February 25, 2012

7 Nafsu Buas Pemimpin P"Gay"R Mat Indon Badrul Amin Sapu Bini Orang

Kesian Bini Muda Badrul Amin ni. Laki hang curang dengan bini orang
Seorang pemimpin P"Gay"R dari Selangor, Badrul Amin Bahrum yang pernah mengelarkan Anwar Ibrahim sebagai Imam Mahadi, tidak dapat menahan gelodak nafsunya apabila ditangkap kerana dipercayai berdua-duaan bersama seorang wanita, yang dipercayai isteri orang di sebuah hotel di Balok dekat sini, awal pagi tadi, lebih tepat pukul 3.00 pagi.

Ostad Badrul Amin telah ditangkap dengan isteri orang bernama Zatiwani, yang berkerja sebagai juruteknik di Kolej Komuniti Rompin. Suami perempuan berkenaan, Fazli Pungut telah membuat laporan kepada Majlis Agama Islam Pahang dan turut bersama-sama menangkap isterinya bersama Ostad P"Gay"R yang juga Mat Indon, Badrul Amin.

Nafsu tidak mengenal sempadan. Kejadian berlaku ketika majlis "retreat". Pada masa kejadian, perempuan berkenaan turut membawa serang anak beliau yang masih kecil. Apa kejadah pemimpin P"Gay"R bertaraf ostad ini buat di bilik isteri orang pada pukul 3.00 pagi. Hang nak bagi alasan apa lagi Badrul Amin? Perangkap UMNO? Hang nak bagi ceramah Agama berdua-duaan dengan bini orang dalam bilik hotel? Haram jadah betul!

Menurut laporan yang diperolehi, kedua-dua pasangan tersebut telah dicekup oleh suami perempuan berkenaan di dalam bilik yang ditempah oleh Badrul Amin. Apabila penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang tiba kemudiannya, kedua-dua Badrul Amin dan Zatiwani telah lengkap berpakaian. Kes ini cuba ditutup oleh pucuk pimpinan P"Gay"R. Semua orang yang berada di hotel tersebut termasuk pekerja hotel amat maklum mengenai berkara berkenaan. Bangkai gajah mana boleh ditutup dengan nyiru kelapa. Tak cukup seorang isteri, Badrul Amin kahwin seorang lagi. Kali ini isteri orang pun dia nak palam! Apa jenis manusialah orang-orang P"Gay"R ini!

February 24, 2012

1 ABU Gagal Mencapai Sasaran!


Permulaan kempen Asal Bukan UMNO (ABU) nampaknya bermula dengan agak perlahan. Sambutan yang diadakan semasa perlancaran di Cheras hanya dihadiri kurang daripada 500 orang. Malam tadi, di Beranang (gambar di atas), cuma dihadiri kurang daripada 200 orang. Mana perginya semangat untuk menyingkirkan UMNO oleh juak-juak Pakatan Haram. 

Kehadiran MP Shah Alam, YB Khalid Samad gagal menarik sokongan juak-juak Pakatan Haram untuk sama-sama bersemangat untuk menumbangkan UMNO. Lebih ramai orang menghadiri ceramah-ceramah Dato Dr Hassan Ali dari menghadiri program ABU. ABU nampaknya bakal tinggal abu. Apa kata juak Pakatan Haram cuba pula dengan program Asal Bukan Anwar Ibrahim (ABAI), kita tengok pula bagaimana pula sambutannya, hehehe.

February 23, 2012

2 Sajak Adik Ain Pelajar Tahun 2 Menjadi Perhatian Perdana Menteri

Mungkin ada sesuatu yang menjadi perhatian Perdana Menteri apabila dalam banyak-banyak surat yang dikirimkan kepada beliau, sajak di bawah menjadi perhatian beliau dan beliau turut menyiarkan di dalam ruangan sosial Twitter beliau. Surat dari pelajar Tahun 2 yang bernama Ain Farhanah dikongsi di bawah:


Berikut adalah kata-kata Perdana Menteri mengenai sajak yang dikirim oleh Adik Ain berkenaan:

7 Pengerusi Biro Agama P"Gay"R Cuba Memfitnah Syeikh Yusof Al Qardawi

Terdesak untuk menyelamatkan Ketua Umum P"Gay"R, Anwar Ibrahim yang membuat kenyataan mengiktiraf dan memberi sokongan ke atas keselamatan Negara Israel, Pengerusi Biro Agama P"Gay"R, Dr Muhammad Nur Manuty, cuba membuat kenyataan di dalam akhbar Sinar Harian bahawa tokoh ilmuan terkenal, Syeikh Yusof Al Qardawi turut sependapat dengan Anwar Ibrahim di dalam menyokong keselamatan negara Israel. Dipetik kenyataan beliau di dalam akhbar Sinar Harian,
Muhammad Nur juga menjelaskan kupasan ulama terkenal, Syeikh Yusof Al Qardhawi, mengenai rakyat negara Arab yang tidak memusuhi Israel kerana agama, tetapi berharap rundingan dengan Israel dapat membebaskan Palestin kerana bumi Palestin terlalu lama menderita sejak dijajah pada tahun 1948 lagi.  Beliau mendakwa Yusof Qardhawi juga berpendapat tidak salah bagi negara Arab berunding dengan Israel kerana pada zaman Nabi Muhammad SAW pun terdapat rundingan antara orang Islam dan orang Yahudi untuk berdamai, tetapi mereka melanggar syarat perjanjian.
Ini adalah auta Nur Mauty tahap tertinggi. Mana mungkin seorang tokoh ilmuan Islam seperti Syeikh Yusof Al Qardhawi mengiktiraf kewujudan Negara Israel. Nur Manuty seharusnya mengemukakan bukti-bukti mana-mana penulisan atau ceramah Syeikh Yusof Al Qardawi yang berkata, sekiranya Israel beri hak  kepada Palestine, Umat Islam dibenarkan iktiraf kewujudan Israel. Malah ramai yang masih ingat kata-kata Syeikh Yusof Al Qardhawi ketika beliau berucap selepas khutbah Jumaat di Doha, Qatar pada tahun 2010, antara lain beliau dengan jelas menegaskan bahawa kewujudan negara Israel adalah sebuah malapetaka (great calamity) buat seluruh Umat Islam. (rujuk Al Shorouk, 14 May 2010).

Kita faham Anwar Ibrahim telah terdesak untuk memulihkan imej beliau dikaitkan dengan Israel. Oleh itu tidak hairanlah, Mohammad Nur Manuty digunakan sebaik-baiknya untuk mengaburi masyarakat Islam di Malaysia. Kita juga tidak hairan apabila Anwar Ibrahim juga turut mengerakkan suku sakatnya yang terdiri daripada SAMM, SAM dan Jinggay untuk mengadakan demo anti Israel di Pelabuhan Kelang semalam dan menuduh UMNO sebagai penyokong Israel. Anwar Ibrahim merupakan seorang opportunist dan konspirator yang hebat. Dalam usaha beliau untuk menyokong Israel, beliau berjaya mengubah persepsi masyarakat kepada pihak lain supaya beliau boleh lepas bebas dari tuduhan bersekongkol dengan Israel.




February 21, 2012

4 MB Dan KM Pakatan Haram Gagal Menghadiri Perjumpaan Dengan Perdana Menteri

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pagi tadi mempengerusikan mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri di Putrajaya. Mesyuarat kali ke-114 itu yang pertama diadakan tahun ini. Turut hadir Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Mesyuarat yang bermula jam 10 pagi itu dihadiri Menteri Besar dan Ketua Menteri serta Ketua Setiausaha Negara dan beberapa menteri kabinet. 

Bagaimanapun semua Menteri Besar dan Ketua Menteri di negeri pakatan pembangkang iaitu Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang tidak hadir. Mesyuarat itu bertujuan menyelaras pentadbiran antara negeri-negeri selain membincangkan isu-isu berbangkit. Apakah kesemua Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Haram uzur syarié? Selain Menteri Besar Kelantan yang kelihatan sihat pagi ini bertemu dengan tuannya, Ketua Umum P"Gay"R Anwar Ibrahim di sebuah hotel dan kondominium terkenal di Ibu Negara, CTS tak tahu mana perginya Menteri Besar Selangor, Kedah dan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Tindakan ini boleh dianggap tindakan biadap sesebuah Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan. Tanpa jawapan yang munasabah ke atas ketidakhadiran Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri ini, CTS menyarankan Kerajaan Pusat mengkaji kembali bentuk tindakan kerjasama di antara negeri-negeri Pakatan Haram ini. Mereka lebih suka berpolitik dan tidak langsung mahu menghiraukan agenda pembangunan Rakyat!

2 Seperti Dijangkakan Anwar Ibrahim Berjaya Mengelembukan Nik Aziz


Pertemuan 4 mata di antara Ketua Umum P"Gay"R, Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS, Dato Nik Aziz Nik Mat berlangsung lebih kurang sejam di Darby Park, Kuala Lumpur. Pertemuan yang disaksikan oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tidak mencapai apa-apa keputusan seperti yang dijangkakan.

Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak akan menyaman The Wall Street Journal berhubung kenyataannya mengenai Israel yang disiarkan bulan lalu. Anwar Ibrahim juga mengakui bahawa The Wall Street Journal meletakkan kesemua kenyataan yang disebutkan olehnya.

Dato Nik Aziz Nik Mat dan Dato Tuan Ibrahim Tuan Man masih memerlukan masa untuk membuat kenyataan rasmi. Anwar Ibrahim sudah memberi kata dua kepada dua orang "lembu" PAS tersebut. PAS sekarang berada di persimpangan. Mahu tidak mahu terpaksa menjilat kembali kata-kata tegas yang dilemparkan oleh Mursyidul Am PAS dan beberapa orang tokoh PAS yang lain. Itulah PAS. Yang tinggal kenangan hanyalah nama Parti Adat & Sukan.

5 Anwar Ibrahim - Nik Aziz Bertemu Di Darby Park Pagi Ini Untuk Auta Seterusnya


Anwar Ibrahim telah tiba di Darby Park sebuah hotel dan kondominium mewah pagi ini untuk pertemuan 4 mata. Ini berikutan usaha kedua-dua pihak untuk menjernihkan keadaan berikutan tindakan Dato Nik Aziz Nik Mat yang membuat kenyataan keras meminta Anwar Ibrahim menarik kembali kenyataan beliau yang di buat di dalam Wall Street Journal mengenai sokongan ke atas keselamatan Negara Israel.

CTS menjangkakan pertemuan ini hanyalah sebagai satu babak drama daripada kedua-dua tokoh berkenaan. Dato Nik Aziz pastinya selepas ini mengeluarkan kenyataan sama ada kenyataannya telah dimanupulasi oleh pihak media ataupun UMNO cuba melaga-lagakan beliau dan Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim semalam di dalam MStar, telah menyatakan bahawa UMNO sengaja melaga-lagakan hubungan beliau dengan Mursyidul Am PAS berkenaan apabila mensensasikan kenyataan kontroversinya yang menyokong sebarang usaha keselamatan Israel. Kita layan sajalah drama mereka ini.

February 20, 2012

0 Kenyataan Media GAPS - Segerakan Penubuhan Suruhanjaya Diraja Skandal Pasir Selangor

Skandal Pasir memasuki era baru di Selangor apabila sah KSSB syarikat yang ditubuhkan oleh MB Selangor gagal untuk menepati janji sumbangan RM150 juta kepada rakyat Selangor seperti yang dijanjikan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim dalam Ucapan Belanjawan Selangor 2009.

Maknanya dari tahun 2009 hingga sekarang dianggarkan lebih RM300 juta pendapatan rakyat Selangor dari hasil pasir telah diselewengkan oleh pihak-pihak tertentu yang menjalankan peniagaan pasir di Selangor khususnya KSSB.

KSSB yang diberikan hak mutlak dan monopoli peniagaan pasir di Selangor sejak pakatan DAP, PKR dan PAS memerintah juga dilihat sangat lemah sehingga gagal untuk melaksana, mengawal, menyelia dan memberikan pulangan kewangan seperti yang dijanjikan oleh MB Selangor.

Lebih buruk lagi apabila kematian seorang pemberi maklumat skandal pasir yang juga seorang ahli perniagaan yang dikatakan mempunyai kaitan dengan skandal pasir di Selangor itu.

Sehingga ini pejabat MB Selangor memandang sinis kepada Raja Petra Kamaruddin, blogger tersohor yang terus mendedahkan maklumat-maklumat di media maya tanpa segan dan silu yang menjadikan rakyat semakin jelas dengan maklumat terkini lagi sensasi polemik pasir Selangor ini.

Pemecatan 9 orang kakitangan KSSB yang cuba mencari kebenaran dalam skandal Pasir merupakan episod kezaliman kerajaan negeri Selangor kepada kakitangan anak syarikat nya. Dimanakah nasib dan masadepan mereka yang cuba menegakkan kebenaran dan keadilan dalam pentadbiran di Selangor sekarang ? - jawapan nya - You are FIRED !

Dimanakah kesudahan skandal yang melibatkan wang ratusan jutaan ringgit ini ? Mahkamah Rakyat atau Debat Rakyat, pilihan kerajaan negeri ? Debat Rakyat tentunya tidak menyelesaikan skandal ini malah ia sekadar mempolemik terus isu penyalahgunaan ini.

SELCAT pula terlalu politiking sifat nya selain mempunyai bidang kuasa yang amat terbatas. Skandal Pasir ini terlalu besar dan replika kuching dan tikus tidak mampu untuk menyelesaikan persoalan penyelewengan yang besar ini.

GAPS melihat penubuhan Suruhanjaya Diraja Skandal Pasir Selangor memang satu kewajipan kerana skandal ini melibatkan penyelewenang ratusan jutaan ringgit wang rakyat Selangor dan menyebabkan kematian seorang rakyat Malaysia.

Cakap kosong MB dan putar alam Exco nya dalam skandal pasir ini langsung tidak menyakinkan rakyat Selangor. Rakyat Selangor menuntut agar Suruhanjaya Diraja Skandal Pasir Selangor ditubuhkan segera agar penyangak pasir ini dapat dihadapkan kemuka pengadilan.

Rakyat Selangor menuntut ketelusan yang hakiki, bukan ketelusan yang diwarnai oleh kepentingan politik individu atau parti tertentu.


Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

20 Feb 2012.

February 19, 2012

3 Nurul Izzah Meroyan Dengan Calit Di Dahi Papa Hebatnya


Kenapa Nurul Izzah makin meroyan menyerang Mufti Perak, DS Hairussani semata-mata kerana beliau menceritakan kebenaran setelah mendapatkan penjelasan sebenar dari Perdana Menteri DS Najib Tun Razak semasa lawatan DS Najib ke Batu Caves sempena perayaan Thaipusam tempoh hari.

Inilah salah satu sikap golongan sekular seperti Nurul Izzah yang benci kepada golongan Ulama. Sedangkan DS Najib telah merendah diri menceritakan apa yang telah berlaku semasa lawatan tempoh hari kepada Mufti Perak. DS Najib menjelaskan bahawa beliau berada di sana atas kapasiti Ketua Kerajaan, tidak berada di dalam kuil sebaliknya hanya di pentas di dewan berdekatan dan tidak menyertai sebarang upacara keagamaan.

Apa kata Nurul Izzah pula apabila Papa Hebatnya bercalit dahi semasa pesta Ponggul di Kinta Valley? Tidakkah kelakuan Papa Hebatnya jauh lebih menjolok mata dan kemungkinan melibatkan kegelinciran aqidah. Setidak-tidaknya DS Najib tidak diusung di atas kereta lembu bak Sang Dewa, tidak pula dicalit dahi dengan warna merah dan menari di pentas seperti seorang mabuk. Nurul Izzah tak mahu komen atau meminta DS Hairussani membuat komen?

Published with Blogger-droid v2.0.4
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates