April 14, 2012

13 Najib, Khaled Dan Adat Kaum India Dihina Dalam Perhimpunan Anti PTPTN





Inilah yang dikatakan bodoh tidak boleh diajar, pandai tidak boleh diikut. Adat kaum India dihina oleh Kaum India sendiri dari ahli-ahli parti P"Gay"R. Betulkan CTS kalau salah. Adat mengalungkan bunga ke atas "frame" gambar mengambarkan seseorang di dalam gambar itu telah meninggal dunia. Keji betul penghinaan mereka kepada Perdana Menteri dan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi.

Published with Blogger-droid v2.0.4

33 Gambar Mahasewel Anti PTPTN Membuat Halangan Lalulintas Di Ibu Kota










Memang otak dekat kepala lutut. Hujung minggu orang nak bersiar-siar di Ibu Kota terbantut sebab sekumpulan Mahasiswa tidak mahu membayar hutang PTPTN. Haramjad betul!!!

Published with Blogger-droid v2.0.4

4 The True Scenario of Penang Today


Scene No 1 (before the March 2008 general elections) – We will hear out the people’s problems and are all ears on the predicament of the Rakyat.

Scene Today (after 3 years of ruling the Penang State Government) – We will approve as many development projects as possible. Uncontrolled development is alright so long that we make our businessmen friends happy.

The hell with the people. We need financial support for the general election so that we can continue to have a job. Our motto now is “Our own priority first, people last". This contrasting scene is perhaps very evident of late. This blog may be accused of being politically biased for highlighting them but it is better to be factual. And the truth hurts. And it has always been the case that heap of praises will follow when you praise the Opposition.

Insults and brickbats will follow suit if it is otherwise. This is the democracy in the context of the Opposition. A case of contention is the recent case of the protest by 100 over residents in Changkat Kenari over the hillslope development at Sungai Ara in Penang. They had protested against a huge hill development project involving the construction of 14 blocks of condominiums, 92 bungalows and two clubhouses on the 32.7ha land behind their houses.

They had also protested against a smaller 22-storey condominium project by a different developer on an adjacent hill slope. The residents argued that the developments were against guidelines which prohibited housing on hills over 76m above sea level and with slope gradients over 25 degrees. Despite the many objections raised by the residents and municipal councillor Dr Lim Mah Hui, the project was approved, disregarding the voices of the people who expressed fear over the safety aspect of having such a development so near to their homes.

Stopthelies understands that the project approval was via special project status. What is so special of the project on a hillslope that needs to be granted such privilege? Why the special status? Perhaps the state government owes Penangites an explanation. Guan Eng has been unusually quiet on the matter. Its like a free for all in Penang now. So long you have the right connection, you will get the projects approved. Inconsideration to the ecological functions of the hill and allowing frenzy hill cutting is now carried out at the expense of the safety of the people.

We don’t see the rationale of giving approvals via special project status to enrich the pockets of the rich developers who do not give a damn to the welfare of the people. Their bank account only matters to them, not the people. It is no point for the state government to introduce supposedly green initiatives like no plastic day, closing roads for cycling activities, when you are allowing hills to be cut down for development. A load of crap and so hypocritical.

Already Penang is confronted with the daily horrendous traffic and the problem is compounded during school holidays and festive breaks. The absence of a road dispersal master plan and continued approvals with disregard to the impact to the environment and bottlenecks on the road has exacerbated the problem.The last thing Penang needs is more traffic jams which come with more development. Keep the unspoilt Penang charm as it is. 

- Written by Facebook's Friend, Tan Kai Beng.

April 13, 2012

1 Hanya 200 Orang Dijangka Hadir Demo PTPTN


Demonstrasi anti PTPTN anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Sabtu ini dijangka hanya dihadiri sekitar 200 orang sahaja selepas ramai kalangan pelajar universiti berbelah bagi dan hilang minat membicarakan isu tersebut. Kebanyakkan mahasiswa dilaporkan semakin tawar hati dan melihat janji-janji Anwar dalam isu pemansuhan PTPTN hanyalah satu propaganda bersifat politiking semata-mata untuk kepentingan Anwar serta barisan pembangkang dan bukannya bermaksud mahu membantu mahasiswa.

Situasi tersebut dipercayai wujud selepas masing-masing telah mengetahui penglibatan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim adalah antara pendukung utama yang meluluskan penubuhan PTPTN lewat tahun 90-an dulu. Bagaimanapun menurut sumber rapat dengan SMM menyebut, beberapa langkah awal telahpun disegerakan untuk mengelakkan demoinstrasi tersebut gagal sama sekali. Menurutnya, Adam Adli dan Safwan Anang telahpun mengadakan perjumpaan tertutup dengan beberapa pemimpin pembangkang yang rapat dengan Anwar Ibrahim untuk membincangkan strategi saat akhir untuk mobilise semaksima mungkin mahasiswa untuk turun ke jalanraya.

Antara langkah yang telah dipersetujui dan sedang digerakkan ialah menambah dana peruntukan kewangan untuk menampung kos upah pendemo yang dinaikan dua kali ganda bertujuan menarik minat lebih ramai mahasiswa menyertai demonstrasi tersebut. Selain itu SMM juga telah meminta bantuan unit foto Harakahdaily dan Malaysiakini supaya menghantar seorang jurufoto terbaik mereka bagi merakamkan foto close-up semasa demonstrasi untuk memberi gambaran kepada umum yang demonstrasi tersebut berjaya dan mendapat sambutan hangat.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, wakil Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menafikan berita awal sebelum ini yang menyebut penglibatan mereka yang dikatakan menyokong demonstrasi anti-PTPTN anjuran SMM sebaliknya menyeru supaya mahasiswa menggunakan kewarasan akal fikiran dalam menilai setiap isu berbangkit. - Beruang Biru.

2 Konsep "Pejabat Bertemu Rakyat"? Betul Ke Apa Yang Ku Dengar YAB @khalid_ibrahim ?

Apabila Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, TS Mahyuddin Yassin sering turun padang berjumpa dan menyelesaikan masalah Rakyat, Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim terus gagap dan gelabah. Tiba-tiba sahaja muncul pendekatan baru yang cuba diaplikasi oleh Kerajaan Pakatan Haram Selangor iaitu "Pejabat Bertemu Rakyat". Hai YAB, selepas hampir 4 tahun memerintah Selangor, baru teringat untuk menjengok Rakyat? Memetik kata-kata beliau di dalam "mediaSelangorku" yang menggunakan duit Rakyat Selangor untuk beroperasi,

“Kita bawa pejabat berjumpa rakyat, konsep ini agak janggal kerana lebih 50 tahun rakyat terpaksa pergi ke pejabat setiausaha kerajaan negeri untuk bertemu pemimpin atasan bagi menyelesai masalah. Tiba masanya kita mengubah cara tersebut sebab rakyat telah memberi amanah dan mandat kepada kita untuk berkhidmat kepada mereka. Hakikatnya pemimpin adalah pekerja bagi rakyat sebab itu kita turun bertemu rakyat. Sebab itulah seluruh pasukan termasuk saya dan semua para exco telah diwajibkan untuk bertemu dengan rakyat bagi mendengar dan menyelesai masalah rakyat."
CTS tidak pasti dengan tempat-tempat lain di Selangor. Apa yang pasti, DUN tempat CTS tinggal adalah DUN Batu Tiga di mana YBnya Rodziah Ismail dan MPnya pula Khalid Samad, Parlimen Shah Alam. Belum pernah rasanya sepanjang Pakatan Haram memerintah, mereka telah membuka meja atau kaunter untuk bertemu dengan Rakyat Shah Alam. Kalau kami mempunyai masalah, tiga empat kali buat temujanjipun belum tentu dapat berjumpa dengan YB-YB berkenaan. Cukuplah dengan lakonan retorik ini YAB MB. Rakyat sudah muak dengan skrip sebegini. Mungkin satu dua orang boleh tertipu tetapi bukan majoriti masyarakat Selangor.

1 Mat Sabu Penipu Besar - RAFOC Gelar Mat Sabu Musuh Negara


Kalau tidak menipu bukan pemimpin PAS. Kalau bukan pembohong, bukan Mat Sabu. Inilah watak yang tidak boleh luput sekiranya kita membicarakan pasal Timbalan Presiden PAS yang pernah ditangkap basah dengan isteri orang di dalam Bilik 212, Hotel Perdana, satu ketika dahulu. Haji Mohamad Sabu atau nama manjanya Mat Sabu  ketika berucap dalam satu ceramah di Telok Emas, Melaka tiga hari lepas berkata,
"Tuan-tuan nak tahu pada pilihan raya akan datang beberapa orang bekas polis, bekas tentera berpangkat tinggi akan jadi calon dalam Pakatan Rakyat dan kalau berlaku begini sudah seluruh (sokongan bekas tentera) kembali kepada kita. Kebelakangan ini ramai bekas jeneral-jeneral cuba cari saya, mereka beritahu saya mengenai Kelab Pegawai-Pegawai Tentera Bersara (RAFOC) telah memutuskan bersetuju dengan kenyataan saya mengenai peristiwa Bukit Kepong. Mereka putuskan dalam mesyuarat yang diadakan pada 14 September 2011 jam 11 pagi di Royale Chulan Hotel, Jalan Conlay, Kuala Lumpur dipengerusi Presiden RAFOC, Jeneral (B) Tan Sri Datuk Mohd Ghazali Mohd Seth."
Sumber: Meloyakini.
Ahh! Mat Sabu. Kau sememangnya kaki kelentong dan pembohong. Sia-sia pergi buat Haji. CTS sedikitpun tidak percaya bahawa tentera dan polis serta bekas-bekas tentera dan polis akan menyokong perjuangan sahabat-sahabat komunis ini. Buktinya hari ini, laporan berita yang dipetik daripada Berita Harian, mukasurat 10, Jurucakap Kelab RAFOC, Jeneral (B) Tan Sri Datuk Mohd Ghazali Mohd Seth menafikan bahawa kelab itu menyokong kenyataan Timbalan Presiden PAS, berhubung isu Bukit Kepong yang dibangkitkan pada Ogos tahun lalu. Dipetik kata-katanya,
"RAFOC tak pernah mengeluarkan kenyataan menyokong Mat Sabu. Bagi kita mana-mana pihak yang berkomplot dengan komunis pada ketika itu adalah musuh negara. Orang politik (Mat Sabu) boleh kata apa saja tetapi RAFOC tidak sokong kenyataannya."

5 PTPTN Mansuh? Pendidikan Tinggi Percuma? Lupakah Kita Apa Anwar Buat Pada 1998?


Ketua Pembangkang dan Ketua Umum P"Gay"R, Anwar Ibrahim dan juak-juak Pakatan Haram sekali lagi memobilasikan pergerakan mereka untuk memprovokasikan Rakyat dengan idea pengurusan kewangan negara dengan mencadangkan pinjaman PTPTN dimansuhkan. Mereka mendesak Kerajaan membiayai pendidikan  peringkat kolej dan universiti secara percuma seperti mana yang dilakukan oleh negara-negara maju yang lain.

Alasan bekas Menteri Kewangan itu, kerana syarikat minyak milik negara, Petronas, memperolehi puluhan bilion ringgit keuntungan setiap tahun dan dana ini harus digunakan untuk memberi pendidikan secara percuma kepada rakyat Malaysia. Bunyinya sudah tentunya amat menarik, tetapi apabila dipadankan dengan realiti kerangka pengurusan negara, ia akan menjurus kepada krisis kewangan yang amat serius jika cadangan itu dilaksanakan malah negara boleh bankrap.

Mengapa tidaknya, Perdana Menteri DS Najib Tun Razak mendedahkan cadangan pelik Anwar akan menambah RM43 bilion lagi kepada beban hutang negara. Jumlah yang besar ini sudah tentu boleh disalurkan kepada pembangunan disektor ekonomi yang sama penting seperti kesihatan, perumahan rakyat, jalanraya, bantuan keusahawanan Bumiputera dan sebagainya.

Lagi pun kata Perdana Menteri negara seperti Sweden yang menyediakan pendidikan percuma kepada rakyatnya, pada masa yang sama juga mengenakan cukai yang amat tinggi. Tidak ada kemudahan yang diperolehi dengan percuma tanpa pengorbanan pada sisi yang lain. Sebagai pemimpin de facto Pakatan Rakyat, Anwar sudah kekeringan idea yang bernas untuk memajukan ekonomi negara. Seperti juga cadangannya untuk mengurangkan harga minyak sejurus menjadi Perdana Menteri, semua idenya tidak berlandaskan kepada fakta dan penilaian yang teliti berkaitan ekonomi negara.

Ide Anwar hanya untuk memancing undi pada pilihan raya akan datang dan supaya beliau boleh jadi Perdana Menteri. Malah bekas bosnya, Tun Dr Mahathir melihat Anwar sebagai Menteri Kewangan yang hambar dan 'mediocre' atau 'cukup makan'. Kebolehan Anwar mengurus kewangan negara terserlah ketika negara berhadapan dengan krisis kewangan dan ekonomi yang teruk akibat serangan penyangak matawang antarabangsa pada 1998.

Dr Mahathir berkeras tidak mahu mengambil pinjaman daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia ketika itu kerana ini bermakna negara akan dijajah dari segi ekonomi oleh kedua-dua agensi antarabangsa itu. Dr Mahathir mahu kerajaan terus berbelanja dalam sektor-sektor yang kritikal seperti pembinaan, pembuatan dan sebagainya bagi menggerakkan ekonomi. Sebaliknya Anwar yang menjalin persahabatan dengan ramai tokoh Yahudi di Amerika Syarikat dan Eropah mahu Malaysia tunduk kepada IMF dan Bank Dunia seperti mana yang berlaku kepada Indonesia, Thailand dan Korea.

Anwar selaku Menteri Kewangan ketika itu dan pernah memangku jawatan Perdana Menteri ketika Tun Dr mahathir bercuti pada masa itu, mengambil langkah drastik untuk mengambil hati IMF dan Bank Dunia dan tidak menghiraukan nasib rakyat Malaysia yang menderita teruk akibat krisis ekonomi. Mereka yang mempunyai pinjaman perumahan ketika itu sudah tentu masih ingatkan bagaimana tindakan Anwar telah menyebabkan kadar faedah pinjaman perumahan telah naik secara mendadak sehingga dua kali ganda.

Ramai rakyat berpendapatan rendah dan sederhana jatuh bankrap, hilang tempat tinggal dan terpaksa menumpang di rumah saudara mara. Ini hasil dasar ekonomi yang dilakukan oleh Anwar dan kini cuba menukar wajah untuk menjadi juara membela rakyat pula! Tidak cukup dengan itu, mereka yang mempunyai kad kredit juga mempunyai pengalaman kerana Anwar telah menaikkan jumlah minima bayaran bukan daripada 10 kepada 15 peratus.

Semua ini dilakukan kerana Anwar adalah budak suruhan dunia Barat dan bukannya pemimpin yang prihatin kepada rakyat. Cadangan menghapuskan PTPTN dan menurunkan harga minyak hanya mencerminkan minda seorang pemimpin pembangkang yang gagal dalam serba serbi - moral, akhlak, peribadi dan keikhlasan membela rakyat. Malaysia akan menjadi sebuah negara yang mundur dan jauh daripada mencapai status negara maju jika Anwar mengurus ekonomi negara.

Jangan biarkan pengalaman pahit 1998 menghantui kita kembali.

April 12, 2012

0 Stadium Shah Alam Sesuai Untuk Demo Bersih 3.0 c.c. @Ambiga_S


Pihak penganjur Bersih 3.0 dikatakan meletakkan sasaran kehadiran sekurang-kurangnya 500,000 peserta bagi menjayakan demonstrasi hujung bulan ini bertempat di Dataran Merdeka. Sukar dimengertikan daripada mana logiknya untuk BERSIH 3.0 menghimpunkan 500 ribu orang di Dataran Merdeka sedangkan kapasiti dataran tersebut hanya mampu menampung kapasiti maksima hanya sekitar 20,000 orang sahaja termasuk di atas jalan-jalan sekitar dataran.

Adalah lebih wajar sebenarnya penganjur Bersih 3.0 dan semua pendukungnya yang kemaruk melakukan demo jalanan sambil duduk bertinggung itu mengalihkan lokasi perhimpunan tersebut ke Stadium Shah Alam yang luasnya berkali ganda dengan kemampuan memuatkan kapasiti peserta dalam jumlah besar.

Secara keseluruhan luas kawasan Stadium Shah Alam termasuk padang tempat letak kenderaan disekitarnya merangkumi lebihkurang 115,000 meter persegi. Bagi setiap satu meter persegi boleh memuatkan 3 orang dewasa untuk duduk dan berdiri dengan selesa dan keseluruhannya boleh menampung anggaran 350,000 orang peserta termasuk 80,000 di dalam stadium dan hampir 20,000 orang lagi di atas padang stadium.

Lagipun dengan lokasi stadium tersebut yang jauh dari hiruk piruk kesibukan kota, tentu perhimpunan Bersih 3.0 dapat berlangsung dengan tenteram tanpa menyebabkan urusan harian penduduk terlampau terganggu dengan teruk. Tapi malangnya Bersih 3.0 tidak mungkin berani menjadikan Stadium Shah Alam dan kawasan padang letak kenderaan sekitarnya itu sebagai lokasi perhimpunan kerana mereka tahu dengan keluasan 115,000 meter persegi itu agak sukar untuk menutup keseluruhan ruang kosong yang ada dengan peserta yang hadir.

Berbeza bila diadakan di Dataran Merdeka dan kawasan lain Bandaraya Kuala Lumpur, kehadiran yang hanya sekitar 5,000 atau 10,000 orang boleh dikompang besar-besaran kononnya di hadiri oleh 50,000 atau 100,000 orang sekalipun hakikat sebenarnya adalah jauh lebih rendah. Tabiat pembangkan khususnya P"Gay"R dan PAS sudah lama kita sedia maklum, suka memperbesarkan cerita dan menggandakan angka. Lagi satu mereka amat gemarkan perhatian kerana melalui demonstrasi saja yang akan menunjukkan kepada umum yang mereka sedang bekerja 'untuk rakyat'.

Kita harap pembangkang dan NGO Bersih yang konon-konon bersih itu ada keberanian untuk mengadakan demo di tempat mereka iaitu di Stadium Shah Alam supaya segala angka yang digembar gemburkan nanti tidaklah orang kata terlampau mengarut. Ada berani ke? Atau takut banyak lompang kosong yang terdedah dek kerana kehadiran hanya sekitar 10,000 sahaja nanti?

23 Azmin Biadap Semasa Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong


Artikel daripada AIDC tulisan Dr Rahman Kadir wajar disebarkan selas-luasnya untuk memberitahu Rakyat tingkah laku jelek pembangkang yang bersifat keterlaluan dan tidak beretika ketika Pertabalan DYMM SPB Yang Dipertuan Agong semalam. Setelah membaca artikel di bawah, satu soalan ingin saya kemukakan, mahukah Tuan/Puan memangkah YB-YB ini di dalam PRU13 yang akan datang? Bacalah artikel di bawah demi Agama, Bangsa dan Negara.

Dr Rahman Kadir – 11 April 2012 mencatat satu sejarah di dalam negara dengan berlangsungnya pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah. Sejarah kerana bukan sahaja ia merupakan pertabalan pertama yang berlangsung di Istana Negara baru, tetapi juga kerana perlantikan baginda sebagai YDPA untuk kali kedua setelah berkhidmat sebagai YDPA yang ke-5 dari 1970 hingga 1975.

Upacara gilang gemilang dan penuh istiadat ini merupakan suatu upacara yang sungguh istimewa kerana ia melambangkan kedaulatan negara kita sebagai sebuah negara yang merdeka serta mempunyai seorang Ketua Utama Negara selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Saya bertuah kerana terpilih menyertai pasukan perubatan yang beroperasi semasa istiadat pertabalan berlangsung yang bertujuan memberikan khidmat perubatan kecemasan bagi YDPA serta dif-dif kehormat dan para tetamu baginda sepanjang istiadat berlangsung. Kami melaksanakan persiapan yang rapi serta rumit bagi memastikan istiadat pertabalan Seri Paduka Baginda berdua akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden perubatan.

Untuk makluman semua, setiap majlis yang melibatkan YDPA akan diberikan perlindungan perubatan. Kemahiran kami yang beroperasi secara discreet atau ‘sir’ ini hinggakan pihak luar serta orang awam tidak langsung dapat menghidu sebarang insiden perubatan yang berlaku di istana. Seawal jam 6.30 pagi, pasukan perubatan telah tiba di istana dan set up klinik-klinik di tempat-tempat strategik dan tersembunyi. Petugas-petugas perubatan yang berpakaian mengikut protokol istana sudahpun mengambil posisi masing-masing.

Saya beruntung kerana di tempatkan di dalam Balairong Seri. Ini memberikan saya peluang keemasan untuk menyaksikan istiadat pertabalan Tuanku dengan mata kepala saya sendiri, merasai suasana dan atmosfera pertabalan yang cukup penuh dengan adat istiadat serta protokol yang bukan semua orang dapat merasainya.

Saya duduk bersama dengan para dif-dif kehormat di belakang saf-saf kedutaan negara asing. Duduk di sebelah saya adalah Professor Datuk Dr. Firdaus Abdullah, bekas Timbalan Naib Canselor, Universiti Malaya, TNC saya semasa saya masih seorang mahasiswa Universiti Malaya. Saya menyapa beliau dan beliau cukup berbangga kerana ‘murid’nya kini adalah merupakan seorang doktor yang duduk sebaris dengan beliau kini.

Malangnya, suasana istana yang murni dicemari dengan perlakuan beberapa orang yang sepatutnya menunjukkan satu contoh tauladan yang baik kepada rakyat Malaysia. Di belakang saya, suasana cukup bising dengan hilaian ketawa dan apabila saya menoleh ke belakang, rupa-rupanya, ada beberapa ahli parlimen pembangkang yang duduk di belakang saya.

Antara yang saya kenal adalah Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR dan isterinya Shamsidar Taharin, Tian Chua Naib Presiden PKR, Dr Siti Mariah Mahmud PAS serta beberapa orang lain yang saya tidak kenal nama mereka. Nurul Izzah Anwar, Khalid Samad dan Loh Gwoh Burne duduk jauh sedikit dari mereka. YB Kamalanathan Ahli Parlimen BN dari Hulu Selangor duduk di belakang mereka ini.

Saya amat terkejut dan kecewa apabila melihat mereka mempersendakan serta mengejek-ejek pemimpin negara seawal dari kemasukan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ada hilaian ketawa dan bermula dari situ saya mendengar apa yang mereka perkatakan.

Apabila majlis mengumumkan kemasukan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak ke dalam Balairong, mereka cukup berat hati hendak bangun berdiri. Sambil ketawa dan mengejek-ejek, saya mendengar Azmin Ali berkata, “bangun untuk Rosmah, Perdana Menteri Wanita Pertama Malaysia.” Tian Chua menyampuk sama dan menyebut-nyebut “Menteri Wanita” dan hilaian tawa berterusan.

Saya sangka ejekan-ejekan ini hanyalah untuk pemimpin politik sahaja, maklumlah mereka ini (pembangkang) memanglah seteru politik bagi PM. Saya boleh terima, kerana memang mereka saban hari pun berceramah mengejek dan menghina PM. Alangkah terkejutnya saya ejekan dan gurauan mereka itu berterusan kepada TYT Negeri Melaka dan seterusnya kepada bentuk fizikal beberapa Sultan dan Raja yang masuk secara teratur ke dalam balairong Seri.

Menerusi TV plasma yang ditempatkan, mereka dapat melihat setiap Sultan masuk ke dalam Balairong. Seolah-olah seperti kanak-kanak di sekolah, mereka mentertawakan penampilan dan fizikal beberapa Sultan. Saya tidak tergamak hendak menulis di sini kerana ia sama seperti menghina baginda semua.

Apabila Sultan Selangor masuk, Azmin yang paling kuat ketawa dan berperangai kebudak-budakan memanggil Tian Chua dan berkata, “Tangan jangan masuk poket….nanti dia marah.” Semua mereka ketawa termasuk Dr Siti Mariah Mahmud sambil Tian Chua terus memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya seolah-olah memberi isyarat, “i don’t care“.

Kemasukan Sultan Perak juga mencetuskan kata-kata biadap yang seterusnya mencetuskan deraian tawa mereka. Hanya kemasukan Sultan Kelantan sahaja yang mereka puji dengan mengatakan, “Wah! Laju tuanku masuk. Segak dan tampan. Nik Aziz tak boleh kejar” sambil Khalid Samad senyum dengan bangga.

Saya cukup hairan. Mereka semua ini adalah sultan-sultan kita. Pegawai-pegawai kedutaan asing duduk dengan tertib tanpa bersuara dan jika perlu bercakap hanya berbisik sesama mereka. Begitu menghormati protokol dan adat istiadat. Tetapi, pemimpin pembangkang ini yang merupakan rakyat Malaysia dan bercita-cita besar memimpin negara satu hari nanti, bersikap biadap kepada Raja-raja Melayu. Sebagai Ahli Parlimen dan ADUN yang mengaku taat setia kepada Raja, sewajarnya perangai seperti ini dihindarkan.

Saya dapat melihat para hulubalang istana yang berdiri di tepi balairong bersebelahan mereka cukup terganggu dengan gelagat biadap kumpulan pemimpin pembangkang ini. Jika negara ini tiada undang-undang, ada kemungkinan lembing yang mereka pegang dirodok kepada mereka-mereka yang biadap ini.

Suasana kurang manis ini berterusan sehinggalah majlis bermula dengan rasminya dengan kemasukan Seri Paduka Baginda berdua ke Balairong Seri. Mujurlah selepas dari itu, majlis berlangsung dengan aman dan tenteram.

Tidak semua pemimpin pembangkang yang berperangai sedemikian. Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw misalannya, kelihatan cukup tertib, berdiam diri dan tidak menyertai gurauan-gurauan mereka yang lain malah tidak senyum pun mendengar kata-kata rakan-rakannya. Sikap dan tingkah lakunya di dalam balairong adalah terpuji.

Nasihat saya kepada Azmin Ali, Tian Chua dan angkatannya, jika menghadiri majlis rasmi, berperangailah sebagai manusia yang bertamadun. Janganlah terbawa dengan sikap murahan jalanan anda ke istana. Lihatlah di sekeling sebelum berkata-kata kerana apa yang dipertuturkan mencerminkan sikap dan jiwa anda. Sebagai rakyat, tunjukkanlah kesetiaan dan rasa hormat anda kepada Raja selaku tonggak negara.

Perkara ini tidak perlu saya nasihatkan pun sepatutnya kerana ia perkara asas yang sudah pun termaktub di dalam Rukunegara yang kanak-kanak sekolah pun arif tentangnya. Semoga Allah SWT panjangkan umur Tuanku dan kekal negara aman dan Islam terus terbela di bawah payungan Tuanku.

Daulat Tuanku.

April 11, 2012

19 Aura Anwar Semakin Hilang - Kehadirannya Gagal Mengumpul Rakyat Shah Alam










Lihatlah sendiri gambar-gambar yang disertakan. Kehadiran Anwar Ibrahim, idola Pakatan Haram sekalipun gagal menarik warga Shah Alam untuk datang beramai-ramai mendengar pembohongan dan auta beliau. Malam ini Anwar Ibrahim berceramah di Dewan Kiambang, Seksyen 7 kononnya bertajuk Wacana Politik - Pendidikan Percuma.

Kehadiran penonton tidak sampaipun satu per tiga dewan berkenaan. Kelibat Adam Adli turut kelihatan di kalangan penonton yang hadir dan turut memberikan ucapan beliau tentang masa depan Malaysia, walaupun masa depan beliau sendiri belum tentu. Kalau beginilah sambutan Rakyat Shah Alam ke atas pemimpin nombor satu Pakatan Haram, InsyaAllah Barisan Nasional dapat merampas kembali Selangor dan Shah Alam khususnya.

Published with Blogger-droid v2.0.4

0 Isu Komisyen RM540 Pembelian Kapal Selam Scorpene Yang Pembangkang Tidak Dedahkan

Anwar Ibrahim, Wan Azizah dan pemimpin pembangkang lain yang pernah menjaja propaganda kononnya kerajaan Malaysia telah membayar sejumlah 114.96 juta euro (RM540 juta) kepada syarikat Perimekar Sdn. Bhd untuk komisyen pembelian dua buah kapal selam Scorpene. Berdasarkan laporan rasmi kontrak perolehan terbukti fitnah pembangkang nyata tidak berasas.

Komisyen RM540 juta yang diwar-warkan oleh Anwar dan balacinya sebagai komisyen pembelian kapal selam tersebut sebenarnya adalah nilai kontrak yang diberikan kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd bagi tujuan penyediaan khidmat sokongan dan koordinasi untuk tempoh selama enam tahun manakala pembayaran oleh kerajaan kepada syarikat tersebut pula dilakukan secara berperingkat bergantung kemajuan projek yang dilaksanakan.

Syarikat Perimekar Sdn. Bhd yang dimiliki secara bersama oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Berhad serta K.S Ombak Laut Sdn Berhad bertanggungjawab secara langsung dalam pelbagai skop kerja sokongan & koordinasi misalnya;-

i. Penyediaan kemudahan kediaman & kelengkapan untuk kegunaan 27 keluarga dari team projek yang berada di Perancis dan Sepanyol.

ii. Penyediaan pejabat urusan, kediaman dan kelengkapan untuk keperluan 156 orang krew kapal selam TLDM bagi tempoh 4 tahun di Perancis dan Sepanyol.

iii. Menyediakan insuran kesihatan bagi melindungi krew kapal selam serta ahli keluarga team projek selama mereka berada di Perancis dan Sepanyol.

iv. Pembayaran elaun harian serta elaun untuk krew yang berjumlah 50 euro sehari untuk setiap orang bagi 3 tahun pertama dan 60 euro sehari bagi tiga tahun seterusnya.

v. Pembiayaan kos penerbangan pergi balik (balik bercuti di malaysia) untuk setiap krew setiap 4 bulan sekali serta lain-lain keperluan berkaitan sepanjang semua krew dan team projek berada dalam latihan di Perancis dan Sepanyol.

Selain khidmat sokongan di atas, nilai kontrak RM540 juta (114.96 juta euro) itu juga meliputi khidmat koordinasi yang perlu disediakan oleh syarikat Perimekar Sdn Bhd. Perkhidmatan koordinasi yang dimaksudkan itu antaranya merangkumi tanggungjawab syarikat Perimekar Sdn Bhd untuk memastikan syarikat-syarikat dari Malaysia terbabit secara langsung dalam proses pembinaan, program off-set, membantu kontraktor utama membabitkan urusan maklumat prosedur perlaksanaan kontrak, penyelarasan latihan krew kapal selam dengan kontraktor dan kerajaan termasuklah penyediaan koordinasi bagi setiap enam bulan.

Lebih penting lagi untuk kita maklumi, nilai kontrak RM540 juta itu selain ianya bukan bayaran komisyen, ia juga sama sekali bukan merupakan keuntungan bersih untuk syarikat Perimekar Sdn Bhd sebaliknya nilai tersebut meliputi segala kos langsung dan tidak langsung yang perlu ditanggung selama 6 tahun sebagaimana terkandung dalam kontrak tersebut.

Berkemungkinan untung bersih tahunan yang menjadi miliki syarikat tersebut adalah dalam jangkaan sekitar sejuta euro atau lebih sedikit, pendek kata ia bukannya satu kontrak yang mewah atau satu komisyen jatuh dari langit seperti yang di fitnah ke sana ke mari oleh Anwar dan pemimpin PR terhadap PM dan kerajaan.

Dalam apa saja isu yang Anwar cuba palitkan pada PM dan kerajaan Malaysia akhirnya Allah s.w.t membuka pintu kebenaran di penghujungnya sekaligus meletakkan DS Najib serta kerajaan pimpinannya di tempat yang sewajarnya jauh berbeza dengan nasib Anwar dan pemimpin pembangkang yang hingga kini satu demi satu aib mereka di buka dan menjadi tontonan ramai.

April 10, 2012

0 Hari Belia 2012 - "Fast & Furious"Versi Malaysia


Pada 27 Mac yang lalu, sidang Media Malaysia Freestyle Xtreme 2012 Anjuran Majlis Belia Negara (MBM) telah diadakan di Bilik Sekretariat Hari Belia Negara 2012. Dihadiri sama Eiga Sato, penunggang Motorcross Freestyle Xtreme nombor satu dunia yang merasmikan majlis berkenaan. Eiga Sato juga menunjukkan beberapa demostrasi aksi menunggang motosikal di hadapan foyer KBS. Di akhir majlis, peminat motorcross boleh mendapat tandatangan Eiga Sato dan juga mendapatkan poster rasmi Malaysia Freestyle Xtreme 2012 yang akan diadakan pada Hari Belia Negara 23- 27 Mei 2012 nanti. 

Kira-kira  dua juta belia dijangka memeriahkan Himpunan Jutaan Belia yang akan berlangsung selama lima hari bermula 23 Mei ini di Putrajaya. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sebanyak 38 segmen disediakan pada himpunan tersebut yang berlangsung bersama-sama Karnival Putrajaya yang merupakan antara 10 karnival terbesar di dunia. Menurut beliau, antara segmen yang disediakan ialah kerohanian, kreatif, teknologi, hiburan dan sukan. Selain daripada itu, pelbagai aktiviti serta acara menarik disedia kepada para belia seperti di bawah:

Autokhana

Drag

Driff Challenge

Jet Ski

4 Bala Dari Mongolia Menghempuk Kepala Anwar


Asalnya Anwar Ibrahim dan ramai pemimpin PR yang lain mengharapkan kedatangan bapa Altantuya, Dr Setev Shaariibuu ke Malaysia akan membantu pembangkang untuk memanaskan semula wayang fitnah kisah pembunuhan bekas model Mongolia yang selama ini di propagandakan bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, namun sebaliknya pula yang berlaku.

Semalam, Dr Setev Shaariibuu dalam satu wawancara dengan media tempatan telah menjawab khabar angin kononnya kerajaan Malaysia pimpinan Najib telah merasuah imbuhan wang supaya menutup mulut berkaitan kes kematian anaknya, Altantuya.
Bapa kepada model warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu pada Isnin menafikan dakwaan kononnya beliau menerima wang daripada kerajaan Malaysia bagi 'menutup mulut' berhubung kes anaknya.
Dr Setev Shaariibuu berkata, wujudnya khabar angin yang mengatakan beliau mengadakan rundingan dengan kerajaan Malaysia dan bersetuju supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai pembunuhan Altantuya. 
"Dakwaan ini tidak betul, saya tidak mengambil sebarang duit daripada Malaysia," katanya dengan bantuan juru alih bahasa pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Isnin.
Petikan: Mstar Online
Kenyataan Setev itu bukan sahaja mematikan terus khabar angin berkaitan isu menutup mulut, lebih dari itu ia juga membuktikan Perdana Menteri sedikit pun tidak pernah campurtangan dalam kes tersebut apatah lagi terkesan dengan cerita dongeng dan fitnah pembangkang yang berusaha mengaitkannya dengan pembunuhan Altantuya.

Mereka cuba menggambarkan seolah-olah Najib adalah kekasih Altantuya dan kematian Altantuya pula dikaitkan dengan arahan langsung atau sebaliknya dari Najib dan Rosmah. Realitinya tidakpun begitu. Kalaupun misalnya semalam Setev tidak menyatakan sedemikian pun, hakikatnya antara Najib dan Altantuya bukannya saling mengenali satu sama lain. 

Malah Najib sendiri sejak fitnah tersebut hebat didendangkan pembangkang suatu masa dulu telah sekurang-kurangnya tiga kali mengangkat sumbah mubahalah atas nama Allah s.w.t dengan mengucapkan kalimah "Wallahi, Wabillahi, Wataalahi" menafikan dirinya pernah mengenali Altantuya apatah lagi terbabit dalam pembunuhan kejam tersebut.

Lebih tiga tahun berlalu hingga kini, Alhamdulillah tiada bala mahupun laknat Allah s.w.t menimpa Datuk Seri Najib sebaliknya satu demi satu tembelang & fitnah ciptaan Anwar pula yang pecah menyebabkan bau busuk ke seantero pelusuk negara termasuklah pendedahan terbaru oleh bapa Altantuya dalam isu rasuah menutup mulut yang terbukti hanya omong kosong puak pembangkang sahaja.

1 Tahniah @DrDzul! Kuala Selangor Kini Setaraf Bukit Bintang


‘Pakatan Rakyat Kuat, Rakyat Dapat Nikmat’, demikian tertulis di kain rentang yang terpasang di sekitar Bandar Kuala Selangor. Pastinya Rakyat di Kuala Selangor tertanya-tanya apakah 'nikmat' yang dimaksudkan di dalam kain rentang tersebut kerana tiada pembangunan yang boleh dibanggakan di kawasan itu. Rupanya, 'nikmat' yang mungkin dimaksudkan di dalam kain rentang tersebut adalah di kawasan Bandar Kuala Selangor sahaja terdapat tujuh buah Pusat Rawatan Refleksologi! Patutlah Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad merasa 'nikmat'!

Menurut penduduk setempat, situasi di Kuala Selangor sekarang ini sudah setanding dengan Bukit Bintang di Kuala Lumpur berdasarkan kewujudan pusat urut yang semakin bercambah. Apa yang lebih merisaukan adalah pusat-pusat urut ini didakwa turut menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan. Lebih menghairankan lagi, mengapa tiada langsung tindakan yang diambil oleh Ahli Parlimen Kuala Selangor, sedangkan lokasi pusat-pusat urut tersebut sangat hampir dengan pejabatnya. Sewaktu Barisan Nasional mentadbir Kuala Selangor, tiada sebarang lesen untuk rumah urut beroperasi diluluskan. Apabila Kuala Selangor diambil oleh wakil PAS, nah ambil kau! 7 Pusat Urut dibangunkan. PAS For All!

Kerisauan penduduk di Kuala Selangor bukan sahaja terhad kepada pusat-pusat urut yang turut dijadikan sebagai pusat seks. Kewujudan hotel murah pun sudah mula tumbuh di Kuala Selangor. Pelanggan boleh "check in" sejam dengan kadar bayaran RM20 sahaja. Mesin perjudian juga semakin bercambah. Boleh dikatakan hampir di setiap kawasan perumahan terdapatnya kedai-kedai mesin judi ini. Apa sudah jadi dengan pemantauan yang dijalankan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk membanteras gejala tersebut. PBT tutup matakah atau operasi yang dijalankan sekadar melepaskan batuk di tangga?

2 Sekali Lagi Lim Guan Eng Bermain Api Perkauman


Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga merangkap Setiausaha Agung DAPig sememangnya seorang yang mempunyai lidah bercabang. Di depan masyarakat Melayu lain nada dan lakonannya sehinggakan juak-juak Pakatan Haram mengangkatnya setaraf dengan Khalifah. Di hadapan kaumnya, masyarakat Cina, tembelang rasis beliau yang menebal terserlah. Lihatlah keratan akhbar di atas. Lim Guan Eng telah menanam api kebencian perkauman! Lim Guan Eng didakwa memberi amaran kepada 84 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di negeri ini supaya berhenti melanggan akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian. 


Amaran tersebut diberikan Guan Eng dalam ucapannya pada majlis penyampaian bantuan kepada SJKC pada 7 April lalu yang disiarkan dalam akhbar Sin Chew Jit Poh. Beliau berkata, tindakan Guan Eng itu jelas boleh menyebabkan anak-anak bukan Melayu yang ingin menguasai ilmu di akhbar berbahasa Melayu seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian akan terbantut. Lim Guan Eng jelas cakap tidak serupa bikin kerana tindakannya itu boleh merugikan anak-anak yang sedang belajar di SJKC, selain menanam kebencian antara kaum di kalangan generasi muda.

Sebelum ini apabila Ketua Menteri Pulau Pinang dipertikaikan oleh Rakyat berkenaan isu penjualan tanah rezab tapak masjid dan sekolah di Bayan Mutiara, beliau dengan angkuh berkata bahawa masyarakat Melayu Pulau Pinang mengeluarkan kenyataan perkauman dengan mempertikaikan penjualan tapak masjid. Ketua Menteri Pulau Pinang ini sudah mabuk kuasa. Beliau menjadikan Pulau Pinang sebagai hak peribadi keluarganya. Beliau mengendalikan Pulau Pinang seolah-olah mengendalikan perniagaan keluarganya. Beliau seorang yang angkuh dan tidak mempunyai perasaan hormat kepada kaum lain.

Berbalik kepada kenyataan di atas, apakah sewajarnya kenyataan ini dikeluarkan oleh seorang Ketua Menteri yang mendakwa beliau berkhidmat untuk semua kaum? Kita faham sekiranya beliau mempunyai masalah dengan Utusan Malaysia. Ini disebabkan oleh dendam kesumat beliau selama ini. Apa pula kena mengena dengan Berita Harian? Apa masalah beliau dengan akhbar berkenaan? Apakah beliau tidak mahu akhbar berbahasa Melayu bertapak di SRJK Cina? Lim Guan Eng sedang bermain dengan api perkauman. Beliau sendiri tidak dapat menyembunyikan sifat rasis kecinaannya yang begitu menebal. Beliau sering menuduh masyarakat Melayu sebagai rasis, namun beliaulah bapa kepada segala rasis!

April 9, 2012

6 Kad Undangan Perkahwinan Khalid Ismath Tersebar




Masih ingatkah kita dengan Khalid Mohd Ismath, pelajar Tahun 1, Jurusan Undang-Undang, UiTM Shah Alam yang bersama-sama dengan Adam Adli menurunkan bendera yang mempunyai potret PM DS Najib Tun Razak, di PWTC satu ketika dahulu? Kad kahwin beliau telah diemailkan oleh seorang pembaca kepada CTS sebentar tadi.

Kalau ikut perancangannya, Khalid Ismath yang merupakan penyokong kuat Syiah ini bakal melangsungkan perkahwinannya dengan Nurul Jannah Aziz pada 21 April nanti. Tak pastilah CTS sama ada beliau akan turut di dalam demo BERSIH 3.0 sebelum tarikh perkahwinan beliau.

Kalau mengikutkan blog si Khalid, beliau memaklumkan bahawa beliau sudah bernikah. Tak pastilah CTS sama ada beliau "nikah gantung" atau mungkin ini kad jemputan untuk majlis kahwin beliau yang seterusnya. Allahu Musta'an. Apa yang pasti Khalid Ismath ini suka sangat buat kacau bilau di tempat orang, demo sana, demo sini. Apa beliau rasa kalau kita pakat ramai-ramai pergi buat demonstrasi semasa majlis perkahwinan beliau. Baru ada akal kan?

8 Kenapa Nak Demo Lynas Di Masjid Jumaat Ini? Jom Demo di Gereja Atau Tokong!


Umum sedia maklum bahawa kaum Cina yang paling kuat menentang operasi kilang Lynas sehinggakan Lim Guan Eng sendiri dengan megah menyatakan bahawa kaum Cina bersatu dalam isu ini. Dan sebagai hamba abdi yang setia lagi dungu, puak-puak PAS dan P"Gay"R pun turut sama menunjuk sokongan terhadap para pengkhianat Cina yang tegar melindungi kepentingan negara asal nenek moyang mereka dalam memonopoli pengeluaran nadir bumi.

Untuk yang masih kabur mengenai punca sebenar penentangan terhadap Lynas, sila ambil maklum bahawa Negara China merupakan pengeluar nadir bumi terbesar iaitu 97% dari bekalan dunia dan pembukaan kilang Lynas di Malaysia akan menjejaskan monopoli mereka. Sehubungan dengan itu, Himpunan Hijau, pencinta alam dan risiko pendedahan radioaktif semuanya hanyalah ‘gimmick’ semata-mata kerana mereka sebenarnya tahu bahawa kilang Lynas adalah kilang kimia biasa yang telah menepati standard keselamatan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa atom dan nuklear antarabangsa.  

Namun, demi semangat keChinaan DAP dan semangat mengampu Cina puak-puak PAS dan P"Gay"R pun berikrar untuk terus menentang Lynas. Seperti biasa, masjid menjadi pilihan mereka untuk membuat demonstrasi untuk tujuan ini. Dan seperti biasa juga, masa demonstrasi yang paling digemari ialah selepas solat Jumaat dan kali ini, ialah pada 13 April, Jumaat ini. Pelik sekali kerana yang paling kuat menentang Lynas adalah kaum Cina, tetapi kenapakah demonstrasi ini tidak diadakan di gereja atau di tokong Cina? Kenapa masjid yang menjadi pilihan mereka untuk membuat kekecohan?  

Apakah kerana kaum Cina tidak akan sekali-kali membenarkan tempat sembahyang mereka dicemarkan dengan politik kerana mereka sendiri tahu bahawa isu Lynas adalah isu politik dan bukannya isu kemanusiaan atau alam sekitar? Jelas sekali bahawa puak-puak PAS dan P"Gay"R tidak menghormati masjid dan dengan sengaja menggunakan solat Jumaat sebagai alat mengumpul orang ramai untuk tujuan berpolitik. Sekali gus, tindakan ini juga menjadikan mereka sebagai bersubahat dengan pengkhianat yang ingin mengsabotaj ekonomi negara sendiri.   

Dunia sedang bergelut mencari bekalan nadir bumi.  Di Amerika sahaja permintaan bagi sumber ini adalah antara 15,000 dan 18,000 tan setahun. Nadir bumi digunakan untuk membuat berbagai-bagai alatan termasuk magnet paling berkuasa sehinggalah kepada teknologi tinggi seperti telefon bimbit dan alatan komputer. Sumber nadir bumi adalah penyebab kenapa barangan elektronik boleh dihasilkan dalam saiz yang teramat kecil. Ia juga digunakan untuk membuat mesin atau produk yang mesra alam antaranya, sebiji bateri dalam Toyota Prius mengandungi lebih 20 paun elemen lanthanum dari nadir bumi. Selain itu, ia juga digunakan untuk menghasilkan keperluan ketenteraan seperti teropong dengan pandangan malam (night-vision goggles), peluru berpandu dan berbagai-bagai senjata lagi. 

Maka, terbuktilah bahawa nadir bumi merupakan sumber semulajadi yang amat penting di zaman ini, sama seperti  minyak dan gas. Sekali gus menunjukkan bahawa menentang operasi kilang Lynas adalah sama seperti menolak rezeki iaitu satu tindakan yang amat bodoh sekali. Kaum Cina punya agenda sendiri untuk menjaga kepentingan negara asal nenek moyang mereka, tetapi kaum Melayu dari PAS dan P"Gay"R yang terhegeh-hegeh berdemonstrasi demi kepentingan orang lain sehingga mencemarkan masjid, tempat ibadah sendiri adalah manusia yang paling baghal kalaupun tidak jahil.  

Hakikatnya, kilang Lynas adalah tidak merbahaya dan ia telah pun disahkan oleh badan-badan antarabangsa.  Belum ada sejarah di mana kilang-kilang yang memproses nadir bumi di Amerika, Rusia, Perancis, Australia, India mahupun China sendiri yang pernah mengalami bencana sehingga menyebabkan pencemaran radioaktif di negara mereka. Justeru, bukankah ini membuktikan bahawa penentang-penentang Lynas sememangnya mempunyai agenda tersendiri yang melangkaui publisiti politik?

0 Pakatan Haram Selangor Kucar Kacir, Tunggu Merudum PRU13


Keadaan pentadbiran negeri Selangor di bawah Pakatan Haram yang dikuasai P"Gay"R semakin berkecamuk dan kelam kabut. Menteri Besar dan Penasihat Ekonomi sedang bertelagah kerana bercanggah pendapat. TS Abdul Khalid Ibrahim dan Anwar Ibrahim sering bergaduh besar dalam bilik mesyuarat mahu pun pertemuan empat mata.

Malah insiden maki hamun dan jerit menjerit dan tumbuk meja apabila mereka berdua bermesyuarat sudah menjadi perkara lumrah dan diketahui umum. Asas perselisihan faham ialah kerana Menteri Besar tidak mahu mengikut telunjuk Anwar dan mahu mentadbir negeri ikut cara ala korporat yang dipelajarinya semasa menerajui Kumpulan Guthrie dan PNB. Malah ramai daripada kroni-kroninya yang sudah bersara diambil bekerja dan ditempatkan di jawatan-jawatan besar dalam anak-anak syarikat kerajaan negeri.

Malah dengar khabar 'ex-girlfriend' Khalid pun diambil bekerja dipejabat Menteri Besar walaupun sudah lanjut usia (ini satu lagi cerita menarik!). Khalid tidak mahu mendengar cakap Anwar yang meminta beliau menyalurkan dana untuk membantu aktiviti parti. Kerajaan lain dan parti lain  kata Khalid, tetapi mahu tidak mahu dia terpaksa juga beri peruntukan, umpamanya bagi penubuhan PIKOM, satu kumpulan dianggotai aktivis parti yang ditugaskan menyebarkan maklumat mengenai program serta dasar Pakatan Rakyat.

PIKOM dikawal oleh Azmin Ali selaku Pengerusi P"Gay"R Selangor dan semua petugas kumpulan itu adalah daripada lantikannya. Berjuta ringgit peruntukan kerajaan negeri telah disalurkan namun PIKOM gagal berfungsi seperti diharapkan. Menteri Besar amat marah kepada Azmin apabila mendapat tahu Timbalan Presiden P"Gay"R itu menyalahguna dana PIKOM untuk tujuan kempennya sesama pemilihan parti dua tahun lalu.

Maklumat dalaman seperti ini membuktikan sikap hipokrit dan talam dua muka pemimpin-pemimpin P"Gay"R dan Pakatan Haram. Apabila berceramah kepada rakyat terutamanya kepada masyarakat kampung dan luar bandar, merekalah jaguh melawan rasuah, penyalahgunaan kuasa, telus dan adil, tetapi hakikat adalah sebaliknya. Masing-masing sibuk mengumpul harta dan mengaut kekayaan sebanyak mungkin. Setelah Perdana Menteri DS Najib Tun Nazak mengumumkan kejayaan besar program transformasinya, GTP, Pakatan Haram Selangor mula gusar dan bimbang.

Ini kerana Barisan Nasional telah membuktikan bahawa ia terus mampu membela rakyat dan membawa kemajuan ekonomi kepada negara berbanding pembangkang yang hanya pandai bercakap dan menabur janji. Bermula dari Menteri Besar, Exco, wakil rakyat, ahli majlis termasuk juga pegawai-pegawai di pejabat Menteri Besar dan SUK, semuanya sedang sibuk 'buat duit'. Mereka tahu nyawa politik mereka hanya tinggal beberapa hari lagi. 

Sebab itu suasana sana politik Pakatan Haram Selangor kini sudah lesu dan tidak bermaya. Unit media dan komunikasi yang ditubuhkan di bawah sebuah anak syarikat bernama CCSB yang mengendalikan TV Selangor dan menerbitkan akhbar mingguan Selangorkini sudah pun tinggal nyawa ikan dan operasi hampir lumpur. 

Ini bermakna jutaan ringgit dana awam telah dibazirkan begitu sahaja dan malah dengar khabar banyak yang masuk ke dalam poket pemimpin P"Gay"R dan pihak pengurusan! Mereka tidak lagi berminat untuk membela nasib rakyat mahu pun membangunkan negeri, malah tidak lagi berdaya untuk mempertahankan benteng politik dalam menghadapi kekuatan BN. Seperti seorang yang sedang nazak, Pakatan Haram Selangor hanya menunggu masa sahaja tamatnya hayat politik mereka menjelang PRU ke-13.

0 RM480 Juta Baiki 4 Bumbung Pangsapuri Rosak? Terima Kasih MB!


Contoh kerajaan pakatan yang sungguh prihatin. RM480 juta dibelanjakan oleh Menteri Besar Selangor, TS Khalid "Gagap" Ibrahim untuk membaiki bumbung yang rosak di Pangsapuri Teratai, Taman Bukit Subang. Malangnya jumlah itu hanya boleh membaiki 4 bumbung yang rosak sahaja. Ini bermakna harga sebuah bumbung berjumlah RM120 ribu. Lebih malang lagi bumbung yang dibaiki pula masih bocor! Apa nak buat.

Terimalah seadanya. 

Terima Kasih MB! 

Terima Kasih Kerajaan Selangorku!
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates