December 17, 2011

17 150 Murahsiswa Melayu Pula Dikeldaikan Untuk Protes Jalanan Oleh Pakatan Haram







Di mana ada protes di Malaysia, di situ kita boleh melihat tangan-tangan jahat Pakatan Haram memainkan peranan mereka. Tujuan mereka adalah mudah dibaca. Mereka akan mengadakan tunjuk perasaan, demonstrasi dan protes jalanan sekerap yang mungkin untuk melemahkan Kerajaan yang ada dan melumpuhkan ekonomi negara.

Sayangnya, niat jahat Pakatan Haram ini sudah tidak mendapat "mandat" daripada Rakyat seperti dahulu. Contohnya, hari ini hanya tidak lebih daripada 150 murahsiswa yang berjaya diperkuda dan dikeldaikan untuk mencapai cita-cita tunjuk perasaan jalanan. Berapa ratus ribu mahasiswa yang terdapat di Malaysia? Apakah ini sahaja yang mampu dibawa oleh Pakatan Haram ke jalanraya?

CTS kekadang merasa hairan mengapakah hanya murahsiswa Melayu berbangsa Islam sahaja yang dapat diperkudakan di dalam perarakan haram ini. Di manakah siswa-siswi lain yang berbangsa Cina dan India dan juga bangsa lain. Apakah mereka tidak komited dengan perjuangan mahasiswa atau mereka tidak sebodoh pelajar-pelajar Melayu Islam yang dilembukan untuk berarak di jalanraya? Apakah murahsiswa Melayu terlalu terdesak sehingga "boleh dibeli" berbanding rakan-rakan mereka dari bangsa lain?

Betapa murahnya nilai murahsiswa bangsa Melayu Islam yang senang dipergunakan dan disembelih oleh puak Pakatan Haram. Murahsiswa ini berjaya memalukan bangsanya sendiri kalau tidakpun ibu bapa dan keluarga di kampung dengan berarak kononnya untuk "menawan" PWTC. Tidak salah berbeza pendapat. Cumanya kenapa merosakkan harta awam, kenapa menurunkan gambar Perdana Menteri dan menganggu peralatan lain di bangunan UMNO di PWTC. Ibarat melepaskan anjing tersepit, pelajar-pelajar ini yang dulunya merayu diberi peluang untuk menyambung pelajaran kini menggigit tangan. Umurpun belum layak untuk mengundi, hidup pun atas ehsan biasiswa dan pinjaman sudah berani untuk menunjuk perangai musibat?

Apakah sikap kurang ajar, bebal dan bodoh, senang dipergunakan orang memang terdapat di dalam orang Melayu Islam? Inikah sikap anak tidak mengenang budi yang bakal dijadikan sandaran ibu bapa mereka di kampung? Berbeza pendapat adalah amalan demokrasi dan jangan jadikan perbezaan itu sebagai senjata, yang sebenarnya tidak mendatangkan kebaikan maupun pembangunan jati diri sebagai warga negara.

Tahniah murahsiswa Melayu Islam! Anda membanggakan bangsa dan tanahair. Semoga anda semua berjaya menamatkan pelajaran dan bergelar mahasiswa dengan tidak bersandarkan CGPA yang cukup makan atau lebih teruk lagi tidak keciciran di dalam pelajaran sehinggakan terpaksa dibuang universiti.

4 Lembu Punya Susu, Sapi Yang Dapat Nama? Haisshh Pakatan Haram Ni!



Mana Rakyat tak marah dengan Pakatan Haram. Bila Kerajaan bercadang untuk membuat kebajikan untuk Rakyat, merekalah yang ke depan untuk menabur fitnah dan cercaan di dalam ceramah-ceramah politik. Kononnya ini semua gula-gula untuk Rakyatlah, Kerajaan membeli undilah dan macam-macam lagi. 

Bila bab Kerajaan nak melaksanakan kebajikan untuk Rakyat, mereka jugalah ke depan. Kononnya, sumbangan dan bantuan itu hasil penat lelah mereka. Dengan muka setebal kamus dewan, sanggup mereka mengaku ini semua hasil dari usaha penat lelah mereka. Kalau Rakyat masih tak nampak jugak lakonan sinetron ini, tak tahulah CTS nak kata apa.

December 16, 2011

5 Wajarkah Budaya Samseng P"Gay"R Diamalkan Di Dalam UMNO?




Terkejut menonton berita Astro Awani yang menyiarkan berita mengenai beberapa penyokong DS Shahrizat Jalil "menyerang" pusat khidmat UMNO Bahagian Cheras. Ini berikutan kenyataan keras daripada Ketua Bahagiannya, Datuk Wira Syed Ali Al Habshie, yang menyatakan bahawa UMNO tidak perlu memikul "biawak hidup" dalam isu National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC). CTS merasa amat terkilan dengan kelakuan sesetengah pengikut DS Shahrizat itu. Bagi CTS, setiap orang berhak menyatakan pandangan masing-masing. Kita tidak boleh memaksa setiap orang di dalam UMNO untuk menurut kesemua pendapat kita. Selain daripada DW Syed Ali, Datuk Bung Mokhtar dan Datuk Ghapur Salleh turut menyatakan pendapat yang sama iaitu DS Sharizat Jalil sepatutnya meletak jawatan dan tidak bertanding di dalam PRU13.

CTS berpendapat DS Shahrizat tidak perlu meletakkan jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO. Biarlah perwakilan membuat keputusan mengenai nasibnya di kemudian hari. Cumanya, DS Shahrizat tidak perlu membebankan UMNO dengan masalah keluarganya. Sayangilah UMNO yang telah banyak berjasa kepada keluarganya dan jangan menghancurkan parti keramat ini semata-mata untuk terus berkuasa. Penyokong-penyokong DS Shahrizat sama ada yang ikhlas ataupun "yang berbayar", seharusnya lebih rasional. Kita berada di dalam parti UMNO, satu parti yang rasional tingkah laku. Kenapa perlu bersifat kurang ajar, samseng dan gedebe semata-mata berlaku berselisihan faham dan berbeza pendapat di antara satu sama lain di dalam parti. Tidak perlu mewujudkan budaya negatif seperti di dalam parti P"Gay"R dan DAP seperti memaki hamun dan membaling kerusi sekiranya tidak bersependapat.

DS Shahrizat harus ingat, jawatan Menteri yang disandangnya bukan atas kehendak Rakyat. Rakyat telah menolaknya di dalam PRU12 dengan mengambil YB Nurul Izzah sebagai Wakil Rakyat mereka. Janganlah menetang kehendak takdir. Jawatan Menteri yang disandangnya diperolehi melalui "pintu belakang" atas tiket Ketua Wanita UMNO. Jalan terbaik buat DS Shahrizat, berilah peluang kepada muka baru untuk bertanding di dalam PRU13. Janganlah membebankan DS Najib Tun Razak di dalam membuat keputusan pemilihan calon. DS Shahrizat bukan seorang "winnable candidate" pada pandangan CTS. Undurlah secara terhormat. Ingatlah semua itu mungkin sudah tertulis di dalam qada dan qadar Allah.

5 MB Khalid Ibrahim Bakal Bertanding Di DUN Jeram Dalam PRU13?

Hari ini, Jumaat, MB Selangor akan menghadiri satu majlis penyerahan geran tanah kepada peneroka-peneroka FELDA di Bukit Cerakah. Agak pelik memikirkan tujuan sebenar MB Pakatan Haram mengambil berat tentang peneroka sedangkan mereka adalah pihak yang beria-ia berusaha menghapuskan FELDA seperti mana di dalam keputusan bersama Konvensyen Pakatan Rakyat 2010.

Seperti maklumat yang CTS perolehi daripada UMNO Kuala Selangor, MB Khalid Ibrahim diberitakan bakal bertanding di DUN Jeram di dalam PRU13 nanti, ekoran daripada penolakan majoriti penduduk di kawasan DUN Ijok yang beliau telah menangi di dalam PRU12. Alasan yang diberikan adalah kerana terdapat ramai kaum keluarganya di kawasan Jeram! Maka tidak hairanlah, langkah pertama yang diambil oleh beliau untuk menarik sokongan pengundi di kawasan Jeram adalah dengan memberi "gula-gula" kepada peneroka-peneroka FELDA Bukit Cerakah.

Penulis tidak kisah sangat di mana kawasan beliau hendak bertanding. Itu adalah hak beliau untuk memastikan kemenangan beliau. Cumanya, satu saja nasihat daripada CTS. CTS rasa eloklah kiranya Setiausaha Politik MB Selangor, Faekah Husin tolong carikan perunding imej untuk DS Khalid. Sejak kebelakangan ini imej beliau agak serabai dan tidak terurus. Hodoh rasanya melihat seorang MB yang tidak bercukur dan rambut tidak bersikat. Cuba kalau boleh contohi Ketua Menteri Pulau Pinang yang berjaya mengubah imejnya ala-ala pelakon Hong Kong gitu.


December 15, 2011

12 Foto Terbaik Daripada Ayahanda Tun Dr Mahathir & Ibunda Tun Dr Siti Hasmah


Pepatah Inggeris ada mengatakan, "pictures tell a thousand words". CTS ingin berkongsi dua gambar di atas yang menunjukkan kemesraan di antara 2 tokoh negara yang disayangi ramai. Betulkan CTS jika terkhilaf, namun seingat CTS amat jarang sekali dan mungkin tiada, sebarang kata-kata nista dan tohmahan yang dilemparkan ke atas Ibunda Tun Dr Siti Hasmah. Perwatakannya yang sederhana, merendah diri dan bersifat keibuan menyebabkan beliau terhindar dari fitnah dan umpatan. Bagi CTS, Tun Dr Mahathir amat bertuah memiliki Tun Dr Siti Hasmah di sisinya. From the bottom of my heart, I love both of you.

5 Pak Syeikh AnuWar Ibrahim 50 Tokoh Islam Yang Mengubah Dunia? Wakaka!


Kalau nak tahu bagaimana pihak pembangkang memanupulasi dan memberi imej positif kepada Ketua Umum P"Gay"R, AnuWar Ibrahim, silalah membaca buku ini. Selain daripada tokoh Islam seperti Al Qardhawi, bekas banduan dan suspek utama kes liwat yang sedang dibicarakan sekarang, AnuWar Ibrahim merupakan salah seorang dari 50 tokoh Islam, yang kononnya pejuang, mujaddid, ulama dan tokoh intelektual terbilang. Kalau nak membodek dan nak spin tu pun agak-agaklah. Dalam keadaan sekarang, ada lagi ke yang nak percaya AnuWar Ibrahim dengan imej Islamnya?

CTS tidak mengenali kedua-dua pengarang buku ini namun CTS difahamkan pemilik penerbit buku ini, PTS Publications & Distributors Sdn Bhd merupakan seorang yang pro pembangkang. Eloklah tu. Tahniah buat AnuWar Ibrahim. Jarang-jarang seseorang yang didakwa dengan kesalahan liwat dinobatkan sebagai tokoh pejuang Islam. Apa nak buat, dunia akhir zaman.

1 Frenz Of Penang Ciplak Idea Konvensyen Media Sosial 1Malaysia? Idea Baru Tak Ada Ke?


Hahaha! Pakatan Haram sudah kehabisan idea. Orang Barisan Nasional dah buat lama dah oii! Carilah idea lain yang bernas sedikit. Bukan bercadang untuk mempromosikan majlis ciplak atau cetak rompak seperti di atas, namun itulah hakikatnya. Pihak Pakatan Haram tengah mempromosikan Tweetup @ Konvensyen Media Sosial Pulau Pinang. 

Antara juak-juak tegar Pakatan Haram yang akan hadir adalah @cmlimguaneng (Ketua Menteri yang suka block orang di Twitter), @KhalidSamad (MP Shah Alam), @n_izzah (Anak AnuWar Ibrahim), dan blogger-blogger pembangkang seperti Sakmongkol AK47 (blogger dan bekas ADUN Pahang yang kini pro-pembangkang), Milo Suam, Tukar Tiub, Topeng Perak dan Aspan Alias.

Apa nak buat. Yang terbaik selalunya akan diikuti dan dicontohi. Tahniah buat semua yang menjayakan Konvensyen Media 1Malaysia. Nampak gayanya, cetusan idea Barisan Nasional mula mendapat tempat di kalangan pengiat media sosial Pakatan Haram. Pakatan Haram juga agak ketinggalan bersaing di media-media sosial berbanding dengan pro-Barisan Nasional. Sekali lagi tahniah buat semua yang menjayakan Konvensyen Media Sosial 1Malaysia!




December 14, 2011

7 Penjelasan Lengkap Untuk Fitnah Surat Layang Dari "Pekerja LHDN" Untuk Memburukkan BR1M



Surat layang di atas CTS terima daripada e-mail yang tersebar luas. Hasil tinjauan CTS di laman-laman sosial Facebook mendapati kebanyakan pengguna-pengguna Facebook pro Pakatan Haram telahpun menyebarkan surat layang berkenaan untuk memburukan bantuan RM500 yang diberikan Kerajaan Barisan Nasional melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). 

Sebelum ini, sudah ada tangan-tangan jahat untuk mengedarkan Borang BR1M palsu seperti di bawah. Awas! Borang palsu BR1M memerlukan nama Bank dan nombor akaun Bank. Borang asal tidak memerlukan maklumat tersebut. Sila klik laman web www.treasury.gov.my, di sini untuk mendapatkan borang yang sebenar.


Berikut adalah penjelasan penuh CTS untuk menangkis dakyah dan fitnah surat layang tak bertuan seperti di atas:

1. Bantuan RM500 untuk BR1M adalah secara "one off" atau sekali sahaja. Oleh itu, dakwaan mengatakan Kerajaan akan mengenakan cukai pendapatan seumur hidup adalah fitnah. Ini adalah kerana cukai pendapatan dikira berdasarkan pendapatan tahunan.

2. Dakwaan mengatakan orang yang berpendapatan kurang dari RM1,500 tidak akan mendapat bayaran juga adalah fitnah. Kerajaan akan membayar bantuan kepada mereka yang berpendapatan RM3,000 dan ke bawah serta cukup syarat-syaratnya.

3. Berdasarkan pengiraan yang CTS lakukan sekiranya bantuan RM500 ini dikenakan cukai sekalipun (setakat ini belum ada kenyataan dari Kerajaan bahawa bantuan RM500 ini akan dikenakan cukai), jumlah tambahan cukai berdasarkan "the next 3% yearly income" seperti di dalam jadual cukai pendapatan, seseorang itu hanya akan dikenakan tambahan cukai sebanyak RM15 sahaja. Adakah wajar kita mengatakan Kerajaan akan menipu Rakyat sekiranya bantuan yang diberi adalah RM500 dan kalau dikenakan cukai sekalipun hanya melibatkan jumlah RM15. Penipuan kepala hotak hangpa!

4. Betul ke dakwaan bantuan RM500 untuk membolehkan Kerajaan mengutip cukai tambahan? Apakah warga emas, Rakyat marhaen yang diberikan bantuan oleh Kerajaan dan beberapa golongan lagi yang layak di bawah skim ini dikenakan cukai oleh Kerajaan sebelum ini? Cakap guna otak dan jangan pakai kepala lutut boleh?

Bagi CTS, tulisan di atas ditulis oleh seseorang yang tidak berpelajaran tinggi (berdasarkan corak tulisan dan idea penulisannya), berniat jahat dan berunsur fitnah. Bagi CTS lagi, tiada paksaan dalam pemberian wang berkenaan. Sesiapa yang merasakan diri ditipu oleh Kerajaan Barisan Nasional tidak perlu memohon BR1M. Semudah itu!

1 PAS Cawangan Batu Berdakwah Hingga Ke Cambodia?


Hambuihhh! Sampai ke Cambodia sekali PAS Cawangan Batu mengadakan dakwah. Ya lah. Nak berdakwah tu tak salah. Pergilah sampai ke kutub utara sekalipun. Cumanya, betul kah pergi ke Cambodia untuk berdakwah? Ke "hadiah" daripada pihak tertentu untuk Cawangan berkenaan untuk jalan-jalan cari makan? 

Dekat Malaysia ni dah habis ke tugas untuk berdakwah? Berapa orang yang dah masuk Islam hasil tarbiyah PAS? Karpal Singh sendiri dan DAP pun PAS gagal untuk berdakwah mengenai hukum Hudud. Sibuk nak berdakwah jauh-jauh. Berdakwah tu berdakwah juga. Nama negara orang tu ejaan tu biarlah betul. Cambodia bukan Combodia.

23 Siti Zailah MP Rantau Panjang - Contoh Pemimpin PAS Yang Tak Tahu Bersyukur


Kalau namanya pembangkang, memang kerjanya membangkang. Walaupun dasar, bantuan dan polisi yang digunapakai memberi faedah terbanyak kepada Rakyat Malaysia keseluruhan, pembangkang tetap membangkang. Satu contoh terbaik adalah mengenai kenyataan seorang Ahli Parlimen PAS Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yussuf, yang mempertikaikan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Walaupun juak-juak PAS berebut-rebut beratur untuk mengambil borang, namun bagi Yang Berkhidmat (YB) yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, beliau tetap bersangka buruk, berperasaan hasad dengki, tidak bersyukur dan tidak tahu berterima kasih. Kenyataannya yang dipetik dari Haprakdaily,
Siti Zailah juga berkata, rakyat terutamanya yang mempunyai tanggungan ramai tidak seharusnya terlalu teruja dengan jumlah RM500 itu kerana ianya tidak berbaloi dengan harga barang yang tinggi. "Rakyat kena celik sikit, pemberian cuma RM500. Kalau ada anak ramai, tak cukup pun hendak membeli keperluan sekolah dan sebagainya sedangkan dalam tempoh lima tahun lagi, terpaksa melalui masa-masa sukar," katanya yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang.
Buat pengetahuan YB Zailah, wang perbelanjaan persekolahan sudahpun diberikan kepada pelajar-pelajar sebelum mereka bercuti panjang tempoh hari. Wang bantuan berkenaan iaitu RM100 bagi seorang pelajar telah diperuntukkan oleh Kerajaan Barisan Nasional yang prihatin dengan masalah Rakyat. Sekiranya anak ramai seperti yang didakwa oleh YB Zailah, bukankah ianya telah dibantu? Seorang dapat RM100, kalau satu keluarga mempunyai 10 orang anak, bukankah keluarga berkenaan mendapat bantuan sebanyak RM1,000? Wakil Rakyat Rantau Panjang ni tahu mengira ataupun tidak?

Bantuan RM500 bukan sahaja untuk keluarga berpendapatan kurang dari RM3,000, malah ianya turut meliputi warga emas, warga kebajikan dan kelompok yang memerlukan bantuan. Selepas ini pula ada lagi bantuan untuk pelajar-pelajar Universiti. RM200 seorang akan diberikan untuk pelajar-pelajar berkenaan untuk kegunaan membeli buku-buku pelajaran. Bukankah Kerajaan Barisan Nasional prihatin kepada Rakyat? Nak harapkan Negara Berkebajikan PAS? Nak berjanji bolehlah. Nak merasa nikmat, jangan haraplah. Hampeeeeeeeh!

December 13, 2011

8 Gempar! Mazlan Aliman Bawa Puluhan Ribu Orang Protes Dan Demo Di Wisma FELDA



Puluhan ribu tahi kucing! Paling tinggi 50 orang saja yang mampu dibawa oleh si puppet Pakatan Haram, Mazlan Aliman untuk membuat protes dan demostrasi 45 minit, yang dianjurkan Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan (ANAK) di Ibu Pejabat FELDA, Jalan Gurney petang tadi. 

Bikin malu ANAK saja si Mazlan Aliman ini. Tak tahulah CTS kenapa ANAK beria-ria sangat nak berdemo untuk mendesak jawatan Pengurus Besar FELDA, Dato Zulkifli Abdul Wahab dikekalkan, sedangkan beliau hanya diarahkan bercuti dan mengikuti kursus pengurusan lanjutan bagi meningkatkan transformasi FELDA. Rapat sangatkah hubungan ANAK dan Pengurus Besar ini? Apa faedah yang ANAK perolehi sekiranya Pengurus Besar ini masih berkuasa? Persoalan ini hanya Mazlan Aliman saja yang mampu jawab!

1 "U tentukan lazat mcm mana ha ha" - Twitter AnuWar Ibrahim


Dengan siapalah agaknya AnuWar Ibrahim berbalas tweet malam semalam. Baca tweet beliau saja CTS dah nak termuntah. Apatah lagi kita sedang mengikuti pergulungan kes liwatnya. AnuWar ... AnuWar, siapa pulak mangsa seterusnya ni.

4 Apa "Khalifah" Lim Guan Eng Buat Dengan Tarian Separuh Bogel Panas Di Penang?

Apa sudah jadi dengan Pulau Pinang? Semenjak "Khalifah" Lim Guan Eng memerintah, maksiat semakin  menjadi-jadi. Pusat pelacuran dan maksiat tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Sebagai contoh, apakah Rakyat Pulau Pinang tahu bahawa sebuah pusat hiburan di sini telah menganjurkan sebuah pertandingan Tarian Seksi 2011 (Sexy Dance Competition 2011) yang menyaksikan gadis-gadis menari dalam keadaan separa bogel di lobi tarian kelab itu. Lihatlah video di bawah dan beritahu sama ada tarian dan parti berkenaan patut atau tidak diadakan di Malaysia.

video


Kelab tersebut, Voodoo Pub & Bistro, yang beroperasi di Upper Penang Road, Georgetown, menganjurkan pertandingan itu menerusi beberapa peringkat sebelum gadis-gadis tersebut dipilih untuk ke peringkat akhir. Melalui beberapa siaran di Youtube, pertandingan ini dipercayai mula dianjurkan pusat hiburan itu sejak tahun 2009 (sedang elok selepas PRU12) dan masih berlangsung di lokasi yang sama bagi musim ketujuh di mana videonya telah dimuat turun di laman tersebut pada 6 Disember lalu oleh individu yang dikenali sebagai GDClovis.
Bayangkan penggal pertama pemerintahan "Khalifah" (gelaran yang diberikan oleh juak-juak PAS) Lim Guan Eng, Pulau Pinang disajikan dengan tarian separuh bogel yang panas. Oleh yang demikian, CTS menyeru kepada semua warga Pulau Pinang, teruskanlah mengundi DAP di dalam PRU13 agar Rakyat Pulau Pinang dapat disajikan oleh Lim Guan Eng dan rakan-rakan dengan tarian bogel yang lebih "exotic". 

0 MP DAP Serdang Teo Nie Ching Yang Tidak Mengenang Jasa! Ibu Sendiri Tak Terjaga!


Berita yang tersebar luas di media-media cetak berbahasa Cina seperti Guang Ming Daily, pastinya anda tidak akan temui di Malaysiakini, Suara Keldaian apatah lagi di Haprakdaily. Berita mengenai Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching, yang meminta pertolongan daripada Ketua MCA Negeri Sembilan, Datuk Yeow Chai Thiam, untuk menyelesaikan masalah ibunya yang mempunyai komplikasi jantung.

Walaupun Ahli Parlimen Serdang ini mempunyai suami yang merupakan seorang doktor, namun Ahli Parlimen ini tidak dapat menyelesaikan masalah keluarganya sendiri. Malah, masalah komplikasi jantung ibunya beliau harapkan kepada MCA Negeri Sembilan untuk menyelesaikannya. Apa masalah kedua-dua pasangan suami isteri ini yang tidak dapat menyelesaikan masalah ibu sendiri CTS pun tak tahu?

Apa yang amat mengecewakan adalah disebabkan keegoan dan perasaan meninggi diri yang menebal di dalam jiwa Ahli Parlimen Serdang berpartikan DAP ini menyebabkan beliau tidak sedikitpun mengucapkan terima kasih dan cuba untuk menyembunyikan perkara ini daripada perhatian ramai.Tidak terlintaskah di hati YB ini untuk mengucapkan terima kasih kepada MCA Negeri Sembilan yang bersusah payah membantu menguruskan perubatan ibunya? YB Serdang ini hanya mengakui pertolongan yang diberikan oleh MCA Negeri Sembilan hanya setelah media-media cetak berbahasa Cina mengetahui mengenai perkara tersebut.

Inikah ciri-ciri Yang Berhormat Pakatan Haram. Mengigit tangan orang yang memberi pertolongan dan tidak tahu untuk berterima kasih. Kalau masalah keluarga sendiripun YB DAP meminta pertolongan daripada Barisan Nasional, bagaimanalah agaknya kita boleh sandarkan harapan kepada beliau untuk menyelesaikan masalah Rakyat?

December 12, 2011

21 Bukti Bergambar - Ciri-Ciri Ahli Parlimen Pakatan Haram Yang Lahanat!


Tak tahulah sama ada tak tahu etika, kurang pengetahuan tentang protokol majlis atau memang dari kecil Mak Bapak tak ajar cara duduk dan adab di dalam majlis. MP Gombak, Azmin Ali dan MP Balik Pulau, Yusmadi Yusuf kelihatan duduk dan tidak berdiri ketika Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak memberi penghormatan kepada perbarisan hormat Angkatan Tentera DiRaja Malaysia, yang diadakan bersempena dengan Majlis Keberangkatan Pulang Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah di Dataran Parlimen pagi tadi.

Kurang ajar betul!!!

6 BR1M Laku Macam Goreng Pisang Panas Sehingga MP DAP Turut Mempromosikannya!


Hebat cetusan idea daripada PM DS Najib Tun Razak. Seluruh Malaysia beberapa hari ini memperkatakan tentang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Malah ada ahli-ahli parlimen dan DUN pembangkang turut mempromosikan produk BR1M. Antaranya ialah YB Wong Ho Leng iaitu MP Sibu dan ADUN Bukit Assek,  yang turut mempromosikan di laman sosial Twitter. Tahniah YB. Yang baik katakan baik, ye tak? Seperti pepatah English, "give credit when its due."

CTS mendapat tahu, juak-juak Pakatan Haram antara orang yang pertama turun mendapatkan borang. Yang kita tahu, seminggu sebelum borang BR1M dikeluarkan, juak-juak inilah yang paling lantang mengutuk Kerjaan BN di kedai kopi. Apabila borang BR1M dikeluarkan pada 10 Disember, depa la orang pertama yang datang, merebut dan mengisi borang tersebut. Ibarat seperti meludah ke langit, jatuh ke muka sendiri, juak-juak pembangkang ini malu-malu khinzir. Mereka tahu produk bantuan ilham Perdana Menteri amat bermanafaat buat kesemua Rakyat Marhaen di Malaysia.

Buat juak-juak penyokong Pakatan Haram, jangan malu dan jangan segan. Bagi yang berkelayakan silalah isi borang. UMNO/BN telah, sedang dan akan berkhidmat untuk Rakyat tanpa mengira fahaman politik. Seperti tema dan slogan kempen terbaru Chegubard, A.B.U bukan "Asal Bukan UMNO" tetapi "Allah Bersama UMNO/BN".

16 Tu Dia Hah! Ustaz Azizan Bergaya Dengan Mercedes Mewah ... Baru Betul MB!


Bangga CTS jadi Rakyat Kedah. Bangga CTS dengan Menteri Besar negeri kelahiran CTS. Ini baru contoh pejuang Islam. Baru sepenggal jadi MB Kedah, Ustaz Azizan memang bergaya dengan mercedes mewahnya. Inilah baru kena dengan moto "Kedah Sejahtera". Mungkin ini satu contoh kesederhanaan yang dicanang-canangkan oleh Kerajaan Kedah sebelum ini kot? Blogger-blogger UMNO jangan nak spin pulak. Sedangkan blogger-blogger UMNO sendiripun boleh naik helikopter dan kapal selam scorpene, apalah salah Ustaz Azizan nak naik mercedes, ye tak?

Inilah satu daripada dua mercedes mewah yang dibeli oleh Kerajaan Negeri. Asalnya, Ustaz Azizan menafikannya. Selepas kami mendedahkan gambar-gambar bersama nombor plat-plat kereta berkenaan, barulah Ustaz Azizan malu-malu mengakuinya. Ustaz Azizan kata, mercedes ini adalah untuk kegunaan VVIP yang melawat ke negeri Kedah. Tak palah DS. DS gunalah. Daripada tak guna, nanti jatuh tahap membazir pulak.

December 11, 2011

3 Edisi Santai Hari Minggu - Only In Malaysia

He must be ex Circus man

Pity the kiddo

Quicksand?

Wong Fei Hong In Malaysia?

Dude! I know you're rich

Must be Space Cop Gaban's die hard fan

Lack of parking space? Say no more.

This is why Malaysia should promote smart car!
A new Maybank's subsidiary?


NAJ 113 @ NAJIB?
I'm kinda agreed with the statement. 

Adult Ice Cream? Only in Kota Kinabalu, Sabah
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates