August 4, 2012

1 Nik Aziz Dan Husam Kutip Derma Tabung Amanah Lebuhraya Rakyat Sehingga Ke Shah Alam!


Tidak cukup dengan mengutip derma dari seluruh pelusuk Kelantan, Menteri Besar Kelantan, Dato Nik Aziz Nik Mat dan EXCO Kerajaan Negeri, Husam Musa bermusafir hingga ke Shah Alam untuk mengutip derma. Majlis Pelancaran Tabung Amanah Lebuhraya Rakyat KBKK ini diadakan bersempena jemputan syarikat Karangkraf menjemput anak-anak Kelantan di Lembah Kelang untuk sama-sama berbuka puasa dan bertarawikh bersama Mursyidul Am PAS ini. Batu asas Lebuhraya Rakyat sudah ditegakkan. Kutip derma satu Malaysia sudah dijalankan. Cuma Rakyat Kelantan masih menantikan bila projek berkenaan akan bermula. 

Dilihat dari kehadiran anak-anak luar Kelantan yang hadir ke dalam majlis berbuka puasa bersama Menteri Besar Kelantan ini amat mengecewakan. Setidak-tidaknya, kalau dapat jumlah kedatangan pada malam ini bersamaan separuh stadium sepertimana ketika perlawanan bola sepak Kelantan bermain di Stadium Bukit Jalil atau Stadium Shah Alam sudah memadai. Tidaklah malu sangat air muka Tok Guru PAS. Mungkin bagi anak-anak Kelantan di dalam Lembah Kelang menganggap kehadiran Nik Aziz malam ini di Shah Alam tidak penting kot?


1 Betty Mula Bergaya Menyaingi Raibow Demi Menambat Hati Guan Eng



Betty telah mengejutkan umum terutama rakan-rakan rapat Betty dengan perubahan ketara ketika hadir di khalayak umum baru-baru ini. Perubahan gaya dan penampilan barunya dengan imej yang lebih elegan nyata agak drastik walaupun mengejutkan namun berbaloi kerana ramai yang memuji anjakan imej yang tiba-tiba sahaja dilakukan oleh Betty Chew.

Inilah yang dapat dilihat di satu majlis keraian rasmi yang dihadirinya sehari dua lepas yang menyaksikan kehadirannya dengan imej baru tersebut telah berjaya menarik perhatian ramai tetamu di majlis tersebut malah turut diperkatakan oleh akhbar-akhbar Cina. Betty kelihatan cantik dan seakan muda beberapa tahun berbanding usia sebenarnya malah saling tak kalah jika digandingkan dengan gaya wanita lain yang sentiasa mengikut fesyen kontemporari.

Sebelumnya agak sukar untuk melihat Betty tersenyuman simpul apatah lagi bergaya manis kerana sikap dan perwatakan dirinya agak terkenal sebagai kurang mesra, tapi dengan penampilan terbarunya ini kemesraan yang ditonjolkan nyata agak terasa perbezaannya. Melihat pada perubahan tiba-tiba ini tidak sukar untuk kita andaikan ada sesuatu yang memaksa dirinya melakukan semua ini, setidak-tidaknya mungkin untuk mengurangkan tekanan dalam diri atau barangkali mahu menawan kembali hati gersang sang suami. 

Dari segi usianya memanglah sudah sedikit lanjut jika dibandingkan dengan wanita muda seperti Ng Phaik Kheng atau mesra dipanggil sebagai Rainbow oleh Lim Guan Eng, akan tetapi itu bukannya satu halangan untuk Lim & Betty kembali bertaut kasih. Cumanya sekarang, apa pula kata hati Lim Guan Eng melihat perubahan ketara isterinya itu? Mustahil sedikit pun tidak terlintas untuk menghargai kesanggupan isteri tersayang bergaya sakan demi menambat kembali hatinya.

Di antara Rainbow yang masih muda, cantik dan manja dibandingkan dengan isterinya Betty Chew yang sedikit tua tapi sudah pandai bergaya kelihatan cantik dipandang mata, agaknya siapakah yang paling cantik dan menarik di mata Lim Guan Eng?

August 3, 2012

0 PAS Sedia Mempertahankan DAP Dalam Isu Maksiat di Selangor


Selangor kini sudah sinonim dengan gelaran ‘Syurga Dunia’ bagi mereka-mereka yang gemar berhibur. Dan kita bukan bercakap tentang hiburan ringan seperti muzik atau teater, tetapi hiburan berat di tahap ‘tertinggi’ yang boleh didapati dengan mudah di seluruh pelusuk negeri Selangor. Seimbas lawatan ke Puchong atau Subang Jaya sahaja kita mendapati beratus-ratus rumah urut termasuk urut kesihatan dan juga ‘urut hiburan’. Namun, kita tidak perlu bersusah payah untuk membuat kajian urutan jenis mana yang lebih banyak ditawarkan kerana melihat sahaja ‘amoi’ atau ‘neng’ tukang urut yang bersantai menunggu pelanggan, kita tidak yakin yang mereka itu mampu mengurut urat terkehel atau tulang patah untuk kesihatan.    

Hakikatnya, percambahan rumah urut di Selangor bukanlah serangan peluru kapur dari BN terhadap kerajaan PR tetapi ia adalah sesuatu yang terlalu nyata yang mana orang buta juga tidak dapat menafikannya. Pada 1 Julai 2011, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) wanita di Selangor membuat aduan mengenai hal ini serta mempertikaikan kenyataan yang dikeluarkan kerajaan negeri Selangor yang menyatakan bahawa hanya 60 lesen kepada pusat urut di seluruh negeri.  

Sedangkan, mengikut Wakil NGO yang juga merangkap Presiden Persatuan Terapi Kecantikan Malaysia, Profesor Dr. Clara Chee, di kawasan Pandan Indah sahaja, terdapat lebih 80 pusat urut dan berdasarkan pemerhatian, terdapat lebih 200 pusat urut beroperasi di Klang selain berpuluh-puluh lagi wujud di Kuchai Lama, Damansara dan Ampang Jaya. Tetapi, segala aduan tersebut telah diabaikan sahaja oleh kerajaan negeri. Dan ini adalah cerita tahun lepas.   

Tahun ini, rumah-rumah urut di Selangor telah tumbuh dengan berlipat ganda lagi. Dan sekali lagi pihak kerajaan negeri, khasnya, Ronnie Liu, menafikan yang kerajaan Selangor mengeluarkan lesen kepada rumah-rumah urut ini. Kenyataan tersebut hanya mengesahkan lagi bahawa kerajaan negeri telah tidak menangani masalah ini dengan serius sehingga menyebabkan rumah-rumah urut terus ‘bermarajalela’ beroperasi secara haram. Lebih buruk lagi apabila parti PAS yang sama-sama berkongsi peranan dalam pentadbiran negeri Selangor juga mengambil sikap yang sama dengan Ronnie Liu iaitu menafikan serta tidak mengendahkan aduan rakyat.   

3 EXCO dan 7 wakil DUN PAS di Selangor nampaknya tegar mempertahankan kerajaan PR Selangor biarpun seluruh negeri bergelumang maksiat. Bukan itu saja, mereka juga sanggup menyerang sesiapa sahaja yang lantang menghentam isu maksiat di Selangor. Secara langsung, PAS memaksa penyokong-penyokongnya memejam mata dan memekakkan telinga dalam isu ini. Mungkinkah PAS memilih untuk memakai pepatah Inggeris yang berbunyi ‘if you can’t beat them, join them’ (kalau tak dapat kalahkan mereka, sertai mereka)? Jika inilah sikap PAS mengenai masalah maksiat yang berleluasa, maka eloklah PAS menukar sahaja nama partinya agar tidak mencemarkan lagi nama agama Islam yang telah teruk dipermainkan oleh mereka.  

Kita tidak pernah lupa bagaimana penyokong PAS suatu ketika dahulu di zaman pemerintahan BN sanggup berjihad menentang kilang arak di Selangor. Kononnya, kewujudan kilang itu sudah cukup untuk menunjukkan yang BN menyokong maksiat, hatta kafir serta wajib ditentang dan dijatuhkan. Seolah-olah tidak sahlah solat seluruh umat Islam di Malaysia selagi kilang tersebut tidak diroboh dan selagi kedai-kedai menjual arak, pusat-pusat hiburan terutama rumah-rumah urut wujud di negara ini. 

Namun, hari ini penyokong-penyokong PAS yang sama membisu seribu bahasa mengikut rentak EXCO, ADUN, Presiden dan Mursyidul Am mereka mempertahankan kerajaan negeri Selangor walaupun kilang arak masih terus wujud dan pusat maksiat tumbuh berlipat kali ganda dan tanpa kawalan berbanding zaman pemerintahan BN. Justeru, penyokong-penyokong PAS wajar merasa malu jika masih melaungkan sokongan terhadap PAS atas alasan Islam dan menginginkan hudud. Jika masalah maksiat yang nyata juga PAS tak ambil peduli, apakah layak untuk PAS bercakap tentang hudud, Negara Islam, malah Islam itu sendiri?

August 2, 2012

8 BAFIA Act 1989 For Idioits - A Must Read For Rafizi Ramli & PR Goons


Not many people knew that the confidentiality is cornerstone or cardinal principle in the banking system. Reason is very simple -- because the very relationship between the banker and customer is based on this principle. Bank secrecy is a legal principle in some jurisdictions under which banks are not allowed to provide to authorities personal and account information about their customers unless certain conditions apply (for example, a criminal complaint has been filed). 

In some cases, additional privacy is provided to beneficial owners through the use of numbered bank accounts or otherwise. Bank secrecy is prevalent in certain countries such as Switzerland, Singapore and Luxembourg, as well as offshore banks and other tax havens under voluntary or statutory privacy provisions. The father of the Bank Secrecy is the Swiss Banking Act of 1934, which led to the famous Swiss bank -- where the principle of Bank secrecy is always considered one of the main aspects of private banking. 

That’s why until today, there were debate on this bank secrecy until it has been widely accused by NGOs and governments of being one of the main instruments of underground economy and organized crime. Despite this accusation, the secrecy remained while the authorities have to figure other way of getting information through some specific legislation. In Malaysia, we follow the common law as well as British statute on banking confidentiality when we passed the Banking and Financial Institutions Act in 1989. Even that, some still complaint that our law not comprehensive enough to ensure effective legal enforcement.

Under the BAFIA, there are certain conditions or qualification before the client information can be released. The act prevents banking officers at their whim and fancies to reveal your account anytime they like or they want regardless for whatever reason. This also applied to those who have left the banking sector. You might argue that what Rafizi and his ex-banker counterpart did was for the exposure of the corruption cases involving NFC. You might also argue that government need to protect him under the whistle blowing act.

However, let us be clear on this matter. In Rafizi case, it is not that straight forward as you and I could imagine. It was alleged that information used was being passed by somebody who are previously in the banking sector (which is strictly guided by BAFIA) and started calling a press conference exposing publicly every detail of it. He did not report the finding to the authorities first; instead used it publicly for publicity purposes, claiming the authorities did not investigate the matter or cover up. The Whistle Blower Protection Act 2010 stated while it covers any member of public and private sectors who discloses wrongdoings, such disclosure should be made in "good faith" based on "honest and reasonable grounds at the material time" without necessitating hard evidence from the whistle blower.

It’s clearly stated the duty of gathering evidence will be tasked to the investigation unit of the enforcement agencies to ensure that the whistle blower is not compromised. However, whistle-blowers can provide evidence if it is legally available through the course of their works. What Rafizi exposing is clearly not from the legally available because such document are protected under BAFIA and only certain people being authorised are allowed to access. Even that person is being allowed the access, he or she is still not allowed to exposed publicly as it only allowed to hand over such information at the request of the authorities who carried out the investigation work.

Apart from illegally obtaining the evidence, he also exposed publicly the evidence which actually can be presented in the court as evidence by the authorities. You can't just expose somebody’s account based on your assumption or whatever reason you think you are right before the authorities charged the person or persons. Just imaging if this being allowed, anybody can get hold on you banking account information and started making all sorts of allegation publicly about the money you kept in the bank instead channels their suspicion with the authorities. Rafizi is not the first case under the BAFIA. In fact, in the past there are few cases, even some involving some genuine mistake. However, law is still a law.

Few years back, there is a case where a man has successfully sued a leading bank in Malaysia for breach of confidentiality. In April 1997, this man opened a current account, a savings account and a fixed deposit account under his and his son’s names and gave the bank a specific correspondence address. On 17-3-2007, without the consent of the man, the bank sent the statements of account to another address. As a result of that, the plaintiff’s wife came to know about the said accounts and this created a problem between them. The bank admitted that this man had never informed it of any change of address and never authorised it to use any address other than the one he specified. The judge then ruled the bank has breached the confidentiality of these men’s account, allowing him to claim for general and special damages with interest of 8% per annum. In fact recently, a bank officer was also been sacked by its employer after been found to has exposed the banking account number involving a VIP. 

Nobody is above the law; it applies to everybody, whether it is Rafizi or the NFC directors.

2 Panas!!! Barack Obama Pun Tiru Slogan PM Kita "Janji Ditepati" - Memang Terbaik!!!


Apa lagi puak-puak pembangkang hendak "spin" lagi selepas ini apabila Presiden Amerika Syarikat sekalipun meniru slogan Perdana Menteri kita, "Janji Ditepati". Presiden Barack Obama dalam ruangan Twitternya, di sini, telah meletakkan slogan "Promise Kept" dan meletakkan janji-janji beliau yang telah beliau penuhi dan tunaikan kepada Rakyat Amerika Syarikat dengan pertanyaan, "Why I Support Obama" atau Kenapa Saya Menyokong Obama.

Pembangkang melenting apabila tema Hari Kebangsaan tahun ini yang ke 55 bertemakan "Janji Ditepati". Mereka lupa bahawa banyak negara di dunia akan jatuh sekiranya tidak menepati janji kepada Rakyat. Zaman sekarang adalah zaman Kerajaan menunaikan janji dan membuat kerja. Bukan zaman Kerajaan yang hanya tahu berjanji dan tidak ditepai. Ceramah sana sini, maki hamun siang malam sepertimana Kerajaan Pakatan Haram di empat negeri. Pembangkang semakin panas kerana mereka tidak pernah mengotakan janji-jani yang mereka buat di dalam PRU12. Tunggulah kejatuhan pembangkang di tangan Rakyat di dalam PRU13! 

8 Nobody Was So Cheerful Committing Crimes Except For These Two Clowns



The TV news report last night showed the cheerful faces of the PKR Strategist and his accomplice with hands cuffed bring led out of the Court after being charged for breaking the Banking Act! How could some one be so disrespectful to the law of the land! If politicians for their selfish political gain could be let off without having to bear the consequences of breaking the legitimate law of the land, then the land would become a cowboy land and soon later a no man's land! Do we want that to happen in Malaysia?

This case has nothing to do with Whistle Blowing but stealing of ones secret and invasion of privacy. There is a law governing this act so it falls flatly under it. The sentence is RM3 million and/or 3 years jail. These two thieves must be sentence to the maximum and the video evidence published in the main media steam is indisputable. NO DEFENSE even you get the best lawyer available. Rules of Law are meant to be obeyed and the court is there to see if the law is broken. Period.


In God we trust, in the juridical system we believe!

August 1, 2012

1 Tindakan PM Pecat Lajim Ukin Yang Jarang Ke Pejabat Sejak Mac 2012 Tepat


Perkembangan terbaru yang diberitakan oleh TV3 malam semalam mengesahkan bekas pemimpin UMNO Sabah, Lajim Ukin telahpun dilucutkan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Sebelum ini pada Sabtu lalu, Lajim telah bertindak meletakkan jawatan sebagai anggota MT dan Ketua UMNO Bahagian Beaufort serta Pengerusi BN Beaufort, namun dimasa yang sama masih enggan melepaskan jawatan Timbalan Menteri.

Keengganan Lajim untuk meletakkan semua jawatan secara serentak hanyalah satu lakonan politik murahan yang matlamatnya sengaja mahu mensensasikan isu supaya dapat menarik perhatian ramai terhadap dirinya. Sebetulnya pelucutan jawatan Lajim sebagai Timbalan Menteri merupakan satu langkah yang bijak dan tepat. Sampai bila mahu disimpan saja orang sedemikian yang langsung tidak memiliki prinsip yang jelas kerana kerap berubah-ubah pendirian dan gemar bermain tarik tali untuk kepentingan diri sendiri.

Lagipun mengikut sumber dari kementerian terbabit, sejak Mac lalu lagi Lajim sudah jarang masuk ke pejabatnya. Malah ruang pejabatnya sudah lama kosong dan segala barangan peribadi juga sudah lama di bawanya keluar. Ini bermakna sejak Mac hingga Julai 2012, sekurang-kurangnya sudah tiga, empat bulan kerajaan terpaksa membayar gaji Lajim sekalipun dirinya jarang masuk ke pejabat untuk menunaikan amanah dan melaksanakan tanggungjawab tugasan.

Apakah tidak ada sedikit rasa malu dalam sanubari dirinya apabila gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri tapi masih tidak segan pula bercita-cita ingin menjadi Ketua Menteri Sabah? Bayangkan sekiranya kedudukan Lajim sebagai Timbalan Menteri dikekalkan, tentu sahaja hanya akan membazirkan wang rakyat untuk membayar khidmat seorang pemimpin yang hanya makan gaji buta.

9 Khalid Gagap Ingin Jadi Hero Menyelamatkan Rafizi Ramli Dengan Sediakan Dana Guaman?


Sebaik sahaja berita penangkapan Ketua Strategik PKR, Rafizi Ramli tersebar dan beliau akan didakwa di Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi ini, Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim berlagak hero dengan mengumumkan satu dana khas telah disediakan untuk membantu membiayai kos guaman Rafizi.

Pertamanya CTS ingin membetulkan fakta Menteri Besar Selangor seperti yang dicatatkan di dalam laman Fanpage Facebook beliau. Tuduhan yang dikenakan ke atas Rafizi adalah bersubahat mendedahkan akaun pelanggan Bank yang mana ini adalah sulit dan tertakluk di bawah perlindungan Akta BAFIA. Pertuduhan di Mahkamah yang dilakukan oleh pihak PDRM dan Bank Negara Malaysia ini tidak ada kena mengena dengan isu George Kent, George Kennedy ataupun George Clooney!

Keduanya, dana khas yang Menteri Besar Selangor umumkan ini datang dari mana? Apakah duit Kerajaan Selangor digunakan untuk kos guaman seorang suspek penjenayah? Diharap TS Khalid Ibrahim dapat memperjelaskan sumber kewangan yang digunakan sama ada wang parti PKR atau wang dari Perbendaharaan Kerajaan Negeri. Kami tidak rela wang Kerajaan Negeri digunakan sesuka hati mak dan ayah Menteri Besar!

10 Panas!! Rafizi Ramli Ditahan Polis Atas Tuduhan BAFIA Dan Akan Dihadap Ke Mahkamah Tinggi Shah Alam Pagi Ini

Dikemaskinikan 11.15 pagi:

Rafizi Ramli dan Johari Mohamad dibenarkan ikat jamin sebanyak RM15 ribu seorang dengan seorang penjamin. Perbicaraan ditetapkan pada 10 September 2012. Rafizi Ramli telah dijamin oleh YB Nik Nazmi.

Posting Asal:

Melalui "Tweet" Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli difahamkan telah ditahan oleh pihak polis pukul 7.00 pagi tadi dan kini ditahan di Balai Polis Hulu Kelang. Beliau akan didakwa di Mahkamah Tinggi Shah Alam pukul 10.00 pagi ini. Dua hari lepas, Rafizi Ramli telah dipanggil oleh Bank Negara untuk memberi kenyataan berhubung dakwaan melakukan kesalahan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA).

Rafizi dilaporkan telah menerima notis tuntutan untuk memberikan keterangan di bawah Seksyen 87(1)(a) Bafia 1989 pada hari berkenaan. Menurut peruntukan Akta tersebut, jika sabit kesalahan, pesalah boleh dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM3 juta. Berikut adalah petikan daripada Twitter beliau sejak pagi tadi:





July 31, 2012

7 Disebabkan Kempen Boikot Jahat "Team @abby_abadi112, AHC Menjadi Semakin Popular



Sekumpulan peminat pelakon Abby Abadi melancarkan kempen memboikot satu syarikat jualan tudung yang didakwa telah menamatkan kontrak artis tersebut sebagai duta produk mereka. Kempen "Kami Boikot Syarikat Al-Humaira Contemporary" dilancarkan di laman sosial Facebook semenjak semalam. Sehingga posting ini ditulis, sebanyak 6,245 "likes" atau menyokong boikot berkenaan. 

Bagi CTS, tindakan bodoh peminat-peminat Abby Abadi ini secara tidak langsung telah menaikkan nama syarikat berkenaan di pasaran terutamanya bagi pengemar fesyen muslimah. Tidak ada satu muslim yang normal mahu memboikot sebuah syarikat Islam yang menjual tudung dan pakaian muslimah melainkan pengikut-pengikut Abby Abadi dan juak totok PAS yang diketahui umum "akai tak dak" atau "akai letak kat lutut". Buat pembaca yang masih ragu-ragu berkenaan isu berkenaan, bacalah penjelasan penuh dari pemilik syarikat seperti di bawah dan nilaikan sendiri.
Assalam. Selamat pagi semua! Diharapkan anda semua mendapat keberkatan di pagi Ramadhan yg mulia ini. Rasanya ini entry terakhir drp pihak AHC berkaitan isu yg melibatkan AHC.
First of all, penamatan kontrak artis tersebut adalah disebabkan beberapa perkara / sebab yg telah pihak kami bincangkan dan persetujui. Sebab / perkara2 yg berkaitan tersebut termasuklah pembabitan beliau di dalam politik, matlamat atau objektif kontrak tak tercapai spt yg kami harapkan, dan pelbagai lagi. Tapi 2 isu ini yg paling hebat dipersoalkan dan kami akan berikan penjelasan.
AHC memerlukan seorang duta yg berimej neutral di mata semua pelanggan. Apabila duta kami membabitkan diri dalam POLITIK parti tertentu secara terang-terangan, ini boleh memberikan kesan kpd mana2 bisnes kerana apabila artis tersebut sibuk dgn undangan ceramah, artis tersebut tidak lagi dapat memberikan full komitmen kpd task / tugasan yg sepatutnya beliau jalankan. Ingin kami tekankan, sama ada beliau join PAS, UMNO atau mana2 parti sekalipun, itu ialah hak peribadi mereka dan kami hormati. Cuma kami berpendapatan, utk bisnes kami, kami mahukan imej yg neutral. Harap anda boleh faham dan please respect pendapat kami ini. Bukan bermaksud join dan aktif berpolitik itu imej yg buruk, tapi tolong faham apa yg kami cuba nak sampaikan...
Berkenaan isu matlamat kontrak tidak tercapai... Tujuan utama kontrak ini dibuat ialah dengan harapan artis tersebut akan bergiat aktif semula di dalam bidang seni dan mempromosikan jenama AHC di bidang seni sama ada dlm bidang lakonan, pengacaraan dll. Terma ini kami ada nyatakan di dalam kontrak yg telah dipersetujui. Namun, matlamat kontrak tidak tercapai apabila artis tersebut memilih utk bergiat aktif di bidang lain tidak lama selepas kontrak ditandatangani. Harap jangan politikkan isu "matlamat" ini...
Sebenarnya, kontrak kami belum pun ditamatkan secara rasmi. Masih tiada hitam putih / notis utk pembatalan kontrak drp pihak kami secara sah mengikut terma yg termaktub di dalam kontrak, kerana perbincangan utk penamatan kontrak perlu dibuat antara kedua belah pihak bagi menyatakan sebab2 penamatan kontrak... Artis tersebut yg membuat asssumption awal sendiri bahawa kontrak ini akan ditamatkan kerana mungkin beliau juga telah merasakan dirinya tidak lagi mampu utk commit dgn tugasan bersama AHC. Kali terakhir pihak kami berjumpa dgn beliau ialah pada bulan Jun semasa shooting terakhir kami. Pihak kami sudah menyatakan hasrat utk berjumpa dan berbincang utk menamatkan perkara ini dgn baik, tapi perjumpaan gagal dilaksanakan atas ketidaksempatan beliau respons kpd kami, mungkin kerana kesibukan beliau memenuhi undangan ceramah. Kalau betullah kontrak itu mmg pihak kami tamatkan pada 4 Julai, kenapa pada 30 Julai baru beliau nak menyuarakan ketidakpuasan hati beliau? Apa pun, pihak kami akan tetap berjumpa juga dgn beliau untuk berbincang mengenai penamatan kontrak yg sah secara baik mengikut terma yg termaktub di dalam kontrak yg telah kami tandatangani.
Kami rasa cukup setakat ini sahaja penerangan drp pihak kami. Jika situasi ini berlanjutan hingga mencemarkan reputasi kami dgn lebih teruk dan pihak terbabit gagal untuk bersemuka dan berbincang utk menamatkan kontrak secara baik, kami akan membawa isu ini utk diselesaikan secara professional mengikut undang-undang. Segala bukti dan penerangan lanjut hanya akan disuarakan di depan pengadilan yg lebih layak. Harap maklum dan terima kasih atas sokongan AHC fans & customers sehingga kini. Terima kasih.

0 Temurapat PRU P"Gay"R - P"Gay"R Kalah Sebelum Berkempen?



Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau nama panggilan manja P"Gay"R tegar sekali menggunakan nama ‘rakyat’ dalam setiap aktiviti dan kempen mereka. Sudah tentu sekali dalam menghadapi pilihanraya kali ini, nama ‘rakyat’ akan dijulang tinggi-tinggi kononnya sebagai matlamat perjuangan walaupun matlamat sebenarnya adalah ‘demi Anwar, untuk Anwar dan kerana Anwar’. Dalam Temurapat PRU P"Gay"R tahun lepas, parti tersebut telah meminta bantuan Merdeka Center, untuk menguji beberapa slogan bagi digunakan sebagai tema kempen dalam PRU-13. Antaranya:

1.      Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia  

2.      Malaysia Baru, Muafakat Baru, Pimpinan Baru

3.      Demi Rakyat, Demi Masa Depan

Selaras dengan keterujaan P"Gay"R dengan perkataan ‘rakyat’, maka mereka nampaknya memilih slogan ketiga, iaitu ‘Demi Rakyat, Demi Masa Depan’ yang bagi mereka lebih tegas dan sesuai dengan imej KEADILAN. Slogan ini dikatakan mendapat reaksi positif dari pengundi sasaran P"Gay"R iaitu Golongan Muda, Golongan Bekerja dan Kaum India yang tidak berpatisan. Dalam temurapat yang sama, parti itu telah menggariskan beberapa isu yang akan digunakan oleh mereka untuk menyerang BN. Antaranya, kenaikan harga barang, subsidi minyak, AUKU, PTPTN, rasuah, masalah perumahan, masalah sosial, harga kereta yang tinggi serta peluang pekerjaan terhad.  

Kecuali isu ‘peluang pekerjaan terhad’, kebanyakan isu yang disebut telah pun lama dimainkan oleh P"Gay"R. Dan hampir kesemua isu yang dimainkan juga menunjukkan kegagalan, kesilapan atau kelemahan di pihak mereka. Dalam ertikata lain, serangan mereka tidak menjadi, tertembak diri sendiri atau pun kalah teruk. Dalam memainkan semua isu-isu tersebut juga, P"Gay"R secara tidak langsung menyerlahkan yang mereka tidak bijak matematik dan gagal ekonomi sepenuhnya.  

Contohnya, dalam memperkatakan soal PTPTN, P"Gay"R telah ditempelak oleh DAP dan juga PAS kerana meletakkan Pakatan Rakyat (yang Haram) dalam keadaan sukar. Akhbar-akhbar Cina yang diketahui cenderung kepada DAP juga menghentam idea penghapusan hutang PTPTN kerana dikatakan memalukan serta tidak praktikal dari segi ekonomi.   

Begitu juga dengan isu mengenai subsidi minyak dan kenaikan harga barang yang merupakan isu global di mana rakyat sedia maklum bahawa sekiranya P"Gay"R menjadi kerajaan, mereka juga tidak akan mampu mempengaruhi harga pasaran dunia. Menjanjikan penurunan harga barang dan harga minyak bagaikan menjanjikan bulan dan bintang iaitu sesuatu yang tidak logik kerana tidak berada di bawah kawalan sesebuah kerajaan sepenuhnya.  

Lebih dari itu, kerajaan sedia ada telah membuktikan keprihatinan dengan mengekalkan subsidi serta memberi bantuan-bantuan lain secara langsung bagi membantu rakyat menghadapi kenaikan kos sara hidup di era ini. Kerajaan juga telah melancarkan skim rumah pertamaku, sekali gus membuktikan yang kerajaan tidak pernah mengabaikan kebajikan rakyat di kala P"Gay"R hanya mampu berjanji. Isu AUKU pula menyerlahkan sikap dwi-standard PR apabila MB PAS Kedah, Ustaz Azizan mengarahkan pelajar yang berdemonstrasi agar dikenakan tindakan di bawah Akta tersebut.  

Percubaan PKR untuk menyerang kerajaan melalui isu rasuah dan masalah sosial di dalam masyarakat juga membuatkan rakyat tersenyum sinis. Mana tidaknya, jika Ketua Umum P"Gay"R itu sendiri terkenal dengan gelaran Bapa Rasuah iaitu ‘perintis’ gejala rasuah di dalam politik. Pembantu peribadinya yang gaji tidak seberapa mampu memiliki rumah berharga jutaan ringgit. Isteri sang pembantu merangkap perempuan simpanannya juga menerima gaji puluhan ribu sebulan tanpa perlu bekerja dalam ertikata yang sebenar.  

Kroni-kroninya, termasuk bapa dan abangnya yang dari ‘nobody’ menjadi ‘somebody’ dalam sekelip mata sejurus beliau memegang jawatan dalam kerajaan dahulu. Dan kini, partinya dan parti-parti sekutu terus bergelumang dalam rasuah, penipuan, manipulasi yang menjadi punca masalah dalaman sehingga memaksa ramai yang keluar parti. Jika ini bukan rasuah, apa namanya? Serangan P"Gay"R terhadap harga kereta yang tinggi pula menunjukkan yang parti ini tidak punya semangat nasionalis dan sanggup membiarkan industri kereta nasional terjejas atau gulung tikar terus. Sementelah dengan itu, kita tunggu sajalah apa yang P"Gay"R akan kelentong mengenai peluang pekerjaan di Malaysia memandangkan hanya isu ini saja yang belum dimainkan oleh mereka.  

Walau apapun, kita tahu bahawa negeri-negeri yang diterajui P"Gay"R atau PR semuanya menghadapi masalah untuk menambah pelaburan sekali gus meningkatkan peluang pekerjaan. Satu-satunya peluang pekerjaan yang meningkat dengan begitu drastik di negeri-negeri jajahan mereka adalah dalam bidang hiburan termasuk tukang-tukang urut yang mana tidak memerlukan seseorang itu bersusah payah meminjam PTPTN untuk belajar tetapi hanya berbekalkan gaya dan ‘keberanian’ sahaja. Jika inilah saja strategi P"Gay"R untuk menghadapi PRU-13, maka jelaslah yang P"Gay"R sudah kalah sebelum berkempen.

2 Alasan Dangkal Khalid "Gereja" Pertahankan DAP Yang Tolak Hudud


Sibuk bebenor YB teman ni nak jadi artis sekarang yo?
Ahli jawatankuasa PAS pusat Khalid Abdul Samad menyifatkan pendirian DAP menghormati hak parti Islam itu lebih baik daripada sikap MCA yang dilihat memperlekehkan hukum hudud. Tegas beliau, keberanian MCA mengugut untuk keluar daripada Barisan Nasional (BN) sekiranya Umno pimpinan Datuk Seri Najib Razak berkeras mahu melaksanakan hukum hudud.

"DAP tiada keluarkan kenyataan macam tu. DAP hormat hak kita untuk memperjuangkan hudud. PAS untuk memperjuangkannya. MCA yang baru-baru ini buat seminar memperlekehkan hudud dan sebagainya. Saya rasa sikap MCA terhadap Islam jauh lebih chauvinis."

Baca selanjutnya Antarapos di sini.

YB Khalid Samad, terdesak dalam mempertahankan DAP, rakan sekutunya yang hampir setiap hari dalam seminggu ini mengeluarkan kenyataan-demi kenyataan menghentam PAS dalam isu Hudud. Bacalah kenyataan-kenyataan dari Karpal Singh, Tan Seng Giaw, Lim Kit Siang, Lim Guang Eng dan si peguam pendek dari P"Gay"R, Shamsul Iskandar. Mana ada satu kenyataan yang mereka berikan menyokong isu ini. Namun, sebagai parti yang bermuka tebal, PAS tidak sekali berani mengangkat muka, apatah lagi berani melawan. Sebagai keldai yang setia, mereka akan cuba spin apa sahaja untuk mempertahankan Tuan mereka.

Apakah YB Khalid Samad cuba menidakkan bahawa DAP bersikap "cauvinis" terhadap Islam? Apakah DAP tidak memperlekehkan hudud? Bagi CTS, DAP dan MCA sama sahaja. Beza UMNO dan PAS adalah UMNO adalah Ketua di dalam BN manakala PAS adalah pencacai di dalam Pakatan Haram. CTS berikan bukti bertulis apa yang YB Khalid Samad sifatkan sebagai "keberanian MCA mengugut untuk keluar daripada BN sekiranya UMNO berkeras mahu melaksanakan hukum hudud, sedangkan DAP tiada keluarkan kenyataan macam tu", baca kenyataan Lim Guan Eng seperti berikut yang dipetik dari akhbar The Star,
"If there is any mention that we want to implement hudud law in our common policy framework and Buku Jingga, the party's entire central committee will resign."
Apakah dalam kenyataan di atas, DAP tidak mengugut PAS untuk keluar dari Pakatan Haram sekiranya PAS meneruskan hasrat mereka untuk memainkan isu hudud? Dalam bulan Ramadhan inpun YB Khalid Samad ingin berbohong untuk mempertahankan Tuan mereka. Insaflah YB.

July 30, 2012

8 Apa Komen Anda Nik Aziz Buat Isyarat Jari Berlambang Salib!


Gambar asal di atas diambil ketika Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat berserta beberapa pengikut PAS mengayakan lambang "R" bermaksud Royalti; iaitu tuntutan Kerajaan Kelantan ke atas Kerajaan Pusat mengenai isu royalti minyak Kelantan. Tanpa mereka sedari lambang berkenaan adalah juga lambang salib yang sering digunakan oleh mereka yang beragama Kristian. Lambang berkenaan juga dikenali sebagai "Finger Cross". 

CTS ambil maklum bahawa simbol jari berkenaan adalah huruf "R" dalam bahasa isyarat antarabangsa yang digunakan oleh orang pekak dan bisu. Cumanya, apabila digunakan secara persendirian, ianya mungkin boleh melambangkan salib yang sering digunakan oleh pengikut-pengikut Agama Kristian. Apakah juak-juak PAS terlalu naif sehingga tidak mengetahui perkara berkenaan? Apakah mereka tidak menyedari bahawa lambang "R" yang mereka lakukan seperti di atas turut memberi pengertian dan  lambang SALIB?

2 Kerajaan PR Selangor Pula Sibuk Menganjurkan Hari Belia - Macam Cilok Idea BN Saja?



Bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 11 Ogos 2012, Kerajaan Pakatan Haram Selangor akan mengadakan Sambutan Hari Belia Antarabangsa 2012 Peringkat Negeri Selangor. Mungkin Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim mahu mencuba formula Barisan Nasional yang saban hari berjaya menarik golongan belia mendekati BN dengan program-program santai seperti Hari Belia Negara 2012, BN For Youth, Rempit United dan banyak lagi. 

Atau mungkin juga Kerajaan Negeri Selangor mahu menebus kekecewaan apabila Hari Belia Selangor yang dianjurkan sebelum ini hanya berjaya menarik seramai lebih kurang 100 orang sahaja. Apapun semperna bulan Ramadhan ini, kita berbaik sangka sajalah. CTS dengan rendah hati tolong mempromosikan sambutan hari belia berkenaan walaupun CTS tidak berkenan dengan kehadiran Ustazah Segera PAS di atas.

3 Morshi Memilih Nasionalis Dan Bukan Islamik - Apa Spin Terbaru Nik Aziz?


Apabila Mohamed Morsi dilantik sebagai Presiden Mesir selepas Hosni Mubarak digulingkan, para pemimpin dan pengikut PAS di negara ini bertakbir riuh rendah. Mereka memikirkan yang Mohamed Morsi akan menepati ciri-ciri yang didendangkan oleh PAS dalam kempen-kempen 'Islamik' mereka di seluruh Malaysia. Maka pelbagailah cerita yang hebat-hebat tentang Mohamed Morsi serta gerakan Ikhwanul Muslimin yang akan mewujudkan sebuah Negara Islam di Mesir mengikut acuan dan fahaman PAS.

Malangnya, Mohamed Morsi bukanlah pemimpin PAS yang berkiblatkan DAP. Bahkan apa yang diperjuangkan oleh PAS di Malaysia juga terlalu jauh daripada pengetahuan Mohamed Morsi. Perlantikan Hisham Kandel sebagai Perdana Menteri Mesir yang baru, menyangkal segala tuduhan dan dogma PAS terutama sekali Nik Abdul Aziz bahawa NASIONALIS itu adalah KUFUR yang KAFIR. Kita hendak melihat selepas ini, adakah akan keluar lagi fatwa daripada penzuhud PAS tentang NASIONALIS dan KEBANGSAAN. Kalau ditentang, adakah bermakna mereka juga menentang Mohamed Morsi yang sebelum ini digambarkan sebagai 'bayangan Imam Mahdi'.

Kita tutup posting ini dengan satu soalan khusus buat Nik Aziz Nik Mat daripada Al Hafiz Ustaz Kazim Elias:

July 29, 2012

1 Hospital Baru Kuala Krai, Kelantan Lambang Janji Ditepati


Satu lagi projek di bawah Kerajaan Pusat yang bakal dilaksanakan di Kelantan. Walaupun projek berkenaan telah di"tarik balik" di dalam RMK9 sebab tidak cukup peruntukan, namun Alhamdulillah, projek untuk Rakyat Kelantan diteruskan jua di dalam RMK10. Projek hosital yang berkeluasan hampir 100 ekar bakal merancakkan ekonomi Daerah Kuala Krai apabila siap nanti. Inilah "Janji Ditepati" Kerajaan BN. Walaupun lambat, walaupun menemui pelbagai halangan untuk menyiapkannya, namun janji pasti dikota, janji pasti ditepati.

Di bawah ini pula tertera janji-janji manismu seperti lirik lagu Ustazah Segera PAS, Wan Aishah yang saban hari kita menyaksikan Rakyat Kelantan ditipu, saban waktu Rakyat Kelantan dimomokkan dengan janji-janji tak sudah. Tertera di bawah terdapat berbelas janji-janji pembangunan yang hanya sekadar gah ketika perletakan batu asas. Mungkin betul kata orang, di Kelantan lebih banyak batu asas daripada batu nesan. Tidak pasti sama ada sifat Assabiyah Rakyat Kelantan yang terlalu tinggi atau menanti "sehingga kucing bertanduk" ganjaran syurga PAS, CTS tetap tidak faham kenapa selama 20 tahun Rakyat Kelantan tidak serik-serik ditipu hidup-hidup.

0 Promosi Arak Di Bulan Ramadhan - PPIM Arah Boikot The Store



Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mengirim sekitar 600 ribu email kepada ahli-ahli dan rakan-rakan sekutunya sebagai tanda protes The Sore yang mempromosi arak secara terbuka bersempena dengan bulan Ramadhan. Satu kiriman email dan poster boikot turut dihantar kepada pengurusan The Store.

“Untuk makluman Puan, kami telah mula menyebarkan Poster yang dilampirkan. Untuk permulaan akan dihantar melalui emel kepada senarai yang dilampirkan sebelum ini. Turut akan dihantar kepada ahli-ahli Persatuan Pengguna Islam Malaysia serta sekutu-sekutu kami. Anggaran jumlah emel yang akan dihantar sekitar 600 ribu. Langkah seterusnya adalah menghantar poster tersebut kepada masjid-masjid di seluruh Malaysia bermula jumaat ini bagi diedarkan kepada para jemaah terutamanya pada hari Jumaat, ” kata Muhammad Zharif, dalam email yang dikirim.

3 Kekeliruan Mengenai Logo Kemerdekaan Ke 55 Dijawab DS @DrRaisYatim

Sebentar tadi DSU Dr Rais Yatim telah merungkaikan kekeliruaan di kalangan Rakyat terutamanya warga maya mengenai penggunaan logo Kemerdekaan Ke 55 yang mendapat bantahan ramai. Melalui laman sosial Twitter dan Fanpage Facebooknya, beliau memberitahu:


Diharap sebarang kecelaruan dapat diperjelaskan dan terjawab. Sebelum ini, CTS tidak mahu komen mengenai logo dan lagu kononnya akan digunakan untuk Hari Kemerdekaan ke 55 kerana Kerajaan terutama Kementerian di bawah DSU Dr Rais iaitu Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) tidak pernah mengumumkan sebarang logo atau lagu untuk dijadikan sebagai bahan rasmi untuk Hari Kemerdekaan ke 55. Kenapa kita kena melompat? Kenapa kita mesti mengutuk dan memberikan gelaran kepada DSU Rais Yatim?

Kesan daripada salah tanggapan itu, ramai bloggers dan cybertroopers pro BN secara sengaja dan tak sengaja telah membuat dosa dengan mengutuk DSU Dr Rais dan pegawai-pegawai Kementeriannya dengan kata-kata nista. CTS amat percaya Kerajaan BN yang ada sekarang amat mendengar degup nadi dan hasrat Rakyat. Kita boleh utarakan pendapat kita tetapi janganlah sampai menjadi kurang ajar. Diharap ini dapat menjadi iktibar buat semua dalam menjalani ibadah di bulan Ramadhan.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates