May 19, 2012

3 Countdown Himpunan Belia Negara 2012 - 3 Hari Lagi



Jangan lupa. 3 hari lagi. Datanglah ke Himpunan Belia Negara 2012. 23 - 27 Mei 2012. Bertempat Di Putrajaya. Banyak acara menarik yang boleh disertai oleh seisi keluarga selain dari persembahan, pertunjukan dan pameran. Bagi belia-belia yang berminat dengan persembahan dan pameran unik, bolehlah merehatkan fikiran bersama rakan-rakan dan keluarga menikmati acara-acara berikut:






May 18, 2012

0 Countdown Himpunan Belia Negara 2012 - 4 Hari Lagi


Jangan lupa. 4 hari lagi. Datanglah ke Himpunan Belia Negara 2012. 23 - 27 Mei 2012. Bertempat Di Putrajaya. Banyak acara menarik yang boleh disertai oleh seisi keluarga selain dari persembahan, pertunjukan dan pameran. Bagi belia-belia yang berminat dengan sukan lasak dan ekstem, anda semua boleh menyertai acara-acara berikut:






17 100,000 Rakyat Sambut MB Selangor Di Putra Perdana



Tu dia haih! Kebangkitan Rakyat Selangor. Hampir 100 ribu orang datang menyambut MB Selangor kat Putra Perdana, Puchong. hehehe ... Jangan kata CTS edit gambaq pula. CTS mana pandai edit-edit ni. hohoho ... Kebanyakan yang datang kakitangan-kakitangan yang dikerah, ahli-ahli P"Gay"R seluruh Selangor. Awat yang loglaq sangat? Awatnya hangpa datang pakai uniform Dik Non. Tu pun dia buat majlis masa ada pasar malam supaya nampak ramai. Makan free pun orang tak nak dekat pun.

0 What Chinese Paper Wrote - Democratic Values Banished (Sin Chew Daily)

Sin Chew Daily

OPINION CORNER BY  TAY TIAN YAN

16-5-2012

Democratic values banished?

Lim Kit Siang said: My heart's broken! Anyone who cares about DAP will be equally broken-hearted. I received a text message from a senior DAP leader, telling me Tunku Abdul Aziz's departure dealt a serious blow on the party. It took DAP a whole lot of effort to inch towards a multiracial entity and now all the transformation effort has gone down the drain.

Sure enough the liberal and democratic image the party has championed over the years has now become widely questionable. I replied his text message: The damage has been wrought. If lessons could be drawn and flaws fixed, a bright future is still beckoning ahead, but if the party remains recalcitrant, it may some day lose all its people. He replied: Your view is noted. Hopefully the party will wake up!

Indeed this friend of mine has taken note but not majority of DAP leaders and supporters. Many are still in the dark what has actually happened to the party, in fact a rather serious thing. Some might think it would be alright just by calling Tunku names, accusing him of being bribed by BN. No way! If DAP goes on this way, it will only find itself sink deeper and deeper into the quagmire. Tunku joined DAP all because of an aspiration, thinking his move could propel the nation's democracy and progress. Lim Kit Siang can testify on this.

When this party begins to lose its ideals to favouritism and utilitarianism, its culture begins to recede. Tunku's resignation could be just a blasting fuse, a more profound factor being the populism and fanaticism that are beginning to take shape within the party in recent years. These people are eager to drfit with popular sentiments, and lose the rational thinking and democratic traits the party enshrines. As if that is not enough, DAP has found itself infiltrated by a bunch of mundane folks lacking in both democratic qualities and political ideologies.

As these people ascend the leadership ladder, they begin to create issues and foes while engaging themselves in all sorts of seditious and provocative tricks, causing the moderate thinking to feel disgruntled and disenchanted. Under the spell of populism and fanaticism, the party surrenders its capacity to think and debate logically, rendering it less tolerant to criticisms. While the Tunku incident might appear on surface as an aftermath of the Bersih 3.0 rally, or even some may say he acted on the spur of the moment, similar incidents would still get exposed and erupt anyway if not for the Bersih rally or Tunku.

Having won unprecedented triumph in the last general election, DAP has since failed to entrench its cultural connotation and ideologies, basking instead in public cheers and a sense of well-being. It has tripped into the trap of its own victory. In the short term the party can still win the hearts of people chronically unhappy with the BN government, but bear in mind that politics is a marathon race, and the real race is just about to be flagged off when its rivals shift strategies.

That is when a party's objectives and ideals will have the say on its eventual competitiveness. The departure of Tunku Abdul Aziz signifies the banishment of DAP's ideals, and once these are gone, the party will be left with nothing but a hollow shell. Guan Eng might have missed the opportunity to keep Tunku, but if he realises what has gone wrong and is ready to bring back the party's ideals and put it back on the right track, chances are still on his side.

4 Duit "Durian Runtuh" RM5,000 Punya Pasal, Termonyeh-Monyeh Puak Pakatan Haram Datang

Siapa kata juak-juak Pakatan Haram ini berprinsip?  Siapa kata juak-juak Pakatan Haram yang melabelkan Kerajaan BN dengan perlbagai gelaran tidak menjilat kembali ludah mereka? Cuba lihat gambar-gambar di bawah. Apabila Kerajaan Barisan Nasional mula-mula hendak menyenaraikan FELDA GVH ke Bursa Saham Kuala Lumpur, macam-macam juak-juak Pakatan Haram ini berusaha untuk menggagalkannya. Sekarang apabila Kerajaan mengumumkan pemberian "durian runtuh" RM5,000 untuk fasa pertama, cuba lihat siapa yang termonyeh-monyeh datang mengambil cek. Duit punya pasal beb!

1. Juak-juak Bersih 3.0


2. Ahli PAS (AJK lagi!)


3. Peneroka malaun yang mengfailkan injuksi mahkamah.


0 Cafe Rocket Bukti Penyalahgunaan Kuasa Kerajaan Selangor


Selama ini DAP dan pakatan pembangkang PR sering mendabik dada dan kerap bercakap besar seolah-olah merekalah juaranya dalam isu kredibiliti (kebolehpercayaan) dan integriti (kejujuran dan ketulusan). Dan, tidak sedikit penyokong DAP dan PR khususnya dari kalangan keturunan Cina yang menelan bulat-bulat retorik tersebut. Malah ada juga segelintir orang India dan orang Melayu yang menyokong pembangkang turut sama menaruh kepercayaan serta terpengaruh dengan propaganda bombastik itu seolah-olah bagi mereka PR adalah paling telus, jujur, teguh amanah dan penuh kredibiliti. 

Hakikatnya, realiti dengan fantasi jauh berbeza apatah lagi bila tiap bait kata dan janji mulus itu dilaungkan oleh golongan politikus yang resam kerja hariannya memburu kuasa dan harta berselindung disebalik retorik dan propaganda. Pendedahan oleh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz berkaitan cabang perniagaan DAP, Cafe Rocket yang beroperasi tanpa kelulusan majlis bandaran hanyalah satu daripada pelbagai isu yang sudah sekian lama sengaja dipendam begitu saja oleh kerajaan pakatan pembangkang yang memerintah Selangor.

Satu pendedahan yang menarik kerana ianya menambah lagi koleksi kepincangan urus tadbir negeri oleh kerajaan Selangor yang turut dianggotai DAP sebagai rakan sepakatan dalam memerintah negeri Selangor. Sebelum ini dalam kes Teon Beng Hock, isu rasuah dan penyalahgunaan tender kontraktor Bumiputera oleh penyokong Cina DAP pernah didedahkan dalam inkues terbuka beberapa tahun lepas namun telah dipolitikkan pemimpin negeri kononnya ia permainan politik oleh BN.

Menurut Tunku Aziz, Cafe Rocket tersebut yang terletak di SS2/63, Petaling Jaya dimiliki oleh ahli kanan DAP hingga kini bebas beroperasi tanpa permit sah dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sejak hampir tiga tahun lalu. Menurut Tunku Aziz lagi, apabila isu tersebut dibangkitkan oleh ahli-ahli DAP yang lain tiada tindakan konkrit diambil untuk menjawabnya melainkan seperti sengaja di sapu ke bawah karpet.

Mengikut rekod, perlancaran rasmi Cafe Rocket telah disempurnakan oleh Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua menteri Pulau Pinang pada 4 Oktober 2009. Timbul pertanyaan besar di sini, apakah punca utama yang mengecualikan Cafe Rocket daripada tertakluk pada undang-undang hingga dibenarkan beroperasi secara haram tanpa tindakan dari majlis bandaran?

Apakah disebabkan DAP sebagai komponen pendukung utama kerajaan negeri Selangor maka ia mendapatkan keistimewaan untuk melanggar aturan undang-undang tatkala banyak penjaja di tepi jalan terpaksa berdepan dengan langkah penguatkuasaan oleh MBPJ? Mengapakah sehingga kini Menteri Besar Selangor, khalid Ibrahim terus berdiam diri sedangkan isu ini bukan sahaja berkait rapat dengan soal ketelusan dan kejujuran malah turut melibatkan penguatkuasaan undang-undang yang sepatutnya tiada mana-mana pihak pun terkecuali.

Adakah kerana pemimpin utama DAP, Ronnie Liu Tian Khiew berkuasa penuh sebagai EXCO ataupun Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian Dan Penyelidikan maka kerana itu Cafe Rocket diberi kelebihan untuk beroperasi secara haram? Adalah agak jelik dan memalukan bila selama ini DAP gah berkokok mendabik dada sebagai juara demokrasi yang memperjuangkan kredibiliti dan integriti namun bila saat memiliki secebis kuasa pemerintahan sampai masanya tidak berupaya merealisasikannya.

Selama hampir tiga tahun cafe Rocket beroperasi tanpa permit seperti mana kata Tunku Aziz bermakna selama tiga tahun ini kerajaan Selangor membenarkan berlakunya perlanggaran undang-undang dan penyalahgunaan kuasa. Baru diberi nikmat menguasai kerajaan di peringkat negeri pun dah terpampang ketidaktelusannya mentadbir, bagaimana mungkin untuk mengurus tadbir sebuah negara yang tentunya menuntut lebih ketegasan dan integriti yang tinggi.

Jika beginilah realiti dan hakikatnya, tiada guna untuk DAP mahupun kerajaan PR Selangor untuk terus mendabik dada sebagai pejuang demokrasi yang berintegriti apatah lagi untuk terus beretorik mendakwa diri sebagai anti rasuah dan anti penyalahgunaan kuasa.

0 Welcome To Selangor - Mana-Mana Boleh Pergi Urut!


Masalah rumah urut di Selangor semakin membimbangkan. Terdapat ratusan pusat-pusat urut yang tumbuh bagai cendawan di negeri ini, sehingga merebak ke kawasan penempatan setinggan sejak kebelakangan ini. CTS juga mempertikaikan kenyataan yang dikeluarkan kerajaan negeri Selangor bahawa mereka hanya mengeluarkan sebanyak 60 lesen kepada pusat urut di seluruh negeri itu.

Hujung minggu lalu CTS berkesempatan bersama beberapa pertubuhan NGO membuat tinjauan di beberapa kawasan di Selangor. Di kawasan Pandan Indah sahaja, terdapat lebih 80 pusat urut, lebih 200 pusat urut beroperasi di Klang selain berpuluh-puluh lagi wujud di Kuchai Lama, Damansara dan Ampang Jaya. Apakah 60 lesen dikeluarkan pihak Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Haram untuk operasi pusat urut dan selebihnya beroperasi secara haram di Selangor? 

Kerajaan Negeri Selangor juga tidak boleh menfikan bahawa kewujudan pusat-pusat urut haram ini hanyalah sebagai helah untuk menutup aktiviti persundalan dan pelacuran.Jadi tidak hairanlah video di bawah dikeluarkan oleh barisan artis "Bangkang Dari Longkang" dalam video Youtube terbaru mereka, "Special Offer", untuk menyindir Kerajaan Selangor secara sinikal. Tonton jangan tak tonton.

video

0 Aspirasi PM @najibrazak, Anak Kedah Miskin Dapat Masuk UiTM, Tahniah @datosahol







Terharu membaca mesej-mesej yang dihantar petugas-petugas Unit Media Baru (UMB), yang kini berada di Kedah dalam siri lawatan Jelajah Destinasi Anak Bangsa 1Malaysia. Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar selaku VC UiTM telah meluangkan masanya untuk bersama-sama para sukarelawan dalam satu majlis menyampaikan surat tawaran kepada bakal mahasiswa UiTM yang telah berjaya dalam permohonan pada bulan April yang lalu. 

Selain itu, Dato' Sahol telah meluluskan permohonan serta rayuan yang dibuat oleh ibu bapa yang hadir berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Tahniah kepada semua pihak yang terlibat kerana berjaya melaksanakan visi Perdana Menteri DS Najib Tun Razak dalam mencari kumpulan sasar yang kurang berkemampuan di luar bandar, pedalaman dan miskin bandar yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi tetapi tidak mempunyai kemampuan. 

Tahniah juga kepada pelajar-pelajar Kedah yang kurang berkemampuan dan berjaya di dalam rayuan mereka untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti. Tanpa slogan retorik seperti "Negara Berkebajikan" BN dan UMNO terus mara untuk membantu anak bangsa terutama dari golongan yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke Menara Gading. Tahniah UMB, tahniah UiTM, tahniah Dato Sahol. UiTM Selamanya Di Hatiku!

May 17, 2012

1 Countdown Himpunan Belia Negara 2012 - 5 Hari Lagi


Jangan lupa. 5 hari lagi. Datanglah ke Himpunan Belia Negara 2012. 23 - 27 Mei 2012. Bertempat Di Putrajaya. Banyak pertandingan menarik yang boleh disertai oleh seisi keluarga selain dari persembahan, pertunjukan dan pameran. Antara pertandingan yang dijangka menarik perhatian adalah:







3 Muzakarah Dengan UMNO, Tajuk Drama Terbaru PAS



PAS, bila sedar yang dirinya sudah tersepit dan ketinggalan, akan kembali bercakap soal hudud, negara Islam dan muzakarah dengan UMNO. Ini adalah perkara ‘alami’ dan biasa berlaku bila PAS ada masalah dengan penurunan sokongan. Apatah lagi dalam keadaan sekarang, PAS bukan setakat hilang sokongan rakyat, kedudukkannya dalam Pakatan Rakyat pun semakin mengecil dan jauh tertinggal di belakang.

Penumpuan penulis ialah tentang isu muzakarah ini. Walaupun Nik Aziz hari ini menyebut, yang penulis petik “sedia bermuzakarah dengan sesiapa sahaja, termasuk UMNO”, ia memang semata-mata ditujukan kepada UMNO. Disebut sebegitu sebab taknaklah nampak sangat yang PAS ni terhegeh-hegeh nak muzakarah dengan UMNO, setelah begitu banyak yang buruk-buruk ditempel kepada UMNO sebelum ini.

Kenapa penulis kata “memang semata-mata ditujukan kepada UMNO”?  Sebab dalam senario politik PAS di Malaysia hari ini, siapa nak muzakarah dengan PAS? MIC, MCA, PPP? Siapa? Mana ada pihak lain, hanya UMNO sajalah. DAP dan PKR memang dah di luar tajuk sebab kerjasama dengan PAS sudah bermula tanpa muzakarah pun. Kalaupun muzakarah, ia dalam bentuk tidak langsung, bukan dalam konteks ‘rayuan’ yang dibuat terhadap UMNO sekarang.

Persoalan penulis, tidak malukah PAS meminta diadakan muzakarah dengan UMNO sekarang setelah apa yang mereka lakukan terhadap UMNO sepanjang masa sebelum ini, terutama 4 tahun yang lepas? Mana maruah Nik Aziz dan PAS?  Beberapa hari sudah, Hadi Awang juga mengungkapkan perkara yang sama, tapi itu tidak boleh dipakai sebab Hadi bukan ketua sebenar PAS, tapi Nik Aziz.

Sekarang teranglah sudah kenapa Anwar begitu beria-ia mahu mengambil alih PAS secara halus.  Rupanya Anwar takut muzakarah itu jadi kenyataan dan Pakatan Rakyat yang diwujudkan Anwar akan lebih jauh tertinggal di belakang. Sudah tentu bila muzakarah ini diadakan, perbincangannya ialah mengenai politik dan pembahagian kuasa kalau kerjasama wujud.

Ini yang Anwar mahu elakkan. Serendah mana pun kedudukkan PAS dibanding dengan UMNO sekarang, PAS masih punya sokongan akar umbi yang kuat, dibanding dengan PKR dan DAP yang banyak bergantung kepada pengundi cina dan melayu atas pagar yang bergantung kepada isu-isu tertentu untuk menentukan sokongan.

Justeru, UMNO mesti mengelak dari terperangkap dengan permainan licik PAS ini. Soal muzakarah ini bukan baru dan niat disebaliknya pun bukan suatu yang rahsia. Apa sekalipun, ia hanya akan menguntungkan PAS dan memberi sedikit kelebihan moral kepada BN dan UMNO. Yang diintai PAS bukan perpaduan tapi apa keuntungan yang dia boleh dapat kalau kerjasama itu jadi kenyataan.

Pemimpin UMNO perlu ingat, penyertaan PAS dalam Barisan  Nasional dulu menunjukkan bahawa kesetiaan mereka hanya kepada PAS semata-mata. Kalau apa yang dimahukan itu tidak boleh dicapai, PAS tidak akan teragak-agak untuk meninggalkan kerjasama yang telah dipersetujui di awalnya.  Peduliklah yang ditinggalkan itu nak jadi apa, janji mereka dapat keuntungan. Itulah PAS.

Sedangkan dalam keadaan ‘bekerjasama erat’ dengan PKR dan DAP sekarang pun, PAS berani membuat cadangan untuk bermuzakarah dengan UMNO, apakah jaminan masalah yang sama tidak akan berulang kalau muzakarah dengan UMNO nanti membawa kepada kemasukkan PAS ke dalam BN seperti dekad 70-an dahulu? 

Ini yang penulis harapkan kepada pimpinan UMNO untuk perhalusi. Jangan mudah terperangkap dengan drama ini.  Plot cerita dan kesudahannya sudah diketahui sebelum pengambaran itu bermula sekalipun.

0 Harrasing Najib In London Only Benefit BN


In contrast with Anwar Ibrahim's opinion where he thinks that the actions made by a few Bersih supporters (mentioned Pakatan Haramjad) in London yesterday would humiliate and deter the image of Datuk Seri Najib Tun Razak. Instead, it showed the world that Najib is a calm leader, instead of making harsh response in facing such situation. 

Perhaps Anwar thought that both of the Bersih supporters would be cuffed or 'handled' by the UK police or Najib's bodyguards after they tried to ruin his speech. Images as such is vital to show that the lie saying that Najib is a bad and evil leader is not true. All of that did not happen. Instead, both of them were 'rebutted' by Najib in open.

Once again, the strategy that was supposed to hit Najib turned to hit Anwar and Bersih instead. Their rude conduct in London yesterday was like a follow-up of the behaviors of Bersih 3.0 supporters in streets around Dataran Merdeka back in April 28. Rakyat who were angered by the riot that occurred in Kuala Lumpur is getting more annoyed with the same approach that was made by two to three Bersih supporters in London.

We do not know where did such culture came from, what is certain is that it is not Malaysians. There are many other approaches than can be made. Approaches that are more civilized. Writer is certain that the reason why they acted that way was just to gain the attention of foreign media that was there so that they could say that Najib is being opposed by his rakyat. The fact is, only two to three people came and it only lasted for a few minutes. Not enough to show that 27 million Malaysians are going against him.

Even if that is the story, it would be obvious that foreign media is not interested in getting the truth. In the angle of democracy, majority of Rakyat has chosen Najib as the Prime Minister and some minorities would have to accept that fact no matter how much they hate it. That is what democracy is all about. That was the same thing that Datuk Seri Najib said during his speech after all of the commotion that was triggered by those Bersih supporters.

We need to remember that there were hundreds of Malaysians at the event in London yesterday and only these two or three people tried tried to be heroes and they even tried to provoke others to join them. Sadly, that did not happen. His presence were even celebrated by the crowd that they were rushing to shake hands with the PM - something that Anwar, Nik Aziz and Ambiga would be mad about.

The truth is, such rude action and the PM's cool response only benefits BN in facing the coming election. If we are to say that he as humiliated, Najib handled the situation himself in a calm manner and it only lasted for a few minutes which then he ordered those Bersih supporters who were shouting to keep quiet. And they ended up being quiet!!!

Writer thinks that this would make it easier for BN for the coming election. That was enough to show how rude Bersih is, just to please their political lust. If it is possible, writer would want Anwar to set more of those things. Makes it easier for us.

0 Apa Ni PAS? Buku Jinggay Lebih Utama dari Al-Quran?


Terbukti sudah isu hudud hanyalah gimik politik PAS sekadar untuk mengabui mata masyarakat Islam demi kepentingan politik kepartian. Bab sembang secara teori boleh kata semua pemimpin PAS dari bawah hingga atas cukup gah bercakap seolah-olah hari ini juga hudud akan dilaksanakan. Itu teori, tapi bila masuk bab praktikal semuanya hancur manakan tidak, jawatankuasa teknikalnya hingga kini pun tak pernah selesai di susun dan satu mesyuaratpun tak pernah dibuat.

Terbaru, Presiden PAS, Hadi Awang sekali lagi nak tunjuk jaguh dalam isu hudud tapi sayangnya kejaguhannya hanya bertahan sehari dua saja. Sekali kena herdik dengan Karpal Singh terus tunduk malu nak angkat muka. Melihatkan si Presiden dah layu kena herdik, mulalah dua tiga kerat pemimpin muda PAS nak tunjuk hebat konon nak pertahankan maruah parti sambil menegaskan hudud akan dilaksanakan juga nanti jika PR memerintah.

Cara pemimpin-pemimpin muda PAS bercakap dah macam ayam berkokok tahi sendiri lekat di ekor. Macamlah kerusi Parlimen yang akan PAS tandingi nanti melebihi 150 kerusi dan menang minima 120 kerusi parlimen bagi membolehkan PAS menguasai pembentukan dasar PR jika mengambil alih pemerintahan. Realitinya, PAS hanya mampu angkat muka seketika untuk tunjuk juara, tak sempat penyokong PAS nak kembang dada rasa bangga, datang Anwar Ibrahim panggil semua kepala-kepala pembangkang akhirnya habis mesyuarat, keputusannya Buku Jinggay juga yang jadi rujukan utama PR.

Kata Anwar semua parti pembangkang dalam PR akan kekal berpegang pada konsesus persetujuan pada 28 September 2011 yang menetapkan Buku Jinggay sebagai dasar bersama. Ringkas kata, apa sahaja situasi dan apa saja strategik PAS untuk menarik semula undi Melayu Islam yang makin jauh dari PAS kot manapun mesti tertakluk pada Buku Jinggay yang menetapkan tiada tempat untuk perlaksanaan hudud.

Akhirnya jadilah PAS macam ayam jantan kokok berderai-derai tapi tahi lekat di ekor sendiri, dulu sekali sekala bolehlah PAS gebang isu hudud untuk menarik perhatian khalayak Melayu Islam tapi sekarang nak sembang saja pun dah tak boleh sebab risau pengundi Cina DAP pula yang lari dari PR.

Dulu PAS tuduh UMNO lebih mendaulatkan perlembagaan negara berbanding Al-Quran sekarang tuduhan tersebut dah jadi boomerang kena atas muka PAS pula apabila Buku Jinggay kini dah macam kitab suci lebih diutamakan dan bernilai tinggi berbanding Al-Quran.

May 16, 2012

0 Countdown Himpunan Jutaan Belia 2012 - 6 Hari Lagi



Kira-kira 10,000 orang membanjiri pelancaran bersempena Hari Belia  yang bertemakan ‘Pemangkin Transformasi’ yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam. Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa golongan belia supaya tidak mengamalkan budaya ‘cincai’ atau ‘biasa-biasa’ dalam setiap perkara yang dilakukan.

Beliau berkata, perkataan cincai tidak ada dalam kamus kejayaan pada era persaingan global yang semakin kompetitif ketika ini. Bertemakan ‘Pemangkin Transformasi’  adalah menyatakan sokongan golongan muda ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang terus berdaya maju.

“Golongan belia perlu menggembeleng usaha bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang merupakan dua senjata utama ke arah kecemerlangan diri bukan dengan mengambil sikap acuh tak acuh dalam amalan seharian,” tegasnya. Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan pelancaran Hari Belia Negara 2011 di Jalan Bukit Bintang.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim serta YB. Senator Tuan Gan Ping Sieu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed dan Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohd. Rapiee.

Tidak ketinggalan juga, Muhyiddin yang harijadinya jatuh pada 15 Mei berkata, "Dengan adanya iltizam di kalangan para belia untuk mengamalkan budaya kecemerlangan, saya pasti hasrat untuk melahirkan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, seterusnya mencapai status negara maju berjaya dicapai," katanya.

7 Fitnah Terbaru Pembangkang - Waran Tangkap Najib Razak Oleh Interpol

Ini adalah gambar "photoshop", kononnya gambar Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Tun Razak, yang dikehendaki oleh Interpol. Fitnah ini mula tersebar di laman sosial Facebook, juak-juak keldai pembangkang.


Ini ditambah dengan kenyataan daripada pemilik Facebook berkenaan seperti berikut:

"SILA SEBARKAN MAKLUMAT RAHSIA INI. Admin harap sila baca sampai habis seluruh artikel ini. Ini dari orang dalam di MOF sendiri. Negara Malaysia bakal digadai oleh PEMERINTAH yang berkuasa sekarang, admin tidak pasti ianya benar atau tidak!"

CTS tidak pasti sama ada hendak ketawa atau menangis membaca fitnah terbaru yang CTS sifatkan sebagai "Fitnah Dari Longkang". Kalau benarlah PM kita mempunyai waran tangkap seperti di atas, sudah pastilah PM tidak akan berani ke luar negara. PM semalam dan hari ini berada di London. Beliau akan bertolak ke New York selepas lawatan rasminya di London. Agak-agak kenapa polis Interpol tidak menahan beliau di sana? 

Cukup-cukuplah Pakatan Haram dengan Fitnah longkang. Politik tohmahan dan fitnah seperti ini amat memualkan. Kalau tidak percaya cakap CTS, boleh rujuk laman "Wanted Persons" oleh Interpol, di sini. Cinicin DS Rosmah USD24 juta, anak-anak PM berbelanja di Australia, sekarang PM kena waran tangkap oleh Interpol, tak tahulah apa pula fitnah tahap longkang puak-puak Pakatan Haram selepas ini.

1 Lagi Kekejaman dan Kezaliman Kerajaan Berkebajikan Selangor



Klinik Desa Batu 10 Kebun Baru yang terletak dalam Daerah Kuala Langat Selangor telah mula beroperasi sejak tahun 60an. Lebih 50 tahun klinik tersebut telah berbakti kepada peduduk sekitar untuk bermacam-macam jenis rawatan, termasuklah bagi pemeriksaan ibu-ibu mengandung. Kementerian Kesihatan mengambil keputusan untuk meningkatkan segala kemudahan di klinik tersebut termasuklah bahagian bangunan bagi kemudahan rakyat serta kakitangan yang bertugas.

Untuk memberi laluan kepada projek menaik taraf bangunan tersebut, maka perkhidmatan klinik kepada orang ramai di bangunan itu terpaksa dihentikan selama empat bulan. Kementerian Kesihatan boleh membuat keputusan untuk menutup terus klinik di kampung berkenaan sementara kerja-kerja naik taraf siap dilakukan, dan penduduk kampung boleh diminta ke klinik-klinik lain, ke Banting atau ke Klang untuk dapatkan rawatan. Tetapi Kementerian Kesihatan tidak lakukan semua itu sejajar dengan slogan kerajaan, 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

Kementerian Kesihatan telah memohon kepada Kerajaan BERKEBAJIKAN Selangor untuk menggunakan balai raya di kampung berkenaan sebagai klinik sementara. Namun ianya tidak dipedulikan dan tidak berjaya. Kawasan berkenaan adalah kawasan kampung dan bukannya senang untuk mendapatkan premis yang bersesuaian bagi dijadikan klinik sementara. Lalu muncul seorang penduduk kampung menawarkan sebuah kedainya yang uzur untuk dijadikan klinik sementara. 

Oleh kerana tiada pilihan lain, Pejabat Kesihatan Daerah telah menerima tawaran tersebut dan mereka terpaksa keluarkan bajet terlebih dahulu untuk kerja-kerja ubahsuai kedai tersebut yang uzur sebelum boleh dijadikan klinik sementara. Kedai uzur yang dijadikan klinik sementara.

Persoalannya sekarang, dimanakah laungan PKR, PAS dan DAP selama ini yang mengatakan mereka kerajaan berkebajikan, utamakan rakyat, perjuangan rakyat, rakyat, rakyat, rakyat dan rakyat? Tiada guna bercakap berdegar-degar jika nak pinjamkan balai raya untuk kepentingan rakyat pun tak boleh. Mereka sering menuduh kerajaan BN zionis, zalim , kejam dan sebagainya. Sekarang siapa yang zalim? - Selangordaily.

0 Selamat Hari Guru - Jasamu Di Kenang Selamanya


Sajak daripada Tokoh Sasterawan Negara, Usman Awang, menjadi muqadimah artikel CTS pada hari ini. Selamat Hari Guru buat semua tenaga pendidik di Malaysia khasnya buat guru-guru di kalangan pembaca-pembaca blog CTS dan semua guru-guruku termasuk Bapa dan Ibuku. Hanya Allah sahaja sebaik-baik pembalas bagi segala jasa kalian. Teruskan berjuang dan mendidik demi anak bangsa, Agama dan Tanahair.

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa

Dialah Ibu, Dialah Bapa, juga Sahabat
Alur kesetian mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru yang biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terangganu
Dia adalah guru mewakili setibu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya pada Negara
Jadilah apapun pada akhir kehidupanmu, Guruku
Budi yang diapungkan didulangi ilmu
Pangilan keramat "Cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat

USMAN AWANG 
1979

May 15, 2012

3 Kerakusan Regim PAS Kedah Menggondolkan Hutan Simpan







Terkejut CTS dengan pendedahan yang dibuat oleh rakan Facebook, Aktivis Umno Pekan Naka, iaitu kerakusan kerajaan regim PAS Negeri Kedah menghalalkan aktiviti pembalakan di kawasan hutan simpan tadahan air Tasik Pedu. Keseluruhan kawasan terbabit telah hampir digondolkan oleh pihak kontraktor yang langsung tidak bertanggungjawab. Habis kesemua anak anak pokok balak turut ditebang yang tidak mengikut kaedah "Standard Operating Procedures (SOP)" yang ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri.

Persoalanya kenapa pokok balak kecil yang tidak mengikut ukuran yang ditetapkan juga ditebang? DS Azizan Razak selaku MB yang memegang portfolio Hal Ehwal Tanah, Hasil Bumi & Sumber Asli harus bertanggungjawab dalam hal ini. Untuk pengetahuan semua lesen untuk mengeluarkan balak dan kelulusan setiap kompartment balak adalah dibawah bidang kuasa kerajaan negeri. Bukannya dibawah Kerajaan Pusat. Kita mendesak Kerajaan Negeri membuat kenyataan terbuka dengan pihak akhbar berkenaan saiz  pokok balak yang ditebang sama ada mengikut spesifikasi atau tidak. Janganlah sebab nak penuhkan tabung dana khas PRU13, kawasan hutan yang bernilai tinggi ini menjadi mangsa regim zionis PAS Kedah. Gambar penuh boleh dilihat di sini.

2 Video-Video Satira Politik Afdlin Shauki Yang Patut Ditonton Semua

CTS rasa rugi besar kalau pembaca-pembaca tidak menonton tiga video terbitan Afdlin Shauki dan rakan-rakan artis kita ini, yang disiarkan di Youtube. Secara satira, ada mesej yang ingin mereka sampaikan. Koleksi video-video ini mereka namakan sebagai "Bangkang Dari Longkang". Kalau sesiapa terasa tu kira nasiblah ye.

1. Esok Nak Demo Ni

video

2. Bila Pilihanraya

video


3. Demo Anti Demo

video

10 Tindakan Harus Diambil Ke Atas Dua Tiga Ekor Monyet Yang Menghina PM Di London

video

CTS pasti sudah ramai yang sudah menonton penghinaan ke atas Perdana Menteri Malaysia semasa beliau berucap di London, semalam, di Youtube. CTS percaya dalang dua tiga ekor monyet yang menjerit Bersih semasa PM berucap sudah dikenalpasti. CTS berpendapat sekiranya Kerajaan Malaysia sedang membiayai mereka di sana sama ada dalam bentuk pengajian atau pekerjaan, seharusnya Kerajaan Malaysia menarik balik sebarang bantuan yang diberikan. Kita tidak mahu Kerajaan Malaysia menyusu kera-kera yang mengiggit tangan yang memberi makan. Ini bukan perkara kecil. Ini perbuatan mengaibkan Malaysia dan pemimpin Negara ini. Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Di London perlu memberikan penjelasan terperinci mengenai perkara ini kerana ianya melibatkan nama baik Negara.

0 EGM Majlis Peguam Tidak Sah - Rusuhan di Rumah Lim Chee Wee Pula?


Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Majlis Peguam yang diadakan Jumaat lepas untuk membincangkan Perhimpunan BERSIH 3.0 menyaksikan pertelagahan pendapat di antara ahli-ahli yang hadir. Beberapa orang ahli majlis tersebut mengkritik sifat berat sebelah dan tidak professional Majlis Peguam dalam membincangkan resolusi kerana jelas pihak jawatankuasa telah  menyembunyikan sebahagian fakta dari dibentangkan dalam perbincangan. Dalam mesyuarat tersebut, hanya video yang menunjukkan polis memukul perusuh yang ditayangkan sementara video yang menunjukkan keganasan sengaja dicetuskan oleh perusuh langsung tidak ditunjukkan walaupun pihak mereka memilikinya.

Berdasarkan pembentangan fakta yang tidak lengkap itu, Majlis Peguam kemudian telah memutuskan resolusi yang seratus-peratus menyalahkan pihak polis. Kesalahan pihak penganjur dan perusuh yang mengingkari undang-undang pula langsung tidak diambilkira. Tidak cukup dengan itu, terdapat juga rungutan mengenai kehadiran pelajar ‘chambering’ di EGM tersebut yang turut mengundi usul yang dibentangkan sedangkan mereka tidak layak untuk mengundi. Ini menyebabkan ramai ahli yang tidak puas hati dan mendesak agar Mesyuarat tersebut diumumkan sebagai tidak sah.  

Menurut Presidennya, Lim Chee Wee, resolusi tersebut tidak boleh dipertikai tetapi pihak yang mempertikai boleh membawa perkara tersebut ke mahkamah. Alasan beliau, ahli-ahli punya hak untuk bertentangan pendapat. Dalam ertikata lain, Majlis Peguam berhak membuat keputusan apa saja walaupun terdapat fakta yang disembunyikan serta dikira di atas undi yang tidak sah. Jika Majlis Peguam sendiri tidak menitikberatkan undang-undang, atas dasar apa lagi harus kita hormati mereka sebagai pengamal undang-undang?   

Walaupun Majlis Peguam cuba menafikan tetapi umum sedia maklum bahawa Majlis Peguam adalah proksi kepada Pakatan Rakyat. Justeru, tidak mustahil tindakan Majlis Peguam ini adalah berdasarkan undang-undang baru yang bakal diperkenalkan oleh Pakatan Rakyat (PR) jika mereka memerintah. Dalam undang-undang PR ini, mana-mana rakyat yang tidak puas hati terhadap sesuatu perkara boleh berarak di mana saja, mengganggu sesiapa saja dan menceroboh mana-mana kawasan larangan bagi  menyatakan ketidakpuasan hati mereka. Jika dihalang oleh pihak berkuasa, maka mereka berhak mengganas dan pihak berkuasa tidak boleh sama sekali mengambil tindakan terhadap mereka.  

Selain itu, undang-undang baru ini juga membenarkan pihak pengamal undang-undang untuk menyembunyikan mana-mana bukti atau fakta yang tidak memberi keuntungan atau tidak menepati kepentingan mereka. Hukuman juga boleh dijalankan dengan hanya mendengar dari sebelah pihak sahaja. Kita telah pun menyaksikan undang-undang ini dipraktikkan oleh Majlis Peguam sendiri hari ini, serta dalam pemilihan parti PKR suatu ketika dahulu di mana membawa kepada pergaduhan besar dan memaksa beberapa pemimpin dan ahli keluar parti.  


Mungkin Majlis Peguam perlu ‘merasa ubat mereka sendiri’ (a taste of their own medicine) sepertimana yang dilalui oleh Ambiga, bekas Presiden mereka serta Penganjur BERSIH 3.0 baru-baru ini. Apabila Ambiga ‘disuapkan’ dengan Perhimpunan Aman oleh para peniaga di hadapan rumahnya, beliau tiba-tiba melenting dan meroyan marahkan para peserta. Justeru, kita agak, mungkin Lim Chee Wee juga ingin sangat merasa ubat yang sama iaitu mengundang Perhimpunan Aman di hadapan rumahnya pula.  Lebih elok jika perhimpunan tersebut bertukar ganas dengan para peserta memprovok, mencabar, menghamun, mencacinya, dan kemudiannya melompat dan memusnahkan keretanya serta mencederakannya. Dalam pada itu, pihak polis adalah dilarang sama sekali untuk masuk campur atau akan didakwa oleh Majlis Peguam sebagai ‘keganasan polis’. Apa kata Lim Chee Wee?

May 14, 2012

0 Video Kampung Tualang Sekah Bukti Nizar Lambai Gila Publisiti


Haprakdaily, Meloyakini dan cybertroopers pembangkang boleh menipu di dalam blog dan akhbar portal mereka. Nizar "The  Puppet" Jamaluddin, Mantan Menteri Besar Perak boleh meroyan di laman sosial Twitternya. Namun, video tidak dapat berbohong. Saksikanlah sendiri pembohongan Nizar Lambai yang kononnya kedatangan beliau ke majlis ceramah UMNO menyebabkan penceramah terkedu dan takut kepadanya sehinggakan menukar topik ceramah.

video

0 Kenyataan Media Pengaman Malaysia Berhubung Panel Penasihat Bebas Bersih 3.0

SIARAN MEDIA BERHUBUNG PELANTIKAN PANEL PENASIHAT BEBAS BAGI MENYIASAT PERHIMPUNAN BERSIH 3.0

Untuk penyiaran segera 

SHAH ALAM, 14 Mei 2012:  Yayasan Pengaman Malaysia (Pengaman) menyokong penuh keputusan kerajaan menubuhkan Panel Penasihat Bebas bagi menyiasat dakwaan keganasan perhimpunan Bersih 3.0 dan juga dalam pemilihan ahli-ahli panel yang menganggotainya.

Pengaman berkeyakinan dengan komposisi ahli-ahli panel tersebut yang terdiri daripada ahli media, pakar psikologi, pesara hakim, ahli korporat dan dipengerusikan oleh mantan Ketua Polis Negara.  Berlandaskan kepada latar belakang yang berbeza ini, Pengaman yakin siasatan yang bakal dijalankan nanti menghasilkan gambaran sebenar apa yang berlaku pada hari tersebut. 

Penemuan siasatan nanti sudah pasti dapat menjawab persoalan dan membetulkan sebarang spekulasi masyarakat umum secara menyeluruh terhadap perhimpunan tersebut. Penubuhan panel ini jelas membuktikan yang kerajaan serius dalam menangani isu tersebut. 

Pihak yang melanggar undang-undang seharusnya diambil tindakan termasuk anggota pasukan polis. Melalui penubuhan panel ini juga, sekiranya dikenalpasti terdapat kelemahan-kelemahan dari segi tatacara dan prosedur kerja, Pengaman yakin, pasukan polis akan menambah baik prosedur-prosedur dan proses kerja dengan peruntukan undang-undang Negara. Pengaman menyeru semua supaya menghormati tatasusila melalui prinsip Rukun Negara dan menyeru rakyat mengutamakan keamanan dalam hak-hak sebagai rakyat Negara ini.

 Mengenai Yayasan Pengaman Malaysia

Yayasan Pengaman Malaysia (Pengaman) telah ditubuhkan pada 12 Mei 2011 sebagai sebuah NGO yang berorientasikan misi yang menggabungkan kerjasama di antara pesara pegawai kanan polis, pertubuhan-pertubuhan kebajikan pesara polis dan para pemimpin NGO tempatan. Pengaman juga berusaha untuk mengeratkan kerjasama sektor-sektor swasta dan awam bagi memperjuangkan kebajikan pesara PDRM, menjana idea ke arah kecemerlangan PDRM dan menyumbang kepada keselamatan dan kemajuan Negara. Pengaman mempunyai Lembaga Pemegang Amanah yang dianggotai oleh mantan-mantan Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara dengan YABhg. Tun Mohamed Haniff bin Omar sebagai Penasihat.  

Dikeluarkan oleh:  Yayasan Pengaman Malaysia
Tarikh:  14 Mei 2012

Published with Blogger-droid v2.0.4

0 Thorium Lynas Tidak Berbahaya - Pakar Nuklear


Saya terpanggil untuk mengulas mengenai perkembangan yang berlaku berpunca daripada cadangan untuk membangunkan loji memproses nadir bumi, Lynas di Gebeng, Kuantan, Pahang. Titik tolak kegelisahan ini adalah kewujudan thorium yang terdapat dalam bahan mentah yang akan diproses. Untuk pengetahuan pembaca, thorium juga terdapat dalam amang (tahi bijih timah). Di sini saya ingin menyatakan beberapa fakta yang dipersetujui oleh masyarakat sains sejagat.

Thorium secara semula jadi mempunyai satu isotop (Thorium 232) dan ia mempunyai separuh hayat 14 bilion tahun. Ia mereput dan menghasilkan zarah alfa dan zarah itu mempunyai tenaga empat MeV. Tiada keraguan tentang fakta-fakta tersebut. Di sini saya ingin menjelaskan apa yang dimaksudkan dalam pernyataan tersebut.

Separuh hayat selama 14 bilion tahun bererti separuh daripada thorium yang ada akan mereput dalam masa 14 bilion tahun. Separuh lagi masih utuh. Kalau Lynas dikatakan akan memproses 22,000 tan galian dan kandungan thorium adalah 10 peratus, mengikut anggaran Save Malaysia Stop Lynas (SMSL). Bermakna akan wujud 2,200 tan thorium. Separuh daripadanya (1,100 tan) akan mereput. Sekiranya reputan berlaku dalam 1 bilion tahun, purata reputan harian adalah tiga miligram (mg). Sekiranya reputan berlaku dalam 10 bilion tahun, purata reputan harian adalah 0.3 mg.

Kesimpulannya daripada 22,000 tan yang diproses, purata yang mereput adalah kurang daripada 0.3 mg sehari. Angka 0.3 mg adalah tiga gram dibahagi dengan 10,000. Adakah amaun ini boleh membunuh atau memusnahkan alam sekitar?

Fakta seterusnya, zarah alfa yang dipancarkan mempunyai tenaga sebanyak empat MeV. Zarah ini boleh merentasi udara sejauh 2.5 sentimeter atau satu inci. Ini bererti udara setebal satu inci sudah cukup menjadi perisai untuk melindungi kita dari thorium yang mereput. Thorium yang tidak mereput adalah tidak berbahaya.

Dalam air, sinaran alfa merentasi kurang daripada satu mikron. Angka ini merujuk kepada satu milimeter dibahagi dengan 1,000 dan ia terlalu nipis. Zarah alfa dari reputan thorium tidak akan dapat menembusi kulit kita (andaian bahawa kandungan badan manusia adalah 90 peratus air). Kalau sinaran itu tak sampai kepada kita dan jikalau sampai pun, ia tidak dapat menembusi kulit kita, jadi apa masalahnya?

Saya memohon kepada sesiapa yang menulis tentang keburukan thorium, tolonglah tulis berlatarbelakangkan fakta. Cerita mesti konsisten dengan fakta sains. Saya mengakui bahawa setiap pembaharuan mempunyai risiko. Saya bersedia untuk berganding bahu dengan SMSL memantau loji Lynas di Gebeng dan saya akan menjadi orang pertama untuk menyatakan kepada khalayak ramai sekiranya ada pelanggaran peraturan yang ditetapkan oleh piawaian antarabangsa. Akan tetapi saya tidak akan berdiam diri sekiranya rakyat Malaysia diperbodoh-bodohkan.

Satu fakta lagi yang perlu di nyatakan adalah thorium wujud dalam bentuk sebatian kimia thorium dioksida, thorium sulfat dan beberapa bentuk lain. Sebatian ini didapati tidak larut dalam air dan ketumpatannya adalah sekitar 10 kali ganda ketumpatan air. Mencampurkan sebatian ini dengan air adalah seperti mencampurkan besi dengan air. Besi terus mendap ke bawah. Air yang digunakan Lynas di Gebeng akan disimpan beberapa hari sebelum dilepaskan. Ini bermakna sebatian thorium akan mendap.

Saya ingin penjelasan daripada SMSL. Sains dan teknologi apa yang boleh menyebabkan perairan di Laut Cina Selatan menjadi seperti apa yang berlaku di Fukushima, Jepun? Bagaimanapun, saya mengakui 'habuk' daripada bijih atau galian dari Australia itu boleh membawa risiko. Garis panduan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) menekankan keselamatan semasa pengangkutan dan pemprosesan berlaku. Saya pasti Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) mengenakan syarat yang ketat dalam hal ini.

Dalam wacana ilmiah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 28 Mac 2011, Pengerusi AELB, Profesor Datuk Dr. Sukiman Sarmani menyatakan sekiranya Lynas melanggar mana-mana peraturan yang ditetapkan, AELB akan mengeluarkan perintah 'Hentikan Operasi'. 

Harus diingatkan ketumpatan udara adalah lebih sedikit daripada ketumpatan gas nitrogen yang berat molekulnya 28 gram (gm) per mol. Berat molekul thorium dioksida adalah (232 + 32 >264) gm per mol. Berdasarkan angka 264 gm per mol berbanding 28 gram per mol sudah pasti habuk thorium dioksida tidak akan wujud lama sebagai habuk dalam udara. Lebih cepat penurunan kewujudan habuk thorium sekiranya hujan. Kajian mengenai kanser paru-paru harus dijalankan untuk mengetahui kesan thorium kepada kesihatan. Kajian darah yang dicemari oleh thorium juga harus dilakukan sebelum membuat sebarang tuduhan melulu.

Saya tertarik dengan langkah Himpunan Hijau yang berkunjung menemui Pesuruhjaya Tinggi Singapura pada Mac lalu. Di dalam memorandum yang diberi, mereka meminta kerajaan Singapura menyatakan kebimbangan terhadap Lynas. Himpunan Hijau juga menyatakan kebimbangan makanan laut dari Kuantan yang dihantar ke Singapura akan mengandungi unsur radioaktif. Ironinya, Perdana Menteri Singapura pernah berhasrat membina janakuasa nuklear berasaskan bahan api thorium iaitu 'Liquid Fluoride Thorium Reactor (LFTR)' dengan alasan ia tidak berbahaya dan efisien. Cadangan itu dimasukkan dalam pelan induk pembangunan tenaga republik itu. Cuba layari artikel "Thorium for Singapore" di www.thoriumsingapore.com.

SMSL mahukan zon penampan Lynas adalah 30 kilometer (km) daripada penempatan penduduk. Oleh kerana susah hendak mencari mana-mana kedudukan di republik itu yang jauhnya melebihi 30 km dari Malaysia, saya cabar mereka membuat demonstrasi di sepanjang Selat Tebrau, Johor bagi menyatakan pendirian membantah janakuasa nuklear tersebut.

Jadi, apakah pendirian Himpunan Hijau sekarang. Masihkah hendak menyembah pemimpin Singapura untuk menyelesaikan masalah thorium di Gebeng? Loji Lynas adalah kilang kimia dan ia sangat kecil jika dibandingkan dengan janakuasa nuklear yang akan dibina oleh Singapura. Thorium dari Australia adalah 1,900 bahagian per sejuta (ppm) atau 0.19 peratus tulen. Nanti di Singapura, thorium yang diguna adalah 100 peratus tulen. Adakah Himpunan Hijau akan diam seribu bahasa? 

Perbuatan mengadu kepada Pesuruhjaya Tinggi Singapura adalah paling melucukan. Saya ingin juga menarik perhatian kepada mereka yang menggunakan lampu minyak gas. Mentol yang digunakan menggunakan thorium. Saya ingin tahu apakah pendirian pertubuhan bukan kerajaan yang menyokong SMSL setelah mengetahui fakta ini. Lampu minyak gas inilah yang menerangi kota, desa dan pelbagai jenis kediaman lebih daripada satu abad. Thorium yang digunakan dalam mentol ini 99 peratus dan thorium di Gebeng nanti tak sampai satu peratus.

Di laman sesawang pihak Singapura itu kita akan mendapati kata-kata aluan "Welcome to the Future". Adakah kita akan menolak hakikat ini hanya berdasarkan hujah harga hartanah di Kuantan akan merudum hingga tiada nilainya. Harga hartanah di Singapura adalah beratus atau beribu ganda lebih tinggi berbanding nilai hartanah di Kuantan.

Loji nuklear akan dibina di tengah bandar raya Singapura, sedangkan Lynas di Gebeng. Kalau menggunakan ukuran 30 km dari kediaman yang dituntut SMSL, mana Singapura nak cari tempat sedemikian. Pandangan rakyat dan kerajaan Singapura nampaknya berbeza sekali dengan pihak pembangkang. Oleh itu, benarkah kita ini lebih maju dalam pengetahuan sains berbanding dengan mereka?

DR. A. RAHMAN OMAR ialah lulusan Doktor Falsafah (PhD) Fizik Nuklear daripada Kansas State University, Amerika Syarikat.

0 When Will This Hudud Drama End?


Pas's Deputy Youth Chief,  Dr. Raja Ahmad Al Hiss stressed that the statement made by Datuk Seri Abdul Hadi Awang regarding the implementation of hudud if PR wins the General Election does not clash with Pakatan Rakyat's principal. Pas's Scholar Chief, Datuk Dr. Harun Taib also said the same and suggested that Karpal's opinion should just be put aside. Karpal Singh previously objected Hadi Awang for bringing back the issue of hudud which he thought was oer, where it would not be implemented when PAS agreed to change their objective from Islamic nation to Welfare nation.

Karpal also referred to Hadi Awang recent statement where he wanted to change from Islam as the official religion in Malaysia to Islamic way of living (Addin) to all. With that, Karpal demanded so that PAS would stop all the talks on Islam especially hudud. According to him, talks on Islam is simply confusing voters, and that it does not go in line with Pakatan Rakyat's principal. We do agree with Karpal where PAS needs to make a decision with their stand on hudud for one last time.

In PAS's earlier days, the party made hudud as their main focus. With the stand, many PAS's supporters have turned fanatic and they fully oppose the government which they think that the government is secular and that it cannot implement hudud. The incident of Memali and Sauk would be few examples of tragic moments that came from such extreme movement that was brought by PAS.
Without them knowing, hudud is simply a political drama to gain support from Muslims. PAS is aware that Malays can be influenced easily through drama. With that, PAS had used this method to lure voters to this never-ending drama.

When they see the opportunity to get to Putrajaya, by cooperating with Anwar Ibrahim, PAS suddenly became 'soft' and they began to be more open towards the implementation of hudud. To prove their openness, Hadi Awang said," Hudud is just 0.0001 part of the real aspect of Islamic law, but it is the government's responsibility to implement it." - (Hadi Awang / March 7, 2000 / Utusan Malaysia).

It is clear that the position of hudud is only small. So, the extreme approach that was brought by PAS is simply a way to get political gain. In other words, PAS, especially Hadi Awang himself is simply acting - sometimes extreme, sometimes open. But, this is upsetting PAS's fanatic fans and PAS ended up having to provide excuses every time they are asked.

Finally, when their 'play' helped them to win Kedah and maintain their power in Kelantan, PAS has agreed to change their Islamic nation principal that is actually in the hudud, just so that they could be in Putrajaya with DAP and PKR. This is their response: "We do have an agreement, fat this stage, we will not talk anything about hudud. Our main mission now is to bring down Barisan Nasional in elections". – (Nik Amar Nik Abdullah, Kelantan Government PAS's Exco/ September 3, 2010 / Utusan Malaysia)

PAS thought that their openness would be accepted by everyone including their supporters. They never thought that their actions would eat themselves. Due to that, PAS is now seen as a rug, slave to DAP and that they do not have any dignity. PAS is mocked, insulted for abandoning their principal, religion and rakyat just for politics. Things get worse when PAS went out of hands when they worked alongside Ambiga who supports murtad (convert out of Islam) and LGBT when they said that they would fight against all of that.

Looking at all of this where supporters are angered, PAS once again try to continue their hudud drama that should have ended a long time ago. PAS believed that this is the best strategy to face the GE where they could show their power in rebutting Karpal Singh who is all against hudud. In a way, they did not see that this would only add up the rage among people to them. This is because, in certain, Karpal Singh would be consistant that he and DAP will always be against DAP and Islamic nation. The one that is unclear and inconsistent would be PAS. Thus, PAS needs to accept the fact that this hudud drama is dead, especially if they keep on using the same actors and script.

10 Malapetaka Untuk PAS Di Kelantan


Ini adalah ceramah Datuk Dr Hassan Ali di Pasir Puteh, Kelantan pada 12 May 2012, iaitu 2 hari lepas:





Ini pula adalah ceramah Haji Mat "212" Sabu di tempat yang sama, Pasir Puteh, Kelantan pada 29 Mac 2012:




Ramai pemimpin PAS masih berpendapat Kelantan adalah tiang seri pengarang jantung hati PAS, rakyatnya setia sehidup semati kekal bersama PAS dan kebangkitan semula pengaruh UMNO serta pemimpinnya walau secuit pun tidak mampu menggugat keteguhan sokongan rakayt Kelantan kepada Nik Aziz selaku pemimpin PAS tersohor.

Itu kata pemimpin PAS yang saban hari aktif dengan dakyah mendokrinkan khalayak umum melalui ceramah politik siang malam tanpa henti dan dek kerana yakin dokrin tersebut telah mendarah daging dalam jiwa raga umat, mereka menjadi takbur dan lupa diri bahawa pembalikan hati dan fikiran manusia tetap juga di dalam kekuasaan Allah s.w.t.

Ambil contoh dua peristiwa berikut yang berlaku hanya dalam jangka waktu lebih sebulan sahaja. Perbandingan kedua-duanya membuktikan tak selamanya PAS berupaya mengongkong pemikiran rakyat Kelantan khususnya penyokong mereka sendiri.

Pada 12 Mei 2012 lepas bertempat di Pasir Puteh Kelantan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Hasan Ali dalam siri jelajah roadshownya berjaya menarik perhatian lebih 3,000 orang hadirin yang turut dihadiri oleh ramai penyokong dan ahli PAS Pasir Puteh. Sekalipun banner dan poster pemberitahuan majlis banyak yang ghaib tiba-tiba dua tiga hari sebelum majlis berlangsung, namun majlis tetap berjalan dengan jayanya.

Berbeza sekali dengan majlis ceramah yang di hadiri Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu yang suatu ketika dulu biasanya mampu menggamit perhatian tidak kurang empat lima ribu pendengar pada satu-satu majlis, namun akhir-akhir ini penampilan Mat Sabu dan ramai pemimpin PAS semakin suram sambutannya dari kalangan rakyat Kelantan.

Misalnya pada 29 Mac 2012 lepas, Mat Sabu dan beberapa pemimpin Pas Pasir Puteh telah mengadakan ceramah perdana di Dewan Majlis Daerah Pasir Puteh namun kehadirannya agak mendukacitakan. Kehadiran pendengar boleh dikira dengan jari hanya 30 orang saja yang hadir. Agak jarang sebenarnya kehadiran khalayak di majlis ceramah PAS Kelantan kurang daripada seratus orang, kecuali di negeri-negeri kubu kuat UMNO sahaja pernah berlaku sedemikian.

Malah di saat Nik Aziz sedang melalui zaman gelapnya sekarang inipun masih lagi dapat tarik perhatian sekurang-kurangnya 5,000 pendengar berbanding minima lebih 10,000 orang tiap kali berceramah sebelum ini, tapi Mat Sabu dah berjaya memecahkan rekod sebagai pemimpin kanan PAS yang pertama terpaksa berceramah di hadapan 30 orang sahaja pendengar. Malu... Malu.. Jauh bezanya antara 3,000 dengan 30 orang. Satu malapetaka besar untuk PAS Kelantan di saat-saat menjelangnya pilihanraya umum ke 13. Ini semua tanda-tanda pengaruh PAS kian merudum dan bakal berhadapan cabaran paling gentir dalam sejarah pilihanraya di Kelantan.

Satu dua perkara yang perlu kita sedari, tanda-tanda kemerosotan sokongan rakyat kepada PAS Kelantan semakin ketara semenjak kemenangan nyawa-nyawa ikan PAS dalam PRK Manek Urai beberapa tahun lalu diikuti dengan gelombang merah di PRK Galas yang menyaksikan PAS jatuh terbungkam kira-kira lebih setahun setengah yang lepas.

Dan apa yang terjadi pada majlis penerangan PAS di Pasir Puteh Kelantan pada Mac lepas hanyalah lanjutan kepada proses kemerosotan yang sedang dialami oleh PAS Kelantan tika ini. Jika ia berterusan tentu saja akan bertukar menjadi malapetaka untuk PAS dan Nik Aziz.

Tidak mustahil dalam PRU akan datang, keputusan pilihanraya umum yang selama ini memihak kepada PAS Kelantan mungkin akan berubah. Kalaupun PAS masih kekal memerintah barangkali ia hanya mengulangi peristiwa gentir 2004 yang menyaksikan kerajaan PAS Kelantan memerintah negeri dalam keadaan nyawa dihujung tanduk.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates