February 17, 2012

5 Harakahdaily Sesuai Digelar Penyebar Suara Syaitan Apabila Memfitnah Isteri TPM


Kita sedia maklum Haprakdaily memang terkenal dengan penulisan-penulisan berbentuk fitnah. Tidak hairanlah apabila jualan fizikal akhbar berkenaan menjunam dengan teruknya kerana pembaca-pembaca sudah mual dengan fitnah yang tidak berasas. Tidak cukup dengan fitnah yang direka oleh wartawan-wartawannya, Haprakdaily kini mengambil jalan mudah dengan mengambil dan mencetak posting-poting daripada blog juak-juak Pakatan Haram.

Terbaru, penyiaran artikel sebuah blog Pakatan Haram yang disiarkan tanpa rasa bersalah adalah fitnah ke atas isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Seri Norainee Abdul Rahman yang kononnya membeli 18 pasang kasut di sebuah butik di KLCC. Penulis blog berkenaan, Shahbudin Husin atau pihak Haprakdaily sealipun gagal menamakan butik berkenaan, bila dan masa transaksi pembelian berkenaan dilakukan. Sesiapapun boleh membuat tuduhan sedemikian rupa. Ada bukti? Ada resit pembelian? Ada gambar-gambar yang menunjukkan pembantu-pembantu Puan Sri mengangkut kasut-kasut berkenaan? 

Haprakdaily sememangnya sebuah portal yang tidak berintergriti dan seringkali telah kami, blogger-blogger mesra Kerajaan buktikan pada masa yang lepas. Sebagai sebuah lidah rasmi Parti Adat & Sukan (PAS), seharusnya fitnah-fitnah sebegini ditapis dan penjelasan dan bukti mencukupi diperolehi terlebih dahulu sebelum disiarkan. Atau apakah Ketua Pengarangnya terlalu bodoh atau suka menyebarkan fitnah. Sekiranya esok Cucu Tok Selampit membuat posting bahawa Dato Nik Aziz telah membeli 16 set seluar dalam di Pavillion beberapa hari lepas, adakah posting CTS ini akan mendapat tempat di dada akhbar Haprakdaily?

February 16, 2012

1 Cybertroopers P"Gay"R Kantoi Tahap Maksima Cuba Superimpose Gambar DS Najib


Setelah blogger-blogger mesra Kerajaan mendedahkan beberapa gambar Anwar Ibrahim berkelakuan dengan perkara-perkara yang boleh menjejaskan aqidah di Kinta Valley Estate, cybertroopers P"Gay"R pula melakukan perkara yang terkutuk dengan cuba membuat "superimpose" gambar DS Najib seperti di bawah. Ini bagi menutup perbuatan keji Ketua Umum mereka dengan membuat fitnah kepada DS Najib.


Niat jahat cybertroopers P"Gay"R untuk menjatuhkan imej keislaman DS Najib ternyata kantoi tahap maksima. Tidak sampai beberapa hari gambar "superimpose" tersebut dikeluarkan, blogger-blogger mesra Kerajaan telah berjaya mendedahkan gambar sebenar. Pesan CTS buat cybertroopers P"Gay"R, cuba lagi di lain kali.


1 Prekuel - Masihkah Kau Ingat Sewaktu PAS Memerintah Terangganu

Sebuah video yang memaparkan kesengsaraan Rakyat Terangganu di bawah pemerintahan PAS bermula 1999. Video yang memaparkan juga bagaimana Amanat Haji Hadi disiarkan kembali supaya kita mengambil iktibar agar peristiwa kafir mengkafir tidak akan kembali berulang. Luangkanlah sedikit masa untuk menonton video di bawah.


3 Akhbar Israel The Jerusalem Post Bangga Dengan Sokongan Anwar Ibrahim Terhadap Israel


Apakah ini satu kebetulan? Mana mungkin satu kebetulan apabila seorang wartawan di sebuah akhbar paling berpengaruh di Israel, The Jerusalem Post memuji Anwar Ibrahim di atas sifat keterbukaan Anwar Ibrahim mengiktiraf kewujudan negara Israel. Tanpa berselindung, wartawan berkenaan mengharapkan agar Anwar Ibrahim akan membuka pintu rundingan diplomatik dengan Israel.

Inikah yang majoriti Rakyat Malaysia mahukan. Seorang pemimpin yang mengiktiraf kewujudan negara Israel? Bayangkan apa yang Anwar Ibrahim mampu lakukan sekiranya beliau berkuasa kelak. Sekiranya kita tidak mahu pengorbanan nyawa, darah dan air mata Rakyat Palestine terbuang begitu saja, marilah sama-sama kita jalankan tanggungjawab kita di dalam PRU13. Anwar Ibrahim harus dihalang dari menjadi Perdana Menteri Malaysia.

3 Apakah Gambar Menteri Besar Iktikaf Di Masjid Selalu Kita Lihat?


Alhamdulillah, amat jarang sekali kita dapat melihat gambar pemimpin-pemimpin mengenepikan keselesaan mereka untuk beriktikaf di masjid. Tanpa perlu hebahan media untuk meraikan kedatangan mereka, pemimpin-pemimpin sebegini tetap menjalankan tanggungjawab mendekati Rakyat. Inilah yang dikatakan benih yang baik kalau dibuang ke laut menjadi pulau.

Gambar di atas adalah gambar MB Perak DS Dr. Zambry Abd Kadir iktikaf di Masjid Jameq Tanjong Malim jam 1.30 pagi dan menunaikan qiamulail serta solat Subuh berjemaah. Selepas itu beliau akan bersarapan bersama qariah dan rakyat di gerai MDTM berdepan Balai Polis Tanjong Malim bermula jam 7.00 pagi. Menteri Besar yang bagaimana lagikah yang Rakyat Perak mahukan?

February 15, 2012

0 A Challenge Posted By @mpkotabelud To @anwaribrahim Regarding Oil Royalty


I must admit this is a very good article from my favourite MP From Sabah, Kota Belud to be exact. A few questions posted by him for us to ponder and to caution on the promises made by the "God Sent" Anuar Ibrahim regarding the increase in oil royalty for Sabah. A must read article from Datuk Abdul Rahman Dahalan entitled "My Notes On Anwar Ibrahim's Promise Of 20% Oil Royalty To Sabah".
Datuk Seri Anwar Ibrahim has been quoted that he would increase Sabah oil royalty from 5% to 20%. Other opposition leaders like Datuk Dr Jeffrey Kitingan went even further by promising 50%. But in order to achieve this, Dr Jeffrey has to depend on Anwar's support if and when he becomes the Prime Minister of Malaysia.

As an MP from Sabah, I do not have any reason to reject such proposal. After all, Anwar wants to give more funds to Sabah. Or is it? Unfortunately, I am painfully aware that Anwar has not been fully forthcoming in his proposal to increase oil royalty for Sabah.

Last year, in Parliament, I posed a question that if Anwar increased Sabah’s royalty to 20%, could he guarantee that he would not reduce Sabah’s existing percentage of allocation in his federal budget for 2013 or in the Eleventh Malaysia Plan?

I reminded the opposition that Sabah had been consistently given biggest percentage of allocation by the federal government both in the Malaysia Plans and its annual budget. For example Sabah received RM20.3bil out of RM230bil in RMK9 and in First Rolling Plan of RMK10, Sabah received RM10.7bil out of RM98.5bil.

My concern is, while Anwar may increase Sabah’s share of the oil royalty, there is no guarantee he may not reduce Sabah allocation in his federal budget 2013 or the 11th Malaysia Plan.

If that is the case, Sabah coffers may end up be the same or even worse off! That is why I asked for a guarantee. None of the opposition MP at that time stood up to reply to my argument.

Increase in royalty for Sabah, Sarawak, Trengganu and Kelantan would easily amount to more than RM10bil a year. (bear in mind Sarawak and Trengganu produce more oil than Sabah).
Anwar knows very well that the additional of  more than RM10bil given to the four oil producing states means RM10bil have to be taken away from the budget of non-oil producing states in West Malaysia.

I do not think Anwar dares to say to the people from the non-oil producing states, “I am sorry, I have to cut your allocation because I need to give more than RM10bil to Trengganu, Kelantan, Sarawak and Sabah!”. The people there will reject him and this is not acceptable to him since he needs their votes desperately to win Putrajaya.

It is then very likely that Sabah may be getting higher oil royalty but in the end will get lower overall funds from Federal Government under Anwar's Prime Ministership. So far he has not given Sabahans a guarantee that this will not happen! You and me know that for every ringgit given to Sabah, Sarawak, Trengganu and Kelantan, that one ringgit must come from somewhere.

The money does not fall from the sky. Some states must be willing to sacrifice their portion of the federal budget. Some projects in West Malaysia must be cancelled. The question is who and what needs to be sacrificed? Or will Anwar spend less on security, health, education, infrastructure, public utilities, social etc given the fact he has to spend more on royalty?

Anwar must answer these tough questions so that people understand and convinced. Remember, Anwar wants to maintain subsidies, refuses to increase taxes, is against higher government’s debt and proposes spending more on royalties. How in the world is he going to juggle these finances?

And Sabahans still remember how Anwar as Finance Minister and Deputy Prime Minister consistently refused PBS’ request for higher royalty. Will he now apologize for his "misguided" action? Pakatan Rakyat has also said that "savings" or "proceeds" in billions of ringgit from their anti-corruption drive and renegotiation loop sided deals will be used to finance the increase in royalty.

As someone who sits in MACC committee, I hope they will succeed. Any effort to eradicate corruption must be supported and encouraged. I am sure Sabahans share the same view as mine. But my concern is not about the effort to check corruption. It is more about Anwar’s rationale to include  “savings from corruption eradication and renegotiating loop sided deals” as part of his government’s revenue.

Can Anwar estimate how much yearly savings he gets from anti-corruption effort? Can he comfortably project such revenue with a high level of accuracy? Would it be sensible to use the figure to plan his national budget? Can Anwar force those IPPs and highway toll concessionaires to renegotiate their agreements immediately after he swears in as Prime Minister? Or will he face prolonged and protracted battle which could take years to settle?

If yes, will his budget revenue projections fall short and hence disturb his spending plans including payment of additional royalty? To be honest, I have never heard any government around the world using projected "savings from corruption" as the basis of preparing its national budget. That is utterly irresponsible. The budget will be in a mess.

Any "savings" due to anti corruption drive should be construed as "bonus" revenue, and should not be included in the estimation of government's budget revenue. So when Anwar says he will finance the royalty increase from "corruption eradication savings", one has to be worried.

My view is if Anwar intends to stick to his promise, he has no choice but to eventually cut allocations meant for the non-oil producing states (Johor, Pahang, Melaka, N. Sembilan, Selangor, Perak, Kedah, Penang, Perlis and Wilayah Persekutuan). This is a very possible scenario! Of course, the other alternative is to cut allocations to critical sectors like education, rural infrastructure, health and security across the board, which is equally a disastrous scenario.

Either way, the non-oil producing states and Malaysians in general, deserve to  know the facts. The next sitting of Parliament in March will be the best avenue for Datuk Seri Anwar Ibrahim to clarify to the nation. Failing which, I will be asking him directly because I do not want my fellow Sabahans to fall for trickery and deceptive political promise.

February 14, 2012

13 Gambar Anwar Diarak Seperti Dewa Hindu!


Ini adalah gambar sebenar dan bukan gambar "superimpose". Inilah yang Ketua Umum P"Gay"R mahukan daripada Masyarakat Kaum India yang beragama Hindu - melayannya setaraf dengan dewa- dewa! Gambar ini diambil ketiga Anwar Ibrahim ketika pesta ponggul di Kinta Valley, Batu Gajah. Berbeza dengan layanan pemimpin-pemimpin BN terhadap masyarakat kaum India yang sentiasa menjaga kebajikan dan taraf hidup selama ini, Anwar Ibrahim sekadar mahu masyarakat India menjadi abdi suruhan dan mengagungkannya setidak-tidaknya setaraf "Sivaji The Boss". Ada jugak masyarakat India yang masih tertipu dengan perangai Anwar ini. Nak buat macam mana, Anwar sendiripun dilahirkan dari keturunan India kan!

5 Khalifah Lim Guan Eng Rai Hari Valentine Bersama Umat Islam Penang



Pagi tadi, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ADUN Komtar, Ng Wei Aik, meraikan Hari Valentine dengan mengedarkan 1,000 kuntum bunga "carnation" kepada pengunjung-pengunjung di Chowrastar, di Penang. CTS tidak kisah sekiranya beliau ingin menyambut perayaan berkenaan dengan bukan Islam. Tetapi kenapakah LGE dan Kerajaan DAP Penang tidak sensitif dengan pengharaman kepada Umat Islam untuk menyambut hari berkenaan?

Bukankah tindakan beliau mengajak Umat Islam untuk meraikan Hari Valentine adalah satu tindakan menghina Islam dan penganutnya? Bukankah DAP juga yang sebelum ini menyalak dengan menuduh PERKASA tidak sensitif dengan kaum Cina apabila PERKASA menyumbangkan ang pow bersampul putih ketika Tahun Baru Cina yang lepas? Kalau kaum Melayu tidak sensitif dengan adat masyarakat Cina, DAP boleh menyalak. Kenapa Umat Islam harus berdiam diri ketika LGE menghina mereka dan hukum hakam Agama mereka? Apakah LGE yang tinggal berpuluh tahun di Malaysia tidak mengetahui sambutan Hari Valentine adalah haram disambut oleh Umat Islam?

Keduanya, mungkin simpanan tunai di dalam Kerajaan DAP di Penang terlalu banyak sehinggakan beliau sanggup membelanjakan 1,000 kuntum bunga "carnation" kepada orang ramai. Tinjauan CTS mendapati harga sekuntum bunga yang dipakej kemas ketika sambutan perayaan Hari Valentine boleh mencecah sehingga RM20 sekuntum. Maafkan CTS sekiranya terkhilaf. Mungkin juga duit untuk membeli 1,000 bunga "carnation" tersebut adalah hasil duit poket Ketua Menteri Penang atau mungkin juga pemaju-pemaju di Penang yang telah mendapat kontrak di Penang tanpa tender terbuka yang membuat sumbangan ini. Siapa tahu.

1 Nik Aziz mahu Anwar tarik kenyataan atau saman WSJ - Apa Reaksi Anwar?

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya yang menyokong usaha melindungi keselamatan Israel seperti yang dilaporkan The Wall Street Journal (WSJ), baru-baru ini ataupun menyaman majalah itu jika laporan berkenaan adalah tidak benar. Beliau berkata, gesaan itu dibuat selepas dipersetujui sebulat suara oleh Majlis Syura Ulama PAS yang juga selari dengan pendirian parti itu supaya tidak mengiktiraf negara Israel.

Soalan cepumas pagi perayaan "Hari Suami Isteri 14 Februari". Apakah reaksi Ketua Umum P"Gay"R mengenai kenyataan daripada Mursyidul Am PAS tersebut:

A. Buat derrrrk ajer.
B. Menuduh Nik Aziz dibayar oleh UMNO.
C. Melarikan diri ke Kedutaan Turki dengan alasan takut dibunuh penyokong PAS.
D. Pecat Nik Aziz!

Apapun kenyataan daripada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang dirakam di dalam klip di bawah perlu diberi perhatian yang serius.


February 13, 2012

3 Interim Order (Ex Parte) Kes Hamza Kashgari Adakah Dipalsukan?

CTS mengikuti dengan penuh minat kes Rakyat Arab Saudi yang menghina Rasulullah SAW dan dihantar pulang oleh Kerajaan Malaysia di atas permintaan Kerajaan Arab Saudi. Apa yang lebih menarik perhatian adalah laporan daripada The Malaysian Insiders yang kononnya menerima fax berkaitan arahan mahkamah yang memerintahkan sebarang penghantaran pulang Hamza Kashgari Mohammad Najeeb akan ditunda sehingga 14.02.2012 atau sehingga selesainya pendengaran permohonan "habeas corpus", yang dijangkakan akan didengar pada hari yang sama pukul 9.30 pagi.


Dokumen di atas CTS perolehi daripada laporan The Malaysian Insiders, di sini. Ianya adalah salinan "interim order (ex parte)" atau perintah sementara yang kononnya diperolehi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan Yang Arif, Datuk Rohana binti Yusof. Yang amat janggal sekali tarikh yang terdapat pada perintah sementara Mahkamah Tinggi itu bertarikh 12 Februari 2012. Tuan-tuan dan Puan-Puan, tarikh berkenaan adalah jatuh pada HARI AHAD! Adakah Mahkamah Tinggi bersidang pada hari Ahad?

CTS telah menghubungi beberapa peguam terkenal untuk mengesahkan perkara di atas. Menurut mereka, Mahkamah kebiasaannya tidak bersidang pada hari cuti hujung minggu dan hari kelepasan am. Menurut mereka, di dalam kes ini ianya nampak pelik dan meragukan. Kalau melihat kepada dokumen berkenaan, perintah berkenaan dikemukakan kepada Mahkamah Tinggi oleh bekas Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan, yang juga kononnya peguam blogger warga Arab berkenaan.

Berdasarkan laporan The Sun Daily di sini pula, Ragunath Kesavan berjaya mendapatkan perintah mahkamah di kediaman Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Rohana binti Yusoff pada Hari Ahad, 12 Februari 2012 pada jam 1.30 petang di rumah Hakim berkenaan. Apakah betul ada pertemuan dengan Datuk Rohana di rumah beliau? Bolehkah seorang Hakim beroperasi dari rumah ketika bercuti? Adakah prosedur perundangan ini biasa dilakukan sebelum ini? CTS meminta pihak PDRM menjalankan siasatan ke atas dokumen berkenaan dan mengesahkan dengan Hakim Mahkamah Tinggi sendiri, takut-takut dikuatiri pihak-pihak tertentu yang cuba menangguk di air yang keruh dengan memalsukan dokumen perundangan dengan tujuan untuk memburukkan pihak Kerajaan Malaysia.

11 Gambar Dato Nik Aziz Nik Mat & Isteri Menyambut Hari Suami Isteri


Umum mengetahui bahawa Hari Valentine atau Valentine Day telah diharamkan bagi Umat Islam untuk menyertainya. Fatwa daripada Majlis Fatwa Kebangsaan adalah jelas. Presiden PAS sendiri iaituDS Haji Abdul Hadi Awang berkeras mempertahankan mengenai perkara ini. Berlainan pula dengan Dato Nik Aziz Nik Mat. Demi menjaga hati rakan-rakan DAPig yang menentang keras pengharaman Hari Valentine waima kepada Umat Islam, mengambil langkah selamat dalam karier politik beliau, dengan mengantikan Hari Valentine dengan Hari Suami Isteri. Simbolik perasmiannya ialah Dato Nik Aziz sendiri telah menghadiahkan sejambak bunga kepada isteri beliau.

Dalam fikiran CTS hanya timbul satu persoalan. Sudah bertebiat nak mampus ke orang tua ini? Tak tahulah sama ada sebelum ini memang Dato Nik Aziz memang  sentiasa membelikan dan menghadiahkan isterinya dengan bunga atau sekadar retorik untuk menjaga hati rakan-rakan DAPig terutamanya Karpal Singh. Dalam banyak-banyak tarikh kenapa dipilih 14 Februari? Adakah hari menyayangi suami atau isteri hanya sehari dalam setahun? Bagaimana dengan 364 hari yang lain?

Jangan pula pelancaran Hari Suami Isteri dijadikan "Hari Macam Suami Isteri" bagi pasangan yang belum bernikah. Ia hanya alternatif bagi sambutan "Valentine's Day" bukan? Letihlah kalau semua perkara yang bukan budaya Islam hendak digantikan dengan sambutan alternatif. Baca juga dua kenyataan daripada Dr Asri dan Mufti Perak, TS Harussani yang menyifatkan idea Dato Nik Aziz ini sebagai merepek.


Mufti: Hari Suami Isteri Tak Sesuai 14 Februari (Sinar Harian)

Bagi CTS, sebenarnya tiada keperluan hendak mengambil tarikh 14 Februari sebagai alternatif Hari Valentine. Banyak lagi tarikh lain boleh diambil untuk Hari Suami Isteri. Buatlah sesuatu yang bermanafaat untuk orang ramai bukan menyusahkan lagi keadaan. Kita tidak mahu idea-idea merapu ini lebih mengelirukan Umat Islam dalam menentukan yang mana halal, yang mana haram, yang mana adat, yang mana syiar Islam. Wallahualam.

Published with Blogger-droid v2.0.4

February 12, 2012

11 PAS Pertikai Kehadiran DS Najib Di Batu Caves, Nik Aziz Rasmi Tokong Buddha Boleh Pulak?


Kehadiran Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak pada sambutan Hari Thaipusam di Batu Caves masih terus dipolitikkan walaupun beberapa hari telah berlalu. PAS terus mencari publisiti murahan dengan mempertikaikan tindakan DS Najib menghadiri majlis sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves pada 7 Februari lalu dengan lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda sambil ditemani isterinya DS Rosmah Mansor.

Agak kurang ajar Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan meminta Majlis Fatwa menyatakan pendirian berhubung tindakan itu tetapi dalam hal Mursyidul Am PAS, Dato Nik Aziz Nik Mat, PAS terus membisu. Lihatlah gambar di atas. Apa pula penjelasan yang mahu diberikan oleh PAS terutamanya Nasruddin? Apa fatwa yang PAS keluarkan sehingga membolehkan Dato Nik Aziz merasmikan tokong Buddha yang terbesar di Asia Tenggara dan memakai pakaian rasmi Tok Sami Siam?

CTS telah mendapatkan penjelasan daripada dua rakan CTS beragama Hindu yang kebetulan bersama-sama berkursus bersama-sama selama 2 hari. Menurut mereka, isu DS Najib datang ke Batu Caves telah dipolitikkan oleh PAS dan pihak-pihak tertentu. Menurut beliau, masyarakat Hindu terutama pemimpin-pemimpin Agama Hindu di Batu Caves amat sensitif dengan hukum dan halal haram di dalam Agama Islam. Menurut beliau lagi, DS Najib tidak berada di dalam kawasan kuil atau menyembah berhala. Beliau hanya berada di pentas yang disediakan khas berdekatan dengan kuil di Batu Caves. Lagipun, katanya, Perdana Menteri sendiri mempunyai Penasihat Khas Agama beliau sendiri. Takkanlah isu sebegini besar yang kononnya melibatkan akidah DS Najib terlepas pandang oleh Penasihat Agama beliau?

PAS sepatutnya tidak bersifat ayam jantan, berkokok kuat, telor tak ada. PAS lebih bersifat sebagai kuman di seberang laut nampak jelas sedangkan gajah di depan mata buat tak tau saja. PAS tidak perlu berselindung disebalik Agama dengan mengeluarkan beberapa fatwa mengikut musim kerana umat Islam akan keliru dengan perjuangan PAS sebenarnya. PAS sepatutnya menjawab persoalan Hari Valentine yang dipertikaikan oleh Karpal Singh. PAS sepatutnya berpendirian tegas dalam isu Hari Valentine. Bukan dengan menghalalkan hari yang diharamkan kepada Umat Islam disebabkan ditegur oleh Karpal Singh. PAS jangan jadi dayus. Kalau nak jadi juara berkenaan Islam, jangan hanya berani menegur Kerajaan sebaliknya dengan DAPig  dan pemimpin PAS sendiri, mereka membisu seribu bahasa!

1 Nak Termuntah Baca Kenyataan YB Azmin Ali Tidak Mahu Tanding PRU13



Rasa loya pun ada, rasa nak termuntah pun ada apabila membaca kenyataan YB Azmin Ali di dalam ruangan sosial Twitter. Azmin Ali  Tak Mahu Bertanding PRU13? Biar betul kenyataan seorang yang begitu gila kuasa untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Agak-agak mahu 'Test Market' ke YB?

Beberapa hari selepas Presiden PAS, DS Haji Hadi Awang 'Test Market' dengan membuat kenyataan tidak mahu bertanding di dalam PRU13, setelah di pujuk  rayu mahulah pulak beliau bertanding. Azmin Ali hari ini pula kononnya mahu memberi laluan kepada anak muda dan sudah tidak mahu bertanding pada PRU13. Boleh percaya ke?

Agak-agak selepas ini siapa pulak yang pujuk Azmin untuk bertanding agaknya ye. Yang pasti Nurul Izzah tak akan pujuk. Bapa Nurul Izzah tak pasti. Hehehe. Yang tak tahan tu Azmin sebut nak pencen tu. Nak pencen? Beliau takut pasal ada dokumen rasuah nak keluar kot?

Published with Blogger-droid v2.0.4
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates