kepadanya. Dulu semasa datang ke Kelantan kereta pun kena pecah jugak! Adakah ini rancangan ANWAR sendiri? 

Satu lagi teori yang bermain di benak CTS adalah apabila negara ini gempar dengan cerita Perhimpunan Raksaksa Janji Ditepati di Stadium Nasional Bukit Jalil, mungkin ada pula pihak yang hendak mengalihkan isu dan meraih simpati dengan menyimbah dan memecah cermin bas sendiri. Taktik rosakkan harta benda sendiri ini sudah digunakan sejak tahun 80an lagi iaitu ketika Pilihanraya Kecil Parit Raja. Taktik tarik simpati dan tarik perhatian adalah merupakan sebagai langkah terakhir Anwar Ibrahim! Dia sudah goyang. Sambutan Janji Demokrasi oleh juak-juak BERSIH di Dataran Merdekapun gagal menarik perhatian sehingga terpaksa ada yang menunjuk punggung.

August 31, 2012

0 Jom Cipta Rekod @twtupMerdeka Sempena #Merdeka55 Bersama @NajibRazak



Jangan lupa malam ini, dari jam 8.15 malam sehingga ke 9.15 malam, peluang untuk kita mencipta sejarah dan memecahkan rekod dunia dengan hanya menggunakan laman sosial "Twitter" sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan yang ke-55 bersama PM DS Najib Tun Razak di Stadium Nasional Bukit Jalil. Buat pengguna Twitter, jadikan "hastag" #Merdeka55 sebagai "treanding" dan jangan lupa "mention"kan nama DS @NajibRazak untuk kita, Rakyat Malaysia mencipta rekod "tweet" terbanyak di dunia di Hari Kemerdekaan Ke 55. Selamat Hari Kemerdekaan Ke 55 buat semua pembaca CTS.

3 Kejadian Menyakitkan Hati Malam Merdeka - Gambar PM DS @NajibRazak Dipijak Dan Dibakar


Sungguh kurang ajar generasi muda penyokong-penyokong LGBT dan BERSIH di Dataran Merdeka semalam. Dalam Kejadian tengah malam semalam, gambar Perdana Menteri DS Najib Tun Razak, gambar isteri Perdana Menteri, DS Rosmah Mansor dan gambar Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya, disusun, dihina, dipijak dan dibakar. Sungguh kurang ajar dan kurang sopan perlakuan anak muda ini. Kalau tidak hormat sekalipun mereka sebagai pemimpin, hormatlah mereka sebagai orang tua. Apa ibu bapa dan keluarga kamu sememangnya mengajar kamu semua dengan perangai dan kelakuan kurang ajar ini. Atau apakah kamu anak luar nikah yang berpeleseran di jalanan tanpa didikan keluarga? Lihatlah video biadap anak-anak kurang ajar ini:

video

7 Kejadian Menyakitkan Hati Malam Merdeka - Jalur Gemilang Dihina!




Inilah Risalah Yang Mereka Perjuangkan!
Ini kejadian semalam yang betul-betul membuatkan darah CTS tersirap. Kejadian ini CTS rakamkan di malam Hari Kemerdekaan Negara Ke 55, semalam di Dataran Merdeka. Tanpa segan silu dan perasaan bersalah malah berbangga, anak-anak muda ini mengusung bendera-bendera selain dari Jalur Gemilang. Mana maruah dan jati diri anak-anak muda ini. Kita boleh berbeza pendapat di dalam politik. Kita boleh berbeza pendapat di dalam Agama dan Kepercayaan tetapi kita kena satu hati tentang negara dan lambang negara (Jalur Gemilang) yang kita cintai. 

Kalau bencikan sangat Barisan Nasional dan UMNO, jangan sampai kita menghina Negara dan Jalur Gemilang. Kalau iapun sangat bencikan Negara Malaysia, tidak ada siapa yang menghalang anda semua dari berhijrah ke mana-mana Negara yang anda sukai. Ketika merakamkan gambar pertama di atas, seorang pelancong asing berbangsa Kanada berada di sebelah CTS sambil turut merakamkan gambar tersebut. Kelu lidah CTS apabila beliau bertanya, "What flag is that? Why those youngsters not raising the National flag?" Fikir-fikirkanlah.

August 30, 2012

0 Keadaan Dataran Merdeka Pukul 11.00 Malam


















Keadaan jalan semakin bertambah sesak. CTS anggarkan 2,000 ke 3,500 orang orang berbaju kuning membanjiri Dataran Merdeka. Keadaan agak terkawal. Kelihatan Polis dan Kakitangan DBKL hanya memerhatikan dari jauh. Ramai bersesak-sesak di penghadang yang dipasang kerana sebahagian Dataran Merdeka ditutup untuk upacara esok pagi. Tiada kejadian yang tidak diingini berlaku setakat ini. Nampak seperti acara yang diatur seperti bacaan sajak dan puisi olh Tok Janggut tidak akan menjadi kenyataan.
Published with Blogger-droid v2.0.6

1 Keadaan Dataran Merdeka 10.00 Malam

















Penyokong BERSIH masih belum membanjiri Dataran Merdeka. Dianggarkan sekitar 500-1,000 orang kumpulan berbaju kuning memasuki Dataran Merdeka. Keadaan hiruk pikuk akibat bunyi trompet yang ditiup. Mungkin untuk mengamitkan suasana yang agak hambar. Kebanyakan keluarga sudahpun beredar ke KLCC apabila diberitahu sambutan "countdown" merdeka akan diadakan di sana.
Published with Blogger-droid v2.0.6

0 Keadaan Di Dataran Merdeka Pukul 9.00 Malam Tenang #JanjiDemokrasi











CTS berlintas langsung dari Dataran Merdeka sejak petang tadi. Khabarnya, penyokong-penyokong BERSIH akan berhimpun sekali lagi atas nama Janji Demokrasi. Tidak dapat dipastikan apa yang akan berlaku malam ini. Kebanyakan yang datang setakat ini bukan majoritinya penyokong BERSIH. Hanya Rakyat Malaysia yang cintakan keamanan membawa keluarga bersiar-siar menikmati panorama malam merdeka di Kuala Lumpur.
Published with Blogger-droid v2.0.6

August 29, 2012

9 Giliran @realDrMAZA Memberi Teguran Dan Tunjuk Ajar Kepada Ostazah Segera @abby_abadi112

Abby Abadi tidak habis-habis menimbulkan kontroversi. Kita tidak mempertikaikan kesediaan dirinya untuk bertudung serta bertaubat dari dosa-dosa lampau beliau. Namun apabila bertudung, diberikan tiket untuk berceramah di pentas-pentas politik serta menyerahkan borang keahlian PAS, bukanlah bermakna beliau boleh sesuka hati mengkritik sesiapa sahaja, menjatuhkan hukum serta mengeluarkan hukum hakam Agama. Seolah-olah beliau baru habis pendidikan Agama peringkat tertinggi atau keluar dengan PhD di dalam bidang keagamaan.

Terbaru, cubaan beliau untuk mengkritik Bekas Mufti Besar Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin mengundang persoalan balas daripada ilmuan itu yang tidak mampu dijawab oleh Abby Abadi sendiri. Ianya bermula apabila Dr Mohd Asri mengeluarkan kenyataan berikut:


Mungkin beliau merasakan dirinya cukup hebat, adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk menasihatkan Bekas Mufti ini,


Baca pula balasan Dr Mohd Asri,


Dan sambungan kenyataan beliau di bawah,


Marilah sama-sama kita nasihatkan Ostazah Segera Abbi Abadi agar mendalami ilmu Agama dan pertingkatkan ilmu pengetahuan beliau. Semakin hari kenyataan-kenyataan beliau di laman sosial Twitter nampak seperti memperbodohkan dirinya sendiri. Merendah diri dan bertawaduklah. Jangan sombong semata-mata kerana anda boleh bercemah di depan Tok-Tok Janggut PAS.

2 Panas!!! Betul Ke Bekas Ketua Cabang P"Gay"R Jerantut Merupakan Haruan Makan Anak?

Panas cuaca malam ini. Panas lagi berita yang disiarkan oleh kesemua akhbar-akhbar Nasional. Pembaca CTS jangan pula mencari berita ini di Haprakdaily, Suara Keldaian maupun Roket, mesti tak jumpa punya. Burung-burung berkicauan membisikan Bekas Ketua Cabang P"Gay"R Jerantut, Mohd Nor Jaafar adalah orang yang dibicarakan di dalam akhbar-akbar tempatan. Betul ke? Kalau betul tahniahlah. Bertambah lagi seorang pemimpin P"Gay"R (walaupun bekas) yang mempunyai nafsu buas di luar tabii. 

CTS mendapat perkhabaran tertuduh ni diberitakan berkemungkinan adalah Mohd Nor Jaafar, satu-satu calon PKR di Jerantut pada 2008. Ketika itu dia adalah calun PKR DUN Damak dan bekas Ketua Cabang PKR Jerantut. Apapun sama ada benar orang yang disebut atau tidak, kita tunggu keputusan DNA yang akan diketahui dalam masa seminggu dua dan pendakwaan di mahkamah. China Doll dah ada, laki sama laki dah ada, kaunseling bini orang pukul 3.00 pagi dalam bilik hotel dah ada. Sekarang haruan makan anak. Itulah P"Gay"R! Baca laporan penuh Sinar Harian seperti di bawah:
Sumbang mahram: Pemimpin kanan parti pembangkang, anak ditahan
28 Ogos 2012
JERANTUT - Seorang pemimpin kanan sebuah parti dan anak lelakinya ditahan bagi membantu siasatan berhubung satu kes sumbang mahram. Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut DSP Zakaria Kasim berkata, pemimpin bersama anak lelakinya yang berusia 14 tahun ditahan reman pada 22 Ogos lalu bagi membantu siasatan apabila anak perempuannya yang berumur 15 tahun melahirkan seorang bayi lelaki.
Zakaria berkata, anak perempuan suspek dikatakan melahirkan seorang bayi lelaki tiga hari lalu di sebuah pusat bersalin swasta di Kajang, Selangor. "Polis juga telah mengambil sampel DNA kedua-dua suspek yang dibuat di Hospital Jerantut untuk siasatan lanjut. "Bagaimanapun, suspek dan anak lelakinya dibebaskan dengan jaminan polis semalam, sementara menunggu keputusan DNA yang dijangka diketahui dalam tempoh seminggu," kata Zakaria.
Suspek pernah bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-12 tetapi tewas kepada lawannya dalam pilihan raya itu. Menurut sumber lain, kejadian tersebut terbongkar apabila jururawat di pusat perubatan berkenaan membuat laporan polis akibat curiga dengan keadaan remaja perempuan tersebut yang bersalin tanpa kehadiran suami.

August 27, 2012

9 Kenapa Baghal Sangat Juak PR Tidak Faham Sindiran Tun Mahathir - "Better The Devil You Know Than The Angel You Don't"

Sakit hati CTS apabila juak-juak Pakatan Haram dengan sewenang-wenangnya melabelkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai Parti Syaitan. Kenyataan melampau yang dilakukan di laman-laman sosial Twitter dan Facebook amat keterlaluan dan kurang ajar. Ini berikutan sebuah posting di dalam blog Tun Dr Mahathir, yang menyindir Pakatan Haram yang bertajuk "Better the devil you know than the angel you don’t". 

Antara pemimpin-pemimpin PAS yang mengeluarkan penghinaan yang keterlaluan adalah YB Khalid Samad, YB Nizar Jamaluddin dan terbaru, Mursyidul Am PAS pula tunjuk pandai dengan mengkritik Tun Dr Mahathir dengan membuat kenyataan di Haprakdaily seperti di bawah:


Bagi pembaca CTS yang tidak mengikuti isu ini akibat kesibukan berhari raya, sila baca kontroversi asal yang dipetik daripada blog Tun Dr Mahathir terutama paragraf 24. Tun Dr Mahathir juga ada diwawancara oleh beberapa pemberita mengenai isu yang sama.
"BETTER THE DEVIL YOU KNOW THAN THE ANGEL YOU DO NOT KNOW"
16. Admittedly the BN has ruled this country every since independence. But look at the record and compare it with other countries which gained independence at the same time. Compare it even with the developed West. They are in deep financial trouble and try as they might, they have not been able to overcome the crisis.
17. Remember 1997-98 crisis. The then Deputy PM and Minister of Finance tried the IMF solution without the IMF loans. Banks and companies were faced with the threat of bankruptcy from non-performing loans. Imports cost more. Cost of living shot up.
18. The track record of the Minister of Finance then was bad although there is a fondness of claiming success brought about by other people as his success. PNB, UIA were part of the claim.
19. Now as leader of the Opposition he is claiming to bring about change. What good change did he introduce when he was in the Government? All he was interested in was getting up the leadership ladder of UMNO in order to become Prime Minister. How he achieved his objective does not bear scrutiny.
20. Five years to give a trial as Government is dangerous. Many things can be destroyed in five years. Besides the Opposition as Government will ensure there will be no return for the BN. Officers in the Government will be used to “gempar” (threaten) whoever tries to change Government.
21. Already we see this person who claims to fight for free speech suing and resorting to the courts to shut the mouth of his critics. Other powers of the Government will be similarly abused. Nepotism and cronyism will be employed as indeed they are in the party he now heads.
22. The record is there. Malaysians must not allow themselves to be hoodwinked as I was hoodwinked by the appearance of religious piety in the past.
23. The BN has listened to the people and has changed many laws and policies. All that the people need to do is to urge the BN to carry out whatever change the people desire.
24. Better the devil you know than the angel you don’t.
Juak-juak Pakatan Haram ni nama sahaja belajar tinggi. Sindiran tajampun tidak boleh dibezakan. Tun Dr Mahathir merujuk kepada "Syaitan" dengan nada sindiran kepada BN disebabkan sejak dahulu hingga sekarang, media pembangkang asyik melabelkan UMNO/BN dengan fitnah-fitnah dan gelaran buruk, semuanya tak betul, kejam, zalim dan sebagainya.

Hakikatnya BN lah parti yang banyak berjasa kepada Rakyat sejak merdeka. "Malaikat" pula disindirkan kepada juak-juak Pakatan Haram terutama PAS, yang seolah-olah mereka tidak pernah buat salah walaupun Timbalan Presiden pernah ditangkap basah dengan isteri orang dalam bilik hotel serta beberapa lagi kelakuan pemimpin PR yang lebih Syaitan dari kelakuan Syaitan itu sendiri.

Kalau sindiran tajam dalam "proverbs" English juak-juak PAS tidak faham atau pura-pura tidak faham, CTS cadangkan mereka belajar lagi! Nik Aziz pula jangan tunjuk hero! Jangan lupa apa yang pernah diucapkan oleh Mursyidul Am PAS pada tahun 1999 seperti berikut:
"Siapa yang hendak tolong Kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, Syaitanpun saya terima."

1 Mampukah Perkahwinan Koboi Tokong Lim Guan Eng - Mansor Bertahan Sehingga PRU13?


Gambar di atas dirakam pada malam 24 Ogos 2012. Lokasinya di depan balai raya Sungai Ara,Pulau Pinang. Majlisnya adalah sambutan Hari Raya anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri P"Gay"R kawasan Batu Maung, Datuk Malik Kasim atau Rakyat Pulau Pinang memanggilnya Malik Itik.

Tetamu kehormat majlis itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Tokong Lim Guan Eng dan Timbalannya Datuk Mansor Othman. Pada sebelah pagi hari berkenaan, Mansor telah mengadakan sidang akhbar di pejabat kerajaan negeri di bangunan Komtar yang turut dihadiri oleh Guan Eng.

Ini bertujuan untuk 'menjelaskan' isu minit satu mesyuarat PKR yang bocor dimana beliau didakwa lepas geram terhadap Ketua Menteri dan Setiausaha Agung DAPig itu dengan mengelar Guan Eng sebagai sombong, angkuh dan bersifat tokong. Jumlah kehadiran pada majlis malam itu tidaklah begitu ramai kalau dibandingkan dengan kepadatan penduduk di Sungai Ara yang terletak dekat Bayan Baru. Ini memandangkan Sungai Ara merupakan kubu kuat UMNO.

Kita tidak pasti apa yang terbuku di dalam benak fikiran masing-masing ketika duduk berduaan bersebelahan di dalam majlis tersebut. Namun dari bahasa badan atau 'body gesture', pastinya kita dapat membaca ada sesuatu yang tidak kena dengan hubungan Ketua Menteri dan Timbalannya ini.
Published with Blogger-droid v2.0.6

August 26, 2012

0 Sadis! Gambar Orang Buta Diperalatkan Oleh BERSIH


Melihatkan gambar di atas yang diambil dari Pasar Borong Selayang oleh rakan baik CTS, menyebabkan lidah kelu untuk bersuara. Kesian Pakcik ini. Orang buta pun sanggup dipergunakan oleh juak-juak BERSIH dalam menjayakan agenda mereka. Mungkin ada yang berkata, mungkin baju tersebut adalah sedekah dari orang yang terlibat dengan BERSIH. Mungkin ya dan mungkin tidak. Melihatkan lebai yang dipakai oleh Pakcik tersebut berwarna hijau putih memungkinkan beliau seorang ahli PAS. 

Mana juak-juak BERSIH yang mengaku bersaudara sehidup semati? Mana pengikut Ambiga dan Tok Janggut yang kononnya bekerjasama antara satu sama lain, bersatu melawan kerajaan yang zalim? Mana pergi perjuangan nasib Rakyat? Mana perginya Ambiga? Mana perginya Thambi yang bukakan penghadang masuk kawasan FRU? Di dalam Pakcik ini menyambut Hari Lebaran, mana pertongan yang dihulurkan? Habis madu sepah dibuang. Selepas beliau dipergunakan untuk mencapai agenda BERSIH, beliau dibuang begitu sahaja. CTS tidak menghina Pakcik ini di atas kekurangannya. CTS marahkan orang yang mempergunakan beliau. Itu sahaja!

10 Eli Wong Dan Sivarasa Pun Buat Rumah Terbuka Aidil Fitri?


Gambar di atas adalah gambar Rumah Terbuka Aidil Fitri yang dianjurkan oleh EXCO Selangor, YB Elizabeth Wong dan YB Sivarasa Rasiah. Majlis berkenaan diadakan di Taman Ehsan, Kepong. Hendak lebih tepat lokasinya adalah di perkarangan Masjid Al Faizin Desa Jaya. Tak kisahlah kalau kaum-kaum lain ingin menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri. Kitakan 1Malaysia. Cuma yang tidak enaknya apabila Rumah Terbuka yang dianjurkan disusuli dengan ceramah-ceramah politik. Kehadiran? Adalah dalam seratus ribu lebih terutama orang-orang Melayu Islam!


Cukuplah sepanjang tahun kita berpolitik. Takkanlah perayaan yang disambut setahun sekali di bulan yang mulia ini pun kita hendak sulami dengan agenda politik kepartian? Puluhan ribu datang ke majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri seperti yang dianjurkan oleh DS Najib Razak, TS Muhyiddin Yassin, Tun Dr Mahathir dan beberapa pemimpin lain. Adakah terdapat ceramah berunsur politik di sana?
Published with Blogger-droid v2.0.6
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates