November 26, 2011

3 Edisi Santai Hujung Minggu - Rosyam Noor & Sallih Yaakob Bercuti Di Luar Negara

Banyak sangat artis cerai-berai di majalah dan akhbar. Baru berkahwin setahun dua, hutang baju pengantin belum habis, dah sibuk pergi ke Mahkamah Shariah untuk bercerai. Cubalah ambil contoh kedua-dua Abang artis ini. Keluarga keutamaan nombor satu. Walau se"glamour" mana kedudukan mereka sebagai artis, Rosyam Noor dan Sallih Yaakob tetap mementingkan keluarga mereka. Dalam edisi santai hujung minggu, CTS kongsikan beberapa gambar Rosyam Noor dan Sallih Yaakob bersama keluarga mereka bersantai di luar negara.





















3 YB Gigi Arnab Tony Pua Kantoi Tahap Maksima Isu Susu Tepung Bayi KR1M


Keratan di atas diambil daripada kenyataan yang dibuat oleh Tony Pua di dalam The Star, semalam. YB yang bergigi arnab ini masih mempertahankan kenyataannya seperti di atas iaitu susu tepung bayi yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)  mempunyai kandungan Vitamin A yang melebihi sukatan yang dibenarkan. Mari kita lihat alasan beliau seperti di atas dalam kronologi matematik seperti berikut:

4 scoop sehari X 30 gm X 4 kali sehari = 480 gm. Betul adik-adik?
Kementerian Kesihatan kata 100 gm susu tepung ada 3,240 "international unit (IU)" Vitamin A.
Oleh itu, adik-adik Tony Pua kata susu tepung bayi KR1M ada 480 X 3,240 = 15,552 IU.
Tony Pua kata lagi, bayi yang minum 15,552 IU sehari adalah melebihi 3 kali ganda kandungan IU Vitamin A yang dibenarkan iaitu 5,000 IU.

Betul kiraan Tony Pua adik-adik? Salah!!!! Tony Pua bangang.

Sebabnya:

1. Satu tin susu tepung bayi beratnya 900 gm sahaja. Kalau bayi itu minum 480 gm sehari bermakna satu tin hanya boleh bertahan sebanyak 2 hari sahaja. Untuk ibu bapa yang ada bayi dan anak kecil, berapa satu tin susu boleh bertahan. Adakah 2 hari untuk satu tin? Ini anak orang atau anak gergasi?

2. Menurut Dato' Haji Ameer Ali, Pengarah Urusan Mydin, syarikat bumiputera yang mengendalikan KR1M, 4 scoop adalah bersamaan 30 grm dan bukannya satu scoop. Pengarah Urusan Mydin berkenaan menjawab di dalam ruangan Twitter melalui akaun rakan CTS, Shukri Ahmad. 


Jadi kiraan sebenar, 4 scoop = 30 gm X 4 kali sehari X 3,240 IU = 3,888 IU iaitu jauh di bawah kandungan IU yang dibenarkan iaitu 5,000 IU.

Bangang betul Tony Pua. Belajar sampai Oxford. Matematik fail tahap gaban. Lain kali kalau nak ukur sukatan susu, hang pastikan dulu sama ada hang nak bagi anak orang minum atau anak gergasi. Ada faham?

November 25, 2011

5 Apabila Ostad PAS, ADUN Titi Serong Mula Mungkir Janji


CTS agak tertarik dengan komentar daripada pembaca yang disiarkan di laman web, Tranungkite Online. Bukan  calang-calang laman web pro-pembangkang ini mahu menyiarkan satu artikel yang menghentam ADUN-ADUN pembangkang. CTS mengucapkan tahniah kepada Tranungkite Online kerana keberanian ini. Kita sebagai bloggers mesti mempunyai etika. Yang salah kita belasah pukul rata, baik UMNO, PAS, DAP lebih-lebih P"Gay"R. 

Elok kita baca surat dari seorang AJK Masjid mengenai kelakuan ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim Abdullah seperti tertera di bawah. ADUN Titi Serong ini kalau kita baca tulisannya di blognya, pijak semutpun tak mati. Dialah yang betul, dialah yang hebat semuanya. Hakikatnya, beliau hanya manusia biasa yang mungkir apabila berjanji. CTS tidak menyalahkan sangat si ADUN Titi Serong kerana kedudukan tempat tinggalnya yang jauh. Yang AJK Masjid ni pun satu hal. Tak ada lagi ke pencemah atau khatib yang berdekatan di Terangganu yang boleh dijemput memberikan khutbah? Persoalan kedua, adakah Khalil mempunyai kelayakan dan mendapat tauliah dari Majlis Agama Negeri Terangganu untuk menyampaikan khutbah?
"Jumaat 18 November 2011 YB Khalil Idham Lim Abdullah (ADUN Titi Serong, Perak) dijadualkan menyampaikan khutbah di Masjid Pengadang Baru, Kuala Terengganu. Pihak masjid amat berbesar hati menerima tawaran menyampaikan khutbah oleh YB Khalil melalui seseorang yang menguruskan kehadiran beliau ke Terengganu. Pada Khamis 17 November 2011 wakil yang menguruskan YB Khalil telah menghubungi pihak masjid bagi mengesahkan kehadiran YB Khalil menyampaikan khutbah pada tarikh yang ditetapkan.
Tiba waktu Jumaat 18 November sehingga masuk waktu Zohor jam 12.55 tengahari dan azan dikemundangkan YB Khalil belum muncul. Iman dan bilal bertugas masih menunggu kehadiran beliau dengan harapan beliau akan tiba walaupun mungkin agak lewat. Jam 1.07 tengahari beliau belum muncul. Tuan imam membuat panggilan menggunakan pembesar suara sebanyak tiga kali supaya YB Khalil hadir kehadapan dengan andaian beliau hadir tapi mungkin berada bersama jemaah di bahagian belakang. Imam, bilal dan makmun mula resah dengan keadaan yang berlaku. Oleh kerana waktu sudah terlewat daripada kebiasaan maka tuan imam masjid tanpa persediaan yang cukup terpaksa menyelamatkan keadaan untuk naik keatas mimbar bagi meneruskan rukun-rukun solat Jumaat hingga selesai.
Selesai solat Jumaat imam, bilal dan pengerusi masjid masih setia menunggu YB Khalil takut-takut beliau muncul kehadapan untuk memaklumkan apa sebenar yang  berlaku dan memohon maaf kepada pihak masjid. Namun beliau tidak muncul sampai ke sudah walaupun beberapa ahli jemaah yang mengenali beliau memaklumkan ternampak kelibat beliau turun dari masjid bersama-sama jemaah lain.
Walaupun solat Jumaat berlangsung tanpa kecacatan namun pihak masjid merasa amat terkilan serta kecewa di atas kegagalan beliau hadir sebagaimana dijanjikan. Pihak masjid menghubungi wakil yang menguruskan kehadiran beliau dan diberitahu bahawa YB Khalil terlewat hadir dan ketika beliau sampai imam sudah naik ke atas mimbar menyampaikan khutbah. Oleh kerana itu dia terus berada di saf belakang bersama jemaah lain.
Sepatutnya YB Khalil lebih maklum bahawa khutbah Jumaat tidak seperti ceramah, kuliah maghrib, forum dan sebagai. Kegagalan hadir pada waktu ditetapkan untuk program sedemikian masih boleh dimaafkan. Amat berbeza dengan khutbah Jumaat yang mana ketiadaan khatib boleh menyebabkan solat Jumaat tidak dapat ditunaikan. Andaikata ini berlaku adakah YB mahu bertanggungjawab ? Seseorang khatib sewajibnya berusaha hadir selewat-lewatnya setelah azan zohor berkumandang. Sekiranya tidak yakin boleh hadir tepat pada waktu baik tarik diri awal-awal dari menjadi khatib daripada menimbulkan masalah kepada seluruh jemaah.
Pihak masjid juga amat terkilan kerana YB Khalil gagal menampilkan beliau sebagai seorang wakil rakyat yang berjiwa besar. Sewajarnya beliau tampil bersua muka dengan imam dan pengerusi masjid bagi memohon maaf atas kegagalan berkhutbah sebagaimana dijadual. Beliau tidak sepatutnya merasa malu untuk memohon maaf malah ianya akan membuang prasangka dan anggapan negatif terhadap beliau susulan insiden tersebut.
Kami berharap ini kegagalan mendisiplinkan waktu yang pertama dan terakhir bagi YB Khalil. Kami selaku ahli bawahan mengharapkan perkara ini diberi perhatian oleh semua pimpinan Pas agar kita tidak mempermainkan peringatan dalam surah Al-Asr yang selalu dibaca setiap kali mengakhiri sesuatu majlis.
Sekian.wassalam
Ahmad Saufi Chik
bp JK Masjid Pengadang Baru

1 Bukti Video AnuWar Ibrahim Burukkan Malaysia Di Indonesia

Apabila Timbalan Menteri, Kementerian Belia Dan Sukan (KBS), Dato' Razali Ibrahim menyalahkan pemimpin-pemimpin pembangkang berhubung layanan buruk yang diterima pasukan Malaysia oleh peminat sukan Indonesia pada Sukan SEA ke 26 lalu (sumber di sini), ramai juak-juak Pakatan Haram dan pemimpin-pemimpin pembangkang melompat dan menafikannya. Menurut Dato' Razali, pemimpin-pemimpin Pakatan Haram seringkali ke Indonesia dan memburuk-burukkan negara ini. Pemimpin-pemimpin pembangkang sering melabel perkataan buruk terhadap Malaysia, umpamanya "Maling" yang dalam bahasa Indonesia bererti pencuri.

Pembangkang memang mudah lupa. Mereka lupa AnuWar Ibrahim sering ke Indonesia untuk berceramah memburuk-burukkan Malaysia. Sudah lupakah kita dengan temu bual anak AnuWar Ibrahim, Nurul Izzah di dalam Akhbar Kompas di Indonesia, yang memburuk-burukkan Malaysia. Nurul Izzah ketika ditanya CTS di dalam ruangan sosial Twitter turut menafikan bahawa beliau dan Papanya memburukkan Malaysia di Indonesia.



AnuWar Ibrahim sekali lagi memburuk-burukkan Malaysia di dalam satu forum bersama dengan pelajar-pelajar Indonesia pada 30 Julai 2011 dan kali ini kelakuan kianat dan biadap beliau terhadap negara Malaysia berjaya dirakamkan.

Tidak hairanlah Rakyat Indonesia begitu ekstrem dan keterlaluan membenci Malaysia, terutama ketika Harimau Muda menentang Garuda "Angry Bird". Rupanya ada barua dan talibarut yang mengkianati negara sedang menghasut dan mengadu domba Rakyat Indonesia supaya kepentingan agenda politiknya untuk menjadi Perdana Menteri "biseksual" pertama di Malaysia menjadi kenyataan.



1 Azmin Ali Masih Meroyan Dengan UMNO


Hari ini bermula Kongres Nasional Tahunan Wanita dan Anak Muda Keliru (AMK) parti P"Gay"R. Azmin Ali, madu Anwar Ibrahim di dalam ucapan perasmiannya hanya menumpukan kepada UMNO semata-mata. "UMNO anti Melayu", "UMNOlah yang menghancurkan ciri-ciri keMelayuan yang dianjurkan Islam", "Malu Menteri Johor tak boleh menangani isu NFC" dan sebagainya.

Azmin Ali ini sedang memberi ucapan di Kongres P"Gay"R atau Perhimpunan Agong UMNO? Tak ada benda ke nak bercerita pasal P"Gay"R sehingga dok bercerita pasal UMNO semata-mata. Ke Azmin ni sudah rindu sangat dengan parti UMNO? Teringin nak masuk UMNO balik ke?

November 24, 2011

11 Edisi Santai - Only In Malaysia

Sebelum CTS berjinak-jinak menjadi "political blogger" sepenuh masa kerana terlalu sakit hati dengan perbuatan dan tingkah laku Perdana Menteri Malaysia pada masa itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi, CTS gemar membuat posting mengenai kerenah masyarakat yang sesekali dapat dijadikan panduan dan sempadan, walaupun foto-foto yang disiarkan agak melucukan dan mengelikan hati. Diharap pembaca CTS tidak marah kerana sesekali kita kena bersantai dan berehat dari dunia politik. Ye tak? Terimalah "Only In Malaysia":

Orang lain bercinta jugak Bang. Tak ada la duduk satu kerusi!

Hasil tarbiyah Kerajaan PAS Kelantan

Hala ke tak halal?

The parking king

Susu besar?

I love Malaysia

Peserta BERSIH 3.0?

Jangan curi helmetku

Who want to press it?

Customer: Taukeh, what's your coffee shop's name? Tauke: No signboard. Customer: WTF!

Hmm ... Nampak gaya kena bertukar ke DiGi.

My ultimate helmet!

Nice signborad dude!

Higher education?

Nasib baik kami lelaki.

Stop global warming

Save cost?

Road train

Balik lambat, semua tidur di luar!

2 Sebab Utama MB Khalid "Gagap" Takut Untuk Membubarkan DUN

Kecoh seketika apabila Menteri Besar Selangor, TS Khalid "Gagap" Selangor mengumumkan bahawa beliau tidak akan membubarkan DUN Selangor serentak dengan PRU13. Khalid Gagap menekankan bahawa pembubaran DUN tidak akan dilakukan sehingga Jun 2012 bagi memastikan belanjawan negeri dapat dilaksanakan pada tahun depan. 

Apakah ini alasan yang sebenar. Bukankah alasan yang sebenar adalah ketidakyakinan Kerajaan Pakatan Haram Selangor untuk mempertahankan kuasa sekiranya PRN diadakan lebih awal daripada Jun 2012? Andaian ini dibuat berdasarkan laporan yang dibuat oleh akhbar China Press yang dipetik oleh The Sun.


Berdasarkan laporan akbar China Press berkenaan, Ketua DAP Selangor, Teressa Cock, ketika berucap di Konvensyen Tahunan DAP Selangor di Serdang, Ahad lepas, menegaskan bahawa Pakatan Haram perlu memenangi 3 daripada 10 DUN yang ditakrifkan kawasan "kerusi hitam", milik mereka yang mereka menangi di dalam PRU12. 10 Kerusi panas DUN-DUN berkenaan adalah Sekinchan, Bukit Melawati, Hulu Kelang, Bukit Antarabangsa, Lembah Jaya, Chempaka, Kota Damansara, Kota Anggerik, Pelabuhan Klang dan Teluk Datuk. Analisa yang dibuat Teressa Cock ini tidak jauh berbeza dengan analisa yang dibuat oleh penganalisa politik Selangor yang menyatakan bahawa pada masa kini, 32 daripada 56 kerusi DUN Selangor berpihak kepada BN Selangor.

CTS ingin mengucapkan tahniah kepada semua Penyelaras DUN di kawasan yang berkenaan yang telah bertungkus lumus untuk memenangi hati pengundi. Jalan untuk merampas Selangor masih berliku dan banyak usaha perlu dilakukan bagi memastikan Selangor kembali kepada pemerintahan Barisan Nasional.

0 Selepas Kedah, Kerajaan Pakatan Haram Selangor Pula Mahu Robohkan Surau

Belumpun reda berita Ostaz Azizan nak robohkan Madrasah Salihiah di Kancut, Aloq Setaq, kononnya untuk membina pusat hiburan terbaru, tebesaq, termoden dan macam-macam ter lagi, sibuk pula kedengaran Kerajaan DAP Selangor nak roboh pula surau di negeri berkenaan. Yang Selangor tu tak palah. Nama pun Kerajaan DAP. PAS dan P"Gay"R tu tukang hangguk saja. Apa dia kisah dengan surau. Ni Kedah yang dok laung Islam siang malam pun nak roboh surau jugak?



Orang Selangor, tak pa, tak pa. Biaq kita berkhayal lagi. Biaq dok gebang kat kedai kopi, "politik aku tak campur" atau "apa ni politik politik". Baru satu dua surau Pakatan Haram nak roboh. Bukan banyak pun. Padang bolapun diaorang dah nak rembat kononnya untuk pembangunan. PRU13 kita undi lagi. Kalau kita tak bagi diaorang rompak kita, siapa lagi kan?


Kerajaan Penang tak mau ambil pot sekali ka pi roboh surau? Amboi, Lim Guan Eng, semenjak dua menjak ni dah jadi macam bintang filem Hong Kong, George Lam! Bergambar pula dengan model. Kelas gitu. Betty tak cemburu ka?

November 23, 2011

1 Apa Sudah Jadi? Ini Nak Pecah Tanah Atau Nak Pecah Belah BN?


Terkesima seketika melihat banner di atas. Apa yang kurangnya banner yang disediakan oleh Kuil Sri Selva Vinayagar, Serendah? Gambar PM ada. Gambar kedua-dua ADUN ada. Mananya gambar Ahli Parlimen, P Kamalanathan? Kenapa gambar Ahli Parlimen ditiadakan di dalam banner di atas?

Siapa V Mugilan? Apakah ini konspirasi untuk menjatuhkan Ahli Parlimen Hulu Selangor yang terkenal dengan dedikasi dan kerajinannya yang selalu turun padang. Beliau juga begitu aktif di laman sosial Facebook dan Twitter. Beliau juga mempunyai rekod kehadiran yang baik di Parlimen dan sentiasa aktif dalam perbahasan.

Janganlah menunjukkan ketidaksepakatan di dalam barisan BN. Biarlah kita berpolitik di dalam parti dan bukannya mengajak masyarakat turut terpalit di dalam percaturan politik kita. Cukuplah sekali pengalaman kita kalah di parlimen Hulu Selangor. Sekarang adalah masa untuk kita merapatkan jurang untuk kejayaan seterusnya.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates