April 28, 2012

8 Post Bersih 3.0 Part III - Bukti Video @PDRMsia Melanggar Orang Awam Adalah Fitnah!


Lihat pula videonya betul-betul:

video

4 Post Bersih 3.0 Part II - Kuala Lumpur Yang Kotor Selepas Bersih

Nantikan 7 lagi pendedahan CTS esok dalam siri Post Bersih 3.0.









Published with Blogger-droid v2.0.4

7 Post Bersih 3.0 Part I - Bukti Bersih Ganas @PDRMsia







Inilah yang bakal Bersih 3.0 yang akan banggakan hari ini. Harta awam dirosakkan. Ini cuma "a tip of the iceberg". CTS dan rakan-rakan Unit Media Baru (UMB) yang bertugas hari ini akan membongkarkan semua kebejatan Bersih 3.0 di dalam siri Post Bersih 3.0.

Published with Blogger-droid v2.0.4

8 Terkini - Pendemo Berkeliaran Apabila Gas Pemedih Mata Dilepaskan







Asap pemedih mata menyelubungi Dataran Merdeka dan Jalan Masjid India. Pendemo melarikan diri dan bertempiaran menyelamatkan diri.

Beberapa orang pendemo ditangkap Polis dan beberapa lagi dikejarkan ke hospital kerana sesak nafas. CTS pula masih merah mata dan sakit kerongkong terhidu asap pemedih mata.

Pendemo bertindak ganas dengan membakar jeep DBKL dan merosakkan harta awam. Hujan mulai turun renyai-renyai. Kesukaran untuk wartawan dan blogger untuk "update" berita sebab line "congested".

Published with Blogger-droid v2.0.4

April 27, 2012

0 Bersih 3.0 - Terkini Di Dataran Jam 7.45 p.m.

Sedang bersama blogger Bro Jinggo di Dataran. CTS akan bersiaran secara langsung esok dari sini bagi merekodkan gelagat dan drama juak-juak Bersih 3.0.


Published with Blogger-droid v2.0.4

0 Kenyataan Media Ketua Polis Kuala Lumpur Mengenai BERSIH 3.0

Kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur berkenaan larangan perhimpunan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.


0 Tersembam Di Kaki KJ, Kredibiliti Umum Terhadap Ambiga & BERSIH Tergugat



Penulis percaya rata-rata kalangan kita telahpun sedia maklum apa yang terjadi semasa debat anjuran The Malay Mail yang berlangsung sehari dua lepas. Ringkasnya, "Spark the Debate" yang melibatkan Ketua Pemuda UMNO vs Pengerusi BERSIH keseluruhannya memperlihatkan Datuk Ambiga tersembam malu di kaki Khairi Jamaluddin (KJ).

Baik dari segi pengisian fakta dan hujah balas, nyata KJ jauh ke depan meninggalkan Ambiga yang tercunggap-cunggap hanyut dalam lamunan spekulasinya yang mendatar dan kabur. Malam tersebut boleh diibaratkan malam yang malang untuk Ambiga kerana bukan saja telah menggugat kredibiliti dan imejnya sebagai bekas Presiden Majlis Peguam malah turut memberi kesan negatif terhadap NGO BERSIH itu sendiri.

Dalam pada itu pendirian tegas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim terhadap perhimpunan BERSIH 3.0 tambah memudaratkan kepercayaan ramai terhadap halatuju BERSIH 3.0. Ketidakyakinan Tunku Aziz yang perhimpunan BERSIH 3.0 akan kekal berlangsung aman membuktikan dikalangan pemimpin pembangkang sendiri turut meragui kredibiliti Ambiga dan BERSIH 3.0 dalam memperjuangkan isu ketelusan dan keadilan proses pilihanraya.

Lebih memburukkan keadaan, BERSIH sebagai NGO juga hingga kini masih bergerak secara haram tanpa sebarang pendaftaran dengan ROS (Pendaftar Pertubuhan). Kebetulannya Pakatan Rakyat (PR) yang menjadi pendukung dan penyokong utama BERSIH juga tidak pernah didaftarkan sebagai parti gabungan yang berdaftar. Selain itu, umum juga mengetahui daripada 81 NGO yang bernaung di bawah BERSIH, 60 daripadanya juga disahkan bergerak secara haram malah lebih mendukacitakan sebahagian besarnya hanya mempunyai keahlian di bawah 100 orang sahaja.

Di tambah pula peristiwa Pengerusi BERSIH jatuh tersembam di kaki KJ semuanya cukup rempah ratusnya untuk khalayak umum mempertikaikan kejujuran BERSIH dalam isu yang mereka gembar gemburkan selama ini. Bagi yang tidak berkesempatan mengikuti perjalanan debat tersebut, sedikit petikan berikut yang di ceduk dari mynewshub pastinya boleh memberi gambaran yang lebih luas untuk anda memahami dengan jelas.
Menurut Khairy, beliau menghormati hak Ambiga untuk berhimpun secara aman, namun apa yang membuatkannya tidak setuju ialah pembohongan demi pembohongan fakta yang dicanang Ambiga kepada rakyat. Beliau memberikan contoh tentang satu poster BERSIH 3.0 yang menyatakan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan telah mengeluarkan sebanyak 42,000 pengundi yang kononnya ‘pengundi hantu’ yang didalangi SPR dan kerajaan.
Ambiga memulakan hujah di pentas debat dengan mendedahkan beberapa fakta hasil kajian Ong Kian Ming mengenai sistem dan pengkalan data SPR yang dikatakan agak mencurigakan. Antara isu yang dibangkitkan Ambiga ialah mengenai tiga juta nama yang didaftar mengundi tidak mengikut kawasan alamat di dalam kad pengenalan, tindakan SPR yang mengeluarkan nama 42,000 individu dari senarai mengundi oleh SPR dan pengundi pos di luar negara.
Mula bersahaja dengan jenaka ‘memori disembur gas pemedih mata dari pasukan polis yang sama’ pada himpunan BERSIH 2.0 pada Julai lalu, Khairy menegaskan kepada Ambiga bahawa beliau senada dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk memastikan Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) adalah yang paling adil dan BERSIH yang pernah diadakan di negara ini.
Khairy menyatakan bahawa segala tuntutan BERSIH telah dibincangkan oleh Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) dan semua cadangan dari jawatankuasa itu dijangka mengambil masa untuk dilaksanakan, tapi menjelaskan bahawa ada beberapa perkara yang akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Rembau itu mempersoalkan kewajaran Ambiga dengan menggunakan taktik penipuan dalam pengedaran fakta melalui risalah BERSIH 3.0 yang sangat mengelirukan, palsu dan mampu menyebabkan rakyat salah faham dengan fakta yang sebenar.
Menurut Khairy yang lebih mesra dengan panggilan KJ itu menjelaskan bahawa SPR telah menyerahkan sebanyak 12.5 juta nama pengundi kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk disemak satu persatu.
Bagaimanapun, JPN mendapati bahawa sebanyak 42,051 nama pengundi  mencurigakan di dalam rekod SPR di mana mereka tidak mengemaskini alamat terkini dan senarai nama tersebut telah dipamerkan selama tiga bulan di jabatan terbabit bagi perhatian atau tindakan pemiliknya. Dalam tempoh tersebut, seramai 1,248 orang telah tampil mengemaskini maklumat terbaru mereka, sekaligus membuktikan bahawa mereka masih hidup dan nama mereka tidak patut dikeluarkan dari senarai daftar pengundi SPR.
Justeru, beliau mempersoalkan kewajaran BERSIH yang sebelum ini menyebarkan cerita kononnya senarai pengundi tersebut adalah pengundi palsu sedangkan ia terbukti sebagai pengundi yang sah menurut Perlembagaan.

April 26, 2012

3 Kemeriahan Tapak Ceramah P"Gay"R Di Bandar Tun Razak





Hmm adalah dalam 200 orang. Itu kira kubu kuat Menteri Besar Selangor tu. Yang datang bukan calang-calang pemimpin Selangor - Khalid Ibrahim ada, bekas Timbalan Menteri Tan Kee Kwong ada, cumanya Khalid Samad dan Anwar Ibrahim yang belum nampak muka. Memang meriah! Hahaha.

Published with Blogger-droid v2.0.4

April 25, 2012

8 Ambiga Gabung BERSIH 3.0 Dengan LGBT, Nik Aziz Kata Wajib Hadir!



Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Ambiga Sreevanasan, yang juga Pengerusi program Seksualiti Merdeka, akan menggabungkan perhimpunan Bersih dengan himpunan "Lesbian, Gay, Bisexual and Transexual (LGBT)" yang terganggu oleh larangan pihak berkuasa ke atas penganjuran program Seksualiti Merdeka pada November tahun lepas.  Ambiga dikatakan melihat himpunan kali ini adalah kesempatan terbaik untuk memperjuangkan hak golongan LGBT, dalam masa yang sama mempromosikan Pakatan Haram sebagai organisasi yang menjuarai isu-isu berkaitan hak asasi manusia di Malaysia.

Malah, beberapa blog pro pembangkang juga sudah mewar-warkan tentang penggabungan kedua himpunan tersebut (Bersih 3.0 dan LGBT), walaupun disebut-sebut yang idea itu dibantah sepenuhnya oleh PAS.  Tapi dalam masa yang sama, siapalah PAS jika nak dibandingkan dengan DAP yang terang-terang menyokong program Seksualiti Merdeka ketika ia dilangsungkan pada November. Agenda LGBT ini walaupun menerima respon positif dari parti-parti komponen Pakatan Haram seperti P"Gay"R dan DAPig, tapi pasti akan ditolak sepenuhnya oleh penyokong PAS dan golongan atas pagar yang rata-rata tidak bersetuju dengan keputusan Ambiga.

Apakah disebabkan tindakan Ambiga menyebabkan Nik Aziz Nik Mat semalam terpaksa mengeluarkan "fatwa" bahawa kehadiran (ahli-ahli PAS) ke Himpunan BERSIH 3.0 adalah wajib! Mursyidul Am PAS itu berkata hadir ke perhimpunan BERSIH ini wajib kerana ia diadakan untuk menentang ketidakadilan proses pilihan raya yang tidak selari dengan Islam. "Mana-mana pihak yang melakukan perkara tidak berlandaskan Islam wajib kita tentang," ujarnya kepada akhbar rasmi PAS Harakah di pejabatnya di Kota Baharu semalam. Cumanya, kita nak tanya promosi golongan LGBT berlandaskan Islam ke Tok Guru? Memperjuangkan hak LGBT sekarang sudah menjadi wadah perjuangan PAS?

2 BERSIH 3.0 Versi Kartun





















 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates