June 16, 2012

1 Lebuh Raya Rakyat - Realiti Atau Fantasi



Projek Lebuh Raya Rakyat masih lagi menjadi bualan sinis di laman sosial di internet. Selain daripada juak-juak tegar PAS, tidak ada sesiapapun yang yakin Lebuh Raya berkenaan akan menjadi kenyataan. Sejarah telah membuktikannya. Berikut adalah senarai ‘pet project’ atau projek yang dipertanggungjawab sepenuhnya di bahu YB Dato’ Husam Musa, Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Perancang Ekonomi & Kebajikan PAS Kelantan.


Projek Takaful Kifalah Warga Emas, Projek Jihad Ternak Kambing Jamnapari, Projek Depu dan Dinar Emas Kelantan, Projek AFTA City, Projek Bandar Perikanan, Projek Jambatan Palekbang, Projek Petrokimia di Pantai Senok, Projek Stadium Tertutup, Projek Stadium Bukit Merbau dan terkini projek Lebuh Raya Rakyat bernilai RM1.9 Billion. Jika dicampur kesemuanya bernilai RM10 bilion. Apakah projek berkenaan terlaksana? Habis saja perletakan batu asas, masalahpun bermula. Tak hairanlah ada nada sinis mengatakan Kelantan mempunyai batu asas yang banyak, melebihi batu nisan!

Itulah identiti Husam bahkan ia juga menjadi jatidiri Kerajaan PAS Kelantan yang diterajui ‘ayah politik’ Husam iaitu Nik Aziz sendiri. Kerajaan PAS Kelantan sememangnya hebat dalam bab mengutip derma. Setelah habis tabung derma dikutip melalui ceramah-ceramah dan juga derma daripada taukeh-taukeh balak, kini untuk Lebuh Raya Rakyat, duit Rakyat sekali lagi menjadi taruhan. Sama ada lebuh raya berkenaan akan menjadi realiti, Wallahualam. Kalau diikutkan senarai projek di atas yang belum terlaksana, nampak gayanya, batu tanda akan kekal tinggal batu tanda.


Published with Blogger-droid v2.0.4

June 14, 2012

13 Disco Baru Di Tesco Mergong! Tahniah Kerajaan PAS Kedah


Tahniah PAS Kedah. Kerajaan PAS Kedah telah maju setapak lagi. Jangan lupa pada 30 Jun 2012 untuk hadir beramai-ramai untuk pembukaan gilang gemilang (grand opening) sebuah Disco baru. Tak tahulah sama ada "grand opening" disco berkenaan akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan, atau tidak. Bagi sesiapa yang tidak sabar, disco berkenaan telahpun beroperasi dua hari lepas iaitu 12 Jun 2012. Disco terbaru di Kedah terletak di Tesco Mergong. Bertemakan "Disco Sejahtera Rakyat Gembira". Yippee!

Jangan lepaskan peluang anda untuk menari bersama DJ Liz Candy, DJ wanita paling "hot" di Malaysia pada malam pembukaan "grand opening" berkenaan. Pacakkan rambut anda, pakaikan seluar yang ketat-ketat. Sediakan "ice" dan syabu yang mencukupi. Kalau tiada pasangan, jangan bimbang, anda akan memperolehi anak-anak gadis Kedah yang comel lote. Lebai PAS boleh masuk dengan lebai-lebai sekali. Ini negeri PAS. UMNO dan BN jangan buat bantahan. Inilah Negeri Berkebajikan yang dilaungkan oleh Kerajaan PAS. Khidmat pesanan sosial ini dibawakan oleh Cucu Tok Selampit khas untuk lebai-lebai PAS di Kedah. Datanglah beramai-ramai. Cheers! Takebeer!!!!!



5 Kenali Prebet Ali Tinju Yang Tunjuk Bontot Kepada Ambiga


Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) iaitu Ali Tinju atau nama sebenarnya 1085628 Prebet Mohd Ali bin Baharom @ Mahat (bersara) yang popular kerana mengadakan ‘senaman punggung’ di hadapan rumah Ambiga kini sedang menempa nama dalam kalangan komuniti bekas tentera. Beliau yang telah melantik dirinya sendiri sebagai Presiden PVTM sebelum ini ‘popular sekejap’ kerana sering mengeluarkan kenyataan panas dan memburukkan kepimpinan KEMENTAH dan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) walhal PBTM telah ditubuhkan sejak tahun 1922 lagi dan merupakan pertubuhan bekas tentera yang paling tua di Malaysia. Bukan setakat itu sahaja, Prebet Ali Tinju ini turut membuat serangan peribadi kepada Presiden PBTM dan pegawai kanan tentera atas alasan yang tidak diketahui dan saya berpendapat, ia dilakukan hanya untuk meraih populariti murahan dari kalangan bekas tentera.


Selepas namanya melonjak naik di internet kerana ‘senaman otot punggung’ yang dianjurkan lebih-lebih lagi setelah ditemuramah oleh Malaysiakini, Prebet Ali Tinju dilihat semakin kerap mengeluarkan kenyataan pedas mengkritik kepimpinan PBTM dan kini, menggesa agar bekas tentera untuk berdemonstrasi di hadapan KEMENTAH kononnya untuk menuntut pembelaan keatas kebajikan bekas tentera yang tidak dizahirkan dalam Akta Veteran 2011. Di Facebook, bukan main lagi Prebet Ali Tinju memaksa pembaca untuk membayangkan bahawa beliau seperti HERO bekas tentera walhal, adakah pembaca tahu bahawa ia ada udang disebalik batu? Selepas menjadi popular di internet, kini bekas tentera dimomokkan dengan bayangan HERO Ali Tinju yang seakan pernah mahu mencadangkan dirinya untuk menjadi Senator di Dewan Negara untuk hal ehwal veteran tentera? Kalaulah ada jawatan tersebut wahai Prebet Ali Tinju.


Prebet Ali Tinju telah ‘masuk askar’ – Rejimen Askar Melayu Diraja pada 20 Oktober 1990 dan telah menamatkan perkhidmatan pada 29 September 1998 (7 tahun 340 hari). Setahu saya, anggota tentera yang menamatkan perkhidmatan kurang dari tempoh 10 tahun khidmat adalah mereka-mereka yang mempunyai masalah disiplin dan kes-kes berat yang mengakibatkan mereka diberhentikan dari perkhidmatan. Prebet Ali Tinju mempuyai kes disiplin sewaktu berkhidmat dahulu. Jangan lupa ya kes pergaduhan (sewaktu sedang mabuk Guiness Stout) dengan Lans Koperal Nazri bin Ibrahim sewaktu berkidmat di Sabah? Seingat saya, cerita pergaduhan tersebut telah berlaku dari Bandar Sandakan telah berlarutan sehingga berantai dan berparang di dalam kem. Panas baran juga ya Prebet Ali Tinju kita ni. Saya turut difahamkan bahawa selain telah muflis, Prebet Ali Tinju juga handal ‘bertinju’ kerana pernah beristeri tiga! Namun, kesemuanya telah berakhir dengan penceraian dan hidup terabai. Kini saya dengar-dengar cerita, Prebet Ali Tinju sudah ‘pasang lain’?

Persoalannya, bagaimanakah bekas tentera mahu mendukung kepimpinan dari seorang individu yang tidak mampu mempimpin keluarganya sendiri?

Amat menghairankan apabila Prebet Ali Tinju cuba mendesak ATM dan Kementerian Pertahanan walhal beliau hanya berkhidmat hanya untuk tempoh 7 tahun 340 hari. Sudah jelas tidak layak! 

Di Facebook, Prebet Ali Tinju seringkali menggelarkan dirinya sebagai JENERAL ALI atau JENERAL ALI TINJU. Bukankah itu satu tindakan yang amat keji kerana menggelarkan diri anda sebagai seorang Panglima? Sebagi seorang bekas tentera, anda mungkin tahu betapa signifikannya pangkat seorang Panglima dan untuk meraih populariti, anda sanggup menggunakan pangkat tersebut sesuka hati? Jika dahulu anda pernah mengaku bahawa anda telah membohongi ramai pihak dengan gelaran Dato’, kini janganlah sewenang-wenangnya mahu menggunakan gelaran Panglima.

Artikel ini bukanlah bertujuan untuk membuka pekung Prebet Ali Tinju namun, berharap agar Prebet Ali Tinju sedar dengan tindakannya yang hanya akan memberi ruang kepada pihak-pihak berkepentingan untuk terus memperalat bekas tentera untuk tujuan politik mereka. Hasrat murni Prebet Ali Tinju untuk memastikan kebajikan bekas tentera terus terbela harus dipuji namun, ia harus dilakukan mengikut prosedur dan cara yang betul. Apa yang pasti, KEMENTAH sentiasa merencana perlaksanaan terbaik untuk memastikan kebajikan bekas tentera sentiasa terbela. Jika benar Prebet Ali Tinju merupakan pendukung aspirasi kerajaan, maka nasihat saya hentikanlah pelawaan demonstrasi di hadapan KEMENTAH yang saudara ingin anjurkan. Populariti murahan ini akan memakan diri saudara satu hari kelak.

Anda mungkin tidak sedar bahawa tindakan anda akan hanya dijadikan sebagai tindakan auto-pilot pihak pembangkang kerana dengan sendirinya cita-cita mereka untuk memecah-belahkan bekas tentera akan tercapai. Adakah anda sanggup menjadi ROBOT DEMONSTRASI PEMBANGKANG?

Ingat, budaya demonstrasi jalanan bukan budaya orang yang bertamadun. Ia bukan budaya rakyat Malaysia!

Sedarlah Prebet Ali Tinju kerana ia masih belum terlambat.

Sumber dari Rakan Blogger di MINDEF, Askar Setia.

June 13, 2012

2 Dah Dekat PRU13 Baru ADUN Batu Tiga Nak Pacak Papan Tanda Pusat Khidmat?

Kalau papan tanda di atas dipacak 4 tahun dahulu, pastinya tidak menarik perhatian CTS. Masalahnya papan tanda Pusat Khidmat DUN untuk Batu Tiga ini dipasang beberapa hari yang lalu. Jangan bagi tahu CTS, Kerajaan Selangor tidak ada duit untuk membuat papan tanda Pusat Khidmat semenjak dahulu.


Persoalannya, kenapakah baru sekarang ADUN Batu Tiga, YB Rodziah Ismail hendak memasang papan tanda ke Pusat Khidamat? Apakah bertujuan memberitahu beliau ingin menabur khidmat? Selama ini tidak berminatkah beliau? Untuk berlaku adil kepada ADUN Batu Tiga ini, CTS tidaklah katakan beliau seorang ADUN yang teruk. Beliau tidaklah rajin dan tidaklah juga seorang pemalas. Cuma, sukar bertemunya di Pusat Khidmat secara individu.


Namun, kalau dibandingkan dengan Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad, yang jauh lebih hampas, YB Rodziah kira oklah. Mungkin peruntukan dikeluarkan untuk semua ADUN di Selangor untuk kesemua ADUN-ADUN di Selangor kot untuk memasamg papan tanda ke Pusat DUN. Ya lah, menjelang PRU13 inilah baru Rakyat Selangor dapat melihat mereka di Pusat Khidmat DUN. Sebelum ni kan sibuk berceramah!


Published with Blogger-droid v2.0.4

June 12, 2012

10 Panglima Songlap Dato Abdul Hadi Bin Al Khatab - Pendedahan Askar Setia Siri Kedua


Dato’ Abdul Hadi bin Abdul Khatab (atau dahulu dikenali sebagai 370461 Brigadier Jeneral Dato’ Abdul Hadi bin Abdul Khatab TUDM) tidak dibenarkan menggunakan gelaran pangkat Brigadier Jeneral TUDM yang disandang selepas bersara daripada perkhidmatan berdasarkan Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT). Beliau telah DITAMATKAN PERKHIDMATAN setelah dipersetujui oleh Majlis Angkatan Tentera (MAT) yang ke 469. Selain itu, beliau turut telah:

1. DIBERSARAKAN daripada Angkatan Tentera Malaysia mulai 2 Jun 2008 dibawah Peraturan 20 (2) (g), (Pencen, Ganjaran dan Faedah-Faedah Lain) 1982.

2.  DIBATALKAN tauliah dari perkhidmatan Angkatan Tentera dibawah Seksyen 9, Akta Angkatan Tentera 1972. 

3. TIDAK DIBENARKAN menggunakan pangkat Brigadier Jeneral TUDM yang disandang selepas bersara daripada perkhidmatan berdasarkan perenggan 4 dan 5 PMAT bilangan 1 tahun 1972.

Perintah ini agak jarang berlaku melainkan seseorang Pegawai Kanan mempunyai masalah besar dan serius serta telah mencemarkan imej Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ekoran kecuaiannya sebagai Panglima Logistik TUDM diatas kehilangan enjin jet F-5E milik TUDM yang pada ketika itu dibawah seliaannya. Setelah diperhalusi, sememangnya tepat tindakan Majlis Angkatan Tentera (MAT) berbuat demikian kerana Dato’ Abdul Hadi seorang Pemerintah yang telah diamanahkan oleh ATM dan dipertanggungjawab sepenuhnya ke atas keselamatan pangkalan TUDM termasuk 2 buah enjin pesawat berkenaan.

Bukan itu sahaja, beliau juga telah banyak mengambil ‘keuntungan peribadi’ daripada pelbagai transaksi pembelian peralatan dan senggaraan TUDM. Ada yang mengatakan sehingga “pembelian skru untuk kem pun dia nak tahu”. Akan tetapi, beliau terlepas daripada sebarang dakwaan pihak ATM kerana kekurangan bukti kukuh. Apapun Allah SWT jua yang Maha Mengetahui. Dato’ Abdul Hadi memang terkenal dengan sifat ‘berdendam’ dan ‘bijak memutarbelitkan’ sesuatu perkara, apatah lagi jika ianya membawa keuntungan peribadi terutama berbentuk wang tunai. Kini beliau mempunyai ruang terbuka luas untuk mengumpul dana setelah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Rundingan Keselamatan PKR. Barulah kena…… ‘buku dengan ruas’ Yang sedih lagi mengecewakan……Dato’ Abdul Hadi sanggup melemparkan pelbagai tohmahan terhadap ATM dan Kerajaan, hanya untuk mencapai impiannya menjadi calon PKR pada PRU 13 kelak.

Tidak tahu erti bersyukur. Itu ungkapan yang tepat untuk diberikan kepada Dato’ Hadi. Angkatan Tentera Malaysia terumatamanya TUDM telah banyak memberi pelbagai kemudahan dan peluang prospek kerjaya kepada beliau. Dihantar  pula melanjutkan pelajaran dan kursus sehingga pernah menjadi National Defence Fellow di Washington D.C! Bukan itu sahaja, beliau dilantik menjadi Panglima Logistik Udara yang mana ia merupakan jawatan impian untuk kebanyakkan Pegawai Kanan TUDM. ‘Lubuk emas’ tu chorr...!

Kekayaan yang diperolehi membolehkan beliau berjalan ‘makan angin’ di merata negara seperti Brunei, Vietnam, Thailand, Norway, Amerika Syarikat, Afrika Selatan, Kanada,  Singapura, Indonesia, Guam dan banyak lagi untuk saya ingati. Bayangkanlah.. seorang Pegawai Kanan TUDM biasa mungkin tidak mampu untuk mengelilingi dunia seperti Dato’ Hadi. Tetapi, kekayaan dan harta miliknya membolehkan beliau melancong ke seluruh dunia. Betulkan YBhg Dato'?

Desas desus dari sumber dalaman PKR yang dikenali dan yang mengetahui, Dato’ Abdul Hadi bin Abdul Khatab bakal dicalonkan oleh PKR untuk bertanding di kawasan parlimen P.77 Tanjong Malim. Bijak sungguh! Impian Dato’ Hadi untuk bertanding dalam pilihanraya akan datang mungkin akan jadi kenyataan. Tetapi, PKR pimpinan PKR juga tidaklah bodoh kerana mereka meletakkan beliau di kawasan ‘parlimen maut’ dan ketahuilah bahawasanya Dato' bakal disembelih di Tanjong Malim. Usahlah bermimpi untuk menjadi calon di kawasan selamat. Kalau dulu pada PRU 12, BN menang dengan majoriti 5,422 undi, pada PRU 13 nanti jika Dato' bertanding di sana, akan membuka laluan yang lebih terbuka dan selesa dengan majoriti yang lebih besar kepada BN kerana pengundi Tanjong Malim akan ‘dihujani’ dengan kes salah laku Dato’ hadi sewaktu dalam perkhidmatan dahulu.

Awas!  dan berhati-hatilah orang Tanjong Malim, kunci dan rantaikanlah semua enjin kerana bakal calon PKR kelak seorang yang berkemampuan untuk menghilangkan 2 enjin pesawat………amat mudahlah bagi beliau untuk melenyapkan enjin lori, bas, kereta dan motosikal tidak terkecuali basikal. PDRM Tanjong Malim diseru untuk mempertingkat rondaan di sekitar kawasan bengkel sebagai tindakan mencegah insiden kecurian enjin berulang menjelang PRU 13 akan datang. 

Persoalannya, siapa peralat siapa? Dato’ Hadi memperalat PKR sebab mahu membalas dendam kepada perkhidmatan, melobi lebih banyak kontrak dan tender projek manakala PKR pula bakal menghumban Dato’ Hadi ke kawasan maut Tanjung Malim? “Seperti melepaskan anjing tersepit..Digigitnya pula tangan yang melepaskan..” Namun, ianya tidak pelik kerana beliau sanggup berbuat apa saja demi memenuhi cita-cita peribadinya. Jika kemudian hari PKR tidak dapat memberi keuntungan kepadanya, beliau akan ‘menggigit kembali tangan yang menyuapnya’ malah mungkin akan bersikap lebih dasyat lagi. Itulah peribadi dan watak sebenar Bekas Panglima Songlap yang bernama Dato’ Abdul Hadi bin Abdul Khatab!

Sumber-Askar Setia.

0 Lawatan Sambil Belajar Ke British Virginia Island


Pendedahan eksklusif muka depan  akhbar New Strait Times hari ini (lanjutan dari pemilikan 20 akaun rahsia Anwar bernilai RM 3 billion) memang menarik perhatian penulis untuk mengupas mengenainya. Menurut laporan tersebut, seorang CEO bank telah mengakui kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR – nama lama bagi SPRM) pada 1999, yang beliau terlibat menguruskan wang dari akaun Anwar ini yang berpengkalan di British Virginia Island (BVI). Agak mengejutkan kerana nama negara itu pun jarang kita dengar tapi tahu-tahu wang negara kita berlambak disimpan disana –semuanya gara-gara Anwar.

Penulis tidak mahu meneka CEO bank mana satu tapi sekarang rasa-rasanya  baru penulis faham kenapa nama ‘Rashid’ begitu memberi nilai sentimental kepada Anwar sehinggakan ada bekas banduan dengan nama sama pun menjadi mangsa pertamanya sebaik keluar dari penjara pada 2004. Apa kaitan ‘Rashid’ dengan bank, pembaca boleh cari sendirilah tapi sekadar nak menyebutkan, bank ini dulu diketahui mempunyai kaitan yang cukup rapat dengan Anwar. 

Malah isteri Azmin, Shamsidar Taharin juga dikatakan pernah memiliki saham yang besar dalam bank tersebut. Tapi sekali lagi penulis nak tegaskan disini, penulis tidak mahu meneka dan terpulang sepenuhnya kepada pembaca untuk membuat tafsiran sendiri. Seperti yang kita ketahui, wang ini ada kaitan rapat dengan not RM 1,000 dan RM 500 yang penggunaan dan pengeluarannya dihentikan oleh Bank Negara Malaysian (BNM) pada 1998, sebagai sebahagian daripada proses pemulihan ekonomi negara yang diserang penyangak mata wang asing pada 1997. Dalam Statutory Declaration (SD) yang dibuat Datuk Murad dulu pun sudah dijelaskan tentang perkara ini, dan bagaimana ianya dibawa keluar dari negara kita.

Berapa besarkah ekonomi BVI ini, penulis tidak tahu tapi yang jelas sekarang, apa pun nilainya, kelihatan ia disumbang sedikit sebanyak oleh berbilion wang negara kita yang disimpan disitu. BVI, setakat yang penulis tahu, tidak mempunyai tahap kerahsiaan kewangan sehebat Switzerland.  Di Switzerland, tidak ada Mahkamah atau undang-undang  dalam negara itu yang boleh mengarahkan bank-bank negara tersebut mendedahkan maklumat kewangan pelanggan mereka kepada pihak ketiga. Ada khabar mengatakan perkara ini menjadikan Switzerland sebagai tempat paling sesuai untuk menyimpan jumlah wang yang banyal tanpa perlu risau ia diketahui pihak lain – termasuklah wang haram.

Penulis yakin, sistem perbankan di BVI tidak jauh beza dengan Britain yang menjajah negara tersebut.  Sudah tentu ada selok belok perundangan yang membolehkan pemilik sebenar wang tersebut didedahkan kepada pihak-pihak berkepentingan. Mungkin masih ada saksi-saksi yang pernah disiasat BPR dulu yang masih hidup dan boleh melengkapkan siasatan kalau kes tersebut dibuka semula sekarang. Itupun kalau samseng-samseng upahan Anwar tidak sampai kepada dia dahulu.

Kerajaan, SPRM dan BNM perlu ambil serius perkara ini. Wang, (walaupun dalam not yang sudah tidak dikeluarkan lagi), perlu dibawa balik ke negara ini untuk dimusnahkan kerana ia boleh mempengaruhi ekonomi negara kita, terutama bila bercakap tentang kitaran wang (circulation of money). Apa terjadi kalau wang itu dibawa balik ke Malaysia dan masuk ke dalam pasaran? Sudah tentu inflasi akan meningkat naik, sila-silap sejarah ‘wang pisang’ semasa penjajahan jepun dulu, boleh berulang semula.

Maaflah, ini bukan niatnya nak mengajar, penulis tahu, BNM pun sedar tentang perkara ini. Cuma penulis mahu sesuatu dilakukan segera untuk memastikan negara kita tidak lagi terjerumus ke dalam kegawatan ekonomi sekali lagi setelah kita terselamat dari krisis sub prima yang melanda Amerika Syarikat pada 2008.

Dalam masa yang sama juga, tidak salah rakyat negara kita berkunjung secara beramai-ramai ke BVI untuk melancong. Tahulah kita sekarang, apa pun yang cantik, apa pun yang menarik, canggih dan sebagainya di negara tersebut, sedikit sebanyak disumbangkan oleh wang negara kita yang disimpan disitu dan dilaburkan oleh bank yang menyimpannya.

1 Anwar Melatih Gerila Pluralisme Di Indonesia?



Mungkin ramai yang tidak sedar akan kewujudan akhbar kecil ‘Malaysia Harini’, namun muka depan akhbar ini bagi tarikh 11 – 25 Jun 2012 menunjukkan yang akhbar ini perlu diberi perhatian. Pendedahan di muka depannya yang bertajuk ‘Utan Kayu markas lahir gerila anwar?’ mendedahkan bagaimana mahasiswa dilatih untuk menyerap masuk ke dalam sektor-sektor awam sebagai perisik untuk memperoleh maklumat. Dalam pada itu, mereka juga bertanggungjawab untuk menerapkan pemikiran dan fahaman liberal dan plural di kalangan masyarakat.  Matlamat utama latihan mereka di markas tersebut adalah untuk menjatuhkan kerajaan yang menolak pemikiran dan fahaman mereka.    

Menurut akhbar tersebut, Anwar telah merekrut ramai anak muda kita, terutama mahasiswa untuk dihantar ke Utan Kayu bagi menjalani latihan. Secara ringkasnya, pemikiran liberal dirujuk sebagai pemikiran terbuka yang meletakkan hak asasi, iaitu kemahuan, kehendak dan nafsu manusia mengatasi tuntutan budaya, agama mahupun hukum alam, contohnya perlakuan seks songsang. Dalam hal-hal tertentu, golongan ini juga meletakkan hak segelintir mereka sebagai mengatasi hak majoriti contohnya dalam menganjurkan demonstrasi dan rusuhan.  

Fahaman pluralisme pula merujuk kepada kepercayaan bahawa semua agama adalah sama kedudukannya. Maka, ibadah dalam Islam seperti solat boleh dilakukan di mana-mana saja tempat ibadat tanpa mengira sama ada ia adalah kuil hindu atau gereja. Selain itu, semua orang boleh mengaminkan doa yang ditujukan kepada Allah S.W.T. atau Dewa berkepala gajah, atau Jesus Christ kerana ia tiada bezanya. Komunitas Utan Kayu dipelopori oleh Pengarang akhbar Tempo iaitu Goenawan Mohamad, Pengarang akhbar Suara Pembaruan, Aristides Katoppo, Peneliti LIPI, Moehtar Pabottinggi, Wartawan Kanan Radio Mara, Mohamad Sunjaya, Pegawai Komunikasi UGM, Ashadi Siregar serta beberapa tokoh wartawan lain di Indonesia.  

Kebebasan akhbar yang wujud selepas tumbangnya Presiden Seoharto telah membuka jalan yang luas kepada golongan ini untuk bergerak cergas. Bagi memudahkan pergerakan mereka dalam politik, pemimpin Komunitas Utan Kayu menubuhkan Institut Studi Arus Informasi (ISAI) yang bertanggungjawab menerbitkan buku politik dan membangunkan jaringan wartawan alternatif. Sepertimana agen-agen penyebar fahaman liberal di Malaysia seperti Malaysiakini, SUARAM dan berbagai-bagai lagi yang ditaja oleh NED dan NDI iaitu antara jaringan kompleks di bawah CIA, Majalah Tempo juga ada menerima bantuan khusus daripada The Asia Foundation dari jaringan yang sama. Melalui dana yang diterima dari pihak inilah maka Goenawan berjaya menubuhkan Komunitas Utan Kayu dan juga Komunitas Salihara iaitu Pusat Islam Liberal dan LGBT, yang mana Anwar pernah dijemput untuk memberi ucapan khas.  

Peneraju The Asia Foundation di rantau Asia Tenggara ialah Dr. Surin Pitsuwan, Bekas Menteri Luar Thailand dan sahabat Anwar. Surin mendapat pendidikan dari Harvard, merupakan Muslim Thailand pertama yang pro neo-con sehingga diterima sebagai fellow di The Rockeffeler Fellowship Program, The Rockefeller Foundation, Harvard University dan American University, Cairo.   Peranan The Asia Foundation ialah menaja fahaman Islam pro-barat atau liberal tadi. Selain Anwar yang pernah berucap di Komunitas Salihara, Goenawan juga pernah menjemput Aminah Wadud, iaitu tokoh Islam liberal yang mengimamkan solat Jumaat di Amerika untuk berucap di sana.   Mungkin ramai yang lupa bahawa ketika Anwar menjadi Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), beliau pernah melantik Aminah Wadud ini sebagai tenaga pensyarah Universiti dari 1989 – 1993.   

Antara tokoh lain yang pernah menjadi tetamu kehormat Komunitas Salihara ialah Musdah Mulia iaitu tokoh Islam liberal yang giat membela LGBT. Selain Komunitas Salihara, Goenawan juga memperjuangkan LGBT melalui Lontar Foundation dan Tifa Foundation. Persamaan antara Aminah Wadud, Musdah Mulia, Goenawan dan Anwar Ibrahim adalah  mereka merupakan antara personaliti Islam yang menerima sanjungan serta anugerah khas dari Barat atas nama pejuang kebebasan, pejuang hak asasi, kemanusiaan dan berbagai-bagai lagi. Kerana berjaya menimbulkan kontroversi di kalangan umat islam, Aminah Wadud menerima Danish Democracy Prize.  Musdah Mulia menerima anugerah US State Department’s International Women of Courage kerana membela LGBT.  Anwar diberi jawatan tinggi dalam beberapa organisasi dalam rangkaian jaringan Neo-con manakala Goenawan pula menerima penghargaan ‘Dan David Prize’ dari Tel Aviv University, Israel malah akhbar Israel, haaretsz juga melaporkan bahawa goenawan turut diberi hadiah wang USD250 ribu atas penghargaan itu.  

Hakikatnya, pengiktirafan, anugerah dan sanjungan yang diberikan oleh barat kepada semua mereka ini, walaupun dirujuk atas nama hak asasi, kemanusiaan,  kebebasan dan sebagainya adalah sebenarnya pengiktirafan terhadap kerja kuat mereka untuk memecahbelahkan umat Islam serta melemahkan pegangan agama Islam. Di Malaysia, antara tokoh yang turut menerima sanjungan dan beberapa anugerah dari Barat atas nama hak, kebebasan dan kemanusiaan adalah Ambiga Sreevanesan, yang juga merupakan pejuang LGBT. Justeru, jika ada yang masih sangsi dengan kewujudan gerakan khas untuk melemahkan Islam, sewajarnyalah mereka kembali merujuk kepada Al-Quran yang menyatakan bahawa “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu sampai kamu mengikuti agama mereka” (al baqarah ayat 120).

Allah tidak berbohong kepada hambanya. Bukti kebenaran ayat-ayat Al-Quran kini berada di depan mata. Semoga mahasiswa dan golongan-golongan muda di Malaysia tidak terlalu mudah terhasut untuk membenci dan memberontak tanpa asas. Dan gunakanlah akal dengan sebaiknya agar tidak terpedaya dengan ide-ide baru yang kelihatan menarik tetapi sebenarnya sesat dan merosakkan diri serta masyarakat. Kerajaan juga digesa agar tidak memandang ringan akan pendedahan ini.  Adalah diharapkan agar tindakan tegas diambil untuk mengekang pergerakan agen-agen neo-con di negara kita.  

June 11, 2012

3 Akaun RM3 Bilion - Kenapa Susah Sangat Anwar Ibrahim Nak Jawab Ya Atau Tidak



Sekali lagi Anwar Ibrahim selaku Ketua Pakatan Pembangkang terpaksa bersilat lidah untuk menepis isu akaun RM3 bilion yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Perkara ini penting menuntut penjelasan dan jawapan yang ampuh. Nilai RM3 bilion bukannya kecil anak dan ia didakwa berlaku ketika Anwar adalah Menteri Kewangan dan juga Timbalan Perdana Menteri. Tapi sudah tabiat Anwar, tiap kali dirinya terbelit dengan isu panas ada saja caranya mengelakkan diri dari menjawab persoalan yang timbul.

Selalunya pemimpin UMNO yang akan dijadikan sebagai kambing hitam untuk dipersalahkan atau dipertanggungjawabkan sekaligus dengan harapan dirinya tidak akan dipersoalkan oleh penyokong pembangkang. Bendanya bukanlah susah, jawab YA atau TIDAK, itu sahaja. Jika YA, rakyat nak tahu dari mana datangnya aset dan wang tersebut. Jika TIDAK, kenapa tidak di saman sahaja Timbalan Gabenor Negara, Abdul Murad yang mendedahkannya.

Ini tidak, hanya dek kerana panas punggung disuruhnya pula Tan Sri Muhyidin Yassin pula mendedahkan akaun beliau. Tiada kaitan langsung dengan isu RM3 bilion yang heboh diperkatakan sejak 13 tahun dulu. Penulis teringat kejadian dalam satu sidang akhbar setahun yang lalu membabitkan isu chinadoll. Bila wartawan tanya komennya tentang isu tersebut, tak semena-mena ditunjukkan perutnya yang konon tidak boroi. Pun bersilat lidah juga. Mengarut sungguh caranya menjawab. Songsang betul cara pemikiran Anwar saling tak tumpah dengan perwatakan dan kegemarannya. Kaedah menjawab yang langsung tidak mencapai tahap intelektual sebagai seorang pemimpin.

8 Kenapa Yaman Mempelawa Tun Dr Mahathir Jadi Penasihat Ekonomi Dan Bukannya Anwar Ibrahim?



Yaman Pelawa Dr Mahathir Jadi Penasihat Ekonomi
10 Jun 2012
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Yaman Mohamed Salem Basendowah mempelawa bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi penasihat ekonomi khas negara itu.
Menurut kenyataan Kedutaan Besar Malaysia di Sana'a, Dr Mahathir berkunjung ke Yaman pada Khamis bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung pelawaan Mohamed Salem itu. 
Semasa lawatan itu, Mohamed Salem menganjurkan majlis makan tengah hari untuk Dr Mahathir, diikuti satu pertemuan yang dihadiri bekas perdana menteri Yaman, menteri daripada parti pemerintah dan pembangkang, pegawai kanan kerajaan serta seorang pegawai Bank Dunia.
Kenyataan itu juga menyebut pemimpin Yaman tersebut menyifatkan pencapaian dan transformasi negara daripada ekonomi berasaskan pertanian kepada sebuah negara maju sebagai 'Keajaiban Malaysia'. Beliau berharap untuk mendapatkan pandangan Dr Mahathir berhubung cara untuk membina semula Yaman," katanya.
Menurut kenyataan itu, Dr Mahathir mengambil peluang untuk berkongsi pengalaman Malaysia dan dasar yang dilaksanakan sepanjang tempoh 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri. "Dr Mahathir memaklumkan kepada Perdana Menteri Yaman bahawa beliau bangga dipelawa menjadi penasihat ekonomi khas negara itu," katanya.
Mohamed Salem dilantik menjadi Perdana Menteri pada 11 Disember 2011 dan beliau kini menerajui usaha perdamaian nasional Yaman. Dr Mahathir turut mengunjungi Presiden Yaman Abdu Rabu Mansur Hadi. - Bernama 
Berita yang pastinya buat juak-juak Pakatan Haram tidak boleh tidur lena. Kenapakah Ketua Umum P"Gay"R mereka yang berkelulusan Ijazah Pengajian Sastera dengan mendapat Kelas Ketiga langsung tidak dipandang oleh Negara Yaman? Bukankan Ketua Umum P"Gay"R mereka penasihat ekonomi Selangor? Kenapa Negara Yaman tidak memanggil Pak Syeikh Anwar Ibrahim yang mendakwa hebat menjadi Menteri Kewangan suatu waktu dahulu sehingga berbilion ringgit negara ghaib sehingga sekarang. Adakah Negara Yaman terkhilaf, tersalah percaturan, terlupa atau mereka pun tidak mahu dan ingin dengan pendekar gay itu. 

Mungkin Yaman tidak mahu mengambil seorang yang kaki kelentong dan seorang biseksual? Apapun, ini jelas membuktikan bahawa Tun Dr Mahathir adalah seorang pemimpin yang hebat bukan seperti Anwar Ibrahim yang menjuarai kelentong sejagat. Yang CTS pasti, pastinya dengan perlantikan Tun Dr Mahathir sebagai penasihat ekonomi Yaman, beliau tidak akan dibayar servis perkhidmatan sebanyak RM1! Walaubagaimanapun, Tun Dr Mahathir adalah tokoh negarawan dan pemimpin yang TERBAIK. Pastilah beliau yang terpilih. Semoga beliau panjang umur dan diberi kesihatan yang baik untuk terus membantu pentadbiran DS Najib membawa Malaysia ke tahap yang lebih tinggi. Amin.

Oh ya, sementelah itu, disebabkan ramai yang komen gambar pemimpin-pemimpin sebelah sana yang suka sembahyang seorang-seorang di tengah taman dan di dalam hutan semalam, hari ini CTS pamerkan pula gambar pemimpin sebelah sini yang sembahyang di kalangan orang ramai. CTS juga berpengalaman disapa oleh beliau ketika duduk menunggu Khutbah Jumaat di Masjid Negara. I love you Sir.

June 10, 2012

39 Tak Faham Kenapa Nik Abduh Sembahyang Tengah Taman, Nik Aziz Sembahyang Tengah Hutan

Bukan niat menghina, jauh sekali niat mempersenda. Tidak ada niat di hati ini untuk mempertikaikan solat yang dilakukan oleh kedua-dua anak beranak ini sah atau tidak. Si anak, Nik Abduh bersembahyang di tengah taman, di tempat awam orang lalu lalang. Si Ayah pula bersolat di dalam hutan belukar atau semak samun bersaksikan lampu kamera lip lap lip lap. Sepanjang CTS bersembahyang di luar rumah di dalam negara Malaysia ini, belum pernah rasanya CTS mengalami masalah untuk mencari masjid atau surau waima di mana-mana tempat sekalipun. 

Bukan calang-calang CTS berjalan dan mengembara. Sebagai seorang auditor dalaman, lebih banyak masa hidup ini dihabiskan semasa "outstation" berbanding berada di rumah. Rasanya belum pernah CTS bersembahyang di tempat seperti kedua beranak ini bersembanhyang. Rasanya cukup surau dan masjid di mana-mana tempat di Malaysia ini. Kenapa kedua beranak ini sengaja mencari tumpuan ramai? Tidak bolehkah bersembahyang di surau atau masjid berdekatan? Atau apakah kesemua masjid dan surau telah ditutup?


1 Siapa Kata Rakyat Malaysia Benci Rosmah?


Jangan ambil pusing dengan fitnah-fitnah jahat pembangkang terhadap isteri Perdana Menteri, DS Rosmah Mansor. Semakin banyak beliau difitnah, semakin ramai Rakyat yang bersimpati dengan beliau. Buktinya, lebih 10,000 warga India dan lain-lain bangsa Malaysia hadir di Taman Sentosa, Klang semperna Karnival Wanita India 1Malaysia bersama NGO. Lihatlah gambar-gambar di bawah:



Juak-juak cybertroopers pembangkang akan berkata, yang datang semuanya dibayar elaun perjalanan oleh UMNO kan? Lihatlah aura isteri Perdana Menteri. Hebat-hebat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, cuba bandingkan sambutan yang diperolehinya di Jeli Kelantan, baru-baru ini:

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates