April 21, 2012

2 Santai Malam Minggu - Only In India











0 Semua Tuntutan Telah Dipenuhi - BERSIH Hanya Mahu Menuntut Putrajaya


Apa yang kita tahu mengenai Bersih 3.0? Apakah tuntutan mereka?

1. Bersihkan senarai undi.
2. Reformasikan Undi Pos.
3. Gunakan Dakwat Kekal.
4. Akses Media yang Bebas dan Adil.
5. Tempoh Kempen Minima 21 Hari.
6. Kukuhkan Institusi Awam.
7. Hentikan Rasuah.
8. Hentikan Politik Kotor.

Dan apa yang kita tahu mengenai Bersih 2.0? Apakah tuntutan mereka?

1. Bersihkan senarai undi.
2. Reformasikan Undi Pos.
3. Gunakan Dakwat Kekal.
4. Akses Media yang Bebas dan Adil.
5. Tempoh Kempen Minima 21 Hari.
6. Kukuhkan Institusi Awam.
7. Hentikan Rasuah.
8. Hentikan Politik Kotor

Dan inilah antara perkembangan yang terjadi antara jangkamasa Bersih 2.0 iaitu 9 Julai 2011 dan Bersih 3.0 yang bakal diadakan. Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen yang dianggotai oleh wakil kerajaan dan pembangkang, serta bebas untuk mengkaji mengenai penambahbaikan sistem pilihanraya. Berdasarkan apa yang dicadangkan oleh jawatankuasa tersebut dengan merujuk kepada tuntutan Bersih, berikut adalah apa yang diumumkan oleh SPR pada 19 April lalu:

Bersihkan senarai undi

SPR juga bersetuju untuk menguakuatkuasakan undang-undang sedia ada mengenai mereka yang memberi maklumat palsu ketika mendaftar sebagai pengundi. SPR setuju untuk membersihkan senarai undi dan menyelidik berkenaan kes di mana terdapat begitu ramai pengundi di alamat yang sama.   

Reformasikan Undi Pos

Rakyat Malaysia yang berada di luar negara juga boleh mengundi melalui pos. Walaubagaimanapun, SPR tidak akan menubuhkan stesyen mengundi di negara-negara luar kerana ia amat sukar dilakukan. Ini kerana setiap pengundi pos dari luar negara ini perlu berdaftar mengikut kawasan mengundi yang berlainan mengikut alamat mereka ketika di sini.  

Gunakan Dakwat Kekal

Awal tahun ini, SPR telah meluluskan penggunaan dakwat kekal.

Akses Media yang Bebas dan Adil

SPR juga bersetuju mengambil langkah memberi akses media secara adil kepada semua parti politik dan calon-calon bertanding. Semua media perlu berdaftar dengan pegawai di kawasan undian masing-masing dan permohonan mereka perlu diluluskan oleh organisasi media yang mereka wakili. 

Tempoh Kempen Minima 21 Hari

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah bersetuju menambah tempoh kempen pilihanraya daripada 7 hari kepada 10 hari.  Jelas, 5 dari tuntutan nyata Bersih telah pun diberi perhatian.

Sementara, tuntutan bersifat umum iaitu 6. Kukuhkan Institusi Awam, 7. Hentikan Rasuah dan 8. Hentikan Politik Kotor telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan secara berterusan dari dahulu hingga sekarang. Dengan transformasi yang dilakukan, integriti institusi awam semakin menyerlah dan ini dapat dilihat sendiri melalui maklumbalas rakyat. Kesungguhan kerajaan menangani rasuah sudah pun terbukti dengan kes-kes besar di dalam imigresen, kastam malah pemimpin politik sendiri, disiasat dan ditangkap.  Semuanya berjalan dengan lancar dan professional.  

Hanya apabila kes melibatkan pemimpin pemimpin pembangkang sahaja maka siasatan mengalami gangguan, contohnya kes penyalahgunaan wang negeri oleh pemimpin DAP yang membawa kepada kematian saksi penting SPRM. Dari satu segi atau dari segenap segi, Bersih itu sendiri adalah lahir dari politik kotor, maka bagaimana pula Bersih ingin menuntut agar politik kotor dihentikan?

Bersih didalangi pembangkang dan dibiayai oleh NDI iaitu agensi asing yang tugasnya ialah menjatuhkan kerajaan yang sah. Ini diakui sendiri oleh Ambiga Sreevanesan, Pengerusi Bersih 2.0. Jika ini tidak benar, apa gunanya menuntut kempen 21 hari yang menjadi punca tragedi 13 Mei 1969? Tidak lain tidak bukan, Bersih ingin sangat mengulangi tragedi itu, kalaupun tidak sekadar mencetus huru-hara.  

Untuk pengetahuan semua, mencetus huru-hara adalah strategi penting dalam menjatuhkan kerajaan sepertimana yang diajar oleh NDI kepada mereka. Dengan kesemua tuntutan Bersih telah pun didengari, diberi perhatian, dipersetujui dan diambil tindakan sewajarnya, apa perlunya lagi berdemonstrasi? Kini sudah terang lagi bersuluh bahawa Bersih hanya ingin mencetuskan kekecohan dan huru-hara dalam negara.  

Selain itu, Bersih juga perlu bagi pembangkang sebagai alasan untuk menolak keputusan pilihanraya sekiranya mereka kalah teruk dalam PRU yang akan datang. Kita pasti, walaupun senarai undi benar-benar bersih dan negara benar-benar sifar rasuah sekali pun, Bersih tetap akan menafikan dan mencari alasan untuk mengadakan demonstrasi.  

Dan percayalah, jika mereka masih tidak berjaya menjatuhkan kerajaan, kita bakal menyaksikan Bersih 4.0, 5.0 dan seterusnya dengan senarai tuntutan yang sama seperti 2.0 dan 3.0 di atas. Kerana bagi mereka, hanya apabila pembangkang menang walaupun dengan majoriti rakyat TIDAK mengundi mereka, maka pilihanraya itu akan diiktiraf sebagai bersih.

Published with Blogger-droid v2.0.4

0 We Love PM - Dari PM Untuk Rakyat





















April 20, 2012

0 Anwar Ramal BN Menang Besar Di Selangor


Sebelum ini Menteri Besar Selangor pernah membayangkan yang Selangor tidak akan membubarkan DUN jika pilihanraya diadakan sebelum Jun 2012. Alasan beliau, kerajaan PKR perlu lebih masa untuk menunaikan segala janji dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat ke atas bahu mereka. Dan semalam, Anwar Ibrahim pula membuat kenyataan bahawa Selangor tidak akan menyertai Pilihanraya ke 13 jika tuntutan Bersih tidak ditunaikan. Tetapi, itu hanyalah apa yang tersurat, yang tersiratnya ialah, Anwar sudah meramalkan yang BN akan menang besar di Selangor.  

Anwar boleh memberi apa jua alasan untuk Selangor tidak menyertai PRU, tetapi rakyat tetap melihatnya sebagai tanda-tanda yang Pakatan Rakyat sudah ‘kecut perut’ dan langsung tidak punya keyakinan untuk menghadapi pilihanraya kali ini. Entah ke mana hilangnya segala laungan yang mereka mendapat sokongan padu rakyat. Entah ke mana hilangnya keangkuhan yang ditonjolkan ketika kemenangan dalam PRU 2008 yang lalu.  

Nampaknya keyakinan, laungan dan keangkuhan PR tenggelam bersama dengan isu pasir, isu air, isu judi, arak, pusat hiburan, rumah urut serta isu murtad. Tidak ketinggalan juga isu video seks, isu salahguna wang negeri oleh DAP sehingga membawa kepada kematian Teoh Beng Hock. Begitu juga dengan isu lama yang kekal hangat seperti isu Shamsidar dan isu biseksual Anwar Ibrahim.  

Kemudian, dalam keghairahan Anwar memikat hati tuannya di barat, beliau terlupa yang wawancaranya dengan Wall Street Journal boleh dicapai oleh rakyat Malaysia hanya dengan satu ‘klik’ di komputer. Maka, pecahlah tembelangnya menyokong zionis dan sehingga kini isu ini tidak dapat ditanganinya dengan baik.   Malah, habis kelam kabut dan pening lalat Nik Aziz, Hadi Awang dan semua ustaz-ustaz PAS kerananya. Di celah-celah itu, isu pemecatan Dato’ Dr. Hasan Ali juga memberi impak yang hebat terhadap sokongan Melayu terhadap PR, terutama sekali di Selangor.  

Dan kini, isu kebodohan Anwar Ibrahim yang mencadangkan pemansuhan PTPTN pula timbul, sehingga menyaksikan pertengkaran hebat dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang diadakan semalam. Jelas, DAP dan PAS benar-benar ‘bengang’ dengan Anwar kerana mencadangkan perkara bodoh yang akhirnya memakan diri dan parti. Sementara itu, BN pula semakin hari semakin mantap dan yakin bergaya. Tanpa perlu berbuat apa-apa BN hanya tersenyum menyaksikan PR memperbodohkan diri sendiri, berpusing keliling menepis peluru yang mereka tembak sendiri. Tergelak kita melihat mereka terlompat-lompat bila peluru mengenai kaki.  

Di masa yang sama siri-siri demonstrasi yang digerakkan PR sama ada secara langsung atau dengan menggunakan penyamaran di bawah berbagai-bagai nama NGO untuk menggugat BN dan kepimpinan Dato’ Seri Najib juga langsung tidak memberi kesan. Sudahnya, rakyat menjadi muak dengan gelagat para pendemonstrasi, sekali gus meluat dengan PR yang menjadi dalangnya.   

Mungkin kerana itu, maka BN akhir-akhir ini telah mengambil sikap ‘malas melayan’ karenah manusia tidak berguna ini. Jika mereka ingin berdemo, biarkan sajalah, malah pihak berkuasa juga bersedia memberikan tempat untuk mereka berdemo dengan aman asalkan mereka bahagia. Yang pasti, di kala mereka berdemo, BN pula sibuk berkhidmat untuk rakyat.  

Semua faktor inilah yang membuat Anwar atau PR Selangor cuak untuk menyertai PRU. Setelah puas mencuba membuat huru-hara dan melingkupkan negara, sedar-sedar sudah hampir Pilihanraya dan mereka belum pun membuktikan apa-apa kepada rakyat. Yang ada hanya janji-janji di dalam Buku Jingga yang bukan saja tiada jaminan tetapi tidak masuk akal sama sekali. Lebih buruk lagi, beberapa soal yang menjadi kontroversi dalam pakatan mereka seperti hudud juga masih belum dapat diselesaikan.  

Semua yang dipaparkan di atas membuktikan hanya satu perkara, iaitu PR sememangnya tidak mampu dan tidak layak memerintah walaupun sebuah negeri. Khalid Ibrahim sudah mengakuinya secara tidak langsung apabila membayangkan keengganan membubarkan DUN, dan kini Anwar pula berbuat yang sama. Alasan enggan sertai PRU kerana ‘tuntutan Bersih tidak dipenuhi’ sebenarnya hanyalah untuk menutup malu jika rakyat tahu yang mereka sudah takut.  

Rupanya tahu juga si Anwar ini merasa malu, walaupun beliau nampaknya tidak malu langsung bila seluruh dunia menyaksikan dirinya ‘beraksi’ tanpa seurat benang dengan ‘china doll’. Pesan beruang, kalau dah takut, buatlah cara takut. Tidak perlulah memberi berbagai-bagai alasan. Bukankah lebih baik dilihat sebagai penakut daripada dilihat sebagai bodoh? - Beruang Biru.

7 Apa Nak Jadi - Wanita Melayu Berkahwin Di Gereja




Akhbar The Sunday Telegraph melaporkan bahawa seorang wanita Melayu telah berkahwin di sebuah gereja di Australia. Nicholas Rudd, 25, anak bekas Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd telah dikahwinkan dengan adat istidat gereja Kristian dengan Zara Shafruddin seorang wanita Melayu. Mereka dikatakan bertukar-tukar ikrar di Gereja St James di King St, Sydney. 

Encik Rudd, Therese Rein isterinya dan anak perempuannya, Jessica mengumumkan berita gembira itu melalui twitter. Perkahwinan itu telah dihadiri oleh kawan rapat dan keluarga pasangan itu. Gereja St James telah dipenuhi dengan bunga ros, lillies dan stephanotis yang dipilih oleh Cik Rein. Tidak pula dapat dipastikan status Agama terkini wanita berkenaan.

0 P"Gay"R Mula Gelabah, PAS Dan DAP Tidak Setuju Batal PTPTN

Ini Demo Anti-PTPTN Ke Pesta Woodstock Tahun 1970an?
Berita ini penulis dapati dari sumber dalaman yang kuat dan boleh dipercayai. Semalam, di dalam mesyuarat Pakatan Rakyat, terjadi perang mulut antara parti-parti sekutu Pakatan Rakyat akibat dari isu pemansuhan PTPTN. DAP dan PAS dikatakan berang dengan Anwar Ibrahim dan PKR kerana menjerumuskan mereka ke dalam isu yang akhirnya memakan diri sendiri.

Kini, seluruh parti Pakatan Rakyat terpaksa menepis dan merasionalkan cadangan PKR untuk menghapuskan PTPTN. Akhbar-akhbar Cina juga kebanyakannya memberi reaksi negatif terhadap cadangan tersebut. Sin Chew, misalnya mempersoalkan walaupun semua orang menginginkan pendidikan percuma  tetapi apakah cadangan tersebut logik untuk dilaksanakan.

Pendidikan percuma untuk semua bermakna kerajaan memerlukan RM43 bilion setiap tahun dan itu belum lagi diambil kira janji-janji manis yang lain yang ditabur oleh PR yang membawa jumlah lebih RM200 billion. Akhbar-akhbar Cina diketahui mempunyai pertalian yang rapat dengan DAP dan apa yang ditulis mereka kebanyakannya membayangkan pendirian DAP. Oleh itu, walaupun secara dasarnya mereka menentang penghapusan PTPTN tetapi mereka memberi sedikit ‘muka’ kepada Pakatan Rakyat dengan menyebut tentang pengalaman dalam bidang ekonomi yang dimiliki oleh Anwar Ibrahim yang pernah menjadi Menteri Kewangan.  

Bagaimanapun, menurut mereka, walaupun Anwar dan Tony Pua punya pengalaman dalam mengurus kewangan tetapi selagi mereka berdua tidak dapat membentangkan secara terperinci tentang bagaimana caranya untuk menampung kos lebih RM200 billion itu, maka mereka tidak ada pilihan selain dari meraguinya. Dari laporan akhbar tersebut, nampaknya kaum Cina mengakui bahawa PTPTN banyak membantu kerana kebanyakan anak-anak mereka memilih untuk ke pusat pengajian tinggi swasta yang kosnya jauh lebih mahal dari pusat pengajian tinggi awam.  

Secara tidak langsung juga mereka telah mengakui bahawa kerajaan tidak pernah mengabaikan kaum mereka, walaupun mereka tidak menyatakannya secara terang-terangan. Kita percaya, PAS juga banyak terhutang budi kepada kerajaan dalam isu PTPTN ini. Mana tidaknya, jika kebanyakan anak-anak mereka tidak layak mendapat biasiswa kerana kurang menyerlah dalam pelajaran akibat terlalu asyik berpolitik kerana terpengaruh dengan ibubapa sendiri.  

Jika ini senarionya maka hanya pinjaman seperti PTPTNlah sahaja yang dapat membantu anak-anak orang PAS ini mendapatkan pendidikan peringkat tertiari.  Begitu juga dengan PKR, contohnya Adam Adli dan semua rakan-rakannya yang ke hulu ke hilir berdemo menentang apa saja yang dibuat oleh kerajaan, tiada seorang pun di antara mereka yang cemerlang dalam pelajaran. Justeru, munasabahlah jika PKR ditempelak oleh sekutunya DAP dan PAS kerana mengemukakan cadangan yang paling bodoh.  

Apakan daya, tahap itu sajalah pemikiran Ketua Pembangkang yang hanya berkelulusan Pengajian Melayu kelas 3.   Apa nak dikata, bukan UMNO yang pilih Anwar jadi Ketua Pembangkang, tetapi PR sendiri yang melantiknya.   Tak dapat dibayangkan jika Anwar menjadi Perdana Menteri.  Entah apa lagi agaknya idea-idea bodoh yang akan dikemukakannya. - Beruang Biru.

Published with Blogger-droid v2.0.4

April 19, 2012

7 Anti PTPTN - Naib Canselor UM Makan Gaji Buta



Bila sebut nama Universiti Malaya (UM) ramai yang akan bersetuju pusat pengajian itu adalah antara pilihan utama ibubapa untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tinggi bukan sahaja kerana sejarahnya yang besar dalam dunia pendidikan malah namanya juga tercatat antara 500 universiti terbaik dunia.

Bagaimanapun ranking yang baik tidak akan menjanjikan banyak perbezaan jikalau ada segelintir pelajarnya mudah terpengaruh dengan anasir luar yang hanya bermatlamatkan mempergunakan mereka untuk kepentingan politik kepartian misalnya menyertai demonstrasi jalanan di Dataran Merdeka tempohari.

Demonstrasi anti PTPTN sabtu lalu oleh sekumpulan mahasiswa pro pembangkang sekalipun gagal sama sekali apabila dari 5,000 orang sasaran penyertaan hanya 200 - 300 orang sahaja yang hadir namun kelibat beberapa pelajar UM dalam demo tersebut tentu sahaja menuntut tindakan bersesuaian daripada pihak pentadbir universiti.Antara yang telah dikenalpasti merupakan pelajar UM ialah Haziq Abdullah, Syahid Zaini, Safwan Anang dan beberapa yang lain.

Ramai yang tertanya-tanya apa langkah selanjutnya yang bakal diambil terhadap pelajar tersebut berikutan penglibatan mereka dalam demonstrasi tersebut.Haziq misalnya adalah antara individu yang bertanggungjawab membawa gambar Perdana Menteri dengan kalungan bunga kematian, satu tindakan yang agak biadap dan bersifat provokasi sewajarnya disegerakan tindakan tegas terhadapnya.

Mana mungkin seseorang pelajar universiti yang tugas utamanya menelaah pelajaran boleh di biarkan bebas berkeliaran menyertai aktiviti politik sekalipun ada tikanya buah fikiran mereka berguna untuk negara namun ada tempat dan tikanya yang sesuai untuk tujuan tersebut.Demonstrasi jalanan ditambah lagi dengan perlakuan biadap, kurang ajar dan melampaui tabie asas seorang pelajar universiti tentu saja sukar diterima masyarakat sementelah lagi isu pemansuhan PTPTN yang mereka laungkan juga hasil usul dari golongan partisan yang hanya memperalatkan mereka untuk tujuan kepartian.

Walhal ramai mengakui hakikat dengan adanya dana pinjaman pendidikan dari PTPTN sejak lebih kurang 14 tahun ianya beroperasi telah membantu ratusan ribu rakyat melanjutkan pelajaran ke ipt, tiba-tiba kali ini semata-mata hampir pilihanraya umum ke 13 ianya menjadi puching beg orang politik, apakah logik untuk kita hapuskannya begitu saja?

PTPTN pula bukannya satu skim pinjaman bersandarkan keuntungan, semua dana yang ada dan jumlah bayaran diterima dikitar semula untuk kegunaan generasi pelajar akan datang dan caj perkhidmatan 1% yang dikenakan pula untuk menampung segala kos pentadbiran termasuklah pengurusan, kakitangan, utiliti dan lain-lain yang berkaitan. Dan pula, PTPTN tidak sama sekali mewajibkan pelajar memohonnya. Semua bergantung pada kemahuan individu tidak mengira miskin atau kaya, jika memerlukan wang pinjaman maka PTPTN adalah tempatnya.

Tapi jika berasa cukup mampu menanggung segala kos pengajian dan sara hidup selama 2 hingga 5 tahun di universiti, tiada paksaan untuk menggunakan khidmat PTPTN. Andaikata masih ada segelintir pelajar begitu kemaruk mahukan pendidikan percuma sebagaimana dilaungkan dalam demo tersebut, ringan-ringankanlah otak untuk berfikir dan rajin belajar supaya mampu mencapai keputusan cemerlang dengan kelulusan ijazah kelas pertama tentu sahaja hutang pinjaman dilupuskan tanpa bayaran satu sen pun.

Berbalik kepada isu penyertaan beberapa pelajar UM dalam demonstrasi anti PTPTN sebagaimana disebut di awal tulisan ini, sekali lagi ditekankan keperluan pentingnya tindakan segera pihak pentadbir universiti bertegas dengan kebiadapan pelajar-pelajarnya.  Jangan ditunggu hingga ada yang terdetik dalam hati menyangkakan yang Naib Canselor UM hanya makan gaji buta dek kerana lambat bertindak dan kurang responsif terhadap isu tersebut.

Kita tidak mahu suatu hari kelak bakal lulusan universiti tergolong dari sekumpulan manusia yang kurang ajar, biadap dan menjengkelkan sikap perwatakannya sedangkan sifat dan tabie asas seseorang terpelajar mestilah menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat.Apatah lagi mereka bukan sahaja menggalas harapan ibubapa dan negara supaya menjadi insan yang berguna malah suatu hari nanti khidmat mereka diperlukan untuk menabur jasa bakti bagi pembangunan masyarakat dan negara.

Justeru itu, segeralah bertindak untuk kebaikan bersama agar ia tidak menjadi ikutan kemudian hari kelak yang tentu sahaja jika dibiarkan bukan sahaja memberi kesan terhadap nama baik UM sendiri malah akan menimbulkan keraguan masyarakat terhadap keupayaan UM untuk mendidik generasi masa depan.

Published with Blogger-droid v2.0.4

3 Penduduk Kampung Kerinchi Yang Serang 'Gelandangan PTPTN'

Mahasewel Memakai Baju BERSIH Ke Atas Monyet. Eloklah tu Monyet vs Beruk!
Berlawanan dengan sangkaan banyak pihak, ‘serangan’ awal pagi yang ditujukan kepada sekumpulan pelajar yang berkhemah di Dataran Merdeka awal pagi tadi bukanlah disebabkan oleh penyokong mana-mana parti politik. Sebaliknya berdasarkan maklumat yang penulis terima, ia dilakukan oleh sekumpulan ‘penduduk Flat Kg Kerinchi’ yang tidak berpuas hati dengan Adam Adli kerana campur tangan dalam proses pemindahan penduduk di kawasan mereka tempoh hari.

Tindakan Adam Adli yang cuba menjadi hero dalam kejadian pada 2hb April 2012 itu telah menyebabkan projek pembangunan Flat tersebut yang sudah semakin uzur itu, tertangguh hingga kini dan menyusahkan majoriti penduduk disitu. Dalam kejadian tersebut Adam Adli mendakwa ditumbuk dan mendapat kecederaan kecil sebelum diselamatkan oleh pihak polis. Rasa tidak puas hati itulah yang membawa kepada kejadian awal pagi tadi yang hampir menyebabkan ketegangan antara dua pihak berlawanan atau dalam bahas Inggerisnya di panggll ‘unfinished business’.

Tapi itu tidak bermakna penulis menyokong perbuatan melanggar undang-undang yang dilakukan oleh mana-mana pihak terbabit. Cuma, kita perlu menjelaskan disini sebelum ada yang menuduh UMNO atau polis menjadi dalang di sebalik serangan tersebut. Kita faham sangat dengan modus operandi pembangkang atau mana-mana pihak yang dinaunginya. Adalah biasa bagi mereka meletakkan kesalahan kepada UMNO dan kerajaan setiap kali sesuatu yang tidak diingini berlaku ke atas mereka.

Walaupun hakikatnya masalah itu adalah disebabkan oleh mereka sendiri. Itupun, dalam sidang media yang diadakan oleh kumpulan ini di Dataran Merdeka sebentar tadi, mereka sempat menuduh polis menzalimi mereka kerana tidak datang membantu dalam serangan awal pagi tadi. Walhal pihak polis memang ada di tempat kejadian tapi menghadapi kesulitan untuk meleraikan pergaduhan tersebut akibat dari jumlah yang terlibat agak ramai. Rasa penulis, kerajaan dan polis pun tidak berminat untuk masuk campur dalam soal budak-budak yang semakin kehilangan arah ini. Arah ‘perjuangan’ mereka itupun semakin huru hara. Dari matlamat asal untuk memperjuangkan pemansuhan PTPTN, bertukar dan bercampur baur dengan pelbagai isu lain yang tidak berkaitan.

Takkanlah polis nak membazirkan sumber dan tenaga untuk memastikan keselamatan budak-budak yang mencari masalah sendiri ini. Di luar sana ada lebih ramai rakyat yang memerlukan bantuan dan perkhidmatan dari pihak polis. Tidak ada siapa yang memaksa mereka mendedahkan diri kepada bahaya seperti itu, itu adalah pilihan masing-masing. Benarlah kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin, siapa suruh cari masalah? - Beruang Biru.

Published with Blogger-droid v2.0.4

0 Kegagalan Azmin Gerak Jentera Pilihanraya Bakal Menumbangkan PR Di Selangor


PKR Selangor di bawah pimpinan Azmin Ali kini dikatakan sedang mengalami kemelut yang amat teruk dan boleh dikatakan dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.Faktor utama ialah kegagalan beliau mengurus dan menggerakkan jentera parti di peringkat akar umbi.Keadaan lebih parah lagi bagi Azmin selaku bos PKR di Selangor apabila beliau dilihat gagal membuktikan kemampuannya untuk mempertahan serta mengekalkan kuasa politik Pakatan Rakyat di negeri itu.

Melihat kepada situasi yang hambar di hampir kesemua cabang dan ranting PKR di Selangor, boleh dikatakan agak sukar parti itu bersama-sama PAS dan DAP untuk mendapat peluang bagi kali kedua memerintah negeri terkaya di Malaysia itu. Rasa hampa yang amat mendalam ini tercermin daripada luahan dan keluhan Ketua Wanita Pusat sendiri, Zuraida Kamarudin di dalam laman facebooknya apabila merungut ramai ahli-ahli PKR sudah meninggalkan parti itu.

Ini berikutan kelemahan kepimpinan Azmin dan kegagalan beliau merapatkan dan memperbaiki hubungan dengan seteru politiknya yang juga Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim. Persengketaan di antara kedua-dua pemimpin PKR itu bukan rahsia lagi di kalangan ahli-ahli parti. Abdul Khalid merasa kuasa beliau telah dipinggirkan apabila Ketua Umum, Anwar Ibrahim menyingkir beliau untuk digantikkan dengan kroni dan orang kuatnya, Azmin sejak dua tahun lalu.

Akibat daripada tindakan Anwar tersebut Abdul Khalid dan Azmin tidak lagi sebulu dan sering bertelagah. Sebagai membalas dendam terhadap dasar politik kotor Anwar yang mengamalkan dasar pecah dan perintah, Abdul Khalid mensabotaj kebanyakan daripada program PKR di Selangor dengan menyekat dana dan bantuan kewangan melalui saluran kerajaan negeri. Azmin pula bersikap pilih bulu dengan hanya mengutamakan cabang-cabang yang dipimpin oleh kroni-kroninya sahaja.

Aktiviti dan program PKR hanya ditumpukan di beberapa kawasan seperti Batu Caves, Gombak dan Seri Muda sahaja manakala kawasan-kawasan lain diabaikan. Faktor inilah yang menyebabkan ramai ahli-ahli PKR Selangor sudah tawar hati dan membuat keputusan untuk meninggalkan parti itu. Bagi mereka PKR telah menipu mereka dengan propaganda imej sebagai 'parti harapan baru' tetapi hakikatnya hanya pemimpin atasan sahaja ang mengaut segala keuntungan dan menikmati hidup yang mewah atas pengorbanan ahli-ahli peringkat bawahan.

Program-program PKR tidak lagi mendapat sambutan hangat seperti dua atau tiga tahun lalu. Jika dahulu ceramah-ceramah anjuran PKR di Selangor yang dihadiri Anwar mampu menarik lebih 5,000 hadirin tetapi sekarang hendak mencapai jumlah 1,000 ke 2,000 pun amat sukar. Itu pun disebabkan kehadiran beberapa tokoh popular PAS, bolehlah PKR 'tumpang sekaki' untuk mendapat jumlah pendengar yang lebih besar. Jika di tolak faktor penceramah dari PAS, PKR berjaya menarik hati sekitar beberapa orang sahaja.

Kemelut yang melanda PKR Selangor dijangka akan bertambah teruk menjelang pilihan raya umum kerana Azmin hanya menumpukan perhatian kepada kawasan Parlimen dan DUNnya sahaja termasuk beberapa kawasan kroninya. Kawasan lain termasuk Ijok, kawasan DUN Menteri Besar dibiarkan untuk mencari dana sendiri menggerakkan jentera pilihan raya. Melihat kepada kelemahan ketara dan faktor penerimaan rakyat Selangor yang semakin melonjak terhadap barisan Nasional, secara keseluruhannya PRU-13 nanti bakal menjadi badai yang akan menenggelamkan kapal Pakatan Rakyat. - Beruang Biru.

Published with Blogger-droid v2.0.4

0 Bekas Ketua Wanita P"Gay"R Penang Pula Bertanya Farah Afifah Anak Siapa


Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (P"Gay"R) Pulau Pinang, Aminah Abdullah mendesak agar Presiden P"Gay"R, Wan Azizah dan isteri Timbalan Presiden P"Gay"R, Shamsidar Taharin untuk tampil menjelaskan segala spekulasi mengenai hubungan sebenar antara Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga merupakan Naib Presiden P"Gay"R, Nurul Izzah Anwar dan anak perempuan Azmin Ali, Farah Afifah. Aminah berkata, sidang media antara dua ibu itu perlu dilakukan bersama agar dapat menjawab segala persoalan orang ramai mengenai status Nurul Izzah dan Afifah dari segi hukum syarak Islam.

“Apakah pertalian sebenar mengikut hukum syarak antara anak Azizah dan Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah dengan anak Azmin dan Shamsidar iaitu Farah Afifah. Ini bukannya satu dakwaan, tetapi satu pertanyaan yang perlu diperjelaskan orang. Dalam PKR pun banyak yang tertanya-tanya, tapi mereka tak berani bersuara takut dipecat,” katanya.

Semua pemimpin-pemimpin atasan Pakatan Rakyat tahu bahawa Wan Azizah dan Shamsidar sudah lama tidak bertegur sapa.  Semua orang tahu, Wan Azizah tidak akan menghadiri program di mana Shamsidar juga menghadirinya. Sekiranya mereka terserempak, mereka akan bermasam muka. Ketegangan antara mereka sudah tidak boleh disembunyikan lagi. Itu hakikat. Wan Azizah juga tidak begitu ‘ngam’ dengan Azmin dan cukup menyampah apabila pada suatu ketika dulu, Azmin gemar benar memakai baju yang sama dengan Anwar, suaminya.

Gesaan supaya kedua-dua ibu itu untuk tampil menjernihkan keadaan dan memberi penjelasan mengenai isu status sebenar anak perempuan Azmin Ali dan Shamsidar, Afifah timbul setelah Presiden Parti India Malaysia (MUIP), S. Nallakaruppan tampil mendedahkan hubungan sulit antara Pengasas P"Gay"R, Anwar Ibrahim dengan Shamsidar. Nallakaruppan juga turut mendakwa mempunyai simpanan bukti-bukti yang kukuh mengenai hubungan sulit antara Anwar dan Shamsidar. Bukti-bukti tersebut akan dibongkarkan oleh Nallakaruppan sewaktu perbicaraan yang akan berlangsung di mahkamah nanti.

Menganggap itu sebagai fitnah yang dilemparkan kepada dirinya untuk menjatuhkan kredibilitinya sebagai pemimpin, Anwar telah bertindak memfailkan notis saman RM100 juta terhadap Nallakaruppan. Namun, sehingga kini Anwar masih lagi senyap tanpa sebarang tindakan lanjut saman terhadap bekas sahabat baiknya itu. Afifah dikatakan adalah anak perempuan Anwar hasil dari hubungan sulitnya dengan Shamsidar. Tetapi, Azmin Ali dan Shamsidar sehingga kini hanya mendiamkan diri dan tidak membuka mulut menceritakan perkara sebenar termasuklah tidak membuat ujian DNA bagi mengesahkan status diri Afifah.

Tentu sekali PR sedar, jika tiada langsung usaha untuk menjawab persoalan mengenai hubungan intim Anwar-Shamsidar atau hubungan dingin Azizah-Shamsidar maka rakyat akan melihat bahawa kisah cinta 4 segi senget lagi songsang keluarga mereka adalah benar belaka. Perkembangan ini meletakkan PR dalam keadaan serba tak kena. Jika didiamkan maka penyokong akan mula meragui mereka, tetapi jika diberi respon maka mereka mungkin akan terjerat diri sendiri.

Published with Blogger-droid v2.0.4

April 18, 2012

0 Portal Pembangkang Turut Mengkritik Kewibawaan Chegubard

Posting di bawah diambil daripada portal Pakatan Haram, Suara Pakatan Rakyat. Ironinya, dalam banyak-banyak posting pembangkang yang menulis tanpa berpijak di bumi yang nyata, posting di bawah memberikan ulasan yang seimbang walaupun ianya ditulis oleh juak-juak Pakatan Haram.
SEMALAM, berlangsungnya Rapat Rakyat Ceramah Umum “10 hari menjelang Bersih 3.0” di Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru, Kuala Lumpur.  Jika program semalam dijadikan kayu-ukur perhimpunan Bersih 3.0 yang bakal diadakan, maka kita wajar merasa bimbang.
Penulis telah dimaklumkan sejak dari awal bahawa kehadiran adalah disasarkan dalam 10,000 orang tetapi yang hadir jangankan 50%, tetapi 5% sahaja. Benar, bahawa laman-laman web pro-PR kebanyakannya memberi gambaran bahawa program semalam mendapat sambutan tetapi, apa gunanya kita menipu diri sendiri? Mengaku sajalah bahawa yang datang hanyalah lebih kurang 500 orang.
Justeru, bagaimana kita boleh mensasarkan sehingga 500,000 atau lebih dalam perhimpunan yang sebenar nanti sedangkan untuk mengumpul 5,000 pun kita tidak mampu? Penulis tahu tulisan ini pasti ditempelak oleh pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong PR sekalian tetapi penulis mempunyai tanggungjawab untuk menegur dan menyatakan yang benar walaupun pahit. Kebenarannya ialah Chegu Bard telah gagal menggerakkan anak muda dan mahasiswa sepertimana yang ditugaskan kepadanya.
Dikhabarkan Chegu Bard akhir-akhir ini seolah-olah sudah kehilangan semangat dan segala cakap berdegar-degarnya hanyalah lakonan semata-mata.  Oleh itu, penulis tertanya-tanya, mungkinkah beliau sudah letih? Jangan kita lupa bahawa Chegu Bard pernah kecewa ketika pemilihan parti yang lalu sehingga hampir keluar parti.  Apakah luka kecewa itu masih belum pulih? Bukan kita menuduh Chegu Bard sengaja menggagalkan himpunan pra-bersih tetapi kita meragui kesungguhannya untuk menjayakan Bersih 3.0.  
Tidak logik jika dikatakan bahawa kebanyakan tenaga anak-anak muda sudah dikerahkan  untuk berdemo isu PTPTN di Dataran Merdeka kerana di situ juga tidak ramai lagi yang tinggal.
Apakah ini petanda bahawa semakin ramai anak muda memalingkan muka dari PR? Sudah menjadi tanggungjawab Chegu Bard untuk menyedarkan anak-anak muda tentang pentingnya perjuangan PR dan Bersih untuk menuntut pilihanraya yang bersih.  Tetapi melihat dari apa yang berlaku, adalah tidak mustahil jika penulis mengesyaki bahawa pendekatan yang digunakan Chegu Bard terhadap anak-anak muda tidak begitu sesuai iaitu ‘terlalu politik’.
Apabila kita bercakap tentang Bersih, kita harus memisahkan diri kita dari parti kerana perjuangan Bersih bukanlah perjuangan satu-satu parti tetapi perjuangan seluruh rakyat Malaysia.  Dan PR menyokong perjuangan ini kerana hanya itulah yang akan dapat menjamin keadilan dalam pilihanraya nanti.  Jika pilihanraya tidak adil, maka pastinya kerajaan yang memerintah adalah tidak adil juga. Kita faham para pemimpin PR sering terbawa-bawa dengan parti bila bercakap soal Bersih dan inilah yang membuatkan rakyat terutamanya, anak muda mula meragui peranan Bersih.
Mungkin inilah yang gagal Chegu Bard fahami apabila berhadapan dengan anak-anak muda.  Jangan kita terlalu yakin yang semua anak-anak muda itu kukuh berada di pihak kita kerana orang muda amat mudah terpengaruh.  Bila-bila masa mereka boleh berubah fikiran, berfikir semula dan akhirnya berbuat sesuatu yang tidak dijangka. Justeru, bagi memastikan Bersih 3.0 berjaya, Chegu Bard perlu mengumpul tenaga dan memulihkan semangat juangnya untuk menguatkan sokongan anak-anak muda bakal pemimpin negara sebagai barisan paling hadapan dalam perjuangan ini.
Kalau tidak, mungkin juga PR perlu melatih pemimpin muda yang baru untuk memimpin anak-anak muda kita dengan seberapa segera, supaya perjuangan ‘membersihkan’ Malaysia tidak terpancit di tengah jalan. Apapun, kita wajib pastikan Bersih 3.0 mencapai sasaran melalui apa jua cara.  Ingatlah, kita sudah tiada masa kerana pilihanraya sudah hampir tiba.
Rakyat sudah mula membuka mata berbanding PRU12. Sewaktu Bersih 2.0, Rakyat "tertipu" dengan peranan yang dimainkan oleh NGO-NGO, kononnya untuk pilihanraya yang adil dan bersih. Kini, tidak lagi. Rakyat mulai sedar dengan tipu daya pemimpin Pakatan Haram. Anak-anak muda, mahasiswa-mahasiswa dan pengundi baru majoritinya berdiri teguh di belakang Kerajaan yang ada. Sudah sampai masanya Rakyat menolak skrip lakonan yang sudah basi daripada Pakatan Haram. 

0 Mari Ketahui Isu PTPTN Lebih Dekat Versi Komik




4 Anti PTPTN Memfinah DBKL Dan PDRM Mahu Menangkap Mahasewel Di Dataran Jam 3.00 Pagi






Provokasi Murahan? Itulah yang cuba dilakukan oleh Mahasewel yang berkhemah di Dataran Merdeka semalam apabula mereka telah mewar-warkan di dalam media sosial bahawa PDRM dan DBKL akan datang pada pukul 3.00 pagi tadi. Kononnya pegawai DBKL dan PDRM akan mengangkut semua khemah ketika mahasewel nyenyak tidur dan menangkap mereka yang berada di situ. Semasa penutup ceramah di Kelab Sultan Sulaiman malam tadi pula, Chegubard telah mengumumkan bahawa mahasewel di lokasi Dataran Merdeka telah dikepong oleh pihak PDRM. Maka bertakbirlah orang ramai dan berderu lah mereka ke lokasi untuk memberi bantuan dan halangan yang mereka fikirkan wajar

Ratusan orang ramai tiba kononnya menjadi untuk menjadi hero dan mempertahankan khemah-khemah mahasewel-mahasewel berkenaan. Tidak kurang juga pemimpin pembangkang yang hadir seperti Ostad yang kena tangkap basah di hotel Kuantan bersama isteri orang, juga pada pukul 3.00 pagi. Mungkin dia datang ke Dataran nak bagi kaunseling kot? Hakikatnya, tidak ada apa yang berlaku semalam kecuali fitnah yang ditabur puak-puak mahasewel ini. Dan jangan lupa, kalau bukan menipu, bukan Chegubard namanya!

Published with Blogger-droid v2.0.4
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates