December 3, 2011

5 Uncle Lim Kit Siang Dan Pak Samad "Gandalf" Meroyan Di KLCC

Disaat puluhan ribu umat manusia berkumpul di PWTC mendengar ucapan pergulungan Persidangan Agong UMNO, pemimpin Pakatan Haram cuba untuk menjadi hero dengan mengadakan perhimpunan haram bertempat di taman KLCC pada pukul 2.00 petang tadi.

Turut kelihatan hadir pada petang tadi adalah Lim Kit Siang, Teressa Kok, Teo Nie Ching dan Maskot Pakatan Haram, A Samad Said dan Auntie Anne. Sayangnya, dengan kehadiran tidak sampai 50 orang, pasti amat mengecewakan pihak penganjur. Hari demi hari, perhimpunan Pakatan Haram gagal mendapat tempat di hati Rakyat.





1 Tan Sri Bashir Bakal Dipecat Hari Ini?


Desas desus dari perkarangan PWTC kuat mengatakan bahawa Pengarah Urusan dan CEO Malaysia Airport Holding Berhad, Tan Sri Bashir Ahmad akan dipecat bila-bila masa sehinggakan ada suara mengatakan bahawa Tan Sri akan  dipecat pada pukul 6.00 petang hari ini.

Tan Sri yang telah berkhidmat semenjak Jun 2003 akan menjadi mangsa terbaru juak-juak Bina "Tak" Fikir yang terdapat di dalam Khazanah Nasional, walaupun beliau mengendalikan sebuah syarikat Government Link Agency (GLC), yang diperdagangkan di Bursa Malaysia, dan sentiasa mencatatkan keuntungan saban tahun.

Tony Fernandes sudah tersenyum riang. MAS sudah berjaya dilapah. MAHB akan menjadi mangsa terbaru dengan bantuan daripada juak-juak Bina "Tak" Fikir yang terdapat di dalam Khazanah Nasional. Pecat atau tidak, sama-sama kita tunggu perkembangan terbaru domino yang cuba dimainkan oleh puak-puak ini.

December 2, 2011

5 Tony Fernandes Memperkudakan Pekerja Air Asia Dalam Kempen Protes Terhadap MAB


Sungguh keterlaluan tindakan Tony Fernandes kali ini. Belum lagi reda isu pertukaran saham MAS-Air Asia yang dilihat sesetengah pihak sebagai tidak adil dan berat sebelah, Tony Fernandes buat hal lagi. Kali ini Tony Fernandes dengan lagak ala samseng, membuat poster dan melekatkannya di merata-rata lokasi di LCCT kerana tindakannya yang tidak bersetuju dengan kenaikan tariff cukai lapangan terbang oleh Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB).

Tidak cukup dengan itu, arahan supaya pekerja-pekerja Air Asia memakai lencana yang dilekatkan di baju membantah perkara di atas, dengan perkataan yang tidak sopan. Apa yang beliau maksudkan dengan "F*it!"? Apakah beliau maksudkan "Fuck It!". Apakah Malaysia sebagai negara perlancongan membenarkan pekerja-pekerja barisan hadapan negara memakai lencana lucah untuk dipamirkan kepada pelancong-pelancong yang datang ke Malaysia.

Sudah pasti kalau soalan ini ditanya kepada Tony Fernandes, beliau akan mengunakan alasan yang lain untuk mengantikan perkataan "F*it!" seperti mana Nga Kor Ming memutar belitkan penghinaan "hitam metallic" yang beliau tujukan kepada DS Zambry, dengan spin terbaru kononnya perkataan itu ditujukan kepada kereta Camry Kerajaan Perak.

Kita tahu apa yang ada di dalam kepala Tony Fernandes. Seperti mana yang beliau lakukan ke atas MAS dahulu, ini juga strategi yang beliau gunakan ke atas MAHB. Apakah ini strategi yang sama yang beliau akan gunakan untuk mengambilalih kepentingan di dalam MAHB. Harap pihak Kerajaan tidak tertipu lagi dua kali.

3 Mengapa MB Khalid Gagap Mahu Melibatkan Campurtangan Asing Dalam Kes NFC?

Terpana sebentar CTS apabila membaca dua "tweet" terbaru daripada Menteri Mesar Selangor, TS Khalid "Gagap" Ibrahim seperti berikut:


Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba MB Khalid Gagap menyatakan bahawa P"Gay"R akan membuat pembentangan kepada pihak polis dan MACC, kononnya bukti-bukti yang belum dilihat di dalam penyisatan isu lembu National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC). Yang lebih mengejutkan, "tweet" beliau seterusnya memberi akujanji bahawa Kerajaan Negeri bersedia memberi sokongan dana untuk memanggil pakar daripada Britain dan Australia untuk membawa kes NFC ke mahkamah:

Beberapa persoalan bermain di fikiran CTS yang belum terjawab rentetan daripada dua "tweet" entah apa-apa daripada Menteri Besar yang gagap ini:

1. Apakah urusan Menteri Besar Selangor dalam isu nasional ini. CTS tidak menyokong mana-mana pihak yang terlibat di dalam skandal dan penyelewengan ini, sekiranya ada, tetapi kenapa Menteri Besar Selangor yang campur tangan? Apa kerugian yang ditanggung oleh Kerajaan Selangor dalam kes ini sehingga memaksa mereka untuk campurtangan?

2. Kenapakah Menteri Besar Gagap ingin membelanjakan wang Kerajaan Negeri, WANG RAKYAT SELANGOR, untuk kes yang masih dalam siasatan PDRM dan MACC? P"Gay"R bersih sangatkah sehingga hendak menganti pihak polis dan MACC menjalankan penyiasatannya?

3. Sudah habiskah pakar-pakar di dalam negara sehinggakan Menteri Besar gagap terpaksa mengimport pakar-pakar dari Britain dan Australia? Apakah fikiran Menteri Besar Selangor ini masih dijajah mindanya, yang menganggap rakyat asing sentiasa mempunyai kelebihan daripada Rakyat Malaysia?

MB Khalid Gagap, janganlah sibuk hendak menjaga masalah orang, kalau negeri sendiri berserabut dengan masalah dalaman. Semua kebajikan Rakyat Selangor sudah terjagakah sehinggakan sanggup untuk membazir wang Rakyat Selangor untuk isu NFC? Soalan cepumas CTS adalah, kes kamera sulit yang dipasang secara raksia dalam pejabat Menteri Besar sudah selesaikah atau masih dalam siasatan. Kalau sudah selesai, apa konklusinya?

December 1, 2011

3 Kenapa Dewan Merdeka Lenggang Di Sebelah Petang? Mana Perginya Perwakilan UMNO?


Ini gambar yang diambil di sebelah petang di dalam Dewan Merdeka, PWTC. Kenapakah Dewan tidak penuh seperti di sebelah pagi semasa mendengar amanat dari Presiden Parti? Apakah perwakilan terlalu penat di sebelah petang, sedang minum di Coffee House, berehat-rehat dan tidur di bilik hotel atau mengambil peluang untuk bersiar-siar dan membeli belah sekitar Kuala Lumpur? Sampai bilakah Perwakilan UMNO akan berubah? Apakah sokongan padu yang dilaungkan di hadapan DS Najib Tun Razak pagi tadi hanya laungan retorik?

November 30, 2011

12 Lisa Surihani Masuk Puteri UMNO, Blogger No 1 Pakatan Haram, Milo Suam Yang Makan Hati





Agak melucukan membaca posting terbaru Blogger No 1 Pakatan Haram, Milo Suam yang agak kecewa, terkejut dan hampa ketika mencatatkan peristiwa penting penghijrahan Artis No 1 Negara, Lisa Surihani ke dalam Puteri UMNO. Di dalam perhimpunan Puteri UMNO kali ini, Lisa Surihani telah menerima Anugerah Pencapaian Khas Puteri UMNO. Habislah kecewa dan hampa peminat-peminat Lisa Surihani yang berlindung di bawah Pakatan Haram, termasuklah Milo Suam.

Blogger blogger juga ye Bro. Dalam hati ada taman ye? Ho Ho Ho!

November 29, 2011

1 Seperti BERSIH, Protes "Walk 4 Freedom" Hanya Alat Pakatan Haram Memperkudakan Majlis Peguam

Sekali lagi Pakatan Haram yang diketuai oleh AnuWar Ibrahim, berjaya memperkudakan Majlis Peguam untuk agenda sempit Pakatan Haram. Perhimpunan dan perarakan "Walk 4 Freedom" yang diadakan kononnya sebagai protes ke atas Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011, gagal menimbulkan impak kerana ianya hanya dapat mengumpulkan tidak lebih daripada 1,000 orang yang kebanyakkannya terdiri daripada ahli gabungan Majlis Peguam.

Seperti perhimpunan haram BERSIH dan BERSIH2 sebelum ini, "Walk 4 Freedom" dipertunjukkan kepada umum bahawa ini adalah protes daripada pihak peguam. Sedangkan khayalak mengetahui ini adalah wayang kulit semata-mata. Dalang yang memainkan peranan terbesar merupakan pemimpin-pemimpin pembangkang. Tidak hairanlah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng turun padang, ADUN-ADUN Selangor seperti Gan Pei Pei dan Xavier Jayakumar turut serta bergandingan dengan Ahli-Ahli Pembangkang yang lain. Majlis Peguam yang ditubuhkan untuk mengawal dan menyelia kegiatan ahli-ahlinya kini merupakan kuda tunggangan Pakatan Haram sepenuhnya.

AnWar Ibrahim dan Ahli Parlimen pembangkang yang lain gagal memberikan perbahasan dan hujah yang berkesan di dalam Dewan Rakyat. Sebaliknya, mereka terus beretorik dengan drama mereka di luar Dewan. Kita faham kenapa AnuWar Ibrahim dan pemimpin Pakatan Haram yang lain amat terdesak untuk menghalang Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011, kerana mereka tahu mereka tidak berupaya untuk memenangi PRU13 dengan undi Rakyat melalui pilihanraya. Mereka hanya bergantung kepada demonstarsi jalanan, protes dan sebagainya untuk mengambil alih pemerintahan negara. Itu saja tujuan utama mereka. Majlis Peguam hanyalah kuda tunggangan yang bodoh yang boleh mereka pergunakan demi kerakusan kuasa puak Pakatan Haram.

Tok Dalang, Sivaji AnuWar The Boss Dengan Mafia-Mafianya.

Raja Gigit Telinga, Tian Chua turut membantu kalau ada telinga untuk digigit.
Auntie Maskot BERSIH turut hadir.

November 28, 2011

3 NGO Berselindung Sebagai Talibarut P"Gay"R - Sudah Terang Lagi Bersuluh

Kalau berani, masuk politik secara terang-terangan dan jangan berlindung di sebalik nama NGO. Ini nasihat CTS kepada dua orang talibarut P"Gay"R yang berselindung di sebalik nama NGO. Dua insan ini telah diberikan tempat sebagai pemberi ucapan di dalam Konvensyen Nasional 2011 P"Gay"R yang telah berakhir Ahad lepas.

1. Alias Awang Ibrahim


Berselindung di sebalik nama Setiausaha Kewangan, MTUC, Alias Awang telah melancarkan perang terhadap Kerajaan BN di dalam Kovensyen tersebut, atas alasan kononnya Kerajaan BN gagal mempertahankan hak pekerja.

2. Fadiah Nadwa Fikri


Disokong kuat oleh anak perempuan sulung AnuWar Ibrahim, Nurul Izzah, sebagai salah seorang yang bakal dicalonkan sebagai wakil Rakyat di dalam PRU13. Beliau merupakan wakil Lawyers For Liberty (LFL) yang diberi ruang bercakap dan membelasah Kerajaan BN di Kongres Nasional P"Gay"R ke 8 tempoh hari. Adakah Fadiah Najwa merupakan sebenarnya perwakilan P"Gay"R yang berselindung di sebalik nama NGO LFL?

Kerajaann sewajarnya mengawasi pergerakan juak-juak Pakatan Haram musang berbulu ayam, yang berselindung di sebalik nama NGO, dalam usaha mendesak Kerajaan menyokong propaganda pembangkang secara halus atas nama pergerakan Rakyat.

November 27, 2011

1 Nga Kor Ming - The Ultimate Racist MP "Cina Bukit"

video

Agak keterlaluan bagi seorang Ahli Parlimen mengelarkan Menteri Besar Perak, DS Zambry Abdul Kadir sebagai "hitam metalic" dan "haram jadah". Apakah kita perlukan seorang rasis daripada DAP seperti YB Nga Kor Ming, yang menghina ciptaan kejadian Tuhan, untuk dipilih sekali lagi di dalam PRU13? 

Kesihan Dato Khusairi Talib seorang ADUN Perak apabila Menteri Besar Perak berkenaan meminta beliau menarik balik kenyataannya di dalam persidangan DUN, yang membidas Nga Kor Ming menghina MB Perak. DS Zambry meminta Dato Khusairi menarik balik kenyataannya apabila Nga Kor Ming mendesak supaya ditunjukkan bukti. Nah! Sekarang bukti sudah di depan mata. Apa lagi alasan Cina Bukit ini?

Salah DS Zambry kah beliau berkulit gelap? Kita perlukan wakil Rakyat yang bijak, hormatkan orang lain dan mempunyai kelas yang tinggi. Bukan YB haprak seperti Nga Kor Ming. Enough said!

1 Pencerobohan Tanah Wakaf Dan Alasan Bangang Ostad Azizan Merobohkan Madrasah Solihiah


Maka berkatalah DS Azizan Abd Razak, Menteri Besar Kedah mengenai pencerobohan tanah wakaf dan usaha-usaha merobohkan Madrasah Solihiah di Kanchut, Alor Setar,  Kedah.

“Sekarang orang yang bersembahyang di situ cuma pekerja di syarikat takaful yang pejabatnya dekat situ. Yang ada orang bersembahyang jemaah di situ hanyalah waktu Zohor dan Asar sahaja, itu pun dua orang sahaja. “kita ada datang ambil gambar dan tengok Maghrib tak ada orang, Isyak tak ada, Subuh pun tak ada.” 

Pembinaan Kompleks Aman Central di atas tapak madrasah berkenaan telahpun mendapat persetujuan daripada Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) dan Majlis Fatwa Negeri dengan pampasan bernilai RM1.48 juta yang telahpun dibayar kepada MAIK. Kata Ostad Azizan lagi, 
“Jawatankuasa Majlis Fatwa sendiri yang meminta supaya surau ini dibina dalam kompleks berkenaan dengan imej surau yang boleh dilihat dari luar. “Kalau kita salah, takkan Majlis Agama nak terima duit pampasan. Majlis Agama agensi yang bertanggungjawab atas semua tanah masjid, wakaf. Dia dah terima pampasan RM1.48 juta dan maknanya dia dah setuju, Majlis Fatwa kata okey."
MB Kedah ini pangkat Datuk Saudara kepada CTS di dalam salasilah pertalian keluarga. Namun tidak menghalang CTS dari menegurnya. MB Kedah dan Majlis Fatwa terkhilaf di dalam menentukan tanah wakaf. MB Kedah dan Majlis Fatwa tidak boleh membuat tanah wakaf seperti milik persendirian ahli keluarga sendiri. Dalam bahasa kasar, tanah wakaf bukan mak bapak mereka yang punya. Tiada istilah surau yang lebih selesa di sini. Isunya bukan pembinaan 100 surau di tanah berkenaan. Isunya, penat lelah simati mewakafkan tanah tersebut untuk tujuan kepentingan Islam sudah tergadai demi pembinaan sebuah kompleks yang mengkayakan taukeh-taukeh pusat hiburan. 

Perlu diingat tanah wakaf adalah milik Pewakaf dan bukan milik Anak Khariah, apatah lagi milik Kerajaan Negeri maupun Majlis Fatwa maupun MAIK sendiri. Wakaf adalah untuk manafaat manusia sejagat dan bukan untuk manafaat anak khariah pada masa sekarang. Wakaf bermakna berhenti daripada memindahmilik atau dijualbeli. MB Kedah bercakap mengenai tanah wakaf tetapi pada masa yang sama melibatkan proses jual beli dengan pampasan berjumlah RM1.48 juta? 

Satu lagi perkara yang paling penting, apakah kita pasti status surau berkenaan akan berkekalan buat selama-lamanya sekiranya Kompleks Hiburan berkenaan didirikan. Apakah Ostad Azizan dan ahli Majlis Fatwa boleh mempertahankan surau berkenaan sekiranya pemilik berkenaan berhasrat untuk mengubah surau berkenaan menjadi sebuah disco pada masa akan datang? Bukankah status tanah berkenaan sudah digadai, diperjual beli dan dipindahmilik?

CTS tidak percayakan pemimpin-pemimpin PAS. Sedangkan Presiden PAS boleh menyamakan diri lebih bijak dari anjing untuk menghalalkan persahabatan mereka dengan DAP, apatah lagi soal-soal kecil seperti tanah wakaf.


Jangan dilupa, ketika PAS mahu mengkafirkan UMNO lain fatwa dikeluarkan. Tiada istilah tahaluf siyasi dalam perjuangan. Sekarang lain pula cakapnya. Pusing balik kata boleh. Kalau Presiden PAS selalu flip flop, kalau Murshitdul Am PAS lagi banyak flip flop, kita boleh ke pegang cakap Menteri Besar Kedah ni? Ada akal pakai!


 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates