January 14, 2012

3 Temubual BBC - AnuWar Ibrahim Akan Hapuskan Undang-Undang Liwat Sekiranya Memerintah


AnuWar Ibrahim ketika ditemubual stesen televesyen BBC terus di antara Mumbai dan London, semalam, 12 Januari 2012, menyokong penuh tindakan penyokongnya yang terdiri daripada golongan gay di Malaysia. Ketika ditanya mengenai sokongan golongan berkenaan untuknya berikutan keputusan mahkamah yang dibuat pada 09 Januari lalu, Anwar Ibrahim berkata:

  • Beliau menyokong penuh pemansuhan undang-undang lapuk sodomi!
  • Walaupun masyarakat Malaysia rata-ratanya tidak boleh menerima homoseksual di khayalak ramai, undang-undang lapuk sodomi tidak harus diguna untuk menghukum orang yang tidak bersalah.
Apa maksud AnuWar Ibrahim ini tuan-tuan? Baginya kalau paksa salah, suka sama suka tak mengapa. Lagi satu, jangan buat homoseksual di khayalak ramai, buat secara rahsia dan tersembunyi tak mengapa! Tuan-tuan lihatlah sendiri wawancara beliau dengan wartawan BBC di sini.


Demi untuk meraih kuasa, demi untuk menghalalkan hubungan seks sejenisnya, AnuWar Ibrahim telah berikrar untuk menghapuskan undang-undang sodomi yang baginya adalah lapuk. Beliau akan menghalalkan LGBT sekiranya beliau menjadi Perdana Menteri!

Kita bertanggungjawab untuk menyebarkan kepada seluruh Rakyat Malaysia terutamanya yang mahukan Negara tidak ditimpa bencana seperti mana bencana yang menimpa Nabi Luth AS. Kita tidak sesekali redha AnuWar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dan kita akan pastikan cita-cita kotornya itu tidak akan tercapai. Ya Allah, makbulkanlah doa kami dan selamatkanlah bumi Malaysia yang bertuah ini. Amin.

0 Gempar! Gambar Sheila Marcia Beraksi Ghairah Atas Sinki Tanpa Seluar Dalam Tersebar Di Internet


Gempar! Setelah pelakon dan penyanyi Indonesia,Cut Tari dan Luna Maya didedahkan di dalam video seks bersama Ariel Peterpan, seorang lagi pelakon Indonesia, Sheila Marsia pula menjadi mangsa. Gambar seksi Sheila Marsia beraksi ghairah, sehingga ke atas sinki bilik mandi di sebuah hotel turut dimuat naik ke internet. 

Sumber asal gambar berkenaan dipercayai datangnya dari pemilik akaun laman sosial Twitter, @Neen_Martha, dan beberapa kali menyebut nama Sheila di dalam postingnya. Sheila Marcia pernah membintangi beberapa sinetron seperti Bunga-Bunga Cinta, Mencari Cinta, Makin Sayang dan Lagenda. Antara filen lakonan beliau pula adalah Love dan Tentang Cinta.

Ibu kepada pelakon berkenaan, Maria Joseph, enggan mengulas mengenai gambar berkenaan. Katanya lagi, perbuatan itu dilakukan oleh orang yang membenci Sheila. 

2 Gempar! Muslimat PAS Nyanyi Lagu Gereja Semasa "Bebas Anwar 901"

Fuhh! Pendedahan yang mengemparkan dari rakan cybertroopers, Teh Tarik Bersama YB. Muslimah PAS rupa-rupanya menyanyikan melodi lagu gereja yang diubahsuaikan lirik lagunya. Hebat Muslimah PAS ni. Mana agaknya Ratu Pom Pom atau "cheerleaders", Aiman Athirah Al Jundi, belajar melodi berkenaan agaknya ye? Walau bagaimanapun tahniah buat Muslimah PAS kerana begitu ke hadapan dalam bidang muzik dan lagu. Kita saksikan persamaan kedua-dua lagu berkenaan di dalam video klip di bawah:

video

3 Apa Kejadahnya "Ladies Nite" PAS Kelantan Panggil Penyanyi Lelaki!


Apa dah nak jadi dengan PAS Kelantan? Apa kejadahnya "Ladies Nite 2012" panggil penyanyi lelaki, Black. Sudahlah Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada 09 Januari lepas, muslimah PAS menyanyi mengalahkan penyanyi kaberet!

Budaya "hendoism" semakin menular di dalam PAS. Fatwa "wal haramu bagimu, wal halalu bagiku" menjadi pegangan. Jangan terkejut kalau ulama-ulama PAS mengeluarkan fatwa baru selepas ini. Itu baik. Buatnya difitnahkan UMNO yang menganjurkan pesta "ladies nite" ini, lagi haru biru!

January 13, 2012

2 Jam Loceng Digunakan Untuk 3 Pengeboman Di Kompleks Mahkamah


Berdasarkan maklumat PDRM, jam loceng di atas digunakan dalam kes Jerangkap Rekaan Elektrik (Warna Merah). Menurut PDRM lagi, jam loceng ini adalah murah dan mudah diperolehi di mana-mana kedai terutama di sekitar Kuala Lumpur. Keistimewaan jam loceng ini adalah mempunyai angka-angka yang berwarna-warni. Pihak PDRM di dalm kenyataan media mereka mengesa orang ramai yang telah atau pernah menjual jam berkenaan berwarna merah sebanyak tiga (3) atau lebih supaya tampil memberikan maklumat.


Dalam pada itu, blogger-blogger mesra Kerajaan telah bersepakat untuk menyumbang bagi menaikkan jumlah tawaran yang dibuat oleh PDRM sebagai menghargai jasa PDRM menjaga keselamatan negara. Setakat ini beberapa blogger sudah bersetuju menyumbang mengikut kemampuan mereka. Diharap lebih ramai lagi blogger-blogger Pro-Kerajaan akan tampil memberi sumbangan.

Blogger Pena KSJ bersetuju menyumbang sebanyak RM50.
Blogger Double Y bersetuju menyumbang sebanyak RM100.
Blogger Bro Jinggo bersetuju menyumbang sebanyak RM100.
Blogger Cucu Tok Selampit, iaitu saya sendiri bersetuju menyumbang RM200.

Dengan ini jumlah tawaran kepada sesiapa yang boleh memberi maklumat sehingga tertangkapnya pengebom di Kompleks Mahkamah tempoh hari dinaikkan kepada RM10,450.

2 EXCO Penang Istihar Harta? Persoalan Penting Yang Tidak Terjawab

Semalam Ketua Menteri dan EXCO-EXCO Pulau Pinang telah mengisytiharkan secara terbuka aset-aset yang dimiliki dan dipunyai di atas nama mereka. Namun beberapa persoalan di bawah tidak terjawab menyebabkan kita menjadi sangsi adakah Kerajaan Pulau Pinang betul-betul bersikap telus dan terbuka atau adakah mereka sekadar bermain wayang untuk mengaburi mata Rakyat kononnya mereka bersih. Antara persoalan-persoalan yang belum terjawab:
  • Kenapakah pengistiharan harta tidak termasuk harta-harta yang dimiliki oleh ahli keluarga seperti pasangan dan anak-anak. Umum mengetahui, pindahan nama aset dan harta di atas nama keluarga dan "proxy" adalah biasa bagi seseorang yang ingin menyembunyikan jumlah hartanya.
  • Simpanan yang diistiharkan hanya melibatkan simpanan tetap atau "fix deposits". Bagaimana dengan akaun simpanan, akaun bersama dan akaun semasa?
  • Mengapakah beberapa EXCO tidak mengisytiharkan simpanan tetap mereka? Apakah EXCO seperti Dr P. Ramasamy tidak lansung mempunyai saham dan akaun simpanan tetap? Takkan Unit Trust pun tak ada?
  • Kenapakah akaun sebegini mudah untuk dilakukan mengambil masa 4 tahun untuk dikemukakan?
  • Pengistiharan pendapatan melalui gaji dan elaun EXCO, elaun ADUN dan elaun ahli-ahli lembaga pengarah syarikat-syarikat yang mereka terajui seharusnya dilampirkan bersama supaya Rakyat boleh menilai bagaimana harta berkenaan diperolehi. Kenapa ruangan berkenaan dibiarkan kosong?
  • Apakah YB Abdul Malek Abdul Kassim tidak mempunyai sebarang harta, saham, rumah, simpanan di Bank? Apakah harta yang beliau ada hanyalah Proton Tiara dan Honda CRV 2.0? Tidak masuk akal langsung!

Di bawah disertakan harta-harta Ketua Menteri dan kesemua EXCO yang diistiharkan secara terbuka untuk penilaian kesemua pembaca. Selagi persoalan di atas masih tidak dijawab, CTS merasakan tindakan Ketua Menteri dan EXCO Pulau Pinang mengistiharkan harta mereka adalah sebagai drama semata-mata!












2 Sikap Dikriminasi Dan "Double Standard" Majlis Peguam Dikesali


CTS amat bersetuju dengan kenyataan akhbar yang dibuat oleh Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) mengenai sikap dikriminasi dan berat sebelah yang diamalkan oleh Majlis Peguam di dalam kes liwat Saiful Bukhari vs AnuWar Ibrahim. Kenyataan yang dibuat adalah seperti berikut:
Kenyataan Media
GAPS mengalu-alukan kenyataan Bar Council yang memberikan pandangan dalam setiap isu yang menyentuh masyarakat. Namun kenyataan Bar Council dalam isu Liwat 901 amat tersasar jauh dari prinsip Hak Untuk Di Dengar yang antara lain menjadi maxim penting dalam keadilan sejagat.
Tingkat mahkamah dari mahkamah rendah ke mahkamah tinggi ke mahkamah rayuan ke mahkamah persekutuan merupakan antara pertimbangan untuk memastikan Hak Untuk DiDengar diberikan kepada tertuduh dan mangsa dalam mana-mana kes yang dibicarakan dinegara ini.
Gesaan Bar Council yang mendesak Jabatan Peguam Negara tidak membuat rayuan kepada keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Liwat 901 merupakan sekatan yang cuba di buat kepada mangsa dalam kes yang tragis ini.
Gesaan ini boleh ditafsirkan sebagai sikap Bar Council yang double standard dan diskriminasi dalam memperjuangkan keadilan untuk rakyat dimana hanya mempertahankan golongan feudal dan atasan manakala cuba menindas golongan rakyat marhaen yang teraniaya.
Gesaan ini juga boleh dilihat usaha untuk menjuruskan kepada sistem undang-undang rimba dan menolak undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen dalam sebuah negara yang demokratik seperti Malaysia.
Hak mangsa dan tertuduh harus diadili hingga ke peringkat mahkamah yang tertinggi di negara ini. Penindasan terhadap hak ini adalah kezaliman pemerintah kepada rakyat yang diperintah.
GAPS ingin mendesak Jabatan Peguam Negara memfailkan segera Notis Rayuan dalam keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Liwat 901.
Justice For Rakyat = Justice for Saiful

Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)
13 Januari 2012.

January 12, 2012

10 Happy Birthday Dato' Nik Aziz Nik Mat!


CTS merasakan belum terlewat untuk mengucapkan "Happy Birthday" kepada Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Aziz Nik Mat semperna ulang tahun kelahirannya ke 81 semalam. Melihat dari gambar di atas, CTS terpana melihat Dato' Nik Aziz memotong kek. Beliau diraikan oleh kakitangan Pejabat MB tengah hari semalam. Turut hadir di dalam majlis berkenaan adalah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zaruddin Ibrahim dan anggota EXCO.

CTS tak kisahlah Dato'Nik Aziz nak potong kek bertingkat-tingkat pun tetati seingat CTS, Dato' Nik Aziz pernah mengelarkan Tun Dr Mahathir sebagai Yahudi ketika Tun Dr Mahathir memotong kek ketika ulang tahun kelahiran beliau. Pepatah English mengatakan, "What goes around, comes around." Apapun selamat memotong kek dan ingatlah kami di sini ketika menjamah kek berkenaan.

1 Takziah Buat @WardinaSafiyyah Sekeluarga Akibat Rumah Dimasuki Pencuri


Innalillah hiwainna ilaihirajiun. CTS ingin merakamkan takziah di atas peristiwa rumah "celebrity" terkenal, Warnia Safiyyah dimasuki pencuri. Berdasarkan Twitter beliau, rumah dimasuki pencuri lebih kurang pukul 5 pagi tadi. Menurut beliau lagi, seramai 3 orang dipercayai berbangsa Indonesia telah memecah masuk bersenjatakan parang.

Alhamdulillah, walaupun diberitakan 5 buah laptop antara barang yang dicuri, kita seharusnya bersyukur Wardina yang cantik jelita itu tidak diapa-apakan dan suaminya hanya mengalami kecederaan ringan akibat dipukul. Semoga Wardina sekekuarga bersabar di atas musibah yang menimpa. InsyaAllah, PDRM akan berusaha menangkap penjenayah terbabit dan meltakkan di tempat yang sewajarnya iaitu di lokap.

January 11, 2012

7 Dr Siti Mariah Kata Muslimah PAS Buat Mini Konsert Di Kompleks Mahkamah Bukan Aurat

“Hanya orang yang tidak mendalami hukum sahaja yang membangkitkan isu suara wanita itu aurat pada  ketika ini,” ujar Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud kepada Haprakdaily berkaitan isu muslimah PAS yang menyanyikan lagu "UMNO Mampus" sempena meraikan kebebasan Anwar Ibrahim daripada meliwat kerana kekurangan bukti. Jelasnya lagi, tidak ada pencampuran antara lelaki dan perempuan, tidak ada pendedahan aurat. Tidak ada lenggang lengguk yang mengiurkan, intonasi suara bukan intonasi yang jatuh kepada haram dan perkataan yang digunakan tidaklah lucah.


Sekarang Dr Siti Mariah sudah jadi macam guru vokal pula. Tahu intonasi mana yang halal dan intonasi mana yang halal. Mungkin agaknya Ketua Dewan Muslimat PAS boleh memberikan pandangan beliau dengan lebih lanjut bagaimana sekumpulan wanita yang berkumpul di khayalak ramai, menjerit dan melolong, memaki hamun dan bersumpah seranah dihalalkan. Anehnya pula apabila wanita-wanita yang ingin menyertai Tilawah Al Quran di haramkan kerana pendapat mereka suara wanita itu aurat? Mungkin ini fatwa bersama yang diputuskan oleh Khalifah Lim Guan Eng, Imam AnuWar Mahadi dan Nabi Pok Nik iaitu "Wal Haramu Bagimu, Wal Halalu Bagiku." Disebabkan ajaran sesat sebeginilah wanita PAS di bawah berpakaian bukan menutup aurat, sebaliknya membalut aurat dan membiarkan tubuh badan terbonjol sana sini.


4 Pandangan Terbaik Dari Bekas Majisterit Mengenai Penghakiman 901

Beliau merupakan bekas peguam terkenal, beliau merupakan bekas Majisterit dan kini menjawat jawatan sebagai Setiausaha Politik. Bacalah pendapat beliau yang bernas dan tidak berpihak di dalam kes liwat Saiful Bukhari Azlan vs Anwar Ibrahim:

Hakim Bijaksana
  • Sejak dari dulu kebijaksanaan Hakim Mahkamah Malaysia tidak pernah diragui. Bukan calang-calang orang boleh menjadi Hakim terutamanya diperingkat yang tinggi. 
  • Dalam membuat keputusan, samada untuk mensabitkan kesalahan atau membebaskan tertuduh, banyak perkara yang perlu diambilkira. Fakta dan bukti itu sudah semestinya penting, begitu juga undang-undang yang terbabit serta nas-nas terdahulu. Namun, kebijaksanaan mengambil kira apa sebenarnya yang berlaku di luar mahkamah iaitu dunia luar juga perlu diambilkira, yang membezakan kebijksanaan. 
  • Dalam kes yang mempunyai impact kepada kesejahteraan negara, biasanya Hakim akan mengambil kira kepentingan awam mengatasi kepentingan individu atau kelompok kecil. 
  • Kes yang melibatkan Anwar Ibrahim baru-baru ini, jelas menunjukkan kebijaksanaan Hakim.Hakim memutuskan untuk membebaskan dan melepaskan beliau dari tuduhan meliwat pembantunya hanya bersandarkan 2 perkara:- 
  1. Pembuktian melalui DNA tidak 100% diyakini tidak pernah diganggu oleh pihak lain 
  2. Tidak selamat untuk sabitkan kesalahan hanya atas keterangan pengadu tanpa ada corroboration. 
  • Kedua-dua perkara yang menjadi sandaran Hakim itu sebenarnya adalah dikemukakan semasa kes pendakwaan dan bukannya semasa kes pembelaan. Ini bermakma, pembelaan tidak sedikit pun membuat pembelaan bahawa jenayah liwat itu tidak berlaku. 
  • Yang melepas dan membebaskan tertuduh ialah bahawa Hakim merasakan tidak selamat untuk mensabitkan tertuduh atas keraguan yang berlegar di mindanya. 
  • Di sinilah letaknya kebijaksanaan Hakim. "When in doubt, acquit!" Itulah mungkin apa yang ada di minda Hakim. Hakim juga seorang manusia yang perlukan clear conscience untuk tidur dengan lena dan tenang setelah membuat keputusan. Biarlah dilepaskan orang yang salah dari dipenjarakan orang yang tidak bersalah.Mungkin itu juga bermain di mindanya.Kalau ada pihak yang merayu ke mahkamah yang lebih tinggi, dan keputusan itu diketepikan atau didapati tidak tepat sekalipun, sekurang-kurangnya Hakim masih boleh tidur lena dan tenang! 
  • Tambahan pula, di hari Hakim dijadualkan membuat keputusan, Mahkamah dikerumuni oleh ribuan penyokong kepada tertuduh yang melaungkan kebebasan untuk tertuduh serta dengan ucapan yang berapi-api menjeritkan ada konspirasi dan kezaliman terhadap tertuduh. Pastinya Hakim telah mengambil "judicial notice" terhadap semua itu. Hakim juga telah banyak kali mendengar tuduhan dan tohmahan bahawa ada pihak yang mengatakan bahawa hakim dan mahkamah tidak adil, telah dibeli dan diatur oleh pihak yang berkuasa, sedangkan Hakim itu tahu bahawa dirinya tidak pernah pun terlibat dengan apa juga yang dituduh dan ditohmah itu. Hakim yakin dengan sumpah yang pernah dilafaz untuk mengadili dengan seadil-adilnya "without fear or favour". Kedaulatan undang-undang adalah prinsip yang dipegang. 
  • Bijaknya Hakim dalam menangani suasana yang tegang yang kalau tidak dibendung, kemungkinan perkara yang tidak diingini akan menjadi luar kawalan. Mungkin di mindanya terbayang kepada kisah buruk yang berlaku di zaman Natrah. Eloklah kejadian Natrah tidak berulang. Negara perlu aman dan tenteram demi kesejahteraan rakyat. Hakim pun seorang rakyat dan bukan rakyat yang jadi hakim. Hakim adalah rakyat yang terpilih dan bukan calang-calang rakyat boleh jadi hakim! 
  • Sekalung tahniah kepada Hakim yang bijaksana.
Sumber: Small Talk.

January 10, 2012

7 Apa Kejadah Harian Metro Tayang Gambar Paris Hilton Nampak Belahan Punggong? Kejar Rating?

Agak menjadi kebiasaan bagi sesetengah golongan bloggers untuk menyiarkan gambar-gambar sensasi atau gambar separuh lucah di dalam posting-posting blog mereka bagi bertujuan menaikkan rating. Ini penting bagi  golongan ini untuk meningkatkan kedudukan "ranking"atau kedudukan mereka di dalam carta Alexa.

Namun CTS merasakan, agak keterlaluan sekiranya akhbar-akhbar tabloid dan akhbar-akhbar arus perdana turut berlumba-lumba menggunakan tektik yang sama untuk menarik perhatian pembaca. Macam-macam cara pemasaran boleh digunakan untuk melariskan jualan. Apakah dengan menyiarkan gambar-gambar sebegini salah satu daripada caranya? Gambar di bawah CTS petik dari Harian Metro bertarikh 10 Januari 2012 bertajuk "Bukan Sekadar Rupa"



Kalau dibaca rencana yang ditulis, tidak dinafikan sememangnya ada kena mengena dengan gambar yang disiarkan kerana rencana atau tulisan berkenaan iaitu mengenai Paris Hilton. Umum mengetahui Paris Hilton sememangnya selalu bergaya seksi dan menghairahkan. Namun, CTS merasakan banyak lagi gambar beliau yang sopan yang boleh disiarkan untuk tontonan umum. Apakah kerana duit punya pasal, nilai-nilai murni masyarakat Malaysia, Harian Metro hendak ketepikan?

9 Nurul Izzah Gesa Jangan Dihukum Adam Adli Sebaliknya Pupuk Kasih!

Nurul Izzah di dalam ruangan laman sosial Twitternya mengesa agar Adam Adli tidak dihukum di atas kesalahannya sebaliknya beliau hendaklah dipupuk dengan kasih sayang. Amboi lain bebenor bunyi ayat MP lembah Pantai ini.


Kenyataan beliau di dalam Twitter adalah rentetan Kenyataan Media yang dibuat olehnya berhubung Adam Adli yang digantung 3 semester, hari ini:
KENYATAAN MEDIA
10hb Januari 2012
UNTUK SEBARAN SEGERA
Saya merujuk isu mahasiswa Adam Adli yang telah digantung pengajian selama tiga semester, di atas tuduhan mencemar nama baik Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Tindakan menggantung pendidikan Adam Adli ini adalah tindakan yang opresif, bermotifkan politik yang zalim dan jelas menghalang mahasiswa dari menyuarakan pandangan mereka. Kalaupun suatu kesalahan telah dilakukan, tindakan yang diambil haruslah bersifat memberi pengajaran, bukannya membudayakan budaya ketakutan di kalangan orang muda.
Sebagai nadi masyarakat majoriti, mahasiswa dan anak muda wajib diberi ruang untuk berfikir secara kritikal, berbincang secara mendalam, dan bersuara dengan lantang. Di mana kah mahasiswa mampu mengalami ruang sebegini jikalau bukan di universiti? Maka secara implikasinya, jawatankuasa disiplin yang telah menjatuhkan hukuman ke atas Adam semalam lah yang sebenarnya merendahkan maruah dan nama UPSI itu sendiri, yang mempunyai sejarah yang begitu dalam dan cukup berkait rapat dengan kebangkitan semangat kebangsaan sejak sebelum Malaya mengecapi kemerdekaan.
Saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar kita bangkit dan pertahankan hak mahasiswa, kerana mahasiswa lah yang menjadi penyambung perjuangan kita demi Malaysia yang lebih baik.
Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai dan
Naib Presiden KEADILAN
Begitu hebat Nurul Izzah mempertahankan Adam Adli. Kita tidak menyalahkan beliau kerana Adam Adli telah mempertahankan bapa Nurul Izzah sepenuh jiwa dan raga. Adam Adli perlu mendapat penghargaan daripada beliau dan bapanya. Cumanya, tidak perlulah mengajak Rakyat Malaysia untuk bangun dan berdemonstrasi lagi. Tidak cukupkah dengan segala demonstrasi yang ada sehingga ke hari ini.

Bagi CTS, hukuman yang dikenakan adalah wajar. Hukuman yang dijatuhkan akibat memalukan pihak UPSI adalah setimpal memandangkan insiden-insiden Adam Adli seperti berikut:

1. Mengadakan demonstrasi jalanan di seluruh negara di atas platform pembangkang dengan bertujuan menghentam Kerajaan yang telah membiayai pelajarannya di UPSI.


2. Tidak menghormati adab dan tatasusila ketika berada di "rumah orang".


3. Membuat demonstrasi dan provokasi melampau ke atas UPSI sendiri dengan memanggil orang luar untuk memburukkan UPSI sendiri.



4. Merosakkan harta benda awam.


Apakah Jawatankuasa Tatatertib Disiplin UPSI "merendahkan maruah" mereka seperti kata Nurul Izzah,  dengan menjatuhkan hukuman gantung 3 semester ke atas Adam Adli? Seperti kata Juara Raja Lawak Nabil, Lu Fikirlah Sendiri!

6 Akhlak Muslimah PAS Ber"konsert" Atas Jalan Macam Orang Hilang Akal

Lihatlah akhlak muslimah-muslimah PAS selepas Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan kes liwat AnuWar Ibrahim. Buruk sungguh perangai muslimah-muslimah PAS yang bertudung litup, menjerit-jerit menyanyi nyanyian yang mengutuk UMNO, "UMNO mampus! UMNO mampus!" seolah-olah seperti orang kehilangan akal. Minta simpang malaikat 44 perempuan-perempuan sebegini dianugerahkan Allah sebagai isteri.

video

January 9, 2012

6 Terkini - Adam Adli Digantung 3 Semester


Adam Adli, antara pemimpin Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) hari ini telah digantung pengajian selama 3 semester oleh pihak pentadbiran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kerana kelakuannya mencemar nama baik Universiti.

CTS rasa elok jugalah. Tak perlulah Adam Adli menganggu mahasiswa-mahasiswa lain yang ingin meneruskan pelajaran. Bolehlah Adam Adli menumpukan kepada ceramah-ceramahnya ke seluruh negara. Untung sabut, untung-untung Ketua Umum P"Gay"R akan mencalonkan beliau untuk pilihanraya umum akan datang.

Untuk batu? Tak mengapa. Beliau tetap akan dikenang dan pasti akan dilantik menjawat jawatan "Coffee Boy" AnuWar Ibrahim. Cumanya, kalau jadi apa-apa suatu hari nanti, katalah nak bawa kes liwat ke Mahkamah, jangan lagi melibatkan atau datang merayu dengan UMNO dan Barisan Nasional. Cukuplah UMNO dan Barisan Nasional dipersalahkan di dalam kes Saiful Bukhari.

2 Video Peserta "BebasAnwar901" Bertindak Liar Di Hadapan Pintu Masjid

Apabila Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa AnuWar Ibrahim dibebaskan, keadaan di atas jalan menuju ke perkarangan Kompleks Mahkamah Tinggi menjadi huru hara. Chegubard dengan membawa sebuah "hailer" atau pembesar suara telah berarak bersama pengikut-pengikutnya untuk memasuki perkarangan Masjid Wilayah. Keadaan menjadi tegang apabila Polis bertugas tidak membenarkan pengikut-pengikut Perhimpunan Haram yang lagak seperti samseng dari memasuki perkarangan masjid. Lihatlah video di bawah sebagai bukti:

video

1 Penganjur "BebasAnwar901" Telah Gagal Mematuhi Kesemua Syarat-Syarat Yang Dipersetujui Bersama

Antara syarat yang telah dipersetujui bersama di antara penganjur dan pihak Polis sebelum pihak Polis bersetuju untuk mengadakan Perhimpunan Aman:
  • Penggunaan risalah / banner dengan tagline ‘Bebaskan Anwar 901’ atau ‘Bebaskan Anwar’ adalah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI semasa perhimpunan berlangsung.
  • Penggunaan pembesar suara selain daripada ‘loud hailer’ TIDAK DIBENARKAN. Penggunaan (2) dua buah loud hailer dibenarkan bagi tujuan mengawal selia peserta perhimpunan.
  • Pengucapan awam TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.
  • Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak boleh membuat apa-apa perbuatan, membuat bising, memberi apa-apa isyarat yang boleh mengganggu prosiding Mahkamah. 
  • Tempat perhimpunan yang dibenarkan adalah di parkir awam sebelah kiri jalan utama ke Mahkamah. Kawasan ini akan diletakkan pita polis untuk menentukan batasan dan sempadannya. Peserta tidak dibenarkan berada di luar kawasan tersebut. 
  • Sekiranya kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan maka peserta-peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan parkir Mahkamah.
  • Penganjur hendaklah memastikan peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata dan para peserta hendaklah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan sekira perlu. 
  • Penganjur hendaklah memastikan semua peserta perhimpunan bersurai tidak lewat daripada tempoh satu jam selepas keputusan Mahkamah diumumkan.  
  • Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak polis dari masa ke semasa demi untuk menentukan keamanan perhimpunan tersebut.  
  •  Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut.

Sayangnya, pihak pengajur iaitu parti-parti politik Pakatan Haram telah sengaja tidak mahu mematuhi setiap satu daripada syarat-syarat yang dikenakan itu. Diharap perjanjian Perhimpunan Aman ini menjadi ikhtibar kepada pihak-pihak Polis untuk mempercayai janji-janji manis Pakatan Haram.




0 Bukti Visual Komando AMK Belasah Orang!

Kejadian berlaku ketika sekumpulan pemuda PERKASA keluar dari perkarangan Masjid Wilayah untuk menyatakan bantahan demonstrasi mereka. Sekumpulan anak muda ini telah diherdik, dicaci dan dihina oleh penyokong-penyokong Pakatan Haram.







Ketika keadaan menjadi tidak terkawal inilah sekumpulan samseng Pakatan Haram dan kumpulan "bodyguard" AMK yang dikenali sebagai "Komando AMK" telah cuba membelasah seorang orang tua yang layak digelar bapa. Lihatlah video yang disediakan oleh rakan blogger, Politik Harian.

video

0 #BebasAnwar901 - 3 Letupan Berlaku di Perkarangan Mahkamah Kuala Lumpur

Terdapat tiga letupan berlaku ketika Mahkamah membuat penghakiman AnuWar Ibrahim dibebaskan dari pertuduhan. Kejadian pertama dan kedua berlaku selang lebih kurang 10 minit. Letupan kedua berlaku dari jarak kurang dari 50 meter dari CTS. Kesan degungan masih dirasa. 

Ramai penyokong-penyokong AnuWar Ibrahim mula meninggalkan tempat kejadian selepas letupan ketiga. Ketika itu, pihak-pihak penyokong AnuWar Ibrahim sedang berucap dari atas bumbung di Pusat Penjaja Selera Duta di situ. Dipercayai bahan letupan itu diletakkan di dalam kon merah peghadang jalan.

Mengikut pihak polis tiga letupan tersebut - pertama jalan khidmat usaha berhampiran gate A, kedua di padang berdekatan Selera Duta, ketiga di pintu gate B. Dikatakan berlaku letupan selang 9 -10 minit. Masih didalam siasatan  berkenaan punca serta motif ia berlaku. Jenis bahan letupan sedang dikenalpasti oleh pihak forensik. Kumpulan kami masih menunggu jawapan daripada pihak berkuasa. 















 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates